Ahad, 14 Februari 2010

FITNAH DAN TOHMAH, MATLAMAT MENGHALALKAN CARA















Apa sahaja cara akan digunakan asalkan ianya memberikan keuntungan politik kepada Umno/BN. Lantaran itu media terus digunakan oleh Umno/BN untuk memfitnah dan mentohmah musuh politiknya walaupun jelas sekali tuduhan tersebut tidak berasas.

Mengapa tidak bertamadun sekali Umno/BN berpolitik?

Tidak ada langsung rasa bersalah samada dari segi Islam, demokrasi maupun etika kewartawanan. Semuanya dirempuh dan diterajang ke tepi tanpa rasa segan dan malu. Rasa malu kepada Allah langsung tidak diambil peduli, rasa malu kepada manusia dipandang sepi. Semuanya gara-gara mabuk dan tamakkan kuasa tidak mahu menerima kenyataan bahawa BN sudah dibenci rakyat.

Tidak cukup dengan diskriminasi yang dihadapkan kepada kerajaan-kerajaan negeri PR, mereka menggunakan apa juga ruang yang ada untuk menimbulkan persepsi negative rakyat kepada kerajaan PR.

Media terus dihamba abdikan dan diperkudakan untuk tujuan jahat ini. Pelbagai fitnah dan tohmah di hamburkan walaupun kekadang ianya tidak masuk akal langsung. Dosa pahala malu dan segan sudah tidak ada dalam kamus mereka.

Terbaru seperti yang dilaporkan Harakah, mereka menuduh kerajaan Pulau Pinang membatalkan program Sambutan Maulidur Rasul sedangkan program tersebut sejak awal-awal lagi dimasukkan dalam calendar program kerajaan negeri. Mengapa begitu bebal media dan tuannya menuduh dan memfitnah. Sedangkan rakyat tahu dan sedar bahawa program tersebut sudah pasti diadakan.

Saya berpendapat tujuan mereka memuatkan berita itu adalah untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri. Jadi selepas jika kerajaan negeri mengadakan program sambutan itu sudah media dan tuannya itu akan mendakwa sambutan itu diadakan semula selepas mendapat bantahan Umno/BN. Begitulah taktik mereka.

Harapan saya agar rakyat tidak muda tertipu dan terpedaya dengan tindakan kejam, biadap dan tidak bertamadun media pengampu Umno/BN dan tuannya ini.


Jumaat, 12 Februari 2010

100 AHLI KELUAR PARTI SATU PEMBOHONGAN



BANDAR TUN RAZAK- Parti Keadilan Rakyat menafikan bahawa 100 ahlinya keluar parti itu, dan menganggap ia adalah satu pembohongan.

Setiausaha Perhubungan PKR Wilayah Persekutuan, Azman Abidin berkata, pihaknya hanya dimaklumkan tiga orang sahaja yang keluar parti iaitu Norasidi Salim, Azmi Hassan dan Ishak Hamzah.

“Antara mereka hanya Norasidi yang mempunyai jawatan dan beliau telah menghantar surat peletakan jawatan kepada kami tengah hari semalam dengan alasan sebab peribadi,

“Mereka yang lain hanya ahli biasa termasuk Ishak Hamzah, dan beliau dahulunya hanya sempat berkhidmat selama tiga bulan sebagai Setiausaha Bahagian Bandar Tun Razak, tetapi telah melepaskan jawatannya tidak lama dahulu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Tambah beliau, Mohd Salleh Ibrahim juga bukan ahli PKR dan PKR sama sekali tidak tersentak dengan berita keluar parti ini kerana lebih ramai lagi ahli UMNO yang masuk PKR.

Beliau yang juga Ketua Cabang PKR Bandar Tun Razak berkata, isu keluar masuk parti ini adalah perkara biasa dalam politik, tidak perlu dibimbangkan kerana bukan isu keluar agama yang mana perlu dibimbangkan.

“Kami dalam PKR tidak menjanjikan intan belian kepada mereka yang masuk menyertai perjuangan kami,

“Tiada sebarang tawaran kedudukan atau projek kepada mereka yang menyertai kami, perjuangan kami adalah sama seperti dulu menegakkan keadilan dan nasib rakyat,” katanya. Azman ketika diminta mengulas mengenai dakwaan perselisihan pendapat dalam parti berkata, masalah itu satu perkara biasa dalam mencapai kesefahaman.

“Pakatan Rakyat baru dua tahun memenangi lima buah pentadbiran negeri dan sudah pasti ada perselisihan pendapat yang berlaku,

“Kami bukan seperti parti sebelum ini yang sudah sekian lama mentadbir negeri-negeri terbabit dan semestinya dalam tempoh dua tahun ini tidak semua kemahuan rakyat dapat ditunaikan,” katanya.

Sementara itu, Azman juga menafikan bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim dianggap terlalu elit sehingga melupakan tugas selaku wakil rakyat.

“Walaupun Tan Sri Khalid sibuk dengan urusan mentadbir negeri Selangor namun beliau mempunyai masa menjenguk rakyat di Bandar Tun Razak,

“Terbaru, minggu lalu Tan Sri Khalid turun ke Taman Connaught bermesra dengan masyarakat Cina sempena menyambut Tahun Baru Cina tidak lama lagi,” katanya yang juga merupakan Pegawai Peribadi kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.

Khamis, 11 Februari 2010

NURUL IZZAH KECAM KONSPIRASI JAHAT

KUALA LUMPUR : Berang dengan tindakan parti pemerintah yang tidak pernah berhenti-henti memberi tekanan ke atas keluarganya termasuk rakyat di negara ini, Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar mengecam Ketua Polis Negara dan Peguam Negara sebagai penjahat terbesar di negara ini.

"Sekitar 1999 dahulu, tidak pernah saya menyangka bahawa saya akan terpaksa berdepan dengan semua hal ini. Dengan tidak semena-mena, keluarga kami dan kita semua turut terjebak dengan amalan konspirasi jahat ini.

"Ketua Polis Negara jahat, Peguam Negara jahat! Kita semua, rakyat Malaysia mesti bersatu padu untuk menghalau mereka yang jahat!" kata beliau ketika menyampaikan ceramah ringkas di sini semalam.

Ceramah umum anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berlangsung hampir setiap malam bermula di jam 9 bertempat di ibu pejabat PKR, bertujuan mendedahkan segala perkembangan terkini berhubung isu fitnah ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nurul Izzah berkata, perjuangan parti pembangkang di negara ini bukan mengejar pangkat, dan harta kekayaan.

"Kita buang segala kesenangan. Dalam perjuangan ini, projek pun tak ada, peruntukan pun tak ada," kata beliau.

Selain itu, ibu muda itu turut menyentuh hal kelebihan PKR yang banyak dianggotai oleh anak-anak muda.

"Kita mesti rancakkan penglibatan anak-anak muda dalam berpolitik. Anak muda hari ini mesti segera bangkit dan dibangunkan kesedaran mereka untuk menceburi bidang politik. Kalau tunggu sampai mereka masuk universiti, lambat sangat.

"Walaupun anak saya baru saja berusian tujuh bulan, tapi saya akan pastikan dia akan menjadi ahli Keadilan. Saya kata pada dia (anak), 'sorry brother', 'you' sudah pun menjadi ahli keluarga ini. Secara tak langsung, 'you' dah jadi ahli Keadilan sekarang," katanya, disambut gelak ketawa hadirin

3 KATAK PERAS UGUT KERAJAAN PERAK KUDETA


BN dan Pakatan Rakyat masing-masing mempunyai 28 kerusi di DUN Perak manakala tiga lagi diduduki oleh tiga wakil 'bebas' yang memihak kepada BN.

"Kedudukan Zambry ternyata goyah dan dia terpaksa menurut apa sahaja kehendak tiga 'katak' berkenaan; hingga terpaksa memenuhi tuntutan kelengkapan rumah tangga mereka jika ingin meneruskan kuasa sehingga pilihan raya yang akan diadakan," kata Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Kerajaan Perak terpaksa memenuhi kehendak 3 ekor katak tersebut yang menyebabkian Perak terdedah kepada risiko dan menjadi lemah kerana kuasa sebenar berada di tangan pemeras ugut 3 katak tersebut.

Dua daripada katak tersebut sedang menghadapi tuduhan rasuah yang sengaja dilambat-lambatkan perbicaraannya dan ini meletakan kerajaan Perak bukan sahaja tidak stabil, malah kerajaan Perak yang ada ini tidak bermoral.

Nizar menggesa supaya UBN berani berhadapan dengan rakyat untuk menentukan siapakah yang mereka inginkan untuk mentadbir negeri Perak.

"Pilihan terbaik ialah mengumumkan pilihan raya kecil bagi ketiga-tiga kerusi berkenaan (Jelapang, Changkat Jering dan Behrang) untuk memperkuatkan pegangan politiknya bagi mentadbir Perak," katanya lagi.

Rabu, 10 Februari 2010

SALAH GUNA KUASA & PECAH AMANAH

tun salleh abas






KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Salleh Abas mendakwa Kerajaan Persekutuan telah menyalahgunakan kuasa dengan mengarahkan bayaran royalti atau bayaran tunai tidak kepada kerajaan negeri Terengganu.

Menurut Tun Salleh, Kerajaan Persekutuan juga telah melakukan pecah amanah kerana telah membelanjakan wang tersebut secara tidak telus dan tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada rakyat Terengganu yang dijanjikan terbela dan terjamin.

Tun Salleh mendedahkan perkara ini sewaktu diwawancara Harakah, bagi menjelaskan kemelut isu royalti petroliam yang membabitkan tuntutan Kelantan terhadap Kerajaan Pusat dewasa ini.

"Petronas pula telah melakukan pecah amanah terhadap perjanjian dengan kerajaan negeri Terengganu kerana tidak membayar royalti atau bayaran tunai seperti mana yang termaktub dalam perjanjian dengan Terengganu," tegas beliau.

Beliau menegaskan, bayaran tunai (cash payment) di bawah Akta Pembangunan Petroliam 1974 adalah bayaran yang ‘wajib’ dibuat oleh Petronas walau atas nama apa sekali pun, Royalti, Wang Ihsan atau Dana Khas.

"Wang tersebut tetap kepunyaan kerajaan negeri Terengganu kerana ia wajib dibayar di bawah Akta tersebut," tambah beliau yang juga bekas exco Terengganu sewaktu PAS memerintah Terengganu.

Beliau berkata, "seperti mana yang telah saya nyatakan sebelum ini, ‘wang ihsan’ adalah suatu pemberian yang tidak wajib di mana tiada pihak yang boleh dipertanggungjawabkan manakala, royalti adalah bayaran yang diwajibkan mengikut akta dan undang-undang."

Tun Salleh yakin wang royalti untuk negeri Terengganu (wang ihsan) ini tidak boleh dianggap sebagai hasil Kerajaan Persekutuan kerana sekiranya ia adalah hasil Kerajaan Persekutuan, ia mesti dibayar masuk ke dalam Dana Persekutuan Yang Disatukan (Federal Consolidated Fund).

"Keadaan di mana perbelanjaan dan pengeluaran hendaklah melalui Bajet dan Akta Bekalan (Supply Act). Ada kemungkinan besar, wang ini tidak dianggap sebagai hasil kerana ianya dibayar masuk ke dalam satu dana yang dinamakan Dana Khas yang diurus oleh Kerajaan Persekutuan," terang beliau.

Ini bermakna tegas beliau, wang ini sebagai wang teras (wang amanah) dan mesti dibayar mengikut cara amanah, jika tidak, nescaya berlakulah pecah amanah (breach of trust).

Katannya lagi, "kita juga tidak tahu adakah ianya diaudit oleh Ketua Audit Negara (Auditor General) dan adakah dengan cara ini, hasrat kerajaan Dr Mahathir Mohamad, semasa mengeluarkan kenyataan akhbar pada 5 September 2000 untuk membela rakyat Terengganu tercapai."

NAJIB CAKAP IKUT SEDAP MULUT














Najib Razak berkata dalam sistem mahkamah negara, semua pihak perlu akur dengan keputusan mahkamah tertinggi iaitu Mahkamah Persekutuan yang memutuskan kedudukan Dr. Zambry hari ini.

Katanya, inilah hakikat yang perlu diterima.

Menurutnya sudah sampai masanya kita memberi tumpuan kepada kepimpinan Dr. Zambry untuk menunjukkan kemampuan membela rakyat Perak dan membangunkan negeri.

Beliau juga berkata terserahlah bila sampai masanya, yakni bila Pilihan Raya Umum, rakyat boleh buat keputusan yang sebenarnya.

Ini yang hendak saya ulas.

Apakah Najib menyangka rakyat bodoh dan bengap macam sesetengah JKKK Umno di kampung-kampung. ?

Najib menyangka rakyat buta dan tidak ada maklumat?

Bukankah kerajaan PR pimpinan Nizar adalah kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya umum 2008, tetapi oleh kerana BN tidak dapat menerima kekalahan itu BN berusaha bermacam-macam cara untuk menidakkan mandat rakyat sehingga akhirnya ketiga-tiga manusia yang tidak bermaruah itu bertindak mengisytiharkan diri keluar dari PKR dan DAP, menyokong BN. Bukankah itu kerja BN?

Najib jangan sangka rakyat tidak tahu akan cerita sebenar hal tersebut.

Sama juga dengan negeri-negeri lain yang diperintah oleh PR. Berbagai usaha dirancang supaya kerajaan-kerajaan tersebut runtuh. Mengapa Najib tidak mengarahkan wakil-wakil rakyat BN supaya bekerjasama dengan kerajaan negeri PR bagi membangungkan negeri-negeri tersebut demi kepentingan rakyat.

Mengapa Najib tidak mengamalkan semangat 1Malaysia dengan negeri-negeri Pakatan Rakyat. Tanpa segan-silu wang royalti minyak dirompak ditukar dengan wang ehsan, peruntukan untuk ahli parlimen PR dinafikan, pelbagai diskriminasi dikenakan kepada kerajaan PR, JKKP dan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) ditubuhkan di negeri-negeri PR. Semua ini tidak menggambarkan semangat 1Malaysia. Tetapi di Perak Najib menyeru PR supaya bekerjasama dengan kerajaan BN Perak. Bukankah ini 'double standard' namanya.

KU LI DEDAH SURAT PERJANJIAN PETRONAS

Ku Li





KUALA LUMPUR: Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau tidak bersetuju royalti diganti dengan wang ihsan walaupun RM20 juta dijangka akan berikan kepada Kelantan bulan Mac ini.

“Tidak ada perjanjian lain, yang saya ’sign’ dan yang saya buat inilah dia! Tak ada yang lain dan ini yang kita pakai sekarang kalau dia (Petronas) ’sign’ kemudian hari perjanjian ini tidak laku la. Kalau ini tidak laku bermakna tidak sahlah Petronas itu,” tegas beliau.

Sambil mendedahkan surat perjanjian Petronas itu kepada media, Tengku Razaleigh tetap mempertahankan bahawa hanya ada satu perjanjian sahaja dan Petronas seharusnya mengikut syarat perjanjian itu iaitu memberi royalti kepada kerajaan negeri Kelantan.

Bekas menteri kewangan dan pengasas Petronas itu berkata, “kita ada perjanjian, kita ada undang-undang. Jadi kita kena ikut undang-undang yang terpakai. Kita tidak boleh ikut selera kita sahaja, undang-undang ini Parlimen yang luluskan.”

“Bukan perkara ini kita ambil tepi jalan, perjanjian ini Petronas dengan kerajaan negeri yang mewakili rakyat. Bukan perkara kecil. Tidak boleh hendak main-mainkan,” tegas beliau.

Beliau juga menegaskan bahawa Umno berhak untuk memecat beliau jika berhasrat untuk berbuat demikian berhubung pendiriannya dalam isu pertikaian Kelantan untuk mendapatkan royalti minyak.

“Mereka mempunyai segala hak untuk memutuskan apa yang mereka mahukan. Jika mereka minta saya keluar, saya akan keluar. Jika mereka minta saya kekal, saya akan (kekal),” kata beliau.

Ketika ditanya sesetengah pihak tersinggung ekoran teguran dan pendirian beliau yang tegas berulang kali dalam isu ini, Tengku Razaleigh berkata, “siapa yang makan cili dialah rasa pedas.”

Beliau hanya menjelaskan peruntukan dalam Akta Pembangunan Petroliam 1974 termasuk hak kerajaan negeri Kelantan. “Ia bukan pendirian saya. Saya tiada apa-apa kaitan dengannya,” kata beliau.

Oleh itu kata beliau, tujuan asal akta itu ialah memastikan negeri-negeri miskin di Malaysia menerima manfaat.

Nasihat beliau kepada Petronas ialah mematuhi peruntukan dalam perjanjian yang ditandatangani dengan negeri-negeri berkenaan. Awal bulan ini, Tengku Razaleigh berkata tindakan disiplin yang didesak sesetengah pihak dalam parti itu adalah tidak relevan dan
Umno boleh mengambil apa sahaja tindakan yang mereka inginkan.

“Apa sahaja (tindakan yang) mereka hendak lakukan ke atas saya adalah tidak relevan,” katanya.

NIZAR MASIH MB PERAK : KU LI






Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi menjadi Menteri Besar Perak sehinggalah beliau meletakkan jawaran atas kerelaannya sendiri, atau disingkirkan melalui usul undi tidak percaya pada persidangan Dewan Undangan Negeri, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

“Usul pada Dun sahaja yang boleh menyingkirkan Nizar daripada jawatan itu, selain itu tak kiralah berapa banyak majlis angkat sumpah, lompat melompat, sidang akhbar dan perisytiharan, atau apa jua iklan, paparan, sogokan atau tindakan dibuat ke atas persoalan ini tidak terpakai,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
“Perlembahaan tiada memperuntukkan kuasa untuk menyingkirkan Nizar dengan apa cara sekalipun, termasuk petisyen atau arahan daripada sesiapa juapun.”

Beliau juga berkata, sebuah kerajaan yang sah daripada segi perlembagaan adalah yang diberi mandat oleh rakyat dan hanya mandat itu yang menentukannya. Mandat rakyat kerana kerajaan yang ditubuhkan adalah berasaskan perlembagaan, yang mana ia dipilih melalui pilihan raya yang adil dan saksama.

“Untuk menguji mandat berkenaan maka kerajaan yang memerintah, mesti sama ada menyerahkan kembali kepada rakyat untuk menentukannya melalui pilihan raya negeri ataupun melalui usul undi tidak percaya pada persidangan dewan undangan negeri,’ kata Tengku Razaleigh.

Beliau berkata, untuk menyingkirkan dan menubuhkan kerajaan baru dengan kaedah ataupun cara selain itu adalah bererti melanggar Perlembagaan, melanggari undang-undang dan risiko menubuhkan sebuah kerajaan haram.

Ahad, 7 Februari 2010

PENDIRIAN KITA TERHADAP ISU LIWAT 2




Ramai bertanya kenapa saya kenapa sibuk-sibuk sokong Anwar, kenapa saya sibuk sangat menyatakan apa yang berlaku di dalam kes liwat ini sebagai satu konspirasi. Kenapa saya tak percaya sumpah Saiful di dalam isu liwat.Pendirian saya di dalam isu liwat 2 adalah jelas bahawa kita bukan menyatakan Datuk Seri Anwar itu bersih sebersihnya. Tetapi beliau termasuk di kalangan orang yang terkena zalim. Bermula dari isu liwat 1 pada tahun 1998, kita sudah dapat melihat ketidak-adilan di dalam melayani pihak tertuduh. Kita bangun dan tegak berdiri menentang ketidak-adilan dan kezaliman itu, seandainya tidak bererti kita mengakui dan meredhai ketidak-adilan dan kezaliman itu berlaku.Apa yang pernah diucapkan oleh Presiden PAS di dalam isu Anwar pada tahun 1999 perlu dijadikan bahan renungan dan ia merupakan satu penegasan pendirian.

Sempena Perbicaraan Kes Liwat DS Anwar Ibrahim

Sikap PAS Kes DS Anwar 1998


Soalan : Mengapakah PAS beria-ia benar mempertahankan DSAI, sedangkan beliau adalah manusia biasa dan tidak lari dari melakukan dosa seperti zina dan liwat.Apakah PAS mempunyai bukti kukuh bahawa sememangnya DSAI tidak melakukan kerja tersebut.

Jawapan:

PAS adalah Parti Islam,sandaranya mestilah mengikut ajaran Islam. PAS mestilah menghukum mengikut ajaran Islam. Perkara kemungkinan yang tersembunyi adalah bukan urusan kita. Ini berpandukan kepada Hadith Nabi SAW yang bermaksud:

"Sesungguhnya kami menghukum apa yang zahir,hanya Allah sahaja yang mengendalikan apa yang tersembunyi. Perkara yang tersembunyi kepunyaan Allah dan akan dibicarakan dihari akhirat"

Jadi disini kita hanya menghukum apa yang zahir sahaja. Mengikut kaedah hukum hudud, seseorang itu boleh disabitkan dengan kesalahan zina dan liwat dengan adanya ikrar secara sukarela secara rasmi dihadapan hakim, sebanyak 4 kali. Sabda Rasulullah SAW lagi:

"Hukum hudud di tolak sekiranya ada kekeliruan"

Ini bermakna bahawa pengakuan ikrar tersebut mestilah dengan kerelaan hati tanpa di paksa sebanyak 4 kali(mengikut mazahab hanafi). Didalam hal ini juga Islam lebih menggalakkan sesorang itu bertaubat dengan Allah kerana itu lebih afdal daripada ianya dijatuhkan hukuman didunia. Perkara ini berpandukan kepada hadith nabi SAW ketika peristiwa yang berlaku keatas Maiz bin Malik.:

Maiz bin Malik datang mengadap Rasulullah SAW dan berkata:"Hukumlah aku,kerana aku telah berzina"ketika itu Rasullah tidak mengambil perhatian keatas permintaan Maiz.Kemudian beliau datang lagi kepada Rasulullah dan mengatakan "Hukumlah aku,kerana aku telah berzina". Kemudian Rasullah bertanya adakah kamu mabuk atau gila? Sahabat mengatakan bahawa beliau tidaak mabuk atau gila. Selepas itu Azan asyar dilaungkan dan Maiz bin Malik bersolat asyar bersama Rasulullah. Selepas solat Asyar beliau datang lagi kepada Rasulullah dan berkata". Hukumlah aku kerana aku telah berzina". Rasulullah menjawab "Bukan kah kamu telah bersolat bersama-sama dengan ku tadi, mudah-mudahan kamu Allah mengampun dosa kamu. Beliau berkata "Ya,saya telah solat asyar tadi, tetapi, hukumlah saya kerana saya telah berzina" Kemudian Rasulullah bertanya "adakah kamu telah kawin?" Beliau menjawab "ya". Lalu Rasulullah menjatuhkan hukum rejam sampai mati kepada beliau. Ketika hukuman dijalankan beliau lari dan dikejar oleh para sahabat dan merejamnya hingga mati.

Apabila berita ini dikabarkan kepada Rasulullah SAW beliau murka dan berkata:

"mengapa kamu mengejar beliau, mungkin beliau bercadang untuk menarik balik pengakuanya"

Kesimpulannya disini, seseorang yang membuat pengakuan ikrar, kemudian ketika hukuman dijalankan dan pengakuan itu ditarik balik, maka hukumanya digugurkan. Hukum hudud terhadap kesalahan zina dan liwat boleh juga disabitkan dengan 4 orang saksi yang adil. Ini berpandukan Firman Allah di dalam surah An-Nur yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang menuduh perempuan(termasuk lelaki) zina atau liwat dan tidak boleh mendatangkan 4 saksi, maka orang yang menuduh itu dijatuhkan hukuman sebat sebanyak 80 kali. Dan jangan diterimaa orang yang menuduh ini sebagai saksi kerana mereka ini adalah orang yang fasik.

"Syarat-syarat sebagai saksi pula adalah seperti berikut:

1.Islam
2.Adil (tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan dengan dosa kecil serta tidak melakukan perkara yang menjatuhkan maruah)

3. Lelaki(dalam kes zina dan liwat orang perempuan tidak boleh menjadfi saksi)

4. Setiap saksi mestilah melihat perkara tersebut pada masa yang serentak.

Dalam kes zina dan liwat para ulamak bersepakat bahawa ujian DNA dan tayangan video adalah tidak boleh dijadikan sebagai bukti untuk mensabitkan kesalahan. Walaupan begitu ujian DNA di bolehkan untuk mengugurakan tuduhan.

Jelaslah dari hujjah diatas bahawa pertuduhan yang dilakukan terhadap DSAI tidak diselesaikan mengikut kaedah yang telah ditetapkan oleh Islam. Dan inilah hujjah yang menjuruskan PAS menetang kezaliman yang dilakukan terhadap DSAI, walaupun satu ketika dulu DSAI adalah musuh no.2 PAS..... ini berpandukan Firman Allah yang bermaksud:

"Janganlah dengan sebab kamu bermusuhan kepada sesuatu kaum maka kamu tidak berlaku adil. Berlaku adil lah kamu ,kerana itu lebih hampir kepada Taqwa"....Ingat-ingatlah....

Wallahua'lam.

sedutan dari jawapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ketika Majlis Dailog di Kg.Gelugor Kedai, Marang Terengganu-1999

Disitu keindahan dan keadilan Islam.

Rakyat terutama bukan-Islam dapat menyaksikan, tanpa menggunapakai hukum Islam, rupa-upanya sesuatu kes itu boleh dieksploitasikan untuk mewujudkan konspirasi.

Persoalan qazaf (empat orang saksi) apatah lagi untuk mendapatkan empat orang yang dipercayai - akhirnya menjadi bahan kajian kepada pemikir bukan-Islam dan akhirnya mereka memperakui Islam jauh lebih adil dan tidak mungkin dapat dikalahkan oleh undang-undang sekular yang boleh dimanipulasikan untuk pihak berkepentingan.
Segala-galanya dari Allah. Demikian juga kes liwat Anwar. Untuk mengajar manusia bahawa Islam itu agama kebenaran dan keadilan dan tiada yang lebih indah dan lebih baik dari "celupan" Allah. Celupan Allah tiada siapa yang boleh mengatasinya walaupun sekalian penduduk bumi berkonspirasi untuk melawannya.

"Celupan Allah. Dan siapakah yang lebih baik shibghah (celupan)nya dari pada Allah? Dan hanya kepada-Nya-lah kami menyembah." (QS. Al-Baqarah : 138)

Jumaat, 5 Februari 2010

PERAK: NIZAR KALAHKAN ZAMBRY



Terbukti Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terus mendapat sokongan dari rakyat negeri Perak 'mengalahkan' perampas kuasa, Zambry Abdul Kadir. Tinjauan terbaru Merdeka Centre ke atas 805 rakyat Perak yang terdiri dari 382 Melayu, 330 Cina dan 93 India menunjukkan 46 % menyokong Nizar, hanya 44 % menyatakan sokongan kepada Zambry.


Bagi kaum Cina pula 59% menyokong Nizar, hanya 16 % mengampu Zambry. Sementara di kalangan Melayu, 67 % mengampu Zambry dan 37 % menyokong Nizar. Keputusan kajian ini benar-benar memberikan tamparan hebat kepada Zambry yang sentiasa bangga diri menyatakan rakyat Perak sudah kembali menyokong BN kerana kebijaksanaan BN memerintah negeri Perak.


Kalau anak jantan sila bubar DUN Perak sekarang.

Selasa, 2 Februari 2010

KALAU UMNO NAK MARAH, MARAHLAH- KU LI




KUALA LUMPUR, Mantan Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah tidak bermasalah biarpun Umno mahu mengambil tindakan terhadapnya ekoran sokongannya kepada kerajaan Kelantan menuntut royalti minyak.

Beliau berkata, sokongan terhadap kerajaan Kelantan dibuat berdasarkan undang-undang bahawa Kelantan berhak mendapat royalti seperti perjanjian yang dibuat dengan Petronas.
"Saya tidak kisah, saya buat keputusan ikut apa yang benar berdasarkan undang-undang bukan nafsu, kalau Umno nak marah, marah lah.

"Dengan Mahathir pun saya berani lawan, saya tidak takut siapa,” katanya berseloroh.

Isu hak Kelantan mendapat royalti juga, jelasnya tidak perlu dipolemikkan dan tidak perlu dijadikan isu kerana ianya telah diselesaikan pada tahun 1974 lagi sewaktu beliau menjadi Pengerusi Petronas. Asas penubuhan Petronas, jelasnya adalah untuk menyatupadukan rakyat di Malaysia bagi mengekalkan satu Persekutuan.

"Apabila saya dipilih menjadi Pengerusi Petronas, berundinglah dengan semua kerajaan negeri dan ketua-ketua kerajaan negeri. "Kita buat perjanjian, kerajaan negeri perlu serah hak minyak kepada Petronas selama-lamanya, dan kalau Petronas dapat sahaja minyak, Petronas kena bayar lima peratus walaupun dua sen sekalipun, wajib dibayar," jelasnya.
Beliau berkata demikian dalam pertemuan sewaktu kunjungan hormat Dewan Pemuda PAS Pusat ke kediamannya, di sini. Tengku Razaleigh adalah satu-satunya pemimpin Umno yang menyokong usaha kerajaan Kelantan mendapatkan hak royalti.

Beliau pada 28 Januari lalu juga telah memenuhi jemputan kerajaan negeri bagi menjelaskan kedudukan tuntutan tersebut kepada rakyat negeri itu. Ekoran sokongan kepada kerajaan PAS Kelantan itu, Umno berkemungkinan akan mengambil tindakan terhadap Razaleigh yang Ketua Umno Bahagian Gua Musang.

Ditanya, sama ada beliau sedang diperalat parti pembangkang, beliau menolak dakwaan tersebut. "Saya bukan alat mana-mana pihak sama ada pembangkang ataupun kerajaan, saya hanya alat rakyat," katanya.

DSAI MOHON SEMAKAN SEMULA, TANGGUH PROSIDING



Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memfailkan permohonan semakan semula keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuannya bagi mendapatkan lebih dokumen dan bukti-bukti untuk membuat persiapan menghadapi perbicaraan kes liwat terhadapnya.

Beliau juga turut memfailkan permohonan di mahkamah yang sama untuk menangguh, dan untuk menemui Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi, bagi mendapatkan tarikh awal pendengaran semakan semula itu.Peguam Sankara Nair berkata, permohonan tersebut telah difailkan di Mahkamah Persekutuan pada kira-kira jam 8.40 pagi tadi.“Kami perlu memfailkan permohonan semakan semula kerana tanpa dokumen-dokumen tersebut, tangan kami terikat dalam membuat persiapan menghadapi kes ini,” katanya.

Peguam Karpal Singh yang turut mewakili Anwar kemudiannya memberitahu Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah bahawa pihak pembela telah membuat permohonan tersebut dan mahu menemui ketua hakim negara berhubung semakan semula keputusan Jumaat lalu dan juga menangguhkan prosiding kes liwat Anwar."Kami mahu mendapatkan tarikh awal pendengaran semakan semula tersebut. Jika ketua hakim negara tidak membenarkan semakan semula dan penangguhan tersebut, maka kami akan teruskan dengan permohonan penangguhan lain, yang difailkan di mahkamah ini dan perbicaraan tersebut,” katanya.

Sementara itu, Peguamcara Negara 11, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden tidak membantah permohonan tersebut.Hakim Datuk Mohd Zabidin kemudiannya membenarkan prosiding ditangguh sehingga jam 2.30 petang ini, untuk mendengar hujah-hujah berhubung perkara tersebut.Jumaat lalu, Mahkamah Persekutuan juga turut menolak rayuan Anwar untuk mendapatkan lebih banyak bukti dari pihak pendakwaraya seperti rakaman CCTV, nota doktor, senarai saksi dan kenyataan hemat saksi.Dalam afidavit sokongannya, Anwar berkata Mahkamah Persekutuan - sebagai mahkamah tertinggi di negara ini - mempunyai kuasa untuk mendengar dan menyemak keputusan awalnya.Menurut Anwar, beliau tidak diberi keadilan oleh Mahkamah Persekutuan yang didakwanya tidak memberi pertimbangan secukupnya terhadap rayuannya itu, kerana dokumen dan bahan-bahan tersebut, amat penting dalam menyedia pembelaannya.

LAUNGAN "REFORMASI" BERGEMA LAGI DI MAHKAMAH


KUALA LUMPUR, 2 Feb: Laungan reformasi kedua bergema di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini apabila perbicaraan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula.
Anwar yang diiringi isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan anak-anak tiba di perkarangan mahkamah dengan disambut ratusan orang termasuk para pemimpin PKR, PAS dan DAP.Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut tiba kira-kira jam 9.15 pagi sejurus selepas Anwar masuk ke dalam mahkamah.


Sejak jam 9 pagi tadi lagi, lebih dua ribu rakyat bersama-sama pemimpin Pakatan Rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat berhimpun di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk memberi sokongan moral kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mereka yang hadir kelihatan mengangkat beberapa sepanduk bertulis Perhimpunan Bantah Fitnah ke-2, Bebas Anwar dan Rakyat Bersatu Tolak Fitnah Terhadap Anwar, sambil melaungkan reformasi’ iaitu suatu slogan keramat seperti era Reformasi 1998 lalu.


Mengisi pentas bantah, Bendahari PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli menyeru rakyat yang hadir supaya bersedia menempuhi gelombang reformasi kedua. Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai mengulangi ucapan yang pernah ditegaskan oleh bekas Presiden PAS, Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor, "bukan kerana dia Anwar, sesiapa pun yang difitnah, Islam menyeru kita menentang kezaliman".


Sebelum itu, Ketua Strategik PKR, Tian Chua menganggap tuduhan liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan yang dialami Anwar mengulangi drama fitnah pada tahun 1997 lalu. "Kita harap rakyat sekali kagi akan bangkit sama seperti 'drama 1997' lalu," jelasnya.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu tidak menolak kemungkinan bahawa perbicaraan kes Anwar yang bermula pada hari ini akan mencetuskan kesedaran rakyat dan reformasi kali yang kedua. "Kita telah menyaksikan suatu kes dakwaan fitnah ke atas Anwar yang sudah tentu akan membangkitkan gelombang kesedaran rakyat kedua," jelasnya di lobi mahkamah.


Sejam kemudian, kelihatan Anwar keluar dari kandang perbicaraan lalu menuju ke anjung bantahan. "Saya masih mempertikai motif polis memanggil isteri saya untuk memberi keterangan beberapa hari lalu, sedangkan dakwaan sudah berlangsung hari ini," kata Anwar.


Anwar turut merakamkan penghargaan kepada rakyat kerana sudi menyertai 'Gelombang Reformasi ke-2' bersama-samanya, sebagaimana waktu beliau disingkirkan sebagai Timbalan Perdana Menteri atas dakwaan liwat yang berunsur fitnah.


Jelasnya lagi, perbicaraan kesnya akan bersambung pada jam 2.30 petang ini. Mendengar gelombang 'reformasi' tali menali oleh satu kelompok kepada satu kelompok yang lain, mengingatkan Harakahdaily pada peristiwa reformasi sedekad yang lalu.

KENYATAAN MEDIA : CABARAN ZAMBRY TIDAK MASUK AKAL


18 Safar 1431HTarikh 9 Februari makin dekat dan menyebabkan debaran semakin terasa khusnya kepada mereka yang cintakan keadilan dan kemakmuran bagi negeri Perak tercinta.Selain itu tidak kurang dengan yang menggelabah dan "hilang kewarasan" bila tarikh itu kian menghampiri. Khususnya kepada pemimpin UMNO di Perak semacam ada satu gelombang ketakutan menunggu tarikh tersebut dan keluarlah kenyataan yang macam-macam dan tidak masuk akal.Termasuklah Menteri Besar Kudeta Perak , Dr Zambry Abdul Kadir apabila kelmarin beliau tapa berfikir panjang telah mencabar Menteri Besar Rakyat Perak ,Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin dan 27 lagi ADUN Pakatan Rakyat supaya mengosongkan kerusi mereka bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan di 28 kerusi DUN tersebut di Perak.

