Ahad, 20 November 2011

NFC AKHIRNYA MENGAKU




PETALING JAYA: Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli berkata pihaknya bersedia menghadapi tindakan saman daripada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) berhubung skandal projek lembu di Gemas dan pembelian kondominium One Menerung di Bangsar.


Malah beliau menerimanya dengan terbuka memandangkan dakwaan yang dibuat PKR selama ini tidak dinafikan Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.

“Tiga pengakuan Mohamad Salleh mengesahkan keresahan rakyat bahawa anugerah projek ini kepada sebuah syarikat milik keluarga menteri mempunyai unsur-unsur penyelewengan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Pengakuan itu adalah NFC tiada kepakaran dan pengalaman untuk mengendalikan projek ini sehingga menyebabkan syarikat menghadapi masalah operasi dan kewangan, serta perjanjian RM250 juta “tidak menyatakan jadual pembayaran balik”.

“Ini mengesahkan pendedahan PKR sebelum ini bahawa walaupun dana RM250 juta disebut sebagai pinjaman, ia lebih berupa geran kerana NFC tidak dikenakan sebarang jadual pembayaran atau caj faedah seperti pinjaman biasa,” katanya.

Beliau turut kesal dengan kenyataan Mohamad Salleh yang bukan sahaja mengesahkan pendedahan PKR tentang pembelian kondominium mewah yang bukannya RM9.8 juta, tetapi RM13.8 juta.

Katanya, ketiga-tiga pengakuan NFC mengingatkan rakyat bahawa isu pokoknya adalah soal kebertanggungjawaban menteri dan kerajaan menjaga wang rakyat.

Surat debat kepada Khairy

Sehubungan itu, beliau menggesa supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak segera menjawab sama ada berlaku penyelewengan di peringkat kabinet semasa penganugerahan projek kepada NFC dan penglibatan Shahrizat dalam proses membuat keputusan.

Sementara itu, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata pihaknya akan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di seluruh negara pada Rabu depan.

Laporan SPRM itu katanya akan menyentuh soal proses penganugerahan projek yang mempunyai unsur-unsur penyelwengan.

Dalam perkembangan berkaitan, Rafizi berkata pihaknya juga hari ini telah menyerahkan surat rasmi kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjemput supaya debat mengenai isu ini diadakan pada 12 Disember depan.

Ini berikutan persetujuan Khairy sebelum ini untuk berdebat dengan syarat ia diadakan hanya selepas Perhimpunan Agung Umno selesai pada 3 Disember depan.

“Kita hanya sediakan tarikh, terpulang untuk Khairy pilih tempat,” kata Rafizi.

Ahad, 13 November 2011

PEMIKIRAN UMNO MELANGKAUI ZAMAN ??



"Pemikiran melangkaui zaman bukti kepimpinan UMNO berjaya mentadbir negara" petikan Berita Nasional tv1 22 sept 11.Najib kata negara Malaysia sudah berjaya dipesada antarabangsa dalam pelbagai bidang dan diikiraf oleh dunia hasil dari pemikiran dan perancangan Kerajaan BN dalam mentadbir negara. Persoalannya adakah kita sudah maju? Dan adakah pemikiran BN itu melangkaui zaman?Jika sistem pentadbiran seperti sekarang ini berterusan, nescaya satu hari nanti Malaysia akan mengalami masalah ekonomi yang serius.

Tidakkah kerajaan sekarang melihat perlunya satu perubahan dalam ekonomi negara bagi menjamin kestabilan negara. Tidakkah kerajaan melihat bagaimana TG Nik Aziz dan ustaz Azizan mentadbir. Negeri Kelantan dikatakan mundur berdasarkan jumlah simpanan dalam bank-bank di sana. Sedangkan jika dilihat dari segi aliran tunai, jualan di hypermarket di Kelantan adalah antara tertinggi di Malaysia. Ini menunjukkan rakyat Kelantan mempunyai tunai yang banyak dan boleh berbelanja mengikut kemahuan mereka tanpa perlu bergantung kepada kad kredit. Rakyat kelantan terkenal dengan sifat suka berniaga.

Kebanyakkan rakyat kelantan tidak bergantung kepada sektor swasta atau makan gaji tetapi mengusahakan perniagaan sendiri. Inilah yang membolehkan rakyat kelantan menggunakan wang tunai dalam kehidupan seharian.
Rakyat kelantan yang kurang bergantung kepada pelabur asing dan barangan luar ternyata berjaya mengharungi kesempitan hidup sebagaimana dialami oleh rakyat malaysia di negeri lain.

Di Kedah pulak, hasil dari pentadbiran dan pengurusan kewangan yang cekap meningkatkan pendapatan negeri yang akhirnya dipulangkan kepada rakyat. Rakyat mendapat pulangan dari kecekapan kerajaan mentadbir. Walaupun tidak semua rakyat mendapat sumbangan kerajaan, namun hakikat sebenarnya, rakyat Kedah patut berbangga kerana Kerajaan Negeri tidak perlu berhutanh dengan Kerajaan Pusat untuk mengurus pentadbiran atau membayar gaji kakitangan. Malah Kerajaan Negeri juak berjaya mengurangan hutang yang ditinggalkan termasuk hutang Bekalan Air.

Kerajaan Pusat yang gagal melihat ciri-ciri pentadbiran dan dasar yang baik ini membuktikan pemikiran Kerajaan Pusat amat ketinggalan zaman. Seolah-olah Malaysia baru merdeka dan masih berhutang kepada negara luar.
Sikap pemimpin kerajaan pusat yang lebih mementingkan kroni dan poket sendiri bakal membawa negara kepada masalah yang lebih serius. Masalah yang bakal dihadapi bukan masalah kedatangan pelabur asing, tetapi masalah kenaikan harga barang yang akan menjadi satu masalah kronik yang mungkin akan membawa kepada masalah keselamatan negara.

Kos sara hidup naik, harga barang naik, kejatuhan moral, pengguna alkohol tertinggi, peningkatan index jenayah.... Peningkatan hutang kepada bank dunia... Kejatuhan ringgit semua itu bakal membawa kepada rasa tidak selesa rakyat.
Apakah sau hari nanti kita kena bawak duit seguni untuk membeli 10 kilo beras? Apabila rakyat tertekan degan kos sara hidup yang tinggi, maka akan berlaku lah tindakan drastik untuk mencari sesuap nasi.

Satu perubahan perlu di lakukan sekarang demi memastikan keharmonian negara terjamin dan rakyat malaysia berada dalam kesejahteraan.

Ahad, 6 November 2011

PANAS!!! ANAK PEMIMPIN UMNO RUPANYA

Panas: Rupanya "Anak Pemimpin UMNO" Sendiri Menjadi "Dalang Di Sebalik Penganjuran" Program Festival Seksualiti Merdeka Di Negara Kita Semenjak 2008!



Sungguh mengejutkan dan sesuatu yang sungguh mengharukan kita apabila dilaporkan rupanya Festival Seksuakiti Merdeka sebenarnya sudah dianjurkan di negara ini sejak tahun 2008 lagi. Anehnya, kenapa baru sekarang semua pihak berbunyi dan menyalahkan pihak tertentu?. Malah, ramai yang menuding jari menyalahkan Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S.Ambiga Sreenevasan.

Malah dalam artikel kami yang terdahulu juga ada menegur perbuatan beliau itu. Terkadang, akibat maklumat yang salah dan tidak tepat maka kita terpaksa melatah dan membuat berbagai kenyataan melulu. Begitu juga berbagai dakwaan dan tuduhan yang dibuat oleh beberapa buah NGO yang membuat laporan polis terhadap Ambiga, kononnya beliau menjadi penganjur program tersebut. Namun, akhirnya Ambiga tampil mengeluarkan kenyataan bahawa beliau bukanlah Penganjur sebaliknya hanya dijemput khas untuk merasmikan progran tersebut.

Maka, dengan kenyataan itu kita keliru apakah cerita dibelakang tabir tentang isu kontroversi ini. Akhirnya berita mengejutkan diterima hari ini bila Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) musykil mengapa pihak berkuasa, khususnya polis dan pelbagai pihak yang tiba-tiba sahaja hendak bertindak mengharamkan Festival Seksualiti Merdeka sedangkan ia sudah wujud sejak 2008. Dalam satu kenyataan media, biro kerohanian dan pembangunan insan, PMUKM berkata program yang sama juga pernah dirasmikan oleh anak seorang pemimpin utama negara dan dibiarkan sebegitu tanpa sebarang bantahan. Soalnya, siapakah anak pemimpin negara terbabit?. Apakah ia anak pemimpin pembangkang atau UMNO Barisan Nasional?

