Selasa, 23 Disember 2008

HARGA PETROL SEPATUTNYA RM 1-50 SELITER















Langkah yang diambil oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan menurunkan harga minyak petrol sehingga RM 1.80 sen seliter 16 Disember lalu, masih tidak bertepatan dengan harga sepatutnya yang perlu dibayar oleh orang ramai berbanding harga minyak dunia masa kini.

Sehubungan itu, langkah yang diambil oleh kerajaan BN itu masih tetap kelihatan oleh pelbagai pihak sebagai satu langkah yang tidak melambangkan keikhlasan kerajaan kepada rakyat, malah bertujuan untuk menutup mulut rakyat dari terus bersuara dalam hal itu.

Realiti itu boleh dilihat dengan jelas oleh orang ramai bermula dengan keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional menaikkan harga minyak dengan sebegitu tinggi sehingga RM 2.70 seliter selepas Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu.

Keputusan yang dibuat oleh kerajaan BN menaikkan harga minyak selepas PRU ke-12 itu ternyata bukanlah satu keputusan yang tepat. Lebih-lebih lagi apabila kenaikan itu dilakukan ke peringkat yang sebegitu tinggi.

Ekoran kenaikkan harga minyak, peniaga turut mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan keperluan harian. Ini menyebabkan rakyat terbeban dan hidup terhimpit dengan kos hidup yang tinggi. Kerajaan BN patut faham pekara ini.

Sehubungan itu, pihak pembangkang telah pun mengajukan beberapa cadangan kepada kerajaan BN supaya mengkaji semula pekara itu agar harga minyak diturunkan kembali. Namun kerajaan BN tetap tidak juga mengadakan perbincangan dengan rakyat atau pemimpin-pemimpin rakyat untuk menurunkan harga minyak.

Setelah rakyat bising dan desakan demi desakan dilakukan, kebetulan pula harga minyak dunia sekarang semakin turun, barulah kerajaan BN menururnkan harga minyak mulai Ogos lalu sebanyak 15 sen setiap kali diturukan sehingga enam kali dan 10 sen pada 16 Disember lalu.

Kini, harga minyak dunia telah jatuh ke paras yang cukup rendah sehingga di bawah $US 50 setong. Pakar-pakar ekonomi di tanahair merumuskan, dengan harga minyak dunia serendah itu, harga minyak petrol di negara kita kini boleh dijual kepada orang ramai degan harga serendah RM 1.50 seliter.

Sekiranya harga minyak di negara kita dijual dengan harga serendah RM 1.50 seliter, kerajaan masih tidak menanggung sebarang beban. Malah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahril Samad sendiri secara terbuka menjelaskan, kerajaan BN kini sudah tidak lagi memberkan sebarang subsidi minyak kepada rakyat.

Sebaliknya, kini rakyat pula yang membayar cukai kepada kerajaan hasil dari penjualan minyak RM 1.80 sen seliter kepada orang ramai yang sebenarnya ternyata masih lagi tinggi berbanding harga minyak semasa dunia yang kini sudah sebegitu rendah. Jadi berdasarkan keadaan itu, di manakah keikhlasan kerajaan BN terhadap rakyat?. Ternyata, penurunan harga minyak yang dilakukan oleh kerajaan BN itu hanyalah untuk menutup mulut rakyat. Sama-samalah kita fikirkan..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan