Khamis, 22 Januari 2009

KETUA PEMBANGKANG SELANGOR DESAK TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM LETAK JAWATAN.


Kerajaan pembangkang Selangor mendesak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengosongkan sementara jawatan Menteri Besar sehingga siasatan dakwaan salah guna wang kerajaan negeri berjumlah RM110,400 selesai. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sudah menggeledah Pejabat Menteri Besar dua hari lalu dan sehingga siasatan selesai, Abdul Khalid mesti melepaskan semua jawatan yang dipegangnya. Dipetik dari Berita TV3.

Datuk seri Dr Mohamad Khir Toyo seolah-olah seperti telah terlupa atau buat-buat lupa bahawa semasa beliau menjadi Menteri Besar Selangor bermacam-macam KONTROVERSI termasuk tuduhan rasuah yang lebih hebat namun tidak pulak dia kosongkan jawatan Menteri Besar? Agaknya kau dilindungi oleh satu kuasa sebab tu kau berani untuk terus duduk kerusi MB Selangor sampai kau diturunkan oleh rakyat. Jadi kepada Datuk seri Mohamad Khir Toyo tolonglah cerminkan diri kau dulu sebelum nak kata tentang orang lain.

Sabtu, 17 Januari 2009

TAHNIAH WARGA KUALA TERENGGANU


Membuka tirai 2009 arus perubahan politik tanahair dengan bertambahnya satu lagi kerusi parlimen untuk Pakatan Rakyat dengan didahului oleh kemenangan yang selesa di Kuala Terengganu. Dengan kemenangan ini terbukti bahawa rakyat benar-benar mahukan perubahan yang drastik dan inginkan kepimpinan daripada Pakatan Rakyat untuk membawa rakyat keluar dari drama penipuan, korupsi, nepotisma, kronisma yang selama ini dimainkan oleh BN/UMNO.

Beribu tahniah kami di Angkatan Muda KeADILan Bahagian Parit Sulong ucapkan buat warga Kuala Terengganu di atas kematangan, kebijaksanaan dan keberanian yang utuh untuk menggapai perubahan dalam menentukan masa depan yang lebih cerah. Tahniah juga diucapkan kepada ahli-ahli keADILan, PAS dan DAP yang sanggup bersusah payah dan berkerja keras untuk memastikan kemenangan Y.B.Mohd Abdul Wahid Endut dari parti PAS. Walaupun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan dari setiap jentera kerajaan BN/UMNO mereka tetap tabah malah berani berdiri tegak dalam menghadapi serangan dari pihak BN/UMNO. Kami di sini turut berasa bangga di atas kejayaan yang diraih oleh Pakatan Rakyat di Kuala Terengganu.

Dengan kemenangan ini juga membuktikan bahawa segala tomahan dan tuduhan yang dilemparkan oleh BN/UMNO terhadap Pakatan Rakyat adalah TIDAK BENAR SAMA SEKALI!. Majoriti sebanyak 2,631 telah menjadi bukti kemerosotan sokongan terhadap BN/UMNO dan kejayaan Pakatan Rakyat dalam mendapatkan kepercayaan rakyat untuk mewakili Kuala Terengganu di dewan parlimen. Semoga angin perubahan yang dibawa oleh Kuala Terengganu juga dapat mengubah pendirian rakyat di negeri Johor yang selama ini lena dibuai dengan dendangan penipuan BN/UMNO. Ubah demi maruah, ubah sebelum parah!.

Isnin, 12 Januari 2009

NAK TUNGGU SAMPAI BILA?

16 tahun, itulah tempoh masa yang telah dinantikan oleh penduduk Kampung Batu Putih di kawasan parlimen Parit Sulong untuk sebuah sekolah agama namun sehingga kini mereka masih lagi menantikan "bagai menanti buah yang tidak gugur". Seorang penduduk kampung itu, Haji Ahmad bin Morshid yang telah berhubung kepada kami memaklumkan bahawa pada tahun 1993 beliau telah mewakafkan tanah beliau sebanyak 2.5 ekar untuk didirikan sebuah sekolah agama. Beliau berbuat demikian setelah dimaklumkan oleh ketua kampung akan keperluan itu. Niat beliau hanyalah satu, untuk menyaksikan sebuah lagi institusi keagamaan didirikan dapat memudahkan penduduk kampung tidak kira tua atau muda mendalami ilmu agama.

Walau bagaimanapun, setelah 16 tahun mewakafkan tanah tersebut hajat beliau dan penduduk kampung seakan-akan tidak tertunai kerana sehingga ke hari ini tidak ada apa-apa perkembangan dan kemajuan mengenai perkara tersebut. Kami telah membuat lawatan di tanah tersebut dan mendapati hanya sebuah papan tanda ' Projek mendirikan sebuah sekolah agama' yang ada di situ. Lebih menimbulkan tandatanya apabila kawasan tanah yang selebihnya ditanam dengan pokok kelapa sawit. Haji Ahmad juga dimaklumkan oleh Ketua kampung bahawa projek itu telah diluluskan pada bulan Jun tahun 2008 dan akan dimulakan pada bulan Ogos tahun yang sama, namun sehingga ke hari ini tidak ada sebarang perkembangan yang berlaku di tanah tersebut. Hanya rumpun buluh dan berbatang-batang pokok kelapa sawit yang tidak diketahui tuannya yang ada di situ.

Sekarang, kebanyakkan murid-murid yang mengikuti kelas agama terpaksa berkongsi sekolah dengan sebuah sekolah rendah di kampung itu. Ini akan menimbulkan keadaan yang tidak selesa dikalangan murid-murid malahan guru-guru juga untuk meneruskan sesi pembelajaran. Persoalan yang timbul setelah tiga YB silih berganti, apakah ceritanya dengan sekolah agama tersebut?


Inilah sekolah rendah yang dikongsi bersama sekolah agama

Inilah lokasi tanah yang sepatutnya didirikan sekolah agama


Haji Ahmad bin Morshid yang telah mewakafkan tanah

Isnin, 5 Januari 2009

BOIKOT ISRAEL DAN AMERIKA, SELAMATKAN PALESTIN



Kami di AMK Bahagian Parit Sulong menyeru dan merayu kepada seluruh rakyat Malaysia tidak kira apa jua bangsa dan agama untuk bersatu menzahirkan perasaan kita semua terhadap kekejaman Israel dan sekutu kuatnya Amerika Syarikat terhadap rakyat Palestin dengan memboikot semua barangan, produk, perkhidmatan dan apa-apa jua yang berkaitan dua negara kejam tersebut. Kami juga menyeru ahli-ahli KeADILan agar dapat menyampaikan mesej ini kepada rakan-rakan yang lain. Rakan-rakan dari NGO juga diharap dapat membantu dalam usaha yang murni ini.

Walaupun seandainya usaha untuk memboikot ini tidak memberikan impak yang besar tapi sekurang-kurangnya kita telah menunjukkan pendirian kita sebagai manusia yang berperikemanusiaan dan bertamadun dalam konflik kekejaman Zionis ini. Agama kita juga mengajar penganutnya supaya tidak berlaku kejam terhadap orang lain dan mengambil berat terhadap kesusahan yang dialami oleh setiap manusia walaupun bukan dari negara kita. Jadi, bersamalah kita semua menunaikan juga tanggungjawab kita kepada agama.

Bertindaklah sekarang!! Marilah kita bersatu berganding bahu dalam usaha menghentikan kekejaman Zionis di bumi Palestin dan cengkaman Amerika Syarikat terhadap ekonomi dunia. Semoga usaha rakyat Malaysia dapat menjadi contoh kepada semua manusia yang waras akalnya di seluruh dunia. Sampaikan juga kepada semua pemimpin di tempat kita agar dapat membawa suara bantahan rakyat Malaysia di persada dunia terhadap kempen Zionis yang tidak berperikemanusiaan. BOIKOT ISRAEL DAN AMERIKA!!!!!!