Rabu, 20 Oktober 2010

3 PROJEK UTAMA GAGAL KERANA KRONISME



















KUALA LUMPUR, 20 Okt: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak melaksanakan transformasi ekonomi seperti yang diwar-warkan sebaliknya masih mengamalkan kronisme dan rasuah dalam pentadbiran.

Ini terbukti dengan pendedahan ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengenai tiga projek yang mengalami kegagalan dalam kepada kroni Umno BN mengaut keuntungan.

Tiga projek berkenaan ialah pembinaan Hospital Shah Alam, Institut Kanser Negara dan pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 2 dari Jabor ke Gemuruh, Terengganu.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang sebelum ini mendedahkan mengenai penyelewengan dalam projek berkenaan memberitahu, Umno BN masih menyerahkan pembinaan hospital itu kepada syarikat kroni walaupun subkontraktor sedia ada, GM Health Sdn Bhd bersedia memberikan diskaun RM3 juta serta menjamin hospital disiapkan dalam tempoh yang lebih awal.

"Ini adalah kontraktor Bumiputera kelas A tetapi ditamatkan kontraknya oleh kontraktor utama, Sunshine Fleet kerana pertikaian berhubung pembayaran progresif. Lalu GM Health menawarkan kepada kerajaan untuk meneruskan projek ini dengan diskaun RM3 juta dan sanggup menyiapkan projek dalam tempoh 18 bulan.

"Walaupun syarikat itu telah membayar komisen kepada Sunshine Fleet tetapi ia masih sanggup untuk menerukan projek tersebut," kata beliau dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Sementara itu, Saifuddin Nasution (PKR-Machang) pula mendedahkan, kos pembinaan Institut Kanser Negara meningkat dua kali ganda daripada tawaran asal RM340 juta kepada RM690 juta.

Ini berlaku kerana Umno BN masih mengamalkan budaya kronisme dan 'untung atas angin' (rent seeking) walaupun menjanjikan kepada rakyat pendekatan tender secara terbuka akan diamalkan dalam Model Ekonomi Baru.

Menurut Saifuddin, acara pecah tanah telah dilakukan oleh Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 9 Januari 2007 di Putrajaya dan menjadi sebahagian daripada projek dalam Rancangan Malaysia Ke-9.

Projek tersebut yang merupakan inisiatif kerajaan untuk pesakit kanser dijangka siap dalam tempoh 30 bulan.

"Pada 10 Mac 2009, Timbalan Menteri Kesihatan pada waktu itu, Datuk Dr Latiff Ahmad menyebut kerajaan berada di tahap akhir untuk membina institut tersebut dengan kos sebanyak RM700 juta.

"Ertinya, selepas 24 bulan diumumkan, harganya sudah pun meningkat 100%," ujar beliau.
Menurut Saifuddin, pihaknya telah melakukan siasatan dan mendapati projek itu telah diberikan kepada Kiara Teratai Sdn Bhd dan dalam penyata akaun tahunan syarikat tersebut pada tahun 2009 mengesahkan ia telah memperolehi surat tawaran untuk membina institut pada Januari 2008.

Satu lagi projek yang menjadi mangsa salah laku Umno BN iaitu pembinaan Lebuh raya Pantai Timur (LPT) 2 apabila dua pakej projek pembinaan bernilai RM59.2 juta gagal disiapkan oleh sebuah syarikat yang dimiliki oleh seorang ahli jawatankuasa Umno Hulu Terengganu.

Abdul Wahid Endut (PAS-Kuala Terengganu) dalam sidang media sama berkata, syarikat kepunyaaan kroni Umno itu hanya menyiapkan 15.1 peratus sahaja Pakej 9B yang diberi dalam tempoh lebih dua tahun sejak 2007.

"Apa yang syarikat ini berminat ialah menebang semua balak di dalam kawasan pembinaan lebuh raya itu dan menjualnya untuk keuntungan mereka.

"Apabila projek terbengkalai kerajaan sekali lagi membuka tender dan serahkan kepada satu lagi syarikat kroni dengan kenaikan kos pembinaan sebanyak 20 peratus," kata Abdul Wahid
Tambah beliau, sehingga Jun LPT2 yang bermula dari Jabor di Terengganu hingga Temerloh di Pahang hanya siap 70.4 peratus berbanding 82 peratus dalam perancangan awal.

