Isnin, 27 Julai 2009

KERAJAAN UMNO DAN BARISAN NASIONAL KINI DIAMBANG KEHANCURAN, SEORANG LAGI BEKAS NAIB PRESIDEN PARTI KOM[ONEN MEREKA SERTAI PKR

Kerajaan Barisan Nasional kini diambang kehancuran pabila seorang lagi bekas Naib Presiden Parti komponen BN mengumumkan pendiriannya untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat. Pemimpin terbabit ialah Naib Presiden MIC Datuk SS Subramaniam yang pernah bertanding merebut jawatan Presiden MIC, Samy Vellu yang akhirnya disingkirkan oleh pemimpin MIC yang tidak sedarkan diri itu. Kejutan demi kejutan yang berlaku ini, seolah-olah memberi isyarat bahawa BN itu sendiri akan "tamat riwayatnya" dalam menjelang pilihanraya umum akan datang. Senario ini jelas membuktikan bahawa pemimpin yang benar-benar "berjiwa rakyat" dalam BN, kini sudah semakin meluat dan benci dengan pakatan "dacing karat" itu. Malah, dari masa ke semasa mereka juga telah mula memahami hala tuju sebenar BN kini sudah jauh tersasar. Kezaliman dan penyelewengan terhadap rakyat terus berlaku. Malah, sengaja ditutup rapat-rapat bagi menipu rakyat. Hanya mereka yang "bangang" dan "buta mata serta hati" sahaja yang masih percaya BN adalah sebuah kerajaan yang adil, berwibawa dan saksama. Mereka terpaksa mengampu demi "sesuap nasi", sedangkan mereka lebih tahu hakikat sebenar perjuangan yang dibawa oleh BN itu sendiri. Maka itulah, penyertaan beberapa orang tokoh dalam BN ke dalam Pakatan Rakyat jelas sekali bakal "mempercepatkan lagi kereputan" parti karat itu. Dalam pada itu juga, kemasukan Datuk SS Subramaniam seminggu selepas mantan Menteri Kesihatan Chua Jui Meng jelas sekali mencerminkan bahawa PKR sebagai parti yang semakin didokong oleh pelbagai kaum di bawah gagasan Pakatan Rakyat.

Tambah mengejutkan, kemasukan beliau itu juga turut disertai oleh adiknya bersama kira-kira 1,700 bekas ahli MIC dari Petaling Jaya Selatan dan Pekan Meru di Kapar. Penghijarahan mereka ke PKR memaksa lebih 10 cawangan MIC ditutup. Subramaniam, anak kelahiran Johor, adalah pemimpin MIC paling kanan menyertai PKR. Selain pernah menjadi Naib Presiden MIC dan pernah bertanding untuk jawatan kedua tertinggi parti itu. Subramaniam juga bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan bekas ahli Parlimen Segamat. Dalam pada itu Subramaniam berkata beliau tertarik dengan politik merentasi perkauman yang di bawa oleh Keadilan dan mengambil keputusan menyertai parti itu walauun di kecam hebat oleh Presiden MIC Samy Vellu."Sekarang saya telah memberanikan diri untuk masuk PKR walaupun saya tahu saya dihentam oleh Samy Vellu," kata Subramaniam, disambut tepukuan gemuruh oleh lebih 1,000 orang di Dewan Orang Ramai, Taman Medan Petaling Jaya. "Saya lihat dasar-dasar Barisan Nasional yang ada sekarang ini telah membawa negara ke belakang 20 tahun. "Dasar-dasar ini meminggirkan sebilangan besar rakyat dan hanya memberi tempat kepada orang tertentu sahaja," kata Subramaniam. "Kita mahu membina sebuah negara maju yang rakyatnya hidup makmur dan bersatu padu," tambah beliau. Menurut Subramaniam lagi, beliau amat yakin dengan segala dasar-dasar dan pendekatan yang dibawa oleh Parti Keadilan Rakyat itu. Dalam pada itu, Ahli Majlis Tertinggi PKR, S. Manikavasagam berkata, "apa yang berlaku hari ini cuma gelombang pertama." "Selepas pemilihan MIC 12 September ini, akan ada peringkat kedua dan peringkat ketiga pemimpin MIC akan menyertai PKR," kata Ahli Parlimen Kapar itu.

Apapun, PDO ucapkan syabas dan tahniah kepada bekas Naib Presiden MIC itu. Kemasukan beliau melengkapkan lagi kekuatan Parti Keadilan Rakyat serta menjadi petanda bahawa kekuatan Barisan Nasional sudah pasti bakal tergugat bilamana pemimpin seperti ini bersama rakyat. Dengan kemasukan beliau ke dalam PKR juga, bakal memberi lonjakan sokongan rakyat terhadap perjuangan yang dibawa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malah, kemasukan beliau kali ini menyebabkan pemimpin BN "tidur tak lena". Sudahlah sebelum ini tokoh-tokoh dalam BN dilihat semakin kecewa dengan parti itu. Maka adalah diharapkan agar gelombang kebangkitan ini akan berterusan sehingga pilihanraya umum akan datang. Rakyat hanya menunggu tokoh dan pemimpin UMNO pula membuat keputusan yang pasti mengejutkan ini, terutamanya Ku Li.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan