Sabtu, 26 Februari 2011

DUN MERLIMAU : UMNO BERDEPAN TENTANGAN WANITA YANG TAK PUAS HATI



Menjelang hari penamaan calon PRK Merlimau hari ini , Umno mengalami tsunami politik apabila Wanita Umno Jasin menutup bilik gerakan mereka di Taman Merlimau Jaya.

Tindakan ini diambil kerana kecewa wakil Wanita Umno tidak dipilih menjadi calon untuk PRK Merlimau.

Sebaliknya Umno memilih Roslan Ahmad sebagai calon BN yang kurang dikenali dan popular di kalangan pengundi di situ.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Wanita Umno Jasin, Zaleha Bujang (gambar) yang mengatakan bahawa beliau merasa tersinggung kerana pemilihan Roslan Ahmad menunjukkan pucuk pimpinan Umno mengenepikan sumbangan dan peranan wanita.

Menurut beliau lagi ini menunjukkan bahawa suara Wanita Umno tidak didengari oleh pimpinan Umno berbanding dengan Pakatan Rakyat seperti di PRK Tenang yang mengangkat martabat wanita dengan memilih bekas guru Normala Surdiman sebagai calon.

Beliau juga tidak dapat menyembunyikan kekecewaan apabila kesungguhan Wanita Umno Jasin melancarkan "Gelombang Merah Wanita' yang menyasarkan 5000 petugas Wanita di Merlimau tidak dipedulikan oleh pimpinan Umno.

Menurut beliau lagi sepanjang 15 PRK pasca pilihanraya ke 12 tidak ada seorang pun wakil di kalangan Wanita Umno dan BN dipilih menjadi calon berbanding dengan Pakatan Rakyat.

Kepada pengundi Merlimau, inilah watak sebenar Umno yang bercakaran dan berebut sesama sendiri untuk menjadi calon yang lebih kepada kepentingan peribadi dan mempunyai agenda tertentu.


Inikah tradisi membela rakyat yang mereka slogankan selama ini?

Adakah ini yang dinamakan rakyat didahulukan?

Berbeza dengan PAS yang mewakili Pakatan Rakyat sama ada sayap Pemuda dan Muslimat dan komponen Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR dan DAP yang sentiasa meletakkan agenda membela nasib rakyat dan keadilan serta membawa perubahan politik dan ekonomi sebagai teras perjuangan.

Pendedahan Ketua Wanita Umno Jasin ini sekali gus mendedahkan tembelang sebenar Umno/BN yang kononnya sentiasa berganding bahu dan berpegang teguh kepada pucuk pimpinan.

Walau bagaimanapun kepada semua petugas PAS dan Pakatan Rakyat tidak mudah leka dan terbuai-buai dengan pergolakan yang berlaku dalam Umno di Merlimau sebaliknya terus meningkatkan momentum dan gerak kerja untuk menwan hati pengundi serta membawa mesej yang lebih besar bukan sahaja untuk PRK Merlimau tetapi dalam gagasan yang lebih besar dalam Pilihanraya Umum ke 13

Rabu, 23 Februari 2011

SELANGOR JADI TUAN RUMAH SAMBUT ULANGTAHUN KE 3 PAKATAN RAKYAT





SHAH ALAM: Kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah akan menyambut ulangtahun ketiga pentadbirannya sejak memenangi Pilihan Raya Pada 8 Mac 2008.

Justeru itu, Selangor dipilih sebagai tuan rumah bagi mengadakan acara sambutan bagi memperingati detik bersejarah itu.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, bagi tahun ketiga ini selain mentadbir dengan lebih bertanggungjawab dan telus, kerajaan negeri akan memfokuskan dasar-dasar dan program yang telah dirangka.

“Atas sebab ini, majlis dan program sambutan akan diadakan dengan sederhana dan bersifat informasi agar rakyat peka dan tahu tentang dasar-dasar dan program kebajikan yang memberi manfaat kepada semua rakyat Selangor,” ujar Khalid dalam satu kenyataan media.

