Membuka tirai 2009 arus perubahan politik tanahair dengan bertambahnya satu lagi kerusi parlimen untuk Pakatan Rakyat dengan didahului oleh kemenangan yang selesa di Kuala Terengganu. Dengan kemenangan ini terbukti bahawa rakyat benar-benar mahukan perubahan yang drastik dan inginkan kepimpinan daripada Pakatan Rakyat untuk membawa rakyat keluar dari drama penipuan, korupsi, nepotisma, kronisma yang selama ini dimainkan oleh BN/UMNO.
Beribu tahniah kami di Angkatan Muda KeADILan Bahagian Parit Sulong ucapkan buat warga Kuala Terengganu di atas kematangan, kebijaksanaan dan keberanian yang utuh untuk menggapai perubahan dalam menentukan masa depan yang lebih cerah. Tahniah juga diucapkan kepada ahli-ahli keADILan, PAS dan DAP yang sanggup bersusah payah dan berkerja keras untuk memastikan kemenangan Y.B.Mohd Abdul Wahid Endut dari parti PAS. Walaupun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan dari setiap jentera kerajaan BN/UMNO mereka tetap tabah malah berani berdiri tegak dalam menghadapi serangan dari pihak BN/UMNO. Kami di sini turut berasa bangga di atas kejayaan yang diraih oleh Pakatan Rakyat di Kuala Terengganu.
Dengan kemenangan ini juga membuktikan bahawa segala tomahan dan tuduhan yang dilemparkan oleh BN/UMNO terhadap Pakatan Rakyat adalah TIDAK BENAR SAMA SEKALI!. Majoriti sebanyak 2,631 telah menjadi bukti kemerosotan sokongan terhadap BN/UMNO dan kejayaan Pakatan Rakyat dalam mendapatkan kepercayaan rakyat untuk mewakili Kuala Terengganu di dewan parlimen. Semoga angin perubahan yang dibawa oleh Kuala Terengganu juga dapat mengubah pendirian rakyat di negeri Johor yang selama ini lena dibuai dengan dendangan penipuan BN/UMNO. Ubah demi maruah, ubah sebelum parah!.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan