Khamis, 29 April 2010

KHIR TOYO TIUP API PERKAUMAN - GERAKAN

















Kenyataan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Dr Mohamad Khir Toyo di dalam blognya supaya Barisan Nasional (BN) menyemak semula dasar kerajaan terhadap kaum Cina di Selangor susulan pendirian kaum itu yang lebih berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor Ahad lalu dikritik.

Timbalan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) Datuk Chang Ko Youn berkata, komen yang dikeluarkan Khir adalah tidak bertanggungjawab dan berunsur perkauman serta boleh menimbulkan salah faham orang-ramai.

Menurutnya, kenyataan tersebut seolah-olah mempersoalkan demokratik Malaysia iaitu bebas memilih dan membuat undian terhadap calon mana yang dikehendaki jelas sekali menentang konsep 1Malaysia seperti dilaungkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Khir bukan sahabat BN apabila cuba membangkitkan sentimen perkauman yang tidak baik untuk masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Tumpuan pengundi Cina di Hulu Selangor yang lebih berpihak kepada parti pembangkang tidak wajar dijadikan isu,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian semalam.

Ko Youn berkata, semua pemimpin BN seharusnya membantu Perdana Menteri menjaga perbuatan dan kata-kata dalam menunaikan wawasan 1Malaysia kerana apa yang dinyatakan Khir boleh menjejaskan kredibiliti BN sebagai parti yang mewakili semua rakyat Malaysia.

Menurutnya, ini adalah masa untuk kepimpinan BN bekerjasama sebagai satu pasukan memahami masalah kaum Cina sekali gus mendapatkan semula keyakinan dan sokongan mereka.

“Sikap menuding jari dan menuduh mana-mana parti atau komuniti hanya akan memburukkan keadaan yang langsung tidak membawa kebaikan kepada negara,” katanya.

Khir, dalam blognya mendakwa dasar Kerajaan Negeri di Selangor yang bergantung pada kuasa orang Cina perlu diberi perhatian dan dinilai kerajaan hari ini agar pengorbanan pengundi Melayu dan India dihargai.

Menurutnya yang merujuk kepada PRK Hulu Selangor, kaum Cina memilih untuk setia kepada Pakatan Rakyat bukan bersandarkan isu pembangunan dan polisi sebaliknya ramai rakyat Selangor beranggapan yang menguasai kerajaan hari ini adalah DAP manakala Menteri Besar sekadar pembuat kenyataan bukan keputusan.

“Saya berharap Datuk Seri Najib dan saf kepimpinan BN melihat semula semua polisi ini dan menghargai pengorbanan pengundi Melayu dan India,” katanya. -SH

Ulasan GB

Slogan 1Malaysia hanya satu fantasi, satu penipuan. Hakikatnya minda pemimpin-pemimpin UMNO masih terkepung dengan semangat nasionalisma sempit dan berpegang kepada konsep assabiyah yang hanya memperjuangan "keris"nya.

Islam telah lama kuburkan fahaman assabiyah yang kini bangkai assabiyah itu dipikul oleh UMNO. Perjuangan PERKASA dan tulisan Khir Toyo adalah manifestasi dari perjuangan kebangsaan sempit itu yang diberikan "endorsement" oleh pemimpin tertinggi UMNO BN.

Jadi, 1 Malaysia hanyalah satu utopia di dalam BN. Konsep itu hanya mampu "dilaksanakan" dengan sempurna oleh Pakatan Rakyat tanpa perlu berslogan kosong seperti yang dilakukan oleh UMNO. Slogan I Malaysia UMNO hanyalah satu replika kepada 1 Israel, tidak lebih dari itu.

Rabu, 28 April 2010

ZAID KEMUKA PETISYEN DAN SAMAN UTUSAN


HARI ini Zaid Ibrahim telah mengumumkan dalam sidang akhbar di rumahnya di Petaling Jaya, Selangor akan membuat bantahan terhadap keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor Ahad lalu. Serentak itu juga beliau menjelaskan akan saman Utusan Malaysia kerana melebelkan beliau sebagai kaki botol.


Kata Zaid, pihaknya mempunyai bukti kukuh berhubung dengan penyelewengan yang berlaku pada pilihan raya berkenaan. Utusan Malaysia pula telah menggambarkan beliau sebagai seorang kaki botol.

Kata Zaid tindakan mahkamah itu adalah untuk memastikan keadilan terjamin dan beliau tidak mahu pihak tertentu melakukan sewenang-wenangnya tanpa menghormati lunas undang-undang semata-mata kerana ingin menang.

Ketika ditanya apakah beliau akan mengambil tindakan kepada bloger yang turut melebelkan beliau sebagai kaki botol, Zaid menjelaskan; bloger tidak payahlah, biarlah Utusan saja.

Dalam pada itu beliau juga mengumumkan PKR akan menubuhkan kelab penyokong PKR di peringkat antarabangsa. Ianya akan di lancarkan di London pada Julai depan.

Tindakan Zaid itu diharap akan membuka perkembangan baru dalam politik negara ini. Dengan kedudukan beliau sebagai seorang peguam yang dikenali ramai serta mempunyai kenalan dengan peguam senior mungkin beliau mampu memberi kseedaran kepada pihak-pihak tertentu terutamnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Tindakan itu dilihat bukan sangat beliau kecewa dengan kekalahan pada Ahad lalu tetapi lebih kepada ingin memberi pengajaran kepada pihak tertentu supaya tidak menggunakan kuasa sewenang-wenangnya bagi memanipulasikan keadaan kerana inginkan kemenangan.

Mengenai perkara yang menjadi bantahan Zaid, ianya akan diumumkan oleh peguamnya minggu depan.

HULU SELANGOR : NAJIB LANGGAR AKTA PILIHANRAYA BILA TABUR "GULA-GULA"

najib tun razak














Walaupun Perdana Menteri Najib Tun Razak memenangi pertempuran di Hulu Selangor tetapi beliau pastinya telah mengorak langkah ke belakang dalam usaha mempertahankan Putrajaya dari asakan berterusan Pakatan Rakyat (PR).

Kejadian rasuah tidak dapat dikawal pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen di kawasan itu terutama beberapa hari sebelum tiba hari mengundi pada 25 April, hingga menyebabkan pencabulan sistem demokrasi apabila ia berlaku secara keterlaluan.

Untuk memikat undi, Najib dan rakan-rakannya telah menabur wang tunai dan membuat berbagai janji (kebanyakannya mengandungi syarat, hanya sekiranya BN menang).
Wang tunai ini melibatkan beratus juta ringgit dan janji-janji dibuat ketika tempuh kempen yang suntuk masanya.

Ini termasuk pembinaan sebuah universiti dan beberapa buah sekolah, susur jalan lebuhraya dan prasarana yang lain, beberapa kos perumahan rendah, meningkatkan taraf masjid dan rumah ibadat, pemberian geran kepada persatuan penduduk setempat, wang tunai kepada individu dan sebagainya.

"Gula-gula" pilihan raya terlalu banyak dan begitu besar jumlahnya hingga membuat saya merasa sangsi sama ada Najib dan timbalannya Muhyiddin Yassin dapat mengingati bilangan dan jumlah kos yang terlibat.
Salah satu majlis yang sangat ketara dan memberi kesan terhadap keputusan PRK ini ialah ketika Najib menghulurkan wang tunai sebanyak RM5 juta kepada 100 peneroka Felda dan dicanangkan secara meluas dua hari sebelum pilihan raya.Golongan peneroka ini adalah di antara mangsa satu projek yang gagal yang diusahakan oleh syarikat pemaju 15 tahun lalu.
Walaupun mereka berbelanja besar dalam bentuk rasuah pilihan raya, tetapi ironinya ialah, Najib membuat rayuan di saat-saat akhir kepada para pengundi melalui surat terbuka yang mengandungi tandatangannya.

Beliau meminta para pengundi memberi beliau peluang sekali lagi untuk melakukan "perubahan" dalam pentadbirannya bagi membetulkan kesalahan BN pada masa lampau.IMG00125-20100425-1542
"Matlamat menghalalkan cara"
Tetapi adakah Najib sedar bahawa "gula-gula" yang ditaburkannya merupakan satu kesalahan yang serius di bawah Seksyen 10, Akta Kesalahan Pilihanraya 1954?
Dengan menabur berbagai bentuk rasuah hingga ke tahap yang melampaui batas dalam usahanya untuk membawa agenda "perubahan", Najib sebenarnya telah memberitahu dunia:
"Inilah apa yang saya maksudkan dengan "perubahan" – Saya tidak akan teragak-agak untuk meningkatkan gejala rasuah dan pedulikan tentang undang-undang, jika kepentingan politik mendesak saya berbuat demikian."
Mengimbau pemerintahan Najib sejak mengambil alih negara secara efektik pada awal tahun 2009, jelas falsafah "matlamat menghalalkan cara" ini dapat dilihat pada PRK Hulu Selangor.
Maka tidak hairanlah apabila kita dapat menyaksikan berlakunya berbagai skandal dek kerana kuasa pemerintah yang sanggup mencemar dan mencabul Perlembagaan dan peraturan undang-undang.

Skandal lain termasuk rampasan kuasa di Perak dengan cara mencabul Perlembagaan dan pendakwaan berterusan terhadap Anwar Ibrahim menerusi perbicaraan sodomi kedua yang mendapat kutukan di seluruh dunia.
Skandal lain ialah percubaan untuk melindungi petualang-petualang sebenar dalam perbicaraan seperti lakunan mengenai pembunuhan kejam wanita Mongolia, Altantuya Shariibuu.
IMG00082-20100417-0916 Juga mengenai kematian tragik Teoh Beng Hock ketika di bawah tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta inkues yang menimbulkan keraguan.
Sejurus selepas pilihan raya yang kotor ini, Najib dan konco-konconya seperti yang telah diduga menyifatkan kemenangan ini sebagai perakuan dan penerimaan terhadap dasar-dasar baru yang diperkenalkannya dan peralihan sokongan terhadap BN.
Bagaimanapun, apabila kita membuang lapisan yang menutupi kejayaan ini, kita akan dapati keadaan sebaliknya berlaku.
Malahan, dalam membuat kajian semula ke atas keputusan pilihan raya ini (ramai yang ingin menyebut sebagai "pilihan raya yang dibeli" (buy election) mendedahkan trend dan phenomena yang seharusnya menyebabkan BN bimbang, tersangat bimbang.
Hulu Selangor seperti Ijok akan kembali kepada PR
Pertama, dengan kejayaan memperolehi 1,700 undi tidak semestinya sokongan telah meningkat. Sebaliknya, ia mungkin bermakna pengurangan dari segi jumlah sokongan.
Realiti ini dapat dilihat jika kita pertimbangan ketika pilihan raya umum (PRU) Mac 2008, BN memperolehi majoriti terkumpul sebanyak 6,300 undi dari ketiga-ketiga kawasan Dewan Undangan Negeri di bawah parlimen Hulu Selangor.
Jika Umno hanya mendapat majoriti kecil (24,997 berbanding 23,272) selepas menyalahguna sepenuhnya dana awam dan institusi -institusi yang diperalatkan maka perkara ini sukar berulang pada PRU akan datang. Pada ketika itu nanti, Hulu Selangor akan jatuh kembali kepada PR, sama seperti Ijok baru-baru ini.
Kedua, berdasarkan respon dari para pengundi ketika kempen PRK lalu, propaganda ‘1Malaysia’ Najib gagal meresap di hati nurani penyokong akar umbi. Keadaan ini dapat dilihat daripada kempen terakhir oleh Najib dan timbalannya Muhyiddin Yassin.
Apabila BN berkempen, dianggarkan 3,000 hadir, kebanyakannya orang-orang Melayu dan segelintir dari masyarakat India tetapi apabila PR berkempen, lebih 15,000 penyokong IMG00126-20100417-1135 PR hadir hingga menzahirkan perpaduan tiga kaum, Melayu, Cina dan India.
Ini memberi gambaran jelas bahawa parti-parti gabungan yang berjaya menonjolkan konsep ‘1Malaysia’ sebenarnya ialah PR, bukan BN.
Ketiga, sokongan Cina terhadap BN semakin merosot hingga menyebabkan golongan minoriti bertambah kecil (kurang dari satu pertiga) meskipun banyak "umpan" yang digantong didepan mereka – terutama janji Najib untuk memberi geran RM3 juta kepada sebuah sekolah Cina sehari selepas hari mengundi, dengan syarat BN menang.
Ini menunjukkan bahawa para pengundi Cina telah mencapai kematangan berpolitik sehingga ke peringkat mereka tidak hairan lagi dengan sogokan wang oleh BN. Mereka tidak akan bertolak ansur selagi BN tidak mahu melakukan perubahan yang sebenar.
Oleh sebab Umno tidak mampu untuk melaksanakan perubahan, ini bermakna jangka hayat parti perkauman Cina, MCA akan berakhir dan ini termasuk, Gerakan.
Dengan parti perkauman, MIC juga kehilangan penyokong masyarakat India, pemulauan terhadap Umno di Semenanjung Malaysia menjadi lengkap, memandangkan hanya tiga parti ini sahaja yang menjadi rakan komponennya di Semenanjung.
Memandangkan mereka merupakan penyokong kuat Umno dalam pilihan raya-pilihan raya yang lalu, sokongan yang semakin malap dewasa ini bermakna pengaruh parti-parti sayap Umno ini menjadi terbantut.
Sehingga ini, kuasa Umno bergantong kepada hubungannya dengan parti komponen BN di Sabah dan Sarawak yang dilihat mempunyai masalah dengan Umno yang menguasai kerajaan persekutuan.
Terkenal dengan semangat kedaerahan mereka dan atas kesedaran bahawa mereka merupakan kuasa penentu dalam sunami politik ketika pilihan raya umum 2008, Sabah dan Sarawak kini merasa marah.
Mereka turut merasa kecewa terhadap eksploitasi dan layanan yang tidak adil terhadap hak-hak autonomi mereka di bawah Umno yang autokratik yang menguasai kepimpinan BN.
Memandangkan keadaan Umno yang lumpuh di Semenanjung dan pengaruh PR semakin meningkat maka rakyat di kedua-dua buah negeri itu boleh mendapat faedah yang terbaik hasil dari rundingan politik.
Dengan PR bersedia untuk melaksanakan keadilan dan mengembalikan hak autonomi, mereka boleh mencapai yang terbaik sejak pembentukan negara Malaysia lima dekad yang lampau.
Rakyat Sabah dan Sarawak rata-rata tidak sangat dengan semangat perkauman berbanding di Semenanjung dan malahan mereka merasa meluat dengan amalan politik perkauman Umno.
Oleh yang demikian, setakat mana lagi Umno yang berdasarkan kaum boleh bertahan dari cabaran PR untuk mendapatkan pengaruh di kedua-dua negeri ini dan juga meliputi kuasa politik di seluruh negara?
Keputusan PRK Hulu Selangor telah memberi isyarat kepada kita, tetapi tidak begitu baik buat Umno.

UNDI PKR MENINGKAT DI FELDA

maszlan aliman













Persatuan anak peneroka Felda (Anak) menolak dakwaan persatuan itu gagal menarik sokongan pengundi kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim. Presidennya, Mazlan Aliman ketika dihubungi berkata, berlaku peningkatan undi kepada pembangkang berbanding dalam pilihanraya umum lalu.

"Kecuali Felda Sungai Buaya, di kawasan-kawasan lain menampakkan usaha Anak menarik sokongan kepada Datuk Zaid telah berjaya.

Jumlah pengundi peneroka Felda di Hulu Selangor ialah 6,900 orang. Bagaimanapun, Mazlan tidak mempunyai data jumlah undi yang diperolehi Zaid dari peneroka Felda.

"Anda tahu bagaimana kerajaan menabur wang kepada peneroka Felda Sungai Buaya. Kita kalah kerana faktor wang ringgit.

"Pada malam terakhir mereka memberikan apa sahaja yang peneroka mahu bukan sahaja di Sungai Buaya tetapi kawasan Felda lain," katanya. Bagaimanapun, Mazlan menegaskan dalam pilihanraya umum akan datang, lebih ramai peneroka Felda akan mengundi calon Pakatan Rakyat.

Katanya, ini berdasarkan sambutan yang diberikan peneroka terhadap program Anak di Felda Sungai Tengi selama dua hari iaitu 23 dan 24 April lalu. "Felda terpaksa membuat program serupa di Felda berkenaan kerana mereka bimbang sambutan terhadap program Anak.

"Usaha awal Anak untuk mendapatkan sokongan peneroka Felda khususnya kepada pembangkang telah berjaya," katanya lagi. Dalam pilihanraya kecil tersebut calon Barisan Nasional (BN) P Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi. Zaid mendapat 23,272 undi manakala Kamalanathan mendapat 24,997.

SPRM DIBIDAN TUTUP KES RASUAH RM 10 JUTA TEE KIAT













Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago mempersoal tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dilihat cuba melindungi Datuk Seri Ong Tee Keat dari dikaitkan dengan skandal rasuah Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Beliau berkata tindakan itu jelek berikutan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kuala Dimensi Sdn. Bhd, Datuk Seri Tiong King Sing sudah menyerahkan segala bukti berkaitan, malah hal itu dinyatakan pada sidang Parlimen.

“Dia (Tiong) telah memberi beberapa bukti yang mengatakan duit itudiberi kepada orang pertengahan dan ada orang nampak wang itu diberi kepada Tee Keat. Saya terkejut dengan kenyataan SPRM,” katanya kepada TV Selangor, hari ini.

SPRM membuat pengumuman semalam yang mereka menutup kes siasatan terhadap Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat yang didakwa menerima 10 juta daripada Tiong .

Tee Keat kemudian mengesahkan beliau menerima surat makluman pada 22 April lalu yang mengatakan SPRM tiada bukti yang dapat mengaitkan beliau dengan dakwaan itu.

Tahun lalu, SPRM memanggil Tee Keat untuk disoal siasat berhubung skandal PKFZ atas dakwaan beliau menerima RM10 juta daripada Tiong untuk aktiviti MCA.

Ketika itu, Tee Keat adalah Presiden MCA manakala Kuala Dimensi adalah kontraktor utama bagi pembinaan PKFZ. -TVS


SPRM tutup kes Tee Keat terima RM10 juta
PUTRAJAYA, 27 April — Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat berkata siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap beliau kerana didakwa menerima RM10 juta daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd Datuk Seri Tiong King Sing, telah ditutup dan tiada siasatan lanjut.
Katanya perkara itu dimaklumkan kepada beliau oleh SPRM dalam surat yang diterimanya pada 22 April lalu yang menyatakan bahawa tiada bukti yang dapat mengaitkan beliau dengan dakwaan berkenaan.
“Kes ini saya dimaklumkan bahawa ianya telah tamat siasatan dan tidak akan dilanjutkan siasatannya. Tiada sebarang bukti yang membuktikan tuduhan-tuduhan liar itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen “Red Means Stop” anjuran Jabatan Keselamatan Jalan Raya bersama Sun Media Corporation Sdn Bhd di sini hari ini.
Tahun lepas, SPRM memanggil Ong untuk disoal siasat berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan dakwaan kononnya beliau menerima RM10 juta daripada Tiong untuk aktiviti MCA. Ketika itu Ong adalah Presiden MCA manakala Kuala Dimensi adalah kontraktor utama bagi pembinaan PKFZ.
“Kini telah pun jelas senario sebenarnya, walaupun jawapan ini saya terima agak lewat sedangkan saya sedia maklum kes ini telahpun tamat siasatannya agak awal sebelum ini.
“Tanpa atas apa sebab, saya baru dapat maklum balas atau jawapan pada 22 April lalu,” katanya.
Ditanya sama ada beliau kecewa lewat menerima surat jawapan daripada SPRM, Ong berkata: “Sepanjang hayat kita ini, cukup banyak kekecewaan, rintihan itu ada, kecewa jangan.
“Kalau inilah yang berlaku yang menimpa kita, kita kena juga berdepan dengannya dengan penuh ketabahan.”

Selasa, 27 April 2010

JANGAN MENGALAH, ZAID















Zaid Ibrahim berhak untuk rasa marah, geram dan sedih dengan keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor. Tetapi Zaid tidak harus mengalah atau berundur semata-mata kerana Barisan Nasional diisytiharkan sebagai pemenang.

Menurut laporan awal, kedua-dua Barisan dan Parti Keadilan Rakyat telah meningkatkan prestasi mereka berbanding keputusan pilihan raya umum 2008 — Barisan dikatakan menambah 2,000 undi manakala PKR yang mewakili Pakatan Rakyat 200 undi. Daripada undi Barisan itu, lebih 700 datangnya dari undi pos. Lagi pula, pemindahan 13,488 pengundi di Hulu Selangor oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dikatakan telah mengelirukan pengundi.