Program itu katanya akan dimulakan dengan Majlis Sambutan tiga Tahun pentadbiran negeri Selangor di Stadium Melawati, Shah Alam bermula pada 5 hingga 6 Mac ini.

Pelbagai acara disediakan seperti pameran agensi kerajaan dan swasta, program remaja termasuk futsal, ceramah perdana oleh tokoh-tokoh terkenal termasuk barisan pemimpin Negeri, solat Maghrib Berjamaah dan pelancaran Buku Jingga yang mengandungi Dasar Bersama dan komitmen Pakatan Rakyat.

Pada 26 Mac pula, Kerajaan Selangor akan melancarkan rangka kerja “Selangor Untuk Rakyat” membabitkan pameran Pihak Berkuasa Tempatan dan anak syarikat, pelancaran buku “Liku-Liku Reformasi” serta program seni seperti membaca sajak dan puisi.

“Kita juga akan menganjurkan Siri Jelajah seluruh Selangor yang melibatkan Menteri Besar, barisan Exco dan pegawai kanan kerajaan turun padang ke pejabat daerah untuk mendekati permasalahan rakyat,” katanya.

Rabu, 16 Februari 2011

TOLAK UMNO/BN PADA PRU 13



Seperti biasa kita lihat Umno akan mengheret apa sahaja termasuk satu "istana" untuk memiliki apa sahaja yang mereka mahu.Dalam isu ini gelombang gerombolan merah menggunakkan taktik apa yang di panggil sebagai "3R".Sasaran utama formula 3R ini adalah untuk menyingkirkan Pakatan Rakyat dari terus menerajui pemerintahan dan berusaha untuk mengumpil PAS keluar dari Pakatan Rakyat.


APAKAH ITU 3R?

3R ialah formula taktik kotor yang diusahakan setelah taktik memujuk para pemimpin PAS serta usaha "merasuah" beberapa pemimpin PAS dengan jawatan menteri dalam kabinet menemui kegagalan.setelah kegagalan menawan selangor yang di dakwa mampu di tawan selepas kejatuhan kerajaan pakatan perak maka gerombolan menggunakan taktik "R" yang pertama iaitu "RACISM".

1.RACISM ( PERKAUMAN )
Taktik "perkauman" di gunakan untuk menimbulkan kekacauan di negeri selangor dengan bermulanya perarakan kepala lembu dihadapan bangunan SUK negeri selangor dengan mendakwa bahawa pembinaan kuil yang berusia 150 tahun yang di pindahkan dari seksyen 19 ke sekyen 23 Shah Alam.

Dengan Taktik itu diharap supaya orang india terutamanya penganut hindujadi marah dan timbulkan perarakan besar - besaran dan seterusnya bergaduh dengan orang melayu.Ini akan memberi peluang kepada geng umno untuk memohon pada sultan untuk mengisytiharkan Darurat dan seterusnya menubuhkan Majlis Gerakan Negeri(Mageran)

Malangnya taktik R yang pertama tak berjaya ini kerana pemimpin - pemimpin Pakatan dengan pantas berjaya mematahkan usaha untuk menimbulkan sentiman perkauman ini dengan menenangkan masyarakat india terutamanya penganut hindu.Dan kerana ini umno terpaksa beralih kepada Taktik "R" yang ke-2.

2.RELIGIOUS ( AGAMA )

Taktik "R" yang kedua berharap agar ini akan menimbulkan sentimen yang lebih hebat yang ini dilihat akan menyentuh rasa sensitif khususnya orang melayu tapi sama seperti taktik "R" yang pertama tadi yang mana dalam perarakan kepala lembu kedua - dua taktik tadi berjaya di gembleng secara serentak.

