Isnin, 30 Mac 2009

MAJORITI CALON BEBAS ADALAH TAJAAN BN UNTUK MEMECAHKAN UNDI BAGI MENANGKAN CALON MEREKA DI PILIHANRAYA KECIL DUN BUKIT SELAMBAU



BUKIT SELAMBAU - Apakah motif sebenarnya yang menyebabkan sejarah tercipta di Bukit Selambau, bila 13 calon bebas beranding. Apakah ini sejarah yang sengaja dicipta oleh puak-puak UMNO dan Barisan Nasionl dalam usaha untuk memecahkan undi pembangkang?. Memang benar kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Pak Lah Badawi (foto) semalam bahawa beliau bimbang sekiranya yang menang akan mendapat undi yang tidak begitu menyakinkan sokongan kepadanya kerana dibahagi kepada 15 orang calon. Alasan ini jelas menggambarkan kedangkalan itu sebenarnya. Menang dalam pilihanraya, walau berapa undi sekali pun ia akan dikira menang. Malah di Pahang sendiri, pernah berlaku seorang calun UMNO tewas dengan hanya lima undi kepada calon PKR di DUN Chini dulu. Maka, apakah rasionalnya Pak Lah mengatakan mengatakan kononnya orang yang menang tidak mendapat undi yang meyakinkan?. Sedangkan beliau tahu bahawa dalam setiap pilihanraya, walau banyak mana pun menang ia tetap dikira menang. Lebih mengekutkan lagi bila Pak Lah dengan jelas menuduh kehadiran ramai calon Bebas yang dipercayai terdiri daripada anggota pembangkang jelas menunjukkan wujud masalah dalam pakatan pembangkang. "Dalam Umno tidak boleh ada dua calon bertanding...ini menunjukkan disiplin kita (Umno) lebih baik," katanya dalam satu sidang media semalam. Penamaan calon bagi DUN Bitu semalam menyaksikan seramai 15 calon bertanding di mana 13 daripadanya bertanding atas tiket Bebas manakala Barisan Nasional (BN) diwakili S. Ganeson dan PKR diwakili S. Manikumar. Apa yang jelas dapat dilihat tuduhan Pak Lah itu menunjukkan semakin kuat ramalan kita bahawa majoriti calon bebas terbabit adalah "tajaan UMNO dan BN" sebenarnya. Ini diperkuatkan lagi dengan kelibat calon terbabit yang dilihat lebih mirip kepada muka orang-orang UMNO dan BN.Justeru itu, Pak Lah tidak boleh dengan begitu mudah menuduh calon bebas itu adalah dari pembangkang semata-mata. Soalnya, kenapa mereka menghantar begitu ramai calon bebas? Dan kenapakah pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak menghalang calon berkenaan bertanding biar pun terdapat bantahan yang dibuat terhadap sesetengah dari Mereka. Dengan lambang yang mengarut-ngarut bukankah mereka ditugaskan untuk "mengacau undi" bagi memenangkan calon BN itu. Lantaran itulah ada pihak yang mahu SPR membenarkan kesemua mereka bertanding, padahal apa yang kita saksikan ini amatlah "melucukan" serta "memalukan". Jika calon bebas yang mahu bertanding itu sengaja mahu "membuang duit" atau "syok sendiri" itu tidak menjadi masalah. Namun, kami yakin kesemua mereka mendapat "tajaan sepenuhnya oleh BN" untuk bertanding. Ia juga bagi memecahkan undi, kerana BN tahu V.Arumugam iaitu calon Bebas yang kemudiannya bersama PKR telah menang di kawasan itu dengan mendapat majoriti 2,362 undi. Maka mungkin juga mereka mencongak jika seorang calon bebas berjaya menarik 200 undi maka harapan BN untuk menang akan cerah. Untuk itulah mereka terpaksa menaja sebegitu ramai calon bebas untuk menyertai pilihanraya kecil kali ini. Selain dari untuk memenangkan calon BN, ia juga bertujuan untuk menjaga imej dan kredibiliti BN yang telah tercalar dalam dua pilihanraya kecil sebelum ini. Atas dasar itulah, apa sahaja perlu dilakukan bagi tujuan tersebut. Kita jangan hairan bila melihat calon bebas kali ini mempunyai kelengkapan yang cukup untuk berkempen. Kerana kami amat yakin bahawa segala sumber kewangan adalah diberikan oleh pemimpin BN kepada mereka, andai kalah sekalipun mereka sudah mempunyai modal yang cukup untuk meneruskan kehidupan lebih selesa selepas ini.

