Kami di AMK Bahagian Parit Sulong menyeru dan merayu kepada seluruh rakyat Malaysia tidak kira apa jua bangsa dan agama untuk bersatu menzahirkan perasaan kita semua terhadap kekejaman Israel dan sekutu kuatnya Amerika Syarikat terhadap rakyat Palestin dengan memboikot semua barangan, produk, perkhidmatan dan apa-apa jua yang berkaitan dua negara kejam tersebut. Kami juga menyeru ahli-ahli KeADILan agar dapat menyampaikan mesej ini kepada rakan-rakan yang lain. Rakan-rakan dari NGO juga diharap dapat membantu dalam usaha yang murni ini.
Walaupun seandainya usaha untuk memboikot ini tidak memberikan impak yang besar tapi sekurang-kurangnya kita telah menunjukkan pendirian kita sebagai manusia yang berperikemanusiaan dan bertamadun dalam konflik kekejaman Zionis ini. Agama kita juga mengajar penganutnya supaya tidak berlaku kejam terhadap orang lain dan mengambil berat terhadap kesusahan yang dialami oleh setiap manusia walaupun bukan dari negara kita. Jadi, bersamalah kita semua menunaikan juga tanggungjawab kita kepada agama.
Bertindaklah sekarang!! Marilah kita bersatu berganding bahu dalam usaha menghentikan kekejaman Zionis di bumi Palestin dan cengkaman Amerika Syarikat terhadap ekonomi dunia. Semoga usaha rakyat Malaysia dapat menjadi contoh kepada semua manusia yang waras akalnya di seluruh dunia. Sampaikan juga kepada semua pemimpin di tempat kita agar dapat membawa suara bantahan rakyat Malaysia di persada dunia terhadap kempen Zionis yang tidak berperikemanusiaan. BOIKOT ISRAEL DAN AMERIKA!!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan