HULU LANGAT - Ramai yang terkejut dan terperanjat dengan kehadiran dua tokoh utama negara dari parti kerajaan dan pembangkang di majlis sambutan Maulid Rasul dan Sambutan Tamat Latihan Kerohanian 40 tahun Syeikh Mahmud Al-Majzub, dekat sini semalam. Masing-masing teruja dengan apa yang dilihat ini sebenarnya. Apakah ini merupakan satu petanda baik untuk iklim politik negara agaknya. Semua ini pastinya menimbulkan seribu persoalan yang sukar untuk dijawab. Pertemuan bersejarah yang tidak dirancang itu merupakan satu "hikmah" ke arah mewujudkan kestabilan politik negara selepas ini. Namun, semuanya hanyalah terletak ditangan kedua-dua pemimpin terbabit iaitu Pak Lah Badawi dan juga Anwar Ibrahim. Kedua-duanya berasal dari negeri yang sama iaitu Pulau Pinang. Kedua-dua mereka dikatakan hadir kerana menjadi tetamu kehormat mudir madrasah berkenaan. Kehadiran Anwar semalam sebenarnya memang sudah dinanti-nantikan oleh hampir seribu tetamu jemputan termasuk ulama dari Asia Tenggara. Namun, hadirin sebenarnya terpegun dengan kehadiran secara tiba-tiba Perdana Menteri dalam majlis itu.Menurut sumber, Pak Lah sepatutnya hadir pada hari ini untuk merasmikan persidangan dan pertemuan para ulamak. Namun, kehadiran Perdana Menteri pada hari semalam dikatakan menjadi tanda tanya para hadirin. Tambahan pula tetamu istimewa semalam ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya. Pak Lah dikatakan tiba lebih awal dari Anwar iaitu pada kira-kira jam 12.18 tengahari semalam, manakala Anwar dan isteri Wan Azizah tiba kira-kira 20 minit kemudian. Kedua-dua mereka kemudia dibawa naik ke rumah Syeikh Mahmud untuk makan tengahari bersama-sama. Mereka berada di rumah berkenaan selama lebih satu jam setengah, kemudian keluar untuk mendirikan solat Zohor bersama sekitar jam 1.40 petang. Adalah dipercayai, semasa bersama Syeikh Mahmud "Pertemuan Enam Mata" berlangsung antara Anwar, Pak Lah dan Syeikh Mahmud sendiri. Satu perundingan juga dikatakan telah berlaku dan Syeikh Mahmud telah menjadi "Orang Tengah" atau "Perantara". Difahamkan juga, semasa mendirikan solat Zohor juga kedua-dua mereka berada di saf barisan hadapan dimana Pak Lah berada di kanan dan Anwar di kiri Syeikh Mahmud.
Makan bersama, sempena pertemuan bersejarah Anwar dan Pak Lah Selepas solat Zohor, Abdullah diminta memberi ucapan ringkas begitu juga Anwar bagaimana pun Anwar tidak berucap. Dalam ucapannya Abdullah menjelaskan sesutau yang baik itu kalau didoakan ia akan menjadi kenyataan. Selepas selesai solat Zohor dan ucapan ringkas kelihatan Abdullah dan Anwar bersalaman dan masing-masing melemparkan senyum. Pertemuan dan gelagat kedua pemimpin itu benar-benar mengejutkan para hadirin dan jemaah. Masing-masing tertanya-tanya dengan peristiwa berkenana kerana ianya dikatakan bukan dirancang oleh sesiapa tetapi mempamerkan keadaan yang sungguh menyenangkan orang ramai. Mereka kemudian Pak Lah dilihat beredar meninggalkan majlis kira-kira jam 2.15 petang dan diikuti oleh Anwar sekitar jam 2.50 petang itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan