Sabtu, 31 Oktober 2009

KENAPA YB BADRUL JAHIL SANGAT?



"ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah berkata kes liwat yang membabitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara sebab beliau keluar PKR.
Bercakap dalam satu sidang akhbar petang ini, Badrul berkata beliau menjadi lebih syak terhadap Anwar yang menurutnya sengaja melengah-lengahkan perbicaraan dan enggan pula menjelaskan perkara itu kepada ahli-ahli parti. " sumber : http://www.malaysiakini.com/news/116238

Siapa Sebenarnya Yang Melengahkan Perbicaraan?

Usaha pihak pendakwaan (DPP) melengah-lengahkan kes pendakwaan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan tindakan yang zalim. Sewaktu Anwar dituduh di Mahkamah Sesyen di hadapan Hakim Puan Komathy, pihak pembelaan dan Mahkamah telah siap bersedia untuk perbicaraan. Namun pihak pendakwa mengemukakan sijil di bawah S. 418A, bagi memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi atas alasan yang remeh. Pihak DPP memberi dalih bodoh, kononnya Anwar adalah seorang yang berprofil tinggi, atas tujuan menjaga keselamatan awam (sedangkan kedua-dua Mahkamah terletak di Kompleks Mahkamah Jalan Duta) serta kes ini melibatkan isu-isu teknikal seperti DNA. Meskipun, yang hendak dijaga hanyalah keselamatan kerajaan Barisan Nasional dan undang-undang tidak pernah memberikan layanan yang berbeza atas dasar profil individu. Tambahan pula, Mahkamah Sesyen lebih berpengalaman dalam mengendalikan hal-hal teknikal.

Misalnya sebahagian besar kes-kes melibatkan jenayah seksual didengar di Mahkamah Sesyen dan bukan di Mahkamah Tinggi. Keputusan DPP untuk memindahkan kes ini datang dari Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail, orang yang terlibat dalam konspirasi kes pendakwaan terdahulu. Malah Gani Patail juga berdepan dengan tuduhan jenayah memalsukan keterangan. Hal ini diperakui oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim merangkap pegawai penyiasat dalam kes mata lebam Anwar 1998. Gani Patail telah memalsukan keterangan untuk menutup insiden mata lebam Anwar. Cukup jelas tujuan perpindahan mahkamah ini berniat jahat. Sudah tentu Anwar akan mengarahkan peguam-peguam beliau untuk mendapat satu perbicaraan yang lebih adil dan membuat permohonan membatalkan sijil S.418A. Hakim Mahkamah Sesyen, Puan Komathy telah bersetuju dengan hujahan pembelaan ini. Beliau telah membuat perintah mahkamah menolak keabsahan Sijil S.418A . Ini kerana ia ditandatangani oleh Tan Sri Gani Patail, orang yang tidak harus terlibat dalam pendakwaan ini. Tindakan pihak pendakwaan merayu kepada Mahkamah tinggi menunjukkan pihak mereka cuba melengah-lengahkan kes ini. Kemudiannya, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi atas alasan hanya Peguam Negara yang berkuasa menandatangani sijil S.418A .

Anwar dan pasukan peguam beliau terpaksa menerima keputusan dan hadir ke Mahkamah Tinggi. Mahkamah Tinggi telah menetapkan tarikh bicara dan sekali lagi kedua-dua pihak telah bersetuju dengan tarikh-tarikh tersebut. Walaubagaimanapun pihak DPP telah dengan sengaja melengah-lengahkan penyerahan dokumen-dokumen kepada pihak pembelaan. Penyerahan dokumen menjadi wajib dibawah prosedur Kanun Keseksaan. Tetapi pihak DPP hanya menghantar sebahagian dokumen saja. Malah pihak pembelaan telah menulis beberapa kali kepada pihak Pendakwaan untuk menyerahkan kesemua dokumen yang perlu. Namun mereka enggan berbuat demikian. Motif tindakan tidak profesional pihak pendakwaan ini cukup diragui.

Anwar tidak harus duduk diam tanpa jaminan hak beliau untuk mendapatkan satu perbicaraan yang adil dicabar. Justeru menjadi amat wajar, bilamana para peguam Anwar terpaksa memohon kepada Mahkamah untuk tidak menyerahkan kesemua dokumen yang perlu bagi penyediaan pembelaan. Ini adalah tindakan yang waras dilakukan oleh mana-mana tertuduh untuk menjamin keadilannya. Apabila permohonan penyerahan dokumen ditetapkan untuk pendengaran, Peguam Kanan Tuan Haji Sulaiman yang mengetuai pasukan peguam Anwar menarik diri kerana beliau telah jatuh sakit. Beliau dimasukkan ke hospital. Tetapi Hakim tidak membenarkan Anwar menangguhkan kes untuk mendapatkan Peguam Kanan yang baru. Ketua Pendakwaan, Datuk Yusof Zainal Abiden sendiri telah mengesahkan dengan Hospital Kuala Lumpur bahawa Tuan Hj Sulaiman memang sakit. Menuduh Tuan Hj Sulaiman dengan sengaja menarik diri merupakan suatu fitnah yang kejam dan zalim kerana beliau telah dirawat diwad hospital selama 2 minggu! Para peguam dalam pasuan pembelaan tanpa melengahkan masa terpaksa meneruskan permohonan tersebut.

Menjadi kebiasaan, selalunya Mahkamah akan membenarkan penangguhan kepada pembelaan atas sebab yang munasabah seperti Peguam sakit. Anehnya, Anwar mendapat layanan yang berbeza. Hakim Mahkamah Tinggi pula bersetuju dengan hujahan pihak pembelaan dan memerintahkan pihak pendakwa untuk menyerahkan dokumen yang dipohon. Tetapi pihak Pendakwa enggan berbuat demikian. Malah pihak DPP membuat rayuan memohon untuk menggantung keputusan Mahkamah sehingga selesai keputusan di Mahkamah Rayuan. Kini Rayuan bakal didengar pada 23 Oktober 2009. Bahawasanya, pihak pendakwaanlah yang menangguhkan perbicaraan. Keengganan pihak pendakwa menyerahkan dokumen-dokumen kepada pembelaan menunjukkan ada sesuatu perkara yang ditakuti dan ingin disembunyikan. Pihak pendakwaan tidak menyerahkan senarai saksi kepada pihak pembelaan. Walhal, menjadi suatu amalan biasa di dalam mana-mana kes perbicaraan jenayah yang lain.

Anwar Ibrahim tidak harus duduk diam dan menunggu sehingga satu lagi sabitan dibuat terhadap beliau. Pertuduhan ini hanyalah ulang tayang peristiwa dan konspirasi paling jahat ke atas beliau. Di sini mari kita perhatikan individu-individu yang jelas mempunyai motif politik dalam membuat fitnah yang kononnya Anwar melengah-lengah kes ini :-

- Peguam Hasnal Rezua Marican sebenarnya telah memberi pandangan tidak profesional kepada Utusan dengan hasad prasangka keji terhadap Anwar. Hasnal, bekas ketua pemuda Umno Selayang, merupakan seorang ahli UMNO yang setia aktif. Hasnal sendiri pernah meminta penangguhan bagi pihak anakguam-anakguam beliau bagi kes-kes yang diwakili beliau. Beliau juga merupakan peguam bagi Ezam yang telah beberapa kali memohon penangguhan bagi kes-kes perhimpunan haram Ezam dari Mahkamah. Kes-kes tersebut ditangguh selama 10 tahun!

- Tan Sri Abu Zahar Ujang, Presiden Persatuan Peguam Muslim, merangkap Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) – kedua-dua Persatuan yang pro-UMNO dan anti-Anwar ini tidak memberi pandangan secara waras tapi penuh dengan syak wasangka dan tidak adil. Peliknya Presiden persatuan-persatuan ini tidak pula mempersoalkan kelewatan pertuduhan Qazaf terhadap Saiful di Mahkamah Syariah. Sehingga ke hari ini, ia langsung tidak dipedulikan. Mereka tidak mempercayai proses perundangan Syariah di Malaysia yang membenarkan Anwar membuat aduan fitnah di Mahkamah Syarie. Tan Sri Abu Zahar Ujang juga adalah ahli Lembaga Disiplin UMNO dan merupakan bekas calon UMNO.