Jumaat, 27 Mac 2009

ISU PENGGANTUNGAN LIDAH RASMI SUARA KEADILAN DAN HARAKAH, TERBUKTI KERAJAAN SEMAKIN TERTEKAN DENGAN PAKATAN RAKYAT




KUALA LUMPUR - Penggantungan permit akhbar Harakah dan Suara Keadilan oleh Kementerian Dalam Negeri baru-baru ini jelas sekali mencabuli amalan demokrasi dan hak-hak kebebasan bersuara di negara ini. Biarpun Timbalan Menteri berkaitan menyatakan bahawa arahan itu tiada kaitan dengan BN, namun hakikatnya itulah "kenyataan" sebenar dalam kes ini. Tindakan menggantung akhbar yang menjadi lidah pengarang parti PAS dan PKR itu bukan sahaja dilihat "zalim" dan "tidak beretika" malah ia jelas menunjukkan ketakutan yang teramat sangat puak-puak UMNO dan Barisan Nasional terhadap kebangkitan suara rakyat sebenarnya. Biarpun tempoh penggantungan hanya sekitar tiga bulan, namun kami tidak nampak ia akan menjurus ke arah itu. Adalah lebih elok tindakan amaran tiga bulan dikeluarkan daripda terus menggantung sebenarnya. Ini semua adalah bukti-bukti kukuh yang bakal Perdana Menteri, Najib Razak telah mula menunjukkan cengakaman "kuku besinya". Sebelum ini memang kami mendapat maklumat bahawa ramai penjual akhbar terbabit diberi amaran alah akhbar berkenaan telah dirampas oleh pihak berkuasa. Namun, kini alasan yang sama diberikan kononnya dua akhbar itu menyiarkan berita yang menyalahi fakta dan berunusr fitnah, serta dijual bukan kepada ahli parti. Alasan ini menampakkan "kedangkalan" mentaliti pemimpin kerajaan sudah ditahap "gaban" sebenarnya. Memang benar kerajaan, terutamanya menteri berkenaan iaitu Syed Hamid Albar (foto) tidak faham erti demokrasi, lantaran melakukan tindakan drastik itu.Jika namanya sudah akhbar lidah rasmi pembangkang, maka laporannya sudah pasti akan bertentangan dengan apa yang disiarkan oleh media arus perdana. Jika mahu melaporkan apa yang dilaporkan oleh media arus perdana iaitu menjilat, membodek dan mencacai maka apalah gunanya dinamakan "lidah rasmi pembangkang". Takkan itu pun menteri berkenaan tidak faham. Masih kita ingat ketika di sekolah dan di IPT dulu, dinama sering diadakan pertandingan perbahasan. Dimana sebelah pihak akan menjadi "pencadang" dan sebelah pihak lagi akan menjadi "pembangkang". Maka, peencadang kerjanya mencadang dan mempertahankan tajuk yang diberikan dan pembangkang pula akan mencari jalan untuk mempertikai dan membangkang tajuk berkenaan. Manakala, juri atau hakim akan membenarkan mereka mengeluarkan idea dan buah fikiran masing-masing tanpa memberi sebarang amaran kepada kedua-dua belah pihak terutamanya pembangkang. Bila keputusan dibuat, maka tidak semestinya pencadang akan menang. Mungkin juga pembangkang akan menang kerana berjaya mengeluarkan idea yang bernas serta menarik perhatian hakim yang aris lagi profesional.Maka itu dalam kes ini, Berita Harian dan Utusan Malaysia adalah pencadang manakala Harakah dan Suara Keadilan adalah pembangkang. Sementara itu rakyat adalah hakim yang akan menilai berita yang dipaparkan. Justeru itu kenapa pula kerajaan takut dengan "perbahasan" ini jika mereka menganggap negara kita adalah negara demokrasi. Oleh itu, kami amatlah berharap supaya rakyat bersabar dengan dugaan ini, anggaplah ianya adalah petanda jelas yang kerajaan Barisan Nasional sudah menghampiri penghujung hayatnya. Sementara itu parti PKR dijangka akan terus menerbitkan akhbar itu walau pun tanpa permit. "Kita akan teruskan walaupun tanpa permit," "Kita tidak nampak tindakan (KDN) yang lebih keras daripada menggantung (permit akhbar) kita." kata ketua penerangannya PKR Tian Chua . Dalam perkembangan berkaitan, kedua-dua parti Pakatan Rakyat itu akan menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) jam 2 petang ini. Selain Tian, ketua penerangan PAS Mahfuz Omar akan menyertai perhimpunan di kaki bangunan pejabat suruhanjaya itu di Menara Tun Razak, Kuala Lumpur. Orang ramai adalah dijemput hadir memberi sokongan.

BIADAP WAKIL PEMUDA PULAU PINANG BAHAWA UMNO LAKUKAN KESILAPAN KERANA BEBASKAN ANWAR JELAS SEKALI BERBAUAR HASUTAN!!!



KUALA LUMPUR - Kami sungguh terkejut dengan kenyataan jahat dan berbaur hasutan oleh seorang pembahas dari Pulau Pinang, Mohd Zaidi Mohd Said yang mengatakan UMNO buat kesilapan kerana membebaskan Anwar dari penjara semasa persidangan pergerakan Pemuda parti itu semalam. Bagi kami kenyataan beliau itu melambangkan betapa "rosaknya" mentaliti generasi muda UMNO yang masih lagi tidak mahu melihat kebenaran dengan mata hati mereka sendiri. "Kesilapan kita kerana membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto), inilah akibat yang kita tanggung hari ini," katanya ketika membahaskan usul, menyentuh isu-isu ketuanan Melayu dan Pakatan Rakyat. Kenyataan yang beliau ucapkan itu jelas sekali menggambarkan betapa Anwar amat ditakuti oleh UMNO dan sekutunya. Malah mereka menganggap bahawa UMNO yang membebaskan Anwar, walhal mahkamah yang menentukan keputusan terbabit. Kenyataan beliau itu juga bagai mengesahkan lagi yang selama ini Anwar telah menjadi mangsa dan dianiaya oleh puak-puak UMNO sebenarnya. Maka itulah, bagi Mohd Zaidi UMNO membuat kesilapan kerana membebaskan Anwar. Sepatutnya Anwar terus ditahan di penjara Sg.Buloh sama ada beliau bersalah atau pun tidak agaknya. Bukankah zalim namanya segala kerja jahat UMNO ini. Bahkan wakil pemuda Pulau Pinang itu sepatutnya boleh dikenakan tindakan kerana cuba "menghasut". Justeru itu kita khuatir, atas saranan pemuda ini nanti maka Anwar akan dipenjarakan sekali lagi dan tidak akan dibebaskan biarpun beliau didapati tidak bersalah dalam kes liwat Saiful Bukhari Azlan yang akan dibicarakan pada bulan Julai ini. Kenyataan beliau itu memberi petanda awal, akibat ketakutan yang amat sangat terhadap mantan TPM itu maka akhirnya Anwar akan dijadikan mangsa oleh mereka yang tidak berhati perut dan berperikemanusiaan.

Rabu, 25 Mac 2009

KERAJAAN BN SEMAKIN TAKUT PADA BAYANG-BAYANG MEREKA SENDIRI APABILA GANTUNG PERMIT AKHBAR SUARA KEADILAN DAN HARAKAH !!



PETALING JAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung permit dua akhbar parti pembangkang iaitu Harakah dan Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuat kuasa hari ini. Ketika mengesahkan perkara tersebut, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, pengurusan kedua-dua organ PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu boleh mengemukakan rayuan. "Memang benar kami (KDN) telah menggantung lesen kedua-dua akhbar itu (Harakah dan Suara Keadilan) berkuat kuasa hari ini. "Kami bukan ingin menyekat kebebasan akhbar di negara ini tapi mereka (Harakah dan Suara Keadilan) masih lagi menerbitkan berita-berita yang tidak benar dan berunsur hasutan," kata beliau. Suara Keadilan menerima surat daripada KDN tengah hari tadi manakala Harakah pukul 4.55 petang menerusi faks. Harakah yang menerima surat tunjuk sebab 26 Februari lalu dikatakan melanggar tiga perkara iaitu menyiarkan berita dan rencana isu-isu semasa, menjual secara umum kepada bukan ahli dan tidak menyerahkan salinan setiap edisi tepat pada masa yang ditetapkan. Harakah diterbitkan dua kali seminggu manakala Suara Keadilan pula setiap minggu. Jelas Syed Hamid, Harakah dan Suara Keadilan telah pun diberikan amaran sebelum ini, namun mereka masih gagal mengikut spesifikasi berita yang sepatutnya. "Ada berita yang mempertikaikan kedudukan Raja-raja, dan isu-isu disiarkan juga berupa laporan yang tidak tepat dari segi maklumat dan sumbernya... ini yang kita kesal," ujarnya. Syed Hamid berkata, kedua-dua organ parti itu boleh mengemukakan rayuan. Kedua-dua akhbar berkenaan dikenakan tindakan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Sementara itu, Ketua Penerangan PKR, Tian Chua berkata surat penggantungan telah diterima di ibu pejabat parti tersebut tengah hari tadi. "Namun tiada sebarang sebab dikemukakan," katanya. Tegasnya, tindakan tersebut jelas bermotifkan politik. "Ini satu serangan kepada kami (PKR), nampak sangat mereka (Barisan Nasional) menggunakan kuasa yang mereka ada untuk menyekat kebebasan akhbar di negara ini. "Mengapa tindakan menggantung Suara Keadilan dilakukan menjelang pemilihan Umno dan tiga pilihan raya kecil yang akan berlangsung 7 April ini? "Kenapa tidak dari tahun lalu lagi?" katanya ketika dihubungi. Beliau yang juga ADUN kawasan Batu berkata, BN takut maklumat tentang kelemahan serta kerapuhan dalam parti itu dipaparkan oleh media alternatif seperti Suara Keadilan dan Harakah. "Mereka takut mengenai kelemahan pemimpin dipaparkan akan menunjukkan kerapuhan BN. "Jadi mereka ambil jalan mudah dengan menyekat pengedaran akhbar parti pembangkang supaya makluma ini tidak sampai kepada orang ramai," katanya. Chua turut mengesahkan parti itu akan membuat rayuan kepada KDN untuk menarik balik larangan yang dikeluarkan ke atas akhbar rasmi parti itu. "Kita akan buat rayuan dalam masa terdekat, tapi saya tidak dapat putuskan bila. Yang pasti kami akan merayu minta KDN tarik semula larangan ke atas Suara Keadilan," katanya.

RAKYAT YANG HADIR KE CERAMAH ANUAR SEPENA PILIHANRAYA KECIL DUN BUKIT SELAMBAU DISERANG MALAM TADI




SG.PETANI - Nampaknya ternyata kerajaan BN semakin "kecut dan takut" dengan suara rakyat yang bakal menenggelamkan keegoaan mereka dalam pilihanraya kecil yang bakal diadakan 7 April nanti. Terkini, pihak polis terutamanya FRU dipercayai telah mengganas dan menyerang orang ramai yang hadir untuk mendengar ceramah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dekat Padang Awam Cinta Sayang dekat sini malam tadi. Polis dipercayai telah melepaskan gas pemedih mata untuk menghalang orang ramai hadir dan mendengar amanat Anwar itu. Selain gas pemedih mata, pihak polis juga dipercayai telah menggunakan meriam air "water canon" bagi tujuan tersebut. Ini menyebabkan orang ramai bertempiaran lari dalam keadaan ketakutan dan kecoh sekali. Kejadian itu berlaku selepas kira-kira lima mini Anwar memperkenalkan calon PKR bagi Kerusi DUN Bukit Selambau dalam pilihanraya kecil kawasan itu nanti. Lebih memilukan ialah pihak polis mengambil masa yang lama iaitu kira-kira dua jam sehingga 11.30 malam untuk menyerang orang ramai yang tidak berdosa itu. Kami juga difahamkan seramai lebih kurang 50 orang telah ditangkap oleh pihak polis termasuk pemimpin tertinggi PKR negeri, para peniaga gerai dan penduduk setempat. Manakala itu antara mereka yang ditahan termasuklah Senator Zamri Yusof, Setiausaha Negeri Hafiz Ali dan Ketua Staf Pejabat Anwar, Ibrahim Yaakob. Malah ada sumber yang menyatakan turut ditahan ialah Dato johari Abdul.Semasa ceramah turut berada ialah calon Bkt Selambau Manikumar,YB Dato Johari Abdul. Selain kehadiran pihak FRU untuk menyerang orang ramai, pihak polis juga dipercayai telah mengadakan beberapa sekatan jalanraya untuk menghalang orang ramai hadir ke ceramah Anwar malam tadi. Difahamkan lebih 10 ribu rakyat setempat dan luar telah hadir beramai-ramai ke ceramah berkenaan

Khamis, 19 Mac 2009

LEMBAGA DISPLIN UMNO TERSALAH ATAU TERSILAP PANDANG AGAKNYA BILA AGEN PERASUAH DIGANTUNG TIGA TAHUN TAPI PERASUAH DILEPASKAN



KUALA LUMPUR - Ramai pemerhati politik yang terkejut dan tertanya-tanya apakah motif sebenar calon Timbalan Presiden UMNO iaitu Ali Rustam (foto) dihukum hilang kelayakan untuk bertanding, sedangkan beliau didapati bersalah kerana terbabit dengan politik wang?. Maka itu, ramai yang berpendapat, sepatutnya Ali Rustam diberi hukuman yang lebih berat dan bukan setakat dilarang bertanding semata-mata. Ini kerana segala rasuah itu berlaku kerana "usaha" beliau untuk memancing undi supaya dicalonkan oleh bahagian-bahagian tahun lalu. Sedangkan agen-agen beliau hanyalah menjadi "broker" untuk melaksanakan urusan terbabit. Tetapi anehnya, Ali Rustam masih dipertahankan supaya kekal sebagai Ketua Menteri Melaka dan tidak dikenakan tindakan displin yang lebih "afdal" sebenarnya. Manakala itu dalam masa yang sama sungguh aneh apabila Pengerusi Lembaga Displin UMNO, Tengku Ahmad Rithauddeen berkata keahlian Ali Rustam bagaimanapun tidak digantung dan beliau masih menjadi anggota perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO, yang dijadual berlangsung dari 24 hingga 28 Mac ini. Kenyataan beliau bahawa keputusan itu dibuat oleh Lembaga Disiplin UMNO yang mendapati Mohd Ali, yang juga Naib Presiden UMNO, bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO kerana kesalahan rasuah dan politik wang yang dilakukan oleh ejennya.Masalahnya disini, mengapakah pula Lembaga itu bagaimanapun mendapati Setiausaha Politik beliau Saadun Basirun, bersalah melakukan rasuah atau sogokan politik. Kerana kesalahan itu, Saadun yang juga ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Bukit Katil turut dikenakan tindakan. Sementara itu Naib Ketua Puteri UMNO bahagian Bukit Katil Zalina Ismail dan Rosli Hassan Ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Bukit Katil telah digantung keahlian selama tiga tahun atau satu penggal pemilihan berkuatkuasa 12 Mac lepas kerana dipercayai menjadi agen Ali Rustam. Keputusan yang dibuat ini adalah jelas tidak adil sebenarnya. Ini kerana "agen" beliau menyogok perwakilan UMNO bahagian dengan wang yang diberikan oleh Ali Rustam. Maka itu, sepatutnya Ali Rustam perlu diberi hukuman yang lebih berat daripada agen terbabit. Jika tiada wang untuk rasuah maka bagaimana agen terbabit mahu melaksanakan tugasnya. Rasuah melibatkan semua pihak dan bukannya hanya "ikan bilis" yang didakwa sebaliknya "ikan paus" dilepaskan malah boleh pula kekal sebagai Ketua Menteri Melaka. Sepatutnya, demi maruah orang Melaka Ali Rustam perlua meletakkan jawatannya dan bukan terus mahu berkuasa. Sudah terbukti beliau bersalah dan dihukum oleh Lembaga Displin UMNO makanya beliau harus berundur dan melepaskan semua jawatan tingginya dalam UMNO termasuk Ketua Menteri Melaka. Jika tidak ini menunjukkan bahawa Lembaga Displin UMNO tidak telus dalam melaksanakan tanggungjawabnya untuk membenteras rasuah politik wang dalam parti itu.

TERBONGKAR AKHIRNYA ANAK MENTERI UMNO NAZRI AZIZ SENDIRI YANG SEMAKIN HANYUT SERTA TIDAK SEDARKAN DIRI



KUALA LUMPUR - Sungguh memalukan, berita paling menggemparkan telah terbongkar kini. Nampaknya pemimpin UMNO yang kononnya berjuang untuk mempertahankan Islam dan orang Melayu di negara ini "cakap tak serupa bikin". Sebelum ini kita digemparkan dengan foto-foto anak Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak yang begitu "sosial" tanpa melambangkan seorang Islam langsung. Banyak gambar yang dipaparkan di internet memaparkan anak kepada bakal Perdana Menteri itu berpelukan dengan gadis-gadis "mat salleh" dalam keadaan seksi dan mengiurkan di luar negara. Berita itu telah tersebar luas sebelum ini. Namun, kini satu lagi pembongkaran telah dibuat dan lebih "menyedihkan" kali ini. Ia melibatkan paparan tentang kelibat anak kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang kononnya menjaga hal ehwal undang-undang dalam keadaan yang cukup membimbangkan. Apakah ini yang rakyat mahu saksikan sebenarnya?




Memalukan, apakah ini budaya Islam Hadhari yang ingin dibawa?Aksi ghairah anak seorang menteri UMNO di negara Islam HadhariTernyata, anak kepada Nazri Aziz ini langsung tidak melambangkan imej seorang pengamal Islam Hadhari sebenarnya. Paparan yang dibuat jelas sekali melambangkan betapa rosaknya akidah anak menteri terbabit. Sedangkan dalam masa yang sama ayahandanya begitu lantang bersuara di parlimen untuk mempertikaikan berbagai isu yang berkaitan dengan Pakatan Rakyat. Maka itu dibawah ini kami paparkan beberapa paparan ngeri untuk dinilai sendiri oleh para pembaca budiman. Apakah layak mereka ini digelar pemimpin Islam Hadhari jika anak-anak sendiri gagal dibentuk dengan acuan Islam itu sendiri. Jelas sekali anak-anak mereka telah "rosak akhlak" dan terdedah benar dengan "sistem sekular" yang jelas bertentangan dengan adat-adat ketimuran dan konsep Islam Hadhari yang sering mereka laung-laungkan selama ini.

Isnin, 16 Mac 2009

AHLI PARLIMEN BN SENGAJA MENCARI PASAL UNTUK MENUTUP KEMUSYKILAN RAKYAT DENGAN USUL TINDAKAN CUBAAN MENGGANTUNG YB. GOBIND SINGH.


KUALA LUMPUR - Kami hairan dengan tindakan Wakil Rakyat BN yang bercadang untuk menggantung tugas ahli parlimen DAP (Puchong) Gobind Singh Deo (foto) selama setahun kerana dianggap "menghina dewan berhubung tuduhannya terhadap timbalan perdana menteri" semalam. Wakil rakyat Puchong semalam digantung sehari dari Dewan Rakyat selepas mendakwa Datuk Seri Najib Razak terlibat dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Persoalannya disini, kenapakah mereka tiba-tiba mahu menggantung Gobind, sedangkan dia mempersoalkan apa yang "dipersoalkan oleh rakyat" sebenarnya. Dalam kes Altantunya, kes itu belum berakhir apabila rakyat masih tertanya-tanya dan sangsi dengan Timbalan Perdana Manteri. Biarpun pihak polis mengatakan mereka sudah menyiasat Najib, namun kesangsian itu masih wujud kerana beberapa perkara yang sememangnya amat logik dam masuk akal dalam kes berkenaan. Itu ditambah pula dengan laporan eksklusif sebuah akhbar di Perancis baru-baru ini. Maka ini sememangnya mengundang pelbagai persoalan difikiran rakyat. Justeru itu, apalah salahnya jika Gobind Singh Deo sebagai mewakili rakyat mahukan penjelasan dan kepastian mengenai perkara itu. Bukankah ini adalah tugas dan tanggungjawab wakli rakyat berada di parlimen. Keraguan haruslah dijawab bagi menghuraikan segala kekusutan yang melanda. Jika tidak bagaimana Najib harus diterima sebagai PM nanti.Antara keraguan yang munasabah yang kini bermain di fikiran rakyat ialah pertamannya, kenapa bila banyak kali nama Najib di sebut dimahkamah tetapi beliau langsung tidak dipanggil sebagai saksi untuk memberi keterangan. Sekurang-kurangnya, jika beliau ke mahkamah bukankah berbagai persoalan boleh terungkai. Tambahan pula semua yang terlibat adalah mempunyai kaitan rapat dengan dirinya seperti Azilah, Sirul dan pastinya Razak Baginda. Malah, dalam saat-saat akhir perbicaraan juga kedua tertuduh terbabit ada menyatakan mereka "dikambing hitamkan" oleh pihak-pihak tertentu. Kenapa mahkamah "susah benar" mahu merekodkan kenyataan itu dan mengarahkan pihak polis menyiasat maklumat terbaru tersebut. Tetapi apakah keterangan ini diambilkira? Malahan pihak polis dengan mudah memaklumkan kepada media bahawa Najib Razak tidak terlibat dengan kes tersebut. Sedangkan Najib sepatutnya dipangil sebagai saksi di mahkamah dan seluruh rakyat masih tidak yakin selagi Najib tidak memberi kenyataan sebagai saksi di mahkmah dalam kes ini sebenarnya.Keduanya, Najib mengatakan beliau tidak mengenali malah pernah bertemu dengan wanita Monggolia yang bernama Altantunya Shariibu. Namun kes ini menjadi gempar apabila sebuah akhbar di Perancis yang dikenali sebagai Liberation mengeluarkan artikel bertajuk The Altantuya Shaaribuu’s Case : How and why she was killed? . Artikel terbabit telah ditulis oleh seorang wartawan akhbar berkenaan yang berpengkalan di Thailand iaitu bernama Arnaud Dubus. Artikel terbabit menceritakan dengan jelas dan terperinci tentang hubungan Altantunya dengan pihak berkenaan hingga membawa kepada pembunuhan ngeri beliau selepas itu. Semua ini jelas menunjukkan bahawa Najib ada kaitan langsung dengan kes terbabit. Jika pendedahan di buat oleh akhbar tempatan terutamanya media arus perdana, mungkin begitu mudah Najib akan mengganggap ianya sebagai "fitnah" seperti terjadi kepada dua akuan bersumpah sebelum ini. Namun, kini ia dilaporkan oleh akhbar Perancis yang menjadi lokasi urusniaga serta pertemuan istimewa Najib dan Altantunya menurut wartawan terbabit. Laporan yang disiarkan pada 5 Mac lalu itu cukup menggemparkan negara hatta seluruh dunia. Masyarakat antarabangsa mula melihat bahawa Malaysia pasti akan diperintah oleh "penjenayah" jika peralihan kuasa Pak Lah-Najib berlaku. Najib harus menjawab perkara ini bagi tidak menjatuhkan imej negara sebenarnya. Kes Anwar sebelum ini telah menyebabkan dunia melihat Malaysia mengamalkan "Law Of The Jungle". Apakah kes Altantunya juga begitu agaknya. Maka, bukankah ini akan menakutkan para pelabur untuk melabur di negara ini. Maka itulah rakyat semakin musykil dengan laporan akhbar berkenaan dan seharusnya Najib Razak menjawabnya dan menyaman akhbar terbabit jika beliau benar dan berani !Ketiga dan lain-lain kemusykilan rakyat ialah soal tindakan imigresen memadam rekod kemasukan Altantunya ke Malaysia, penggunaan bom C4 yang hanya terdapat di Kementerian Pertahanan dan perlu mendapat kebenaran menteri terbabit, kehilangan pistol yang digunakan untuk menembak Altantunya, tindakan semua pihak di mahkamah iaitu Hakim, Peguambela dan Pendakwaraya yang menghalang sepupu Alantuny yang dikenali sebagai Amy menunjukkan gambar Najib dan Alantunya semasa menjadi saksi kes berkenaan, hubungan semua tertuduh begitu rapat dengan Najib Razak terutamanya Razak Baginda dan Musa Safri dan banyak lagi persoalan yang mengundang seribu makna di hati rakyat sebenarnya. Biarpun akhirnya mungkin kesemua tertuduh bakal dibebaskan dan selamat dari segala hukuman, namun "rakyat adalah hakim negara". Mahkamah boleh dibeli nama minda dan pemikiran rakyat sukar untuk dipesongkan jika mereka "musykil" akan sesuatu perkara itu. Maka itulah kita melihat tindakan wakil rakyat Puchong, Gobind Singh Deo untuk membangkitkan keresahan rakyat ini adalah wajar. Tambahan pula Najib bakal ditabalkan sebagai Perdana Menteri dalam masa terdekat ini.

