Selasa, 15 Januari 2013

DSAI TABIK BAWANI

 
KUALA LUMPUR 15 Jan: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tabik di atas keberanian KS Bawani, mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) yang menuntut hak golongan itu untuk mendapatkan pendidikan percuma dari pemerintah.

Katanya, mahasiswa bukan kelompok yang boleh dibodohkan sesuka hati oleh mana-mana pihak. “Mahasiswa bukan alat untuk diguna dan diperbodohkan! ‘Salute’ dengan keberanian menjelaskan fakta! Viva mahasiswa Malaysia!,” kata Anwar dalam facebooknya.

Isu ini mendapat perhatian ramai selepas satu klip video berdurasi 24 minit yang dirakam dalam sebuah forum suara mahasiswa anjuran UUM memaparkan panelis, Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menegur dan enggan memberi ruang kepada Bawani memberi pandangan.

Difahamkan, Syarifah Zohrah juga adalah Timbalan Ketua Wanita Kimma, atau singkatan kepada Kongress Indian Muslim Malaysia, komponen baru dalam BN.

Bawani memberikan pandangan mengenai Bersih dan penerajunya, Datuk S Ambiga dan Datuk A Samad Said.

Beliau turut menegaskan kepada penganjur forum bahawa negara mampu menawarkan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti.

Pelajar jurusan undang-undang itu mempersoal mengapa Malaysia tidak boleh berbuat demikian, diikuti dengan tepukan penonton, rata-ratanya mahasiswa. 
Ketika Bawani sedang bercakap, Sharifah turun dari pentas dan berdiri di depannya. Bawani tidak mempedulikan tindakan Sharifah itu dan meneruskan hujahnya.

Sharifah kemudian berkata ‘listen’ kira-kira 10 kali sebelum berkeras merampas mikrofon. Tindakan itu mendapat kecaman pelbagai pihak dan masyarakat.

Dalam isu ini, Pakatan Rakyat menegaskan, pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seterusnya melaksanakan sistem pendidikan percuma adalah antara 10 agenda utama dalam mereformasikan hala tuju pendidikan negara. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan