Sabtu, 28 Februari 2009

GADUH DI PARLIMEN.



Gara-gara perkataan "Pemuda UMNO celaka" yang terungkap dari mulut Pengerusi DAP Karpal Singh, maka akhirnya membawa kepada tercetusnya pergaduhan di parlimen semalam. Sesuatu yang amat memalukan rakyat Malaysia sebenarnya. Parlimen ada satu tempat mulia yang sepatutnya tidak disalah gunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk bertindak seperti "gangster". Namun ini terjadi apabila 13 ahli dari Pemuda Umno dari Bahagian Petaling Jaya Utara dan Gombak mengepung Karpal yang baru tiba di pintu masuk utama ke bangunan Parlimen. Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara, Latt Sharizan Abdul dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Gombak, Megat Zulkarnain Amiruddin mengepung ahli Parlimen Bukit Gelugor itu sambil meminta Karpal mengakui ada menyebut perkataan "Pemuda UMNO celaka" dan meminta maaf kepada mereka. Akibat keenganan Karpal mengulangi perkataan itu, maka ia telah menyebabkan kumpulan terbabit naik berang dan akhirnya menyerang beliau. Anehnya, pihak pengawal keselamatan di bangunan terbabit terdiam seketika tatkala menyaksikan adengan berkenaan. Apakah mereka telah diupah untuk mendiamkan diri?.Apa yang berlaku ini telah mencemarkan parlimen Malaysia sebenarnya. Pertikaman lidah dan pergaduhan sesama ahli parlimen dalam dewan adalah lumrah dan perkara biasa sebenarnya. Namun mengundang "orang luar" untuk masuk dan menyerang mana-mana ahli parlimen adalah sesuatu perkara yang amat luar biasa. Bagaimana mereka semua boleh masuk jika tidak diundang atas kapasiti ahli-ahli parlimen UMNO?. Maka itu, apa yang berlaku semua ini sebenarnya adalah didalangi oleh Pemuda UMNO sendiri dan ia tidak harus dinafikan lagi. Sebelum ini memang kita selalu disajikan dengan lagak "samseng" Pemuda UMNO tatkala menjelangnya pilihanraya. Namun, itu berlaku di tempat terbuka yang semestinya sudah tiada kawalan keselamatan yang ketat. Namun, tindakan puak-puak pemuda UMNO masuk ke parlimen untuk mencetuskan pergaduhan dan membelas Karpal Singh adalah satu "penghinaan" terhadap institusi itu.

Kerajaan Malaysia dan Pemuda UMNO harus bertanggungjawab dan memohon maaf secara terbuka kepada Karpal Singh atas insiden berkenaan. Tambahan pula Karpal juga telah memohon maaf ketika di parlimen mengenai kenyataannya yang kontroversi itu. Maka, mengapakan ia harus diperbesar-besarkan oleh pihak-pihak berkenaan sebenarnya. Sementara itu Menurut Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, beliau kesal dan mengecam keras tindakan yang dilakukan oleh Pemuda Umno itu. “Kami mengutuk keras tindakan biadap dan ganas seperti ini dan jika ia dibenarkan akan membahayakan keselamatan ahli Parlimen. “Kita mahu tindakan segera dan jaminan daripada pihak polis dan kerajaan supaya kemuliaan dewan dan kebebasan ahli-ahli Parlimen terjamin,” katanya dalam satu laporan media selepas kejadian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan