Isnin, 17 Ogos 2009

JALUR GEMILANG UNTUK RAKYAT


Ketua AMK Cabang Parit Sulong En. Fahmy bersama
peniaga di Jalan Syahbandar.

PARIT SULONG JOHOR - Pada 16 haribulan Ogos yang lepas Angkatan Muda KeADILan Cabang Parit Sulong telah menjayakan sebuah program kemasyarakatan bersempena bulan kemerdekaan dengan mengagihkan Jalur Gemilang berserta risalah informasi mengenai Influenza A H1N1 kepada penduduk di kawasan Semerah, Parit Sulong dan juga Jalan Syahbandar. Program diketuai oleh Ketua Angkatan Muda KeADILan Cabang Parit Sulong iaitu Encik Fahmy bin Muridan .Program bermula pada pukul 10 pagi di pekan Semerah telah mendapat sambutan yang hangat oleh orang ramai sehingga petugas-petugas kami 'tak menang tangan' namun kami berbesar hati dengan sambutan yang diberikan. Program tersebut diteruskan pada sebelah petang bermula pada pukul 5 di kawasan Sri Sulong dan juga di Jalan Syahbandar.Sambutan di dua kawasan tersebut juga hangat dan rancak berserta kata-kata sokongan yang padu terhadap Parti KeADILan Rakyat diterima. Sebanyak 1,500 Jalur Gemilang untuk dilekatkan di kereta telah habis diagihkan. Walaupun keletihan, sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk sekitar memberikan semangat kepada petugas-petugas AMK untuk terus menjayakan program tersebut. Angkatan Muda Keadilan Parti Sulong akan terus menjalankan program-program kemasyarakatan untuk masyarakat-masyarakat di kawasan Parlimen Parit Sulong dimasa-masa akan datang.


Di pasar malam Taman Sri sulong.


Naib 1 Cabang KeADILan Parit Sulong Encik Zailan
menyerahkan Jalur Gemilang di stesen minyak Caltex
Taman Seri Sulong.


Ketua Penerangan AMK Cabang Parit Sulong Encik
Fuad pula menyerahkan Jalur Gemilang di pekan Semerah.


Ketua AMK dan Ketua Penerangan AMK bersama
masyarakat di pekan Semerah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan