Ahad, 30 Januari 2011

PEMBEKUAN/PENGHAPUSAN TOL BUKTI BUKU JINGGA BOLEH DILAKSANAKAN


(BUKU JINGGA )

Pengumuman Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak bahawa kenaikan tol bagi Lebuhraya Karak dan Lebuhraya dibekukan serta pembatalan tol di persimpangan Salak dan Taman Connaught bermula Mei ini; adalah pengakuan dan penerimaan Barisan Nasional bahawa janji-janji di dalam Buku Jingga boleh dilaksanakan.

Hakikat bahawa tindakan ini hanya diambil sekarang, selepas janji Buku Jingga untuk menghapuskan tol, adalah bukti Pakatan Rakyatlah yang kini memimpin perubahan dalam negara ini melalui idea-idea dasarnya yang pro-rakyat dan kini menjadi asas perbincangan utama ke arah perubahan.

Sementara saya mengalu-alukan keputusan itu, Perdana Menteri juga perlu berterus terang dan mengesahkan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak akan memberi pampasan kepada syarikat konsesi tersebut – sama ada pampasan tunai secara langsung mahupun pampasan tidak langsung dalam bentuk anugerah aset atau kontrak secara terus. Sewajarnya keputusan besar yang akan mendatangkan kesan kewangan kepada perbelanjaan negara seperti ini dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu, bukannya diputuskan mengikut kemahuan Perdana Menteri.

Penerimaan Perdana Menteri hari ini bahawa janji Buku Jingga adalah praktikal dan ada kelebihan ekonomi adalah salah satu sebab kenapa beliau enggan berdebat dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Pun begitu, demi rakyat saya menyeru Kerajaan Persekutuan untuk terus melaksanakan janji Buku Jingga terutamanya menghapuskan ISA, kerana ini boleh dilakukan dengan mudah.

Parti Keadilan Rakyat akan terus memantau tindakan Kerajaan Persekutuan dan menyokong tindakan mana-mana pihak yang didasarkan pada Buku Jingga kerana ia akan menguntungkan rakyat.

AZMIN ALI
TIMBALAN PRESIDEN
28 JANUARI 2011

PRK MERLIMAU: 6 MAC UNDI, 26 FEBRUARI PENAMAAN CALON




Tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Melaka ditetapkan pada 6 Mac depan. Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 26 Februari.

Perkara itu diumumkan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof melalui satu kenyataan yang dikeluarkan di Labis lewat malam ini. Abdul Aziz juga berkata SPR menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Melaka pada 21 Januari lepas berhubung kekosongan kerusi DUN itu pada hari sebelumnya, lapor Bernama. "Berikutan dengannya, SPR telah mengadakan mesyuarat khas mengenainya pada malam ini dan menetapkan bahawa satu pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan yang diputuskan oleh SPR bagi mengisi kekosongan kerusi berkenaan," katanya.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan selepas mengalami serangan jantung pada 20 Januari lalu. Dalam pilihan raya umum 2008 itu, calon parti PAS Jasme Tompang tewas di tangan Mohamad Hidhir dengan majoriti 2,154 - peningkatan hampir 3,000 undi berbanding pencapaian pembangkang empat tahun sebelumnya.

Daftar Pemilih yang akan digunakan untuk pilihan raya kecil ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010 dan Suku Tahun Ketiga 2010 (bagi bahagian pilihan raya berkenaan) yang telah dikemaskini sehingga 20 Januari 2011.

Daftar Pemilih tersebut mengandungi 10,679 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 10,643 pengundi biasa dan 36 pengundi pos.

Abdul Aziz berkata bagi menjalankan pilihan raya kecil DUN Merlimau, SPR akan enggunakan Dewan Platinum Politeknik Merlimau, Melaka sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi.

"Sebanyak tujuh buah sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi yang mengandungi kesemuanya 21 saluran tempat mengundi. Seramai 248 petugas pilihan raya akan dilantik untuk pengendalian proses pilihan raya ini dan dianggarkan memerlukan belanjawan sebanyak RM830,000," katanya.

Rabu, 26 Januari 2011

ANGKATAN MUDA KEADILAN CABANG PARIT SULONG DI TENGAN JOHOR

AMK Cabang Parit Sulong telah diarahkan oleh AMK Negeri Johor untuk bertugas di tenang bermula pada 23-1-11. Ketua AMK Parit Sulong telah menghantar petugas seramai 10 orang untuk membantu jentera pilihan raya kecil di tenang. Di bawah ini gambar sebahagian petugas-petugas daripada AMK Cabang Parit Sulong.








Khamis, 20 Januari 2011

NORMALA DISENANGI SEMUA KAUM














SEGAMAT, 20 Jan:
Calon PAS yang bakal bertanding dalam Dun Tenang, Normala Sudirman, diyakini bakal mendapat sokongan padu dari pelbagai masyarakat termasuk kaum Cina dan India.

Perkara itu diakui Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, semalam ketika diminta mengulas berhubung pemilihan calon terbabit.

Katanya, walaupun penamaan calon belum lagi bermula, namun ‘mood’ rakyat khususnya golongan Cina dan India begitu gembira dengan pemilihan Normala oleh pucuk pimpinan.

“Mereka bukan sahaja bersedia untuk bertugas, berkempen nanti, sebaliknya akan memberi sokongan dalam pelbagai bentuk agar calon kita menang pada pilihan raya itu nanti,” ujarnya.

Sehubungan itu, Zailah juga mengucapkan terima kasih pada pucuk pimpinan PAS termasuk pimpinan Pakatan Rakyat yang lain kerana memilih golongan muslimat untuk bertanding di situ.

“Ianya merupakan satu pengiktirafan pada golongan wanita yang selama ini dituduh kita tidak mendapat tempat dalam PAS sebagaimana yang didakwa oleh pihak mereka,”ujarnya lagi.

Beliau juga berpendapat, kemungkinan kepercayaan diberikan pada muslimat hasil kejayaan wakil rakyat Pakatan Rakyat wanita disemua negeri sama ada peringkat Dun atau Parlimen.

Normala, 38, yang juga Ketua Muslimat PAS Labis akan ditentang bekas bendahari Pemuda Umno Labis Mohd Azahar Ibrahim diumumkan sebagai calon mewakili BN dalam pilihan raya kecil itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 22 Januari sebagai tarikh penamaan calon, manakala pengundi pada 30 Januari depan.

Kerusi Dun Tenang kosong ekoran kematian Datuk Sulaiman Taha di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang pada 17 Disember lalu kerana jangkitan kuman dalam darah serta suhu badan yang tidak stabil.

NAK SUBSIDI BALIK TAK?


Saban hari kita terus mencongak wang kita. Cukup atau tidak hingga akhir bulan. Cukupkah jikalau yang sudah berkahwin dan mempunyai anak. Cukupkah kalau secara tiba - tiba anak datang kepada ayah atau ibu untuk meminta wang perbelanjaan.

Setiap kali kita mendapat gaji kita harus buat kira - kira agar anak dan isteri kita cukup makan hatta kita terpaksa mengikat perut. Si bujang juga terpaksa mengikat perut.

Semuanya kerana semuanya telah naik. Harga makanan terpaksa dinaikkan setelah harga minyak masak, bawang, tepung, gula, harga tong gas dan lain - lain telah naik mendadak. Harga minyak petrol juga naik dan ini menambahkan lagi kekusutan kita. Apa salah kita? Kita taat menyokong kerajaan selama puluhan tahun. Kita tidak melawan hatta kuasa raja - raja Melayu ditarik pun kita masih taat.

Apakah ketaatan kita ini dibalas dengan perbelanjaan boros menggila dari isteri PM iaitu Rosmah? Apakah ketaatan kita ini dibalas dengan menaikkan harga - harga keperluan? Subsidi makanan telah ditarik. Subsidi yang paling utama telah diganggu oleh BN. Salahkah kita untuk menikmati subsidi tersebut. Rakyat ini hina sangatkah? Rakyat ini memang anjing kurap di tepi jalankah?

Khir Toyo merompak wang negeri Selangor ratusan juta. Wang negeri yang sepatutnya disalurkan pada rakyat negeri Selangor akhirnya masuk ke lubang poket Khir Toyo. Itu bagi kawasan negeri. Bagaimana pula negara? Sudah pembaziran yang tersangat dahsyat telah dilakukan. Apabila negara tiada wang siapa yang menjadi mangsa? Kita. Rakyat. Rakyat Malaysia tempat mereka menjadikan sandaran untuk memenuhkan kembali wang negara. Keji sangat perangai mereka.

Persoalan sekarang jikalau mahu kita mengembalikan hak kita. Senang. Pilih yang mana tidak menyusahkan rakyat. Sebagai contoh, pilih kerajaan yang memberi air percuma kepada rakyat jangan pilih kerajaan yang ikut cakap kontraktor. Kita pilih kerajaan di mana jika rakyatnya kena berhenti kerja tapi kerajaan tolong sediakan kerja lain untuk rakyatnya. Jangan sesekali pilih kerajaan yang menarik hak kita.

Undi BN, harga tepung naik. Undi BN, harga air akan naik. Undi BN, harga bawang akan naik. Undi BN, harga minyak akan naik. Ha..fikir secara elok. Nak subsidi atau BN?

Rabu, 19 Januari 2011

PANAS!!! NAJIB CIPLAK IDEA PAKATAN RAKYAT!!




Kah kah kah...

Bila Anwar Ibrahim ajak Najib Altantuya berdebat pasal Buku Jingga 100 Hari Perlaksanaan Faedah Untuk Rakyat, Najib Altantuya tolak mentah-mentah!

Tiba-tiba, terkeluar pulak satu buku hari ni kat Tenang!

Buku "105 Pembaharuan Oleh Perdana Menteri"!!

Kah kah kah...

Nampak sangat Najib Altantuya ciplak bulat-bulat idea Pakatan Rakyat, cuma tambah 5 pembaharuan (penipuan) dalam buku yang tujuannya hanyalah nak pancing undi pengundi DUN Tenang!

Sah! Najib Altantuya bankrap idea!

Dahlah pengecut!! Sekarang penciplak idea!!

Kah kah kah...

105 Risalah Pembohongan Perdana Menteri Najib Altantuya!

Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan dan UMNO sentiasa menyokong dan menghormati kaum India di negara ini agar mereka maju bersama-sama masyarakat lain.

"Siapa kata kita tidak menghormati orang India. Itu tidak betul. Kita mahu orang India juga ada hak di bawah gagasan 1Malaysia," kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama masyarakat India dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Tenang di sini hari ini.

Najib berkata, pada masa sama juga kerajaan memerlukan sokongan daripada rakyat termasuk kaum India, supaya agenda untuk pelbagai transformasi yang besar terhadap negara dapat dicapai.

Beliau berkata, kerajaan mewujudkan satu jawatankuasa yang telah berjaya menyelesaikan pelbagai masalah dan isu masyarakat India termasuk hal kerakyatan, kad pengenalan, sijil kelahiran, pembinaan kuil dan sekolah Tamil.

"Bagi meningkatkan kemahiran dalam kalangan belia India, kerajaan menerusi Kementerian Sumber Manusia, menyediakan pelbagai skim latihan kemahiran kepada mereka.

"Bagi yang tinggal di ladang pula, saya juga sudah meminta syarikat seperti Sime Darby supaya menyediakan lebih banyak rumah dan bekalan air yang mencukupi," katanya.

Najib juga merujuk kepada satu SMS yang cuba mengapi-apikan masyarakat India dengan menyebut kononnya UMNO tidak menghormati masyarakat India.
"Itu tidak betul. Kita menghormati dan kita hendak orang India maju bersama komuniti lain," tegasnya.

MOHON CAMPUR TANGAN ISTANA UNTUK TEGUR ROSMAH




Dua memorandum akan diserahkan kepada Yang Dipertuan Agong dan Perdana Menteri berikutan tindakan Rosmah Mansor menggunakan gelaran Wanita Pertama dan mencampuri urusan negara.

PETALING JAYA: Dua memorandum akan diserahkan kepada Yang Dipertuan Agung dan Perdana Menteri berhubung tindakan Datin Seri Rosmah Mansor yang dianggap biadap serta derhaka ekoran menggunakan gelaran wanita pertama dan mencampuri urusan rasmi kerajaan.

Seorang jurucakap memberitahu FMT bahawa kumpulan dari pelbagai latar belakang akan dianggotai oleh pertubuhan politik dan pertubuhan bukan kerajaan dalam isu yang melibatkan isteri Datuk Seri Najib Tun Razak ini.

Menurut jurucakap kumpulan yang bakal menggerakkan penyerahan memorandum ini menjelaskan dua memo berasingan dengan isu yang hampir sama akan diserahkan kepada Seri Paduka dan Najib setiap satu.

Menurut sumber itu, antara isi kandungan memorandum kepada Seri Paduka ialah memohon agar pihak istana campur tangan atau menyatakan pendirian berkenaan penggunaan gelaran Wanita Pertama oleh Rosmah.



“Sebagai rakyat yang kasihkan Rajanya, kami hanya memohon pihak istana menyatakan pendirian dan membuat teguran tegas kepada sesiapa sahaja yang menggunakan gelaran Wanita Pertama selain Permaisuri Agung.

Katanya lagi, lebih malang lagi apabila Rosmah turut menunjukkan sikap angkuhnya apabila dengan beraninya menggunakan gelaran Wanita Pertama walaupun telah dikritik hebat sebelum ini.

‘Rosmah semakin angkuh’

“Rosmah semakin angkuh dan keterlaluan nampaknya. Ini bukan kali pertama. Dahulu pun masa lawatannya ke Amerika Syarikat dan menganjurkan Persidangan Wanita Pertama pun telah dikritik hebat tetapi mungkin tidak ditegur oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional menyebabkan dia semakin berani. Ini adalah biadap dan derhaka kepada Agong dan Permaisurinya.

“Tindak-tanduk Rosmah semacam mahu cuba menjadikan gelaran wanita pertama sebagai gelaran yang sah dan gelaran rasmi untuk isteri PM, iaitu dia sendiri,” menurutnya lagi.

Beliau juga memberitahu, keputusan untuk menghantar memorandum kepada Istana Negara tersebut dibuat apabila melihat Najib dan pemimpin Umno lain gagal menasihati Rosmah apatah lagi untuk mengambil tindakan yang wajar.

“Memandangkan situasi sekarang seolah-olah menggambarkan tiada apa yang dapat dibuat oleh Najib dan pemimpin Umno lain, maka kerana itulah kami berharap pihak istana campur tangan dalam hal ini.

Lebih-lebih lagi isu wanita pertama ini memang melibatkan pihak istana secara langsung,” ujar beliau.

Perkasa tidak bersuara

Menurut salah seorang dari kumpulan tersebut yang mengaku sebagai ahli Perkasa berkata, beliau kecewa apabila pemimpin tertinggi Perkasa tidak bersuara berhubung isu yang melibatkan pihak istana ini.



“Selalunya Perkasa tegas dengan sebarang isu yang membabitkan institusi raja-raja Melayu. Tetapi dalam isu ini, yang jelas nampak ada pihak yang sewenang-wenangnya guna gelaran yang sepatutnya untuk Permaisuri Agung, Perkasa tak keluar apa-apa kenyataan pun.

“Itu yang saya kecewa. Sebab itulah saya sertai kumpulan ini tetapi bukannya kapasiti sebagai ahli Perkasa, ini adalah secara peribadi saya dan dua rakan saya yang lain juga dari Perkasa.

Menurutnya lagi, selain individu dari Perkasa, beberapa pemimpin dan ahli beberapa parti politik yang berlainan idealogi daripada Pakatan Rakyat dan BN turut terlibat dalam rancangan itu.

“. Mereka sama juga seperti saya, bertindak bukan atas kapasiti parti politik masing-masing.

“Lagipun tiada sesiapa di antara kami yang memegang sebarang jawatan di peringkat pusat dalam parti atau pertubuhan masing-masing. Paling tinggi pun hanya dua, tiga orang peringkat daerah dan mungkin akan disertai oleh seseorang di peringkat negeri nanti,” katanya lagi.

Menyeru parti politik dan NGO turut bertindak

Jurucakap kumpulan ini juga menyeru agar mana-mana pihak tanpa mengira parti politik yang mampu mengatur gerakan penyerahan memorandum ini turut berbuat demikian.
“Saya menyeru kepada mana-mana pemimpin tak kira parti politik atau NGO, agar turut mengatur satu rancangan untuk menyerahkan memorandum ini kepada Seri Paduka seperti yang telah dibuat dalam isu air negeri Selangor.

Mungkin jika mereka yang mengaturnya ia lebih mendapat sambutan rakyat, ada pengalaman untuk menyusun dan merancang strategi berbanding kami dan boleh beri kesan yang lebih baik,” ujar beliau.



Manakala, memorandum yang dirancang untuk diserahkan kepada PM pula akan menyentuh penglibatan Rosmah dalam urusan rasmi kerajaan termasuk membantah kewujudan Pejabat Wanita Pertama Malaysia (FLOM) di Putrajaya.

Menurut mereka penglibatan Rosmah dianggap semakin serius sehingga membelakangkan menteri-menteri yang bertanggungjawab dalam sesuatu kementerian seperti Kementeriaan Pelajaran dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Rosmah mencampuri urusan negara

“Nampaknya semakin lama, Rosmah semakin galak mencampuri urusan kerajaan hinggakan kadang-kala lagaknya seperti seorang Menteri Pelajaran, Menteri Hal Ehwal Wanita pun ada dan sebagai duta pun ada,” menurut sumber itu lagi.

Beliau turut mempersoalkan dan melahirkan kekesalan apabila Najib bukan sahaja dilihat gagal untuk menegur isterinya itu, malahan turut pada masa tertentu menyerlahkan pendirian beliau yang menggalakkan tindakan isterinya itu.

“Mengapa Najib tidak menegur atau mungkin juga PM sendiri yang memberikan galakan kepada Rosmah?” soal beliau.

“Yang hairannya, takkanlah Najib tidak nampak apa-apa yang tak kena tentang ini? Penasihatnya butakah untuk memahami ia memberi impak negatif kepada PM?

“Terus terang saya katakan isu ini bukan sahaja menjadi bahan serangan PR tetapi orang-orang dalam Umno sendiri pun ramai yang mengadu meluat dengan situasi ini,” tambah beliau. - FMT

PEJABAT 'FIRST LADY' DI JPM, ROSMAH MENDERHAKA


KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terbukti memiliki pejabat di Jabatan Perdana Menteri, atas nama Bahagian Wanita Pertama Malaysia atau First Lady of Malaysia Division.

Hal ini disahkan sendiri seorang pegawai yang bertugas di bahagian berkenaan ketika dihubungi KeadilanDaily.com, hari ini.

Pegawai wanita itu juga mengesahkan pejabat berkenaan bertujuan menjaga urusan Rosmah selaku isteri Perdana Menteri yang menganggap dirinya sebagai First Lady dan premis itu tiada kena mengena dengan Permaisuri Agong.

Mengulas hal itu, Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh menyifatkan perbuatan Rosmah melanggar peruntukan Perlembagaan dan menderhaka kepada Yang Di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong sebagai Ketua Negara.

Beliau juga menganggap perbuatan berkenaan sebagai menyalah guna kuasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Saya percaya Rosmah kini diberi terlalu banyak kuasa oleh Najib. Perbuatan ini adalah suatu penderhakaan,” kata Fuziah kepada Keadilan Daily.

Beliau berkata, Rosmah hanya isteri kepada Perdana Menteri, bukan menyandang sebarang jawatan menteri hingga memerlukan beliau memiliki pejabat sendiri di Putrajaya, apatah lagi atas nama Bahagian Wanita Pertama Malaysia.

“Peranan isteri PM adalah melengkapi tugas-tugas PM berkaitan aspek sosial. Rosmah sepatutnya mengambil peranan sebagai ibu kepada rakyat Malaysia. Bukannya membazir wang rakyat dengan penubuhan bahagian itu.

“Tentunya, ia melibatkan kos kerana memerlukan kakitangan untuk digaji,” kata Fuziah lagi.

Perbuatan Rosmah itu turut mendapat perhatian ramai blogger antaranya, edyesdotcom.blogspot.com.

Kewujudan Bahagian Wanita Pertama itu bermakna kedudukan Rosmah sebagai isteri PM, kini sekurang-kurangnya setaraf dengan Setiausaha Sulit dan Setiausaha Politik, Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Pejabat Ekonomi Perdana Menteri dan Pejabat Pengurusan Sri Perdana.

Perlembagaan Malaysia selama ini memaktubkan Permaisuri Agong sebagai Wanita Pertama.

Sebenarnya, ini bukan pertama kali Rosmah ‘mengangkat’ dirinya sebagai Wanita Pertama. Baru-baru ini, beliau menganjurkan Sidang Kemucak Wanita Pertama selama tiga hari yang menghabiskan sebanyak RM4.5 juta.

Sebelum ini, beliau juga pernah memaparkan dirinya sebagai First Lady melalui satu iklan di New York Times.

Selasa, 18 Januari 2011

NAJIB HANYA BERANI BERKOKOK DI SEBALIK SKRIN TV

Salinan surat DSAI yang dihantar kepada Najib.

MOHD Najib Razak memperli Anwar Ibrahim di Labis hari ini. Dia berkata Anwar akan demam kalau berdebat dengannya. Tambahnya lagi, Anwar tidak perlu berdebat sebaliknya selesaikan dahulu isu peribadi yang mengelilingi diri ketua pembangkang itu.

Najib juga dipetik sebagai bertanya kepada hadirin pada himpunan di sebuah tanah rancangan Felda itu sama ada wajar atau tidak beliau berdebat. Mereka yang hadir dilaporkan sebagai berkata, "tidak perlu".

Minggu lepas Anwar mengajak Najib berdebat mengenai ekonomi negara dan juga pelan 100 Hari Pakatan Rakyat yang terkandung dalam Buku Jingga. Hari ini Anwar telah menulis sepucuk surat meminta Najib berdebat dengannya.

Keenggnan Najib menyahut cabaran Anwar itu disifatkan oleh penyokong pembangkang PM itu sebagai penakut, pengecut, bacul, takut bini dan tidak berani untuk mendedahkan fakta sebenar mengenai ekonomi negara sebaliknya hanya berani bercakap di layar televisyen sahaja.

Dalam surat berkenaan Anwar mengatakan keperluan mengenai debat itu bagi membincangkan isu kenaikan harga barang yang ketara waktu ini di mana sesetengah barang keperluan melonjak sehingga 50%.

Menjawab dakwaan Najib mengatakan pelan 100 Hari yang yang tidak berjejak di bumi nyata dan menyebabkan negara akan muflis, Anwar membalas dengan mengatakan belum pernah berlaku dalam sejarah di mana-mana negara yang melaksanakan tatakelola ekonomi akan muflis.

Adalah molek juga kalau debat di antara kedua mereka itu diadakan di Tenang sempena berlangsungnya pilihan kecil di situ. Debat berkenaan boleh dijadikan bahan kempen untuk meraih undi bagi kedua calon dokongan tokoh berkenaan.