Jumaat, 3 Disember 2010

5 JENIS BARANG NAIK LAGI.




Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula naik mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi. Petrol RON95, dinaikkan 5 sen menjadikan RM1.90 seliter.

Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu. Harga diesel turut naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram. Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Semua harga baru berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok. Ia didedahkan pada taklimat kepada editor di Putrajaya oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) .

Malaysiakini
turut dijemput ke taklimat itu melalui panggilan telefon tetapi wartawan kami dihalang memasuki ibupejabat Unit Kordinasi dan Pelaksanaan di Pejabat Perdana Menteri, kemudiannya tanpa sebarang alasan. Pengumuman rasmi mengenai kenaikan harga barangan tersebut dibuat malam ini.

Kali terakhir harga barangan meningkat adalah pada 15 Julai lalu. Ia membabitkan kenaikan 5-dalam-1. Barangan yang terjejas itu adalah dua gred petrol, diesel, gula dan gas.

sumber daripada Malaysiakini.

Rabu, 1 Disember 2010

PILIHAN RAYA KE 13 TAHUN DEPAN


TIDAK ada alasan paling afdal kenapa Umno menangguhkan selama 18 bulan pemilhan pemimpin di semua peringkat dalam parti berkenaan melainkan untuk mempersiapkan diri bagi pilihan raya umum ke - 13. Walaupun Najib Razak menafikan ia tidak ada kena mengena dengan pemanggilan pilihan raya umum, tetapi umum akan melihat dan terfikir ke arah itu.

Kenapa pemilihan dalam Umno perlu ditangguhkan kalau bukan untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi pilihan raya. Apa lagi Najib memberi alasan penangguhan itu bagi mengelakkan herlakunya pergelutan dalam Umno. Kenapa harus takut kepada pergelutan? Bukankan itu bermakna Umno mahukan tempoh tenang bagi mengatur strategi menghadapi pilihan raya?

Ertinya demam pilihan raya umum kini sudah bermula. Batuk-batuk atau selesema yang menjadi siptom sudah pun ada. Maka awas.

Yang pastinya kalau diadakan pemilihan pemimpin keadaan Umno tidak akan tenteram. Kalau pun kemelutnya tidak sama dengan kemelut dalam PKR semasa proses pemilihan baru-baru ini, ianya akan hampir-hampir sama. PKR adalah terlahir dari tulang rusuk Umno. Kalau PKR digambarkan kelam kabut, (gila babi) sampai bertumbuk pecah bibir mulut, apa lagi Umno. Umno adalah induknya tentunya gen jahatnya tebal berbanding dengan PKR.

Sudah termaktub dalam sejarah pemilihan Umno dipoloti - dicemari, dengan rasuah. Malahan ada pemimpin yang dibatalkan pertandingan kerana didapati rasuah. Atau pun dinafikan bertanding. Rasuah adalah termasuk sebahagian rukun dalam pemilihan Umno. Yang melakukan rasuah dalam Umno bukan peringat budak-budak saja, tetapi ia terbawa ke peringat orang tua. Pemilihan pemimpin dalam Umno semacam tidak sah kalau tidak main duit - rasuah. Rasuah adalah nadi kepada Umno.

Mungkin kerana menyedari keadaan itu, maka Najib perlu menangguhkan pemilihan dalam Umno. Beliau tidak mahu Umno dalam keadaan berceperaian. Najib tidak mahu pemilihan dalam Umno mewujudkan suasana tidak kondusif buat Umno.

Kenapa Umno memangguh proses itu? Kalau tidak ada mengadakan, tidak mungkin Umno menangguhkan proses berkenaan. Penangguhan itu bagi mengelakkan Umno berserabut. Itu saja. Penangguhan pemilihan pemimpin Umno itu adalah signal jelas mengenai pilihan raya. Jadi pihak Pakatan Rakyat jangan mudah terpesona dan percaya dengan apa dikatakan Najib itu. Adalah silap besar kalau Pakatan Rakyat masih meriba tangan tanpa berbuat sesuatu bagi menghadapi pilihan raya.

Untuk tujuan ini mungkin Pakatan Rakyat sudah boleh kenal pastikan siapakah calon-calon yang akan mereka turunkan. Imbasan untuk mengenali pasti wibawa calon dan kelemahan calon juga sudah boleh dilakukan. Jangan tunggu sampai saat akhir nanti terpilih lembu dan beruk ataupun katak pula.

Sebenarnya masa untuk Najib dan Umno masih panjang. Masih ada dua tahun lagi. Penggal ke 12 parlimen akan tamat pada Mac 2013. Bagaimana pun dipercayai beliau tidak akan mengguna sepenuhnya tempoh itu. Najib perlu mengadakan pilihan raya bagi memastikan sejauh mana sokongan ke atasnya. Najib faham yang kuasa yang ada pada Umno dan BN kini, adalah kuasa yang dimandatkan rakyat kepada Abdullah.

Najib belum teruji dalam serba serbi. Pilihan raya ke -13 ini adalah ujian penting buatnya. Beliau harus meman ggil pilihan raya bagi menguji kedudukannya. Dakwaan negara ada perubahan, enonomi berkembang dan rakyat menyokong slogan 1 Malaysia perlu diuji segera. Najib tahu kalau setakat retorik saja ia tidak akan ke mana. Seronok juga untuk melihat pilihan raya itu nanti sejauh mana Najib berjaya menjadi nokhoda.

Makanya disebabkan Najib merasakan masa kini adalah peluang agak baik untuk BN dan beliau, maka beliau perlu memanggil pilihan raya. Saya setuju dengan ramalan Anwar Ibrahim yang pilihan raya akan diadakan dalam masa terdekat. Kata Anwar ialah pada Mac 2011. Tetapi saya tidak kira ianya akan diadakan pada Mac. Dalam tempoh kira-kira empat bulan ini BN belum sedia. Kalau BN buat dalam jangka masa ini rasanya BN bukan saja kehilangan kuasa 2/3 di Parlimen tetapi turut kehilangan kerajaan.

Tetapi kalau Mac ini Sarawak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun)nya mungkin ada kulihnya. Mungkin juga Najib akan menjadikan pilihan raya Dun Sarawak sebagai kayu pengukurnya. Kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi bukan petunjuk yang konkrit. Ada banyak sebab mengapa BN menang di dua kerusi itu yang jelasnya ia bukan kerana kekuatan BN atau transformasi dilakukan Umno sudah menjadi kenyataan.

Sebaliknya kalau BN menang besar dalam pilihan raya Sarawak ia boleh jadi pilihan raya akan dipercepatkan. Najib mahukan jadikan kemenangan itu sebagai semangat. Tetapi bagaimana pula kalau banyak kerusi BN jatuh di Sarawak? Ini merimaskan Najib dan mungkin pilihan raya akan dilambatkan sehingga mencecah ke tahun 2013.

Bagi Pakatan Rakyat mereka tidak perlu banyak menduga bila pilihan raya akan diadakan. Yang penting mereka perlu bersedia. Pakatan perlu merasakan pilihan raya akan diadakan esok juga. Makanya Pakatan Rakyat perlu bersiap sedia dari sekarang dan jangan asyik mengulas mengenai kekalutan ataupun kecemasan BN untuk berpilihan raya. Nanti kerana asyik dok ulas orang kita pula yang merana. Sabree Shafii tentu seronok membaca catatan ini. MSO

Ahad, 28 November 2010

KEPUTUSAN RESMI PEMILIHAN MAJLIS PIMPINAN PUSAT



Presiden (menang tanpa bertanding)

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Timbalan presiden

Azmin Ali - 19,543 undi

Naib presiden

Nurul Izzah Anwar - 13,211

Tian Chua - 11,744

Fuziah Salleh - 8,927

Mansor Othman - 8,576

Majlis pimpinan pusat

  1. Elizabeth Wing 10,897
  2. Badrulamin Bahron 9,672
  3. Heee Loy Sian 8,473
  4. Khalid Jaafar 7,889
  5. Johari Abdul 7,719
  6. Abdul Rahman Yusof 7,719
  7. Haniza Talha 7,588
  8. Fariz Musa 7,511
  9. Zakaria Abdul Hamid 7170
  10. Roland Chian Ming Shen 7,095
  11. Siti Aishah 6,876
  12. Ismail Yusof 6,332
  13. Latheefa Koya 6,242
  14. S Kesavan 6,139
  15. Shuhaimi Shafie 6,095
  16. MR Summugam 5,964
  17. Yusmadi Yusoff 5,810
  18. S Manikumar - 5,789
  19. Mustafa Kamal Yusoff - 5,745
  20. Christina Liew - 5,707
Ketua Angkatan Muda Keadilan

Shamsul Iskandar Mohd Akin

Timbalan Ketua AMK

Khairul Anuar Ahmad Zainudin aka Jonah

Naib Ketua AMK

1. Azmizam Zaman Huri
2. Erveana Ansari Ali
3. Chan Ming Kai

Barisan Exco AMK

1. Abdul Rahman Abdul Hackeem,
2. Natassia Sarah
3. Zulhaidah Suboh
4. Zafril Mohd Eusoff
5. Mohammad Azihan Che Seman
6. Azman Yusof
7. Ginie Lim
8. Sangetha Jayakumar
9. Muhammad Najmi Samsudin
10. Jafery Namion
11. Azwan Ramli
12. Rajan Rajan Naidu
13. Farhan Ibrahim
14. Md Zaman Md Tasi
15. Sachithananthan Krishnan
16. Ong Chin Wen
17. Mohamad Nazri Ismail
18. Ramlan Roes
19. Hamsah Djabir
20. Ng Shy Ching

Ketua Wanita

Zuraida Kamaruddin

Timbalan Ketua Wanita

Rodziah Ismail

Naib Ketua Wanita

1. Gan Pei Nie
2. Haniza Talha
3. Noor Sham Abu Samah

Barisan Exco Wanita

1. Dr Daroyah Alwi
2. Chua Yee Ling
3. Nurin Aina
4. Juwairiya Zulkifli
5. Ain Eusoff
6. Yogayswari Ramalu
7. Salmah Ismail
8. Fathmawathy Salim
9. Armah Alias
10. Poziyah Hamzah
11. Tan Poh Lai
12. Ramlah Bee
13. Halimah Mamat
14. Norhesni Ismail
15. Nurhanim Datuk Mokhsin
16. Juliana Jusit
17. Vasanthi Ramalingam
18. Sanmah Lisut
19. Felicia Lin
20. Nanie Jamil.

Jumaat, 26 November 2010

CUKUPLAH KENYATAAN NAK BERSIHKAN 'KUDA TROJAN'

pkr bm










PETALING JAYA: "Hentikan kenyataan mengugut nak bersih kuda trojanlah, nak bersih pengkianatlah," demikian kenyataan sinis Chegu Bard berhubung tindak-tanduk beberapa pemimpin yang masih lagi bermain dengan teori ‘kuda trojan’ dalam Parti Keadilan Rakyat.

"Sebagai pemimpin besar memang betul harus membersihkan parti tetapi kenyataan mereka harus diikuti dengan pelaksanaan yang jujur dan penting juga mereka harus bertindak sebagai penyatu dalam parti.

"Dalam perihal ini nampaknya Shamsul jauh lebih baik dari Azmin di mana kenyataan pertama dia selepas minggu terakhir pengundian ada menyeru agar ahli PKR merapatkan saf kembali," ujar Chegu Bard lagi.

Menurut beliau lagi, walaupun pemilihan PKR telah pun berakhir minggu lalu, namun harapan untuk membersihkan parti dari penyelewengan masih ada.

"Harapan untuk membersihkan parti tetap ada. Tidak mengira samada musim pemilihan atau tidak, berjawatan atau tidak. Apa yang penting perjuangan diteruskan. Selagi ada Tuhan selagi itu ada harapan," kata beliau kepada FMT lagi.

Anwar masih terbaik


Disamping itu, beliau mengakui anak-anak muda tidak banyak pilihan untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) selain menjadikan PKR sebagai landasan perjuangan.

"Kepada anak muda kita tidak punya banyak pilihan untuk menentang BN secara peribadi. Setakat ini parti ini ialah parti paling progresif untuk perubahan negara.

"Anwar pula ialah kereta kebal terbaik untuk kita berdepan merempuh regim warisan penjajah BN ini. Anwar ada karisma penyatu, setakat ini parti dan Anwar tidak sempurna tetapi masih yang terbaik.

Beliau turut menyeru agar ahli politik muda dalam PKR agar tidak mengamalkan politik naungan sebaliknya bina kekuatan sendiri.

"Anak muda mesti keluar dari kepompong politik naungan, bina kekuatan sendiri dan bersama bangkit merempuh untuk perubahan," kata beliau.

Khamis, 25 November 2010

DR. MAHATHIR PERLU TAUBAT MASUHA



Biro Pemahaman & Pemantapan Agama. (BIPPA), PKR, terpanggil untuk menyambut kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad seperti yang dilaporkan dalam Sinar 24 November 2010 dengan penegasan bahawa:

1. BIPPA menasihatkan adalah lebih wajar mantan Perdana Menteri sendiri melakukan taubat nasuha kerana beliau yang sebenarnya menjadi punca kepada perpecahan bahkan kemunduran masyarakat Melayu. Muktahir ini mantan Perdana Menteri menjadi penyebab maraknya api perkauman dikalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Pada usia senja adalah lebih baik untuk mantan Perdana Menteri banyak melakukan ibadah khusus kepada Allah SWT sebagai persiapan menemuiNya walaupun penentuan umur adalah di tangan Allah SWT.

2. Beliau bertanggungjawab memecat dan mengaibkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, mantan Timbalan. Perdana Menteri dengan dakwaan fitnah liwat yang ternyata tidak benar. Beliau mengaibkan DSAI dan keluarga di khalayak ramai. Perbuatan mantan Perdana Menteri mengaibkan DSAI dan seisi keluarga adalah sangat bertentangan dengan prinsip dan hukum agama dan tindakan tersebut bertentangan denga norma dan tatasusila masyarakat bertamadun.. Justeru, DSAI mempunyai hak di sisi syariat Islam mempertahankan maruah diri dan keluarga daripada fitnah. Kiranya tindakan DSAI mempertahankan maruah diri menimbulkan perpecahan, maka perpecahan itu adalah hasil daripada pertembungan antara hak dan batil. Demikian penegesan dari sepotong ayat dalam al-Qur’an: ”Dan katakanlah: Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah suatu yang pasti lenyap.” (al-Isra’: 81). .
3. Mantan Perdana Menteri juga bertanggunjawab merobek unsur-unsur kekuatan bangsa Melayu dari segi bahasa, agama, pendidikan sekolah agama rakyat, kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan ekonomi orang Melayu dan melakukan pindaan persempadanan kawasan pilihan raya majoriti pengundi Melayu sehingga menjejaskan keutuhan politik melayu

4. Menjadi satu kebiasaan mantan Perdana Menteri meletakkan setiap beban kesilapan dan ketelanjuran beliau diatas bahu orang lain. Isu perpecahan masyarakat Melayu dan rakyat Malaysia adalah berpunca daripada beliau sendiri.

5. Parti yang didakwa kecil oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada hakikatnya adalah sebuah parti yang lahir pada tahun 1999 dari gejolak kemarahan rakyat kerana kezaliman beliau dan terus mendapat dokongan rakyat pelbagai kaum di Malaysia. Alhamdulillah, parti ini pengaruhnya semakin meluas dan bertakhta dihati rakyat serta berpotensi besar, insyaallah, mengambil alih pemerintahan negara. Inilah yang digeruni oleh Tun Dr Mahathir yang menjadikan beliau sentiasa berada dalam resah dan gelisah. Sewajarnya mantan Perdana Menteri berlapang dada menerima penentuan rakyat dalam merayakan amalan demokrasi.

