Sabtu, 28 Februari 2009

GADUH DI PARLIMEN.



Gara-gara perkataan "Pemuda UMNO celaka" yang terungkap dari mulut Pengerusi DAP Karpal Singh, maka akhirnya membawa kepada tercetusnya pergaduhan di parlimen semalam. Sesuatu yang amat memalukan rakyat Malaysia sebenarnya. Parlimen ada satu tempat mulia yang sepatutnya tidak disalah gunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk bertindak seperti "gangster". Namun ini terjadi apabila 13 ahli dari Pemuda Umno dari Bahagian Petaling Jaya Utara dan Gombak mengepung Karpal yang baru tiba di pintu masuk utama ke bangunan Parlimen. Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara, Latt Sharizan Abdul dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Gombak, Megat Zulkarnain Amiruddin mengepung ahli Parlimen Bukit Gelugor itu sambil meminta Karpal mengakui ada menyebut perkataan "Pemuda UMNO celaka" dan meminta maaf kepada mereka. Akibat keenganan Karpal mengulangi perkataan itu, maka ia telah menyebabkan kumpulan terbabit naik berang dan akhirnya menyerang beliau. Anehnya, pihak pengawal keselamatan di bangunan terbabit terdiam seketika tatkala menyaksikan adengan berkenaan. Apakah mereka telah diupah untuk mendiamkan diri?.Apa yang berlaku ini telah mencemarkan parlimen Malaysia sebenarnya. Pertikaman lidah dan pergaduhan sesama ahli parlimen dalam dewan adalah lumrah dan perkara biasa sebenarnya. Namun mengundang "orang luar" untuk masuk dan menyerang mana-mana ahli parlimen adalah sesuatu perkara yang amat luar biasa. Bagaimana mereka semua boleh masuk jika tidak diundang atas kapasiti ahli-ahli parlimen UMNO?. Maka itu, apa yang berlaku semua ini sebenarnya adalah didalangi oleh Pemuda UMNO sendiri dan ia tidak harus dinafikan lagi. Sebelum ini memang kita selalu disajikan dengan lagak "samseng" Pemuda UMNO tatkala menjelangnya pilihanraya. Namun, itu berlaku di tempat terbuka yang semestinya sudah tiada kawalan keselamatan yang ketat. Namun, tindakan puak-puak pemuda UMNO masuk ke parlimen untuk mencetuskan pergaduhan dan membelas Karpal Singh adalah satu "penghinaan" terhadap institusi itu.

Kerajaan Malaysia dan Pemuda UMNO harus bertanggungjawab dan memohon maaf secara terbuka kepada Karpal Singh atas insiden berkenaan. Tambahan pula Karpal juga telah memohon maaf ketika di parlimen mengenai kenyataannya yang kontroversi itu. Maka, mengapakan ia harus diperbesar-besarkan oleh pihak-pihak berkenaan sebenarnya. Sementara itu Menurut Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, beliau kesal dan mengecam keras tindakan yang dilakukan oleh Pemuda Umno itu. “Kami mengutuk keras tindakan biadap dan ganas seperti ini dan jika ia dibenarkan akan membahayakan keselamatan ahli Parlimen. “Kita mahu tindakan segera dan jaminan daripada pihak polis dan kerajaan supaya kemuliaan dewan dan kebebasan ahli-ahli Parlimen terjamin,” katanya dalam satu laporan media selepas kejadian.

Rabu, 25 Februari 2009

PROFESIONAL APAKAH YANG INGIN DI BAWA OLEH SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA, JIKA MASIH DOUBLE STANDARD DALAM TUGAS MEREKA



KUALA LUMPUR - Apakah makna "profesional" sebenarnya yang mahu diagung-agungkan sangat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)?. Apakah profesional dalam "menipu rakyat" atau profesional "membuat siasatan rasuah" atau mungkin juga profesional "membuat penyiasatan terpilih" yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini?. Sementara itu Perdana Menteri Malaysia yang bakal "diturunkan takhta" iaitu Pak Lah Badawi menegaskan, bahawa suruhanjaya itu perlu melaksanakan tanggungjawabnya dengan adil, profesional, tanpa rasa takut dan tidak memihak kepada sesiapa pun. Soalnya apakah SPRM boleh melakukan sedemikian rupa. Sedangkan mereka yang dipilih menganggotai Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah adalah dipilih oleh kerajaan sendiri. Dalam ucapan rasminya di Majlis Pelancaran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di ibu negara semalam Pak Lah berkata ‘‘Pegawai dan anggota SPRM perlu mematuhi undang-undang semasa bertugas kerana tindakan sebaliknya akan memusnahkan usaha untuk melakukan transformasi dalam badan ini melalui peruntukan undang-undang,’’.Masalahnya sekarang ialah Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan dilihat gagal melaksanakan "tanggungjawab profesional" yang telah diamanahkan kepadanya itu. Mutakhir ini, rakyat melihat banyak penyiasatan dan pendakwaan terpilih yang jelas sekali "double standard" berlaku didepan mata mereka. Misalnya, SPRM gagal menyiasat segala laporan rasuah yang telah banyak dilaporkan sebelum ini, tambahan pula apabila ia melibatkan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Tetapi mereka begitu "profesional" untuk menyiasat kes yang dilaporkan oleh puak-puak UMNO terhadap pemimpin pembangkang di negara ini. Bukan sahaja siasatan yang dilakukan itu "profesional" malah SPRM juga begitu "profesonal, cepat dan pantas" untuk membuat pendakwaan. Lihat sahaja dalam kes Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Biarpun baru seminggu laporan dibuat oleh NGO yang pernah dipimpin oleh "Petualang Rakyat" Ezam Md Noor iaitu GERAK. Namun sepantas kilat pegawai SPRM menubat penyiasatan dan ingin mendakwa MB Selangor itu. Malah Ketua Pesuruhjayanya sendiri pun awal-awal lagi sudah mewar-warkan kononnya Tan Sri Khalid bersalah dan terlibat dengan kes berkenaan. Walhal ia masih belum dapat dibuktikan serta perbicaraan masih belum dijalankan. Bukankah ini bukti jelas bahawa SPRM sebenarnya memang "profesional" membuat kerja mereka untuk "mengampu kerajaan" UMNO dan Barisan Nasional.

Pendakwaan terpilih, Speaker Perak dan MB Selangor di dakwaTetapi Dua bekas Exco Perak cuba untuk dilepaskan Begitu juga dalam kes yang melibatkan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V.Sivakumar. berhubung hal penggantungan hadir Sidang Dewan terhadap MB dan Exco Perak yang baru. Biarpun kes itu baru sahaja dilaporkan namun SPRM "bagaikan halilintar" membuat penyiasatan kes berkenaan. Apakah ini namanya "profesional" yang dimaksudkan oleh Pak Lah itu agaknya. Namun sebaliknya isu rasuah yang melibatkan pemimpin UMNO terus di"kapan"kan begitu sahaja tanpa ada sebarang siasatan mahupun pendakwaan. Menurut mereka laporan berkenaann berunusur fitnah dan tiada bukti kukuh untuk membuat siasatan. Inilah alasan mudah yang sungguh "memualkan" dalam hal "profesional SPRM" itu sebenarnya. Itu belum termasuk lagi isu rasuah "politik wang" dalam UMNO yang terus didiamkan begitu sahaja setelah dikecohkan seketika. Mungkin agaknya SPRM takut dengan ancaman kerajaan BN dan pemimpin UMNO sendiri yang tidak mahu mereka "menjaga tepi kain UMNO" dalam hal siasatan rasuah ini. Lantaran itulah ada pemimpin UMNO yang mendakwa dipukul, diteranjang serta dizalimi oleh pegawai SPRM semasa dalam siasatan di Kuantan baru-baru ini. Kenapa isu itu terus menyepi? Bahkan tiada lagi laporan mahupun berita mengenai "politik wang UMNO" yang disiarkan oleh media arus perdana hingga ke hari ini. SPRM meneruskan budaya Badan Pencegah Rasuah (BPR) terdahulu yang hanya menyiasat serta membuat pendakwaan terpilih. Ikan bilis didakwa tetapi ikan paus dilepaskan! Ahli UMNO disiasat dan didakwa, sebaliknya pemberi rasuah iaitu pemimpin UMNO yang akan menjadi calon untuk bertanding merebut jawatan tertinggi parti itu Mac ini dilepaskan begitu sahaja seperti Khir Toyo, Mat Taib, Khairy, Mukhriz dan ramai lagi sebenarnya.

