Jumaat, 1 Januari 2010

JUAL PESAWAT MIG29N, SANDIWARA KERAJAAN UMNO/BN

Kenyataan terbaru Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid bahawa kerajaan belum ada keputusan yang muktamad untuk menjual pesawat MIG29N dipersoal.Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar semalam menganggap kenyataan Ahmad disebabkan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mengkritik kerajaan sebelum ini."28 Oktober lalu di Dewan Rakyat, (Ahmad berkata) perkhidmatan pesawat tempur MIG29N akan di tamat tahun depan (2010), tibak-tiba apabila Tun menegur dan kritik, (Ahmad) Zahid kata belum muktamad lagi," jelasnya.Beliau menganggap, kenyataan Ahmad sekadar meredakan kemarahan Tun sahaja - yang tidak mahu pihak tertentu mengaut keuntungan komisen, sebagaimana yang berlaku dalam transaksi kapal selam Scorpene dan pesawai Sukhoi sebelum ini.Sebagaimana kes kehilangan dua enjin jet F5E baru-baru ini, beliau mendakwa Ahmad cuba menyembunyikan niat sebenar kerajaan untuk membeli pesawat yang baru."Hakikat mereka sedang disembunyikan (adalah) nak jual MIG29N dan beli pesawat baru, semacam mereka sembunyikan dua injen pesawat F5E selama 3 tahun baru-baru ini," jelasnya.Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa beberapa pihak atasan dalam Tentera Udara DiRaja Malaysia (TLDM) terlibat dalam beberapa penyelewengan tersebut.Dalam pada itu, beliau bersetuju dengan Mahathir supaya pesawat MIG29N itu dinaik taraf dengan kelengkapan teknologi terkini sahaja."kita naik tarafkan semua injin MIG29N seperti mana kerajaan India membuat perjanjian dengan Rusia (ke atas) semua MIG milik India," jelasnya.Jelasnya lagi, perjanjian tersebut membenarkan Hindustan Aeroautics Pte. Ltd. iaitu syarikat pertahanan-penerbangan milik kerajaan India untuk mendapatkan pemindahan teknologi dalam pembikinan enjin baru MIG milik tentera udara India.Begitu juga dengan Polond, mendapatkan kepakaran Rusia untuk menaik taraf kesemua 32 pesawat MIG29N yang dijangka siap sekitar 2012-2015.Beliau juga menjelaskan bahawa United Kingdom turut menaik taraf pesawat-pesawat juang negaranya."Jet pengebom UK English Electric Canberra diguna sejak tahun 1950 hingga Perang Teluk yang pertama setelah dinaik taraf beberapa kali, sesuai dengan usianya dan modelnya," jelas.Beberapa usaha kerajaan itu, sekali gus mendorong rakyat menganggap kerajaan membazirkan wang rakyat.

1 ulasan:

  1. Salam tuan. Kunjungi blog saya di http://www.mybabah.blogspot.com untuk melihat Anwar Ibrahim Junior yang semakin membesar...

    BalasPadam