Khamis, 17 September 2009

AHLI MIC CADANGKAN TUN MAHATHIR DIKALUNGKAN DENGAN SELIPAR



Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak sedih atau marah dengan cadangan seorang anggota MIC agar gambar beliau dikalung selipar.Bekas perdana menteri itu berkata beliau tidak merasakan apa-apa dengan kecaman tersebut kerana "bukan saya jadi apa-apa".
Ini kerana kecaman itu datang daripada anggota parti lain dan iannya tidak merugikannya, katanya kepada Bernama di sini.

Sebaliknya, Dr Mahathir berkata, beliau amat sedih dan marah sekiranya kecaman datang daripada anggota Umno sendiri seperti yang pernah berlaku."Ini bukan kali pertama saya dikecam. Dulu orang dah lupa macam mana pemimpin Umno kecam saya. "Nazri (menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz) dan menteri besar Kedah dahulu nak buang saya daripada Umno. "Tapi masa itu tak ada siapa bagi reaksi apa pun. Tak ada orang berani cakap apa," katanya.

Cadangan kalungan selipar itu dibuat oleh Timbalan Ketua MIC bahagian Paya Besar, Pahang, M Sukumaran pada perhimpunan agung MIC Ahad lepas di ibu negara kerana mendakwa Dr Mahathir mencampuri urusan parti itu melalui kenyataan-kenyataan yang dibuatnya. Ekoran itu, Sukumaran dikecam hebat dan dianggap sebagai biadab. Beliau kemudian memohon maaf dengan memberi alasan beliau telah terlepas cakap.Malah, anggota MIC itu ingin menemui Dr Mahathir untuk meminta maaf secara peribadi.

Mengulas lanjut isu itu, Dr Mahathir berkata: "Tiba-tiba saya jadi popular. Orang semua pertahankan saya."Seperti yang saya katakan, dulu saya kena kecam, kena kata... suruh buang daripada Umno. Tapi orang tak react (beri reaksi)." "Pasal apa dulu tak react, kali ini react.

"Dulu bila saya kena kecam, tak ada sesiapa pertahankan saya. Taklah secara terbuka. Orang senyap-senyap beranilah tapi orang kenamaan dan orang terkenal tak beranilah pertahan saya," katanya. Dr Mahathir berkata beliau sedih apabila orang partinya sendiri dan orang yang duduk dalam kabinetnya sendiri mengecamnya. Katanya beliau lebih marah terhadap kecaman yang dilontarkan oleh anggota Umno dan bekas anggota kabinetnya daripada kecaman yang dibuat oleh anggota MIC.

"Saya duduk dalam Umno dari mula parti itu ditubuhkan. Yang tegur saya ini belum beranak pun lagi," katanya. Mengenai hasrat Sukumaran ingin menemuinya untuk memohon maaf, Dr Mahathir berkata: "Minta maaf tak apa, tak minta maaf pun tak apa. Bagi saya tak ada apa-apa. Saya yang sedih bila orang parti saya sendiri, orang yang duduk dalam kabinet saya sendiri kecam saya." Dr Mahathir berkata Sukumaran kini menjadi mangsa percakapannya sendiri.

Selasa lepas, Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu mengumumkan penggantungan serta-merta keanggotaan Sukumaran ekoran kecamannya itu.

Sabtu, 12 September 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN.




Salam lebaran, kami di Angkatan Muda KEADILAN cabang Parit Sulong ucapkan kepada semua masyarakat di kawasan parlimen Parit Sulong khasnya dan rakyat Malaysia amnya. Dikesempatan ini kami juga ingin memohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan dan kekurangan kami dalam menabur jasa bakti kepada rakyat di Parit Sulong. Salam lebaran juga kami ucapkan buat pelajar-pelajar Malaysia yang berada di rantauan, semoga bergembira di hari mulia. Salam juga ditujukan buat para pejuang di aliran Pakatan Rakyat, bersederhana di bulan puasa, bergembira dihari raya.' PANDU CERMAT JIWA SELAMAT, SEMOGA BERJUMPA AYAH DAN BONDA, SEDIA KAMI UNTUK BERKHIDMAT, DARI KAMI ANGKATAN MUDA". MINAL AIDIL WAL FAIZIN, MAAF ZAHIR & BATIN.

Khamis, 10 September 2009

KERAJAAN BN BOHONG LAGI


Rakyat didahulukan, harga minyak dinaikkan.

Sistem percukaian penjajah yang menekan petani, pekebun dan nelayan kini disambut oleh kerajaan UMNO dan BN sempena Ulangtahun ke 52 kemerdekaan negara. Hari ini Kerajaan Pusat mengumumkan kenaikkan harga minyak secara mengejut tanpa mengambil kira keperluan rakyat Malaysia khususnya umat islam yang bakal menyambut ketibaan bulan Syawal dalam beberapa hari lagi. Dimanakah dasar Satu Malaysia-Rakyat Didahulukan?

Nyata ianya adalah retorik politik. Sikap buas dan nafsu amarah penjajah sehingga mencetuskan kemarahan rakyat lalu bergabung tenaga dan bersatu untuk bangun menentang kezaliman penjajah lantaran memerdekakan bumi Malaysia ini akan berulang lagi dengan penentangan kuat terhadapa dasar Umno dan BN yang tidak peduli keperitan hidup rakyat malaysia. Kenaikkan mengejut ini pastinya membawa impak besar ke atas harga barangan keperluan harian. Permintaan di pasaran yang meningkat pada musim perayaan akan mendesak pengusaha untuk mengambil kesempatan dan menaikkan harga barangan keperluan lantaran menambahkan lagi beban rakyat yang sudah sememangnya berat ekoran kelembapan ekonomi negara masa kini. Rakyat disajikan dengan petrol RON 95 yang kononnya lebih murah dan sebagai bahan bakar alternatif kepada RON 97. Hakikatnya rakyat dipaksa berpuas hati dengan petrol yang kurang berkualiti dan boleh mencemarkan alam sekitar. Rakyat yang ingin menggunakan petrol RON 97 pula terpaksa membayar 25 sen lebih daripada harga sebelum ini bagi mendapatkan kualiti pembakaran petrol perkilometer yang serupa sebelum ini.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KEADILAN Badrul Hisham Shaharin berkata, kenaikan itu merupakan satu pembohongan Umno dan BN kepada rakyat yang seperti lazim setiap kali kenaikan dibuat, alasan yang diberikan adalah mengikut harga pasaran global. Beliau berkata, "kerajaan menggunakan penipuan secara teknikal dengan mengaitkan teknologi untuk menghalalkan pembohongan itu bagi mendapat keuntungan yang lebih besar untuk kepentingan masing-masing termasuk menjaga kroni sehingga sanggup memanipulasi dan membebankan hidup rakyat. "Tidak kiralah nak tukar RON 95 jadi RON 97 atau berapa sekalipun, itu bukan persoalannya, yang paling teruk rakyat ditipu dengan menyatakan kenaikan tersebut adalah mengikut harga kenaikan minyak global sedangkan pada hari minyak dinaikkan itu, harga minyak dunia mencapai pada harga paling rendah iaitu US$71 setong, ini adalah pembohongan yang tidak masuk akal," katanya.

Beliau yang juga Ketua KEADILAN Cabang Rembau berkata, pembohongan tersebut juga adalah operasi balas dendan Umno/BN setelah kalah berturut-turut kepada kerajaan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil sebelum ini. Malah katanya, impak kenaikan harga minyak itu bakal mendorong kebencian dan penolakan rakyat secara menyeluruh ke atas pentadbiran Umno/BN. "Kerajaan langsung tidak mempelajari isyarat rakyat terus-terusan menolak segala pembohongan yang dilakukan termasuk pembohongan mereka dengan menaikkan harga minyak sebagai balasan ke atas kekalahan dan keaiban yang terpaksa ditanggung selepas kalah dalam tujuh kali pilihanraya kecil sebelum ini," katanya.

Menurut Badrul lagi, kenaikan ini tidak menepati status negara sebagai negara pengeluar minyak yang menjadi penyumbang utama kepada hasil pendapatan negara. Dalam hal ini perbandingan tidak boleh dilakukan terhadap harga minyak yang ditawarkan oleh beberapa negara lain seperti Singapura, yang terpaksa mengimport minyak untuk menampung kegunaan domestiknya. "Tidak timbul juga isu subsidi di sini kerana negara kita adalah pengeluar minyak terbesar di dunia. Bila harga minyak naik, sepatutnya rakyat Malaysialah yang paling gembira. Mana tidaknya, minyak keluaran Malaysia sudahlah jenis premium, malahan boleh dijual dengan harga yang sungguh tinggi. Tentulah pendapatan negara berlipat ganda sebab eksport minyak adalah sumber pendapatan utama negara ini. "Ini tidak, bila harga minyak meningkat dipasaran global, rakyat disuruh percaya yang kerajaan tidak tertanggung lagi dengan azab subsidi untuk mengekang kenaikan harga pada pasaran tempatan. Yang digembar-gembur saban hari ialah kerajaan rugi, kerajaan rugi. Tak pernah pula kita dengar cerita kerajaan untung atau negara untung. "Sepatutnya kita perlu bersyukur dengan menggunakan nikmat dan kekayaan (minyak) yang dikurniakan pada Malaysia dengan mengagihkan perolehan supaya dapat dinikmati bersama secara adil sebab Malaysia berhak memperoleh minyak terbaik di dunia selaras dengan kurniaan Tuhan kepada kita," katanya.

Rabu, 9 September 2009

MENJANA KEBANGKITAN RAKYAT JOHOR.



PARIT SULONG, JOHOR – Pada 6hb. September yang lalu, Parti KEADILAN Rakyat Cabang Parit Sulong melalui Angkatan Mudanya telah menjayakan satu lagi pidato umum yang bertemakan MENJANA KEBANGKITAN RAKYAT JOHOR. Program tersebut telah diadakan di tapak PASTI pekan Parit Sulong, Johor. Para pemidato yang dijemput adalah Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum Keadilan dan Dato’ Seri Dr Chua Jui Meng, ahli Majlis Pimpinan Pusat Keadilan. Turut serta saudara Hasmi Hashim selaku Ketua Cabang Parti KEADILAN Rakyat Parit Sulong. Walaupun majlis bermula jam 10-00 malam tetapi di kawasan tempat ceramah telah penuh sesak dengan orang ramai seawal jam 9 malam. Dapat dilihat keterujaan para hadirin untuk mendengar ucapan daripada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Dato’ Seri Dr ChuaJui Meng.



Dato’Chua Jui Meng tiba di tempat ceramah lebih kurang jam 10-00 malam dan beliau telah disambut oleh AMK Parit Sulong. Dato’ Seri Dr Chua Jui Meng memulakan pidatonya dengan menyatakan beliau berbangga menjadi anak jati negeri Johor apabila beliau melihat kehadiran orang ramai pada malam itu yang sungguh luar biasa. Beliau berkata ini membuktikan bahawa sokongan rakyat Johor terhadap PAKATAN RAKYAT semakin menggalakkan. Dalam pidato itu beliau juga menerangkan bahawa wujud jurang pendapatan yang amat ketara dikalangan orang Melayu di mana golongan ‘atasan’ yang kaya akan bertambah kaya manakala rakyat terutamanya yang berbangsa Melayu semakin hari hidup mereka semakin tidak cukup makan. Ini kerana berlakunya penyelewengan dikalangan ahli-ahli UMNO terhadap peruntukkan yang sepatutnya diberikan kepada orang Melayu yang miskin. Menurut beliau lagi, rasuah dan kronisma yang semakin menular dan tidak dibendung dalam Kerjaan Barisan Nasional termasuk dalam parti lama beliau iaitu MCA membuatkan beliau membulatkan tekad menyertai Parti KEADILAN Rakyat dan berjanji akan terus memberi komitmen yang tinggi dalam memastikan PAKATAN RAKYAT akan dapat menggantikan BN daripada terus menguasai kerajaanMalaysia.



Dalam pidato yang seterusnya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim membidas akan kenyataan yang telah dibuat oleh Timbalan Presiden UMNO yang mengatakan beliau adalah pengkhianat bangsa Melayu. Seperti yang diterangkan pada orang ramai sekiranya beliau ingin mengkhianati orang Melayu beliau hanya perlu ‘duduk diam’ ketika Dr Mahathir keluar negara pada tahun 1998 dan membiarkan wang negara diseleweng oleh menteri-menteri kabinet BN. Akan tetapi beliau sanggup mempertaruhkan hidup beliau semata-mata untuk mempertahankan hak rakyat daripada disalahguna dan dengan itu beliau telah mengharungi segala macam penderitaan atas kebenaran yang beliau perjuangkan. Kini menurut Dato’Seri Anwar, apabila PAKATAN RAKYAT semakin mendapat sokongan orang Melayu beliau pula dikatakan pengkhianat bangsa sendiri. Namun dengan laungan hidup Anwar dan laungan keramat reformasi oleh orang ramai membuktikan bahawa segala dakyah yang di suarakan oleh kroni UMNO melalui media-media durjana mereka ditolak sepenuhnya oleh para hadirin. Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga mengajak rakyat di negeri Johor turut serta dalam kebangkitan rakyat Malaysia menolak pentadbiran BN yang hanya mementingkan kekayaan YB-YB dan kroni-kroni mereka sahaja lalu mengabaikan segala kepayahan rakyat dalam menempuh zaman ‘Edan’ yang telah diterajui juak-juak BN. Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga menyatakan betapa beliau berbangga dengan sokongan rakyat Johor terhadap PAKATAN RAKYAT dan kehadiran orang ramai pada malam itu melebihi berkali-kali ganda pada perhimpunan raksaksa yang UMNO Bahagian Batu Pahat anjurkan. Ini jelas sekali menurut Dato’ Seri Anwar membuktikan kekuasaan UMNO di negeri Johor sudah semakin pudar dan semakin ditolak rakyat. Pada pengakhir kata, Dato’ Seri Anwar berharap agar negeri Johor akan dapat ditawan pada pilihanraya umum ke-13 yang akan datang.Program telah berakhir pada pukul 12 malam dan sebelum pemidato-pemidato berangkat pulang, mereka dijamu dengan sedikit jamuan ringan oleh petugas-petugas. Kesempatan yang ada dimanfaatkan oleh AMK Cabang Parit Sulong untuk mengambil gambar kenang-kenangan bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Buah tangan untuk dibawa pulang Dato’ Seri Anwar telah disampaikan oleh Ketua Penerangan AMK Cabang Parit Sulong sebagai wakil Cabang.



KETUA PENERANGAN AMK SAUDARA FUAD BIN MOHI MEMBERI BUAH TANGAN



JAWATAN KUASA CABANG DAN AMK PARIT SULONG BERGAMBAR BERSAMA DSAI DAN CHUA JUI MENG



BARISAN DIF-DIF KEHORMAT YANG HADIR



HADIRIN PADA MALAM TERSEBUT