Ahad, 31 Januari 2010

PENJARA DSAI, RUNTUH PAKATAN?


Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan fitnah dari media arus perdana secara konsisten terhadap dirinya adalah antara usaha untuk meruntuh Pakatan Rakyat (Pakatan) yang baru-baru ini mengeluarkan “Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

“Fitnah yang dipintal membuktikan pimpinan umno-barisan nasional bersungguh-sungguh mahukan saya dihumban ke dalam penjara. Siang malam media yang dikongkong mengolah propaganda bertujuan merasuk minda dan nurani rakyat. Saya digambarkan kononnya takut berhadapan dengan mahkamah dan sengaja melengah-lengahkan perbicaraan,“ tulisnya.

Lagi, janganlah kerana nak mengampu, integriti dan maruah diri digadaikan. Apa yang saya dan barisan peguam pembela lakukan adalah untuk menuntut keadilan dilaksanakan sepenuhnya. Kami menuntut satu proses perbicaraan yang adil serta bebas.

“Kelihatannya serangan bertali arus dan usaha memenjarakan saya bertujuan memporak perandakan Pakatan Rakyat. Namun mereka lupa, ikatan yang mengikat perjuangan Pakatan Rakyat berasaskan kemahuan dan cita-cita membawa Perubahan kepada negara ini.”Anwar berkata demikian di dalam blognya, Anwar Ibrahim Blog.

Dalam entry yang bertajuk “Tekad Mengharungi Gelombang Fitnah” itu juga Anwar turut mempersoalkan tindakan pihak pendakwa yang tidak menyerahkan bukti pendakwaan.Tulisnya mempertikaikan pihak pendakwaan, keengganan pihak pendakwa menyerahkan dokumen serta bukti sesuai dengan peruntukan seksyen 51A Kanun Acara Jenayah menzahirkan hasrat mereka untuk menjadikan perbicaraan ini umpama satu serangan hendap, sedangkan ini bersalahan dengan prinsip kedaulatan undang-undang yang menuntut agar kes ini dibicarakan secara adil.”

KU LI CABAR RAIS BAWA KE MAHKAMAH



KOTA BHARU 30 Jan. – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mempersoalkan kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang meminta kerajaan Pas Kelantan membawa isu tuntutan royalti minyak ke mahkamah.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Petronas berkata, apa yang dinyatakan pada ceramah di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV malam kelmarin adalah berdasarkan Akta Petroleum 1974 yang jelas memberikan hak tersebut kepada kerajaan Kelantan.

“Kalau dia (Rais) fikir begitu elok dia bawa ke mahkamah, saya tidak ada kuasa juga. Dia (Rais) tahu sejarah, saya tak tahu sejarah

“Saya bercakap apa yang diperuntukkan akta dan oleh perjanjian yang dibuat oleh Petronas dan kerajaan negeri dengan restu kerajaan Pusat diketika itu, ini yang dipakai sampai sekarang.

“Jadi kalau hendak selesai segala-gala di mahkamah maka tidak usah pakai apa-apa (undang-undang atau perjanjian), bawa ke mahkamah sajalah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Rais bahawa isu tuntutan petroleum oleh kerajaan akan hanya dapat diselesaikan di mahkamah dan bukannya melalui ceramah di stadium.

Dalam pada itu, ketika mengulas mengenai persetujuan untuk mengetuai kaukus petroleum yang dicadangkan pakatan pembangkang, Tengku Razaleigh yang juga bekas Menteri Kewangan berkata, tidak ada apa yang perlu dibimbangkan kerana jawatankuasa tersebut akan turut disertai oleh ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

“Saya tidak menetapkan sebarang syarat. Saya cadang hendak terima jawatan itu tetapi belum buat keputusan lagi kerana saya kena bercakap dengan ahli-ahli Parlimen terutama dari negeri-negeri yang mengeluarkan minyak supaya ada perwakilan dari mereka, barang kali dua orang dari satu negeri.

“Kebanyakan negeri ini diwakili oleh ahli Parlimen BN tetapi kita tidak kira sangat kecuali Kelantan yang tidak dalam kalangan BN.

“Kalau dikira bilangan majoritinya adalah dari BN jadi tidak ada apa nak ditakut bukan hendak buat keputusan, ini bukan kerajaan tetapi kita nak bincang saja,” katanya.

Menurut beliau, kaukus tersebut tidak akan menjadi kenyataan sekiranya tidak mendapat persetujuan daripada ahli-ahli Parlimen dari BN dan pembangkang.

Jelasnya, ia bukan sahaja membincangkan mengenai royalti tetapi juga kedudukan ekonomi negeri-negeri di seluruh negara.

Khamis, 28 Januari 2010

PERMOHONAN KJ SAMAN FITNAH ANWAR PADA 19 MAC




Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 19 Mac untuk mendengar permohonan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk mengenepikan penghakiman ingkar yang diperoleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam saman fitnah.
Penolong Pendaftar Kanan A Kaveetha menetapkan tarikh itu dalam kamar selepas berjumpa dengan peguam yang mewakili Anwar, Wan Anuar Shadat dan peguam yang mewakili Khairy, K Vasanthi.

Pada 4 Dis, 2008, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Anwar bagi mengemukakan penghakiman ingkar terhadap Khairy apabila beliau gagal memasukkan kehadiran di mahkamah selepas writ saman diserahkan kepadanya. Khairy memfailkan permohonan pada 20 Feb, 2009 untuk mengenepikan perintah itu.

Anwar, 63, memfailkan saman itu pada 7 Sept, 2007 mendakwa Khairy, yang ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno telah memfitnahnya pada Ogos 2007 pada satu majlis politik di Kuala Kangsar, Perak.Anwar, yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), menyatakan kenyataan memfitnah yang dibuat oleh Khairy telah disiarkan oleh media cetak dan elektronik di negara ini pada 3 Ogos, 2007.

Beliau mendakwa kenyataan Khairy itu menggambarkan yang beliau seorang ahli politik yang tidak boleh dipercayai oleh orang Melayu, yang tidak mementingkan perjuangan orang Melayu dan hak mereka, dan bahawa beliau sanggup mengkhianati perjuangan dan hak orang Melayu semata-mata untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu di negara ini.
Beliau juga berkata Khairy telah membuat kenyataan itu untuk memberi gambaran yang beliau (Anwar) merupakan ejen politik kepada Amerika Syarikat dan Yahudi, dan juga bertujuan memusnahkan kerjaya politiknya.

Beliau mendakwa Khairy mempunyai niat jahat apabila mengeluarkan kenyataan itu yang semuanya adalah bohong, tidak berasas dan tidak benar. Selain memohon ganti rugi am, teruk dan teladan serta faedah lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah, Anwar juga memohon injunksi untuk menghalang Khairy, atau ejennya

Isnin, 25 Januari 2010

POLIS NAIK PENTAS HENTIKAN CERAMAH DSAI


Siri ceramah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kampung Kerinci malam tadi kecoh ekoran polis bertindak menaiki pentas untuk memberhentikan ceramah tersebut.Polis yang diketuai oleh Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid bersama-sama beberapa anggotanya bertindak menaiki pentas ceramah itu di Blok L Flat PKNS Kampung Kerinci meminta ketua pembangkang itu berhenti menyampaikan ceramah.Kejadian itu berlaku kira-kira jam 11.35 malam, selepas setengah jam Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh memulakan ceramahnya.


Kejadian tersebut disaksikan kira-kira 500 hadirin yang hadir di situ sejak jam 8.30 malam.Ketika itu Anwar sedang mengulas mengenai pertuduhan liwat terhadapnya serta usaha beliau mendedahkan isu-isu antaranya seperti pembelian kapal selam, kematian Teoh Beng Hock dan kehilangan enjin Jet."Sebab itulah tema ceramah saya bulan ini adalah 'Selamatkan Malaysia'," katanya.Tiba-tiba beliau terdengar teriakan daripada hadirin "Polis datang", lantas Anwar yang menyedari kehadiran polis berkata: "Tak apa, tak apa serahkan saya."Selepas itu kelihatan Wan Abdul Bari bersama beberapa anggotanya menaiki pentas meminta Anwar menghentikan ceramahnya menyebabkan para penyokong dan pengawal peribadinya mengerumumi beliau.


Kedengaran juga teriakan daripada hadirin dan penyokong membantah tindakan polis itu.Keadaan menjadi lebih tegang apabila Anwar cuba untuk mengakhiri ceramah dengan bacaan doa tetapi tidak dibenarkan oleh polis.Selepas itu kelihatan Anwar bertegang urat Wan Abdul Bari. Namun tidak dapat dipastikan apa yang diperselisihkan pada waktu tersebut.Kekecohan itu berlaku selama 10 minit di atas pentas tersebut.Ekoran itu, majlis tersebut terpaksa dihentikan dan para penyokongnya membawa ketua pembangkang itu ke dalam sebuah rumah yang terletak bersebelahan dengan pentas tersebut.Kemudiannya para penyokong Pakatan Rakyat pula berteriak dengan menyuruh pihak polis yang masih berada di pentas supaya beredar dari situ.


Pihak urusetia juga bertindak menutup lampu dipentas tersebut, menyebabkan para penyokong bersorak dan melaungkan 'Reformasi' kepada beberapa kali kepada anggota polis yang masih berada di atas pentas.Sementara itu Wan Abdul Bari ketika ditemui pemberita selepas kejadian tersebut berkata pihaknya terpaksa memberhentikan ceramah tersebut kerana "ucapannya tidak selaras dengan program mesra rakyat"."Ia adalah program perjumpaan dengan rakyat. Pada peringkat awalnya, okay, tetapi bila beliau (Anwar) hadir, ucapan-ucapannya lebih berunsurkan politik yang tidak selaras dengan program mesra rakyat, jadi kita terpaksa memberhentikannya," katanya.Sementara itu ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang turut berceramah ditemui pemberita mengecam tindakan polis naik ke atas pentas.Mahfuz yang juga naib presiden PAS berkata tindakan polis itu pentas adalah "tidak wajar".Ini kerana katanya tindakan itu "tidak menampakkan profesionalisme" dan "mengundang keadaan yang lebih kecoh".Bagaimanapun beliau tidak mengetahui apa yang diperselisihkan oleh Anwar dan Wan Abdul Bari kerana pada waktu itu beliau berada jauh dari pentas sewaktu dikerumuni oleh para penyokong bekas timbalan perdana menteri itu.


Manakala ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar turut mengecam polis tindakan polis tersebut.Nurul Izzah yang juga anak sulung ketua pembangkang itu berkata polis harus menunjukkan profesionalisme mereka, lebih-lebih lagi di hadapan khalayak ramai.Beliau juga menjelaskan pihak urusetia juga memohon permit untuk mengadakan ceramah tersebut tetapi tidak diberikan.Beliau juga berkata urusetia turut memohon dewan berdekatan dengan flat tersebut tetapi tidak dibenarkan untuk menggunakannya.Sebelum itu, sepanjang pemerhatian Malaysiakini, terdapat dua sekatan polis diadakan sebelum majlis ceramah itu bermula.Sekatan yang pertama dari arah Universiti Malaya (UM) menuju ke tempat ceramah tersebut iaitu betul-betul di hadapan Pangsapuri Vista Angkasa,Sekatan itu dibuat kira-kira 50 meter dari tempat ceramah itu diadakan, manakala satu lagi sekatan dibuat dari arah Pantai Dalam, kira-kira 400 meter dari tempat ceramah itu diadakan.Lebih 30 anggota polis termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) kelihatan di tempat ceramah tersebut.

Rabu, 20 Januari 2010

UMNO JUARA RASUAH, BUKAN JUARA RAKYAT


Angkatan Muda Keadilan Selangor menganggap kempen terdesak pihak Umno untuk memenangi hati rakyat dengan slogan ‘Umno Juara Rakyat’ adalah omongan kosong dan gimik politik murahan semata-mata.


Ketua Penerangannya, Mohd Ezli Mashut yakin bahawa rakyat tidak mudah termakan dengan slogan itu kerana jelas bahawa trek rekod Umno dulu, kini dan selama ini sememangnya parti itu adalah juara rasuah politik dan banyak dasarnya menyusahkan dan membawa beban kepada rakyat dan negara.


“AMK Selangor ingin mengingatkan Umno memang juara rakyat dalam hal merampas tanah rakyat, rasuah dan penyelewengan, skandal akhlak dan moral, membawa kebobrokkan kepada sistem kehakiman, merampas kuasa di Perak dan pelbagai lagi persepsi negatif,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.


Oleh itu, tegasnya rakyat perlu menyedari Umno akan berbuat apa sahaja untuk mengemis simpati rakyat dan menggunakan pelbagai isu sensitif untuk talian hayat politik sempit mereka.
Baginya, Umno semakin terdesak untuk mengemis sokongan rakyat setelah rakyat menolak politik perkauman sempit yang diamalkannya dalam Pilihan raya Umum (PRU) ke-12 lalu.


“Sebelum ini pemimpin-pemimpin politik Umno/BN angkuh dan sombong untuk mendengar suara dan rintihan rakyat malahan suara rakyat sering diperlecehkan dan diinjak-injak, malahan suara daripada golongan muda langsung tidak dipandang,” ujarnya.


Kini, katanya rakyat sedar dan mengetahui akan kebobrokkan politik Umno/BN yang sekadar berjuang untuk wang dan kepentingan diri yang sempit, ditambah dengan kekalahan teruk parti itu dalam sejarah pilihan raya umum di Malaysia.


Tambahnya, AMK Selangor ingin menyatakan bahawa rakyat tidak semudah dan selunak itu untuk terus ditipu dan dibohongi oleh politik Umno/BN yang sarat dengan budaya rasuah, penyelewengan wang rakyat dan skandal yang menjijikkan.


Katanya, jika Umno sahaja juara rakyat bagaimanapula parti komponen dalam BN yang lain.
Ini, tambahnya membuktikan bahawa Umno tidak pernah menganggap bahawa parti-parti dalam BN adalah juara rakyat juga selama ini.


Justeru, ujarnya apa lagi yang ditunggu untuk bersama-sama dalam BN kerana Umno hanya mempergunakan parti-parti komponen hanya dalam pilihan raya sahaja, lemudian jasa dan pengorbanan parti-parti komponen itu terus dilupakan.


“Maka ini adalah masa yang amat sesuai parti komponen dalam BN menilai semula hubungan politik dengan Umno kerana pPolitik Umno umpama bahtera yang sedang karam sedikit demi sedikit.“Oleh itu keluar segera daripada bahtera usang Umno yang semakin hari mulai tenggelam akibat arus perubahan besar yang melanda dunia dan iklim politik negara,” ujarnya lagi.

Selasa, 12 Januari 2010

BUKTI-BUKTI UMNO JUARA RAKYAT?



Umno melancarkan program Umno Juara Rakyat. Saya tertanya-tanya sendiri benarkan Umno Juara Rakyat sedangkan banyak sekali kezaliman dan tindakan Umno yang menekan dan menzalimi rakyat.

Antara tindakan TERBARU yang dilakukan Umno ialah :

1) Bayaran air bersih diswastakan dan kos bebanan ditanggung oleh rakyat. Malahan pemimpin
Umno mendakwa memberi air percuma kepada rakyat Selangor adalah MEMBAZIR.

2) Harga Petrol naik tetapi pada masa yang sama mengabui mata rakyat dengan menawarkan harga Petrol RON 95 dengan harga rendah sedangkan kualitinya RENDAH
3) Merampas royalti rakyat Kelantan RM1bilion dan juga royalty untuk rakyat Terengganu.
4) Harga gula naik 20 sen

5) Tambang bas naik 30 %

6) Harga barangan dan perkhidmatan semakin meningkat
7) Pengangguran dan pembuangan kerja semakin meningkat

8) Tarif elektrik terus meningkat

9) Insuran motor kereta kelas 3 dimansuhkan di mana ini menyukarkan rakyat

10) Stem dan bil telefon naik, berbeza dengan sebelum diswastakan

11) Kadar Tol semakin meningkat

12) Merampas kuasa di Perak dimana mandat rakyat dikhianati demokrasi dicabuli

13) Mengambil tindakan disiplin terhadap Pegawai Pertanian yang bekerjasama dengan program pertanian negeri-negeri PR. Ini menindas rakyat yang tidak berdosa

KEZALIMAN UMNO YANG TIDAK AKAN DILUPAKAN RAKYAT :-

1) Pembunuhan rakyat yang tidak berdosa di Memali 19 Nov 1985

2) Pembaziran wang rakyat dalam isu PKFZ

3) Meminggirkan Bahasa Melayu dengan PPSMI

4) Menghapuskan tulisan jawi di zaman Khir Johari

5) Mendiskriminasikan rakyat Kelantan dan Terengganu di bawah kerajaan PAS

6) Menghapuskan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR)

7) Menghapuskan Biasiswa kepada pelajar miskin dan layak.
8) Menghapuskan kuasa Raja-Raja Melayu

9) Melemahkan sistek kehakiman dengan campurtangan Umno/BN
10)Persempadanan semula kawasan Pilihanraya dengan menafikan penambahan kerusi Melayu

11)Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

12) Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

13. Gejala murtad berleluasa seperti kenyataan Mufti Perak, Dato' Harussani Zakaria bahawa 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.
17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

18. Mendedahkan pelaburan wang Tabung Haji satu ketika lalu dalam dengan syarikat Judi Pan Sweep, seperti yang didedahkan dalam buku Exco Kerajaan Kelantan, Dato' Paduka Husam Musa.

19. Membiarkan MAKSIAT BERLELUASA di dalam negara

20. Syarikat milik kerajaan seperti Petronas TIDAK MEMBAYAR ZAKAT

KALAU KERJA KERAJAAN CUMA BOLEH SOKONG BN/UMNO SAJA.. SOKONG LAIN NAHAS HANPA...!!


Datuk Seri Najib Tun Razak mahu sektor awam di negara ini menjadi satu perkhidmatan yang profesional sepenuhnya tanpa kecenderungan politik. Sambungnya lagi,"Ini satu prinsip yang suci dalam negara kita jika hendak negara kita mencapai kejayaan demi kejayaan. Tidak kira apa jua pendapat peribadi, kita mesti berpegang kukuh dan teguh kepada perkhidmawatan awam yang profesional sepenuhnya,”


AMK : Setiap warganegara, samada dia penjawat awam atau penganggur sekalipun, mereka dilindungi oleh Perlembagaan Negara, mereka berhak perpersatuan, mereka berhak menjadi ahli mana-mana parti politik. Jika mereka dari Gred atasan, mereka dibolehkan memegang jawatan parti dengan syarat memohon kebenaran bertulis daripada JPA.Yang menjadi isunya, pegawai atasan seperti Setiusaha Kerajaan Negeri, terutama negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat kebanyakkannya tidak profesional, tidak mencurahkan 'taat-setia' kepada Kerajaan Negeri.Begitu juga dengan ketua Jabatan, ramai yang tidak memberi kerjasama kepada Kerajaan Negeri tersebut.Yang 'anihnya' pegawai-pegawai sektor awam terutama guru boleh pulak aktif dalam politik dengan syarat kalau dia ahli UMNO.Jadi, dimana keprofesionalan pegawai-pegawai ini? Kenapa berpilih-pilih pulak. Semacam 'double-standard' saja.

HUBUNGAN SAUDARA KRISTIAN-ISLAM TETAP KUKUH



KUALA LUMPUR: Beberapa siri perbuatan membakar dan vandalisme yang dilakukan terhadap gereja membimbangkan masyarakat di sini dan ramai yang merasa terkejut serta sedih sambil mengutuk tindakan pengecut seperti itu.

Bagaimanapun, di seberang Laut China Selatan di negeri Sarawak, meskipun terdapat laporan berlaku perbuatan vandalisme di Gereja Anglican Good Shepherd di Lutong, Miri, namun semangat hidup bersama secara harmoni di sebalik perbezaan agama amat terserlah.
Apa yang nyata, keadaan hanya terbatas di Semenanjung Malaysia, sungguhpun selepas berlaku insiden melempar bata ke arah gereja itu pagi Ahad lepas dan wujud kebimbangan bahawa insiden itu mungkin merebak ke Sarawak.

"Kami hidup dalam suasana harmoni. Sungguh menyedihkan apabila perkara seperti ini berlaku kalau benar pun ia mempunyai kaitan dengan apa yang berlaku di Semenanjung Malaysia. Pada pengetahuan kami, insiden ini mungkin tiada kena mengena dengan insiden di Lembah Klang," kata paderi Reverend Donald Juti ketika dihubungi dari sini.

Juti, yang mendapati tingkap kaca gereja itu pecah akibat dibaling beberapa biji bata pada pagi Ahad itu berkata, upacara sembahyang pada hari berkenaan berjalan seperti biasa sungguhpun beberapa penganut berasa takut dengan insiden yang berlaku.

"Oleh itu, keseluruhan khutbah pagi itu diisi dengan berdoa untuk keamanan serta melembutkan hati pelaku vandal dan segala-galanya berjalan lancar selepas itu," katanya.
Juti berkata, penduduk di Malaysia Timur sangat berupaya untuk saling memahami dan mengamalkan toleransi di sebalik perbezaan agama dan kaum, sesuatu yang telah lama berakar umbi dalam kalangan penduduk di Sarawak.

"Gereja ini, misalnya, terletak bersebelahan dengan sebuah masjid. Kami berjiran sejak sekian lama tanpa sebarang tanggapan negatif, sebaliknya menghormati dan bersaudara," katanya, sambil menambah Masjid An-Naim terletak disebelah gereja itu.
Malah katanya, imam Masjid An-Naim turut melawat ke gereja itu selepas mendapat tahu mengenai insiden membaling bata kerana sangat memahami bahawa perbuatan vandalisme itu tidak akan menimbulkan sebarang provokasi serangan terhadap mana-mana tempat ibadah seperti yang berlaku di sesetengah tempat.

"Persefahaman dan perasaan bersaudara dalam kalangan penganut Kristian setempat dan rakan mereka yang beragama Islam sangat dipelihara. "Hakikatnya, kami berbangga kerana Masjid An-Naim dan gereja ini terletak sebelah menyebelah satu bukti kepada persefahaman dan muhibbah yang sedia terjalin," katanya.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam berkata, masyarakat di Malaysia Timur secara amnya tidak mudah dipengaruhi oleh provokasi seperti itu memandangkan penduduk di Sarawak terkenal dengan sikap toleransi mereka.
"Kita mungkin mempunyai beberapa perbezaan membabitkan pendapat tertentu namun masyarakat di sini sama sekali tidak akan beralih kepada tindakan seperti itu. Jika mereka cuba menimbulkan provokasi seperti itu, saya pasti masyarakat di sini akan bergabung tenaga dan menangkap mereka," katanya.

Malah Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Jamaluddin Ibrahim dilaporkan berkata, tiada sebarang kemungkinan bahawa perbuatan vandalisme itu ada kena mengena dengan insiden yang berlaku di Semenanjung Malaysia sungguhpun siasatan menyeluruh sedang dijalankan ketika ini."Tolong jangan buat sebarang spekulasi atau mengaitkan insiden ini dengan apa yang berlaku di Semenanjung Malaysia memandangkan kami masih lagi menyiasat," katanya. - BERNAMA

Ahad, 10 Januari 2010

UMNO : 'JUARA RAKYAT' ATAU JUAL RAKYAT ?

Kita percaya dalam dada pendokong PR tidak ada istilah 'irihati' mahupun 'dengki', bila PR bikin sesuatu program untuk rakyat. Jauh sekali nak menunjuk-nunjuk kepada Umno-BN kepada program yang dibuat itu. Tapi lain pula bila kita baca komen 'mangkaq' dari Putrajaya ini yg berstatus ahli Parlimen di situ. Dah meroyan ka..apa dia ni ? Katanya,
'kita bukan macam pembangkang, yang buat sesuatu program dengan hasrat irihati kepada lawan sebaliknya kita buat untuk kepentingan rakyat.."
Tetapi yang jelas kita lihat di dada akhbar milik mereka(baca Umno), mereka dengan terang dan sombong memberitahu bahawa pelancaran program 'UMNO JUARA RAKYAT ' pada 9 Jan.,kelmarin merupakan satu agenda penting bukan sahaja untuk UMNO malah untuk BN bagi mengukuhkan dan mencari sokongan rakyat kepada parti tersebut. Hah ! Ini apahalnya ?

Dan melalui program itu, Umno akan jelaskan kepada rakyat terutamanya kepada melayu terutamanya di kampung2 dan di desa, bahawa Umno dan BN inilah yang selama ini men'juarai' segala hasrat rakyat, dengan kata lain Umnolah 'JUARA RAKYAT' ! Kah..kah..kah !

Satu usaha terbaru Umno dan BN menipu rakyat sekali lagi. Gula-gula sedang bertaburan, walaupun harga gula sudah naik 20 sen. Gula-gula 'terbaru' ini adalah gula-gula yang akan di'pesona'kan dengan seribu kilauan bintang. Kilauan dan silau bilamana 'dakyah'nya yang digunakan ialah dengan menbangkitkan 'nostalgia-nostalgia syahdu ' lagi retro pemimpin2 'mereka' di era 50-an, 60-an dan 70-an dulu-dulu berhubung jasa2 mereka kepada orang melayu. Tak ubah seperti kisah pandir dengan kenduri-kendurinya.

Soalannya, apakah benar Umno ini juara rakyat ? Apakah dikira sebagai 'juara rakyat' apabila banyak tanah-tanah kepunyaan melayu tergadai atas nama pembangunan ? Apakah ini dinamakan sebagai 'juara rakyat' apabila banyak wang rakyat diguna sewenang-wenangya tanpa mengambil kira pandangan rakyat akan pembaziran yg berlaku ?

Jika ditanya kepada rakyat, tak mustahil jika rakyat akan berkata, Kalau macam ini caranya, kami sebagai rakyat tidak nampak langsung Umno sebagai 'juara rakyat' tetapi kami melihat Umno kini lebih dikenali sebagai ' JUAL RAKYAT'.

Sabtu, 9 Januari 2010

UMNO PERTAHAN NAMA ALLAH, TAPI KHIANAT ISLAM



Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan sikap Umno yang menangguk di air keruh dan mempolitikan isu nama Allah demi kepentingan mereka yang mahu diiktiraf 'juara rakyat' secara 'fast track'.


PAS mendesak Umno yang bangga dengan status 12 penggal mentadbir Malaysia untuk meminda Perlembagaan bagi menghalang pengaruh agama-agama lain terhadap umat Islam.

Harus diingat bahawa Umno bertanggungjawab dalam mewujudkan Enakmen Syariah bagi Mahkamah Syariah di negara ini, yang mana didalamnya terkandung klausa yang membolehkan umat Islam memohon untuk murtad sedangkan amalan perundangan ini tiada dalam hukum Islam.

PAS menuntut klausa ini mansuhkan segera.

PAS juga kesal kerana Umno suatu ketika dahulu pernah cuba membuang nama Islam dari digunakan oleh pertubuhan-pertubuhan Islam.

Umno juga bertindak zalim dengan merobohkan serta mengunci beberapa masjid dan surau sebelum ini kerana dendam politik.

PAS juga yakin bahawa rakyat turut berasa kesal kerana pemimpin-pemimpin Umno yang tegar mempertahankan nama Allah hari ini masih enggan mematuhi keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang menegah mana-mana umat Islam bertafakur dihadapan tugu negara yang dianggap sebagai perbuatan syirik yang 'berlesen besar'.

Umat Islam juga jelak dengan pemimpin Umno yang berdegil membenarkan ahli-ahlinya menjadi Ahli Lembaga Pengarah syarikat judi dan arak dinegara ini. Malah Umno juga enggan mengeluarkan larangan kepada umat Islam yang bekerja di premis arak dan judi.

Pemimpin-pemimpin Umno juga bertanggungjawab dalam menekan Jabatan-jabatan Agama yang melakukan operasi dipusat-pusat hiburan dan maksiat.

Suatu ketika dahulu Umno pernah mempertikaikan tindakan JAWI menahan umat Islam yang didapati minum arak secara terbuka di Kelab Malam Zouk di Jalan Ampang.

PAS dan umat Islam juga belum dapat memaafkan dosa Umno yang menarik bantuan kepada Sekolah-sekolah Agama rakyat yang menyebabkan berpuluh sekolah terpaksa ditutup dan pendidikan agama anak-anak umat Islam disekat.

Umno juga pernah mencuba untuk menyekat perkembangan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang ditubuhkan PAS bagi memberikan didikan kepada anak-anak pra-sekolah, malahan PASTI di Melaka telah disaman oleh kerajaan umno di Melaka

Tidak dilupakan juga, rakaman debat olok-olok yang diadakan oleh Umno bagi mempertikaikan dasar-dasar Islam yang dibawa PAS.

Walaupun akhirnya debat itu berjaya menjelaskan kejahilan Umno terhadap Islam, namun rakyat melihat mereka sebenarnya mereka sengaja mempermainkan-mainkan dasar-dasar Islam dalam debat yang dianggap memperolokkan Islam keseluruhannya.

Terlalu banyak bukti yang menunjukkan pengkhianatan Umno kepada Islam dan PAS berharap isu nama Allah ini akan memberikan keinsafan buat Umno.

Akibat dari kecurangan mereka terhadap Islam maka, sudah ada orang berani mencabar Islam di negara ini. PAS menolak sebarang aktiviti ekstrim dan provokasi melampau dalam isu ini.

POKET RAKYAT BAKAL RABAK LAGI..PETROL NAIK 30 SEN...GULA NAIK 20 SEN, JUMLAH 50 SEN, INFLASI TAK TAHU LAGI HARGA PETROL NAIK LAGI 1 MEI INI.



Harga petrol naik lagi 1Mei ini, memandangkan harga gula naik, tidak dapat tidak inflasi juga bakal mencanak lagi.

Di masa ekonomi masih lagi belum pulih, umno/BN masih lagi memeras peluh rakyat marhaen dengan pelbagai kenaikan.

Benar mekanismenya bunyi menarik, bergantung kepada kapasiti enjin, tetapi sedar atau tidak garis kemiskinan manakah yang diguna pakai.

Perbezaan pendapatan bandar dan luar bandar, kos sara hidup di bandar dan luar bandar, jumlah isi rumah, saiz keluarga juga perlu diambilkira.

Harga minyak mentah di pasaran masih lagi di bawah paras 80 dollar setong, apa hisabnya yang rakyat terpaksa menanggung harga lebih tinggi sedangkan mutu minyak RON95 juga diragui,

Apa sebenar yang diutamakan....mengurangkan atau menambah duit dalam poket rakyat sebenarnya

FAKTA:-

RON95...subsidi kerajaan sebanyak 30 sen perliter.

Harga sekarang = RM1.80

Harga selepas 1 Mei 2010 = RM2.10

Perlaksanaan, mekanisme dan kesan akibat kenaikan = ???

Disibukkan rakyat dengan kalimah 'ALLAH', tapi sebenar umno/bn tak nak rakyat marah pasal kenaikan harga petrol dan harga gula. Impak kepada inflasi...??? Rakyat Didahulukan kunun

Jumaat, 1 Januari 2010

JUAL PESAWAT MIG29N, SANDIWARA KERAJAAN UMNO/BN

Kenyataan terbaru Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid bahawa kerajaan belum ada keputusan yang muktamad untuk menjual pesawat MIG29N dipersoal.Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar semalam menganggap kenyataan Ahmad disebabkan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mengkritik kerajaan sebelum ini."28 Oktober lalu di Dewan Rakyat, (Ahmad berkata) perkhidmatan pesawat tempur MIG29N akan di tamat tahun depan (2010), tibak-tiba apabila Tun menegur dan kritik, (Ahmad) Zahid kata belum muktamad lagi," jelasnya.Beliau menganggap, kenyataan Ahmad sekadar meredakan kemarahan Tun sahaja - yang tidak mahu pihak tertentu mengaut keuntungan komisen, sebagaimana yang berlaku dalam transaksi kapal selam Scorpene dan pesawai Sukhoi sebelum ini.Sebagaimana kes kehilangan dua enjin jet F5E baru-baru ini, beliau mendakwa Ahmad cuba menyembunyikan niat sebenar kerajaan untuk membeli pesawat yang baru."Hakikat mereka sedang disembunyikan (adalah) nak jual MIG29N dan beli pesawat baru, semacam mereka sembunyikan dua injen pesawat F5E selama 3 tahun baru-baru ini," jelasnya.Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa beberapa pihak atasan dalam Tentera Udara DiRaja Malaysia (TLDM) terlibat dalam beberapa penyelewengan tersebut.Dalam pada itu, beliau bersetuju dengan Mahathir supaya pesawat MIG29N itu dinaik taraf dengan kelengkapan teknologi terkini sahaja."kita naik tarafkan semua injin MIG29N seperti mana kerajaan India membuat perjanjian dengan Rusia (ke atas) semua MIG milik India," jelasnya.Jelasnya lagi, perjanjian tersebut membenarkan Hindustan Aeroautics Pte. Ltd. iaitu syarikat pertahanan-penerbangan milik kerajaan India untuk mendapatkan pemindahan teknologi dalam pembikinan enjin baru MIG milik tentera udara India.Begitu juga dengan Polond, mendapatkan kepakaran Rusia untuk menaik taraf kesemua 32 pesawat MIG29N yang dijangka siap sekitar 2012-2015.Beliau juga menjelaskan bahawa United Kingdom turut menaik taraf pesawat-pesawat juang negaranya."Jet pengebom UK English Electric Canberra diguna sejak tahun 1950 hingga Perang Teluk yang pertama setelah dinaik taraf beberapa kali, sesuai dengan usianya dan modelnya," jelas.Beberapa usaha kerajaan itu, sekali gus mendorong rakyat menganggap kerajaan membazirkan wang rakyat.