6. Seandainya DSAI itu rendah kualiti diri dan kepimpinan dalam mata pandangan Tun Dr Mahathir, mengapa DSAI masih terus mendapat sambutan dan sanjungan rakyat di negara ini walaupun dicerca saban hari dan waktu oleh pelbagai pihak menerusi pelbagai media. Beliau juga terus diterima dan dihormati sebagai seorang tokoh pemimpin berwibawa oleh sebahagian besar pemimpin dunia, para ‘ulama tersohor, para ilmuan Muslim dan bukan Muslim di peringkat antara bangsa.

Dr Muhammad Nur Manuty
Pengerusi
Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama (BIPPA), PKR

MATA LEBAM ANWAR : KABINET ARAH DUA MENTERI SOAL PEGUAMNEGARA



Pentadbiran Najib telah mengarahkan dua menteri Kabinet agar menyoal Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung dakwaan peranan beliau dalam insiden mata lebam melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mengejutkan negara 12 tahun lalu.


The Malaysian Insider difahamkan Kabinet memutuskan langkah itu selepas seorang bekas pegawai polis Datuk Mat Zain Ibrahim mendakwa mempunyai maklumat terbaru berkaitan insiden itu, yang menurutnya turut melibatkan peranan Gani.

“Sekarang saya telah diarahkan (oleh Kabinet), Datuk Rais dan saya sendiri agar bercakap dengan Peguam Negara. Kami menunggu beliau pulang dari Mekah,” kata Nazri kepada The Malaysian Insider.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu memberitahu The Malaysian Insider, Kabinet mahu mendengar sendiri daripada Gani sendiri mengenai dakwaan terbaru Mat Zain dalam satu lagi surat terbukanya kelmarin sebelum mengambil tindakan susulan.

“Kami mahu mendengar daripada Peguam Negara sendiri (mengenai surat terbuka).

“Ini perkara yang serius. Jika beliau (Mat Zain) bercakap benar, kita kena mendapatkan maklumat lanjut… tetapi sehingga itu, tiada apa-apa keputusan,” kata Nazri.

Dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar kelmarin, Mat Zain, yang merujuk kepada usul memotong gaji Peguam Negara RM10 yang dibawa Lim Kit Siang di Parlimen pada 9 November lalu, mengesahkan telah menghantar e-mel kepada Ahli Parlimen Ipoh Timur itu pada 14 April lalu.

“Sebagai membalas komen beliau terhadap PDRM berkaitan siasatan kes mata lebam, yang sedikit tersasar. Saya turut megesahkan bahawa kenyataan-kenyataan yang beliau petik daripada surat saya bertarikh 15 April 2009 kepada Lembaga Penasihat SPRM dan surat terbuka kepada YBhg Datin Kalsom Taib bertarikh 8 Oktober 2010 (surat terbuka pertama), yang salinannya saya e-mel kepada Tan Sri, adalah betul setakat yang terkandung dalam salinan-salinan asal surat-surat berkenaan.

“Saya akan merujuk kepada kandungan surat-surat tersebut apabila, atau jika berkenaan,” kata Mat Zain.

Ekoran isu dibangkitkan oleh Lim di Parlimen, Nazri telah memaklumkan bahawa akan membawa isu itu ke Kabinet yang bermesyuarat 12 November lalu.

Beliau turut mengumumkan penjelasan akan diminta daripada Gani bagi memberinya peluang untuk menjelaskan diri beliau yang merupakan hak beliau kepada pendengaran yang adil.

“Saya menyokong sepenuhnya Tan Sri Gani diberikan hak sedemikian oleh kerana hak kesamarataan dari sudut undang-undang dan hak pendengaran yang adil adalah merupakan hak asasi individu yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia dan wajar dihormati oleh semua pihak.

“Bagaimanapun apa yang menjadi kemusykilan saya kini ialah apabila penjelasan diberi oleh Tan Sri Gani, seorang Peguam Negara, dalam bentuk apa sekalipun, sama ada secara lisan atau kenyataan akhbar atau representasi dan lain-lainnya, pihak berkuasa manakah yang layak dan berhak serta mempunyai kuasa untuk memberikan pendengaran adil kepada semua pihak terlibat dalam persoalan ini.