"Sebab lambat ialah kerana kerajaan memberi projek secara rundingan terus dan kemudiannya syarikat berkenaan meninggalkan projek,” ujarnya. Katanya, LPT2 membabitkan kos yang tinggi iaitu RM3.7 bilion dan lebih 50 peratus kosnya datang daripada dana khas negeri Terengganu.

Projek itu, ujarnya mempunyai 17 pakej dan dua daripadanya diberi kepada sebuah syarikat, Arah Jitu Sdn Bhd milik AJK Umno Hulu Terengganu.

“Beliau diberi Pakej 9B dan Pakej 8. Di Terengganu, Umno selalu beri projek kepada OKU, bukan orang kurang upaya tapi 'Orang Kuat Umno'," ujar beliau.

Isnin, 4 Oktober 2010

AZMIN PERTAHAN GOMBAK, PADANG SERAI MILIK GOBALAKRISHNAN, TAN SRI KHALID MENANG BERGAYA DI KUALA SELANGOR,


PETALING JAYA: Calon kegemaran untuk jawatan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hari ini berjaya mempertahankan pengaruhnya di cabang Gombak apabila mendapat undian majoriti untuk jawatan ketua cabang.

Keputusan rasmi kira-kira 10 malam tadi memutuskan Azmin yang juga ahli parlimen kawasan tersebut memperoleh 324 undi, manakala pencabar tunggalnya Bakar Ninggal hanya mendapat 60 undi.

Di Kedah pula, perebutan tiga penjuru bagi jawatan ketua cabang Pedang Serai terjawab apabila ahli parlimennya, N Gobalakrishnan berjaya memenangi pertaruhan tersebut setelah dua minggu tertangguh akibat masalah 'teknikal'.

Menurut Gobalakrishnan ketika dihubungi, beliau berjaya memperolehi undi sebanyak 412 undi berbanding pencabarnya Shamsul Anuar Abdullah yang hanya mendapat 217 undi. Manakala calon ketiga V Sandrasekharan mendapat hanya 159 undi.

Kemenangan itu sekaligus memberikan nafas baru kepada cabang Padang Serai setelah penyandang ketua cabang terdahulu yang dikenali sebagai 'Cikgu Hamid' bertindak keluar PKR dan menyertai Umno pada tahun lalu.

Sementara itu, pengerusi tetap yang juga calon Naib Presiden Yahya Sahri mendapat mandat daripada akar umbi untuk menerajui cabang Tanjong Karang apabila diumumkan menang tanpa bertanding.

Berlainan pula bagi nasib Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban Raveentharan Subramaniam apabila tewas kepada peguam Lim Boo Chang yang menyapu bersih undian bagi jawatan ketua cabang Bukit Gelugor.

Di cabang Ampang, sumber dalaman parti menjangkakan kemenangan besar bagi Ketua Wanita PKR Pusat yang juga ahli parlimen kawasan tersebut Zuraida Kamaruddin berikutan kemenangan barisan pasukannya merebut jawatan Ketua Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) cabang.

Keputusan seri di Pandan
Di cabang Pandan pula, keadaan menjadi agak rumit apabila pengiraan undi antara Nik Md Zain Nik Mohamad dan Zakaria Abdul Rahim mendapati kedua-duanya mendapat undi yang sama dengan 105 undi bagi merebut jawatan ketua cabang.

Pengawas Jawatakuasa Pemilihan Pusat (JPP) Mohd Yusof Mohd Amin berkata, berikutan persamaan jumlah undi pihaknya telah menerima bantahan daripada kedua-dua pihak dan ini akan diputuskan oleh JPP kelak.

"Perkara ini adalah diluar jangkaan kerana jumlahnya tetap sama walaupun pihak kami sudah melakukan pengiraan undi semula," katanya ketika dihubungi.

Di Sarawak, mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) di cabang Sarikei, Sibu, Selangau, serta Kanowit dilaporkan berjalan dengan lancar pada hari ini.

Namun MATC terpaksa ditangguhkan di Sibuti kerana bilangan keahlian yang tidak mencukupi, dan cabang Baram akibat ketiadaan pengawas JPP kerana dikatakan 'sibuk dengan persiapan Konvensyen Nasional November ini'.

