Memaparkan catatan dengan label Ketua AMK Parit Sulong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ketua AMK Parit Sulong. Papar semua catatan

Selasa, 23 Disember 2008

HARGA PETROL SEPATUTNYA RM 1-50 SELITER















Langkah yang diambil oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan menurunkan harga minyak petrol sehingga RM 1.80 sen seliter 16 Disember lalu, masih tidak bertepatan dengan harga sepatutnya yang perlu dibayar oleh orang ramai berbanding harga minyak dunia masa kini.

Sehubungan itu, langkah yang diambil oleh kerajaan BN itu masih tetap kelihatan oleh pelbagai pihak sebagai satu langkah yang tidak melambangkan keikhlasan kerajaan kepada rakyat, malah bertujuan untuk menutup mulut rakyat dari terus bersuara dalam hal itu.

Realiti itu boleh dilihat dengan jelas oleh orang ramai bermula dengan keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional menaikkan harga minyak dengan sebegitu tinggi sehingga RM 2.70 seliter selepas Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu.

Keputusan yang dibuat oleh kerajaan BN menaikkan harga minyak selepas PRU ke-12 itu ternyata bukanlah satu keputusan yang tepat. Lebih-lebih lagi apabila kenaikan itu dilakukan ke peringkat yang sebegitu tinggi.

Ekoran kenaikkan harga minyak, peniaga turut mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan keperluan harian. Ini menyebabkan rakyat terbeban dan hidup terhimpit dengan kos hidup yang tinggi. Kerajaan BN patut faham pekara ini.

Sehubungan itu, pihak pembangkang telah pun mengajukan beberapa cadangan kepada kerajaan BN supaya mengkaji semula pekara itu agar harga minyak diturunkan kembali. Namun kerajaan BN tetap tidak juga mengadakan perbincangan dengan rakyat atau pemimpin-pemimpin rakyat untuk menurunkan harga minyak.

Setelah rakyat bising dan desakan demi desakan dilakukan, kebetulan pula harga minyak dunia sekarang semakin turun, barulah kerajaan BN menururnkan harga minyak mulai Ogos lalu sebanyak 15 sen setiap kali diturukan sehingga enam kali dan 10 sen pada 16 Disember lalu.

Kini, harga minyak dunia telah jatuh ke paras yang cukup rendah sehingga di bawah $US 50 setong. Pakar-pakar ekonomi di tanahair merumuskan, dengan harga minyak dunia serendah itu, harga minyak petrol di negara kita kini boleh dijual kepada orang ramai degan harga serendah RM 1.50 seliter.

Sekiranya harga minyak di negara kita dijual dengan harga serendah RM 1.50 seliter, kerajaan masih tidak menanggung sebarang beban. Malah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahril Samad sendiri secara terbuka menjelaskan, kerajaan BN kini sudah tidak lagi memberkan sebarang subsidi minyak kepada rakyat.

Sebaliknya, kini rakyat pula yang membayar cukai kepada kerajaan hasil dari penjualan minyak RM 1.80 sen seliter kepada orang ramai yang sebenarnya ternyata masih lagi tinggi berbanding harga minyak semasa dunia yang kini sudah sebegitu rendah. Jadi berdasarkan keadaan itu, di manakah keikhlasan kerajaan BN terhadap rakyat?. Ternyata, penurunan harga minyak yang dilakukan oleh kerajaan BN itu hanyalah untuk menutup mulut rakyat. Sama-samalah kita fikirkan..



Jumaat, 19 Disember 2008

AMK PARIT SULONG GEMPUR SRI MEDAN



Sekali lagi Angkatan Muda Keadilan Bahagian Parit Sulong telah berjaya mengadakan pentas anak muda dan kali ini telah diadakan pada 12-12-08 jam 9-00 malam bertempat di Sri Medan Batu Pahat, Johor. AMK telah menjemput Y.B Nik Nazmi Nik Ahmad Adun Sri Setia & Setiausaha Politik MB Selangor sebagai pidato. DI dalam pidatonya Y.B Nik Nazmi Nik Ahmad telah menyampaikan isu-isu politik yang terkini yang sedang berlaku di Malaysia. Y.B Nik Nazmi Nik Ahmad juga telah menyampaikan isu-isu yang berlaku di selangor dan memberi tahu kemudahan-kemudahan dan apa juga bantuan yang telah diberikan kepada seluruh rakyat selangor yang berkelayakan tanpa mengira bangsa, ugama dan politik sejak ianya diperintah oleh Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Keadilan, Pas dan Dap.

Walaupun kawasan sri medan adalah salah satu kawasan kubu kuat Umno / BN di Johor namun kehadiran daripada penduduk-penduduk berdekataan sri medan seperti parit yani, parit sulong dan peserai amat menggalakkan, bagi kehadiran daripada penduduk-penduduk sri medan sendiri turut tidak menghampakan, ini membutikan bahawa sokongan yang diberikan kepada Pakatan Rakyat bertambah untuh dan teguh dariapda masyarakat di sini, keseluruhan kehadiran pada malam itu lebih kurang 250 orang. Pada malam tersebut yang turut memberi pidato ialah Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat Bahagian Parit Sulong saudara Hasmi Hashim dan Setiausaha Angkatan Muda Keadilan Bahagian Parit Sulong saudara Mohd Zamir Missran.