“Dan, tidak hanya adil kepada Tan Sri Gani seorang sahaja. Sesuai untuk saya nyatakan di sini bahawa pihak-pihak yang terlibat, bukan setakat empat individu yang dinamakan dalam laporan Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Tan Sri Gani, Tan Sri Musa Hassan (bekas Ketua Polis Negara), Dr Abdul Rahman Yusof dan saya sendiri,” katanya,

Mat Zain juga berkata, Jabatan Peguam Negara, polis dan Kementerian Kesihatan juga merupakan pihak yang mempunyai kepentingan dalam perkara ini.

Malah dalam surat terbuka itu, Mat Zain menggesa kerajaan mendedahkan secara terperinci insiden itu bagi mempertahankan imej dan kredibiliti pasukan polis.

Dalam kenyatannya semalam, Lim yang juga Penasihat DAP berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Nazri berhubung isu yang dibangkitkan oleh bekas pegawai kanan polis itu.

Pada Julai 2008, Anwar membuat laporan polis mendakwa Gani, Mat Zain, Musa yang ketika itu pegawai penyiasat dan Dr Abdul Rahman telah memalsukan satu laporan perubatan mengenai kejadian mata lebam itu.

Tan Sri Rahim Nor, ketika kejadian merupakan Ketua Polis Negara, telah mengaku kepada suruhanjaya diraja siasatan bahawa telah memukul Anwar ketika ditahan di Bukit Aman.

Kejadian itu berlaku selepas Anwar dipecat daripada kerajaan dan Umno.

Rabu, 17 November 2010

KEPUTUSAN RASMI PEMILIHAN SETAKAT 15 NOVEMBER, 2010

Saifuddin

PETALING JAYA : Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail pada sidang media hari ini mengumumkan keputusan rasmi Pemilihan di 195 cabang KEADILAN seluruh negara, setakat semalam.

Bagi persaingan kerusi Timbalan Presiden, Azmin Ali memperoleh 14,751 undi manakala Mustaffa Kamil Ayub mendapat 3,401.

Nurul Izzah Anwar meraih 11,042 undi bagi jawatan Naib Presiden manakala Tian Chua (9,524), Fuziah Salleh (3,878) dan Dr Mansor Osman (7,448).

Keputusan rasmi bagi Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) ialah:

Elizabeth Wong (8,367), Badrul Amin Bahrom (7,814), Hee Loy Sian (6,694), Datuk Johari Abdul (6,570), Khalid Jaafar (6,406), Fariz Musa (6,174), Abd Rahman Yusof (6,143), Haniza Talha (6,123), Zakaria Abdul Hamid (5,869), Siti Aishah (5,574), Ismail Yusop (5,458), Yusmadi Yusoff (5015), Roland Chia Ming Shen (4,924), Abdul Halim Hussin (4,734), Latheefa Koya (4,667), Shuhaimi Shafiei (4,420), Zamri Yusuf (4,349), Fellicia Ling (4,332), Kesavan Subramaniam (4,304), S Manikumar (4,285), Christina Liew (4,220), Mustafa Kamal Yusoff (4,212), M R Summugam (4,165), Amran Ab Ghani (3,997), Khrishnasamy Ponnusamy (3,990), Azman Abidin (3,979), Yaakob Sapari (3,929), Kalakau Untol (3,923), M Ravi (3,895), Nik Mahmood Nik Hassan (3,823), A Ram Ponnusamy (3,813), Aminuddin Harun (3,716), Dominique Ng (3,667), Nicholas Bawin (3,614), Streram Sinasamay (3,594), Abdul Malik Kassim (3,537), Anthony Mandiau (3,327), Kamel Yassin (3,326), Azan Ismail (3,097), Chai Tong Chai (3,045), Zulkifly Ibrahim (2,993), Murali Subramaniam (2,964), Selvarajan Rathinam (2,848), Tai Sing Ng (2,808), V Sivam (2,797), Syed Hamid Ali (2,789), Wan Salleh Wan Isa (2,780), Salma Ismail (2,754), Raman Elangkoban (2,706), Ramle Dua (2,659), Ahmad Nizam Hamid (2,646), Hasnah Hashim (2,566), Khrisnamoothy Rajannaidu (2,547), Abas Awang (2,546), dan Awang Tengah (2,455).

Shamsul Iskandar Mohd Akin pula mendapat 3,981 undi manakala Badrul Hisham Shaharin 3,273 undi bagi persaingan jawatan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK).

Bagi kerusi Timbalan AMK, Khairul Anwar Zainuddin meraih 3,908 undi Chang Li Kang (3,054) manakala Azmizam Zaman Huri menerima 3,807, Erveana Ansari (2,872 undi), Chang Ming Kai (2,786 undi) bagi jawatan Naib Ketua AMK.

Bagi persaingan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamruddin (4,510), Dr Suraya Sudin (1,181), Aminah Ferra (967).

Bagi kerusi Timbalan Wanita, Rodziah Ismail mendapat 5,167 manakala Asmah Abd Kadir (1,126).

Selasa, 16 November 2010

PEMILIHAN 2010














Parti Keadilan Rakyat Cabang Parit sulong akan membuat pemilihan bagi menentukan kepimpinan cabang dan pusat pada 21 November 2010 bermula jam 10am hingga 4pm. Ianya akan dijalankan di TNB SBL 62 SEMERAH LAUT 83600 SEMERAH BATU PAHAT, JOHOR.

AMK Cabang Parit Sulong mengharapkan agar semua ahli yang berdaftar agar dapat keluar beramai-ramai untuk membuat pemilihan pimpinan di peringkat cabang dan pusat.

Satu ahli satu undi yang diperkenalkan oleh Parti Keadilan Rakyat merupakan satu dimensi politik baru yang diperkenalkan oleh parti. Walaupun ada pelbagai pertikaian dari pelbagai pihak, namun inilah keberanian pucuk pimpinan parti dan jika ianya tidak dimulakan dari sekarang, maka selamanya kita akan bergantung kepada pendekatan tradisional. Kelemahan dan kepincangan yang berlaku wajar diteliti dan diperhalusi agar ianya tidak berlaku lagi pada pemilihan akan datang. Kritikan yang diberikan wajar dijadikan iktibar dalam proses memberi pemahaman kepada masyarakat malaysia bahawa inilah pendekatan politik baru.

Pun begitu, AMK Cabang Parit Sulong mahukan setiap aduan perlu disiasat dengan terperinci dan bukan dinafikan kerana sindrom penafian hanya ada dipihak sebelah sana.

ANAK MUDA PENGGERAK HARAPAN BARU.....

Ahad, 14 November 2010



KEADILAN akan memberi perhatian serius terhadap resolusi enam perkara yang terhasil dalam Resolusi Rapat Anak Muda Malaysia, berkaitan proses pemilihan pimpinan parti, kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menyifatkan resolusi itu sebagai proses yang mengikut saluran tepat dan kematangan ahli, Wan Azizah berkata, beliau sendiri dan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) akan meneliti memorandum dan aduan dari ahli akar umbi.

"Pada 12 November lalu, Datuk Fauzi Abd Rahman MPN Pahang telah berjumpa saya dengan membawa sebuah Resolusi Rapat Anak Muda Malaysia bertarikh 10 November 2010.

"Saya difahamkan resolusi itu adalah hasil dari temu rapat anak muda yang didorong oleh rasa cinta dan iltizam kepada perjuangan," katanya pada satu kenyataan media.

Wan Azizah berkata, parti sudah pun memulakan tindakan dan tumpuan terhadap kes yang mempunyai petunjuk jelas dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati menyalahi etika.

"Dengan jaminan ini, saya berharap tidak akan ada kritikan berbentuk peribadi sesama pimpinan dan ahli secara terbuka kerana ini akan membuka ruang kepada musuh.

"Apa yang berlaku ini merupakan proses mematang dan memantapkan parti. Kita yakin ini akan menatijahkan semangat dan kekuatan baru kepada ahli dan parti," katanya.