Isnin, 12 Januari 2009

NAK TUNGGU SAMPAI BILA?

16 tahun, itulah tempoh masa yang telah dinantikan oleh penduduk Kampung Batu Putih di kawasan parlimen Parit Sulong untuk sebuah sekolah agama namun sehingga kini mereka masih lagi menantikan "bagai menanti buah yang tidak gugur". Seorang penduduk kampung itu, Haji Ahmad bin Morshid yang telah berhubung kepada kami memaklumkan bahawa pada tahun 1993 beliau telah mewakafkan tanah beliau sebanyak 2.5 ekar untuk didirikan sebuah sekolah agama. Beliau berbuat demikian setelah dimaklumkan oleh ketua kampung akan keperluan itu. Niat beliau hanyalah satu, untuk menyaksikan sebuah lagi institusi keagamaan didirikan dapat memudahkan penduduk kampung tidak kira tua atau muda mendalami ilmu agama.

Walau bagaimanapun, setelah 16 tahun mewakafkan tanah tersebut hajat beliau dan penduduk kampung seakan-akan tidak tertunai kerana sehingga ke hari ini tidak ada apa-apa perkembangan dan kemajuan mengenai perkara tersebut. Kami telah membuat lawatan di tanah tersebut dan mendapati hanya sebuah papan tanda ' Projek mendirikan sebuah sekolah agama' yang ada di situ. Lebih menimbulkan tandatanya apabila kawasan tanah yang selebihnya ditanam dengan pokok kelapa sawit. Haji Ahmad juga dimaklumkan oleh Ketua kampung bahawa projek itu telah diluluskan pada bulan Jun tahun 2008 dan akan dimulakan pada bulan Ogos tahun yang sama, namun sehingga ke hari ini tidak ada sebarang perkembangan yang berlaku di tanah tersebut. Hanya rumpun buluh dan berbatang-batang pokok kelapa sawit yang tidak diketahui tuannya yang ada di situ.

Sekarang, kebanyakkan murid-murid yang mengikuti kelas agama terpaksa berkongsi sekolah dengan sebuah sekolah rendah di kampung itu. Ini akan menimbulkan keadaan yang tidak selesa dikalangan murid-murid malahan guru-guru juga untuk meneruskan sesi pembelajaran. Persoalan yang timbul setelah tiga YB silih berganti, apakah ceritanya dengan sekolah agama tersebut?


Inilah sekolah rendah yang dikongsi bersama sekolah agama

Inilah lokasi tanah yang sepatutnya didirikan sekolah agama


Haji Ahmad bin Morshid yang telah mewakafkan tanah

1 ulasan:

  1. ini adalah satu sikap kerajaan bn yg tidak bertanggungjawab. kita cabar yb bn yg ada dalam parlimen pt sulong untuk ambil tindakan...
    -mohd zaihan m zainal-
    setiausaha PKR pt Sulong

    BalasPadam