Profesional SPRM, rasuah pemimpin pembangkang cuba dibongkarkantetapi rasuah pemimpin UMNO pula cuba ditutup rapat-rapatDalam kes dua bekas Exco ADUN PKR Perak, Jamaluddin Md Razi dan Osman Jailu pun begitu. Kes rasuahnya kini ditangguhkan oleh mahkamah dan SPRM dilihat seolah-olah cuba mencari jalan untuk melepaskan mereka dari segala pertuduhan selepas melihat kedua-dua "mangkuk hayun" itu keluar dari Parti Keadilan Rakyat, menjadi "calon bebas" dan seterusnya menyokong Barisan Nasional di Perak hingga pakatan itu berjaya "merampas kuasa" di negeri itu baru-baru ini. laporan rasuah serta penyelewengan kuasa terhadap Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak yang kini mengambilalih Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak telah dibiarkan begitu sahaja. SPRM seolah-olah "dibutakan mata dan hati" untuk tidak melihat kes "lompat parti" mereka itu adalah berkaitan dan rasuah dan sogokan wang jutaan ringgit. Justeru itulah kita tidak hairan terdapat laporan sebelum ini yang mengatakan kelibat pegawai SPRM juga dilihat muncul di rumah Najib Razak bersama kedua-dua ADUN Perak terbabit sebelum mereka bertindak melompat parti dulu. Semua ini menggambarkan kepada kita bahawa betapa rosak dan "tidak profesionalnya" Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia itu dimata rakyat sebenarnya.

Selasa, 24 Februari 2009

KETUA AMK PUSAT BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP SPRM


Saya, Shamsul Iskandar Mohd Akin (No. K/P : 741229-04-5273) beralamat di JA 5347, Kg Kesang Jaya, 77000 Jasin, Melaka membuat laporan ini berikutan dengan kenyataan media yang di buat oleh Ketua Pesuruhjaya (KP) Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia (SPRM), Dato' Sri Ahmad Said Bin Hamdan pada 20 Februari 2009 berkenaan hasil siasatan tuduhan kesalahan rasuah salah guna kuasa oleh YAB MB Selangor mengenai sumbangan 46 ekor lembu dan kos selenggaraan kereta Lexus kegunaan rasmi YAB MB Selangor yang mana sedutan mengenai kenyataannya telah dilaporkan secara meluas oleh media massa negara baru-baru ini.

Saya berpandangan bahawa kenyataan KP SPRM tersebut bahawa terdapat bukti kukuh dan kuat untuk pihak SPRM mendakwa YAB MB Selangor di mahkamah merupakan satu kenyataan yang berniat jahat dan mempunyai niat sebaliknya untuk memburuk-burukkan reputasi YAB MB Selangor kepada rakyat Malaysia khususnya rakyat di Negeri Selangor sendiri.

Saya juga percaya bahawa maklumat atau hasil siasatan pihak SPRM terhadap tuduhan salah guna kuasa YAB MB Selangor tersebut merupakan pendedahan satu maklumat atau laporan SULIT kerana ianya merupakan dokumen satu KERTAS SIASATAN (KS) yang tidak sepatutnya didedahkan secara umum sehinggalah YAB MB Selangor dipertuduhkan secara rasmi di mahkamah oleh pihak Jabatan Peguam Negara Malaysia sekiranya Peguam Negara memutuskan terdapat kes terhadap YAB MB Selangor.Sehubungan itu, tindakan KP SPRM tersebut adalah jelas menyalahi tatacara urusan dokumen sulit yang sepatutnya tidak boleh didedahkan sebagaimana yang telah dilakukan oleh KP SPRM pada 20hb Februari 2009. Dan saya juga percaya kenyataan yang dibuat oleh KP SPRM tersebut mempunyai niat jahat bagi menjatuhkan reputasi YAB MB Selangor dan cuba melakarkan seolah-olah YAB MB Selangor merupakan seseorang yang telah melakukan rasuah.

Selain itu kenyataan KP SPRM tersebut juga bertujuan untuk mempengaruhi pihak Jabatan Peguam Negara dan pihak mahkamah untuk mendakwa dan menghukum YAB MB Selangor sebagai seseorang yang telah melakukan rasuah dan kenyataan tersebut seolah-olah telah memberikan arahan kepada pihak Jabatan Peguam Negara dan pihak mahkamah untuk menghukum YAB MB di atas tuduhan kesalan rasuah yang telah disiasat oleh pihak SPRM.Saya menggesa pihak polis untuk menyiasat tujuan sebenar KP SPRM yang telah membuat kenyataan yang tidak bertanggungjawab tersebut kerana kenyataannya boleh menimbulkan kekeliruan dan ketidakstabilan politik di Malaysia dan khususnya Negeri Selangor.
Sekian laporan saya.

Sabtu, 21 Februari 2009

PERJUANGAN AMK

Ya Allah,
Berikan takwa kepada jiwa-jiwa kami dan sucikanlah ia,
Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya,
Engkaulah pencipta & pelindungnya,

Ya Allah,
Baikkanlah hubungan antara kami,
Rukunkan antara hati kami,
Tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus dan selamatkan kami dari kegelapan hati,
Jadikanlah kami jemaah orang muda yang menghormati orang tua dan jemaah orang tua yang menyayangi orang muda,
Janganlah Engkau tanamkan di hati kami kesombongan & kekasaran terhadap sesama hamba yang beriman,
Bersihkanlah hati kami dari benih-benih pepecahan, pengkhianatan & hasad dengki,

Ya Allah,
Tuhan yang memudahkan segala yang sukar,
Yang menemani semua yang bersendiri,
Yang mengamankan segala yang resah,
Yang menguatkan segala yang lemah,
Mudah bagimu memudahkan segala yang susah,
Tuhan yang tiada memerlukan penjelasan & penafsiran,
Hajat kami kepadaMu amatlah banyak & sesungguhnya Engkau maha tahu serta melihatnya,

Ya Allah,
Kami takut kepadaMu,
Selamatkanlah kami dari semua yang ingkar kepadaMu,
Peliharakanlah kami dengan perlindunganMu yang tidak tertembus,
Kasihi kami dengan kudrat kuasaMu atas kami,
Janganlah binasakan kami kerana sesungguhnya Engkaulah harapan kami dari musuh-musuh kami & semua yang ingin mencelakai kami,
Tidak akan sampai kepada kami, langsung atau dengan pengantara,
Tiada kemampuan pada mereka untuk menyampaikan bencana kepada kami tanpa keizinanMu,

"Allah sebaik-baik pemelihara & Ia paling kasih dari segala kasih"

Ya Allah,
Kami hambaMu, anak-anak hambaMu, ubun-ubun kami dalam genggamanMu,
Berlaku pasti atas kami hukumMu, Adil pasti atas kami keputusanMu,

Ya Allah,
Kami memohon kepadaMu dengan semua nama yang jadi milikMu yang dengan nama itu Engkau namai diriMu dan Engkau turunkan dalam kitabMu,
Maka Engkau ajarkan kepada seorang hambaMu dan Engkau simpan dalam rahsia maha tahuMu akan segala ghaib,
Kami memohon kepadaMu agar Kau jadikan Al-Quran yang agung sebagai musim bunga hati kami, cahaya hati kami, pelipur sedih dan duka kami, pencerah jiwa dan nurani kami,

Ya Allah,
Tuhan yang menyelamatkan Muhammad Salallahualaihiwasalam dari kafir Quraisy, Yahudi pendusta, munafik, khianat, pasukan sekutu ahzab angkara murka,
Ya Allah,
Yang mendengar rintihan hamba lemah teraniaya,
Yang menyambut pendosa apabila kembali dengan taubatnya,
Yang mengijabah hamba dalam bahaya & melenyapkan duka,

Ya Allah,
Begitu pekat gelap keangkuhan, kerakusan & dosa,
Begitu dahsyat badai kezaliman & kebencian menenggelamkan dunia,
Pengap kehidupan ini oleh kesombongan si durhaka yang membuatMu murka,
Sementara kami lemah & hina ini tidak berdaya,

Ya Allah,
Janganlah Kau cegahkan kami dari kebaikkan yang ada padaMu kerana kejahilan yang ada pada kami,

Ya Allah,
Jadikan kami kebanggaan hamba & rasulMu di padang Mashyar nanti,
Saat para rakyat kecewa dengan pemimpin penipu yang memimpin dengan kejahilan & hawa nafsu,
Saat pemimpin 'cuci tangan' dan lari dari tanggungjawab,
Berikan kepada kami pemimpin berhati lembut bagai Muhammad Salallahualaihiwasalam yang menangis dalam sujud malamnya terkenangkan 'Ummati',
Pemimpin bagai para khalifah yang rela mengorbankan semua kekayaan demi perjuangan,
Yang rela berlapar agar rakyatnya sejahtera,
Yang takut bahaya maksiat daripada lenyapnya pangkat & kekayaan,

Ya Allah,
Dengan kasih sayangMu Engkau kirimkanlah kepada kami keimanan,
Berikan kami kesempatan & kekuatan, keikhlasan & kesabaran,
Agar dapat menyambung risalah suci mulia ini kepada generasi berikut kami,
Janganlah jadikan kami pengkhianat yang memutuskan rantaian kesinambungan perjuangan kami,
Dengan sikap malas & enggan berjuang kerana takut rugi dunia & dibenci bangsa.

Sabtu, 14 Februari 2009

UMNO SEMAKIN BACUL


Kotor, jijik, busuk dan memualkan. Itulah yang selayaknya digelarkan terhadap permainan politik UMNO/BN pada masa kini. Bersempena dengan peralihan kuasa UMNO yang akan datang, Najib Al-Musibat(Pembawa musibah kepada UMNO/BN dalam setiap pilihanraya kecil/umum) dengan rakus bak orang gila meroyan menganggu pentadbiran kerajaan negeri-negeri Pakatan Rakyat dengan pelbagai cara terkutuk. Tanpa mengikut perlembagaan, negeri Perak telah UMNO rampas. Dimanakah yang dikatakan keluhuran perlembagaan?!. Kami redha dengan kehendak sultan namun ada kekesalan apabila rayuan Dato' Seri Nizar untuk mengadakan pilihanraya tidak dipertimbangkan oleh baginda. Seperti biasa beruk-beruk UMNO mula melaungkan kedaulatan sultan, namun pada hakikatnya sebenarnya merekalah yang selalu menderhaka kepada sultan. Siapakah yang pernah menggelarkan sultan dengan gelaran "Natang"(Binatang) dan berdemonstrasi membantah sultan?(Maklumat lanjut ada di dalam Suara Keadilan bilangan 169). Tidakkah itu dikatakan menderhaka terhadap sultan?. Di mana logiknya dengan kedudukan sama banyak 28 PR dan 28 BN adun di setiap pihak dan 3 bebas, UMNO/BN mengatakan mereka memperolehi majoriti? Bagaimanakah 3 orang adun bebas itu dikatakan berpihak kepada UMNO/BN?. Apakah yang dimaksudkan dengan BEBAS?. Memang benar 3 adun bebas tersebut boleh berpihak kepada UMNO/BN dalam menyokong usul yang dikemukakan UMNO/BN dalam persidangan dun negeri Perak tetapi 3 orang adun bebas ini tidak boleh menjadi majoriti kepada UMNO/BN melalui kerusi yang mereka wakili kerana mereka bebas . Sudahlah begitu, Pelawaan Pakatan Rakyat untuk "bertarung" secara adil melalui pilihanraya diperlekehkan UMNO/BN, terbukti UMNO/BN ini bacul dan penakut!

Tidak setakat itu sahaja, negeri Selangor pula sekarang menjadi mangsa UMNO/BN. Setelah isu babi dan lembu tidak memberikan impak negatif kepada Pakatan Rakyat di Selangor, Khir Toyol dengan muka tak tau malunya menjaja isu gambar bogel (kononnya) seorang exco negeri Selangor dan Khir Toyol telah mengarahkan exco tersebut meletakkan jawatan beliau dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor hanya kerana gambar itu. Adakah logik jikalau gambar tidur kita dalam keadaan tertentu diambil oleh pihak yang memang tak bertanggungjawab dan disiarkan dalam internet, kita pula dipersalahkan dan kita pula yang dituduh mempunyai skandal moral seperti yang dikatakan oleh TV3(Pengampu terkuat dan terbusuk UMNO/BN). Adakah orang-orang UMNO/BN tidur dengan berpakaian lengkap?(siap pakai baju kot agaknya. Jikalau begitu jangan lupa pakai kain kapan sekali). Mungkin selepas ini kita harus menggajikan Jaga untuk menjaga kita semasa tidur. Nampaknya Khir Toyol sudah lupa bahawa rakyat Selangor masih lagi ingat akan peristiwa Kampung Berembang dan juga skandal isterinya melarikan duit BALKIS. Itu tidak termasuk pelbagai penyelewengan UMNO/BN yang dikepalainya terhadap duit dan harta negeri Selangor sebelum ini.