Dalam keadaan sedemikian, Zaid terpaksa berdepan dengan formula lama Barisan — tawaran wang dan projek yang bernilai lebih RM60 juta. Tidak cukup dengan itu, media arus perdana sekali lagi memainkan peranan untuk berkempen bagi pihak Barisan, termasuk mengecam dan mengutuk Zaid habis-habisan.

Mungkin bagi Barisan, terutamanya Umno, yang selama ini terkapai-kapai sejak pukulan hebat pilihan raya umum 2008, mereka telah menemui semula kekuatan untuk menghadapi Pakatan — kembali kepada cara mempergunakan media arus perdana, jentera kerajaan dan tawaran berjuta-juta ringgit (baca: wang rakyat).

Analisis awal daripada kumpulan-kumpulan yang berkampung dan memerhatikan perjalanan pilihan raya kecil itu menunjukkan pengundi Melayu, khususnya peneroka Felda, dengan senang hati menerima cara dan kaedah Barisan. Dengan janji-janji manis, lebih 60 peratus pengundi kawasan Felda telah memilih calon Barisan.

Lebih separuh pengundi kaum India membuat pilihan yang sama untuk Barisan tetapi pengundi Cina tetap memihak kepada Zaid dengan memberi lebih 70 peratus sokongan kepada Pakatan.
Dalam hal ini, mungkin tidak memeranjatkan melihat selera majoriti pengundi Melayu di Hulu Selangor. Selain janji-janji wang dan projek berpuluh juta ringgit, serangan peribadi serta fitnah terhadap Zaid turut mempengaruhi pemikiran orang Melayu.

Mungkin bagi pengundi Melayu yang memilih Barisan, soal sama ada Zaid seorang yang berprinsip dan tegas dalam menentang rasuah serta ketidakadilan tidak menjadi penentu utama. Mungkin mereka juga belum dapat memahami usaha Zaid dan aktivis-aktivis Felda yang mahu mengembalikan hak milik tanah kepada peneroka dan bukannya berterusan menjadi pekerja kepada korporat gergasi itu.

Lagi pula, melalui peranan media arus perdana, kebanyakan Melayu yang memilih Barisan mungkin merasa lega apabila melihat calon barisan P. Kamalanathan mencium tangan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta kenyataan wakil MIC itu yang menyokong perjuangan kumpulan ultra-Melayu Perkasa. Sehinggakan namanya dijual kepada pengundi Melayu sebagai “Kamal” dan bukannya Nathan sebagaimana nama singkat panggilan biasa.

Semua keadaan ini sepatutnya membakar semangat Zaid untuk terus berkhidmat dan berjuang. Apatah lagi beliau dengan bantuan aktivis Felda telah pun mengemukakan cadangan awal untuk mereformasikan sistem rancangan tanah itu supaya generasi kedua dan ketiga Felda dapat menjadi tuan di atas tanah sendiri. Isu ini perlu dibawa ke peringkat nasional, dan lebih baik lagi, dibincangkan bersama di peringkat pucuk pimpinan Pakatan Rakyat.

Begitu juga hasrat Zaid untuk meningkatkan taraf hidup Orang Asli yang selama ini terbiar di bawah Barisan. Ia bukan soal setempat kerana ia memerlukan reformasi nasional, sekurang-kurangnya orang asal ini yang lebih awal mendiami ibu pertiwi diberi taraf sama rata dengan Bumiputera.

Berdasarkan dua pengalaman pilihan raya, Zaid yang pernah menang di bawah lambang Umno di Kota Bharu dalam pilihan raya umum 2004 perlu menjadikan Hulu Selangor sebagai pengajaran dan persediaan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Sebagaimana yang dikatakan oleh Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, kekalahan di Hulu Selangor perlu dianggap sebagai satu langkah ke hadapan untuk mempersiapkan diri menghadapi saingan yang lebih hebat dalam pilihan raya umum nanti.

“Sama seperti Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor); beliau kalah dalam pilihan raya kecil Ijok pada 2007. Tetapi beliau kembali menang pada 2008. Kekalahannya di Ijok telah menjadi satu platform kepada kita untuk menawan kerajaan negeri Selangor. Biarlah Hulu Selangor menjadi Ijok yang kedua kepada kita,” katanya.

Tak kurang pentingnya ialah suasana pasca-Hulu Selangor akan memberi peluang kepada Zaid untuk mendekatkan diri dengan pengundi-pengundi Melayu, bukan sahaja di Selangor malah di seluruh negara.

Setelah dihamburkan dengan kata-kata fitnah dan kempen kotor dari mereka yang mengakui diri Melayu dan Islam, tidak banyak lagi yang boleh mereka contengkan peribadi Zaid yang jauh lebih berprinsip dan tegas dalam membela keadilan dan hak berbanding para pemimpin Umno.
Lapan hari untuk berkempen sememangnya tidak cukup. Tanpa perlu mengalah, Zaid kini mempunyai banyak masa untuk diluangkan bersama masyarakat, khususnya orang Melayu, bagi menjelas dan memperincikan apa yang diperjuangkannya bersama Pakatan Rakyat.
Tak kenal maka tak cinta. Bila dah kenal barulah mesra dan sayang

TIADA DAKWAT KEKAL DI JARI MEMENANGKAN UMNO DI HULU SELANGOR. SPR BIRO UMNO

























Sekarang baru kita faham mengapa UMNO dan SPR menolak cadangan dakwat kekal di jari bagi proses mengundi. Kalau sistem dakwat kekal dilaksanakan, sudah tentu Barisan Nasional akan kalah dalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor baru-baru ini.

SPR pula adalah Biro UMNO, sudah tentu tidak akan melaksanakan sistem yang dilaksanakan oleh majoriti negara-negara jiran kita. Ini kerana sistem ini akan merugikan UMNO dan Barisan Nasional. Bayangkan kalau Indonesia yang mempunyai rakyat 240 juta orang boleh laksana sistem ini, mengapa Malaysia yang hanya 27 juta tidak mampu?( Rujuk gambar di atas)

Tiada alasan untuk Malaysia untuk tidak melaksanakan sistem ini sama sekali kecuali kerana mahu memenangkan UMNO dan Barisan Nasional.

Sistem dakwat kekal akan memastikan seorang pengundi hanya akan mengundi SEKALI sahaja. Ertinya ia akan membunuh segala usaha undi hantu, undi berganda dan undi beli dari pihak UMNO. Undi berganda ini menerangkan mengapa PKR kalah dalam Hulu Selangor dalam keadaan UNDI PKR TIDAK JATUH, malahan naik.

Kita semua sedar SPR adalah Biro UMNO. Waktu 3 ekor katak di Perak melompat, seharusnya SPR mengisytihar kerusi mereka kosong. Namun, SPR tidak berbuat demikian kerana SPR adalah Biro UMNO. Juga, apabila kerusi Kota Siputeh diisytihar kosong oleh Speaker, SPR pula bertindak lebih terror dari Speaker DUN Perak. Di Hulu Selangor, seramai 17000 pengundi telah DIPINDAHKAN tanpa pengetahuan setiap pengundi.

SPR kita bukan sahaja Biro UMNO tapi barua UMNO.Maka, setiap pergerakan mereka adalah untuk memenangkan UMNO dan Barisan Nasional.

TUGAS PAKATAN RAKYAT

Hidupkan balik agenda BERSIH mulai sekarang dan paksa SPR menerima sistem dakwat kekal di jari. Kalau terpaksa berdemonstrasi pun, kita berdemo lagi sehingga tuntutan kita diterima.

Anwar Ibrahim boleh membawa usul ini ke peringkat antarabangsa supaya dunia tahu bahawa Suruhanjaya Pilihanraya di Malaysia tidak lain dari pelacur kepada UMNO semata-mata.

Kalau UMNO benar-benar ikhlas mahukan perubahan sistem, maka sistem dakwat kekal WAJIB digunakan.

Hulu Selangor sebenarnya dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Tapi, PR kalah pada penipuan UMNO dan BN dengan bantuan pelacur mereka bernama Suruhanjaya Pilihanraya (SPR

PASCA PRK HULU SELANGOR : BN TAK BELI UNDI TAPI RASUAH PENGUNDI !!!

.


Pengerusi BN, Najib Razak menolak dakwaan PR bahawa Barisan Nasional (BN) terbabit dengan perbuatan membeli undi menggunakan dana awam bagi memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor Ahad lalu.

Sebaliknya, kata Perdana Menteri, apa yang dilakukan dalam kempen pilihan raya kecil itu adalah kerajaan menyelesaikan masalah sebenar yang dihadapi oleh rakyat di kawasan tersebut.

Saya setuju dengan Najib memang BN tidak membeli undi tetapi MERASUAH pengundi dengan wang, projek mee segera, janji dan sebagainya. Projek berharga jutaan ringgit dijanjikan oleh BN antaranya membina sekolah Cina, perumahan kos rendah, wang RM1,000 untuk peneroka Sungai Buaya dan lain-lain.

Puluhan juta ringgit malah mungkin ratusan juta ringgit hangus ibelanjakan oleh BN untuk menang di Hulu Selangor. Anwar Ibrahim menegaskan bahawa BN membelanjakan kira-kira RM65,000 untuk seorang pengundi bagi memenangi PRK tersebit.

Pada 24 April, PM Najib menjanjikan peruntukan sebanyak RM3 juta kepada SRJK (c) Rasa, pembinaan 200 unit rumah kos rendah di Hulu Bernam dan peruntukan RM25 ribu kepada dua pertubuhan Cina di Hulu Bernam, seandainya BN menang.

Pada 23 April, Najib mengumumkan pembayaran pampasan tanah atas pembelian tanah sebanyak RM 50 ribu kepada 100 orang bekas peneroka FELDA Sungai Buaya, yang membawa kepada jumlah RM5 juta. Setiap daripada mereka memperolehi RM1000 pada peringkat awal, dan ini merupakan hasil penantian 15 tahun oleh mereka.

Selain itu, Najib mengumumkan pembinaan susur masuk dan keluar Sungai Buaya di Lebuhraya Utara-Selatan yang bernilai RM85 juta, yang bakal dimulakan pada tahun depan dan dijangka akan disiapkan dalam tempoh dua tahun.

Ahad, 25 April 2010

PRK HULU SELANGOR : HARI INI TENTUKAN CORAK NEGARA SELEPAS PRU 13










Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghentikan mesyuarat kabinetnya lebih awal dari biasa. Beliau memberikan alasan mahu berehat sebelum terus ke kawasan Hulu Selangor untuk berkempen. Dalam mesyuarat itu, beliau memberitahu kabinetnya, BN akan menang dalam pilihan raya kecil ini.

Hari ini, Najib turun ke beberapa kampung baru yang dikuasai MCA untuk bertemu dengan masyarakat Cina di sana. Ini ekoran kebimbangan beliau dengan patern pengundian di kalangan orang Cina. Beliau juga turut turun ke kampung tradisional Melayu yang dianggap kubu Umno.
Zentrum Future Studies Malaysia memberikan 78 peratus undi Cina memihak kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ini. Kajian Zentrum menunjukkan 61 peratus masyarakat Melayu memilih BN manakala sokongan kaum India adalah sebanyak 54 peratus.

Hasilnya, badan yang dipimpin oleh Dr Abu Hassan Hasbullah ini menjangkakan PKR akan menang dalam pilihan raya ini dengan mendapat 51.7 peratus dan BN 48.3 peratus. Ini keputusan pada dua hari sebelum mengundi iaitu pada 23 April.

Sebelum itu, Zentrun memberikan kemenangan kepada BN antara 63 hingga 54 peratus sehingga pada 23 April kajian Zentrun menunjukkan PKR akan menang.

Dengan data-data itu, tidak terkejut kalau Najib terpaksa turun ke kawasan-kawasan pengundi Cina untuk cuba mendapatkan balik hati mereka yang telah lari meninggalkan BN. Dalam salah satu ucapannya, beliau berkata, kerajaan mengiktiraf sumbangan orang Cina dalam bangunkan negara ini. Ia tidak pernah dibuat Najib sebelum ini.

Di pihak PKR pula, Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘senyum hingga ke telinga’ malam tadi selepas sehari suntuk berkempen. Beliau mengakhirkan kempennya di Felda Sungai Tengi, kawasan pengundi Melayu yang akan menentukan samada mereka akan mendapat sokongan pengundi Melayu atau tidak. 100 meter dari dataran tempat Anwar berkempen, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkempen.

Ketika minum teh tarik bersama Mazlan Aliman dan Suhaimi Said, kedua-duanya pakar tentang Felda, gelak ketawa sentiasa mengiringi perbualan mereka lambang kegembiraan hati Anwar dan lain-lain dengan perkembangan baik yang memihak kepada mereka.
Malam tadi, dataran Felda itu penuh sesak dengan manusia. Yang menariknya, lebih 70 peratus dijangka penduduk Felda sendiri dan kebanyakan mereka adalah golongan muda atau apa yang dinamakan sebagai generasi kedua Felda.

Anwar berceramah di pentas Himpunan Peneroka Felda Kebangsaan ke 2 anjuran Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) yang dipimpin Mazlan. Pagi ini, Mursyidul Am PAS juga turun ke situ. Beliau merasmikan himpunan itu pagi ini. Petangnya pula, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid pula memberikan ucapan penutup.

Semua usaha ini dibuat untuk mendapatkan undi Melayu. Pengarah Operasi pilihan raya PAS kali ini, Jamulidin Elias berkata, mereka berjaya meningkatkan undi Melayu kali ini.
Dari hanya 37 peratus, Jamal menjangkakan calon Pakatan Datuk Zaid Ibrahim akan mendapat sekurang-kurangnya 40 peratus dalam pilihan raya ini. Namun ia masih rendah dari sasaran 43 peratus sebelum ini.

Bilik Gerakan PAS yang dikendalikan beliau mencatatkan sokongan 65 peratus pengundi Cina dan 55 peratus pengundi India untuk Pakatan. Bagi Jamal, beliau memberikan beberapa isu yang memihak kepada Pakatan. “Di kawasan Melayu, BN tidak naikkan poster calon mereka, yang banyak poster Najib 1 Malaysia. Isu hubungan Tok Guru dengan Zaid dan kini Tok Guru datang untuk kempen juga memberikan impak yang besar kepada Pakatan, kata Jamal.
Dengan perkembangan terbaru ini, Jamal menjangkakan calon Pakatan akan menang sekitar 550 undi jika peratus keluar mengundi adalah 75 peratus esok. Namun beliau bimbang kalau-kalau peratusan keluar mengundi lebih tinggi.

Bacaan PKR berbeza dengan bacaan Jamal. Bagi Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail, lebih banyak peratus keluar mengundi, lebih baik untuk Pakatan.
“Kalau peratus keluar mengundi lebih 80 peratus, ia lebih baik untuk kita kerana ramai yang belum membuat keputusan sekarang dan keputusan baru nampaknya condong kepada kita,” kata beliau.

Menurut Saifudin, “BN kata mereka yang menang, kajian sampling dan servey kita pula menunjukkan kita yang menang selepas kita berjaya mendapat 43 peratus sokongan pengundi Melayu.”

Bagi Saifudin, kajian yang mereka buat mendapati, patern Hulu Selangor jauh berbeza dengan Bagan Pinang kerana di sana dari awal lagi pengundi membayangkan mereka bersama Isa Samad. Namun di sini, sokongan nampaknya seimbang.
“Ketika mereka menerima 1 Malaysia, mereka juga menerima program MES yang dianjurkan kerajaan negeri Selangor. 30 peratus rating untuk Najib, dalam masa yang sama Tan Sri Khalid juga mendapat rating yang hampir sama,” beritahu Saifudin.
Dengan masing-masing pihak berkata mereka menang, pilihan raya esok sangat menarik. Lapan jam terakhir menjelang tengah malam ini sangat bermakna sebelum tempoh kempen tamat jam 12 malam.

Pakatan memberikan fokus kepada majlis Nik Aziz yang akan sekali lagi ke Sungai Tengi malam ini, manakala BN akan datang dengan pelbagai jenis bantuan dan sokongan untuk pengundi. Tekanan BN terhadap media melambangkan kebimbangan mereka. Sekatan terhadap NTV7 hingga salah seorang penerbitnya meletakkan jawataan dan tindakan ‘gam’ terhadap Dr Abu Hassan Hasbulah dari keluar mana-mana stesen tv melambangkan kegusaran ini.
Yang pasti, pilihan raya ini akan memberikan kesan besar kepada rupa bentuk politik negara khasnya pilihan raya umum ke 13. Pemimpin Pakatan Rakyat pimpinan Anwar menjanjikan rupabentuk berbeza negara berbanding dengan apa yang kita ada sekarang.

PRK HULU SELANGOR : SAID KETUAI BADAN BERTINDAK KHAS MEMBELA MASALAH PENEROKA FELDA SELANGOR



HULU SELANGOR 25 APR: Kerajaan Selangor melantik calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim mengetuai Badan Bertindak Khas Membela Masalah Peneroka Felda berikutan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) mengabaikan mereka selama ini.

Pelantikan itu diumum Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pada sidang media selepas majlis penutupan Konvensyen Felda Sungai Tengi di sini, petang semalam.

"Pelantikan Zaid bertujuan menyelesaikan masalah isu tanah yang membelenggu masyarakat felda di Selangor. Sebagai bekas peguam yang firmanya terbesar di Malaysia, Zaid adalah orang yang sesuai sekali," katanya.
Zaid, antara lain diberi tanggungjawab menyemak semula semua perjanjian yang dibuat antara peneroka dengan Felda dan kerajaan Persekutuan.
Khalid juga menolak tanggapan sesetengah pihak kononnya pelantikan Zaid dibuat berikutan kedudukan sebagai calon Pakatan Rakyat di Parlimen Hulu Selangor, sebaliknya bersandarkan kepakaran beliau dalam aspek perundangan.

Pelantikan Zaid dilihat dianggap tepat dan kena pada masanya berikutan bekas Menteri Undang-Undang itu sendiri adalah anak peneroka.

Mengikut carian wikipedia, bapanya Zaid iaitu Ibrahim Awang bekerja kampung sebelum berhijrah ke Hulu Kelantan untuk meneroka tanah, sekali gus bermakna Zaid memahami penderitaan dan masalah peneroka.

Pada majlis sama, Khalid juga mengumumkan pelantikan ahli lembaga Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Mohamed Azmin Ali untuk menguruskan perumahan generasi kedua yang dirancang sebelum ini.

"Kerajaan Selangor berusaha membuat penempatan untuk generasi kedua Felda. Tugas ini dipertanggungjawabkan kepada Mohamed Azmin Ali," katanya.
Felda di Hulu Selangor berdepan masalah yang berlarutan melibatkan status tanah tanpa penyelesaian jitu sekalipun kerajaan Umno BN secara tiba-tiba hadir menyampaikan wang tunai dan janji penyelesaian.

Dua hari sebelum pembuangan undi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjanjikan 50 ribu sebagai pampasan tanah kepada 363 peneroka Felda Sungai Buaya yang menunggu selama berbelas-belas tahun.

Sungguhpun begitu, kerajaan Umno BN gagal memberi alasan munasabah mengapa penyelesaian ini tidak dibuat lebih awal, sebaliknya hanya muncul menjelang hari pembuangan undi.

PRK HULU SELANGOR : NAJIB LEBIH ZALIM DARIPADA YAHUDI?

Kalau Yahudi Israel zalim terhadap umat Islam Palestin, Umno/BN terutama presidennya lebih kejam dan zalim daripada Zionis harami..

“Kita bersetuju untuk membayar RM160,000 seekar, akan dibayar bila tanah dibangunkan... pastikan pada pilihan raya umum akan datang negeri Selangor kembali kepada pangkuan Barisan Nasional,” kata Najib pada majlis khas di padang Sekolah Kebangsaan Sungai Buaya di sini hari ini.

Lihatlah betapa zalimnya seorang perdana menteri sunggup membuat ugutan terhadap rakyatnya sendiri..? Apakah sekiranya rakyat tidak menyokongnya maka berbillion wang rakyat itu akan disonglapkan untuk agihan para kroni mereka..??

Wahai pengundi Hulu Selangor, saya ulangi pesanan... walau satu undi untuk BN, ianya ibarat menggadai maruah Agama, Bangsa dan Negara kepada Israel. Perlu diingat, lawatan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Amerika dan pertemuan dengan presiden Obama adalah terjemahan kepada sokongan Umno/BN kepada perjuangan YAHUDI..!!!



HULU SELANGOR, 23 April — Datuk Seri Najib Razak berjanji akan menyelesaikan masalah 363 bekas peneroka Felda Sungai Buaya di sini, yang berlarutan lebih satu dekad, dengan syarat Barisan Nasional (BN) merampas kembali Selangor dalam pilihan raya umum akan datang.

Najib, yang juga Pengerusi BN memberi janji ini kira-kira lima jam selepas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri akan mengambil alih tanah bekas penempatan Felda ini untuk dibangunkan dan membantu peneroka-peneroka terbabit.

Khalid memberikan tempoh tiga bulan kepada pemaju berkenaan untuk tampil dengan pelan pembangunan tanpa mengabaikan kepentingan bekas peneroka terbabit.

Kedua-dua Najib dan Khalid berada di kawasan bekas Felda Sungai Buaya ini ketika tinggal dua hari sebelum pengundian pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor hari ini. Daerah mengundi Sungai Buaya menjanjikan 1,700 undi manakala daerah mengundi Bandar Sungai Buaya pula sekitar 550 undi.

Isu ini telah menjadi tuntutan pilihan raya umum 2004 dan 2008 ketika kerajaan negeri masih berada dalam penguasaan BN.

Inilah lagak puteri umno yang telah ditanam dengan semangat pro Yahudi dan menjadi agen zionis

Sabtu, 24 April 2010

DSAI - ALLAH TAKDIRKAN 16 SEPT, TAK JADI

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi menunjukkan dua pucuk surat sebagai bukti bahawa beliau mempunyai cukup jumlah ahli parlimen untuk mengambil alih kuasa daripada kerajaan BN melalui 'Projek 16 September'.

Anwar berkata surat pertama bertarikh 18 September 2008 yang menuntut agar Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi memanggil sidang tergempar kerana ahli Dewan Rakyat sudah hilang keyakinan kepadanya.

"Jika tak ada jumlahnya, adakah boleh diadakan sidang parlimen tergempar?" katanya Anwar ketika berceramah di hadapan kira-kira 400 orang di Padang Perumahan Taman Teratai, yang dikatakan kubu kuat Umno.

Manakala surat bertarikh pada hari berikutnya, kata Anwar, memohon perkenan mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan kerana mempunyai cukup majoriti ahli Dewan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan yang baru.

"Bagaima
napun Allah mentakdirkan perkara itu tidak menjadi," katanya sambil merayu agar pengundi memberi sokongan kepada calon PKR Datuk Zaid Ibrahim dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor 25 April ini.

Anwar yang juga penasihat ekonomi kerajaan Selangor menyentuh pendedahannya bahawa kerajaan Malaysia membuat perjanjian dengan sebuah firma perunding yang mempunyai kaitan dengan Yahudi.

Ia susulan keputusan Dewan Rakyat petang semalam meluluskan usul merujuk Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen ekoran pendedahan beliau itu.

Anwar menjela
skan kepada pengundi dengan menunjukkan salinan surat perjanjian kerajaan Malaysia dan firma Apco itu.

"Surat (perjanjian) Apco dan kerajaan Israel sama dengan surat (perjanjian) antara Apco dengan Malaysia. Jawablah, buat apa hina saya... Jawablah, buat apa hukum saya," katanya.

Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri berkata, beliau telah memuatkan salinan perjanjian tersebut di dalam blog rasminya.

Dalam perkembangan berkaitan, ketua umum PKR itu juga menjawab tohmahan yang mendakwanya menjadi "boneka kepada Yahudi".

Beliau turut menunjukkan satu risalah mendakwa bahawa beliau mempunyai "lingkaran dengan Yahudi".

Anwar menyifatkan tindakan tersebut dilakukan oleh "orang munafik dan pembohong"

"Haram saya berdamping dengan mereka. Saya tidak buat kerja itu semua," katanya sambil mendapat tepukan gemuruh hadirin.

Ahad, 18 April 2010

PRK HULU SELANGOR : TIDAK RUGI PILIH ZAID



KUALA KUBU BAHARU 17 April - Isteri calon Pakatan rakyat bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor, Datin Suliana Shamsuddin yakin suaminya mampu menyelesaikan banyak masalah rakyat di kawasan Parlimen yang telah diabaikan oleh Umno-Barisan Nasional sejak lebih 50 tahun.

Ketika ditemui selepas Datuk Zaid disahkan menjadi calon pada PRK 25 April depan, Suliana berkata sebagai isteri beliau lebih memahami kemampuan dan komitmen suaminya berkhidmat kepada rakyat.

"Saya menyeru kepada pengundi di Hulu Selangor membuat pilihan yang tepat dan memilih Datuk Zaid Ibrahim kerana saya tahu prinsip perjuangan dan ketegasannya dalam membela hak rakyat.

"Zaid mampu menyelesaikan masalah rakyat di sini dan sepanjang beliau berada di Kota Bharu banyak pengorbanan yang telah beliau lakukan selain beliau disenangi oleh semua lapisan masyarakat di situ.

"Bagi saya tidak ada bezanya di mana kita berada samada di bandar mahupun di luar bandar kerana masalah yang dihadapi tetap sama, masalah tersebut hanya dapat diselesai oleh mereka yang mempunyai pendirian yang tegas dalam perjuangan," jelas beliau kepada Suara Keadilan.
Selain bersama-sama zaid berkempen diseluruh pelusuk Hulu Selangor, Suliana juga mempunyai program berasingan yang ketat menemui pengundi wanita.

"Program saya bersama rakyat telah diatur dengan perinci bagi saya bertemu dengan penduduk setempat diseluruh Hulu Selangor lebih-lebih lagi di kawasan Felda yang dilihat sebagai kubu kuat Umno.

"Saya akan turun menjelaskan kepada penduduk setempat siapa Zaid yang sebenarnya dan tidak rugi mereka memilih Zaid sebagai wakil mereka di Hulu Selangor," kata Suliana lagi.

PRK HULU SELANGOR : HARI PERTAMA KEMPEN DICEMARI INSIDEN BALING BOTOL

Bahang kehangatan kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor semakin terasa apabila berlaku ketegangan antara penyokong Pakatan Rakyat dan BN di sebuah padang berdekatan Pekan Kerling, Kuala Kubu Baru, malam semalam.

Pegawai Penyelaras Pakatan Parlimen Hulu Selangor, Ali Rahman berkata kejadian berlaku apabila Pemuda BN didakwa bertindak membaling botol berisi air ke arah hadirin yang lalu lalang untuk mendengar ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat.

Ali mendakwa sebanyak tiga hingga empat biji botol dibaling oleh mereka ke arah hadirin yang berulang-alik di situ.

Katanya tindakan provokatif itu dilakukan seramai kira-kira 30 hingga 40 orang Pemuda BN yang berada di pondok panas mereka yang terletak bersebelahan dengan padang berkenaan.


Kejadian berlaku sejurus ketibaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sampai ke situ untuk menyampaikan ceramahnya kira-kira jam 11.15 malam.

Tiindakan membaling botol itu mencetuskan kemarahan hampir 30 penyokong Pakatan.

Mereka kemudiannya meluru ke arah Pemuda BN sambil meminta agar penyokong kerajaan itu memberi kerjasama, menjaga adab dan menghormati program tersebut tanpa sebarang gangguan.

Malaysiakini turut mendapati beberapa wakil dari Pemuda BN cuba memujuk penyokong mereka agar bertenang dan mengendurkan keadaan.

Ketegangan yang berlaku selama 10 minit itu, berjaya ditenteramkan oleh kira-kira 30 anggota polis yang berada di situ termasuk lapan anggota Light Strike Force yang datang beberapa minit kemudian.

Sebelum itu, penyokong BN bersorak dan menjerit tanpa henti bagi mengganggu ucapan beberapa pemimpin Pakatan antaranya Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub; ahli parlimen Puchong dari DAP Gobind Singh Deo dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar yang sedang menyampaikan ceramah mereka.

Selepas campur tangan polis, ceramah malam semalam berjalan lancar dan pemimpin Pakatan menggunakan peluang itu bagi menempelak tindakan Pemuda BN.

Jumaat, 16 April 2010

ADUN BAKAR ARANG ADA KEPENTINGAN DAN CITA-CITA PERIBADI



SHAH ALAM 16 APR: Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang, Tan Wei Shu meninggalkan parti sebenarnya sudah dijangka pimpinan Parti Keadilan Rakyat, lebih-lebih lagi selepas digugur dari senarai Exco kerajaan negeri Mac lalu.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrul Hisham Shaharin menyifatkan pengguguran itu memudahkan kerajaan Umno Barisan Nasional memancing Adun Bakar Arang itu dengan kemungkinan disogok habuan tertentu.

"Sebenarnya, kita sudah jangka khususnya apabila menjelang pilihan raya. Yang lemah, yang mengejar habuan sudah tentu akan mudah dipancing." katanya kepada TV Selangor, hari ini.

Pada masa sama, Badrul Hisham menyifatkan tindakan Adun Bakar Arang itu sebagai sebahagian lagi proses pembersihan parti supaya individu yang ada kepentingan peribadi tidak kekal dalam parti.

"Dan inilah proses pembersihan. Mereka adalah antara orang yang punya kepentingan dan cita-cita peribadi. Bakar Arang contohnya.

"Kita sudah beri pelbagai ruang kerana dia gagal untuk menunjukkan prestasi yang baik sebagai Exco kerajaan negeri. Lantas kita mencari ADUN PKR lain untuk ganti.

"Dia (Wei Shu) kecewa kerana mungkin bagi dia, itu jawatan peribadi dia. Kita kena ingat, kita dinaikkan oleh rakyat, bukan kekuatan parti semata-mata maka kita mendapat tempat.

"Justeru, kita kena beri khidmat terbaik. Sebarang pertukaran, sebarang perubahan dalam parti atau pentadbiran kerajaan adalah untuk mencari yang terbaik kepada rakyat.

"Orang yang tidak boleh menerima hakikat ini, kita persilakan mereka keluar," katanya.

PRK HULU SELANGOR : PERANGKAP MAKAN DIRI SENDIRI.

MIC sudah ada berani mencabar kepimpinan BN berhubung calon MIC di PRK Hulu Selangor, jika kehendak mereka tidak dituruti. Akibatnya "kuota kerusi Senator dan Timbalan Menteri kini milik MIC.." Siapa perangkap siapa ?





Ketua Penerangan MIC Kamalanathan akan bertanding di PKR Hulu Selangor pada 25 April. Ironiknya, secara tak langsung satu nama besar MIC telah terluka, lantas berputih matalah Datuk G Palanivel dan seorang lagi tokoh MIC V Mugilan.

Palanivel yang disokong kuat oleh Presiden MIC, DS S Samy Vellu nampak terkedu dengan jalan tengah yang dibuat oleh UBN. Samy enggan berganjak malahan telah bersedia memecat V Mugilan, yang dikatakan proksi Umno untuk dicalonkan.

Lantas, dengan bijak Timbalan Pengerusi BN, TS Muhyiddin Yassin memintas dengan mencalonkan Kamalanathan. Samy sebelum ini tidak membuat apa-apa pendirian mengenai Kamalanathan sebelum ini. Terperangkap.

Senarionya menjadi menarik kerana semasa pengumuman nama calon itu, oleh Muhyiddin, Timbalan Pengerusi MIC (Palanivel) telah lesap daripada pandangan umum. Pastinya dia kecewa kerana serata alam bila namanya dicanang sebagai calon oleh Samy Vellu.

Ada dua faktor yang boleh dilihat iaitu, Palanivel yang telah sekian hari bekerja keras menyiapkan diri untuk menjadi calon dan suara Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu yang mahukan dia bertanding seakan tidak berkesan. Desakan dan desakan sehingga detik-detik terakhir juga tidak merubah pendirian UBN.

Dengan mudah dicongakkan oleh Umno bahawa Palanivel tidak layak bertanding... dan jika dijadikan calon... UBN akan kalah. Ertinya seorang Timbalan Presiden parti komponen terbesar BN juga tidak mempunyai kualiti seorang calon yang wibawa.

Apakah selama empat penggal sebelum tewas kepada Allahyarham Datuk Zainal pada PRU12 yang lepas, Palanivel tidak menjalankan tanggungjawab sebagai anggota Parlimen Hulu Selangor. Empat penggal bukan tempoh pendek untuk MIC memastikan pembangunan dan penyelesaian masalah penduduk setempat.

Apa-pun telah disebarkan bahawa Palanivel akan diangkat menjadi seorang senator dan kemudian dilantik menjadi Timbalan Menteri. Begitulah tuah kekuatan Samy Vellu.... kalah juga PM DS Najib Tun Razak dan Muhyidin akan tekanan MIC. Terpaksa menawarkan satu lagi jawatan Timbalan Menteri untuk menutup aib.

Muhyidin ternyata sudah termalu dengan pendiriannya untuk meletakkan calon pilihan pucuk pimpinan tertinggi BN. Termalu kerana sejak awal menolak Palanivel. Akhirnya menelan segalanya dan beralah menawarkan jawatan kabinet. Mugilan juga terpaksa akur dengan kehendak Samy Vellu kerana bimbang dipecat. Samy kini menjadi Hero semula. Dalam usaha UBN memerangkap Samy, akhir UBN masuk perangkap.

Yang jelasnya, untuk semua komponen BN, bahawa kata putus presiden parti masing-masing bukan semestinya diikuti pucuk pimpinan BN.

Selain itu ternyata Muhyiddin akur bahawa calonnya bukan anak tempatan seperti dilaung-laungkan. Satu pembohongan nyata tetapi terpaksa. Maka akan berdepanlah UBN dengan tiga penjuru musuh dalamannya sendiri. Usaha memperbetulkan persepsi penyokong Palanivel, usaha untuk memaklumkan kepada penyokong MIC bahawa presiden MIC masih mempunyai taring berbisa dan usaha untuk memperkenalkan Kamalanathan yang kurang dikenali sepertimana Mugilan selaku anak tempatan.

SIAPA LEBIH KAYA, ZAID ATAU MUHYIDDIN














Kami yakin Muhyiddin Yassin tidak akan berani untuk menyahut cabaran Zaid Ibrahim agar mereka sama-sama tampil mendedahkan kekayaan masing-masing. Sejauh mana keberanian Muhyiddin sudah terbukti beberapa kali! Bahawa Muhyiddin bukan seorang yang berani dan berpegang kepada kata-katanya sendiri. Muhyiddin hanya berani berdepan dengan Abdullah Badawi sahaja, teapi bukan dengan orang lain.

Keberaniannya mendesak Abdullah meletak jawatan dulu pun kerana didalang oleh Dr Mahathir Mohamad di belakangnya. Kalau bukan kerana Mahathir, tidak mungkin Muhyiddin berani membuka mulut menghalau Abdullah dari Putrajaya. Kisah perbincangan Muhyiddin dengan beberapa orang tertentu di atas halikeptor masih belum terungkap.

Hati budi Muhyiddin sangat dikenal oleh Abdullah Badawi. Apakah Abdullah telah memaafinya atau tidak walauahlam. Namun yang jelasnya Abdullah memang terasa hati dengan Muhyiddin.

Begitu juga dengan kata-kata Muhyiddin sejauh mana ianya boleh dipegang. Semasa pilihan raya kecil Manik Urai, Kelantan dulu Muhyiddin beriya memberi tahu kepada pengundi dan rakyat Kelantan bahawa Petronas akan membuat penjelasan berhubung royalti minyak yang dituntu oleh kerajaan Kelantan. Menurut Muhyiddin Kelantan tidak berhak mendapat royalti minyak.

Kenyataan Muhyiddin itu ditunggu ramai. Hinggalah ke hari mengundi Petronas tidak membuat apa-apa penjelasan seperti mana diminta Muhyiddin. Ertinya kata-kata Muhyiddin itu kosong dan tidak dipedulikan oleh Petronas. Kepalsuan itu berulang lagi di Hulu Selangor ini. Beberapa hari sebelum calon diumumkan beliau berjanji akan menurunkan anak tempatan dari MIC. Tetapai apa yang berlaku hari ini, orang luar Hulu Selangor yang diumumkan sebagai calon.

Apa yang berlaku hari ini menunjukkan wibawa Muhyiddin sebenarnya. Walaupun beliau timbalan Prediden Umno dan TPM, namun beliau tidak dapat untuk mengawal keberanian Samy Vellu dan membaca kelincahan politik presiden MIC itu. Akhirnya Muhyddin terperangkap dalam jerat Samu Vellu.

Cabaran Zaid terhadap Muhyiddin itu ekoran kenyataan Muhyiddin mengatakan Zaid bukan calon selayaknya diturunkan PKR. Kenapa Zaid dipilih kerana Zaid seorang yang kaya. Zaid mentafsirkan kenyataan Muhyiddin itu cuba mengaitkan dia sebagai seorang yang perasuah dan tidak mengenang budi Umno kerana bertanding atas PKR.

Tepat sekali kalau Zaid membuat cadangan itu. Muhyiddin tidak boleh bercakap saja tanpa bukti-bukti menunjukkan kekayaan Zaid. Buktinya tiada, kerana itu adalah ilusi Muhyiddin sahaja. Kalau setakat melihat kediaman Zaid, di Tropicana, PJ ia tidak mencukupi.

Adalah dangalnya asas digunakan Muhyiddin itu. Kalau kerana kedimanan Zaid di Tropicana sebagai bukitinya, menunjukkan Muhyiddin mencari-cari keburukan Zaid untuk ditaburkan kepada pengundi. Apakah Muhyiddin lupa selain Zain beberapa pemimpin Umno lain juga mendiami di Tropicana? Apakah mereka yang tinggal di situ boleh disifatkan kaya dan membuat kekayaan itu dengan rasuah?

Timbalan Menteri Kewangan 2, Awang Adek Hussein juga tinggal di Triopinca. Rumahnya juga sama besar dan sama hebat dengan rumah Zaid. Malahan rumah mereka berdua ini sama hebat dan sama besar juga dengan rumah Muhyiddin di Bukit Damansara. Wartawan dan kolongmerat media massa, Kadir Jasin juga tinggal di Tropicana. Apakah mereka ini juga termasuk dalam bilangan orang kaya seperti mana yang Muhyiddin ilusikan itu?

Biarlah, mungkin asas itu kukuh. Bahawa orang Melayu yang tinggal di Tropinca itu semuanya kaya raya belaka. Mereka yang tinggal di situ diikhtirafkan sebagai kaya. Justeru mungkin orang bersetuju kalau Zaid mengistyharkan hartanya. Tetapi seperti mana kata Zaid, biarlah Muhyiddin, Najib Razak dan menteri-menteri lain termasuk Muhammad Mohd Taib, Rahim Tamby Chik, Daim Zainuddin dan lain-lain juga ikut sama mengistyharkan harta masing-masing.

Menurut Zaid antara orang yang tidak setuju supaya menteri mengistyharkan harta masing-masing semasa Abdullah jadi PM dulu ialah Muhyiddin Yassin? Kenapa?

Masa masih ada. Muhyiddin boleh mengambil note atas cabaran Zaid ini. Satu majlis boleh diadakan di Hulu Selangor untuk tujuannya itu. Biarlah semua rakyat tahu harta siapa yang lebih banyak. Muhyddin tidak perlu takut. Sebaliknya kalau cabaran ini tidak disahut Muhyiddin, ini bermakna dakwaan beliau itu hanya ilusi saja. Dan 'kekembirian' beliau dalam hal ini menyebabkan orang ramai akan menuduh, bahawa Muhyiddin juga mempunyai kekayaan berlaut!

PRK HULU SELANGOR : PAKATAN RAKYAT TERUS MARA MEMBAWA PERUBAHAN




















Menjelang pilihan raya pastinya ada usaha untuk memburukkan muafakat utuh Pakatan Rakyat. Tohmahan sebagai pengkhianat bangsa dan negara dihamburkan tanpa sebarang asas dan bukti. Pakatan Rakyat digambarkan oleh media yang dikongkong seolah-seolah retak menunggu belah. Namun apa yang terjadi sebaliknya. Permuafakatan ini dari hari demi hari semakin erat, kukuh dan berkeyakinan untuk membawa Perubahan.

Lalu pihak lawan tidak dapat tidak terpaksa menggunakan muslihat kotor hatta mengkhianati hasrat Rakyat. Maka kita lihat ada dari kalangan kita akhirnya menyerah kepada muslihat tersebut.

Namun pernahkah kita merasa kecewa kerana pengkhianatan itu? Pastinya tidak. Mengapa harus bersedih demi mereka yang tercicir dari perjuangan!

Ya, kita kehilangan kerusi baik di parlimen atau di dewan undangan negeri, namun tidak sedikitpun ianya menggoncang keyakinan kita. Kita sedar rakyat marah melihat gelagat murahan gerombolan para pelompat itu.

Akan tetapi kita mara terus, berbekalkan doa dan iltizam demi memastikan kemaslahatan bangsa serta negara, ujian serta cobaan diharungi.

Ini tidak menjadi alasan kepada pimpinan Pakatan Rakyat untuk menafikan tanggungjawab selepas diberi mandat. Kami memikul tanggungjawab tersebut. Janji kami calon selepas ini pastinya berkebolehan dan sedia berbakti dengan ikhlas.

Makanya Pilihanraya Kecil Hulu Selangor menjadi bukti tekad dan janji kami itu; calon Pakatan Rakyat merupakan mantan menteri yang meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan penggunaan ISA.

Oleh itu kepada pendokong Pakatan Rakyat pastikan kemenangan di Hulu Selangor. Tunjukkan kepada pimpinan Umno-Bn bahawa muslihat mereka sudah tidak mengejutkan apatah lagi mampu menggoncang keyakinan perjuangan.
Malah Umno-Bn sewajarnya gusar kerana hayat mereka semakin pendek akibat pengkhianatan demi pengkhianatan terhadap rakyat dan negara.

Demi mengampu Amerika Syarikat, pentadbiran sekarang kelu membisu berkaitan senjata nuklear Israel, sanggup bekerjasama di Afghanistan tatkala umat Islam terbunuh saban hari dan masih membenarkan syarikat perunding Apco yang ada kaitan jelas dengan individu-individu dari Agensi Perisikan Israel sehinggakan berpotensi mengancam keselamatan negara. Saya yakin rakyat akan membuat keputusan untuk menolak pentadbiran yang bermuka-muka.

Anwar Ibrahim

Khamis, 15 April 2010

JAMIL KHIR WAJIB TAUBAT NASUHA - DR. USTAZ BADRULAMIN



Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Dr Badrulamin Bahron meminta Menteri di Jabatan Perdana melakukan taubat nasuha berhubung kenyataan beliau terhadap fatwa Syeikh Yusuf Al-Qardawi berkaitan tuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim."Pertama memang ada larangan di dalam Al-Quran terhadap orang yang mengetahui tapi menyembunyikan apa yang dia tahu, dalam hal ini, Jamil Khir cuba berdalih kononnya ini cuma pendapat Yusof Qardawi dan bukannya fatwa.

"Saya nak tegaskan ini hukum Allah yang jelas dan tidak perlu fatwa, fatwa diperlukan bila hukum tidak jelas tetapi dalam hal ini hukum amat jelas. Persoalannya di sini apa hukumnya terhadap orang yang menolak hukum Allah ini, hukumnya adalah kafir.

"Sheikh Yusuf Qaradawi menjelaskan mengenai sesuatu yang lebih tinggi dari fatwa kerana dalam perkara liwat ini hukumnya amat jelas dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak dan wajib menerimanya," jelas Dr Badrulamin pada majlis penerangan di Dewan Serbaguna Kampung Selisek, Hulu Bernam Isnin lalu.

Menurut beliau lagi, Syeikh Yusuf Al-Qardawi cuma membaca firman Allah di dalam Al-Quran dan beliau hanya membaca ayat yang tidak diubah walau sedikit pun.

"Kalau hukum sudah jelas dan Jamil masih lagi mahu berdalih seolah-olah hukum tidak wujud dan saya ingin lihat apa niatnya, kalau niatnya untuk menafikan ayat Allah maka kafir tetapi kalau atas tujuan politik untuk menutup kemungkaran maka dia itu munafik dan fasik.

"Munafik itu orang yang mencipta fitnah dan orang yang menyebarkannya adalah fasik.

Dalam pada itu Dr Badrulamin juga menjelaskan bahawa orang yang fasik adalah orang tidak akan diterima kesaksiannya di mahkamah atau sebagai wali di majlis perkahwinan buat selama-lamanya.

"Orang fasik jika menjadi saksi maka tidak sah nikahnya, apabila nikah tersebut tidak sah maka suami isteri itu juga tidak sah, jika suami isteri tidak sah maka anak yang dilahirkan juga tidak sah, ini soal hukum besar dan sebab itu Syeikh Yusuf Al-Qardawi minta Anwar sampaikan pada setiap orang, "Soal rakyat terima tidak terima, itu hak masing-masing antara dia dengan Allah kerana tugas kita ialah menyampaikan dan setiap orang mesti dengar maka di Hulu Selangor ini adalah peluang bukan kerana semata-mata kempen menang tetapi kempen akidah untuk menyelamatkan daripada tergolong daripada golongan munafik dan fasik," tegas bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu.

PRK HULU SELANGOR : MUHYIDDIN DICABAR ISYTIHAR HARTA BERSAMA ZAID




Calon Pakatan Rakyat di Hulu Selangor Datuk Zaid Ibrahim berkata, beliau sanggup mengisytiharkan hartanya serta-merta sekiranya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri kabinet sanggup menyahut cabaran yang sama.

"Sekarang pun boleh (isytihar), esok pun boleh. Tetapi mereka kena isytihar juga," katanya ketika ditanya kesediaan beliau berbuat demikian setelah isu 'kekayaannya' dibangkitkan Muhyiddin semalam.

Menyifatkannya sebagai "tuduhan karut", Zaid turut kelihatan mempersoalkan peranan Muhyiddin sebelum ini - ketika menjadi menteri kabinet - terhadap cadangan perdana menteri pada waktu itu Tun Abdullah Badawi supaya mereka mengisytiharkan harta dan hutang masing-masing.

"Tetapi cadangan Pak Lah ditolak. Jadi Muhyiddin patut jelaskan mengapa?" soalnya kembali sambil mendakwa beliau masih berpegang kepada pendirian lamanya menyokong cadangan tersebut.

Dalam sidang media di Bukit Beruntung semalam, Muhyddin dilaporkan mendakwa PKR memilih Zaid sebagai calon mereka sempena pilihan raya kecil pada 25 April ini kerana bekas menteri di jabatan perdana menteri itu kaya.

Timbalan perdana menteri juga dilaporkan berkata, berdasarkan maklumat yang diterimanya, pemilihan Zaid dibuat bukan kerana beliau mampu berkhidmat kepada penduduk setempat.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini di banglow dua tingkatnya di Petaling Jaya pagi tadi, Zaid menjelaskan, isu 'kekayaannya' itu sengaja ditimbulkan BN bagi "mempersendakannya" dan "seolah-olah hendak menuduhnya mengamalkan rasuah"

'Nak kata miskin, tidak juga'

"Saya hairan juga mereka tuduh saya begitu, seolah-olah tuduh saya rasuah. Saya menteri (selama) enam bulan (sahaja), macam mana hendak buat (rasuah)?

"Menteri undang-undang pula, bukan (menteri yang) jaga Petronas, bukan jaga Felda, bukan menteri kewangan," kata Zaid yang juga penyelaras Pakatan Rakyat.

Berhubung dakwaan BN cuba mempersendakannya, Zaid menjelaskan, isu kekayaannya itu ditimbulkan bagi menggambarkan beliau seorang yang "tidak mengenang budi" kerana membuat duit ketika bergiat dalam Umno.

"Itulah politik kempen dia (Muhyiddin). Saya harap kita teruskan kepada persoalan isu sebenar di Hulu Selangor," katanya.

Beliau bagaimanapun mengaku "berduit" daripada pendapatan hasil 30 tahun menjalankan firma guaman dan mempunyai sedikit pelaburan.

"Bukanlah kata (saya) tak ada duit. (Tetapi) bukan seperti yang digambarkan. Jadi hendak kata saya miskin, tidaklah. (Kalau miskin) takkan boleh duduk di Tropicana (Golf Resort)," katanya.

Dalam wawancara kira-kira 45 minit itu, Zaid mengupas pelbagai perkara berhubung 'pertarungan' BN- Pakatan yang akan ditentukan oleh hampir 65,000 pengundi pada 25 April ini. 'Kehangatan' suasana menjelang tempoh rasmi berkempen yang tinggal dua hari lagi, kini mula terasa.

Anwar kelmarin mengumumkan Zaid sebagai calon PKR bagi berdepan dengan BN di Hulu Selangor atas tindakannya yang sanggup melepaskan jawatan menteri "demi prinsip" kerana menentang penggunana akta ISA oleh kerajaan.

PRK HULU SELANGOR :ZAID PILIHAN TEPAT, MAMPU TARIK PENGUNDI MUDA




















SHAH ALAM 15 Apr - Pensyarah Kanan Pengajian Media Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbollah menyifatkan pemilihan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat yang akan bertanding di Hulu Selangor sebagai tepat.

Beliau menganggap Zaid sebagai tokoh yang berani dan berintelektual yang pastinya akan memenangi hati semua lapisan pengundi termasuk kelas menengah dan juga golongan muda.

"Zaid Ibrahim merupakan anak Melayu yang liberal. Beliau akan menghadapi cabaran dalam memenangi hati pengundi," kata Dr Abu Hassan.

Beliau menambah, wujud dua golongan iaitu golongan muda dan golongan lama yang berfikiran konservatif. Zaid Ibrahim berkemungkinan besar akan disokong golongan muda dan pada sama akan menghadapi tentangan golongan lama.

"Zaid Ibrahim mesti bijak mengambil hati kedua-dua golongan ini," katanya.
Ketika ditanya berkenaan cabaran dan peluang yang akan digalas Zaid, beliau yakin bekas Menteri Undang-undang tersebut mampu menangani semua isu yang dibangkitkan pihak lawan serta menyakinkan pengundi untuk menyokong beliau.

Berdasarkan pandangannya Dr Abu Hassan yang terkenal sebagai pengasas pusat kajian terkemuka Zentrum Future Studies menyakini bahawa Zaid sebagai simbol politik baru mampu membawa dimensi baru dalam politik alaf baru yang memerlukan perubahan.

PRK HULU SELANGOR : ZAID LETAK JAWATAN MENTERI LAWAN ISA





















BATANG KALI 15 Apr - Calon Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim berkata tindakan beliau meletakkan jawatan Kabinet adalah berdasarkan prinsip menentang penyalahgunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan memperjuangkan hak rakyat Malaysia yang ditindas di bawah akta zalim itu.
"Saya tegaskan bahawa kerajaan tidak boleh perintah dengan menggunakan akta yang zalim, tak boleh tahan orang tanpa sebab, tak boleh guna mahkamah untuk kepentingan politik dan tak boleh guna undang-undang zalim terhadap rakyat.
"Saya dipecat sebab saya tulis surat terbuka kepada Perdana Menteri mengingatkan janji Tunku Abdul Rahman pada tahun 1960-an bagaimana ISA digunakan. ISA bukan untuk tahan sesiapa tetapi untuk komunis.
"Saya ada prinsip politik, kalau tak ada prinsip tegas bagaimana nak bela rakyat? Sudah sampai masa rakyat pilih calon yang ada rekod perjuangan dan tak boleh dibeli dengan kuasa dan wang ringgit," tegas Zaid ketika menemui lebih 3,000 pengundi dan penyokong di Dewan Datuk Abd Hamid, Taman Ligamas, Bandar Utama Batang Kali semalam.
Majlis Penerangan itu turut di hadiri Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye, Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam serta Ketua Penerangan PAS PUsat, Idris Ahmad.
Zaid juga berjanji untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi penduduk Hulu Selangor sekiranya dipilih mewakili kawasan itu Parlimen 25 April depan.
"Walaupun saya tinggal di Petaling Jaya hampir 30 tahun, saya bolaehlah dikira sebagai orang Selangor. Saya faham benar masalah rakyat Hulu Selangor.
"Selama 18 tahun BN wakili Hulu Selangor masih tidak boleh selesaikan masalah geran tanah rakyat di sini, tidak ada pelaburan yang di bawa. Apakah pengundi masih mahu percaya kepada BN?
Ketika berucap di Dewan Serbaguna Kampung Sungai Buaya kemudian, Zaid berkata beliau bersedia mendedahkan kekayaannya dan mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta seluruh anggota barisan tertinggi kerajaan melakukan langkah yang sama.
Cabaran itu dibuat selepas Muhyiddin mendakwa Zaid dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat kerana kekayaan beliau, dan bukannya kemampuan bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
“Sebahagian anggota Kabinet menentang idea mengisytiharkan harta ketika berkhidmat di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
“Jadi saya akan dedahkan harta, jika mereka berbuat demikian,” kata beliau di hadapan lebih 300 penyokong.
Zaid juga menafikan dakwaan beliau mempunyai rumah di Dubai, London dan Australia berikutan kekayaan luar biasa yang dimilikinya.
“Saya berharap ia betul, tetapi saya hanya ada rumah di Kota Bharu, yang dibeli 15 tahun lalu dan sebuah lagi di Petaling Jaya,” jelas beliau.
Zaid diumumkan sebagai calon Pakatan Rakyat oleh Anwar pada satu majlis di Serendah Selasa lalu

PRK HULU SELANGOR : ZAID IBRAHIM PEMIMPIN BERSIH, BERPRINSIP DAN BERINTEGRITI.




















HULU SELANGOR 14 APR: Datuk Zaid Ibrahim disifatkan sebagai pemimpin yang memiliki latar belakang bersih dan berintegriti serta tidak tergugat dengan kepentingan politik.

Tokoh Melayu ini dilihat sebagai kepentingan bagi dirinya hanyalah naluri yang bersih, yang hanya mampu diterbitkan dari pautan erat kepada nilai-nilai kemanusiaan, keadilan dan kesaksamaan.

Sehubungan itu, pimpinan Pakatan Rakyat menganggap pemilihan bekas Menteri Undang-Undang berkenaan sebagai calon adalah pilihan paling tepat.

“Saya kata Zaid manusia yang aneh di Malaysia. Dalam Umno memang tidak ada. Sebab itu, beliau tunjuk semangat berkorban untuk rakyat. Bila sertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), dia jelajah seluruh negara.

"Dia (Zaid) kata pada saya, dia sedia bekerja jika dipilih. Jika tidak dipilih pun dia akan bekerja. Itu janji dia pada saya,” kata Ketua Umum PKR itu.

Anwar berkata, rakyat tidak perlu gusar dengan kemampuan Zaid melaksanakan tugasnya, kerana beliau sebelum ini pernah menjadi Ahli Parlimen Kota Bahru, peguam dan Menteri Undang-Undang.

“Saya tahu rekod dia. Semasa jadi Ahli Parlimen Kota Baharu, dia jaga parlimen dia. Saya yakin beliau dan kawan- kawan akan pastikan khidmat yang jauh lebih baik untuk rakyat Hulu Selangor,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh melahirkan rasa kagum dengan sifat tawadduk Zaid Ibrahim yang ditempa dari pengalamannya membesar di kawasan kampung.

“Pemilihan calon adalah yang terbaik. Di Hulu selangor, ada Melayu, Cina, India, Minang dan Orang asal. Kami yakin Zaid calon terbaik yang boleh mewakili semua pengundi di Hulu Selangor," kata Pengarah Pilihan Raya Pusat PKR itu.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution pula mengibaratkan Zaid sebagai permata berharga untuk PKR dan yakin sikap Zaid mampu menyentuh hati setiap pengundi di Hulu Selangor.

“Saya kenal Zaid sebagai seorang punya prinsip dan ketegasan. Seorang yang punya ketajaman dan daya intelektual yang luar biasa. Dia (Zaid) aset Pakatan Rakyat yang luar biasa. Penampilannya, mudahnya didekati dalam memberi pandangan memang terserlah,” katanya.

Selasa, 13 April 2010

PRK HULU SELANGOR : SAID IBRAHIM CALON PAKATAN RAKYAT.






Datuk Zahid Ibrahim hari ini dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Menurut sumber, pemilihan Zaid itu dibuat oleh biro politik PKR yang bermesyuarat di rumah ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini.

“Keputusan memilih Zaid buat sebulat suara,” kata sumber itu lagi.

Zaid yang juga bekas menteri yang bertanggungjawab mengenai hal-ehwal perundangan ketika dalam barisan kabinet bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum berada di PKR.

Beliau dijangka akan diperkenalkan secara rasmi sebagai calon Pakatan Rakyat di sebuah ceramah di Serendah, malam ini.

Zahid dikatakan sebagai calon terbaik bagi PKR untuk mempertahankan kerusi itu kerana pengalamannya yang luas.


Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong selepas penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada 25 Mac lepas akibat barah otak.

Pada pilihan raya umum 2008, wakil rakyat PKR itu menewaskan calon Barisan Nasional Datuk G Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini mengesahkan bahawa BN akan meletakkan calon daripada MIC untuk bertanding pada pilihan raya kecil yang akan diadakan 25 April ini.

BN dijangka mengumumkan calonnya pada 15 April, iaitu dua hari sebelum penamaan calon, dan desas-desus mengatakan Palanivel akan diberi peluang kedua untuk merampas kembali kerusi yang pernah disandangnya sebanyak tiga penggal itu.



TOLAK APCO, TOLAK BN DI HULU SELANGOR













TEMERLOH, 13 April: Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Saad menggesa pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor menolak Umno/BN dalam pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 25 April ini sebagai bantahan terhadap tindakan kerajaan membenarkan agen Israel terlibat dalam isu yang boleh menjejaskan keselamatan negara. Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Pemuda PAS Pahang di Pejabat Badan Perhubungan Negeri, di sini, Suhaimi berkata tindakan pemimpin Umno menggunakan khidmat APCO Worldwide yang ada kaitan dengan agen zionis Yahudi adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab kepada keselamatan negara.
Tambahnya, PAS sangat bimbang dengan tindakan pemimpin Umno/BN yang tidak sensitif dengan isu keselamatan negara yang akan menyebabkan negara terdedah kepada bahaya pembocoran maklumat strategik.
“Cara pemimpin Umno mengurus negara sangat buruk sehingga sanggup mendedahkan keselamatan negara dalam bahaya. Tindakan mereka menggunakan khidmat APCO Worldwide sebagaimana yang didedahkan kepada umum perlu diajar oleh rakyat dengan menolak mereka pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor,” katanya.
Semalam, ketika bercakap di Lobi Parlimen, Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang akan mengemukakan usul menangguhkan mesyuarat Dewan Rakyat bagi membincangkan isu kemasukan ejen perisikan Israel di ibu pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman.

Notis kepada Yang Dipertua dihantar hari ini mengikut Peraturan Mesyuarat 18(2).

Kemasukan dua ejen perisik Israel di Bukit Aman menurutnya adalah perkara serius, berkepentingan umum dan perlu disegerakan.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perbahasan di Dewan Rakyat minggu lalu memberitahu, beliau mempunyai dokumen bahawa perisik Israel mempunyai akses kepada maklumat strategik negara melalui Asiasoft (M) Sdn Bhd, yang merupakan subkontraktor bagi projek menaik taraf sistem komunikasi dan teknologi PDRM.

APCO : LAPORAN POLIS SERENTAK SELURUH NEGARA ESOK



KUALA LUMPUR, 13 April: Pemuda Pakatan Rakyat akan membuat laporan polis serentak jam 3 petang esok di semua ibu pejabat kontinjen Polis seluruh negara berhubung isu APCO.

Mereka daripada Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP), Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) akan meminta siasatan dijalankan terhadap firma perunding APCO Worldwide dan pembabitannya dengan kerajaan Malaysia kerana bimbangkan pembocoran maklumat negara kepada pihak asing.

"Penglibatan APCO bagi kita memberi ancaman kepada kedaulatan negara.

"Kita akan minta pihak polis siasat dan mengambil tindakan segera agar keselamatan dan kedaulatan negara terjamin," kata ketua DPP, Nasruddin Hassan (gambar) ketika dihubungi Harakahdaily.

Selain itu, satu himpunan aman akan diadakan di masjid-masjid negeri di seluruh negara pada hari jumaat ini bagi menyatakan bantahan terhadap penglibatan firma perunding yang didakwa ada kaitan langsung dengan Zionis Israel itu.

"Kita juga akan adakan demonstrasi serentak di masjid-masjid negeri 16 April ini sejurus solat Jumaat," tambahnya lagi.

Sebelum ini beberapa laporan polis telah dibuat berkait isu sama di seluruh negara.

Antaranya dibuat Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali, Nasir Zakaria (Padang Terap), Dr. Mariah Mahmood (Kota Raja) dan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin.