Ahad, 29 November 2009

Utusan siar gambar Anwar-Najib ‘PELURU HABIS, PERDAMAIAN JALAN PENYELAMAT’?



KUALA LUMPUR: Utusan Malaysia akhirnya mengambil keputusan menyiarkan foto Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sedang minum bersama di dewan parlimen.

"Ia merupakan isyarat besar kepada rakyat Malaysia bahawa Anwar Ibrahim bukan penjenayah dan pengkianat negara. Ia jelas memperlihatkan Utusan tersepit dalam saban hari mengeji-menghina Anwar Ibrahim.

Ertikata Utusan mengitiraf kewibaaan peneraju utama Pakatan Rakyat," jelas Ketua Angkatan Muda keadilan Johor, Zabidie Abas dalam blognya.

Zabidie Abas dalam blognya menjelaskan mengapa PM terpaksa minum bersama Anwar Ibrahim dan membiarkan Utusan menyiarkan di muka hadapan akhbar.

"Ia sudah pasti 'peluru habis, perdamaian jalan penyelamat", sinis Zabidie.

Zabidie juga menghuraikan jawapan pada istilah gambar tersebut dengan:

Pertama- seluruh jentera Umno/BN sudah menyerah kalah pada ketokohan Anwar Ibrahim dan PM 'memberi arahan' usah menyerang Anwar lagi.

Kedua- pemecatan dua sayap penting MCA , krisis MIC, Gerakan dan PPP. Najib Razak membayangkan BN kian tiada kualiti dan tunduk kepada Anwar Ibrahim.

Ketiga- walaupun Utusan masih menyerang Anwar Ibrahim dan PKR. Namun Utusan memberi status enam bintang kepada Anwar Ibrahim.

Keempat- Utusan dan Najib Razak memberi isyarat Anwar Ibrahim layak menjadi Perdana Menteri.

Kelima- pada bila-bila masa ahli dan pemimpin Umnp/BN boleh berjumpa dan mendengar ceramah Anwar Ibrahim.

Keenam- BN sudah tiada moral untuk menentang ketokohan Anwar Ibrahim dipersada politik tanahair dan antarabangsa

Ahad, 15 November 2009

AKHIRNYA PAKATAN RAKYAT DI DAFTARKAN



Alhamdulillahu , akhirnya ‘Pakatan Senyap Umno –Pas “ gagal apabila Pakatan Rakyat sukses didaftarkan sebagai satu eniti yang bernama PAKATAN RAKYAT ke arah sistem dua parti insyaAllahu apabila PR mengambilalih pemerintahan negara daripada UBN yang bakal pula menjadi entiti parti pembangkang yang baru selepas PRU 13. PAS hendaklah percepatkan proses Kelab Penyonkong PAS dijadikan Sayap parti yang baru .Untuk itu persepsi buruk yang dilontarkan oleh UBN ke atas PR di dalam media elektronik dan media baru bloggers Umno ; perlu di perjelaskan dalam ‘Road Show PR” dan internet dengan segera kerna hanya tinggal dua tahun sahaja lagi peluang untuk mengemaskan Pakatan dan memprojeksi lima negeri yang diperintah sebagai lebih baik daripada kerajaan UMNO MCA MIC ( UBN ).

Politik perkauman sudah di buang jauh oleh rakyat Malaysia apabila Cina dan India sudah bisa mengundi PAS ; tolak politik “MelayuIslam Umnoputra” dan Melayu sudah berani dan tanpa segan silu lagi mengundi DAP dan menolak parti perkauman MCA( UBN ). Ini disedari oleh eniti parti perkauman UBN dan kembali meniupkan sentimen perkauman di kalangan orang Melayu dan Cina untuk kembali patah balik mengundi MCA , UMNO , MIC ( UBN ). Akan tetapi , kefasadan rasuah dan perasuh di dalam UBN sudah begitu ketara dan tiada bisa dibendung lagi atau ditutup ‘Bangkai Gajah” UBN . Perasuah –perasuah dalam UBN saling tuduh meneduh sesama sendiri menjadikan tongkang UBN carca merba bisa pecah dan karam pada bila masa.
Pertuduhan antara mereka ini , akhirnya mendedahkan bahawa wang rakyat sebanyak 20 BILLION HANGUS disonglap bukan sahaja oleh MCA tetapi, termasuk juga perasuah Gerakan dan perasuah ‘MelayuIslam Umnoputra dalam skandal PKFZ.

Apabila sokongan orang Cina pada MCA meleset dan sokongan orang Melayu pada ‘MelayuIslam Umnopurtra terumbang ambing . Lagu dan irama sentimen perkauman dimainkan semula untuk menaikkan semangat assobiyyah kaumiyyah Melayu . Cina dalam UBN . Inilah dia UBN mengaut sokongan kaum dengan sentimen perkauman demi kaum ( kaumiyyah yang lebih teruk lagi daripada assobiyyah/kebangsaan). Persepsi DAP adalah ‘chauvinist Cina” dan PAS ‘extremist’ ugama di lagukan semula. Wahal siapa itu MCA dan MIC bukankah parti –parti perkauman seperti Umno juga. Lim Kim Sai dan Najib pernah mencetuskan isu perkauman dan bertikam lidah . Hishamuddin pernah menghunuskan keris . PAS dan DAP pernah ke ? Umno sekarang cuba bermain dengan persepsi yang tak laku lagi . Ini bukan zaman 60an. Namun, massa merasa lega dan harapan mereka kembali cerah semula apabila PAKATAN RAKYAT didaftarkan secara resmi.Ini bermakna permainan Umno bermain dengan polimik ‘Pakatan Senyap Umno Pas itu mati dengan sendirinya . Untuk itu, PR janganlah menghampakan massa untuk ‘dethrone’ UMNO MCA MIC (UBN) . Majils Presiden PR dan Majils Sekretariat Pakatan Rakyat perlu wujud koordinasi dan perhubungan ‘Bi Lateral” yang konsisten dan sistematik hingga ke peringkat Negeri dan Kawasan bukan sahaja di peringkat pusat sahaja tetapi ‘networking dan groundwork’ mendekati massa memperbetulkankan persepsi yang salah yang digembar-gemburkan UBN ke atas PAS ( isu Islam ) DAP ( Perkauman Cina) dan PKR ( Kaki Lompat) perlu ditangani segera dengan baik. Bahtera UBN sekaran sarart dengan orang yang di tolak Pakatan ,iaitu Si katak lompat diterima UBN kerna sejiwa dengan perasuah dan pengkhianat bangsa , agama dan Negara di dalamnya. Tidak hairanlah bisa disenyawai.

“MelayuIslam Umnopurtra elit” memberikan persepsi bahawa DS Menteri Besar Pakatan Perak sebagai barua Cina dan ikut terlunjuk DAP , Ini persepsi perkauman “MelayuIslam Umnopurtra elit” untuk membuatkan pengundi Melayu benci pada PAS sebagai pengkhianat bangsa Melayu sanggup ‘bersubahat’ dengan parti ekstremis perkauman Cina DAP. Umno terlalu takut banyak lagi kerusi Umno akan hilang pada PAS atau PKR dalam Pakatan. Biasalah tuduhan perkauman sedemikian dibuat oleh “MelyuIslam Umnoputra.” Wahal PAS DAP PKR berikan SAR ( Sekolah Agama Rakyat) dan Sekolah Cina masing-masing mendapat 1,000 hectar sebagai satu sumbangan kerajaan Pakatan kepada mereka. Dengan ini, pada masa akan datang ianya akan menjadi sumber pendapatan yang tetap bagi mereka apabila tanah tersebut mendatangkan hasil sawit dan seumpamaya . Pada praktisnya kerajaan negeri tiada bisa lagi beri bantuan kewangan dan tiada lagi mengharapkan derma dari orang ramai.

Akan tetapi persepsi jahat pada diri Umno itu cuba di sembunyikan mereka. Kerajaan ‘MelayuIslam Umnoputera ; satu kaki persegi tanah pun tiada pernah diberikan kepada SAR sebaliknya Geran untuk SAR di mansuhkan terus kerna gentar pada pengaruh Islam ( PAS) terlahir secara fitrahnya di SAR. Kolej Islam di Kuala Kangsar adalah anugerah keluarga di Raja Perak bukan daripada Tanah Kerajaan yang dianugerahkan oleh ‘MelayuIslam Umnopurtra. Ini lah persepsi pengkhianatan “MelayuIslam Umnoputra” ‘ in the broad day light “ yang cuba di sembunyikan oleh parti assobiyyah “ MelayuIslam Umnoputra”. Jasa PAS dan DAP kepada Sekolah Agama mengatasi ‘MelayuIslam Umnoputra dan MCA yang hidup dengan ‘racist” dan hanya memikirkan projek kepentingan kroni mereka sahaja; sapu tanah banyak-banyak“ to fill up their bellies “ ; mengejar takhta untuk Harta walaupun secara kudeta dan bercanggah dengan Undang- Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Bukankah akidah baru Umno “ MelayuIslam Umnoputra “ termaktub di dalam ‘By Law:’ Umno demi untuk mencapai cita-cita kebangsaan ; raja –raja, Melayu dan agama Islam diperalatkan untuk motif tersebut? Ini lah sebenarnya persepsi sebenar MelayuIslam Umnopurtra “ yang telah menipu umat Islam selama 52 tahun . bahwa raja, orang Melayu dan agama Islam adalah alat semata mata . Benar seperti kata TGNA akidah baru Umno yang dipertahankan Najib itu menyesatkan ummah dan menipu Melayu demi kelangsungan takta segelintir “MelayuIslam Umnoputra meratahi khazanah negara di atas nama Melayu ( DEP) ; bagilah sekampit beras dan terus menerus menipu memperalatkan bangsa dan agama demi kezaliman assobiyyah ;Melayu . Raja dan agama Islam diperalatkan . Selama ini alat semata-mata . Inilah dia persepsi sebenar perjuangan UMNO yang perlu di dedahkan oleh Pakatan Rakyat.

Betapa hebatnya propaganda perkauman UMNO ini ; sehingga pimpinan DAP Perak sendiri akur bahawa PAS ini memang disangkakan mereka ekstemis agama . Tetapi apabila berkawan dengan TGNA , TGHA dan DS Nizar; sedarlah mereka bahwa mereka selama ini juga termakan umpan persepsi salah tentang PAS . Begitu juga dengan PAS dapat merasakan kesetiakawan yang baik dengan DAP yang bukan parti ‘ekstremis Cina sebagai persepsi salah yang di propaganda Umno di dalam media . Negara Berkebajikan , Islam For All, Justice For All ; tiada lagi menjadikan orang Cina dan India ‘Islamophobia’ terhadap PAS seperti persepsi yang digambarkan Umno selama ini. Umno tiada bisa menipu massa untuk selama-lamanya . Dalam media baru siber dewasa ini . Massa sudah celek politk dan tidak lagi berpegang dengan persepsi salah tentang PAS dan DAP lagi . Bahkan mereka suka bernaung di bawah PAS DAP PKR daripada menjadi alat perkauman UMNO MCA MIC . Tiada lagi takut untuk mendengar ceramah PAS DAP PKR. Di hadiri oleh massa berbilang kaum dengan penuh ceria dan pengharapan . Mereka datang, semua kaum tanpa dipaksa , tiada di bekalkan dengan bus atau wang saku memberikan sokongan padu kepada parti pilihan massa ;iaitu PAKATAN RAKYAT . Semua kaum bukan sahaja di Kelantan bahkan satu Malaysia menerima ketokohan dan karisma keterampilan TGNA, baik DS Anuar, Kit Siang maupun TGHA; Bahkan Zaid Ibrahim (PKR) mencadangkan TGNA sebagai Pengerusi Pakatan Rakyat yang pertama yang disokong oleh Mustapa Ali (S/U Agung PAS) . Walaubagaimanapun itu terserah kepada kebijaksanan dan keputusan Pimpinan Pakatan Pusat .

Akan tetapi , retorik tadika satu Malaysia terpaksa dikerah kakitangan awam yang diangkut dengan bus dan dirasuah dengan wang saku untuk mencukupkan himpunan di Stadium Ipoh, Perak. Wahal himpunan rakyat di stadium yang sama tiada bisa ada rasuah politik bahkan di mana mana sahaja di stadium Kota Bharu, Alor Setar dan di Selangor massa datang berduyun –dungun dengan ikhlas , kenderaan sendiri dan wang saku sendiri untuk memenangkan SUARA RAKYAT UNTK RAKYAT DARI RAKYAT KEPADA RAKYAT . Ini persepsi yang sebenar massa pada PAKATAN RAKYAT yang digeruni oleh : MelayuIslam Umnopurtra. MCA dan MIC. Bahkan tokoh politik veteran dan berpengalam luas dengan Malaysia ;iaitu Lee Kuan Yu sendiri datang ke Malaysia kunjung hormat TGNA dan TGHA kerena belau sudah nampak dan dapat merasakan bahawa PAS/PAKATAN adalah ‘ THE GOVERNMENT IN THE WAITING” dan Mustafa Ali yang berseminar di Singapura menyatakan jaminan PAS/PAKATAN bahawa jika Pakatan memerintah, hubungan diplomatik Malaysia –Indonesia akan menjadi bertambah baik. Ini persepsi yang Kuan Yu perolehi daripada PAS/PAKATAN . Cuma ‘MelayuIslam Umnopurtra sahaja yang tiada akur akan persepsi massa pada PAS dewasa ini yang tiada lagi ada perasaan ‘Islamophobia “ lagi terdapat PAS termasuk Lee Kuan Yu , masyarakat Cina dan India.

“ Perception enlightenment” memperbetulkan persepsi salah tentang PAS dan DAP yang di lakukan Umno “ MelayuIslam Umno elitputrra” hendaklah secara konsisten dari masa ke semasa dan sepanjang masa di lakukan oleh PAS/PAKATAN kerna Umno tidak akan berhenti mempropagandakan persepsi yang salah itu sampai PRU 13 Apalagi RTM adalah ‘parti baru’ keluarga UBN berkempen untuk Umno dan mempamirkan persepsi buruk tentang hubungan PAS DAP PKR supaya massa beralih kepada UMNO MCA MIC (UBN) yang semakin di tolak dan dibenci oleh massa. Lebih-lebih lagi mendiang Teoh di sahkan dibunuh oleh pakar bedah Thailand dan mutakhir ini; makin banyak lagi ‘parti baru’ kerabat UBN ; yang nyata SPR, SPRM, SPR selain daripada mahkamah. Massa nampak aspirasi rakyat yang mahukan keadilan , pembelaan dan ketanggungjawapan , amanah , dan ‘honesty’ pemimpin pada rakyat: persepsi ini dan kualiti ini ada pada PAKATAN RAKYAT yang terdiri daripada para pejuang keadilan , penentang kefasadan rasuah dan perasuah dan keautokrasian berparlimen ada pada pejuang –pejuang PAS DAP PKR. tanpa meletakkan kaum dan agama sebagai sempadan .Persepsi massa ialah PAKATAN RAKYAT : :”Justice For All” “ Islam For ALL” untuk “SELAMATKAN SATU MALAYSIA BARU “ bagi KERAJAAN BARU PAKATAN RAKYAT ( THE PEOPLE’ S CHOICE) TOLAK GAGASAN PERKAUMAN UMNO MCA MIC ( UBN) DAN MENGUNDI GAGASAN UNIVERSAL : PAS DAP PKR. “DETHRONE entiri perkauman : “MelayuIslam Umnoputra, MCA MIC (UBN).

Khamis, 12 November 2009

TERNANTI NANTI APA LAGI PENJELASAN SPRM



Nah, semalam Sdr Sivarasa Rasiah mengemukakan seorang lagi saksi utama kes VK Lingam. Bekas setiausaha Lingam itu, Jayanthi Naidu mengaku mengatur percutian mantan Ketua Hakim Negara ke New Zealand bersama bekas majikannya. Pendedahan ini jelas menconteng arang reputasi serta integriti institusi Dewan Rakyat apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengemukakan kenyataan yang bercanggah, kononnya sukar mengesan saksi utama. Ternanti nanti apa pula penjelasan SPRM. Pastinya, rakyat muak dengan segala pembohongan ini.

Ilmu kurang besarlah lagak
Tiada lawan besarlah mulut
Bersua kita putihlah tapak
Semangat lembik gementarlah lutut

Sudahlah semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberi jawapan yang tidak bertanggungjawab sehingga bolehlah dianggap menghina institusi mahkamah syariah. Datuk Jamil Khir menjelaskan kes saya di mahkamah syariah ditangguhkan demi menunggu keputusan mahkamah sivil. Mengapa menteri yang sepatutnya menjaga urusan agama seumpama tidak yakin dengan keadilan Islam. Malahan ini memberi gambaran menteri mencampuri dan menunjuki urusan mahkamah.Manakala fitnah terus dilemparkan kononnya enggan mengangkat sumpah, saya menyambutnya dengan menfailkan tuntutan qazaf sesuai dengan lunas dan prinsip syariah. Mengapa bertangguh lagi? Pendapat ulama muktabar; Syeikh Yusuf al Qaradawi, Syeikh Taha Jabir, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, mantan mufti Dato’ Hashim Yahaya dan Ustaz Haron Din jelas menasihati agar diadili di mahkamah syariah sesuai dengan tuntutan al Quran dan Sunnah.

SELANGOR DEDAH INFO RASHIA PERTAMA UNTUK RAKYAT SELANGOR


Kerajaan Selangor mendedahkan dokumen satu daripada tiga projek dikategorikan rahsia oleh kerajaan BN sebelum ini - yang memperincikan perpindahan hak milik tanah rakyat di Bukit Cerakah, Shah Alam kepada pemaju menyebabkan lebih 700 penduduk miskin kehilangan tanah mereka.


Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pendedahaan maklumat berkenaan berkaitan projek Bandar Alam Perdana, yang sebelum ini dikawal bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), bertujuan untuk memberi gambaran sebenar projek berkenaan.Beliau mendedahkan maklumat itu hari ini berdasarkan bidang kuasanya sebagai menteri besar Selangor seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 2(C) OSA.Tambahnya, pendedahan melalui risalah yang akan diedarkan kepada masyarakat umum itu juga akan membolehkan petani dan pemilik tanah seluas 17,000 ekar itu mengambil tindakan ke atas pemaju terlibat."Sebelum ini mereka tidak boleh ambil tindakan sebab tidak tahu kedudukan sebenar," katanya dalam sidang media selepas persidangan DUN.Abdul Khalid menjelaskan, pemilik tanah berkenaan, yang merupakan penduduk miskin, pada asalnya telah diberikan sebanyak tiga ekar tanah pertanian setiap seorang untuk diusahakan dengan tanaman kelapa sawit.


Katanya lagi, pemilik tanah menyerahkan tanah mereka kepada seorang pemaju yang menukarkan status tanah menjadi tanah komersil untuk dimajukan menjadi projek perumahan Bandar Alam Perdana.Tambahnya, petani-petani tersebut telah dijanjikan untuk dibayar RM360,000 bagi tanah berkenaan"Akhirnya pemilik tanah hilang tanah sebab pemaju cagarkan kepada bank, dan 30,000 pembeli rumah tidak mendapat rumah yang dijanjikan," katanya."Siapa menteri besar terlibat, siapa usahawan terlibat, semua kita masukkan dalam risalah ini, ada disertakan gambar juga takut salah orang.


"Tujuan (pendedahan) untuk memberi maklumat. Terpulang kepada kita untuk tahu, dulu tanah pertanian, sekarang kalau kita pergi ke tempat situ, projek terbengkalai," katanya.Katanya lagi, pendedahan ini salah satu daripada usaha untuk membincangkan enakmen baru mengenai kebebasan maklumat di DUN itu nanti.Jelasnya lagi, risalah itu bertajuk 'Rancangan Revolusi Hijau dan Bandar Alam Perdana: Tanah Hilang, Rumah Tak Dapat' akan mula diedarkan kepada orang ramai pada Isnin depan.Ia juga akan mula dimuatkan di laman web rasmi kerajaan negeri itu esok.Semalam, Abdul Khalid berkata, kerajaan Selangor akan mendedahkan tiga dokumen berkaitan projek pembangunan di negeri itu yang didakwa telah menguntungkan syarikat-syarikat tertentu bawah pentadbiran BN.Dua risalah rahsia dijadual didedahkan masing-masing pada 13 dan 16 November ini.

Khamis, 5 November 2009

SHAHRIZAT JALIL TERDESAK - HANIZA



Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor meyelar kenyataan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang dilihat terdesak bagi mendapatkan kembali sokongan rakyat kepada Umno-Barisan Nasional.Ketuanya, Haniza Talha berkata tindakan Shahrizat itu dilihat sebagai cubaan menyerang PKR dan Pakatan Rakyat.Menurutnya, Shahrizat seharusnya menilai prestasinya sendiri selaku Ketua Wanita Umno dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat sebelum menunding jari kepada mana-mana pihak.“Shahrizat kena cermin muka dulu seorang yang kalah pilihan raya kemudian diangkat jadi menteri maknanya Umno sendiri sudah tidak ada jawatan untuk menjaga kebajikan rakyat. Dan saya nampak Shahrizat pun memang gagal, gagal, gagal, gagal,” katanya.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Shahrizat bahawa pembangkang tidak berupaya memerintah kerana gagal dalam semua aspkek.Shahrizat turut menggambarkan Pakatan Rakyat sebagai indah khabar dari rupa.Menurutnya, kegagalan perjuangan Shahrizat jelas terbukti dalam partinya apabila beliau gagal menambah bilangan menteri wanita dalam kabinet malah, Shahrizat juga gagal menangani isu penderaan kanak-kanak dan wanita.Haniza menambah sebaliknya lebih 30 peratus wanita dilantik sebagai Exco dalam pentadbiran kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat.“Dia dalam parti dia sendiri gagal mengangkat martabat wanita, boleh kira berapa orang wanita yang menjadi pemimpin tetapi kita wanita Pakatan Rakyat, sekejap sahaja kita tidak cakap banyak kita cakap dan laksanakan,” katanya.Beliau berkata keupayaan Pakatan Rakyat mentadbir jelas apabila dalam masa yang singkat, negeri di bawah pentadbiran Pakatan menunjukkan prestasi memberangsangkan seperti dalam Laporan Ketua Audit Negara.“Pakatan rakyat telah buktikan kemampuan nya daripada laporan ketua audit negara. Walaupn dalam tempoh yang singkat satu tahun ketua audit negara telah memberi pujian kepada pentadbiran di bawah Pakatanj Rakyat bahawa pentadbirannya cekap,” katanya.Menurutnya, pujian berkenaan jelas menepis segala tuduahan dan tomahan yang dilempar Barisan Nasional.Haniza berkata bagaimanapun kemampuan Pakatan Rakyat ini sengaja cuba dinafikan Barisan Nasional dengan menggunakan media arus perdana yang dikuasainya untuk memberi gambaran negatif kepada Pakatan Rakyat.

KENAPA WANG EHSAN DAN BUKAN ROYALTI UNTUK KELANTAN? RAKYAT TERENGGANU BOLEHLAH UMNO@BN KENCING..!!! RAKYAT KELANTAN MAHUKAN HAK MEREKA..???



Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa Kerajaan Pusat setuju memberi 'wang ehsan' kepada Kelantan hasil daripada hasil petroleum dari pesisir perairan Kelantan. Perkara itu diumumkan dalam jawapan kepada ahli Parlimen dari Kelantan di Dewan Rakyat. "Pembayaran' itu akan dibuat melalui projek pembangunan dan projek membasmi kemiskinan setelah berbincang dengan kerajaan negeri.Pengumuman ini sekali gus mengesahkan bahawa Kelantan memang layak memperolehi hasil petroleum dari bumi Kelantan.Persoalannya mengapa wang ehsan dan bukan royalti? Wang ehsan bermakna diberi berdasarkan budi bicara dan bila-bila masa boleh ditarik semula. Adakah satu jaminan bahawa pembayaran itu akan dilakukan dengan telus dan adil? Adakah wang ehsan ini mengulangi episod wang ehsan seperti yang berlaku sewaktu Pas memerintah Terangganu? Apa yang berlaku? Kerajaan Pas Terangganu terpaksa mengemis dan terpaksa memfailkan tuntutan dan saman di mahkamah untuk mendapatkan hak wang royalti seperti yang termaktub dalam perjanjian dengan Petronas. Duit yang dinamakan wang ehsan itu diberi kepada 'wakil kerajaan pusat' di Terangganu.Pemberian wang ehsan itu ternyata satu pengkhianatan kepada rakyat Terangganu kerana wang ehsan itu diberi kepada mereka yang tidak berhak dan lebih bertujuan mengayakan kroni dan syarikat-syarikat yang mempunyai kaitan dengan Umno@BN kononnya atas nama pembangunan. Sebaliknya apabila Umno@BN kembali berkuasa di Terangganu status wang ehsan itu boleh berubah semula menjadi royalti.Justeru itu perjuangan menuntut royalti untuk rakyat oleh kerajaan negeri Kelantan perlu diteruskan untuk memastikan hak rakyat Kelantan akan dapat dikembalikan untuk menikmati kemakmuran dan kekayaan ini dapat diagih dan diuruskan secara adil dan telus.

Ahad, 1 November 2009

KEPERITAN PKR ADALAH SEMENTARA DEMI REFORMASI


KEPERITAN SEMENTARA SEBELUM PEMBAHARUAN, AMK KEADILAN BERTERIMA KASIH ATAS TEGURAN DAN HARAPAN TINGGI RAKYAT

Angkatan Muda Keadilan Malaysia berterima kasih kepada semua pihak atas teguran dan tumpuan yang diberi ke atas perselisihan dalaman KEADILAN. Rombakan semula lapisan pimpinan kebelakangan ini sebenarnya merupakan keperitan sementara sepanjang menuju pembaharuan. Ia juga merupakan perjalanan yang akan dilalui oleh setiap parti politik. Harapan tinggi rakyat akan diterima dengan sepenuh hati oleh KEADILAN. Para pengundi yang memberi kepercayaan kepada KEADILAN tidak akan dikecewakan.

AMK juga bersetuju dengan iltizam YAB Menteri Besar Selangor untuk mengambil tindakan atas ADUN Pelabuhan Kelang Badrul Hisham. Sebenarnya, keinginan Badrul Hisham melompat adalah di dalam jangkaan kami. Sering kali KEADILAN meminta beliau memberi kerjasama dan berkhidmat untuk rakyat secara bersungguh-sungguh, tetapi dukacitanya, dia bukan sahaja tidak melaksanakan tanggungjawab dia malah lompat keluar parti KEADILAN dan memihak kepada BN.

AMK menegaskan bahawa kami tidak akan berkompromi dengan pemimpin yang tidak menunjukkan prestasi yang baik dan tidak bertanggungjawab. Ini juga selaras dengan keputusan PAS untuk menyerahkan isu PAS Selangor kepada Jawatankuasa Disiplin parti tersebut. Kita mesti memastikan kestabilan kerajaan Negeri Selangor agar Pakatan Rakyat dapat menumpukan perhatian untuk merealisasikan dasar demokrasi dan memanfaatkan rakyat.

Berkenaan dengan salah faham dan ketidakpuasan hati akibat pertukaran pucuk pimpinan di Sabah, Presiden KEADILAN telah memberi jaminan bahawa beliau akan mengamalkan sikap terbuka dan berbincang dengan pihak-pihak yang terlibat untuk mencapai persetujuan. Oleh yang demikian, adalah diharapkan pimpinan parti dan pihak berkenaan dapat bersatu hati menyelesaikan perselisihan faham supaya dapat memperjuangkan agenda reformasi parti bersama-sama.

Seperti parti politik lain yang baru ditubuhkan, AMK mengakui bahawa KEADILAN masih sebuah parti yang muda. Lebih-lebih lagi, KEADILAN berhadapan dengan tindasan, ugutan dan muslihat BN yang mempunyai sumber kewangan dan jentera negara yang kuat. Kebangkitan KEADILAN sebagai parti yang mampu menggantikan BN juga menjadikannya sasaran utama pihak BN.

Selepas tsunami politik pada 8 Mac, KEADILAN sedang mencuba sedaya-upaya untuk mentransformasikan parti supaya memberi lebih peluang kepada golongan muda. Seperti apa yang dilaporkan dalam ”Off the Edge”, liputan terhadap beberapa tokoh muda KEADILAN yang mempunyai pandangan tersendiri terhadap parti dan negara telah mendapat sambutan baik daripada kalangan masyarakat. Oleh yang demikian, kita jangan mengadakan tanggapan salah terhadap KEADILAN sedangkan yang mereput hanya sebilangan kecil sahaja.


LEE Khai Loon
Ketua Penerangan
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

EZAM 'RAJA SESUMPAH' MULA BERKOKOK - DS WAN AZIZAH JADI SASARAN KALI INI



BEGITU lama kita tidak mendengar suara raja sesumpah. Selepas suara beliau tenggelam di Permatang Pauh, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Kuala Terenganu di dalam pilihanraya kecil yang menelanjangkan Umno, suara raja sesumpah berkeramat ini terus tenggelam. Mungkin menyedari ada benarnya setiap kali beliau menjejakkan kakinya ke mana-mana kawasan pilihanraya, pastinya mendatangkan `suwey' (malang/bala) buat Umno. Ada juga betulnya kerana apabila raja sesumpah yang juga dipanggil raja kotak ini tidak melibatkan diri, Umno mampu menang sepertimana di Bagan Pinang.

Baru-baru ini teragak pula beliau untuk bersuara walaupun tiada pilihanraya. Kali ini kerana meraikan sahabat lamanya iaitu Adun Pelabuhan Kelang YB Badrul yang keluar dari PKR dan menyokong Bn. Ahli Bebas tetapi sokong Bn, samalah juga dengan `mazhab' raja katak Ibrahim Pasir Mas. Tetapi, yang buat kita rasa Badrul ini sememangnya wajar keluar dari PKR adalah kerana beliau bukan seorang yang cerdik dalam berpolitik. Cara beliau memberi alasan untuk keluar dari PKR pun jelas menunjukkan Badrul ini kurang cerdik malah setaraf Ketua Umno Cawangan sahaja. Alasannya entah mana satu yang betul, sekejap kata tidak percaya kepada kepimpinan MB Selangor Khalid yang tidak membantunya menguruskan kemajuan di kawasannya. Katanya, peruntukan di Dun nya disekat malah dilantik pula wakil khidmat masyarakat yang lain di kawasannya seolah-olah beliau tidak berfungsi. Lepas itu, dikatakan beliau keluar dari PKR kerana yakin kesalahan moral yang dilakukan oleh DS Anwar. Pulak dah!!

Ezam raja sesumpah pun terikut menjadi bebal seperti Badrul. Dahulunya Ezam ini cerdik kerana bercampur dengan orang cerdik, tetapi kini menjadi sebaliknya. Tiba-tiba sahaja Ezam raja sesumpah menyerang DS Wan Azizah. Kita faham betapa kecewanya raja sesumpah setelah berbuih mulutnya menyerang DS Anwar tidak pernah dilayan oleh Ketua Pembangkang ini, kini beliau beralih arah untuk menyerang pemimpin wanita pula. Dayusnya raja sesumpah. Mungkin itulah lawannya sekarang. Tiada terdaya raja sesumpah untuk menandingi DS Anwar bekas gurunya, kini mencari wanita pula. Jika hujahnya itu benar-benar meyakinkan tidak mengapalah juga, tetapi hujahnya sama seperti hujah Dato' Nalla kawan karibnya. Siapa Ezam yang sudah bergelumang dengan Umno ini hendak bersuara pasal moral? Ezam bukan tidak nampak masih ramai pemimpin Umno yang terbukti melakukan rasuah yang masih memegang kuasa, tetapi Ezam butakan mata sebaliknya menuduh DS Wan Azizah yang tidak pernah mengusiknya itu. Kenapa Ezam tidak bicara pasal KM Melaka yang terbukti terlibat di dalam politik wang itu yang masih menjadi KM? Bagaimana cerita Ketua Pemuda Umno, KJ yang terlibat sama masih memegang jawatan Ketua Pemuda? Jelas, Ezam dibutakan matanya setelah berada dalam kotak Umno.

Untuk bicara soal moral, Ezam langsung tidak bermoral. Berjanji tidak akan sertai mana-mana parti politik termasuk Umno sewaktu beliau memimpin GERAK, kini apa yang Ezam lakukan? Sekejap-sekejap kata DS Anwar perosak perjuangan bangsa. Bila ianya tidak laku, tuduh pula DS Anwar ini atas salah laku moral. Bila ianya tidak laku juga, beralih pula kepada tuduhan kononnya DS Anwar memimpin PKR hanyalah untuk kepentingan DS Wan Azizah dan Azmin. Hujah itu pun masih tidak laku, maka Ezam beralih untuk menyerang DS Wan Azizah. Entah apa asas perjuangan Ezam kita pun tidak tahu. Perjuangan untuk Melayu? Islam dan moral? Rasuah? Jika itulah perjuangan Ezam, beliau silap tempat berada dalam kotak Umno.

Sekarang semua sudah kenal raja sesumpah ini. Beliau sebenarnya kecewa kerana sepanjang beliau berada dalam PKR sebelum itu KeADILan, parti ini tidak membangun seperti sekarang. Beliau keluar dari KeADILan (PKR) dan memasuki GERAK kononnya untuk melawan rasuah, kita ingatkan ramai yang akan menurut jejak langkahnya tetapi berapa orang yang ikut? Akhirnya beliau sendiri keluar dari GERAK dan masuk parti yang masih menyimpan pemimpin rasuah ini. Orang seperti inikah untuk bercakap soal moral? Beliau dan Dato' Nalla tuduh DS Anwar bermacam-macam kemudiannya suruh DS Anwar saman beliau dan Dato' Nalla. Apa dia ingat DS Anwar melatah dan terikut dengan kerja bodoh dia? Kita tahu orang itu mencuri, kita tuduh dia kemudian kita suruh dia saman kita. Bukankah itu kerja bodoh? Mengapa jika kita tahu siapa yang mencuri, ada bukti nyata pula, kenapa kita tidak lapor sahaja?

Saya yakin selepas ini raja sesumpah akan cabar DS Azizah saman dia selepas dia menuduh DS Azizah bermacam-macam. Itulah stail Ezam yang telah ketandusan idea untuk mencari sesuap nasi dalam politik barunya. Saya harap selepas beliau gagal untuk menyerang DS Wan Azizah, beliau jangan putus asa. Cubalah pula untuk menyerang YB Nurul Izzah pula kemudian suruh YB Nurul Izzah saman beliau. Mungkin boleh dibuat cerita tentang seorang `pemuda' yang memanjat tembok untuk memikat Nurul Izzah suatu ketika dahulu. Mungkin Sdr Lokman Noor Adam tersenyum dengan cerita `pemuda panjat tembok' ini. Siapa `pemuda' itu ya?

BADRUL DAN EZAM "RAJA SESUMPAH" TAK MAMPU BURUKKAN DSAI



Selain membaham Khalid, untuk menghalalkan tindakannya itu Badrul Hisham cuba melemparkan telor busuk kepada Anwar Ibrahim. Kononnya dia bertindak begitu kerana meragui moral Anwar Ibrahim. Penangguhan perbicara kes liwat Anwar menjadi punca beliau meragui kepada moral Anwar dan meninggalkan PKR. Betulkah? Sekali lagi ini adalah alasan semata-mata. Hampir semua mereka yang berpatah arang berkerat rotan dengan PKR menjadikan Anwar sebagai penyebabnya. Kononnya moral Anwar menyebabkana mereka terpaksa menukar kiblat dan mengangkat syahadat semula dengan UBN. Bagi saya mereka yang mencari-cari alasan begitu adalah mereka yang lemah dan tidak mempunyai jiwa besar dalam perjuangan, dan tidak pun layak berada dalam parti pembangkang yang semestinya memerlukan orang-orang yang berjiwa besi.

Sejak awal lagi orang-orang ini tidak layak menjadi pemimpin kerana mereka tidak melihat ke sekeliling mereka terlebih dahulu sebelum mereka mengambil biah untuk bersama PKR dan Anwar. Bukankah isu mengenai moral Anwar ini berlaku lama sebelum ini? Butalah mata zahir dan amti hati mereka kalau tidak mendengar kes-kes itu dan memahami konsiprator untuk memburukkan Anwar dengan isu rendah moral itu. Sebelum terjebak dengan kes liwat dengan pembacuh kopi, Anwar sudah diheret ke mahkamah dengan kes yang sama. Malahan bagi setengah orang termasuk kami sendiri mendengar fitnah Anwar seorang homoseks sejak tahun 1991 lagi. Tetapi kenapa mereka ini (Adun yang keluar parti dan mereka yang 'mufarakah' kerana kes itu) bebuat demikian kebelakangan ini saja, setelah PKR mendapat kuasa bersama Pakatan Rakyat? Rahsia ini yang patut disedari semua orang.

Situasi inilah kepada saya mereka itu munafik dan sengaja mahu memburukkan Anwar bagi menghalalkan tindakan mereka. Sepatutnya kalau mereka penakut dan berjiwa kecil mengaku saja tanpa mencari helah dan alasan lain. Cara itu lebih dihormati kerana mereka gentlemen. Sikap menyalahkan orang, seperti pendendang yang tidak tahu menari mengatakan tanah tinggi rendah. Sikap ini adalah sikap munafikun. Baik kepada Badrul Hisham ataupun mereka yang bermasalah hendak melarikan diri daripada PKR boleh keluar begitu saja tanpa mengata mana-mana pihak. Janganlah jadi seperti maling yang jahat lagi biadap sudahlah barang orang disapu hendak tinggalkan rumah di berak pula ditengah balai!

Kalaupun Anwar diburukkan ia tidak memberi bekas apa-apa. Semakin diburukkan semakin itu pula Anwar mendapat simpati. Logiknya mudah sahaja kalau negarawan seperti Dr Mahathir Mohamad gagal untuk menghancurkan Anwar apa tah lagi orang-orang seperti Badrul Hisham, Mohamad Azam Mohd Noor dan mereka yang sejenis dengannya. Dalam Umno terumbang ambing kini kami percaya Umno tidak akan begitu memikir panjang untuk menerima sesiapa saja menyertai mereka termasuk juga mereka yang lemah jiwa moral busuk dan tidak ada kualiti dan sebagainya. Kerana apa kerana Umno benar-benar dalam keadaan terdesak apa pun jenis orang pun parti itu akan memeluknya.