- Lokman Noor Adam dan Roslan Kassim, bekas ahli PKR yang membelot daripada perjuangan reformasi. Kedua mereka menghadapi pertuduhan menyertai perhimpunan haram di Mahkamah Majistret. Mereka paling kerap tidak hadir ke Mahkamah tanpa alasan yang munasabah. Malah mereka selalu meminta penangguhan. Mereka tergolong dalam kelompok orang yang pernah keluar UMNO lantas merangkak balik kepada UMNO dan menyalak kerana duit!

- Chandra Muzaffar, seorang yang menyamar menjadi kononnya intelektual, bermuka-muka dan bersifat lalang. Komen-komen beliau hanya menjurus kepada satu tujuan khusus untuk menyerang Anwar, dengan mendapat imbuhan lumayan, seperti kurniaan jawatan pengerusi penaung Yayasan 1 Malaysia.

Akhirnya ulasan Profesor Salleh Buang, seorang pakar perundangan dibuat sembarangan tanpa hati-hati meneliti fakta. Beliau ikut menuduh Anwar membuat helah melengah-lengahkan kes dengan membuat permohonan ala peguam-peguam di Amerika. Undang-undang di Malaysia sendiri membenarkan mana-mana tertuduh membuat pelbagai permohonan untuk menjamin hak beliau. Tidak perlulah merujuk kepada Amerika bagi tujuan ini. Misalan, permohonan mendapatkan dokumen sangat jelas dan termaktub di dalam Kanun Prosedur Jenayah, iaitu Seksyen 5, 51, 51A. Perlembagaan Persekutuan menjamin seseorang tertuduh itu berhak mendapat perbicaraan yang adil. Biarpun tidak ada bukti jolokan (penetrasi) langsung ke dalam dubur Saiful, (dan ini berdasarkan sekurang-kurangnya laporan 4 doktor termasuk 3 dari HKL!) – suatu elemen wajib yang harus wujud untuk mendakwa kesalahan, pihak DPP tetap meneruskan kes ini. Sepatutnya kes ini wajib dibuang saja. Pihak yang dituduh wajib menikmati hak untuk mendapatkan kesemua dokumen bagi penyediaan pembelaan.

Akhbar Utusan sebagai lidah UMNO tambah mengapi-apikan fitnah kononnya Anwar sengaja melengahkan kes pertuduhan. Hakikatnya pertuduhan ini adalah suatu konspirasi jahat untuk memastikan Anwar merengkok semula ke dalam penjara Sungai Buloh. Malah Utusan dalam laporan bertarikh 8 September 2009 memanipulasikan kenyataan Pensyarah Undang-Undang Perlembagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof. Dr. Shad Saleem Faruqi dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Shaik Daud Md. Ismail. Kedua-dua mereka hanya memberi pandangan umum berkenaan proses Mahkamah yang adil sebagaimana termakutub dalam Perlembagaan Persekutuan serta Mahkamah tidak akan menangguh tanpa alasan.

Mereka langsung tidak menyentuh kes Anwar dan tidak memberi apa-apa komen terhadap kes beliau. Kita sedang menyaksikan, sekali lagi peristiwa konspirasi jahat untuk menjatuhkan Anwar yang menjadi ancaman terhadap kerakusan kuasa kerajaan Barisan Nasional!

Rabu, 28 Oktober 2009

SIASAT KHAIRY JAMALUDDIN - DSAI



KUALA LUMPUR - Ketua UMUM Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim minta diwujudkan satu suruhanjaya bebaas untuk menyiasat kekayaan Ketua Pergerakan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin termasuk kesemua harta yang hilang secara bebas. DSAI turut menggesa agar siasatan dijalankan terhadap beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) yang memiliki kekayaan melampau.

DSAI sebagai mengulas dakwaan beliau mempunyai simpanan sebanyak RM3 bilion seperti mana didedahkan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid beberapa tahun lalu. Sehubungan itu Khairy Jamaluddin meminta polis menyiasat DSAI. Gesaan ini dibuat susulan kenyataan kenalan baik bekas Timbalan Perdana Menteri itu S.Nallakarupan yang mendakwa DSAI mempunyai pelbagai sumber kewangan yang besar seperti mana didakwa Abdul Murad Khalid.

DSAI menjelaskan beliau tidak gentar dengan dakwaan tersebut. Dedahnya, finah itu dibuat sejak 1988 lagi tetapi sehingga sekarang mereka tidak dapat membuktikan keterlibatannya dalam kes tersebut. DSAI juga menolak dakwaan Khairy bahawa beliau memiliki simpanan dalam beberapa 'master accounrs' dan mengakui pernah disiasat oleh Badan Pencegahan Rasuah (BPR) tetapi tidak menemui sebarang bukti.

"Kalau mahu check...checklah. Saya tidak peduli. Sila siasat. Saya tidak takut. Saya juga minta satu suruhanjaya bebas ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan beberapa pemimpin BN dan UMNO yang memiliki kekayaan melampau atau akaun luar biasa. Siasan juga perlu dilakukan terhadap Khairy," kata DSAI. DSAI akui sudah 11 tahun dakwaan itu dibuat ke atasnya namun beliau tidak berasa bimbang kerana berada di pihak yang benar. Sebaliknya Khairy yang perlu berasa takut kerana mampu mengumpul kekayaan sehingga beratus-ratus juta. Soalnya di mana Khairy mendapat kekayaan tersebut. Sebelum ini Angkatan Muda Keadilan (AMK) pernah mendakwa Khairy yang juga menyandang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO pada waktu itu meminjam RM9.2 juta untuk membeli saham ECM Libra. Selepas empat bulan Khairy terpaksa menjualnya kerana tidak tahan dengan tekanan dan kritikan yang dilemparkan terutama Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mendakwa bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi mengamalkan nepotisme.

Malah ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin pernah mencadangkan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi memanggil BPR untuk melakukan siasatan menyeluruh terhadap diri dan menantu beliau agar terbukti bersih daripada amalan rasuah dan salah guna kuasa. Justeru dalam wawancara dengan akhbar Thailand, Bangkok Post, Abdullah mempertahankan menantunya. Antara lain beliau berkata, "Orang tua itu (Dr. Mahathir) telah menabur pasir ke dalam periuk nasi Khairy." Kenyataan ini antara ain merujuk tindakan Dr Mahathir yang menyerang menantunya dalam pelbagai isu termasuk pembelian saham tersebut.

Abdullah juga berkata dalam wawancara itu, "Inilah benda yang amat menyedihkan saya. Khairy Jamaluddin terpaksa menjual kepentingannya dalam bank saudagar ECM Libra. Ini bermakna menjualnya dengan menanggung kerugian. Sekarang dia mempunyai hutang untuk dilunaskan."

Justeru itu, DSAI menggesa agar siasatan secara telus dapat dilakukan terhadap Khairy. Tegasnya bagaimana seorang pemimpin muda seperti Khairy mampu meminjam wang begitu banyak untuk membeli saham-saham ECM Libra.

Ahad, 25 Oktober 2009

MANA JANJI PENGLIBATAN 30 PERATUS WANITA



Semanjak tahun 2004 polisi penyerataan wanita sebanyak 30 peratus dalam badan pembuat keputusan di Malaysia telah diuar-uarkan kepada umum. Janji ini diputarkan kembali menjelang Rancangan Malaysia ke Sembilan (RMK9) bagi tempoh 2006 hingga 2010 seperti yang diumumkan Perdana Menteri ketika itu Abdullah Badawi. Namun malangnya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dilihat seolah-olah masih terkapai-kapai dan hilang tumpuan untuk bertindak secara efektif bagi menggerakkan misi tersebut.

Bagi Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin hal ini jelas menunjukkan kegagalan Barisan Nasional (BN) memartabatkan golongan wanita di Malaysia. Beliau yang juga Ketua Wanita PKR dalam satu kenyataan media menyeru agar kerajaan memberi lebih banyak peranan kepada wanita dalam hirarki pentadbiran negara.

"Melihat dari sudut hirarki pentadbiran negara, tahap kepercayaan yang diberikan kepada golongan wanita melalui jawatan Menteri dan Timbalan Menteri adalah amat menyedihkan. Kerajaan BN telah gagal memberi pengiktirafan setimpal dan menghargai pernan mereka kerana hanya 2 orang Menteri yang dilantik dari kalangan wanita daripada 27 orang Menteri Kebinet.

Ini hanyalah sekitar 7.4 peratus sahaja berbanding sasaran 30 peratus. Manakala bagi jawatan Timbalan Menteri, hanya 7 orang yang dilantik daripada jumlah 40 orang Timbalan Menteri. Jawatan yang diberikan pula tidak penting iaitu Kementerian Pembangunan wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Pelancongan.

"Apakah tiada wanita yang layak untuk memimpin kementerian yang lebih signifikan peranannya seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ataupun Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri? soal Zuraida. Beliau membandingkan dengan pengiktirafan peranan wanita yang dilakukan oleh pentadbiran negeri selangor. Daripada 11 orang ahli exco 4 adalah wanita. "Dalam konteks pemerintahan Pakatan Rakyat, Negeri Selangor telah menunjukkan tauladan serta kepercayaan kepada kebolehan wanita. Empat daripada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri adalah wanita dan ini merupakan bukti kepada kesungguhan politik (political will) dan bukan hanya cakap kosong sahaja. " ujarnya.

Zuraida mencabar BN agar mengotakan janji untuk memartabatkan wanita di dalam pembentukan kabinet negara dan di peringkat pentadbiran awam. "Wanita PKR menggesa dan sangat berharap agar Senator Datuk Shahrizat Jalil menunaikan janjinya kepada wanita di seluruh Malaysia dengan memastikan sekurang-kurangnya 8 orang Menteri Kabinet dan 12 Timbalan Menteri adalah dari golongan wanita.

"Seturusnya dituruti ke peringkat pegawai-pegawai kerajaan dan kakitangan pentadbiran lainnya. Sekiranya BN kekurangan calon yang bersih dari rasuah dan salah guna kuasa, berkaliber serta professional maka beliau wajarlah menunjukkan kematangan politik dengan melibatkan sejumlah 11 orang wakil rakyat wanita dari gagasan Pakatan Rakyat di Parlimen untuk berkerjasama dalam hal ini," katanya.

Sabtu, 24 Oktober 2009

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM - BN TIDAK BELA ASKAR


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Belanjawan 2010 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang tadi tidak menyebut langsung tentang sektor pertahanan. Sedangkan, kata bekas menteri kewangan itu, kerajaan baru-baru ini menyatakan untuk membela golongan tersebut sewaktu berkempen pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, awal bulan ini. "Seingat saya inilah kali pertama ia berlaku," katanya selepas pembentangan Bajet 2010 di Dewan Rakyat petang semalam. Datuk Seri Anwar Ibrahim juga berkata terdapat beberapa kelemahan asas dalam menangani defisit belanjawan. "Walaupun unjuran itu akan berkurangan kepada 7.4 peratus, tetapi kenyataan bahawa pelaburan kita menjunam - ini angka yang cukup mengejutkan - daripada RM19.7 bilion kepada RM3.3 bilion," katanya. "Jumlah ini yang perlu disiasat dan diteliti kerana ia tidak selaras dengan negara-negara serantau seperti China dan India yang pelaburannya meningkat akhir-akhir ini." Dattuk Seri juga berkata, bajet tersebut juga memperkenalkan bebanan baru kepada rakyat melalui caj penggunaan kad kredit sebanyak RM50.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pula berkata, bajet itu satu bentuk diskriminasi dan tidak selari dengan tema '1Malaysia, Kemakmuran Bersama' apabila hanya memberikan pengurangan cukai kepada pekerja pengetahuan di Wilayah Iskandar semata-mata. "Sebenarnya kemajuan hanya dipilih untuk kawasan-kawasan tertentu dan golongan-golongan tertentu sahaja," katanya.

Sementara itu Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa menyifatkan isu pembangunan industri halal "sekadar pengulangan tanpa pembaharuan seperti yang dinyatakan dalam belanjawan terdahulu". "Secara realitinya Malaysia masih lagi ketinggalan dalam bidang ini berbanding dengan Thailand dan China yang bukan beragama Islam. "Perkara ini tidak dipindahkan dalam bentuk tindakan walaupun sudah lama kita dengar," katanya. Beliau menyambut baik manfaat-manfaat yang diberikan kepada rakyat melalui bajet tersebut, misalnya pengurangan cukai individu.

BELANJAWAN 2010 CERMIN KERAPUHAN KEWANGAN BN

Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan jelas memperlihatkan kerapuhan kewangan kerajaan pimpinannya.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Thony Phua berkata kelompongan ekonomi negara berpunca daripada sikap boros kerajaan dalam membelanjakan hasil penjualan petroleum negara yang meningkat.

Menurutnya dalam keadaan ekonomi yang merosot, langkah kerajaan mengurangakan perbenlanjaan dalam bajet berkenaan akan mengakibatkan langkah awal yang direncana untuk memulihkan ekonomi negara terjejas.

“Antara langkah terejejas adalah perkhidmatan pengangkutan awam di mana dalam bajet tahun lalu oleh Pak Lah ada satu peruntukan RM35 billion selama lima tahun dari 2009 sehingga 2014 tetapi pada bajet tahun ini peruntukkan untuk pengangkutan awam macam langsung tidak nampak.

“Kita hendak tanya RM35 billion yang diperuntukkan sejak tahun lalu, apakah yang digunakan bagi tahun ini untuk mempertingkatkan pengangkutan awam di Malaysai. Kita amat kecewa sistem pengangkutan awam ini telah dipinggirkan dan kalau kita lihat peruntukan perbelanjaan bagi pengangkutan telah turun sebanyak 22 peratus,” katanya ketika dihubungi TVSelangor.

Beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang hanya mengenakan caj RM10 ribu untuk satu sijil Kelulusan Permohonan (AP) jauh sedikit berbanding harga pasaran sebenar.

Katanya tindakan ini seupama mempunyai agenda tersembunyi kerana kerajaan seharusnya mengenakan caj AP mengikut harga pasaran semasa bagi meningkatkan pendapatan negara.

“Saya hendak tanya mengapa hanya dicaj RM10ribu jika harga pasaran diluar bagi setiap satu AP bernilai RM40 ribu hingga RM50 ribu. Kenapa kerajaan tidak mengadakan satu pilihan secara terbuka di mana pihak usahawan atau syarikat membuat permohonan secara terbuka untuk membeli AP ini dengan harga lebih tinggi supaya kerajaan mendapat harga yang lebih tinggi.

“Ini amat meragukan walaupun sekarang dikenakan caj RM10 ribu tetapi ia sangat rendah dan tidak mengambil kira harga pasaran setiap satu AP,” katanya.

Sementara itu, Pakar ekonomi yang juga ahli parlimen Kelang, Charles Santiago menegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal menerangkan secara terperinci bagaimana kerajaan akan membantu meningkatkan tahap sosio ekonomi rakyat dalam Pembentangan Bajet 2010, petang tadi.

Menurutnya, diawal pembentangan berkenaan Najib menwar-warkan untuk menukar corak ekonomi Malaysia kepada ekonomi pendapatan tinggi, namun sepanjang pembentangan tiada pandangan atau analisis terperinci berhubung rancangan berkenaan.

"Dalam pembentangan bajet 2010 Perdana menteri mengatakan bahawa tujuan bajet ini sebagai pemulaan tukar corak ekonomi dari lowage kepada high income economi, tapi selepas dua janm tidak ada satu pandangan yang meyakinkan rakyat bagaimana kerajaan akan menukar corak ekonomi kita ini.
"Saya fikir itu satu kelemahan besar, semua orang tahu Malaysia sedang hilangkan daya saingan dengan Negara lain, dalam index yang dikeluarkan World Ekonomi Report jelas menngatakan Malaysia turun dari tahun lalu, dan mana-mana fakta ekonomi bahawa pelaburan di Malaysia daripada peniaga Malaysia telah jatuh, eksport jatuh dan ini isu yang dibangkit oleh Pedana Menteri yang dikeluarkan iaitu bagaimana kerajaan cadang untuk menukar corak ekonomi Malaysia namun tiada pandangan yang kerajaan cadang untuk tukar corak ekonomi Malaysia,"katanya.

Menurutnya, Najib seperti menawarkan gula-gula politik untuk pengundi di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat dalam cubaan membeli semula sokongan mereka.

"Bajet ini tujuan mereka adalah untuk terima balik atau pulang balik rakyat Malaysia yang telah undi pihak pakatan rakyat tahun 2008, itu memang jelas, relocation basmi kemiskinan adalah sangat tinggi, ini jelas bahawa matlamat kerajan untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada Barisan Nasional itu memang jelas," katanya. -TVS

Khamis, 22 Oktober 2009

BN TIDAK YAKIN DENGAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN DUN PERAK DIBUBARKAN?



Spekulasi semakin kuat bahawa Dun Perak bakal dibubarkan dalam tempoh terdekat. Banyak tanda-tanda yang menunjukkan kearah pembubaran itu. Rasanya tak perlu diulas lagi. Tetapi kami menjangkakan antara sebab utama Dun Perak bakal dibubarkan ialah Umno@BN tidak yakin keputusan Mahkamah Persekutuan pada 5 November ini memihak kepada mereka.

Mereka tidak yakin Datuk Seri Zambry Abdul Kadir akan dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan sebagai Menteri Besar. Datuk Seri Ir Nizar akan dikembalikan jawatannya sebagai Menteri Besar Perak yang sah.Jika itu berlaku Umno@BN akan malu besar. Moral Umno akan jatuh merudum. Pastinya sokongan kepada Pakatan Rakyat akan melonjak kembali. Umno pastinya tidak akan membiarkan tragedi itu berlaku. Oleh itu Umno@BN tidak ada pilihan melainkan mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dun Perak. Maka jika Dun Perak dibubarkan Mahkamah Persekutuan tidak lagi perlu bersidang 5 November ini.

Mungkinkah juga Dato Seri Najib akan mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat selepas membentangkan Belanjawan 2010 pada Jumaat ini? Semua kemungkinan ini saya lihat sebagai opsyen yang ada kerana dalam pembentangan Belanjawan nanti mungkin pelbagai tawaran, insentif dan bonus diumumkan diikuti di akhirnya pembubaran parlimen. Semua ini sebagai 'gula-gula' politik agar rakyat terus menyokong Umno@BN. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan....

12 PENUNJUK PERASAAN INSIDEN KEPALA LEMBU DIBICARA BERSAMA



SHAH ALAM: Dua belas penunjuk perasaan yang terlibat dalam insiden memijak kepala lembu di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada 28 Ogos lepas, akan dibicarakan bersama di Mahkamah Sesyen di sini. Bagaimanapun tarikh perbicaraan kes itu akan ditetapkan pada sebutan semula kes itu 8 Dis depan.

Terdahulu Hakim M.Gunalan membenarkan permohonan Ketua Unit Pendakwaan Selangor Timbalan Pendakwa Raya Roslan Abu Bakar agar kes itu dibicarakan bersama.
Mahkamah juga memerintahkan segala dokumen berkaitan diserahkan pada tarikh sebutan akan datang. Mereka yang akan dibicarakan ialah Ahmad Mahayuddin Abdul Manaf, 36, Ibrahim Sabri, 43, Eyzva Ezhar Ramly, 31, Mohd Azmir Mohd Zain, 35, Ahmad Suhairy Zakaria, 30, dan Mohd Hilmi Ni, 40. Ibrahim dan Ahmad Mahayuddin didakwa bersama-sama telah memijak kepala lembu, Eyzva Ezhar didakwa membawa kepala lembu manakala Mohd Azmir, Ahmad Suhairy serta Mohd Hilmi didakwa bersama-sama membawa dan memijak kepala lembu dalam satu perhimpunan yang menyalahi undang-undang. Kesemua perbuatan itu didakwa mempunyai kecenderungan menghasut, yang mana perbuatan itu boleh menimbulkan perasaan tidak puas hati dan permusuhan terhadap rakyat beragama Hindu. Mereka didakwa didakwa mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Kesemua mereka juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan pilihan iaitu dengan sengaja berniat hendak melukakan perasaan penganut beragama Hindu dengan melakukan kesalahan terbabit pada masa yang sama.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Ahmad Mahayuddin dan Ibrahim merupakan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Badan Bertindak Penduduk Seksyen 23 di sini, yang mengetuai bantahan terhadap cadangan kerajaan Selangor memindahkan sebuah kuil Hindu di Seksyen 19 di sini ke kawasan berkenaan. Mereka termasuk enam lagi tertuduh Jainuddin @ Zainuddin Md Yusuff, 67, Mohd Jurit Ramli, 39, Mohamad Nordin Zakaria, 46, Jamil Mohamad Isa, 40, Rahimuddin Md Harun, 39, dan Azhari Shaari, 39, juga didakwa mengambil bahagian dalam perhimpunan haram. Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 27(5)(a) Akta Polis 1967 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 27(8) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 dan penjara sehingga setahun, jika sabit kesalahan. Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan pada jam 2.25 petang, 28 Ogos lalu di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SAAs) di sini.

KERAJAAN DIGESA PINDA PERLEMBAGAAN PERJELAS KEDUDUKAN STATUS NEGARA



KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa segera meminda beberapa Artikel dalam Perlembagaan Persekutuan bagi memperjelaskan beberapa isu termasuk soal status negara yang mengamalkan dwisistem (sistem perundangan hybrid) dan bukannya sebuah negara sekular sebagaimana yang didakwa beberapa pihak. Pindaan ke atas Perlembagaan juga perlu dibuat bagi mewujudkan garis perbezaan antara Perlembagaan sebagai undang-undang utama Persekutuan dengan pelaksanaan undang-undang dan syariat Islam. Desakan itu antara 24 senarai rang undang-undang persendirian yang dikemukakan anggota Parlimen Bandar Baru Kulim, Zulkifli Noordin yang tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat yang sedang bersidang.

Zulkifli berkata, Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi memastikan fakta-fakta mengenai kedudukan agama Islam tidak lagi diputar belit dan disalah tafsir oleh golongan tertentu untuk memberi gambaran kononnya Malaysia adalah negara sekular. Untuk itu ayam sabung PKR tersebut menyarankan supaya perkataan "Islam adalah agama bagi Persekutuan termasuk dari segi undang-undang dan syariatnya" ditambah bagi menepis keraguan mengenai perihal kedudukan status negara. "Hakikatnya Malaysia bukanlah negara sekular sebaliknya negara yang meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, maka dengan pindaan kepada Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan seperti yang dicadangkan akan memperjelaskan perihal kedudukan status negara ini tanpa sebarang keraguan lagi," katanya.

Beliau berkata Artikel 4 Perlembagaan Persekutuan pula perlu dipinda bagi menambah perkataan "Perlembagaan adalah undang-undang utama Persekutuan dan kecuali undang-undang dan syariat Islam, apa-apa undang-undang yang diluluskan berlawanan dengannya hendaklah terbatal setakat ia berlawanan itu". "Dewan perlu mengambil maklum bahawa banyak keadaan di mana hukum syarak' syariat Islam telah terbatal dan atau tidak dapat dilaksanakan kerana Artikel 4 Perlembagaan Persekutuan ini yang meletakkan undang-undang negara mengatasi semua undang-undang dan peraturan lain. "Ini termasuk undang-undang serta syariat Islam seperti pengharaman pemakaian serban di sekolah-sekolah kebangsaan, pemakaian purdah dan jilbab di jabatan-jabatan kerajaan, pelaksanaan undangundang syarak seperti khalwat, zina, qazaf yang bercanggah dengan hukum syarak dan lain-lain," kata Zulkifli.

Turut dicadang untuk dipinda ialah Artikel 11 (1) Perlembagaan Persekutuan mengenai soal pertukaran agama bagi orang Islam. Dalam perkara itu, Zulkifli mencadangkan untuk memasukkan perkataan "termasuk menukar agamanya kecuali bagi penganut agama Islam yang hendaklah tertakluk kepada undang-undang dan syariat Islam. Bagi maksud penganut agama Islam, soal kemasukan dan kemurtadan dari agama Islam, soal kemasukan dan kemurtadan dari agama Islam hendaklah ditentukan oleh Mahkamah Syariah yang mempunyai bidang kuasa mutlak ke atasnya". Selain itu Zulkifli turut mengemukakan rang undang-undang peribadi untuk menggesa kerajaan melaksanakan undang-undang untuk melarang dan memberi syarat bagi penjualan arak dan kondom di kedai-kedai serbanika termasuk SevenElevan (711) dan KK Mart.

"Banyak kes yang terjadi di mana remaja dan belia Melayu beragama Islam yang menyalahgunakan penjualan arak dan minuman beralkohol serta kemudahan kondom di kedai-kedai serbaneka ini untuk kegiatan tidak berakhlak dan bermoral," katanya. Dalam cadangan berbeza, Zulkifli turut mendesak Kementerian Dalam Negeri supaya segera mengadakan siasatan terhadap Sisters In Islam (SIs) kerana aktivitinya dikhuatiri bertentangan dengan syariat Islam. Sehubungan itu beliau mendesak kementerian menyiasat bagaimana kumpulan itu dibenarkan menggunakan label 'Islam' sedangkan nama pendaftarannya tidak tercatat sedemikian. Beliau mendakwa kumpulan tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROs) sebaliknya didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan nama SiS Forum Malaysia Sdn Bhd.

Kementerian juga digesa menyiasat sumber dana kumpulan itu kerana didakwa mendapat bantuan dana dan pembiayaan antaranya daripada pertubuhan bukan Islam seperti Yayasan Rockfeller dari Amerika Syarikat dan Konrad Adreneur dari Jerman. Semalam soalan mengenai isu SIS yang dikemukakan oleh Zulkifli tersenarai sebagai soalan ke10 sesi soal jawab lisan, tetapi tidak sempat diutarakan berdasarkan faktor masa. Zulkifli dalam soalannya ingin tahu sama ada kerajaan bercadang untuk merujuk SIS kepada Majlis Fatwa Kebangsaan dan sama ada kerajaan bercadang melarang mereka menggunakan perkataan Islam pada nama mereka memandangkan ia didaftarkan tanpa label Islam.

Beliau yang ditemui di lobi Parlimen berkata kesemua usul berkenaan telah dikemukakan kepada Dewan Rakyat pada 17 Sept lepas dan berharap kesemua rang undang-undang yang dikemukakan berpeluang dibahaskan anggota Dewan Rakyat, khasnya berkaitan isu SIS.
Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat Parlimen, semua usul dan rang undang-undang persendirian hanya akan dikemukakan dalam dewan setelah kesemua urusan kerajaan diselesaikan.

Isnin, 19 Oktober 2009

BUANG BAYI SIKAP KAUM JAHILIYYAH- NIK AZIZ

KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan perbuatan mereka yang membuang bayi adalah sama dengan sikap kaum Jahiliyyah di Mekah iaitu kaum yang terkenal dengan keruntuhan akhlak dan moralnya.

Mursyidul Am PAS itu berkata beliau bimbang dengan sikap golongan itu yang menjadi penyakit kepada masalah sosial di negeri itu.

"Golongan ini mereka menolak agama, mereka suka kepada dunia dan wang tanpa memikirkan agama. Mereka sanggup terlibat dalam zina, dadah dan jenayah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis sambutan Aidilfitri di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kes pembuangan dua bayi dalam tempoh kurang seminggu dengan penemuan bayi pertama di Masjid AlSultan Yahya Petra diikuti kes kedua di Masjid Telipot, di sini semalam. Ketika ditemui kira-kira pukul 8 pagi, bayi lelaki yang sihat dan masih bertali pusat itu dipercayai baru tiga jam dilahirkan dan hanya dibalut dengan sehelai kain tudung. Nik Abdul Aziz berkata kerajaan negeri perlu menggiatkan lagi aktiviti kerohanian seperti dakwah untuk meningkatkan lagi kesedaran dan nilai moral masyarakat.

"Kita akan lakukan dakwah termasuk khutbah dan ceramah. Apa yang penting adalah kesedaran masyarakat di dalam hati mereka terhadap Islam bukannya polis.
"Orang lihat perkara ini tanggungjawab polis, itu salah. Sebenarnya tanggungjawab individu itu untuk menjaga moral mereka dengan Islam," katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai hasrat Anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang menyatakan hasrat untuk kembali kepada Umno berikutan berlakunya perubahan dalam kepimpinan parti itu, Nik Abdul Aziz berkata ianya terserah kepada Ibrahim sama ada untuk menyertai Umno atau tidak."Apa yang dia perlu buat adalah letak jawatan, sebagai anggota Parlimen Pasir Mas," katanya.
BERNAMA

Jumaat, 16 Oktober 2009

ULASAN UCAPAN NAJIB : FAHAMI DUA MESEJ TERSIRAT NAJIB.




PRESIDEN Umno, Mohd Najib Tun Razak baru saja selesai menyampaikan ucapan dasar sulungnya di perhimpunan agung Umno ke-60. Najib mengambil masa selama 1 jam 28 minit dan terpaksa meneguk air sebanyak enam kali.Ucapan dasar itu memang ditunggu-tunggu oleh semua pihak bukan saja ahli Umno tetapi para pemerhati dari dalam dan luar negara juga. Pembangkang juga saya percaya (yang tidak ada tugas lain) mengikut ucapan yang disiarkan secara langsung menerusi beberapa saluran tv itu dengan penuh minat.

Selepas ini akan adalah ulasan dan kritikan atau sinisme daripada pemimpin pembangkang ke atas ucapan dasar itu. Mereka akan mengulas mengenai sudut negatif saja dan akan menenggelamkan aspek-aspek positif untuk agama, bangsa dan negara! Ucapan ini dikira penting dan mempunyai signifiken tersendiri bagi Najib dan Umno. Apa yang ditunggu ialah mengenai kupasan dan ulasan Najib mengenai usaha Umno meminda perlembagaan bagi memulihkan parti Melayu itu. Orang ingin menunggu apakah rasionalnya keputusan Umno meminda pelembagaan itu. Apakah ianya satu tindakan hakiki atau hanya retorik untuk mengabui mata umum saja. Selain itu penghayatan ke atas ucapan dasar itu juga untuk menyelami dan membaca mesej-mesej tersirat yang dicuba disampaikan Najib bagi difahami bersama. Nampaknya Umno tidak ada menghadapi masalah dalam pindaan perlembagaan. Ahli Umno sepakat menerimanya atas prinsip untuk melihat parti berkenaan terus kekal sebagai parti pemerintah di negara ini.

Atas kepercayaan pindaan itu untuk memperkuatkan Umno ia akan diterima sebulat suara nanti. Kata Najib menerusi tema ucapan Menjunjung Tradisi dan Menzahirkan Perubahan, Najib yakin demokrasi dalam Umno akan dipulihkan, mendapat kepercayaan rakyat dan Umno terus akan menjadi peneraju kerajaan. Katanya juga tindakan itu sejarah buat Umno dan melambangkan keberanian Umno melakukan perubahan. Ini katanya adalah kesungguhan Umno untuk mengubah dirinya. Menerima kata-kata Najib ini sebagai satu kebenaran, ini boleh difahami bahawa selama ini, khasnya sejak Umno di bawah kepimpinan Mahathir Mohamad, parti itu sudah tidak demokratik lagi. Ini juga bermakna selama 22 tahun Mahathir memegang jawatan itu dengan pemerintahan ala kuku besi dan menggunakan kuasa veto.

Jika Umno kini rosak parah dan perlu diperbaiki kerana ia tidak demokratik dan menjadi parti dimiliki seorang taukeh, maka orang yang perlu bertanggungjawab dan berdosa mewujudkan ini ialah Mahathir bin Mohamad. Sekiranya Umno tewas dalam pilihan raya nanti, Mahathirlah yang kena bertanggunjawab.Apakah perubahan itu akan berjaya? Demokrasi dalam Umno akan dapat dipulihkan dan sehubungan itu akan berbondong-bondonglah generasi muda akan menyertai Umno kerana sudah berlalu perubahan itu? Pemilihan kepimpinan dua tahun depan akan menjawab persoalan ini. Menerusi sistem dan kaedah pemilihan akan datang Umno bukan lagi dipilih oleh 1,500 perwakilan yang sudah dikandangkan, tetapi dipilih oleh 160,000 ahli bawahan.

