Isnin, 5 Oktober 2009

ABDUL AZIZ ALAMI KECEDERAAN TISU LEMBUT

KUALA LUMPUR, 4 Okt - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (foto), yang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mendakwa ditumbuk penyokong parti pembangkang semalam, mengalami kecederaan tisu lembut. Abdul Azeez berkata, beliau dimasukkan ke HKL selepas muntah-muntah dan pitam di rumahnya di Subang Jaya sekembalinya dari pusat penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson, Negeri Sembilan. "Selepas solat Maghrib, saya rasa nak pengsan, pitam, saya muntah. Bila saya kata sakit dan doktor periksa tekanan darah saya 165/95."Saya tiada... saya tak pernah ada tekanan darah tinggi sebelum ini," katanya kepada pemberita di HKL hari ini. Abdul Azeez berkata, hasil pemeriksaan x-ray hari ini mendapati tulang lehernya dalam keadaan baik dan tidak retak. Beliau berkata, ini adalah kali pertama beliau dicederakan sepanjang membantu kempen 11 pilihan raya kecil sebelum ini.Turut melawat Abdul Azeez adalah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang sama-sama berjalan ke pusat penamaan calon.

Lucu benar melihat betapa lembiknya pemimpin Putera UMNO ini. Gara-gara sikap kedua mereka yang tidak mengikut arahan atau sengaja mencari publisiti murahan, akhirnya mereka telah diserang oleh beberapa kerat individu yang belum diketahui siapakah gerangannya. Apapun, SPR sudah menetapkan laluan bagi pemimpin dan penyokong parti masing-masing, namun kenapa mereka sengaja mahu berjalan merempuh ribuan penyokong pakatan rakyat. Memang sudah menjadi tradisi mereka akan dihembur dengan berbagai kata nista, itu mereka perlulah tanggung sendiri. Namun, mengatakan mereka dipukul atau dicederakan ianya memang tidak masuk dek akal langsung. Soalnya, siapakah penyerang terbabuit sebenarnya?. Apakah ahli PAS atau provokasi mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan