Isnin, 31 Ogos 2009

DUA AHLI PARLIMEN BN JOHOR BAKAL SERTAI PKR



Kekuatan Pakatan Rakyat terutamanya PKR kini nampaknya semakin bertambah. Ia berikutan semakin ramai pemimpin BN bertindak menyertai parti itu. Terbaru, bekas Menteri Kesihatan dan Ahli Parlimen Bakri (Johor) iaitu Datuk Chua Jui Meng. Kemasukan Chua ke dalam PKR memberi tekanan dan tamparan yang cukup hebat buat BN. Tambahan pula Chua dilihat salah seorang pemimpin MCA dan kerajaan yang lebih neutral dalam menangani isu-isu rakyat. Malah, beliau juga mempunyai wawasan yang jelas terhadap rakyat, hingga ditendang dari pemilihan agung MCA baru-baru ini. Kekalahan beliau, merupakan satu tekanan buat MCA dan keretakan jelas terlihat di sana sini. Kekuatan Chua Jui Meng terus menyemarakkan api perjuangan rakyat terutamanya kaum Cina di negara ini. Parti terbesar kaum Cina itu kembali dikejutkan dengan berita panas baru-baru ini. Ia berikutan tindakan lembaga displin parti memecat Timbalan Presidennya iaitu Datuk Chua Soi Lek. Pemecatan Chua yang juga bekas Menteri Kesihatan itu jelas sekali bakal mengundah padah yang besar buat parti tersebut. Ini kerana terdapat laporan yang bertiup kencang di Johor sekarang ini, bahawa terdapat dua orang Ahli Parlimen BN dari negeri itu bakal meninggal pakatan karat biru itu dan bertindak menyertai Pakatan Rakyat (PKR). Soalnya sekarang siapakah ahli parlimen terbabit?. Buat masa ini terdapat tujuh orang Ahli Parlimen BN dari MCA di Johor. Mereka ialah anak kepada Chua Soi Lek sendiri iaitu
YB Chua Tee Yong (Labis), YB Goh Tee Tee (Tangkak), YB Wee Sa Siong (Ayer Hitam), YB Ng See Tiong (Parit Yaani), YB Koh Chee Chai (Penggaram) dan YB Hou Chee Chung (Kluang).

Terdapat kebimbangan yang ketara pada Kerajaan BN Johor tentang perkara ini. Malah terdapat maklumat bahawa Ketua Umum PKR sendiri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengumumkan perkara itu dalam sessi lawatannya ke negeri itu pada 6 September 2009 ini. Beliau dijangka mengadakan Pidato Menjana Kebangkitan RAKYAT JOHOR di Pekan Parit Sulong, Batu Pahat bersama dengan Datuk Chua Jui Meng dan Saudara Hasmi Hashim. Sementara itu, kebimbangan tentang perkara ini menyebabkan BN Johor kini bagai "cacing kepanasan". Tambahan pula Timbalan Perdana Menteri iaitu Muhyiddin Yassin sendiri adalah dari negeri Johor. Apakah perkara ini tercetus hasil ketidakpuasan hati pihak terbabit terhadap pemecatan Chua Soi Lek itu. Mungkinkah Ahli Parlimen pertama yang bakal membuat keputusan drastik itu adalah anak beliau sendiri Chua Tee Yong agaknya. Kebimbangan jelas dapat dirasakan oleh puak-puak UMNO dan BN Johor, seperti artikel diblog mereka:-
"Terdapat beberapa sumber menyatakan Anwar Ibrahim akan melawat sebuah daerah di utara Johor pada akhir bulan ini atau awal bulan hadapan.Lebih menggusarkan daerah terbabit terdapat 2 ahli parlimen yang kedua-duanya bukan daripada Umno. Salah seorang daripadanya anak kepada seorang pemimpin tertinggi yang baru di pecat dari parti komponen BN Ada kemungkinan Anwar akan mengumumkan sesuatu pada lawatannya itu. Adakah negeri Johor mula membuka ruang kepada PKR? Sepertimana kebimbangan yang dinyatakan DS Najib, pergolakan dalaman parti komponen BN memungkinkan menjejaskan BN. Tentunya parti komponen BN boleh beralih arah menyertai parti pembangkang pada bila-bila masa.Namun Umno sebagai tunjang komponen BN yang berjuang selama ini untuk mengekalkan BN sebagai parti pemerintah. Dalam masa Umno sudah membuat pelbagai transformasi untuk menarik hati rakyat, janganlah pula sikap parti komponen mengagalkan usaha tersebut!" umnojohor.blogspot.com

Ahad, 30 Ogos 2009

MELAYU YANG ME'LAYU'KAN MELAYU.


Betulkah akan dakwaan UMNO bahawa Dato' Seri Anwar Ibarhim pengkhianat melayu?. Adakah sebarang bukti yang menyokong dakwaan tersebut?. Sebenarnya UMNOlah yang telah me'layu'kan bangsa Melayu. Tengoklah sendiri, selama bertahun-tahun di bawah pemerintahan mereka bangsa Melayu semakin layu dan kian malap. Bila ada kesedaran dikalangan orang Melayu untuk bangkit mempertahankan hak-hak mereka melalui parti-parti yang boleh memperjuangkan nasib mereka, mereka dikatakan mengkhianati bangsa sendiri.

Hakikat yang sebenarnya itu adalah salah satu cara rakyat terutamanya orang-orang Melayu menolak kepimpinan UMNO yang selama ini wujud hanya ketika musim pilihanraya sahaja. Selama 52 tahun genap pada tahun ini sambutan kemerdekaan, sebegitulah juga genap 52 tahun UMNO menjadi parti dominan dalam Barisan Nasional memerintah Malaysia. Seperti yang kita semua sedia maklum, semua wakil dalam UMNO adalah orang Melayu yang sama serupa dengan bangsa Melayu yang lain. Akan tetapi mengapakah bangsa Melayu tidak juga maju dan bangsa Melayu menjadi peneraju dalam kemiskinan?

Ini semua bolehlah kita ajukan pertanyaan kepada wakil UMNO yang ada di tempat masing-masing. Apakah yang telah mereka (UMNO) laksanakan untuk kebaikan bangsa Melayu?. Merekalah (UMNO) yang telah mengkucar-kacirkan bangsa Melayu. Untuk mendapatkan subsidi baja janganlah membantah mereka (UMNO) dan untuk mendapatkan pinjaman TEKUN mesti mendaftar sebagai ahli UMNO dahulu sedangkan duit untuk menyediakan segala-gala peruntukan itu datang dari kerajaan Malaysia. Dari manakah datangnya duit kerajaan Malaysia kalau bukan dari rakyat Malaysia sendiri dan itu semua adalah hak kita tidak kira kita menjadi ahli parti politik apa pun.

Adakah untuk meminta jambatan sebagai keperluan rakyat juga mesti memastikan kemenangan UMNO/BN dahulu barulah projek akan dilaksanakan? dan adakah jambatan tersebut selamat dilalui tanpa was-was yang ianya tidak akan runtuh?. Berubahlah bangsaku Melayu daripada diperbodohkan oleh orang-orang UMNO yang hanya mempergunakan kita semua untuk mengkayakan mereka dan kroni-kroni mereka sahaja. Tengoklah saja orang-orang UMNO yang ada, semuanya kaya-raya.

Oleh itu, kita mesti tolak segala-gala dakyah UMNO yang kononnya membela Melayu. Berdirilah dan bangkit bangsaku untuk setanding dengan bangsa-bangsa yang lain dan janganlah kita lupa akan ajaran agama kita untuk tidak tindas-menindas antara bangsa yang lain. Berubahlah dan beralihlah daripada UMNO/BN kepada Pakatan Rakyat untuk masa depan yang lebih baik. "UBAH SEBELUM PARAH, UBAH DEMI MARUAH"

Sabtu, 29 Ogos 2009

Timbalan Presiden MCA, Chua Soi Lek Di Pecat



KUALA LUMPUR, - Timbalan Presiden MCA Dr Chua Soi Lek (foto), secara rasmi dipecat dari parti perkauman itu atas tuduhan mencemar imej parti dengan skandal seks beliau. Presiden MCA Ong Tee Keat mengumumkan keputusan ini dibuat berdasarkan kepada saranan jawatankuasa displin parti MCA. Keputusan diumumkan 12.15 pagi semalam. Ong menambah keputusan ini diambil dengan rasa berat hati dan dibuat demi kepentingan parti. Beliau menambah Chua bagaimanapun mempunyai 14 hari untuk merayu keputusan itu, namun perlembagaan parti tidak membenarkan keputusan itu dicabar di mahkamah. Chua ketika diminta mengulas keputusan jawatankuasa displin itu, beliau berkata semoga Ong dapat tidur yang nyenyak. Chua dalam blog beliau menulis, keputusan ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana ada usaha dari Presiden MCA itu sendiri untuk membunuh kerjaya politik beliau. Sementara itu, bekas Naib Presiden Fong Chan Onn menggesa kepimpinan parti MCA untuk mempertimbang semula keputusan memecat Chua. Fong berkata Chua telah memohon maaf dan memikul tanggungjawab diatas perilakunya dengan meletak jawatan sebagai menteri dan ahli parlimen. Fong juga menegaskan MCA harus akur kepada keputusan perwakilan yang melantik Chua Soi Lek sebagai Timbalan Presiden.

Satu keputusan drastik yang amat mengejutkan. Ternyata kini parti komponen BN iaitu MCA sedang menghadapi masalah dalaman yang cukup besar yang pasti akan membenamkan masa depan parti itu. Sudahlah sebelum ini bekas Timbalan Presiden MCA, Chua Jui Meng bertindak menyertai Pakatan Rakyat bila mengumumkan penyertaannya ke dalam PKR. Apakah Chua Soi Lek jugaakan membuat tindakan yang sama selepas ini?. Segalanya berkemungkinan selepas melihat apa yang berlaku dalam parti terbesar kaum Cina itu. Apapun, keputusan memecat Chua Soi Lek adalah cukup berbahaya kerana beliau menang dalam pemilihan jawatan parti itu. Ini sudah pasti akan mengecewakan para penyokong beliau. Tindakan ini pasti akan memakan diri puak-puak BN itu sebenarnya.

Rabu, 26 Ogos 2009

RAKYAT MALAYSIA TETAP YAKIN DENGAN PAKATAN RAKYAT - DSAI


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memanjatkan rasa syukurnya atas kemenangan calon Pakatan Rakyat (Pakatan) di sebalik gelaran pengkhianat yang dilemparkan kepadanya.

Selain itu beliau juga turut menyampaikan penghargaan kepada jentera-jentera dari pelbagai parti.

Dengan kemenagan bermajoriti yang meyakinkan beliau yakin bahawa rakyat tetap yakin dengan Pakatan dan parubahan pasti akan berlaku di negara ini.

Berikut merupakan kenyataan penuh dari beliau:

25 Ogos 2009—

Saya panjatkan rasa syukur di atas kemenangan Pakatan Rakyat di Pilihanraya Kecil Permatang Pasir. Berbulan-bulan diasak fitnah sebagai pengkhianat bangsa dan berhadapan pembelotan, kemenangan hari ini membuktikan rakyat menolak politik acuan pimpinan umno-bn yang memecahbelahkan.

Penghargaan yang tidak terhingga saya ucapkan kepada seluruh jentera pilihanraya kecil, yang tetap bersabar mengharungi kepayahan pada bulan ramadhan ini. Kepada YB Haji Salleh Man tahniah di atas kejayaan ini dan tunaikanlah amanah dan mandat yang diberikan rakyat.

Kemenangan dengan majoriti meyakinkan ini ternyata, menzahirkan keyakinan rakyat Malaysia terhadap Pakatan Rakyat, hasrat bergelora mahukan Perubahan dan masa depan Pakatan Rakyat yang pasti gemilang.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

Jumaat, 21 Ogos 2009

MAHAHTIR "MUDAH LUPA" MULA BERSUARA



Sesuatu yang lebih mengejutkan kita ialah tentang kelantangan Mahathir Mohamad (foto), untuk bersuara dan memperli pula Tuan Guru Nik Aziz berhubung perkara ini. Kenyataan media dipetik, yang mana mantan PM itu memperlekehkan kewibawaan Nik Aziz sambil mengatakan yang Nik Aziz cukup hebat kerana boleh menentukan siapa masuk syurga dan siapa yang akan masuk neraka. Mahathir seolah-olah menganggap yang Nik Aziz sudah menjadi seperti tuhan, dan mana-mana umat Islam yang mahu tahu kemana destinasi mereka di akhirat kelak bolehlah berjumpa dengan Nik Aziz. Ucapan dan kata nista ini jelas sekali melambangkan keangkuhan Mahathir sebenarnya. Beliau sepatutnya bersyukur kerana masih boleh hidup dan terus bernafas untuk membersihkan segala dosa-dosa yang terpalit ke atas dirinya sejak sekian lama. Mahathir adalah orang yang bertanggungjawab merosakkan segalanya. Bahkan beliau juga pernah menghina Islam dan Rasullullah sendiri. Namun, dek kerana kuasa yang ada maka tiada siapa yang berani untuk mengambil tindakan terhadap Mahathir hatta Majlis Fatwa Kebangsaan sekali pun. Namun, bila terkena kepada pemimpin Pakatan Rakyat dan Nik Aziz ini, tiba-tiba pula Majlis Fatwa boleh mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan Nik Aziz itu jelas sekali menyeleweng daripada Islam yang sebenarnya. Maknanya Majlis Fatwa sudah terpalit juga dengan dosa-dosa puak-puak mereka. Fatwa yang boleh dijual beli memang banyak akan kita dengar di akhir zaman ini.Mahathir tidak layak untuk menghina apatah lagi mencerca Nik Aziz sebenarnya. Malah beliaulah yang telah menukarkan akhlak dan akidah ramai rakyat Malaysia gara-gara sistem pentadbiran dan undang-undang yang bercelaru dan rosak di zaman pemerintahannya. Kini, dek kerana diberi gelaran "penasihat kerajaan Malaysia", maka Mahathir cuba untuk mempertahankan kebobrokan kerajaam UMNO dan BN pula. Sepatutnya, di penghujung hayat ini beliau memikirkan soal beribadat kepada Allah dan mengingati mati yang bakal menjemput tiba bila-bila masa sahaja. Tapi, dek kerana gila dan nyanyok Mahathir terus berkata-kata yang terkadang menambahkan lagi kecelaruan yang melanda. Bagi kami soal syurga dan neraka memang Allah yang akan menentukan kepada semua manusia. Namun, jika UMNO yang sudah dipimpin oleh orang Melayu dan Islam itu engkar dengan perintah Allah untuk melaksakan hukum serta undang-undang yang telah termaktub dalam kitabNya. Ia bermakna puak-puak UMNO telah menentang hukum Allah. Bagi sesiapa yang berbuat demikian dan menyokong manusia yang menolak hukum Allah maka dalam hadis dan ayat-ayat Al-Quran jelas mengatakan ke "Neraka"lah tempat tuju mereka diakhirat kelak. Maka itu, tiada kesalahan untuk Tuan Guru Nik Aziz berkata demikian. Beliau merujuk kepada Al-Quran dan Hadis yang sahih bukan seperti Mahathir yang bercakap hanya menggunakan akal fikiran yang sudah lama "tidak waras itu". Apakah ini salah buat mereka, sedangkan mereka juga bertuhankan Allah dan berkitabkan Al-Quran?

ROHAIZAT KAMBING HITAMKAN RAKAN KONGSI


Nampaknya calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman makin di landa kontroversi. Hari ini satu letupan maha hebat meletus dekat mukanya. Sdr Yusri Ishak foto membuat suatu sidang media memberikan penjelasan bagi membersihkan dirinya daripada 'dikambinghitamkan’ berhubung kes membabitkan pembelian hartanah oleh Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang (KPGNPP) pada 2002.

Yusri yang juga merupakan rakan kongsi Rohaizat sebelum ini dituduh oleh Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan dan Rohaizat sendiri sebagai penyeleweng duit KPGNPP pada 2002.
Namun Yusri menafikan sekeras-kerasnya kenyataan yang mengatakan bahawa beliaulah watak utamama dalam skandal penyelewengan wang itu sebaliknya beliau mendakwa dirinya merupakan kambing hitam. Sidang media itu menyaksikan tambahan seruan dari pelbagai pihak supaya Rohaizat menarik diri sebagai calon pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir. Sebelum ini Tengku Razaleigh (KuLi) dalam blognya mempersoalkan tentang pemilihan Rohaizat sebagai calon BN bagi kawasan tersebut.

Berikut merupakan kenyataan penuh Yusri tentang Rohaizat di sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.Pada tahun 2002, Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang Berhad mencadang membeli sebidang tanah untuk meluaskan perniagaan mereka dan telah melantik Firma Guaman Saif Ariff and Rohaizat untuk menguruskan pembelian tanah tgersebut.Saya dan Rohaizat telah berbincang dengan lembaga pengarah koperasi tentang syarat syarat perjanjian jual beli. Setelah semua dipersetujui saya telah menyediakan perjanjian jual beli tanah tersebut. Untuk tujuan pembelian ini, koperasi telah memohon pinjaman RM320,000 dari Jabatan Pembangunan Koperasi. Pinjaman tersebut telah diluluskan dan wang tersebut dideposit ke dalam akaun klien di firma guaman. Namun atas sebab masalah komunikasi dengan penjual, yang tinggal di Acheh, jual beli tersebut telah tidak disempurnakan.
Dalam pada itu, koperasi memerlukan sejumlah wang untuk tujuan pengembangan perniagaan mereka. Yusri telah menandatangan satu cek berjumlah RM100,000 atas nama koperasi dan diberikan kepada pihak koperasi. Maka baki RM220,000 masih tersimpan di dalam akuan firma.Sementara itu, seorang pelanggan, kenalan Rohaizat yang telah membeli sebidang tanah dengan harga RM130,000 telah memohon jasabaik firma (guaman) untuk membiayai bayaran baki RM100,000. Beliau terdahulu telah membayar RM30,000 kepada penjual.Firma telah bersetuju untuk meminjamkan RM100,000 yang diambil dari wang koperasi kepada pelanggan (tersebut) untuk menyempurnakan jualbeli tanah tersebut dengan syarat beliau membayar balik pinjaman.Setelah pelanggan gagal membayar balik pinjaman, Rohaizat telah berbincang dan bersetuju untuk mengambil alih milik tanah berkenaan dan melupuskan pinjaman tersebut.
Malangnya, firma gagal menjual keseluruhan tanah (tersebut) sebagai pecahan lot dan tidak dapat membayar kembali wang koperasi yang telah digunakan.Sebahagian daripada baki dalam akaun pelanggan dan akaun syarikat telah digunakan untuk memberi pinjaman kepada salah seorang pengarah sebuah syarikat pemaju perumahan yang juga kenalan Rohaizat yang menghadapi masalah kewangan yang teruk dan juga untuk pengurusan cawangan baru firma di Ipoh.Saya bertanggungjawab menguruskan cawangan firma di Ipoh, sementara Rohaizat menumpu sepenuhnya di firma Butterworth.
Saya tidak lagi memantau akaun-akaun pelanggan di cawangan Butterworth sehinggalah saya meninggalkan firma pada November 2003.Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Maslan seperti yang dilaporkan oleh Utusan Online bertarikh 19 Ogos 2009 bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan dan tidak tahu menahu tentang perkara tersebut, saya ingin tegaskan bahawa ia adalah satu pembohongan.Ini adalah kerana segala urusan pembelian tanah tersebut dan penggunaan wang koperasi di buat dengan pengetahuan dan penglibatan Rohaizat seperti yang dijelaskan di atas.Mana mungkin pengaliran keluar dan masuk wang dalam sesuatu akaun syarikat tidak diketahui oleh Rohaizat yang juga penandatangan yang sah untuk akaun-akaun tersebut.
Sepatutnya Rohaizat menceritakan perkara sebenar dan tidak meletakkan tanggungjawab dan kesalahan hanya kepada rakan kongsi untuk membebaskan dirinya sendiri.Merujuk kepada kepada kenyataan Ahmad Maslan yang mengangkat Rohaizat sebagai “wira” kerana membayar balik wang koperasi baru-baru ini, saya ingin tegaskan sesungguhnya beliau sewajarnya menyelesaikan pembayaran pada 2003 lagi ketika cawangan Ipoh telah menjana pendapatan yang agak lumayan.Seyugia diingatkan bahawa cawangan Ipoh ditubuhkan dan diuruskan dengan sebahagiannya menggunakan wang dari akaun klien koperasi pekebun getah Pulau Pinang.Layakkah title itu diberikan oleh Ahmad kepada Rohaizat? Saya percaya Ahmad Maslan tidak sedar akan kedudukan sebenarnya atau lebih malang lagi kalau beliau sengaja berpura-pura tidak tahu?

Wirakah Rohaizat ketika enggan, cuai, dan gagal menghadirkan diri di hadapan Majlis Peguam pada 14 September 2007 untuk memberi penjelasan ke atas satu kes besar yang beliau hadapi.Dakwaan Ahmad Maslan bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan atau pengetahuan mengenai transaksi jual beli tanah itu, menggambarkan Rohaizat selaku senior partner di dalam firma tersebut, tidak tahu apa-apa tentang urustadbir pejabat.Apakah dakwaaan Ahmad Masalam ini lojik dan munasabah? Transaksi sebesar ratusan ribu yang dijalankan rakan kongsinya, didakwa tidak diketahuinya?Tidak masuk akal langsung sebagai seorang yang berpendidikan tinggi! Saya berharap dengan penjelasan ini, saya dapat membersihkan diri saya daripada dikambinghitamkan dalam kes kecuaian Rohaizat yang membawa kepada pembatalan pendaftaran beliau sebagai penguambela dan peguamcara.

Rabu, 19 Ogos 2009

SALAHUDDIN CABAR ZAHID BERDEBAT



Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mencabar Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk berdebat mengenai isu pembatalan lesen guaman sivil calon BN pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir, Rohaizat Othman. Salahuddin memberi tempoh 24 jam kepada naib presiden Umno itu untuk memberikan jawapan sama ada beliau bersedia menyahut cabaran itu.
"Malam ini saya cabar untuk berdebat satu lawan satu dengan Zahid. Saya nak dedahkan tentang calon BN yang bertanding pada pilihan raya itu," katanya pada ceramah di Permatang Tok Kandu di Bukit Mertajam malam tadi.Beliau mendakwa Ahmad Zahid, yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Pulau Pinang, tidak teliti dalam pemilihan calon BN yang bertanding pada pilihan raya itu.

Lesen guaman Rohaizat dibatal berikutan masalah yang ditimbulkan oleh bekas rakan kongsi firma guamannya. Mengenai kenyataan Ahmad Zahid bahawa PAS tidak perlu mempertikai pemilihan calon BN, Salahuddin berkata "Ini menjadi masalah kepada penduduk di Permatang Pasir kerana jika calon ini menang ia akan mewakili mereka." Pada pilihan raya kecil itu, Rohaizat, 38, yang merupakan setiausaha Umno bahagian Permatang Pauh, berdepan Pesuruhjaya PAS negeri, Mohd Salleh Man, 52. Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada PAS pada 31 Julai lepas kerana sakit jantung.

Isnin, 17 Ogos 2009

JALUR GEMILANG UNTUK RAKYAT


Ketua AMK Cabang Parit Sulong En. Fahmy bersama
peniaga di Jalan Syahbandar.

PARIT SULONG JOHOR - Pada 16 haribulan Ogos yang lepas Angkatan Muda KeADILan Cabang Parit Sulong telah menjayakan sebuah program kemasyarakatan bersempena bulan kemerdekaan dengan mengagihkan Jalur Gemilang berserta risalah informasi mengenai Influenza A H1N1 kepada penduduk di kawasan Semerah, Parit Sulong dan juga Jalan Syahbandar. Program diketuai oleh Ketua Angkatan Muda KeADILan Cabang Parit Sulong iaitu Encik Fahmy bin Muridan .Program bermula pada pukul 10 pagi di pekan Semerah telah mendapat sambutan yang hangat oleh orang ramai sehingga petugas-petugas kami 'tak menang tangan' namun kami berbesar hati dengan sambutan yang diberikan. Program tersebut diteruskan pada sebelah petang bermula pada pukul 5 di kawasan Sri Sulong dan juga di Jalan Syahbandar.Sambutan di dua kawasan tersebut juga hangat dan rancak berserta kata-kata sokongan yang padu terhadap Parti KeADILan Rakyat diterima. Sebanyak 1,500 Jalur Gemilang untuk dilekatkan di kereta telah habis diagihkan. Walaupun keletihan, sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk sekitar memberikan semangat kepada petugas-petugas AMK untuk terus menjayakan program tersebut. Angkatan Muda Keadilan Parti Sulong akan terus menjalankan program-program kemasyarakatan untuk masyarakat-masyarakat di kawasan Parlimen Parit Sulong dimasa-masa akan datang.


Di pasar malam Taman Sri sulong.


Naib 1 Cabang KeADILan Parit Sulong Encik Zailan
menyerahkan Jalur Gemilang di stesen minyak Caltex
Taman Seri Sulong.


Ketua Penerangan AMK Cabang Parit Sulong Encik
Fuad pula menyerahkan Jalur Gemilang di pekan Semerah.


Ketua AMK dan Ketua Penerangan AMK bersama
masyarakat di pekan Semerah.

Sabtu, 15 Ogos 2009

UMNO/BN CUBA MENGELIRUKAN RAKYAT




KUALA LUMPUR - Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) membantah tindakan kerajaan UMNO Barisan Nasional menggunakan agensi polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam mendera pimpinan yang tidak mempunyai sebarang kesalahan. “Kita juga rasa pimpinan UMNO dan Barisan Nasional menggunakan polis dan juga SPRM untuk mengancam dan mendera pimpinan termasuk juga yang tiada sabit atau kes sama sekali. Paling terakhir terhadap YB Anthony Loke didakwa menghina Islam padahal tidak ada perkataan yang boleh dipertanggungjawabkan pada hal itu," kata Datuk Seri Anwar. “Kita boleh keluarkan puluhan kenyataan pimpinan UMNO yang menghina agama dan menghukum agama tidak pun disiasat dan cuba difitnah kepada pimpinan lain dan digunakan isu perkauman soal Cina soal kononnya kita, saya dan Tengku Saadi seolah menyokong DAP dan fahaman Cina dan sebagainya,” kata Anwar. Terdahulu Anthony Loke dituduh atas dakwaan bahawa beliau telah memburukkan Kesultanan Perak dan menghina Islam sedangkan beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang berbau hasutan atau menghina Islam. Anwar turut mengatakan bahawa beliau percaya akhbar Utusan Malaysia akan mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya merupakan pengkhianat lagi kerana menyokong Anthony Loke.

Apa yang berlaku ini sebenarnya, menampakkan sangat bahawa puak-puak UMNO dan BN ini sudah ketandusan isu dan akhirnya terpaksa menjadi "sutradara" untuk mereka cipta skrip baru bagi mengelirukan rakyat. Mereka sudah melihat bahawa Pakatan Rakyat itu semakin kuat dan utuh, maka langkah terbaik ialah memainkan isu kononnya pemimpin Cina dalam Pakatan menghina Islam. Ini bagi tujuan untuk mengalih sokongan kaum Melayu agar kembali bersimpati kepada parti karat UMNO. Sedangkan mereka tidak sedar, bahawa rakyat lebih bijak untuk menilai dan tidak wajar diperbodohkan sejak dulu, kini dan selamanya seperti puak-puak mereka. Oleh itu, kita harus lebih berhati-hati dengan tindak-tanduk mereka yang sudah semakin "kemaruk" untuk mempertahankan kuasa dalam pilihanraya umum akan datang. Mereka gusar, orang Melayu dan Islam sekali lagi akan menolak UMNO buat selamanya. Jika ini berlaku, maka talian hayat dari Sabah dan Sarawak sahaja yang diperlukan untuk terus menghidupkan saki bagi riwayat UMNO dan BN ini sebenarnya. Justeru itu juga, kita tidak gusar bila isu-isu seperti ini dimainkan.

SURAT TERBUKA BUAT RAJA NAZRIN : 7 WASIAT



Mengadap ;

DYMM Seri Paduka Baginda Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

Ampun Tuanku beribu ampun.

7 WASIAT RAJA MELAYU.

Amatlah bangga hamba patik dengan keperihatinan Tuanku dengan membangkitkan kembali ingatan rakyat terhadap 7 wasiat Raja - raja Melayu pada awal bulan kemerdekaan negara (Ogos) ini.Sesungguhnya ingatan ini amat tepat pada masanya dimana regim pemerintah semakin gila mencabul hak kedaulatan rakyat, raja dan kemerdekaan yang kita perolehi bersama. Namun hamba patik juga sedikit merasa kesal apabila pemimpin Barisan Nasional bukan sahaja tidak sedar malah turut menyelewengkan peringatan Tuanku berkenaan dengan wasiat tersebut untuk kepentingan politik mereka.

Tuanku,

Merujuk wasiat tersebut seperti di bawahjelas semuanya telah dicabuli oleh Regim pemerintah hari ini;

7 Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:

1.Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu .

2.Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

3.Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

4.Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.

5.Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

6.Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

7.Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Ampun Tuanku

di sini hamba patik ingin menarik perhatian tuanku mengenai 7 penyelewengan regim Umno - Bn yang telah mengkhianati wasiat Raja - Raja Melayu tersebut.

1. Kerana persepakatan Umno dan keghairahan Umno untuk dijadikan pewaris negara ini dari penjajah, Umno telah menggagalkan usaha serius sekumpulan besar rakyat tanah ini untuk menjadikan negara ini merdeka sebagai negara bangsa yang lebih bersatu padu. Perlembagaan Rakyat yang diketengahkan oleh AMCJA - PUTERA telah disabotaj , digagalkan dan difitnah oleh Umno bagi pihak British yang tidak mahu negara ini menjadi negara bangsa yang kuat. Maka negara ini terpaksa akur dengan kemerdekaan 'kurniaan British' dan mewarisi dasar pecah perintah yang sehingga hari ini menjadikan kita lemah.

2. British selaku penjajah telah mengistiharkan Kanun Tanah yang mengandungi Akta Tanah Rizak Melayu. Ketika British mengistiharkan tanah rizab ini sebanyak lebih kurang 7 juta hektar telah digazetkan sebagai Tanah Rizab Melayu. Tahun 1957, British menyerahkan negara ini kepada pewarisnya iaitu Regim Umno dengan bilangan tanah rizab Melayu yang masih 7 juta hektar. Namun kini hanya tinggal lebih kurang bawah 4 juta hektar tanah rizab Melayu yang masih tinggal. Itupun kebanyakan sudah berpindah milik kepada segelintir Melayu kaya dan berkepentingan politik.

3. Wasiat ketiga ini juga dicabuli. Pertahanan Negara jelas goyah apabila pemimpin regim ini memilih untuk menjadi hamba kepada kuasa asing. Pertahan negara masih bergantung dengan Amerika, pembelian peralatan perang yang melibatkan rasuah telah membahayakan keselamatan negara kerana peralatan yang tidak setara malah turut menyebabkan perajurit negara mati ketika latihan bukan ketika perang kerana mengendalikan peralatan perang yang usang dan tidak berkualiti. Malah tuanku rekod menyatakan Pemimpin kanan regim ini juga terlibat dalam menyerahkan tanah milik negara ini kepada negara asing dengan sewenang wenangnya. Itu belum masuk lagi kisah bagaimana periuk nasi negara ini (BERNAS) kini sudah menjadi milik pedagang asing dari Hong Kong.

4. Merujuk kepada perihal Kedaulatan Raja - raja Melayu menang telah dijanjikan dalam perlembagaan namun regim Umno Bn yang menguasai 2/3 parlimen negara telah meminda perlembagaan ini dengan menghakis kuasa Raja - raja Melayu. Masih ingatkah Tuanku dengan penghinaan TV3, Utusan dan lain media milik Umno yang menghina dan mengaibkan Raja Melayu semata untuk mempengaruhi rakyat untuk meminda perlembagaan pada tahun 1994 demi menghakis kuasa Raja Melayu.

5. Sememangnya Islam masih kekal sebagai agama Persekutuan namun kegagalan regim pemerintah menjaga keharmonian Islam amat menyedihkan. Malah Islam dipermainkan sendiri dalam ucapan pemimpin regim ini, khususnya ketika zaman era Mahathir Mohamad. Insitusi masjid, agihan zakat dan bantuan Baitulmal semuanya dipolitikkan sehingga penghormatan kepada institusi agama seumpamanya makin terhakis.

6. Bahasa Melayu sudah hilang maruah akademiknya. Institut Pengajian Tinggi bangga menggunakan bahasa penjajah sebagai pengantara. Di Peringkat menengah dan rendah mujur rakyat berani bangkit berdepan belantan, gas dan air kimia Polis regim ini maka kemungkinan pengajaran Sains dan Matematik akan dikembalikan semula dalam bahasa Melayu. Tulisan jawi pusaka bangsa telah lama mati......ini semua kerana pengkhinatan regim ini.

7. Hak istimewa orang Melayu dan bumiputera makin terhakis, bukan kerana dirampas oleh kaum lain tetapi diseleweng oleh bangsa sendiri melalui pengaruh politik regim. Regim ini menggunakan istilah hak bumiputera atau dasar ekonomi baru telah mengaut keuntungan bagi pihak mereka dan keluarga serta kroni mereka atas nama kuota Melayu sedangkan majoriti Melayu masih susah dan melarat. Memang yang kaya melayu tetapi yang kaya sangat kaya dan yang majoriti masih payah dibawah sini.

Ampun Tuanku ,

Harapnya Tuanku yang berpendidikan tinggi tidak termasuk kepada golongan mereka yang ditipu dengan dakyat propaganda Umno Bn malah patik doakan Tuanku bukanlah dari golongan bangsa Melayu yang bersama mendokong dakyah regim ini (walaupun sedar ia dakyah tipu) hanya kerana kepentingan perniagaan peribadi atau keluarga.

Percaya dan yakinlah Tuanku jika regim ini dibenarkan terus berkuasa, negara ini akan hancur.....bukan sekadar 7 wasiat tersebut akan dicabuli malah hamba patik yakin Insitusi Raja - Raja Melayu ini juga akan hanya jadi seperti muzium pameran untuk lawatan dan tatapan pelacong sahaja dalam masa 20 atau 30 tahun dari sekarang ini.

Dalam surat terbuka buat tuanku yang sudah tentu akan boleh dibaca oleh pemimpin Regim Umno - Bn ini tuanku hamba patik mohon izin untuk melaungkan cabaran jika benar ada pemimpin Umno Bn yang masih yakin mereka bukan pengkhianat dan penderhaka bangsa dan agama ini maka siapa yang berani tampil berdebat dengan fakta dan ilmu demi membina rakyat keseluruhannya.

Ampun tuanku beribu ampun.

Salam dari hamba rakyat

Ahli Umno khianati Umno Johor

Ahli Umno, termasuk pemimpin kanan parti bertindak "mengkhianati" Umno Johor dengan memulau perhimpunan di Batu Pahat petang semalam untuk mengutuk Ketua Umum Keadilan Anwar Ibrahim yang dituduh sebagai pengkhianat Melayu.

Program anjuran UMNO itu diwar-warkan akan menghimpun 10,000 orang tetapi hanya dihadiri oleh kira-kira 400 orang, antaranya pelajar dan warga tua yang mungkin terpedaya dengan janji kosong dan dakyah khianat pihak penganjur.

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melontarkan tuduhan pengkhianat terhadap Anwar Ibrahim sebelum ini sepatutnya dijadualkan hadir pada perhimpunan itu di Dataran Penggaram. Namun pemimpin Umno Johor itu sendiri dikatakan menarik diri apabila diberitahu mengenai sambutan dingin terhadap perhimpunan itu.

Ramai daripada mereka yang hadir bertindak menyisihkan diri daripada perhimpunan berkenaan apabila beberapa pemimpin UMNO mula memberi ucapan berbau perkauman dalam keghairahan menuduh Anwar sebagai pengkhianat bangsa.

Antara yang berucap ialah Ketua Umno Bahagian Pulai, Datuk Adam Hamid; Ketua Umno Bahagian Batu Pahat, Dr Puad Zarkashi dan Ketua UMNO Bahagian Seri Gading, Datuk Mohamed Aziz.

Hadirin juga kelihatan terkilan dengan ungkapan-ungkapan kesat dan biadap terhadap Anwar pada pemidang-pemidang Umno yang direntangkan.

Ramai yang meninggalkan perhimpunan itu dan meluangkan masa bersiar-siar dan beriadah di dataran berkenaan tanpa menghiraukan ucapan pemimpin Umno Johor.

Jumaat adalah cuti BEKERJA di Johor dan perhimpunan itu diadakan hari ini dengan harapan dapat menarik penyertaan lebih ramai ahli UMNO khususnya dari sayap kanan parti itu iaitu Pemuda dan Wanita.

Namun sambutan hambar adalah tamparan hebat buat pihak penganjur dan TPM mereka iaitu Muhyiddin Yassin. Ini menunjukkan sekali lagi UMNO bukan saja kalah dikesemua Pilihanraya kecil semenanjung sebelum ini, malah perhimpunan anjuran mereka juga gagal memenangi hati ahli sendiri.

Ia juga bukti terbaru bahawa politik fitnah dan serangan peribadi yang dibawa oleh Muhyiddin ditolak oleh akar umbi parti dan yang paling memalukan bahawa hanya warga tua dan golongan pelajar yang agak tegar tetap teguh berdiri mendengar ucapan kosong pemimpin mereka itu.

Namun persoalannya, dimanakah pihak berkuasa seperti Polis dan FRU dalam menangani perhimpunan haram jadah anjuran UMNO disini. Umum telah mengetahui bahawa Integriti pihak Polis dan FRU yang dilebelkan sebagai "Double Standard" dalam menjalankan tugas secara adil dan telus terus-terusan tercemar kerana patuh kepada arahan dan undang-undang rimba yang diterajui oleh Tarzan 1Malaysia Najibul Tuya...

Jumaat, 14 Ogos 2009

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN



Angkatan Muda Keadilan Cabang Parit Sulong mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa kepada semua umat islam yang akan tiba pada 22hb. ogos, 2009, mohon ramadhan kali ini amat bermakna buat kita, agar kita dapat lalui dengan sempurna.

Dengan senario politik malaysia yang dalam keadaan terumbang ambing dek kerakusan golongan borjuis menguasai segalanya untuk kepentingan diri sendiri kroni-kroni dan sebagainya akhirnya rakyat yang terpaksa menderita, dengan kemenangan Pakatan Rakyat yang semakin hampir kepada waktunya adalah tepat dan kita harapkan reformasi malaysia akan berlaku dalam bulan suci ini insyaALLAH.

Khamis, 13 Ogos 2009

PERTANDINGAN TIGA PENJURU DI PERMATANG PASIR.


PULAU PINANG - Pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru di antara Barisan Nasional, PAS dan seorang calon Bebas. Seorang pakar motivasi, Kamarul Ramizu Idris (foto), telah menyuarakan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari penamaan calon pada 17 Ogos dan pengundian pada 25 Ogos. Kamarul Ramizu, 42, berkata beliau bersedia untuk membeli borang pencalonan dari Pejabat Pilihan Raya negeri, Jumaat ini. "Saya sedia untuk bertanding di Permatang Pasir kerana saya telah memperuntukkan kira-kira RM100,000 bagi kempen pilihan raya kecil itu. "Saya juga akan berkempen di kawasan Permatang Pasir supaya pengundi faham misi dan visi saya," katanya. Sebelum ini, Kamarul Ramizu telah bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak dan Penanti. Bagaimanapun, katanya, beliau akan bertanding di Permatang Pasir sebagai calon underdog yang bertujuan untuk mendedahkan dirinya dengan orang ramai. "Walaupun saya akan cuba sebaik mungkin, tapi saya tidak pernah jangka untuk memenanginya dan hanya menjadikannya sebagai satu pendedahan kepada diri saya bagi mempersiap diri menjelang pilihan raya umum akan datang," katanya.

Khamis, 6 Ogos 2009

Opps....! JANGAN SEMBARANG HEMBUS



Situasi sering mengubah pendirian seseorang, apatah lagi yang mendesak. Setiap dari kita tidak pernah lari dari keadaan yang meruncing itu. Bezanya setiap kita ada yang masih kekal jitu kemantapan dan kewarasan untuk mengambil pendirian yang berubah dan ramai dari kita yang hanyut jauh dari asas yang kukuh untuk membuat keputusan.

Kita di tuntut berubah dari kebajatan kepada hikmah, dari kegelapan kepada pencerahan, dari palsu kepada kebenaran, dari kezaliman lagi menindas kepada keadilan lagi murni. Jika kita tergolong dari insan yang melakukan perubahan-perubahan ini adakah kita telah menderhaka dan mengkhinatinya? Ya benar kita pengkhianat dan derhaka kepada kebajatan. kepada kegelapan, kepada kepalsuan, dan kepada kezaliman lagi menindas. Adakah pengkhianat jenis ini di pandang hina dan jijik? Ya benar hina dan jijik bagi mereka yang mempertahankan kebajatan, kegelapan,kepalsuan dan kezaliman. Mereka ini pendukung setia, mereka ini keras prinsipnya dan mereka ini hitam hatinya.

Rakyat Malaysia hari ini tidak kira Melayunya, Cinanya, Indianya, Khadazannya, Ibannya bersatu dan bersetuju dengan "si pengkhianat" tadi. Mereka sedar, mereka harus berubah kepada cahaya. Mereka ingin negeri ini di tadbir oleh penguasa yang tahu jelas prinsipnya, terserlah karismanya,benar kebenarannya, dan adil keadilannya. "si pengkhianat ini ada semua ciri-ciri tersebut. "Si pengkhianat ini berbangsa Melayu, beragama Islam. berulang kali "Si pengkhianat ini memberi jaminan yang hak perlembagaan tidak akan tercabar jika beliau dan pakatannya mentadbir negeri ini. "Si pengkhianat" ini akan menjaga melayunya, Islamnya, hak keistimewaan bangsa dan rajanya, malahan akan menjaga semua bangsa negeri ini mengikut perlembagaan dengan seadilnya. "biar mereka (kaum selain melayu) tahu ini juga negara mereka, mereka juga sebahagian dari negara ini" terngiang-ngiang suara beliau memberi keyakinan kepada bangsa negaranya. Harus diingat, jaminan "Si pengkhianat"
ini bukan menjelma ketika pilihanraya semata malah penyataan jaminan yang konsisten sepanjang masa, tidak pernah berubah.

Apabila rakyat berdiri teguh di belakang "Si pengkhianat" ini, mulalah gelabah sang pendukung setia yang hitam hatinya. Mereka mula menghembus sembarangan. Mereka kian terdesak dengan situasi. Mereka berpendapat dengan menghembus, "si pengkhianat" ini akan dicap pengkhianat selamanya. Mereka sendiri tidak pasti adakah "si penghkhianat" ini benar-benar pengkhianat ataupun pejuang bangsa. Maka dihembusnya "si pengkhianat" ini supaya rakyat tahu mereka juga tidak pasti adakah "si pengkhianat" ini adalah seorang pengkhianat. Secara tiba-tiba mereka telah menunjukkan kelemahan akal budi. Mereka sudah tidak berjaya menawan hati rakyat. bukan itu saja malah berdepan dengan tindakan undang-undang oleh"si pengkhianat" ini jika enggan memohon maaf.

Rakyat semakin bijak, rakyat semakin tahu hak mereka dan rakyat semakin kenal siapa "si pejuang bangsa" di hati putih mereka. Ibarat pepatah anak muda," makan boleh sebarang makan tapi hembus jangan sembarang hembus"
salam...