Soalanya lagi apakah tidak akan berlaku kandang mengandang lagi di kalangan ahli bawahan yang diberi kuasa memilih itu. Kalau 1,500 para perwakilan sebelum ini dikandang dan diberikan makanan yang kompeks dan bergizi dalam bentuk pelet dan sebagainya, apakah ahli sebanyak 160,000 tidak akan dikandangkan dan diberikan makanan rumput dan daun-daun?
Dalam tujuan ini bagi saya, bukan soal jumlah kecil atau banyak kuasa memilih pemimpin yang menjadi sebab berlaku rasuah yang merosakkan Umno, tetapi yang penting kejujuran, kesungguhan dan keikhlasan ahli Umno seluruhnya dalam berorganisasi. Di sini apa yang perlu ditekankan ialah intergriti; kebersihan, kejujuran dan keikhlasan ahli Umno bukan bergantung kepada skla kecil atau besar. Nampaknya dalam ucapan tadi Najib tidak menekankan aspek dalaman manusia terhadap ahli Umno ini. Tidak ada apa-apa cadangan atau pendekatan berasaskan agama dikemukakan untuk membina dalaman ahli Umno yang tepu dengan keimanan dan pemikiran yang baik. Apakah Najib terlupa mengemukakan ini dalam ucapan dasarnya atau beliau sememang kurang dengan dogma pendidikan Islam?

Adalah diharap semoga akan ada perwakilan semasa membahas ucapan dasar Najib itu mengemukakan cadangan-cadangan untuk merubahkan gaya hidup, pemikiran, sosial orang Umno menerusi pendekatan dan syaksiah Islam. Meneliti secara umumnya, ucapan Najib sedarhana saja. Roh keseluruhan ucapan itu ialah beliau melahirkan iltizamnya untuk mengukuhkan Umno yang sekaligus memastikan beliau tidak akan menjadi PM hanya satu penggal saja seperti mana yang diramalkan di luar sana. Kesungguhan dan iltizam itu juga menunjukkan Najib begitu bimbang dan cemas dengan masa depan Umno terutamanya bagi meghadapi pilihan raya akan datang. Kemenangan tidak rasional Umno di Bagan Pinang minggu lalu nampaknya tidak dijadikan azimat besar kepada Najib dan Umno. Umno tampaknya faham kenapa mereka boleh menang besar itu.

Apabila beliau membawa sejarah Umno serta mengemukakan prediction yang tidak tepat terhadap Umno, mencerminkan apa yang bergelora di dalam hati Perdana Menteri itu. Hujah Najib semua prediction mengenai nasib malang dan kecelakaan yang bakal menimpa Umno yang dibuat selama ini semuanya tidak betul. Katanya, sejak tahun 50-an lagi Umno sudah dibayangkan akan hancur apabila PAS ditubuhkan. Kemudian ia diikuti pada tahun 1969 apabila Perikatan hilang majoriti 2/3 dalam pilihan tahun itu. Selepas itu beberapa kali lagi prediction dibuat mengenai nasib Umno termasuklah pada tahun 1987 apabila berlaku perpecahan dalam Umno. Dan terbaru apabila UBN kalah teruk tahun lepas sehingga hilang majoriti 2/3 di parlimen serta kehilangan lima buah kerajaan negeri.

Satu perbezaan nyata dan boleh dipuji dalam ucapan Najib ini berbanding dengan ucapan dasar oleh presiden lain, khasnya Mahathir ialah beliau tidak menyerang pembangkang dan mengkritik peribadi. Inilah kehebatan seorang najib. Beliau tidak emosi dan prihatin kepada keadaan semasa dan seorang yang membuat mahasabah ke atas diri dan partinya sendiri. Sikap Najib begini menyerlahkan sikap terbukanya dalam mencari kebenaran. Najib juga mengambil sikap berbeza, dimana tidak bermusuh dengan sesiapa pun dan tawaduk dengan membuka pintu untuk berkerjasama dengannya atas matlamat untuk membina bangsa dan negara dan sedia mengenepikan kepentingan-kepentingan lain yang remeh temeh.

Dalam pada itu ada dua mesej yang diselit Najib dalam ucapannya tidak boleh dipandang rendah oleh mereka di luar Dewan Merdeka bangunan Umno itu. Mesej itulah anjurannya supaya orang Melayu bersatu. Saya percaya mesej ini dilemparkan kepada orang-orang Melayu yang berada dalam wadah berlainan, terutamanya Pas. Beliau sangat berharap dalam menghadapi cabaran globalisi ini orang Melayu perlu bersatu dan memahami risiko masa depan mereka. Beliau juga mempercayai orang Melayu tidak perlu dan tidak larat untuk berpecah.

Mesej kedua, dan ini menggerunkan saya sedikit, ialah bila Najib menceritakan kebaikan Umno dan ketidaksediaan Umno untuk mengkhianti demokrasi. Katanya pada tahun 1969 di mana selepas berlakunya Tragedi 13 Mei, Umno boleh mengubah kondisi politik negara, menjadikan sistem dua parti ataupun menyerahkan pentabdiran kepada tentera ketika itu. Tetapi menurutnya Umno tidak melakukan itu dan masih memberi peluang kepada sistem demokrasi. Apakah maksud dan tujuan Najib mezahirkan perkara itu memberi gambaran Umno masih berkesempatan dan sedia melakukan tindakan itu?

Kami tidak menolak kenapa Najib meluahkan itu kerana ada buah kilas di sebaliknya. Jika Umno sudah terdesak dan keadaan negara sudah sukar dikawal mungkin Umno dengan kuasa politik yang tersisa akan membenarkannya. Yang menarik juga bagi saya dalam ucapan ini Najib nampaknya berusaha mendewasaan dirinya dengan elemen-elemen Islam yang mendamaikan hati tatkala mendengarnya. Beberapa perkataan atau intri Arab berhubung dengan siasah dan tarbiah disebutkan Najib dalam ucapannya. Begitu juga pembukaan ucapan dengan membawa firman Allah dan petikan kata-kata Saidina Ali, ada tanda-tanda Najib kini sedang mendalami falsafah Islam yang mungkin akan diterapkan dalam pentadbirannya ataupun aura Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah menjangkitinya sejak beliau menziarahi MB Kelantan yang keuzuran di hospital tidak lama dulu!

Catatan: Bekas Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Bahagian Ketereh, Annuar Musa didapati tidak hadir semasa ucapan dasar.

PINDAAN PERLEMBAGAAN SERLAHKAN KEPALSUAN UMNO !


KUALA LUMPUR, 16 Okt: Tindakan Umno menghapuskan sistem kuota pemilihan serta melonggarkan konsep ketuanan Melayu, menyerlahkan lagi keengganan parti perkauman Melayu itu untuk berubah demi kepentingan rakyat. Ianya kerana beberapa pindaan pada perlembagaan dalam Pemilihan Agung Umno (PAU) sekarang didakwa, masih bersifat perubahan yang palsu. Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin berkata, selagi Umno tidak berani menyerahkan kuasa pemilihan sepenuhnya kepada perwakilan, selagi itu Umno terus dibelit dengan amalan rasuah. Ujarnya lagi, perubahan yang diperkatakan oleh kebanyakan pemimpin Umno tersebut hanya mengulangi retorika lama; yang telah pun menjadikan Pakatan Rakyat lebih disokong rakyat berbanding Barisan Nasional sejak tsunami politik, 8 Mac lalu "Pindaan yang dibuat bukan bersifat organik (semula jadi), tapi lebih meniru trend perubahan rakyat yang sedia ada dan meniru prinsip-prinsip bersama dalam Pakatan Rakyat sendiri," katanya. "Yang dibuat oleh Najib itu sebenarnya dalam keadaan terpaksa...mereka tidak cukup berani sehingga mengadakan beberapa sekatan lain (pindaan) yang baru...setelah menyedari Umno tidak lagi bersama kehendak rakyat...Umno sedang ditinggalkan sendiri oleh ahli-ahlinya," tegasnya. Dakwanya lagi, beberapa pindaan dan retorika Najib itu sebenarnya hasil ciplak dari beberapa gagasan perjuangan PKR. Beliau yang juga Ketua Cabang Rembau mendakwa bahawa kemenangan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di Dun Bagan Pinang baru-baru ini sendiri tidak mampu dijadikan sumbu kekuatan Umno; kerana mereka sedar Isa menang dengan menggunakan taktik rasuah dan kronisme. Beliau yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mencabar Isa menafikan pendedahan rasuah dan kronisme yang dibuat dalam blog peribadinya, chegubard.blogspot.com semalam. Beliau yang mengikuti PAU sejak kelmarin juga mendakwa, tindakan Umno yang terus-menerus menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai peribadi yang dimaki-hamun, membuktikan bahawa Ketua Pembangkang itu masih menjadi simbol perubahan yang mampu membenamkan survival politik Umno dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak. Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin yang dihubungi kemudian mendakwa, beberapa pindaan tersebut lebih bertujuan menyelesaikan masalah-samalah dalaman Umno seperti rasuah, kronisme dan penipuan dalam proses pemilihan pemimpin mereka sendiri. Tegasnya lagi, pindaan perlembagaan itu langsung tidak mampu mengubah sistem kenegaraan yang lebih korupsi seperti dalam sistem kehakiman, Polis, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sebagainya. Ujar Shamsul lagi, definisi baru Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, bahawa kepimpinan Melayu Umno berpaksi pada keadilan dan rahmah, merupakan suatu retorik kosong Ahli Parlimen Rembau itu sahaja. Beliau juga mendakwa Umno sudah mengalami Anwarism, setelah melihat rakyat terus memberi harapan kepada kepemimpinan perubahan Ketua Pembangkang itu. "Umno dipengaruhi oleh Anwarism, perkataan seperti wahdatul, inklusif adalah perkataan ruji DS Anwar...," responnya dalam rangkaian sosial maya, Twitter semalam. Semalam, Najib menjelaskan pindaan perlembagaan termasuk mengenakan syarat minima untuk bertanding bagi menggantikan sistem kuota yang diamalkan dalam PAU sebelum ini. Beberapa media elektronik arus perdana melaporkan, pindaan itu masih tergantung pada persetujuan dalam Pemilihan Agong Khas kelak. Jelas Najib lagi, syarat minima untuk bertanding jawatan di peringkat bahagian perlu menjadi ahli parti selama tiga tahun. Manakala, seseorang yang mahu bertanding jawatan Tertinggi dalam parti, termasuk Presiden sekurang-kurangnya pernah menjadi anggota jawatankuasa bahagian selama sepenggal. Cadangan tersebut, menurut Najib, mampu menjadikan Umno lebih telus, terbuka dan demokratik. Semalam, Khairy juga mendifinikan kepimpinan Melayu adalah keadilan dan rahmah, bukannya atas kekuasaan Melayu yang sempit. Beberapa pindaan terbaru yang dicadangkan itu dikatakan secara tidak langsung menghalang muka-muka baru yang besih dan berintegriti untuk memimpin parti perkauman Melayu itu. Sekaligus, Umno bakal terus dipalitkan dengan pelbagai dakwaan yang rasuah, perkauman Melayu, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya; yang langsung tidak memperlihatkan wajah hakiki 1Malaysia. Ini kerana, PAU sahaja yang dilihat baru, sedangkan kepimpinannya masih dari kalangan muka-muka lama.

Isnin, 5 Oktober 2009

SIAPA YANG SEBENARNYA MELENGAHKAN PERBICARAAN ANWAR?


Usaha pihak pendakwaan (DPP) melengah-lengahkan kes pendakwaan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan tindakan yang zalim. Sewaktu Anwar dituduh di Mahkamah Sesyen di hadapan Hakim Puan Komathy, pihak pembelaan dan Mahkamah telah siap bersedia untuk perbicaraan. Namun pihak pendakwa mengemukakan sijil di bawah S. 418A, bagi memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi atas alasan yang remeh.

Pihak DPP memberi dalih bodoh, kononnya Anwar adalah seorang yang berprofil tinggi, atas tujuan menjaga keselamatan awam (sedangkan kedua-dua Mahkamah terletak di Kompleks Mahkamah Jalan Duta) serta kes ini melibatkan isu-isu teknikal seperti DNA. Meskipun, yang hendak dijaga hanyalah keselamatan kerajaan Barisan Nasional dan undang-undang tidak pernah memberikan layanan yang berbeza atas dasar profil individu. Tambahan pula, Mahkamah Sesyen lebih berpengalaman dalam mengendalikan hal-hal teknikal. Misalnya sebahagian besar kes-kes melibatkan jenayah seksual didengar di Mahkamah Sesyen dan bukan di Mahkamah Tinggi.

Keputusan DPP untuk memindahkan kes ini datang dari Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail, orang yang terlibat dalam konspirasi kes pendakwaan terdahulu. Malah Gani Patail juga berdepan dengan tuduhan jenayah memalsukan keterangan. Hal ini diperakui oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim merangkap pegawai penyiasat dalam kes mata lebam Anwar 1998. Gani Patail telah memalsukan keterangan untuk menutup insiden mata lebam Anwar. Cukup jelas tujuan perpindahan mahkamah ini berniat jahat.

Sudah tentu Anwar akan mengarahkan peguam-peguam beliau untuk mendapat satu perbicaraan yang lebih adil dan membuat permohonan membatalkan sijil S.418A.

Hakim Mahkamah Sesyen, Puan Komathy telah bersetuju dengan hujahan pembelaan ini. Beliau telah membuat perintah mahkamah menolak keabsahan Sijil S.418A . Ini kerana ia ditandatangani oleh Tan Sri Gani Patail, orang yang tidak harus terlibat dalam pendakwaan ini.

Tindakan pihak pendakwaan merayu kepada Mahkamah tinggi menunjukkan pihak mereka cuba melengah-lengahkan kes ini.

Kemudiannya, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi atas alasan hanya Peguam Negara yang berkuasa menandatangani sijil S.418A . Anwar dan pasukan peguam beliau terpaksa menerima keputusan dan hadir ke Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Tinggi telah menetapkan tarikh bicara dan sekali lagi kedua-dua pihak telah bersetuju dengan tarikh-tarikh tersebut.

Walaubagaimanapun pihak DPP telah dengan sengaja melengah-lengahkan penyerahan dokumen-dokumen kepada pihak pembelaan.

Penyerahan dokumen menjadi wajib dibawah prosedur Kanun Keseksaan. Tetapi pihak DPP hanya menghantar sebahagian dokumen saja. Malah pihak pembelaan telah menulis beberapa kali kepada pihak Pendakwaan untuk menyerahkan kesemua dokumen yang perlu. Namun mereka enggan berbuat demikian.

Motif tindakan tidak profesional pihak pendakwaan ini cukup diragui. Anwar tidak harus duduk diam tanpa jaminan hak beliau untuk mendapatkan satu perbicaraan yang adil dicabar.

Justeru menjadi amat wajar, bilamana para peguam Anwar terpaksa memohon kepada Mahkamah untuk tidak menyerahkan kesemua dokumen yang perlu bagi penyediaan pembelaan. Ini adalah tindakan yang waras dilakukan oleh mana-mana tertuduh untuk menjamin keadilannya.

Apabila permohonan penyerahan dokumen ditetapkan untuk pendengaran, Peguam Kanan Tuan Haji Sulaiman yang mengetuai pasukan peguam Anwar menarik diri kerana beliau telah jatuh sakit. Beliau dimasukkan ke hospital. Tetapi Hakim tidak membenarkan Anwar menangguhkan kes untuk mendapatkan Peguam Kanan yang baru. Ketua Pendakwaan, Datuk Yusof Zainal Abiden sendiri telah mengesahkan dengan Hospital Kuala Lumpur bahawa Tuan Hj Sulaiman memang sakit.

Menuduh Tuan Hj Sulaiman dengan sengaja menarik diri merupakan suatu fitnah yang kejam dan zalim kerana beliau telah dirawat diwad hospital selama 2 minggu!
Para peguam dalam pasuan pembelaan tanpa melengahkan masa terpaksa meneruskan permohonan tersebut.

Menjadi kebiasaan, selalunya Mahkamah akan membenarkan penangguhan kepada pembelaan atas sebab yang munasabah seperti Peguam sakit. Anehnya, Anwar mendapat layanan yang berbeza.

Hakim Mahkamah Tinggi pula bersetuju dengan hujahan pihak pembelaan dan memerintahkan pihak pendakwa untuk menyerahkan dokumen yang dipohon. Tetapi pihak Pendakwa enggan berbuat demikian. Malah pihak DPP membuat rayuan memohon untuk menggantung keputusan Mahkamah sehingga selesai keputusan di Mahkamah Rayuan. Kini Rayuan bakal didengar pada 23 Oktober 2009. Bahawasanya, pihak pendakwaanlah yang menangguhkan perbicaraan.

Keengganan pihak pendakwa menyerahkan dokumen-dokumen kepada pembelaan menunjukkan ada sesuatu perkara yang ditakuti dan ingin disembunyikan.

Pihak pendakwaan tidak menyerahkan senarai saksi kepada pihak pembelaan. Walhal, menjadi suatu amalan biasa di dalam mana-mana kes perbicaraan jenayah yang lain. Anwar Ibrahim tidak harus duduk diam dan menunggu sehingga satu lagi sabitan dibuat terhadap beliau. Pertuduhan ini hanyalah ulang tayang peristiwa dan konspirasi paling jahat ke atas beliau.

Di sini mari kita perhatikan individu-individu yang jelas mempunyai motif politik dalam membuat fitnah yang kononnya Anwar melengah-lengah kes ini :-

- Peguam Hasnal Rezua Marican sebenarnya telah memberi pandangan tidak profesional kepada Utusan dengan hasad prasangka keji terhadap Anwar. Hasnal, bekas ketua pemuda Umno Selayang, merupakan seorang ahli UMNO yang setia aktif. Hasnal sendiri pernah meminta penangguhan bagi pihak anakguam-anakguam beliau bagi kes-kes yang diwakili beliau. Beliau juga merupakan peguam bagi Ezam yang telah beberapa kali memohon penangguhan bagi kes-kes perhimpunan haram Ezam dari Mahkamah. Kes-kes tersebut ditangguh selama 10 tahun!

- Tan Sri Abu Zahar Ujang, Presiden Persatuan Peguam Muslim, merangkap Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) – kedua-dua Persatuan yang pro-UMNO dan anti-Anwar ini tidak memberi pandangan secara waras tapi penuh dengan syak wasangka dan tidak adil. Peliknya Presiden persatuan-persatuan ini tidak pula mempersoalkan kelewatan pertuduhan Qazaf terhadap Saiful di Mahkamah Syariah. Sehingga ke hari ini, ia langsung tidak dipedulikan. Mereka tidak mempercayai proses perundangan Syariah di Malaysia yang membenarkan Anwar membuat aduan fitnah di Mahkamah Syarie. Tan Sri Abu Zahar Ujang juga adalah ahli Lembaga Disiplin UMNO dan merupakan bekas calon UMNO.

- Lokman Noor Adam dan Roslan Kassim, bekas ahli PKR yang membelot daripada perjuangan reformasi. Kedua mereka menghadapi pertuduhan menyertai perhimpunan haram di Mahkamah Majistret. Mereka paling kerap tidak hadir ke Mahkamah tanpa alasan yang munasabah. Malah mereka selalu meminta penangguhan. Mereka tergolong dalam kelompok orang yang pernah keluar UMNO lantas merangkak balik kepada UMNO dan menyalak kerana duit!

- Chandra Muzaffar, seorang yang menyamar menjadi kononnya intelektual, bermuka-muka dan bersifat lalang. Komen-komen beliau hanya menjurus kepada satu tujuan khusus untuk menyerang Anwar, dengan mendapat imbuhan lumayan, seperti kurniaan jawatan pengerusi penaung Yayasan 1 Malaysia.

Akhirnya ulasan Profesor Salleh Buang, seorang pakar perundangan dibuat sembarangan tanpa hati-hati meneliti fakta. Beliau ikut menuduh Anwar membuat helah melengah-lengahkan kes dengan membuat permohonan ala peguam-peguam di Amerika. Undang-undang di Malaysia sendiri membenarkan mana-mana tertuduh membuat pelbagai permohonan untuk menjamin hak beliau. Tidak perlulah merujuk kepada Amerika bagi tujuan ini. Misalan, permohonan mendapatkan dokumen sangat jelas dan termaktub di dalam Kanun Prosedur Jenayah, iaitu Seksyen 5, 51, 51A. Perlembagaan Persekutuan menjamin seseorang tertuduh itu berhak mendapat perbicaraan yang adil.

Biarpun tidak ada bukti jolokan (penetrasi) langsung ke dalam dubur Saiful, (dan ini berdasarkan sekurang-kurangnya laporan 4 doktor termasuk 3 dari HKL!) – suatu elemen wajib yang harus wujud untuk mendakwa kesalahan, pihak DPP tetap meneruskan kes ini. Sepatutnya kes ini wajib dibuang saja. Pihak yang dituduh wajib menikmati hak untuk mendapatkan kesemua dokumen bagi penyediaan pembelaan.

Akhbar Utusan sebagai lidah UMNO tambah mengapi-apikan fitnah kononnya Anwar sengaja melengahkan kes pertuduhan. Hakikatnya pertuduhan ini adalah suatu konspirasi jahat untuk memastikan Anwar merengkok semula ke dalam penjara Sungai Buloh. Malah Utusan dalam laporan bertarikh 8 September 2009 memanipulasikan kenyataan Pensyarah Undang-Undang Perlembagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof. Dr. Shad Saleem Faruqi dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Shaik Daud Md. Ismail. Kedua-dua mereka hanya memberi pandangan umum berkenaan proses Mahkamah yang adil sebagaimana termakutub dalam Perlembagaan Persekutuan serta Mahkamah tidak akan menangguh tanpa alasan. Mereka langsung tidak menyentuh kes Anwar dan tidak memberi apa-apa komen terhadap kes beliau.

Kita sedang menyaksikan, sekali lagi peristiwa konspirasi jahat untuk menjatuhkan Anwar yang menjadi ancaman terhadap kerakusan kuasa kerajaan Barisan Nasional!

ABDUL AZIZ ALAMI KECEDERAAN TISU LEMBUT

KUALA LUMPUR, 4 Okt - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (foto), yang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mendakwa ditumbuk penyokong parti pembangkang semalam, mengalami kecederaan tisu lembut. Abdul Azeez berkata, beliau dimasukkan ke HKL selepas muntah-muntah dan pitam di rumahnya di Subang Jaya sekembalinya dari pusat penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson, Negeri Sembilan. "Selepas solat Maghrib, saya rasa nak pengsan, pitam, saya muntah. Bila saya kata sakit dan doktor periksa tekanan darah saya 165/95."Saya tiada... saya tak pernah ada tekanan darah tinggi sebelum ini," katanya kepada pemberita di HKL hari ini. Abdul Azeez berkata, hasil pemeriksaan x-ray hari ini mendapati tulang lehernya dalam keadaan baik dan tidak retak. Beliau berkata, ini adalah kali pertama beliau dicederakan sepanjang membantu kempen 11 pilihan raya kecil sebelum ini.Turut melawat Abdul Azeez adalah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang sama-sama berjalan ke pusat penamaan calon.

Lucu benar melihat betapa lembiknya pemimpin Putera UMNO ini. Gara-gara sikap kedua mereka yang tidak mengikut arahan atau sengaja mencari publisiti murahan, akhirnya mereka telah diserang oleh beberapa kerat individu yang belum diketahui siapakah gerangannya. Apapun, SPR sudah menetapkan laluan bagi pemimpin dan penyokong parti masing-masing, namun kenapa mereka sengaja mahu berjalan merempuh ribuan penyokong pakatan rakyat. Memang sudah menjadi tradisi mereka akan dihembur dengan berbagai kata nista, itu mereka perlulah tanggung sendiri. Namun, mengatakan mereka dipukul atau dicederakan ianya memang tidak masuk dek akal langsung. Soalnya, siapakah penyerang terbabuit sebenarnya?. Apakah ahli PAS atau provokasi mereka.