Tanpa berfikir panjang beliau mengatakan kami tidak perlu teragak-agak untuk mengosongkan kerusi DUN masing-masing sekiranya mereka benar-benar yakin bahawa sebahagian besar rakyat Perak teguh menyokong Pakatan Rakyat.Beliau berkata sedemikian kepada pemberita selepas diwawancara dalam program Setahun Melayari Arus di studio Perak FM di sini Isnin.Zambry juga menegaskan bahawa kerajaan kudeta Barisan Nasional (BN) tidak akan membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihan raya negeri semula diadakan seperti yang dikehendaki oleh pembangkang.Sehubungan dengan itu kami suka untuk menyatakan pendirian kami dalam kenyataan media ini :

1. Kenyataan MB Kudeta tersebut adalah tidak masuk akal, kebudak-budakan dan mempamirkan kebodohan dan sikap tidak menghormati undang-undang yang sedia ada. Tidakkah Zambry faham bahawa persoalan bubar DUN yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat adalah secara keseluruhan dan melibatkan semua ADUN. mencabar kami ADUN PR untuk meletakkan jawatan hanyalah kenyataan orang yang ketakutan dan sayangkan kerusi sendiri.

2. Sebenarnya sekiranya BN berani mencabar Pakatan Rakyat sebenarnya Zambry juga mestilah berani untuk tampil sebagai jaguh untuk sedia menerima saranan banyak pihak termsuklah dari pimpinan BN sendiri supaya membubarkan DUN Perak. Sekiranya DUN Perak dibubarkan barulah jantan namanya dan semua pihak akan diuji adakah diterima atau ditolak oleh rakyat.

3. Selain itu kami juga ingin mempersoalkan siapakah yang telah mempengaruhi SPR sehingga melakukan keputusan dengan menolak permohonan Speaker V. Sivakumar bagi mengosongkan DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang. Malah seperti kenyataan kami sebelum ini, inilah "ibu segala maksiat" yang mnyebabkan krisis di Perak jadi "haru bitu". SPR telah bertindak diluat bidang tugasnya dengan mempertikaikan surat perletakan jawatan 3 katak dan jelas semacam dia telah dipengaruhi oleh pihak lain.

4. Kerana itu kalaulah isu mengosongkan DUN itu dianggap penting BN mestilah berani untuk bertanding di 3 DUN tersebut. Tambahan pula ianya akan menjimatkan perbelanjaan seperti yang digembar-gemburkan oleh BN.

5. Kenyataan Zambry juga menampakkan BN yang terus berdegil untuk mempertahankan kuasa haram yang dirampas sejak 6 Februari 2009. Kami rasa ianya tidak mengejutkan kerana itulah yang rakyat sedia maklum.

6. Apapun alasan dan kenyataan adalah berpunca dari kerakusan dan jenayah BN yang merampas kuasa di Perak. Maka bersempena dengan setahun tragedi rampasan kuasa itu pada 6 Februari ini , kami dengan ini menyeru kepada seluruh rakyat Perak untuk terus bertenang dan mendoakan sesuatu kebaikan dan rahmat yang Allah akan anugerahkan kepada Negeri Perak yang kita cintai.KENYATAAN MEDIA/ 2 Februari 2010.

ANWAR AKAN SAPENA NAJIB, ROSMAH JADI SAKSI


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah meminta peguamnya, Karpal Singh supaya mensapena Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Rosmah Mansor untuk menjadi saksi dalam kes liwat terhadapnya. Anwar yang juga ketua umum PKR berkata, beliau mempunyai bukti untuk menunjukkan bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan, telah menemui Rosmah dan kemudian Najib, dua hari sebelum membuat laporan polis."Kita mahu tahu pembabitan Rosmah dan Najib dalam hal ini."Mereka tidak menafikan pertemuan tersebut dan kita mahu tahu," katanya. Kemudiannya, ketika berucap kepada penyokongnya, Anwar berkata: "Biar mereka datang buat penjelasan apa yang sebenarnya berlaku."Mereka mesti hadir jelaskan keadaan," katanya.


Anwar mengakhiri ucapannya dengan laungan bersama penyokongnya "lawan tetap lawan". Pada Julai 2008, Najib yang ketika itu merupakan timbalan perdana menteri, mengakui bahawa Saiful adalah menemuinya di kediamannya beberapa hari sebelum membuat laporan polis.Najib mendakwa beliau telah menasihatkan Saiful supaya membuat laporan polis tetapi menafikan beliau terbabit dalam konspirasi terhadap Anwar.Sebelum itu, Najib telah mengakui bahawa beliau juga telah bertemu dengan Saiful di pejabatnya di Putrajaya.Saiful, bekas pelajar Universiti Tenaga (UNITEN), ketika itu mahu mendapatkan bantuan Najib untuk memperolehi biasiswa kerajaan.