Masihkah kita semua di negeri Johor ini tidak nampak akan kebaculan UMNO/BN, masihkah kita mahu menyokong orang-orang yang melakukan penipuan dan taktik kotor dalam memerintah negara Malaysia kita ini ?. UMNO/BN mengatakan merekalah yang membela Melayu tapi sebaliknya merekalah yang membuatkan Melayu berpecah. Mereka juga mengakui sebuah parti politik yang tidak mengamalkan perkauman tetapi merekalah yang telah melaga-lagakan kaum di Malaysia ini untuk memenangi pilihanraya. Buka mata, buka minda, perhatikan permainan politik UMNO/BN dan kita boleh nampak betapa kotor serta jijiknya cara mereka menguruskan pentadbiran negara kita. Kerajaan Malaysia bukanlah milik UMNO/BN tapi milik rakyat Malaysia dan kita semua berhak untuk menyokong mana-mana parti politik tanpa risau ditangkap ISA, dipulaukan ketua kampung, dipinggirkan dari menerima bantuan kerajaan, diganggu gugat kehidupan kita anak beranak sehinggakan gambar ketika tidur pun boleh dijadikan isu. Apa ini semua?!. "Baling batu sembunyi tangan", itulah gaya orang-orang UMNO/BN berpolitik. Jangan fikir rakyat kini boleh diperbodohkan dan dimomokkan dengan cerita karut ala-ala Mahathir. Mesti ingat, Kami Angkatan Muda KeADILan akan terus berjuang mempertahankan hak rakyat yang selama ini dinafikan dan kami tidak akan gentar dengan taktik kotor UMNO/BN. Membujur lalu melintang patah, Selagi nyawa dikandung badan pantang AMK tunduk mengalah!

Ahad, 8 Februari 2009

WARKAH MB PERAK KEPADA SULTAN PERAK

Bertarikh 5hb. Februari, 2009

Mengadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan AZlan Shah Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah
Paduka sultan Negeri Perak Darul Ridzuan

Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Perak darul Ridzuan dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.

Assalamualaikum

Ampun Tuanku,

Dengana hormat dan takzimnya patik merafa'kan sembah dan berdoa kehadarat Allah Subhanahu Wata'ala, mudah-mudahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.

Ampun Tuanku,

MERAFA' SEMBAH MEMAKLUMKAN PERKEMBANGAN TERKINI DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Warkah yang tidak sepertinya ini sebagai pengganti diri patik untuk menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengenai isu kedudukan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Patik merafa' sembah menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada pagi ini. Patik memohon izin untuk menyembahkan beberapa perkara :

1. Artikel XVI(6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa "If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council". Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri.

2. Jumlah Ahli Dewan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang. Adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti. YB Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahawa ADUN bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi ADUN. YB Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga ADUN berkenaan bukannya ADUN untuk kawasan-kawasan tersebut di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita menunggu keputusan Mahkamah dalam kes tersebut.

Ampun Tuanku,

Atas alasan di atas dan berdasarkan prinsip demokrasi dan Raja Berperlembagaan Patik dengan ini merafa' sembah memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang dikehendaki mereka.

Ampun Tuanku,

Patik dengan ini merafa' sembah bahawa pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara meminta Patik untuk tidak meletak jawaan sehingga krisis perlembagaan ini diputuskan oleh mahkamah atau Dewan Undangan Negeri Perak.

Ampuan Tuanku,

Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung pengharagaan keatas keprihatinan dan pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Mudahan-mudahan Allah Subhanahu Wata'ala melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh kerabat Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagiaan yang berkekalan.

Amin Ya Rabbal Alamin

Ampuan tuanku,
Patik dengan segala hormat takzimnya;
Bagi pihak Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat.
YAB Dato' Seri Ir Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin
Menteri Besar Perak darul Ridzuan.
Adakah ini yang di namakan "DERHAKA". Sama-sama lah kita fikirkan.