Dalam perakan kepala lembu umno bukan sahaja mensasarkan modus operandi kepada sentimen perkauman malah ia juga disasarkan kepada sentimen agama yang mana dalam perarakan tersebut agama hindu dan islam di jadikan sebagai "punch bag" dalam usaha cuba menimbul kekacauan dalam negeri selangor.

Dalam memainkan sentimen agama bukan sahaja agama hindu dan islam juga yang menjadi peluru gerombolan malah umnon juga menjadikan agama kristian juga sebagai mangsa dalam modus operandinya yang mana pada satu ketika isu kalimah allah di jadikan sebagai salah satu taktik pertempuran yang hebat.

Kita sendiri lihat bagaimana sebuah gereja di petaling jaya di bakar dengan menggunakan "molotov *****tail" yang di lontar ke dalam gereja tersebut dengan tujuan bahawa kali ini penganut kristian akan membalas dendam terhadap penganut islam dan kedua - dua penganut dari kedua - dua agama akan bertempur kerana pada masa yang sama umno juga melemparkan kepala babi ke dalam sebuah masjid.

Tetapi segala -gala cubaan untuk membakar sentimen ini gagal apabila Mursyidul Am Tuan Guru Nik Aziz berjaya menggunakan keistimewaan yang ada pada dirinya untuk memadamkan api yang telah di bakar oleh syaitan -syaitan umno dan dengan itu serangan sentimen agama berjaya di patahkan.

Namun umno tak berhenti lagi untuk bermain dengan sentimen agama tapi melalui satu saluran lagi lain pula matlamat dan Modus operandinya yang mana kali ini bukan untuk mengacau- - bilaukan negeri pakatan tetapi mahu megumpil PAS keluar dari pakatan.Salah satu dari nya apabila umno cuba mewujudkan pertikaian yang mana PAS sebuah wadah islam kini di lihat bersengkongkol dengan DAP yang kafir.

Tapi kali ini umno cuba gunakan taktik berunding dengan pemimpin -pemimpin PAS dan termasuk lah cuba menggerakan semula idea bodoh kerajaan perpaduan tapi ia nampaknya tak berjaya dan kemudian umno pula berpindah dengan mewujukan dewan ulama Umno dengan tujuan untuk menyaingi PAS.

4o ekor penyamun di katakan telah menyertai umno.Mereka - mereka ini seperti dakwa umno akan membuatkan PAS takkan tidur nyenyak kerana 40 ekor penyamun ini akan menggunakan gua batunya yang penuh dengan segala harta rompakan untuk membedil kapal frigate dewan ulama PAS.

Tetapi sesuatu kegemparan berlaku,Benar dan tepat sekali apa yang di dakwa gerombolan.40 ekor penyamun tadi berjaya buatkan PAS tidak tidur malam apabila satu parti PAS di laporkan bukan sahaja tidak nyenyak malah enggan tidur malam kerana ketawa berdekah - dekah apabila menyaksikan lawak bangang 40 ekor penyamun ini dengan geng umnonya
Maka dengan itu tak "R" yang kedua telah gagal sama sekali kerana ini bukan sahaja kerana gagal mengacau - bilaukan negeri pakatan tak kerana pemimpin - pemimpin PAS sehingga kini dan sehingga artikel ini di tulis masih lagi tidak boleh tidur nyenyak di waktu malam kerana lawak bangang 40 penyamun ini masih tak berhenti.

3.RAJA ( RAJA2 MELAYU )

Setelah kedua - dua taktik "R" tadi gagal maka taktik "R" yang terakhir mengundang kejayaan pada umno.Umnopunya kelebihan mengusai Istana dan orang melayu punya ketaatan pada raja.Oleh itu peluang ini di manfaatkan oleh umno untuk memperalatkan raja alam mencapai impian mereka.

