Jumaat, 26 Disember 2008

TOLONGLAH FAHAMKAN PEKARA INI!



Baru-baru ini saya telah berjumpa dengan seorang kawan dan beliau adalah seorang pengundi atas pagar yang mana motto mereka adalah "aku malas nak fikir pasal politik ni". Saya difahamkan tanggapan golongan ini terhadap Parti KeADILan Rakyat amatlah mengecewakan. Mereka telah dimomokkan oleh sesetengah pihak dimana apabila Pakatan Rakyat memerintah Malaysia, orang Melayu akan terpinggir. Adakah ini benar?

Kebanyakan orang Melayu tidak mengambil kisah mengenai perkembangan politik tanahair kecuali mereka yang terbuka mindanya dan golongan tidak mengambil kisah ini cukup malas untuk memikirkan masalah-masalah yang melanda kaum mereka sendiri. Asalkan mereka dapat hidup dah la, itulah perkataan yang acap kali saya dengar dari mulut mereka apabila diajak bercerita tentang politik dan sekarang ini mereka mengaku risau tentang perkembangan politik di Malaysia. Apa yang mereka risaukan?

Saya bukanlah seorang yang mengamalkan perkauman dan saya juga amat mengambil berat tentang orang-orang Melayu. Akan tetapi kita tidak boleh menafikan kewujudan lain-lain kaum di negara kita. Saya bersama-sama rakan seperjuangan dalam Parti KeADILan Rakyat seboleh-boleh cuba untuk membetulkan tanggapan yang salah dan berunsur perkauman terhadap Pakatan Rakyat terutama Parti KeADILan Rakyat. Parti KeADILan Rakyat berjuang berasaskan matlamat untuk memperjuangkan keadilan dalam semua segi untuk semua golongan rakyat tanpa melanggar perlembagaan Malaysia yang telah dipersetujui oleh semua kaum sejak merdeka.

Pakatan Rakyat sedaya upaya membawa suara rakyat ke dalam parlimen yang selama ini diabaikan. Namun setelah berlakunya tsunami politik timbul pula persoalan orang Melayu terpinggir. Apakah selama ini orang melayu tidak terpinggir? Hakikat sebenarnya bukanlah orang melayu yang terpinggir sebenarnya UMNO/BNlah yang dipinggirkan rakyat yang inginkan perubahan dan lihatlah di lima negeri yang diperintah oleh parti-parti dari Pakatan Rakyat dimana rakyat lebih terbela. Seandainya media massa tidak dikongkong, sudah pasti rakyat seMalaysia dapat membezakan kebenaran dan kepalsuan.

Hak-hak rakyat telah dikembalikan dengan seadilnya di kelima-lima negeri ini dan jeritan suara mereka telah dibawa ke parlimen oleh Pakatan Rakyat. Kita di negeri-negeri yang masih lagi diperintah oleh Barisan Nasional cubalah membuka minda dan mengkaji mengenai keadaan kita sekarang. Adakah kita mendapat hak-hak kita kembali seperti rakyat di lima negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat? Jangan hanya oleh kerana orang tua kita menyokong Barisan Nasional, kita juga mesti berbuat begitu tanpa memikirkan realiti kehidupan kita sekarang.

Inilah kesilapan yang selalu orang Melayu lakukan. Oleh itu marilah kita bersama-sama membuat perubahan dalam menentukan arah tuju Malaysia yang tercinta ini. Laksanakan hak kita dengan bijak dan bukan kerana telah dibayar RM10 ataupun RM50. Kajilah dengan sedalam-dalamnya dalam memilih pemimpin yang akan memperjuangkan nasib kita. Gunakanlah otak kita semaksimumnya dalam hal ini dan anda semua akan dapati kebenarannya.

Diakhir kata janganlah kita menjadi katak dalam tempurung kerana tindakan kita itu bukan hanya merugikan kita malah negara kita yang tercinta ini.

Selasa, 23 Disember 2008

HARGA PETROL SEPATUTNYA RM 1-50 SELITER















Langkah yang diambil oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan menurunkan harga minyak petrol sehingga RM 1.80 sen seliter 16 Disember lalu, masih tidak bertepatan dengan harga sepatutnya yang perlu dibayar oleh orang ramai berbanding harga minyak dunia masa kini.

Sehubungan itu, langkah yang diambil oleh kerajaan BN itu masih tetap kelihatan oleh pelbagai pihak sebagai satu langkah yang tidak melambangkan keikhlasan kerajaan kepada rakyat, malah bertujuan untuk menutup mulut rakyat dari terus bersuara dalam hal itu.

Realiti itu boleh dilihat dengan jelas oleh orang ramai bermula dengan keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional menaikkan harga minyak dengan sebegitu tinggi sehingga RM 2.70 seliter selepas Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu.

Keputusan yang dibuat oleh kerajaan BN menaikkan harga minyak selepas PRU ke-12 itu ternyata bukanlah satu keputusan yang tepat. Lebih-lebih lagi apabila kenaikan itu dilakukan ke peringkat yang sebegitu tinggi.

Ekoran kenaikkan harga minyak, peniaga turut mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan keperluan harian. Ini menyebabkan rakyat terbeban dan hidup terhimpit dengan kos hidup yang tinggi. Kerajaan BN patut faham pekara ini.

Sehubungan itu, pihak pembangkang telah pun mengajukan beberapa cadangan kepada kerajaan BN supaya mengkaji semula pekara itu agar harga minyak diturunkan kembali. Namun kerajaan BN tetap tidak juga mengadakan perbincangan dengan rakyat atau pemimpin-pemimpin rakyat untuk menurunkan harga minyak.

Setelah rakyat bising dan desakan demi desakan dilakukan, kebetulan pula harga minyak dunia sekarang semakin turun, barulah kerajaan BN menururnkan harga minyak mulai Ogos lalu sebanyak 15 sen setiap kali diturukan sehingga enam kali dan 10 sen pada 16 Disember lalu.

Kini, harga minyak dunia telah jatuh ke paras yang cukup rendah sehingga di bawah $US 50 setong. Pakar-pakar ekonomi di tanahair merumuskan, dengan harga minyak dunia serendah itu, harga minyak petrol di negara kita kini boleh dijual kepada orang ramai degan harga serendah RM 1.50 seliter.

Sekiranya harga minyak di negara kita dijual dengan harga serendah RM 1.50 seliter, kerajaan masih tidak menanggung sebarang beban. Malah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahril Samad sendiri secara terbuka menjelaskan, kerajaan BN kini sudah tidak lagi memberkan sebarang subsidi minyak kepada rakyat.

Sebaliknya, kini rakyat pula yang membayar cukai kepada kerajaan hasil dari penjualan minyak RM 1.80 sen seliter kepada orang ramai yang sebenarnya ternyata masih lagi tinggi berbanding harga minyak semasa dunia yang kini sudah sebegitu rendah. Jadi berdasarkan keadaan itu, di manakah keikhlasan kerajaan BN terhadap rakyat?. Ternyata, penurunan harga minyak yang dilakukan oleh kerajaan BN itu hanyalah untuk menutup mulut rakyat. Sama-samalah kita fikirkan..



Isnin, 22 Disember 2008

KUASA HIJRAH KUASA UNTUK BERUBAH.


Seminggu lagi umat islam di seluruh dunia akan menyambut Maal Hijrah. Hari yang mulia ini telah disambut oleh rakyat di Malaysia sejak bertahun lamanya akan tetapi adakah kita benar-benar faham akan maksud Maal Hijrah?. Hijrah bermula dari peristiwa perpindahan umat Islam dari Mekah ke Madinah dipimpin oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Peristiwa ini terjadi apabila tindakan Rasulullah untuk menyebarkan ajaran agama Islam mendapat tentangan daripada kaum Arab Quraisy lalu Baginda dan pengikut-pengikutnya berhijrah ke Madinah(Yathrib) dalam usaha untuk menyebarkan agama Islam. Di Madinah, penghijrahan Baginda mendapat sambutan yang menggalakkan oleh kaum Ansar dan di situlah berkembangnya agama Islam.

Namun di Parit Sulong kebanyakan masyarakat Islam seolah-olah takut untuk melakukan “penghijrahan”. Penghijrahan yang dimaksudkan ialah penghijrahan politik. Mereka takut untuk berhijrah dari UMNO yang selama ini menidakkan masyarakat di Parit Sulong berkata benar dalam menuntut hak seadilnya. Mereka lebih rela untuk duduk diam membisu dan terus membiarkan ketidakadilan berlaku di depan mata mereka. Masyarakat di Parit Sulong beranggapan sekiranya mereka terlibat dalam menyokong pembangkang, mereka akan disisihkan dan hak mereka akan diabaikan.

Kami, Angkatan Muda KeADILan Bahagian Parit Sulong akan berusaha untuk meneruskan membawa janji-janji Dato’ Seri Anwar Ibrahim bahawa hak-hak semua masyarakat di Parit Sulong ditunaikan dengan seadilnya dan akan membawa perubahan yang lebih baik untuk masyarakat di Parit Sulong. Selaras dengan motto Parti KeADILan Rakyat, keadilan untuk semua. Dengan ini kami Angkatan Muda KeADILan Bahagian Parit Sulong berharap agar masyarakat di Parit Sulong supaya dapat membuka minda untuk menentukan hala tuju yang membawa kebaikan, membuka mata agar dapat membezakan pekara-pekara yang benar atau salah dan membuka hati dalam menilai jatidiri seseorang pemimpin untuk memimpin mereka ke arah yang lebih baik sesuai dengan maksud hijrah.

Selamat menyambut Maal Hijrah daripada Angkatan Muda KeADILan Bahagian Parit Sulong kepada semua masyarakat Islam di kawasan Parlimen Parit Sulong.

Jumaat, 19 Disember 2008

AMK PARIT SULONG GEMPUR SRI MEDAN



Sekali lagi Angkatan Muda Keadilan Bahagian Parit Sulong telah berjaya mengadakan pentas anak muda dan kali ini telah diadakan pada 12-12-08 jam 9-00 malam bertempat di Sri Medan Batu Pahat, Johor. AMK telah menjemput Y.B Nik Nazmi Nik Ahmad Adun Sri Setia & Setiausaha Politik MB Selangor sebagai pidato. DI dalam pidatonya Y.B Nik Nazmi Nik Ahmad telah menyampaikan isu-isu politik yang terkini yang sedang berlaku di Malaysia. Y.B Nik Nazmi Nik Ahmad juga telah menyampaikan isu-isu yang berlaku di selangor dan memberi tahu kemudahan-kemudahan dan apa juga bantuan yang telah diberikan kepada seluruh rakyat selangor yang berkelayakan tanpa mengira bangsa, ugama dan politik sejak ianya diperintah oleh Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Keadilan, Pas dan Dap.

Walaupun kawasan sri medan adalah salah satu kawasan kubu kuat Umno / BN di Johor namun kehadiran daripada penduduk-penduduk berdekataan sri medan seperti parit yani, parit sulong dan peserai amat menggalakkan, bagi kehadiran daripada penduduk-penduduk sri medan sendiri turut tidak menghampakan, ini membutikan bahawa sokongan yang diberikan kepada Pakatan Rakyat bertambah untuh dan teguh dariapda masyarakat di sini, keseluruhan kehadiran pada malam itu lebih kurang 250 orang. Pada malam tersebut yang turut memberi pidato ialah Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat Bahagian Parit Sulong saudara Hasmi Hashim dan Setiausaha Angkatan Muda Keadilan Bahagian Parit Sulong saudara Mohd Zamir Missran.

RASMINYA PERMULAAN PENCERAHAN













Tanggal 28 Disember 2008, bermulanya sejarah dicipta oleh anak muda Parit Sulong secara resminya melaungkan semboyan perjuangan ke arah harapan baru Malaysia. Bersaksikan stadium Melawati barisan anak muda ini berikrar untuk berada di barisan hadapan perjuangan. Guruh sabung menyambung, kilat berpancaran namun sekelumit gentar sekalipun diharamkan berdetik walau sesaat di jiwa barisan anak muda ini. Ibarat sebait rangkap lagu rasmi Parti Keadilan " membujur lalu melintang patah" demikianlah juga keazaman dan tekad api perjuangan mereka. Asas matlamat dan hala tuju mereka jelas berprinsipkan ayat suci Al Quran, "ISLAH" kearah kebaikan. Ramuan serasi tentunya idea pencerahan yang tidak pernah padam dari catatan sejarah peradaban dunia.
Ayuh! Sekelian anak muda, bersama mereka menjayakan agenda perubahan yang sudah dirobekkan mereka jalan kearah kejayaan dan kemenangan. Tidak minggu ini minggu depan, tidak bulan ini bulan depan, tidak tahun ini tahun depan, lawan tetap lawan! Lawan sampai menang!