Timbalan Presiden: Azmin 'berpengaruh' di Selangor
Peluang Azmin merebut jawatan Timbalan Presiden PKR semakin cerah apabila enam daripada lapan cabang di Selangor yang bermesyuarat hari ini mencalonkan beliau untuk jawatan tersebut.

Menariknya, di cabang Ampang wujudnya pertandingan untuk pencalonan jawatan timbalan presiden apabila Azmin menang besar sebanyak 164 undi mengalahkan pesaingnya Khalid Ibrahim yang hanya mendapat 43 undi.

Manakala pencabar terdekatnya Zaid Ibrahim tidak mendapat sebarang pencalonan bagi timbalan presiden di Selangor, namun masih mendapat sokongan di cabang Padang Serai, Bukit Gelugor dan Gelang Patah.

Zaid turut mendapat pencalonan ketiga bagi jawatan presiden di Pontian walaupun beliau hanya berminat untuk bertanding timbalan presiden.

Di bawah merupakan pencalonan terkini yang diterima di setiap cabang yang bermesyuarat hari ini:

SELANGOR:
Tanjong Karang
Presiden: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Timbalan: Azmin Ali
Naib Presiden: Yahya Sahri, Nurul Izzah Anwar, Suresh Kumar, Dr Xavier Jeyakumar
Ketua Cabang: Yahya Sahri (menang tanpa bertanding)

Kuala Selangor
Presiden: Datuk Seri Anwar Ibrahim
Timbalan: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Naib Presiden: Tan Sri Khalid Ibrahim, Azmin Ali, Suresh Kumar, Mustafa Kamil Ayub

Selayang
Presiden: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Timbalan: Azmin Ali
Naib Presiden: Tian Chua, Fuziah Salleh, Lee Boon Chye, Yahya Sahri

Gombak
Presiden: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Timbalan: Azmin Ali
Naib Presiden: Mansor Osman, Dr Lee Boon Chye, Dr Xavier Jeyakumar, Baru Bian

Ampang
Presiden: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Timbalan: Azmin Ali (164) Khalid (43)
Naib Presiden: Shamsul Iskandar, Fuziah Salleh, Abdullah Sani, Yusmadi Yusoff

Hulu Langat
Presiden: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Timbalan: Azmin Ali
Naib Presiden: Dr Xavier Jeyakumar, S Manikavasagam, R Sivarasa, Tan Sri Khalid Ibrahim

Serdang
Presiden: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Timbalan: Azmin Ali
Naib Presiden: Nurul Izzah Anwar, R Sivarasa, Mustaffa Kamil Ayub, Shamsul Iskandar

Pandan
Presiden: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Timbalan: Mustaffa Kamil Ayub
Naib Presiden: Tian Chua, Nurul Izzah Anwar, Tan Sri Khalid Ibrahim, R Sivarasa

KEDAH:
Padang Serai
Presiden: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Timbalan: Datuk Zaid Ibrahim
Naib Presiden: N Gobalakrishnan, Datuk Dr Jeffrey Kittingan, Mustaffa Kamil Ayub, Nurul Izzah Anwar
Ketua Cabang: N Gobalakrishnan

PULAU PINANG:
Bukit Gelugor
Presiden: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Timbalan: Datuk Zaid Ibrahim
Naib Presiden: Mansor Othman, Azmin Ali, Nurul Izzah Anwar
Ketua Cabang: Lim Boo Chang

JOHOR:
Gelang Patah
Presiden: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Timbalan: Datuk Zaid Ibrahim
Naib Presiden: Shamsul Iskandar Mohd Akin, Fuziah Salleh, Datuk Dr Chua Jui Meng, Nurul Izzah Anwar

Kulai
Presiden: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Timbalan: Azmin Ali
Naib Presiden: Datuk Zaid Ibrahim, Tian Chua, Saiman Marzuki, S Manikavasagam

Pontian
Presiden: Datuk Zaid Ibrahim
Timbalan: Azmin Ali
Naib Presiden: Fuziah Salleh, Mustaffa Kamil Ayub, Dr Lee Boon Chye, Saiman Marzuki

SARAWAK:
Sibu - tiada pencalonan untuk jawatan Pusat
Sibuti- tangguh
Baram- tangguh