Isnin, 27 Julai 2009

SAMY VELLU BERMIMPI DI SIANG HARI BILA TERPAKSA SEDAPKAN HATI DENGAN MENGATAKAN MIC TIDAK RUGI BILA BEKAS NAIB PRESIDENNYA SERTA PKR

BUTTERWORTH - Parti MIC tidak rugi apa-apa dengan tindakan bekas Naib Presidennya Datuk S S Subramaniam yang keluar parti dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), kata Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu (foto). Secara sinis, pemimpin tertinggi parti itu mengucapkan "tahniah" kepada Subramaniam dengan tindakannya itu. "Kita (MIC) tidak rasa apa-apa atau rugi dengan tindakan itu dan selama ini pun beliau (Subramaniam) tidak aktif berkhidmat dalam memperjuangkan hak masyarakat India. "Malah apa yang dilakukannya (sertai PKR) itu bagus dan saya ucapkan tahniah kerana berjaya mendapat jawatan di sana (PKR)," katanya kepada pemberita sebelum merasmikan Konvensyen MIC Pulau Pinang Ke-63 di sini hari ini. Semalam, Subramaniam mengumumkan menyertai PKR dalam satu majlis di Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor, sambil mendakwa 10 cawangan MIC di Lembah Klang membabitkan 1,700 anggota akan turut menyertai jejaknya dalam tempoh terdekat. Samy Vellu turut menafikan dakwaan Subramaniam kononnya 1,700 anggota MIC akan mengikut jejak langkahnya menyertai PKR, dan menegaskan sebenarnya kurang daripada 300 anggota saja yang terlibat. "Dakwaan beliau yang 1,700 anggota kita akan sertai PKR itu hanya temberang dan MIC percaya mampu menarik lebih ramai anggota baru terutama dari kalangan golongan muda yang semakin menunjuk minat terhadap parti ini," katanya. Dalam perkembangan lain, Samy Vellu berkata MIC bercadang meminda perlembagaan parti itu berhubung jumlah minimum anggota bagi mewujudkan sesebuah cawangan MIC. "Ketika ini jumlah minimum diperlukan adalah seramai 110 orang dan jika dipersetujui oleh parti pada mesyuarat agung 12 dan 13 September depan, ia akan dikurangkan kepada 60 orang. "Kita jangkakan dengan pindaan berkenaan, ia akan dapat menarik lebih ramai masyarakat India menyertai MIC terutama di kawasan tidak ramai penduduk India," katanya. MIC kini mempunyai 3,700 cawangan (630,000 ahli).

Samy Tol ini sebenarnya "mengigau" agaknya. Kononnya beliau tidak takut bekas Naib Presidennya itu sertai PKR. Baginya SS Subramaniam tidak membela nasib kaum India. Masalahnya semasa itu SS Subramaniam duduk dibawah pentadbiran siapa?. Bukankah Samy Tol?. Ini bermakna, semasa dalam MIC memang jelas menunjukkan bahawa Subramaniam tidak dapat berbuat apa-apa kerana Samy Tol tidak berminat ke arah itu. Samy hanya berminat naikkan TOL dan kemudian merompak wang rakyat dengan sesuka hati, termasuk mengadkaan majlis perkahwinan anaknya dengan belanja mencecah RM2 juta ketika itu. Samy sepatutnya sudah dikapankan, kerana beliau tidak lagi diterima masyarakat kaum India. Malah, dirinya ditolak oleh rakyat di Parlimen Sungai Siput gara-gara perkara itu. Namun, Samy ini jenis manusia yang tidak sedar diri dan tidak tahu malu. Baginya, biarpun hanya seorang menyokong beliau bermakna dirinya masih mendapat sokongan. Sampai kiamat pun Samy akan terus memegang kuasa. Dia langsung tidak melihat, pemimpin BN seangkatan dengannya satu persatu mengundur diri seperti Mahathir (UMNO), Lim Kim Yeik (GERAKAN) dan Lim Liong Sik (MCA). Namun, hanya beliau sahaja yang masih mahu terus berkuasa dan ada hati ingin menarik golongan muda India menyertai parti karat itu. Samy memang "bermimpi disiang hari", dan ramai lagi sebenarnya masyarakat kaum India akan tinggal MIC selepas ini. Ketika itu barulah Samy Vellu tahu bahawa dirinya kini sudah tidak berguna lagi!!.

KERAJAAN UMNO DAN BARISAN NASIONAL KINI DIAMBANG KEHANCURAN, SEORANG LAGI BEKAS NAIB PRESIDEN PARTI KOM[ONEN MEREKA SERTAI PKR

Kerajaan Barisan Nasional kini diambang kehancuran pabila seorang lagi bekas Naib Presiden Parti komponen BN mengumumkan pendiriannya untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat. Pemimpin terbabit ialah Naib Presiden MIC Datuk SS Subramaniam yang pernah bertanding merebut jawatan Presiden MIC, Samy Vellu yang akhirnya disingkirkan oleh pemimpin MIC yang tidak sedarkan diri itu. Kejutan demi kejutan yang berlaku ini, seolah-olah memberi isyarat bahawa BN itu sendiri akan "tamat riwayatnya" dalam menjelang pilihanraya umum akan datang. Senario ini jelas membuktikan bahawa pemimpin yang benar-benar "berjiwa rakyat" dalam BN, kini sudah semakin meluat dan benci dengan pakatan "dacing karat" itu. Malah, dari masa ke semasa mereka juga telah mula memahami hala tuju sebenar BN kini sudah jauh tersasar. Kezaliman dan penyelewengan terhadap rakyat terus berlaku. Malah, sengaja ditutup rapat-rapat bagi menipu rakyat. Hanya mereka yang "bangang" dan "buta mata serta hati" sahaja yang masih percaya BN adalah sebuah kerajaan yang adil, berwibawa dan saksama. Mereka terpaksa mengampu demi "sesuap nasi", sedangkan mereka lebih tahu hakikat sebenar perjuangan yang dibawa oleh BN itu sendiri. Maka itulah, penyertaan beberapa orang tokoh dalam BN ke dalam Pakatan Rakyat jelas sekali bakal "mempercepatkan lagi kereputan" parti karat itu. Dalam pada itu juga, kemasukan Datuk SS Subramaniam seminggu selepas mantan Menteri Kesihatan Chua Jui Meng jelas sekali mencerminkan bahawa PKR sebagai parti yang semakin didokong oleh pelbagai kaum di bawah gagasan Pakatan Rakyat.

Tambah mengejutkan, kemasukan beliau itu juga turut disertai oleh adiknya bersama kira-kira 1,700 bekas ahli MIC dari Petaling Jaya Selatan dan Pekan Meru di Kapar. Penghijarahan mereka ke PKR memaksa lebih 10 cawangan MIC ditutup. Subramaniam, anak kelahiran Johor, adalah pemimpin MIC paling kanan menyertai PKR. Selain pernah menjadi Naib Presiden MIC dan pernah bertanding untuk jawatan kedua tertinggi parti itu. Subramaniam juga bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan bekas ahli Parlimen Segamat. Dalam pada itu Subramaniam berkata beliau tertarik dengan politik merentasi perkauman yang di bawa oleh Keadilan dan mengambil keputusan menyertai parti itu walauun di kecam hebat oleh Presiden MIC Samy Vellu."Sekarang saya telah memberanikan diri untuk masuk PKR walaupun saya tahu saya dihentam oleh Samy Vellu," kata Subramaniam, disambut tepukuan gemuruh oleh lebih 1,000 orang di Dewan Orang Ramai, Taman Medan Petaling Jaya. "Saya lihat dasar-dasar Barisan Nasional yang ada sekarang ini telah membawa negara ke belakang 20 tahun. "Dasar-dasar ini meminggirkan sebilangan besar rakyat dan hanya memberi tempat kepada orang tertentu sahaja," kata Subramaniam. "Kita mahu membina sebuah negara maju yang rakyatnya hidup makmur dan bersatu padu," tambah beliau. Menurut Subramaniam lagi, beliau amat yakin dengan segala dasar-dasar dan pendekatan yang dibawa oleh Parti Keadilan Rakyat itu. Dalam pada itu, Ahli Majlis Tertinggi PKR, S. Manikavasagam berkata, "apa yang berlaku hari ini cuma gelombang pertama." "Selepas pemilihan MIC 12 September ini, akan ada peringkat kedua dan peringkat ketiga pemimpin MIC akan menyertai PKR," kata Ahli Parlimen Kapar itu.

Apapun, PDO ucapkan syabas dan tahniah kepada bekas Naib Presiden MIC itu. Kemasukan beliau melengkapkan lagi kekuatan Parti Keadilan Rakyat serta menjadi petanda bahawa kekuatan Barisan Nasional sudah pasti bakal tergugat bilamana pemimpin seperti ini bersama rakyat. Dengan kemasukan beliau ke dalam PKR juga, bakal memberi lonjakan sokongan rakyat terhadap perjuangan yang dibawa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malah, kemasukan beliau kali ini menyebabkan pemimpin BN "tidur tak lena". Sudahlah sebelum ini tokoh-tokoh dalam BN dilihat semakin kecewa dengan parti itu. Maka adalah diharapkan agar gelombang kebangkitan ini akan berterusan sehingga pilihanraya umum akan datang. Rakyat hanya menunggu tokoh dan pemimpin UMNO pula membuat keputusan yang pasti mengejutkan ini, terutamanya Ku Li.

Isnin, 20 Julai 2009

AKIBAT KEKALAHAN UMNO DI MANEK URAI BUATKAN BLOGGER UMNO@BRAVE HERAT KINI BAGSI CACING KEPANASAN DAN GILA MEROYAN DIBUATNYA !!!

Maka selepas kemenangan PAS di Manek Urai semalam, semakin hari semakin ramai puak-puak UMNO yang "gila meroyan", mereka tidak boleh menerima takdir yang telah ditentukan. Mereka terkejut dengan "jutaan wang ringgit" yang ditaburkan di Manek Urai, namun UMNO dan BN akhirnya tertewas juga dengan 65 undi. Malah, lebih menyakitkan hati mereka ialah undi rosak lebih tinggi daripada majoriti undi yang diperolehi oleh PAS. Dalam pada itu, bukan sahaja pemimpin UMNO yang "tidak lena tidur" dengan kekalahan ini. Ramai juga dikalangan "Blogger Pengampu UMNO" yang bagai "cacing kepanasan" dibuatnya. Beliau amat kecewa dan tidak sangka yang parti karat UMNO BN tewas, sedangkan mereka telah melakukan berbagai usaha dan strategi untuk memburu kemenangan. Sementara itu, salah seorang "Blogger UMNO" yang "melolong seperti polong" akibat kekalahan BN itu ialah BraveHeart iaitu "Taiko Blogger Pembela Negara" bagi negeri Pahang Darul Makmur. Dalam posting terbaru di blognya yang bertajuk "Jawapan Kepada Pahang Daily Dan Penyokong PAS/PKR Yang Busuk Hati", beliau secara jelas menghuraikan beberapa perkara yang sudah tersemat didalam "Hati Berani"nya itu berhubung kekalahan BN di Manek Urai. Justeru itu di bawah ini PDO siarkan luahan hati "BraveHeart" atas semua itu.

BraveHeart
: "Tahniah kepada PAS kerana memenangi PRK Manek Urai walaupun dengan majoriti kecil. Kepada BN, kalau ada janji tak payahlah nak tunaikan kerana rakyat Manek Urai tak memerlukan pertolongan dan kita percaya bahawa wakil rakyat yang dipilih sanggup membantu segala kesusahan yang rakyat hadapi dan mungkin membekalkan ikan-ikan busuk kepada yang memerlukan bantuan" PDO: Inilah dia budaya yang ingin ditanamkan oleh BraveHeart kepada puak-puak UMNO. Bila kalah, segala janji jangan ditunaikan. Sebaliknya rakyat di kawasan itu perlu ditindas secukup-cukupnya. Jangan diberikan segala bantuan dan peruntukan kerajaan BN. Walhal ada lebih 5,000 pengundi BN di Manek Urai. Maka sepatutnya janji-janji BN itu perlu ditunaikan terutamanya untuk membina jambatan baru. Jika ini gagal dilaksanakan, ia bermakna BN memang "kaki pembohong" dan suka menabur janj-janji palsu. Memang inilah kerja-kerja mereka sejak dulu, kini dan selamanya. Inilah yang BraveHeart mahukan?. Makanya, sudah pasti pengundi BN yang ada itu pun akan menyokong PAS dalam pilihanraya umum akan datang. Apakah BraveHeart sedar agaknya dengan senario ini?