Tak kira untuk merampas negeri - negeri dibawah pakatan mahupun mengumpil PAS keluar dari Pakatan Rakyat.Kita masih ingat apabila kepala mat khusrin di gunakan dalam cubaan untuk melaga - lagakan menteri besar selangor dengan sultan selangor.Khusrin di lantik sebagai SUK kerajaan negeri selangor.

Tetapi ia di lihat tidak begitu berjaya kerana Pakatan masih lagi memerintah dan punya sokongan khususnya dari orang melayu tetapi umnosekali lagi menggunakan Raja dalam usaha dalam mengumpil PAS keluar dari Pakatan dan ianya di lihat membuah kan hasil.Dalam satu pertemuan di istana hinggap sultan terengganu di Kuala Lumpur melibatkan Yang di Pertuan Agong,Perdana Menteri danTimbalan Perdana Menteri .

Pertemuan tersebut turut di hadiri oleh Pemimpin - pemimpin PAS yang pro - Kerajaan Perpaduan dan Mursyidul Am PAS yang takkan bersengkongkol dengan umno.Dalam pertemuan tersebut beberapa soalan di ajukan pada Tuan Guru Nik Aziz termasuk lah Isu kalimah Allah dan Perpaduan dengan umno.

Agong mahu PAS dan umno bersatu demi perpaduan dan kesejahteraan Islam tetapi Tuan Guru buat apa nak bersatu dengan umno sedangkan umno lah yang selama ini banyak membunuh Ulama,jadi apa perlu nak berpadu dengan umno.Tuan guru meninggal kan Istana Hinggap Terengganu di Kuala Lumpur ketika geng - geng PAS pro perpaduan masih berada di dalam Istana.

Jadi plan umno seterusnya yang pasti akan mengembirakan umno dan geng - geng perpaduan dalam PAS ialah dengan meminta Agong supaya "bertitah" agar PAS dan umno bersatu demi kesejahteraan Islam.Ini sudah cukup buat PAS untuk melambaikan tangan serta mengucapkan selamat tinggal kepada rakan - rakan dalam Pakatan Rakyat.

Raja juga di jadikan modus operandi yang terakhir oleh umno dalam menyempurnakan semua plan - plan jahat yang tak jadi.Bukan sahaja mahu mengumpil PAS keluar dari Pakatan Rakyat malah sekalipun untuk menghalang Pakatan dari menubuhkan kerajaan meskipun telah memperoleh kerusi majoriti dalam Dewan Rakyat.

Sebab itu semua pemimpin pakatan di ingatkan supaya jangan syok sendiri biarpun memperoleh 175 kerusi parlimen dalam dewan rakyat tapi jangan harap mat monggol akan membiarkan Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.

Ini kerana sekiranya perkara tersebut terjadi mat Monggol sudah pastinya berlari memanjat tangga istana dan meminta supaya Agong bertitah untuk mengantung Parlimen dan seterusnya menubuhkan Majlis Gerakan Negara(Mageran) yang sudah pastinya akan di pengerusikan oleh mat monggol sendiri.

Ini bukan kisah dongeng Zaman moden kerana ini adalah Fakta Sejarah.Kita masih lagi ingat pada ketika rakyat membuat keputusan untuk menghumbankan umno pada tahun 1969 dahulu.Mencanak - canak umno pergi jumpa Agong untuk gantung parlimen seterusnya menubuhkan kerajaan Mageran maka tak mustahil umno akan buat benda yang sama.

Sabtu, 12 Februari 2011

MUBARAK UNDUR TENTERA AMBIL ALIH MESIR



Presiden Mesir Hosni Mubarak akhirnya meletakkan jawatan dan meminta pihak tentera mentadbir negara itu bermula hari jumaad ini, umum naib presiden Omar Suleiman. Kenyataan ringkas di stesen televisyen nasional itu dibuat sehari selepas Mubarak berkata beliau tidak akan melepaskan jawatannya. Hosni Mubarak memerintah mesir selama 29 tahun akhirnya akur kepada kehendak rakyat yang mahukan beliau berundur.


Khamis, 10 Februari 2011

PEMBENTUKAN EXCO AMK NEGERI JOHOR



Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor ( AMK ) telah bermesyuarat dan bersetuju memilih dan melantik beberapa pemimpin AMK Cabang untuk memegang jawatan di peringkat Exco AMK Negeri Johor bagi sesi 2011-2013 pada 6hb. Fabruary, 2011 yang lepas.

Ketua AMK Negeri yang baru saudara Nazri berkata, kepimpinan Exco AMK Johor kali ini terdiri daripada kepimpinan baru dan lama yang akan diharapkan dapat menggerakkan jentera AMK Johor dengan lebih berkesan.

Didalam mesyuarat tersebut juga telah mendapat persetujuan daripada semua kepimpinan yang baru supaya AMK Johor bersedia memperjuangkan hak-hak rakyat tidak kira semasa atau sebelum PRK atau PRU. AMK Johor juga telah mengambil langkah awal bagi memantapkan lagi organisasi AMK diperingkat Cabang dan Negeri iaitu memperkemaskan struktur organisasi AMK Cabang dengan menyediakan bimbingan bagi memperkemaskan organisasi AMK disetiap cabang, ini kerana organisasi yang lengkap akan menjadi lebih mantap dan menjamin pergerakan AMK yang lebih aktif dan teratur.

ORGANISASI AMK NEGERI JOHOR SESI 2011-2013.

KETUA AMK NEGERI JOHOR : MOHAMAD NAZRI ISMAIL - AMK GELANG PATAH

TIMBALAN KETUA : MUHAMAD EZADDIN - AMK BATU PAHAT

SETIAUSAHA : ABDUL SAAT SALLEH - AMK SRI GADING

SETIAUSAHA PENGELOLA : MUHAMAD FAHMY - AMK PARIT SULONG

NAIB KETUA AMK 1 : MURAD - AMK PASIR GUDANG
NAIB KETUA AMK 2 : RAYMOND - AMK SEKIJANG
NAIB KETUA AMK 3 : MAGENDRAN - AMK TEBRAU

BENDAHARI AMK : HAMIM - AMK KULAI

KETUA PENERANGAN AMK :FAIZUL - AMK SIMPANG RENGGAM

Rabu, 9 Februari 2011

NIKMAT SEKS-KETUA UMNO PUCHONG

http://bagindareformasi.blogspot.com/2011/02/fuhh-ketua-umno-puchong-perdana-seks.html

Assalamualaikum wr wb,

Nor Aishah Binti Samah,

Saya ingin memaklumkan bahawa seorang Pembantu Am Rendah di organisasi pihak Puan telah melakukan perbuatan sumbang dan memalukan masyarakat. Nama beliau ialah Rosli Bin Alias dari Centre For Foundation Studies In Science.

Pada pukul 2.am malam tadi 2 Februari 2011, pasangan Rosli Alias yang merupakan Pengerusi Rukun Tetangga dan Ketua UMNO, Puchong Perdana, telah ditangkap oleh masyarakat disini. Ketika ditangkap bersama pasanganya yang juga merupakan isteri saya, beliau sedang bersetubuh dalam keadaan posisi dari belakang. Beliau, Rosli juga mengugut untuk membunuh saya disaksi oleh anak perempuan saya yang berumur 18 tahun.

Bagaimana pun beliau sering mendakwa mempunyai hubungan baik dengan pihak berkuasa dan polis, meluru pergi ke Balai Polis Bukit puchong untuk membuat "laporan".

Beberapa minit kemudian masyarakat yang menangkapnya juga membuat laporan di balai polis yang sama. Ketika di Balai Polis beliau sengaja berpeluk cium didepan khalayak ramai untuk membangkitkan kemarahan orang ramai dan menunjukkan keberaniannya yang "luar biasa"

Saya membuat laporan ini agar pihak Universiti Melaya mengambil tindakan terhadap beliau kerana memalukan. Beliau juga sering memberitahu orang, bahawa beliau adalah kakitangan pensyarah. Sokongan masyarakat terhadap terhadap UMNO di sini, diambil kesempatan oleh Tuan Pengerusi Rukun Tetangga ini untuk melempiaskan nafsu luar biasanya kepada isteri orang.

Saya sempat mengambil gambar dan akan menunjukkan kepada Puan jika diperlukan. Kes ini juga menyebabkan image UMNO tercalar di mata masyarakat. Saya juga ahli UMNO sebelum ini.

Saya boleh membawa anak perempuan saya dan masyarakat sebagai saksi. Jika inginkan maklumat lanjut boleh terus menghubungi saya Alangzizsham 019 3501242.

Berita kehilangan isteri saya sebelum ini terjawab. Kehilangannya rupanya dipangkuan Rosli

Yang Benar

Selasa, 8 Februari 2011

KETUA WANITA PKR CABAR NAJIB LETAK ROSMAH SEBAGAI CALON BN DI MERLIMAU


KUALA LUMPUR : Adalah amat dikesali bila mana isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor yang cuba mengambil kesempatan publisiti atas misi murni menyelamat rakyat Malaysia di Mesir baru-baru ini.

“Peranan beliau dalam misi ini nampaknya sudah melebihi tugasan seorang Menteri. Saya melihat keadaan ini jelas menunjukkan bahawa Rosmah sebenarnya mahukan pengiktirafan dalam kerja kuatnya di Oman, Bahrain dan kini di Mesir,” kata Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin (gambar) diatas dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Maka, katanya adalah sesuai sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) memberi peluang kepada Rosmah untuk bertanding di PRK Merlimau yang akan datang.

Tambahnya, cabaran itu juga sesuai buat BN sebagai pujukan kepada hasrat Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang telah gagal meletakkan calon wanita pada PRK Tenang lalu. Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang melihat pemilihan Rosmah amat penting bagi menyelamatkan berjuta-juta wang rakyat Malaysia daripada terus dibazirkan dalam siri jelajah dunia dan pelbagai persidangan mengarut di bawah rancangan ‘Wanita Pertama’ Malaysia ini.

“Andai benar PM Najib mahu buktikan perubahan, saya mencabar beliau untuk menerima cabaran ini,” ujarnya.

Isnin, 7 Februari 2011

PAKATAN SEBULAT SUARA SETUJU PAS BERTANDING DI MERLIMAU




KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat sebulat suara bersetuju Pas bertanding pada Pilihan Raya Kecil Merlimau dan mengarahkan seluruh jentera bersiap sedia menghadapi PRK berkenaan.

Demikian diumum Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media pimpinan Pakatan Rakyat di ibu pejabat DAP di Jalan Yew petang tadi.

Namun, Pakatan Rakyat belum memutuskan calon yang akan bertanding pada pilihan raya kecil DUN itu.

“(Pilihan raya kecil) Merlimau, kita sudah bincang dan bersetuju sebulat suara supaya menyokong PAS sebagai wakil Pakatan Rakyat.

“Presiden PAS, Tuan Guru Hadi Awang meminta supaya seluruh jentera Pakatan Rakyat dikerahkan dan kita bersetuju,” kata Anwar.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula memberitahu calon yang akan bertanding akan ditentukan berdasarkan cadangan PAS peringkat negeri Melaka.

“Kita baru buat keputusan di peringkat Pakatan Rakyat. Calon itu nanti kita dapat maklumat daripada negeri,” kata Hadi.

Mengulas lanjut, Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali berkata mesyuarat memilih calon akan diadakan pada 13 Februari nanti.

“Senarai pendek calon mungkin 13 Februari. Insya Allah kita akan mesyuarat 13 Februari, tapi calon perlu disahkan Pakatan Rakyat dahulu” kata Mustafa.

Pilihan raya Dewan Undangan Negeri Merlimau bakal diadakan selepas Adunnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia di Hospital Pakar Putra, Melaka, akibat serangan jantung Januari lalu.

Mohammad Hidhir menewaskan calon PAS, Jasme Tompang pada pilihan raya umum 2008.

Kekosongan kerusi berkenaan menyaksikan satu lagi pilihan raya kecil bakal diadakan iaitu yang ke-15 selepas PRK Tenang, Johor 30 Januari lalu.

PAS sebelum ini sememangnya dijangka bertanding kerusi Merlimau kerana secara tradisinya kerusi tersebut ditandingi parti itu. Daripada 14 pilihan raya kecil sebelum ini, PAS bertanding di tujuh tempat dan menang empat daripadanya.

Khamis, 3 Februari 2011

UMNO ZALIMI MELAYU, MAHATHIR 'MUDAH LUPA'



Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjawab tuduhan Tun Dr Mahathir Mohamad ke atasnya awal minggu ini dengan menegaskan, Umno yang selama ini “menzalimi orang-orang Melayu” dan menafikan beliau menjadi punca perpecahan orang Melayu Islam negara ini.

Sehubungan itu Nik Aziz berkata, Dr Mahathir sudah mula dijangkiti penyakit “Melayu Mudah Lupa” yang pernah disebutnya satu ketika dahulu, ketika menjadi perdana menteri dan presiden Umno.

“Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah orang Melayu. Barangkali kerana sayalah yang menyebabkan parti Umno diharamkan pada 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46.

“Barangkali sayalah juga penyebabnya sehingga terpecat timbalan presiden Umno pada 1999 yang membawa kepada penubuhan parti Keadilan dan kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat. Saya bimbang, Tun Mahathir sudah dijangkiti penyakit Melayu Mudah Lupa yang pernah disebutnya satu ketika dahulu,” katanya.

Dalam tulisan blognya Isnin lalu, Dr Mahathir, perdana menteri selama 22 tahun, mendakwa Islam dibawa oleh Nik Aziz “lebih teruk dari Islam nasionalis” dan menjadi penyumbang kepada perpecahan orang Melayu Islam negara ini.

Justeru katanya, Nik Aziz rela mempertahankan Singapura Lee Kuan Yew dengan menganggap cadangan bekas perdana menteri Singapura itu supaya orang Islam Singapura tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam adalah tidak seburuk dari Islam nasionalis Melayu.

“Cadangan Lee Kuan Yew ini dianggap oleh Nik Aziz sebagai lebih baik dari segala-gala yang dilakukan oleh nasionalis Melayu di Malaysia.

“Bayangkan sahaja Islam di bawah pemerintahan Nik Aziz dengan Karpal, Kit Siang, Guan Eng,” kata Dr Mahathir.

Nik Aziz menjawab: “Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh Umno.”

“Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan Umno. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew,” katanya.

Nik Aziz juga berkata, dari zahirnya kelihatan Dr Mahathir sebagai seorang yang sangat mencintai perpaduan Melayu.

“Sedarkah Tun Mahathir bahawa Umnolah selama ini yang menzalimi orang-orang Melayu? Pada tahun 1961, siapakah yang menculik ADUN-ADUN PAS di Terengganu yang menyebabkan akhirnya kerajaan PAS pimpinan Allahyarham Daud Samad digulingkan dari pintu belakang?” kata Mursyidul Am PAS itu dalam responsnya yang disiarkan menerusi Facebook beliau.

Begitu juga keadaan di Kelantan apabila Umno menculik lima wakil rakyat PAS dengan tujuan menggulingkan kerajaan pimpinan Allahyarham Datuk Asri Muda, kata Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.

“Ini boleh disahkan oleh bekas wakil rakyat Tanah Merah Timur yang masih hidup sekarang ini, Che Omar Mohamad yang turut menjadi mangsa,” kata beliau.

Nik Aziz, yang bertegas menentang sebarang bentuk kerjasama politik dengan Umno, yang dibangkitkan sejak selepas pilihan raya umum 2008, seterusnya bertanya siapa yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak demokratik itu “kalau bukan Umno.”

“Episod-episod kezaliman ini masih segar di ingatan pejuang-pejuang PAS,” kata Nik Aziz (gambar) sambil menambah beliau bukannya mahu menyemarak api permusuhan lama, jauh sekali menyimpan dendam tetapi sekadar untuk memperkukuhkan fakta sejarah buat generasi muda yang saya bimbang terbuai dengan dodoi “Ketuanan Melayu yang ditaja oleh Umno.”

Dalam menjawab tuduhan bahawa beliau merupakan penyumbang kepada perpecahan umat Islam Melayu, Nik Aziz juga menyentuh soal persempadanan bahagian pilihan raya yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 2003.

Dr Mahathir meninggalkan jawatan perdana menteri Oktober 2003 dan digantikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Syor kerusi baru digunakan pada pilihan raya umum 2004 dan seterusnya 2008.

“Di zaman Tun Mahathir, siapakah yang bertanggungjawab melakukan persempadanan pilihan raya pada tahun 2003 yang menafikan pertambahan kerusi Parlimen dari negeri yang majoritinya orang Melayu kalau bukan Umno di zaman Tun Mahathir?

“Siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Ibrahim Libya di Memali bersama pengikut-pengikutnya yang kesemuanya terdiri daripada orang Melayu tanpa sebarang sebab yang munasabah kalau bukan Umno di zaman Tun Mahathir?” katanya.

Jawapan Nik Aziz terus mempersoalkan pengenalan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

“Siapakah yang memperkenalkan pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang kemudiannya ditolak sendiri oleh Umno kalau bukan Tun Mahathir?” katanya.

Malagnya kata Nik Aziz, hari ini Umno masih lagi menjuarai amalan tidak demokratik sedangkan bertindak sebaliknya di Perak, Selangor dan Kelantan sendiri.

“Di Perak, mereka gulingkan kerajaan dari pintu belakang. Di Selangor, mereka melantik Setiausaha Kerajaan tanpa sedikitpun perbincangan dengan Menteri Besar.

“Peliknya, juara Ketuanan Melayu inilah pula yang menentang usul mengembalikan kuasa Sultan di Selangor. Tidak malukah mereka kepada DAP yang mereka dakwa sebagai parti cauvinis Cina?” katanya.

Di Kelantan, katanya, Umno-Barisan Nasional menafikan royalti minyak serta menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). “Jika begini, demokrasi pun tidak, federalisme pun tidak, Islam jauh sekali!,” katanya.

Kelantan telah memfailkan pertikaian royalti minyak di mahkamah Ogos lalu.

Nik Aziz menambah, jika Dr Mahathir berkata bukti Umno berjasa kepada Islam dengan membina masjid, maka Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah s.a.w. lebih dahulu membina masjid yang dikenali sebagai Masjid Dhirar.

“Jika Tun Mahathir menyatakan bahawa Umno berjasa kepada Islam dengan membina sekolah agama, maka di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama.

“Bahkan jika Tun Mahathir berkata bahawa jasa Umno ialah arak tidak dihidangkan di majlis rasmi kerajaan, maka apakah bezanya jika arak tetap diberikan lesen secara besar-besaran dan judi pula terus dinikmati sekalipun bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan,” katanya.

Sehubungan itu Nik Aziz meminta Dr Mahathir sebutkan apakah yang beliau lakukan di Kelantan yang bertentangan dengan Islam.

“Jika tidak ada, maka untuk apa kami dilawan?” katanya sambil berkata, “saya akui Tun Mahathir seorang yang bijak.”

“Dan, alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam. Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah,” katanya