Rupa-rupanya, anak pemimpin terbabit ialah Marina Tun Mahathir (foto), iaitu anak mantan Perdana Menteri dan Presiden UMNO sendiri. Maka, kenapa pula tiba-tiba isu ini dikecohkan?. Sedangkan ia sudah diadakan sebelum ini?. Mungkin agaknya kerana Ambiga merupakan "wanted" selepas dia menjadi Pengerusi Bersih 2.0 Julai lau. Lantaran itulah, masing-masing melatah dan memainkan isu ini seolah-olah beliau adalah penganjurnya. Sedangkan dibelakang tabir program tersebut ialah anak bekas Pemimpin UMNO sendiri?.


Marina Mahathir ketika lancarkan program yang sama tahun 2008 lalu

Kenyataan Marina yang disiarkan dalam lama rasmi Seksualiti Merdeka
Inilah yang meragukan kita sebenarnya. Tambahan pula bantahan kuat diterima daripada NGO yang dilihat pro kepada kerajaan. Memang benar ada beberapa kerat pemimpin pembangkang yang turut membangkang, namun mereka mungkin keliru dengan isu yang sebenarnya. Justeru pihak penganjur program terbabit perlu bangkit dan memaklumkan perkara sebenar yang berlaku dalam kontroversi ini. Jika benar, Marina mengundang Ambiga untuk merasmikan Festival Seksualiti Merdeka 2011 maka sepatutnya Ambiga tidak wajar dipersalahkan. Malah, beliau mungkin hadir selepas melihat program yang sama sudah berjalan sebelum ini tanpa ada sebarang bantahan.

Malah, program berkenaan juga sudah melepasi proses permohonan yang sewajarnya dengan pihak berkuasa. Jika tidak, mana mungkin ia boleh diadakan. Marnia mungkin mengundang Ambiga kerana beliau turut diundang oleh bekas Presiden Majlis Peguam itu ke Perhimpunan Bersih 2.0 sebelum ini. Lantaran itulah Ambiga bersetuju untuk hadir ke program tersebut.

Seksualiti Merdeka adalah kumpulan memperjuangkan kebebasan seksualiti (homo) di Malaysia. "Seksualiti" merujuk kepada sifat atau tabii seks manusia, sementara "merdeka" adalah merujuk kepada "kebebasan" (hak asasi). Festival yang berunsurkan hak kebebasan seksualiti (Sexuality Rights Festival) rakyat Malaysia ini diadakan setiap tahun (bermula 2008), yang berpusat di Kuala Lumpur. Program ini berbentuk seperti "Gay Parade"jika ia dianjurkan di negara-negara barat sebenarnya.


Marina hadir ke Bersih 2.0 atas undangan Ambiga, maka Marina pula kini menjemput Ambiga rasmikan Festival Seksualiti Merdeka 2011
[Dari penjelasan di atas, maka ternyata program ini adalah salah satu kumpulan festival "haram" yang memperjuangkan hak asasi "kaum"homoseksual iaitu lesbian, gay, biseksual, transeksual (LGBT) atas nama kebebasan dikalangan anak-anak muda di Malaysia. Apa yang mengejutkan kini ialah, rupanya disebalik program ini, terdapat tokoh Melayu-Islam (anak pemimpin parti politik) yang tegar menyokong aktiviti ini, dan individu tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah anak Tun Dr Mahathir Mohamad, Marina Mahathir. Maka, kenapa kerajaan dan pihak-pihak yang berkenaan tidak kecoh sebelum ini?. Jawapannya cukup muda, kerana program kali ini mahu dirasmikan oleh Datuk S.Ambiga yang dikatakan cenderung kepada pembangkang. Bayangkan jika beliau menyokong UMNO BN, maka sudah pasti program ini tidak akan diganggu agaknya. Malah, paling mengejutkan program terbabit juga melibatkan beberapa orang tokoh terkenal tanahair yang lain sebenarnya. Jika ini keadaannya, maka tidak hairanlah kerajaan membenarkan kehadiran penyanyi "Gay" Elton John ke Malaysia hujung bulan ini. Rupa-rupanya sudah ada ketetapan yang dibuat oleh kerajaan tentang aktiviti sonsang ini sejak sekian lama. Maka, usahlah melatah dengan Datuk S.Ambiga dalam isu ini kerana ia hanyalah permainan media untuk membuktikan kononnya pembangkan menyokong program tersebut. Sedangkan, sudah jelas bahawa ramai pemimpin PAS sendiri memang menolak program tersebut].-pahang Daily.