BraveHeart: "Saya harap BN jangan berikan apa-apa bantuan bagi meningkatkan taraf ekonomi Manek Urai, ini harga yang patut mereka bayar kerana memilih parti yang kununnya memperjuangkan Agama tetapi sebenarnya hanya mementingkan diri sendiri dan kroni" PDO: BraveHeart lupa sejarah agaknya. Selama ini rakyat Kelantan sudah dinafikan hak dan segala bantuan daripada Kerajaan Pusat. Namun mereka masih boleh terus hidup dan berkerja seperti biasa. Malah, Kelantan kini pesat membangun dibawah pentadbiran PAS. Buktinya, cuba lihat bangunan-bangunan yang ada di Kota Bharu jika mahu dibandingkan dengan Kuantan?. Malahan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia awal-awal lagi memilih Kelantan sebagai destinasi pelancongan berbanding Pahang. Itu belum termasuk terbinanya pasaraya besar TESCO yang memilih Kota Bharu sebagai lokasinya di Pantai Timur, dan bukan di Kuala Terengganu dan Kuantan. Malah, puak-puak UMNO sendiri pun akan mengadakan lawatan untuk bershooping ke Kelantan bila ada musim cuti. Destinasi utama Pengkalan Kubor, Wakaf Che Yeh, Pasar Siti Khadijah, Tumpat dan banyak lagi. Adakah puak-puak UMNO mahu adakan lawatan sambil belajat ke Kuantan. Kemana nak bershooping agaknya?. Bukankah ini menunjukkan negeri Kelantan Maju dan bukan seperti yang dikatakan oleh BraveHeart.

Braveheart:
"Sebelum ini pun saya telah perjelaskan bahawa saya bukanya blogger UMNO. Saya tidak dibayar oleh UMNO dan saya juga bukan ahli UMNO tetapi bagi PDO, sesiapa yang menyokong pendapat dan usaha Kerajaan atau menentang parti pembangkang akan dianggap sebagai blogger UMNO. Begitulah singkatnya fikiran mereka ini. Begitulah singkat dan kurangnya akal blogger PDO ini" PDO: Bila masa pula PDO kata BraveHeart Blogger UMNO. Cuma, bila BraveHeart berkata bagi pihak UMNO dan BN, makanya BraveHeart adalah suara mereka. Tidak salah untuk dikatakan BraveHeart "Blogger UMNO". Malahan BraveHeart yang kononnya berhati berani adalah merupakan "Taiko Blogger Pembela Negara" yang ditaja oleh kerajaan UMNO dan BN untuk menggempur "Blogger Berhaluan Kanan" seperti PDO ini. Makanya, ini bermakna BraveHeart adalah penyokong UMNO sejak dulu, kini dan selamanya. Biarlah PDO tiada akal pun, asalkan bisa menggegarkan seantero dunia.

BraveHeart:
"Ya, saya berkata sesedap mulut, kurang ajar dan memaki hamun? TG Nik Aziz kata Tuhan pun mencarut. Yang selalu kita nampak menggunakan kata-kata kotor dan kesat adalah penyokong PAS. Cuba lihat di ruangan komen pada posting berkenaan. Saya faham bahawa kayu ukur yang digunakan oleh pihak pembangkang sama saja iaitu: jika UMNO buat – salah, tetapi jika PAS buat – betul. Jika UMNO buat – haram, tetapi jika PAS buat – halal. Tidakkah ini ’haramjadah’ namanya?" PDO: Pelik, tadi BraveHeart kata bukan blogger UMNO. Nah! Sekarang BraveHeart memuji UMNO. Bukan semua yang UMNO buat itu salah sebenarnya. Ada juga yang betul. Tetapi yang salahnya lebih banyak. Sebab pemimpin UMNO, bila dah dapat kuasa maka mereka mula lupa daratan. Laungan untuk membela rakyat sudah tiada lagi, yang ada ialah projek. Mulalah mohon projek balak, tender dan berbagai lagi. Maka itulah kita dapat melihat ramai pemimpin UMNO yang hidup dalam kemewahan melebihi harta dan pendapatan yang diperolehi. Jika projek dihalang, maka mereka akan memberi rasuah kepada pihak yang berkenaan. PDO tahu semua ini sebab membesar dalam acuan UMNO. BraveHeart tidak perlu menuduh yang bukan-bukan, sebab PDO join sekali dulu. Sekarang sudah sedar dan kembali ke pangkal jalan. Puak-puak UMNO juga gemar berpoya-poya, betina sana sini, minum arak dan berhibur bila sudah banyak wang. Hal-hal agama terutamanya solat lima waktu, puasa dan sebagainya hancur lebur. Bukan baru sekarang PDO kenal puak-puak UMNO ini. Oleh itu, siapakah pemimpin yang "haramjadah" sekarang?. Memanglah ada ahli PAS yang tidak betul, tetapi sekurang-kurangnya mereka menegur dan mendidik jiwa manusia ke arah Islam dan kebenaran.

BraveHeart
: "Kita menonton di TV dan melihat bagaimana penyokong-penyokong PAS yang bersikap kurang ajar dan kasar tanpa segan silu menganggu proses demokrasi dari berjalan sempurna dengan menganggu proses pilihanraya. Mereka yang memakai jubah dan pudrah tetapi perangai seperti kinzir yang mengganas. Ini kah yang TG Nik Aziz dan para ulamak p***mak PAS ajarkan? Ini kah ajaran Islam?" PDO: BraveHeart menonton TV3 Suku, RTM dan media arus perdana rupanya. Patutlah hanya nampak yang penyokong PAS bersikap kurang ajar serta mengganggu proses demokrasi. Macamlah penyokong UMNO dan BN itu baik-baik serta berahklak belaka?. Tidak perlulah untuk diungkitkan perkara yang sudah berlalu jika BraveHeart hanya bertuhankan "media arus perdana" yang memang kerjanya untuk memutar belitkan apa yang berlaku. Kerja mereka menyiarkan segala perlakuan pembangkang, sebaliknya keburukan puak-puak UMNO dan BN ditutup serapat-rapatnya. Sebab itulah jiwa karat BraveHeart semakin menebal dan kian membara. Rupanya BraveHeart gagal untuk berfikir dengan akal fikiran dan otak yang diberikan oleh Allah. Berfikir dengan "hatiberani" sendiri, memanglah namanya. Oleh itu, BraveHeart perlu belajar menjadi pemerhati yang "tidak cukup akal" dan "neutral" hendaknya.

BraveHeart:
"Penyokong-penyokong PAS telah berbaring seperti lembu-lembu ditengah jalan sewaktu menyekat perjalanan Sultan Perak ke upacara perlantikan YB Zambry sebagai Menteri Besar Perak. Kini mereka terkinja-kinja seperti beruk sarkas dan bertindak ganas seperti kinzir di Manek Urai. Memang penyokong-penyokong PAS bodoh, bangang, dungu, bahlol tahap kinzir...maaf, bukan kinzir...tapi BABI dan jumud" PDO: Masya Allah, manis benar kata-kata BraveHeart kepada penyokong PAS. Nampak benar yang BraveHeart memang berdendam kepada mereka. BraveHeart tidak tahu isu sebenar Perak yang bermula dengan "rampasan kuasa" yang menyebabkan rakyat marah. Cuba perkara sebegini berlaku kepada BraveHeart?. Apakah agaknya yang akan dilakukan?. Sebenarnya apa yang diperkatakan oleh BraveHeart itu adalah saling tak tumpah seperti mengutuk diri sendiri. Rakyat yang celik mata dan tidak buta hati sebenarnya dapat menilai apa yang berlaku di depan mereka. Oleh itu, usahlah BraveHeart terlalu "taksub" dan "kecewa" dengan badi kekalahan BN di Manek Urai, hingga tergamak mengeluarkan ungakapan sebegitu.

BraveHeart:
"Penyokong-penyokong PAS yang kononnya memperjuangkan Islam tetapi bersikap ganas terhadap sesama Islam sehingga sanggup mencederakan orang lain ketika berkempen di PRK Manek Urai. Ajaran Islamkah itu?" PDO: Apakah BraveHeart mempunyai bukti yang penyokong PAS terlibat?. Mahkamah mana yang telah bicarakan kes ini?. Malahan dua puteri UMNO yang kononnya kena batu itu kelihatan gembira ketika di temubual oleh TV3. Maklumlah muka mereka masuk TV. Tidak langsung kelihatan sakit atau cedera di kepala atau di mana-mana. Usahlah BraveHeart membuat andaian sendiri bahawa penyokong PAS yang terlibat. Mungkin juga ada penyokong UMNO yang memakai baju PAS dan kemudiannya membuat kerja terkutuk itu. Apakah BraveHeart tidak nampak permainan dan strategi sebegini? Jangalah menyalahkan orang lain. Kerana mungkin juga ada penyokong UMNO yang "baling batu sembunyi tangan"

BraveHeart:
"Saya minta pihak kerajaan mengkaji semula pendaftaran PAS sebagai parti politik di Malaysia, mengkaji semula pengunaan nama Islam dan pertubuhan politik dan mensyaratkan supaya mereka-mereka yang terlibat dengan keagamaan atau tokoh-tokoh agama supaya tidak dibenarkan terlibat dalam politik supaya mereka tidak membawa ajaran songsang dan menerapkannya dalam politik negara. Sebelum ini saya tak pernah bersikap kurang ajar begini, tetapi ini yang PDO dan penyokong pembangkang ingin saya lakukan, jadi saya sahut cabarannya dan lakukan untuk mereka semua. Kadang-kadang jika kita bersikap mendiamkan diri orang lain akan mengambil kesempatan diatas sikap tolak-ansur kita itu. Kepada PDO yang busuk hati, saya bersedia menentang bila-bila masa pun" PDO: Sungguh memalukan bila BraveHeart mahu kerajaan mengkaji semula pendaftaran PAS sebagai parti politik di Malaysia. Macamlah suara BraveHeart hendak didengar hingga ke Putrajaya. BraveHeart itu siapa?. Lainlah Saiful Bukhari Azlan, si mangsa liwat itu. Biarpun gagal dalam pelajaran dan kerja dengan Anwar, tetapi Najib bermurah hati mahu berjumpa dengan beliau. tapi BraveHeart siapa?. Ajaran songsang dibawa oleh UMNO bukannya PAS. BraveHeart tidak nampak ke, Islam Hadhari dilaung-laungkan tapi umat Islam terus rosak dan punah ranah. Pusat perjudian, hiburan dibiarkan sebebasnya tanpa sekatan. Malah, destinasi itu sudah menjadi mainan bagi anak-anak orang Melayu untuk "clubbing", minum arak, berpesta maksiat dan sebagainya. Apakah BraveHeart nampak semua ini? Sekali sekala pergilah menjengok ke Jalan Wong Ah Jang di Kuantan. Singgah juga di Pub & Bistro seperti Swing, Coco Loco, R8 dan banyak lagi. Disitu nanti BraveHeart akan sedih kerana ramainya anak orang Islam meneguk minuman haram dan mendedahkan aurat. Ajaran Islam Hadhari ke itu?. Makanya BraveHeart perlu buat "solat Ishtiharah" supaya Allah beri petunjuk, parti manakah yang membawa kebahagian dunia dan akhirat. Lainlah BraveHeart dapat projek juta-juta daripada UMNO dan BN. Tapi kalau setakat menulis dan menaip jari jemari di komputer, eloklah kembali ke pangkal jalan.

[Semoga BraveHeart berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan ini. Anggaplah segala kekalahan itu sebagai takdir dari Allah atas kesombongan pemimpin UMNO yang jelas telah menabur berbagai janji manis dan wang ringgit buat rakyat Manek Urai. Mujurlah BN kalah, jika BN menang semalam, sudah pastilah BraveHeart juga akan menangis kerana kemenangan bersejarah itu. Anggaplah kini, parti karat UMNO sudah tidak lagi relevan untuk dipertahankan. Malah, UMNO akan berkubur dan mereput dari masa ke semasa. Eloklah BraveHeart kembali ke pangkal jalan dan jangan membuang masa untuk mempertahankan segala kebobrokan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO dan BN. Ingatlah, bahawa segalanya akan dibalas oleh Allah dikahirat kelak. Biarlah kita gagal didunia ini, asalkan kita dianggap pejuang untuk membela rakyat dan memartabatkan agama Allah tertegak di muka bumi ini sebenarnya. Klik Blog BraveHeart].

Ahad, 12 Julai 2009

Pejuang Kecil

Salam....

Buat pertama kalinya saya menulis dilaman blog ini.Inshallah, permulaan ini akan berterusan.
Hidup ini merupakan perjuangan. Perjuangan 'hamba' mecari kebebasan. kebebasan merupakan satu pencarian yang panjang..(meminjam kata-kata AlFarabi). kita mahu bebas dari apa? Dari Tuhan lainnya kecuali Allah. kita patuh, tunduk hanya kepadanya. biar apa yang mendatang, itulah kebebasan kita, lalu terbentuklah "jiwa merdeka". Ingatlah! Sesaiapa yang beriman pasti akan di uji oleh Tuhannya, pasti!

Sengaja saya menyorot penyataan diatas supaya kita sentiasa bersedia dan redha sebagai pejuang politik kecil-kecilan. Politik kepartian hanyalah ideologi, bukan agama. kalau kita yakin kita punya jiwa merdeka mengapa kita harus gentar dengan kilat sabung menyambung dan guruh berdentum di awan gelap pekat! Siapa mereka ingin menghambakan jiwa dan jasad kita? Kita punya pilihan, kita punya hak, kita punya hidup, dan pastinya kita punya Tuhan. Sesuai dengan sistem perlembagaan malaysia yang kita sayangi ini, pasti segala gerak kerja politik kita bertuntaskan undang-undang negara. Walaupun penguatkusaanya selalunya matlamat menghalalkan cara. Bila di pihak pembangkang ianya dilaranrg tetapi di pihak yang lainnya ia di bolehkan. Adakah ini yang dinamakan keadilan? kita tetap akan mempertahankan hak, walaupun hanya berbisik, kita pejuang kecil. Biar kecil tetapi jiwa merdeka.

Halangan dan kepayahan pasti dihidangkan di jalan perjuangan ini. Ranjau penuh liku pasti menggetirkan jiwa insan. Pasti! Cemuhan, herdikan, malahan ada yang sampai ugutan berkemungkinan. Ingatlah pejuang kecil, kita genggam erat tangan bersama, kita wajib bertahan dan mengatasinya, kerana apa yang dihidangkan kita merupakan ujian keimanan, malahan apalah yang nak di bandingkan dengan kepayahaan Bilal bin Rabah contohnya.

Ramai diluar sana sama ada yang menyerang atau yang dipertengahan mengungkitkan tentang kestabilan melayu dan Islamnya pejuang PKR ini. Ini jawapan saya dan mungkin jawapan kita.
"Saya melayu, beragamaIslam. Saya juga menghormati kaum lain dan agama mereka. Pernah datang seorang sahabat bertanya kepada Saidina Ali, "siapa orang Islam bagi kamu dan siapa orang bukan Islam bagi kamu?" Jwapnya" Orang Islam merupakan saudara seagama ku dan orang bukan Islam bagiku merupakan saudara sesama manusia" Meminjam kata-kata DSAI, "tangisan anak Dayak di Serawak, harus kita dengar sebagai tangisan anak kita. Kelaparan dan kepayahan anak India di Ijok, juga anak kita. kegelisahan anak Cina yang pintar dan dinafikan hak ke Universiti, juga anak kita. Dan tentunya kegusaran dan keluh kesah orang Melayu dari Johor ,Perlis hingga ke Sabah, pastinya merupakan denyut nadi kita".
Kepada rakan-rakan pejuang kecil, teruskanlah Islah. Biar kecil tapi punya jiwa merdeka.

Sabtu, 11 Julai 2009

PERJUANGAN YANG TERHORMAT


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat-sahabat pejuang keADILan, PAS mahupun DAP. Saya berharap para pejuang semua dalam keadaan semangat perjuangan yang tinggi. Saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada para pejuang agar kental dalam menghadapi serangan emosi yang tidak terbatas daripada UMNO/BN di saat jangka hayat mereka yang semakin singkat. Sila ambil perhatian para pejuang semua, di dalam keadaan yang tersepit ini UMNO/BN akan menggunakan segala macam cara untuk melemahkan semangat kita yang berjuang di jalan kebenaran dan lebih-lebih lagi kita menentang mereka di negeri UMNO dilahirkan.

Saya sendiri telah menghadapi pelbagai cemuhan, ugutan dan kritikan oleh juak-juak UMNO yang mana dahulunya adalah kawan-kawan saya sendiri. Namun apabila saya menjemput mereka untuk berdepan secara terhormat ( berdebat berdasarkan fakta tanpa ada unsur-unsur pergaduhan), mereka menolak. Pada mereka dengan cara mencemuh akan memudarkan semangat saya untuk berjuang dalam keADILan namun semakin mereka mencemuh semakin kuat semangat saya untuk menentang mereka. Semangat saya untuk menyedarkan generasi muda pada hari ini daripada terus-terusan diseleweng oleh golongan UMNO semakin menebal. Di mana sahaja saya ada peluang untuk mendapatkan ahli-ahli baru saya akan usahakan dan Alhamdulillah sudah ramai rakan-rakan saya dapat saya sedarkan dari dendangan UMNO selama ini.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada bekas-bekas sahabat di kalangan UMNO kerana tanpa cercaan dan cemuhan mereka mungkin saya tidak akan berusaha bersungguh-sungguh seperti hari ini dan saya yakin bukan saya seorang saja yang mengharungi keadaan seperti ini. Semakin UMNO tidak menghormati hak-hak kebebasan saya sebagai rakyat Malaysia semakin membuatkan saya sedar akan hak saya dan dengannya saya juga menjelaskan kepada rakan-rakan saya yang lain. Setiap hari akan ada saja rakan yang ingin mendaftar sebagai ahli baru keADILan dan meninggalkan UMNO untuk mereput bersama-sama ahli-ahli mereka yang dah separuh abad. Percayalah para pejuang semua, UMNO tidak lagi mendapat sokongan padu dari anak muda sekarang. Kita semua telah berjaya menyedarkan mereka.

Buat bekas sahabat-sahabat saya yang UMNOnya karat terlebih lagi yang berada di Johor Bahru, terima kasih saya ucapkan sekali lagi dan saya masih lagi mengharapkan cemuhan anda semua di masa akan datang supaya semakin mantap saya menjadi seorang ahli Parti keADILan Rakyat yang bergiat cergas dalam menjayakan Gagasan Rakyat untuk menumbangkan rejim UMNO/BN daripada terus berkubu di Parit Sulong, Johor mahupun Malaysia. Ingat kata pepatah melayu "TAK LEKANG DEK PANAS, TAK LAPUK DEK HUJAN".

Rabu, 1 Julai 2009

HAKIM MAHKAMAH BOLEH DENGAR RAYUAN ANWAR


PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini memutuskan bahawa ia boleh mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang kes liwatnya hendaklah didengar di Mahkamah Tinggi. Hakim Datuk Abdull Hamid Embong, ketika menolak bantahan awal pendakwa, berkata di bawah Seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, keputusan Mahkamah Tinggi mengenai perkara itu boleh dirayu. Mahkamah kemudian menetapkan esok untuk mendengar merit rayuan itu. Hakim Abdull Hamid yang bersidang bersama hakim Datuk Abu Samah Nordin dan hakim Datuk Jeffrey Tan Kok Wha juga membenarkan permohonan peguam utama Anwar, Sulaiman Abdullah, bagi penangguhan prosiding berhubung kes itu di Mahkamah Tinggi sehingga selesai rayuan. "Esok kedua-dua pihak perlu ke sini (Mahkamah Rayuan). Sila beritahu hakim Mahkamah Tinggi bahawa anda akan ke sini esok. Tak apa, anda oleh menyebut nama saya," kata Abdull Hamid. Esok, Mahkamah Tinggi dijadual mendengar permohonan awal Anwar supaya pihak pendakwaan menyediakan beberapa bahan termasuk rakaman asal televisyen litar tertutup (CCTV) yang diambil di beberapa lokasi di kondominium berkenaan, sampel DNA dan kenyataan saksi-saksi, termasuk pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Nampaknya, masih ada lagi hakim yang jujur, ikhlas dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasnya. Hanya itulah yang kita harapkan dalam memberi keadilan yang sebenarnya buat rakyat yang teraniaya. Justeru itu, kita amatlah berharap agar Mahkamah Rayuan akan mendengar kes ini dengan sewajarnya tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

NAJIB, PELABUR ASING KINI BOLEH MILIKI HARTANAH

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan pelabur asing kini boleh memiliki hartanah milik Bumiputera atau kerajaan di Malaysia dengan mudah tanpa perlu kelulusan Jawatankuasa Pelabur Asing (FIC). Transaksi ini hanya] - membabitkan hartanah bernilai RM20 juta dan ke bawah saja, manakala bagi RM20 juta ke atas kelulusan daripada FIC diperlukan. Beliau berkata demikian pada Persidangan Invest Malaysia 2009 di sini, hari ini.

Nampaknya inilah yang sering dialunkan oleh puak-puak UMNO dalam lagu popular mereka "Warisan @ Anak Kecil Main Api" selama ini. Mereka sering memperkatakan bahawa "Bumi Di Pijak Milik Orang", dan kini tindakan yang dilakukan oleh Najib bakal menjurus ke arah itu. Jelas sekali tindakan Najib ini bakal menyebabkan negara kita akhir terjual kepada bangsa asing selagi UMNO dan BN dibenarkan terus berkuasa.