Khamis, 12 Mac 2009

TAMPARAN HEBAT BUAT SI NAJIB RAZAK



HULU LANGAT - Ramai yang terkejut dan terperanjat dengan kehadiran dua tokoh utama negara dari parti kerajaan dan pembangkang di majlis sambutan Maulid Rasul dan Sambutan Tamat Latihan Kerohanian 40 tahun Syeikh Mahmud Al-Majzub, dekat sini semalam. Masing-masing teruja dengan apa yang dilihat ini sebenarnya. Apakah ini merupakan satu petanda baik untuk iklim politik negara agaknya. Semua ini pastinya menimbulkan seribu persoalan yang sukar untuk dijawab. Pertemuan bersejarah yang tidak dirancang itu merupakan satu "hikmah" ke arah mewujudkan kestabilan politik negara selepas ini. Namun, semuanya hanyalah terletak ditangan kedua-dua pemimpin terbabit iaitu Pak Lah Badawi dan juga Anwar Ibrahim. Kedua-duanya berasal dari negeri yang sama iaitu Pulau Pinang. Kedua-dua mereka dikatakan hadir kerana menjadi tetamu kehormat mudir madrasah berkenaan. Kehadiran Anwar semalam sebenarnya memang sudah dinanti-nantikan oleh hampir seribu tetamu jemputan termasuk ulama dari Asia Tenggara. Namun, hadirin sebenarnya terpegun dengan kehadiran secara tiba-tiba Perdana Menteri dalam majlis itu.Menurut sumber, Pak Lah sepatutnya hadir pada hari ini untuk merasmikan persidangan dan pertemuan para ulamak. Namun, kehadiran Perdana Menteri pada hari semalam dikatakan menjadi tanda tanya para hadirin. Tambahan pula tetamu istimewa semalam ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya. Pak Lah dikatakan tiba lebih awal dari Anwar iaitu pada kira-kira jam 12.18 tengahari semalam, manakala Anwar dan isteri Wan Azizah tiba kira-kira 20 minit kemudian. Kedua-dua mereka kemudia dibawa naik ke rumah Syeikh Mahmud untuk makan tengahari bersama-sama. Mereka berada di rumah berkenaan selama lebih satu jam setengah, kemudian keluar untuk mendirikan solat Zohor bersama sekitar jam 1.40 petang. Adalah dipercayai, semasa bersama Syeikh Mahmud "Pertemuan Enam Mata" berlangsung antara Anwar, Pak Lah dan Syeikh Mahmud sendiri. Satu perundingan juga dikatakan telah berlaku dan Syeikh Mahmud telah menjadi "Orang Tengah" atau "Perantara". Difahamkan juga, semasa mendirikan solat Zohor juga kedua-dua mereka berada di saf barisan hadapan dimana Pak Lah berada di kanan dan Anwar di kiri Syeikh Mahmud.


Makan bersama, sempena pertemuan bersejarah Anwar dan Pak Lah Selepas solat Zohor, Abdullah diminta memberi ucapan ringkas begitu juga Anwar bagaimana pun Anwar tidak berucap. Dalam ucapannya Abdullah menjelaskan sesutau yang baik itu kalau didoakan ia akan menjadi kenyataan. Selepas selesai solat Zohor dan ucapan ringkas kelihatan Abdullah dan Anwar bersalaman dan masing-masing melemparkan senyum. Pertemuan dan gelagat kedua pemimpin itu benar-benar mengejutkan para hadirin dan jemaah. Masing-masing tertanya-tanya dengan peristiwa berkenana kerana ianya dikatakan bukan dirancang oleh sesiapa tetapi mempamerkan keadaan yang sungguh menyenangkan orang ramai. Mereka kemudian Pak Lah dilihat beredar meninggalkan majlis kira-kira jam 2.15 petang dan diikuti oleh Anwar sekitar jam 2.50 petang itu.