Keputusan peribadi saya untuk menarik diri dari jawatan di Pejabat
Penasihat Ekonomi Selangor telah diperbesarkan oleh media Umno bahawa
kononnya ia petanda wujud keretakan di dalam pentadbiran Kerajaan
Selangor yang ditunjangi KEADILAN.
Saya telah menjelaskan
seawal minggu lepas bahawa ia keputusan peribadi yang telah lama saya
rancang demi menumpukan perhatian sepenuhnya kepada usaha KEADILAN dan
Pakatan Rakyat menumbangkan Umno/Barisan Nasional.
Saya
mula-mula menyatakan hasrat untuk menarik diri dari pentadbiran Kerajaan
Selangor dalam bulan Oktober 2011 semasa KEADILAN mula menumpukan
perhatian serius membongkarkan penyelewengan NFC. Memandangkan tarikh
pilihanraya umum belum jelas ketika itu, saya diminta menangguhkan
hasrat itu.
Kini, pembubaran Dewan Rakyat perlulah dibuat dalam
tempoh kurang dari satu tahun. Dengan kepastian ini, saya yakin masa
dan tenaga saya lebih baik ditumpukan kepada usaha merancang kempen
KEADILAN dan menyusun strategi menghadapi pilihanraya. Apatah lagi
apabila pentadbiran Kerajaan Selangor di bawah kepimpinan YAB Tan Sri
Khalid Ibrahim adalah utuh dan telah mempamerkan pencapaian cemerlang
setakat ini.
Oleh yang demikian, saya sekali lagi menegaskan
bahawa perletakan jawatan ini adalah satu tindakan biasa yang juga
dilandaskan pada asas moral kerana seorang ahli politik tidak wajar
dibayar gaji dari wang rakyat apabila tumpuannya cenderong kepada
aktiviti politik partinya.
Malang sekali, konsep kebertanggungjawaban sebegini tidak wujud di dalam Umno/Barisan Nasional.
Saban hari, Umno/Barisan Nasional menggunakan jawatan dan kemudahan
kerajaan yang ditanggung oleh rakyat untuk membayar pimpinan dan aktivis
mereka; sedangkan keseluruhan masa digunakan untuk berkempen politik
bagi parti mereka.
Contoh penyelewengan wang rakyat sebegini
ialah kehadiran lantikan politik di jabatan-jabatan kerajaan dan
syarikat berkaitan kerajaan sedangkan mereka bertugas untuk Umno/Barisan
Nasional. Malah, sebuah jabatan khas iaitu JASA ditubuhkan
semata-mata untuk membayar gaji pimpinan dan aktivis Umno/Barisan
Nasional yang kemudiannya digunakan sepenuhnya untuk berkempen politik.
Sudah menjadi budaya Umno/Barisan Nasional bahawa seorang pemimpin
berebutkan jawatan politik untuk mendapat tempat di dalam kerajaan dan
menikmati habuan lumayan sedang mereka tiada sumbangan kepada kerajaan.
Oleh sebab itulah, Umno/Barisan Nasional cepat-cepat memutar belitkan
tindakan saya menarik diri dari Kerajaan Selangor kerana mereka
berfikiran budaya politik di dalam KEADILAN sama seperti yang diamalkan
mereka.
KEADILAN adalah sebuah parti reformasi. Budaya politik
kami berbeza dan saya cukup tidak selesa menerima gaji dari tabung
rakyat apabila tumpuan saya lebih kepada kerja politik. Selain mahu
menumpukan sepenuhnya kepada usaha menumbangkan Umno/Barisan Nasional,
saya juga mahu terus kekal dengan perjuangan reformasi yang memisahkan
kerja politik dari dana rakyat.
Rakyat akan dapat menghakimi
sendiri putar belit Umno/Barisan Nasional ini apabila saya makin lantang
membongkarkan rasuah dan penyelewengan mereka.
Hari ini bermula siri pendedahan besar berhubung Projek LRT Ampang yang melibatkan Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri.
Esok saya akan mula duduk berbincang dengan Cik Faekah Hussin untuk
meneliti semula fail-fail penyelewengan yang berlaku di Selangor semasa
pentadbiran Umno dahulu, sebagai menyahut seruan pimpinan Umno agar saya
membongkarkan penyelewengan yang berlaku di Selangor.
Oleh
kerana penyelewengan yang berlaku hanyalah semasa Umno memerintah, maka
senanglah saya menumpukan sepenuh perhatian menyiasat penyelewengan ini
seperti yang diminta mereka.
MOHD RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI KEADILAN 25 JUN 2012
Angkatan Muda KEADILAN Parit Sulong mengalu-alukan pendaftaran ahli-ahli baru dan juga sesiapa juga yang ingin menyertai kami dalam perjuangan kami. Sila berhubung dengan Ketua AMK saudara Fahmy Tel No. 012-7453642 untuk maklumat lanjut. Harap dapat bersama.
Angkatan Muda Keadilan Cabang Parit Sulong akan mengadakan Pentas Anak Muda pada 30-12-11 bertempat di No. T/L 9 Kampung Lubuk Darat Semerah jam 9-00 malam. Untuk maklumat lanjut sila hubungi ketua AMK.
untuk sumbangan kewangan sila salurkan ke A/c AmBank 013-201-200813-6 (Angkatan Muda Keadilan Cabang Parit Sulong)
SEMAKAN DAFTAR PEMILIH SILA KLIK DIBAWAH.
IKLAN PERKHIDMATAN KAMI
kAMI ADA MENAWARKAN PERKHIDMATAN MENGECAT RUMAH, MEMBUAT PAGAR-PAGAR BESI, MEMBAIKI PERALATAN ELEKTRIK DAN JUGA MENGUKUR TANAH. KAMI JUGA ADA MENAWARKAN PERKHIDMATAN NASIHAT GUAMAN DENGAN HARGA YANG AMAT BERPATUTAN. UNTUK PERTANYAAN LEBIH LANJUT SILA HUBUNGI : EN. AZMI (MENGECAT) : 017-7521069 EN. MOHSAIP (KIMPALAN) : 016-7753201 EN. FUAD (UKUR TANAH) : 017-7853651 EN. FAHMY (NASIHAT GUAMAN) : 012-7453642
Pengerusi Tetap AMK Bahagian Parit Sulong Mohd. Razip Bin Mohd. Edros Tel: 013-7872221
Timbalan Pengerusi Tetap AMK Bahagian Parit Sulong Hamidon Bin Pet Tel: 019-7985407
Ketua AMK Bahagian Parit Sulong Muhamad Fahmy Bin Muridan Tel : 012-7453642
Timbalan Ketua AMK Bahagian Parit Sulong Azmi Bin Mohamad Tel: 017-7521069
Setiausaha AMK Bahagian Parit Sulong Noor Akmal Bin Abd Aziz Tel: 012-7983646
Bendahari AMK Bahagian Parit Sulong Puan Nor Pazila Binti Pardi
Naib Ketua 1 AMK Bahagian Parit Sulong Muhammad Syarafuddin Bin Mohd Zin Tel : 017-8278724
Naib Ketua 2 AMK Bahagian Parit Sulong Shahrul Azuan Bin Samat Tel:
Naib Ketua 3 AMK Bahagian Parit Sulong Taufek Bin Mohd Noor Tel:
Ketua Penerangan AMK Bahagian Parit Sulong Mohd Fuad Bin Mohi Tel: 010-8286404
AHLI JAWATANKUASA Mohd Elsham Bin Che Mat Mohd. Razib Bin Mohd Saim Mohd Syazwan Bin Kamal Musa Bin Jaafar Azraai Bin Samat Mohd Radzuan Bin Asnawi Mohd Fahmi Bin A Manan Shahrulnizam Bin Samat Mohd Fauzi Bin Harun Ahmad Mohd Rizal Bin Samat Abdul Rahman Bin Anthony @ Hassan Abdul Wahid Bin Dobli Mohsaip Bin Paiman Mohd Azman Bin Dobli Mohammed Azhar Bin Abdullah Nazri Bin Mohd Nasir Mohd Hisham Bin Mohd Ariff Mohd Sulaiman Bin Mohd Mokhtar
PEMERIKSA KIRA-KIRA Ida Maizura Binti Ab Rahman Julia Shabirah Binti Marlina Sila E-Mail segala cadangan pendapat dan artikel anda ke amkparitsulong@yahoo.com
SEJARAH PILIHANRAYA SEMERAH 2008.
N 17 SEMERAH JUMLAH PENGUNDI : 28,562 M : 62.15% C : 37.33 I :0.47% Ariss Samsudin (BN) (13,156) Hasmi Hashim (PKR) (8,082) Majoriti : 5,074
Angkatan Muda Keadilan Parit sulong asalnya adalah Pemuda Keadilan Nasional Malaysia dan bertindak sebagai barisan hadapan Parti Keadilan Rakyat Bahagian Parit Sulong. Sejak ditubuhkan pada tahun 1999, kami telah mengharungi sebanyak 3 kempen pilihanraya umum. Motif perjuangan kami adalah membawa perubahan ke arah yang lebih baik dalam pelbagai segi dan tanpa korupsi untuk penduduk di kawasan parlimen Parit Sulong selaras dengan matlamat parti. Angkatan Muda Keadilan Parit Sulong lambang gerbang harapan baru parlimen Parit Sulong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan