Rabu, 28 Oktober 2009

SIASAT KHAIRY JAMALUDDIN - DSAI



KUALA LUMPUR - Ketua UMUM Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim minta diwujudkan satu suruhanjaya bebaas untuk menyiasat kekayaan Ketua Pergerakan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin termasuk kesemua harta yang hilang secara bebas. DSAI turut menggesa agar siasatan dijalankan terhadap beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) yang memiliki kekayaan melampau.

DSAI sebagai mengulas dakwaan beliau mempunyai simpanan sebanyak RM3 bilion seperti mana didedahkan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid beberapa tahun lalu. Sehubungan itu Khairy Jamaluddin meminta polis menyiasat DSAI. Gesaan ini dibuat susulan kenyataan kenalan baik bekas Timbalan Perdana Menteri itu S.Nallakarupan yang mendakwa DSAI mempunyai pelbagai sumber kewangan yang besar seperti mana didakwa Abdul Murad Khalid.

DSAI menjelaskan beliau tidak gentar dengan dakwaan tersebut. Dedahnya, finah itu dibuat sejak 1988 lagi tetapi sehingga sekarang mereka tidak dapat membuktikan keterlibatannya dalam kes tersebut. DSAI juga menolak dakwaan Khairy bahawa beliau memiliki simpanan dalam beberapa 'master accounrs' dan mengakui pernah disiasat oleh Badan Pencegahan Rasuah (BPR) tetapi tidak menemui sebarang bukti.

"Kalau mahu check...checklah. Saya tidak peduli. Sila siasat. Saya tidak takut. Saya juga minta satu suruhanjaya bebas ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan beberapa pemimpin BN dan UMNO yang memiliki kekayaan melampau atau akaun luar biasa. Siasan juga perlu dilakukan terhadap Khairy," kata DSAI. DSAI akui sudah 11 tahun dakwaan itu dibuat ke atasnya namun beliau tidak berasa bimbang kerana berada di pihak yang benar. Sebaliknya Khairy yang perlu berasa takut kerana mampu mengumpul kekayaan sehingga beratus-ratus juta. Soalnya di mana Khairy mendapat kekayaan tersebut. Sebelum ini Angkatan Muda Keadilan (AMK) pernah mendakwa Khairy yang juga menyandang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO pada waktu itu meminjam RM9.2 juta untuk membeli saham ECM Libra. Selepas empat bulan Khairy terpaksa menjualnya kerana tidak tahan dengan tekanan dan kritikan yang dilemparkan terutama Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mendakwa bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi mengamalkan nepotisme.

Malah ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin pernah mencadangkan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi memanggil BPR untuk melakukan siasatan menyeluruh terhadap diri dan menantu beliau agar terbukti bersih daripada amalan rasuah dan salah guna kuasa. Justeru dalam wawancara dengan akhbar Thailand, Bangkok Post, Abdullah mempertahankan menantunya. Antara lain beliau berkata, "Orang tua itu (Dr. Mahathir) telah menabur pasir ke dalam periuk nasi Khairy." Kenyataan ini antara ain merujuk tindakan Dr Mahathir yang menyerang menantunya dalam pelbagai isu termasuk pembelian saham tersebut.

Abdullah juga berkata dalam wawancara itu, "Inilah benda yang amat menyedihkan saya. Khairy Jamaluddin terpaksa menjual kepentingannya dalam bank saudagar ECM Libra. Ini bermakna menjualnya dengan menanggung kerugian. Sekarang dia mempunyai hutang untuk dilunaskan."

Justeru itu, DSAI menggesa agar siasatan secara telus dapat dilakukan terhadap Khairy. Tegasnya bagaimana seorang pemimpin muda seperti Khairy mampu meminjam wang begitu banyak untuk membeli saham-saham ECM Libra.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan