Jumaat, 26 Disember 2008

TOLONGLAH FAHAMKAN PEKARA INI!



Baru-baru ini saya telah berjumpa dengan seorang kawan dan beliau adalah seorang pengundi atas pagar yang mana motto mereka adalah "aku malas nak fikir pasal politik ni". Saya difahamkan tanggapan golongan ini terhadap Parti KeADILan Rakyat amatlah mengecewakan. Mereka telah dimomokkan oleh sesetengah pihak dimana apabila Pakatan Rakyat memerintah Malaysia, orang Melayu akan terpinggir. Adakah ini benar?

Kebanyakan orang Melayu tidak mengambil kisah mengenai perkembangan politik tanahair kecuali mereka yang terbuka mindanya dan golongan tidak mengambil kisah ini cukup malas untuk memikirkan masalah-masalah yang melanda kaum mereka sendiri. Asalkan mereka dapat hidup dah la, itulah perkataan yang acap kali saya dengar dari mulut mereka apabila diajak bercerita tentang politik dan sekarang ini mereka mengaku risau tentang perkembangan politik di Malaysia. Apa yang mereka risaukan?

Saya bukanlah seorang yang mengamalkan perkauman dan saya juga amat mengambil berat tentang orang-orang Melayu. Akan tetapi kita tidak boleh menafikan kewujudan lain-lain kaum di negara kita. Saya bersama-sama rakan seperjuangan dalam Parti KeADILan Rakyat seboleh-boleh cuba untuk membetulkan tanggapan yang salah dan berunsur perkauman terhadap Pakatan Rakyat terutama Parti KeADILan Rakyat. Parti KeADILan Rakyat berjuang berasaskan matlamat untuk memperjuangkan keadilan dalam semua segi untuk semua golongan rakyat tanpa melanggar perlembagaan Malaysia yang telah dipersetujui oleh semua kaum sejak merdeka.

Pakatan Rakyat sedaya upaya membawa suara rakyat ke dalam parlimen yang selama ini diabaikan. Namun setelah berlakunya tsunami politik timbul pula persoalan orang Melayu terpinggir. Apakah selama ini orang melayu tidak terpinggir? Hakikat sebenarnya bukanlah orang melayu yang terpinggir sebenarnya UMNO/BNlah yang dipinggirkan rakyat yang inginkan perubahan dan lihatlah di lima negeri yang diperintah oleh parti-parti dari Pakatan Rakyat dimana rakyat lebih terbela. Seandainya media massa tidak dikongkong, sudah pasti rakyat seMalaysia dapat membezakan kebenaran dan kepalsuan.

Hak-hak rakyat telah dikembalikan dengan seadilnya di kelima-lima negeri ini dan jeritan suara mereka telah dibawa ke parlimen oleh Pakatan Rakyat. Kita di negeri-negeri yang masih lagi diperintah oleh Barisan Nasional cubalah membuka minda dan mengkaji mengenai keadaan kita sekarang. Adakah kita mendapat hak-hak kita kembali seperti rakyat di lima negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat? Jangan hanya oleh kerana orang tua kita menyokong Barisan Nasional, kita juga mesti berbuat begitu tanpa memikirkan realiti kehidupan kita sekarang.

Inilah kesilapan yang selalu orang Melayu lakukan. Oleh itu marilah kita bersama-sama membuat perubahan dalam menentukan arah tuju Malaysia yang tercinta ini. Laksanakan hak kita dengan bijak dan bukan kerana telah dibayar RM10 ataupun RM50. Kajilah dengan sedalam-dalamnya dalam memilih pemimpin yang akan memperjuangkan nasib kita. Gunakanlah otak kita semaksimumnya dalam hal ini dan anda semua akan dapati kebenarannya.

Diakhir kata janganlah kita menjadi katak dalam tempurung kerana tindakan kita itu bukan hanya merugikan kita malah negara kita yang tercinta ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan