Rabu, 28 Disember 2011

TENGKU RAZALEIGH RAMAI UMNO KALAH PADA PRU-13 NANTI



KUALA LUMPUR, 28 Dis: Tengku Razaleigh Hamzah meramalkan dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan datang ini United Malay National Party (UMNO) akan menerima kekalahan lagi.

Dari pemerhatian beliau pengundi bukan Melayu semakin menjauhkan dari Barisan Nasional atau lebih tepat lagi lari dari UMNO. Beliau dakwa ada kemungkinan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat tidak memiliki majoriti yang meyakinkan. Bila terjadi sedemikian, negara kita mungkin menghadapi krisis.

Menurut Ku Li, hampir 90% peratus pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua.


Ku Li, ahli parlimen Gua Musang semenjak 1974 dan juga bekas Menteri Kewangan Malaysia, menganggap pentabiran dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak ini amat lemah dan tidak memahami krisis ekonomi global yang sedang melanda dunia sekarang.


Mengikut Ku Li pentabiran sekarang ini selalu berdulak-dalik - flip flop - apabila mengajukan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi kerana banyak dasar-dasar ini tidak difikirkan secara masak terlebih dahulu.

"Mereka tidak peduli satu apa pun... tetapi mereka tidak ingin masuk penjara," Ku Li memberi kesimpulan terhadap pentabiran Najib Razak. Ku Li, seorang bekas penuntut Malay College Kuala Kangsar (MCKK), berkata demikian dalam satu makan tengah hari bersama beberapa orang murid tua MCKK minggu lalu. Mengenai isu hak royalti minyak, Ku Li dengan tegas menerangkan bahawa perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri jelas disebutkan hak royalti dan tidak ada fasal yang menyebut wang ehsan. Malah Ku Li amat berbangga kerana beliau sebagai Pengerusi Petronas 1974 telah bertanggung jawab membuat butiran perjanjian minyak ini atas arahan Tun Abdul Razak.

"Walaupun perjanjian ini dalam bahasa hukum-hakam tetapi amat jelas Petronas wajib memberi 5% kepada negeri dimana minyak ditemui." Krisis tuntutan Kelantan terhadap royalti minyak ini hanya boleh diselesaikan jika Malaysia memiliki apa yang Ku Li namakan sebagai Mahkamah Perlembagaan atau Constitutional Court. Beliau berpendapat telah sampai masa Malaysia mewujudkan Mahkamah Perlembagaan khusus untuk menyelesaikan isu yang berkaitan dengan perlembagaan seperti kedudukan Raja Raja Melayu, hak kebebasan rakyat , pilihanraya yang bebas atau tuntutan royalti minyak.

Kecekapan Ku Li ini sebagai pakar ekonomi dan Menteri Keewangan terbukti pada tahun 1979 apabila beliau telah berjaya mengambil alih kembali harta tanah Guthrie dalam apa yang dikenali sebagai 'the dawn raids'. Ketika itu Ku Li dilihat sebagai nasionalis ekonomi yang berjaya mengambil kembali harta negara yang telah dijarah oleh penjajah.
Mengikut lajenda politik Malaysia, Ku Li sepatut telah menang dalam pemilihan Presiden UMNO dalam tahun 1987 tetapi malangnya ketika pengiraan undi berjalan tetiba bilik menjadi gelap dan lampu leterik telah terpadam.

Mahathir Muhamad telah berjaya menewaskan Ku Li dengan 43 undi apabila lampu terpasang kembali.
Ku Li tidak menimbulkan hal ini malah pertanyaan mengenai ' kes lampu padam' ini hanya akan dijawab dengan senyuman yang panjang. Ku Li enggan melintasi dilurah yang sama. "Mahathir ini bukanlah cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar 'ad hoc'. Selalu mencuri idea dan pandangan orang lain dan mengakui sebagai haknya," dakwa beliau. "Dia curi-lah. Saya selalu melihat dia 'playing to the gallery'," kata Ku Li, menerangkan pandangan dan pengalaman beliau yang terkumpul selama 5 tahun bersama Mahathir Muhamad sebagai menteri.

Bila ditanya tentang Anwar Ibrahim Ku Li menerangkan bahawa dia hanya mengetahui Anwar sebagai aktivis belia. Walau pun mereka berdua belajar di Malay College tetapi mereka agak jauh bertelingah zaman. Mengikut surah Ku Li, kali pertama secara rasmi dia dengar nama Anwar ialah dari Putera Muhamad anak kepada Raja Feisal dari Saudi Arabia. Ketika itu Ku Li sedang menjawat Pengerusi Bank Islam OIC.

Putera Raja ini bertanya kepada Ku Li apakah patut Anwar Ibrahim dan ABIM ini dibantu oleh dana Yayasan Feisal.
"Sekarang Anwar sedang menjadi dilema kepada Najib. Ini mengikut lojik yang kita lihat. Saya yakin Anwar akan masuk penjara. Kalau Anwar bebas UMNO akan habis. Tidak dapat tidak Anwar akan dipenjara." Ku Li merumuskan bahawa pentabiran pimpinan Najib Razak kebelakangan ini bukan sahaja lemah malah dalam huru hara.

Mengikut pandangan Ku Li , Najib Razak sebagai Presiden UMNO terlepas peluang yang amat besar di Perhimpunan Agong UMNO yang baru berlangsung. Ketika mata dan telinga seluruh negara berpusat memandang ke PWTC, Najib tidak melaku-kan apa-apa terhadap Shahrizat.
"Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang nama mereka telah busuk ditelinga orang ramai. Tetapi Najib senyap membisu," katanya.

Apakah peranan yang masih boleh dimainkan oleh Putera raja dari Kelantan ini masih belum jelas. Ku Li dibesarkan di Istana dan dididik di Malay College — seharusnya menjadi kimia terbaik untuk memimpin negara ini. Ku Li dilihat sebagai sebagai ahli politik yang tidak membawa beban 'kerpai buruk'. Tetapi Ku Li juga adalah sosok yang berkontradiksi. Ku Li tidak akan memboceng motosikal untuk berkempen jika jalan raya berasak asak. Ku Li juga tidak akan mengambil 'loud hailer' untuk menggumpulkan massa. Jauh sekali Ku Li untuk turun memasang poster atau memasang khemah atau turun berdemo. Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah ialah putera raja. Mungkin inilah sosok yang digambarkan oleh Sir Frank Swetthenham 100 tahun dahulu : Gentleman Melayu Terakhir — The Last Perfect Malay Gentleman.

Ahad, 25 Disember 2011

KANTOI! GAMBAR GAY FILIPINA DIGUNA UNTUK FITNAH ADAM ADLI

TENTU anda sudah sedia maklum dengan fitnah terbaru blogger-blogger United Malays No Otak berhubung penyebaran gambar bogel yang didakwa sebagai gambar Adam Adli baru-baru ini.

Kita sedia maklum United Malays No Otak, Umno memang gemar memainkan politik lucah untuk menjatuhkan kredibiliti serta mengaibkan pihak lawan mereka.

Pelbagai fitnah direka supaya rakyat percaya mana-mana pihak lawan Umno terbabit dengan skandal seks, gay, zina dan sebagainya. Kalau kita lihat blog-blog United Malays No Otak tidak ubah seperti blog lucah tanpa sempadan.


Adam Adli yang menurunkan gambar Najib selama lima minit baru-baru ini tidak terlepas daripada fitnah mereka.

Malangnya fitnah mereka terbongkar apabila gambar yang disebarkan oleh blogger-blogger United Malays No Otak yang didakwa adalah gambar adam Adli sebenarnya merupakan gambar Gay Filipina.



Gambar tersebut telah dimuat naik ke internet sejak 2010, di salah sebuah blog Gay Filipina. Malah terdapat gambar lelaki ini yang menunjukkan kemaluan yang tidak bersunat (Link lucah tidak disediakan harap maklum).

Apa pun terima kasih kepada pakcik google kerana membantu ReJaM© menemukan "similar image" yang berjaya membongkarkan fitnah ini.

Sekiranya anda ada niat untuk menentang United Malays No Otak, Umno, maka bersedialah untuk difitnah dengan gambar-gambar bogel yang seiras dengan wajah anda. Sebarkan!

ReJaM© "Politik lucah taktik meraih sokongan rakyat kepada Umno"


Jumaat, 23 Disember 2011

UPSI AMBIL TINDAKAN TERHADAP ADAM ADLI



KUALA LUMPUR 23 Dis: KEADILAN menyelar tindakan dan tekanan yang dilakukan pentadbiran Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) terhadap mahasiswanya, Adam Adli yang mencetuskan kontroversi kerana menurunkan bendera Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.

Ia berikutan surat dikeluarkan pihak universiti itu yang mendakwa Adam di bawah dua pertuduhan iaitu merosakkan nama universiti dan memberi ancaman kepada ketenteraman awam.

“Kedua-dua pertuduhan adalah tidak berasas, tidak berperlembagaan, tidak sah dan jelas tidak masuk akal. Dalam tindakan Adam menurunkan bendera Perdana Menteri, beliau hanya menjalankan haknya dalam kebebasan bersuara dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan,” kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.

Menurutnya, Adam tidak melakukan kesalahan undang-undang malah harus dipuji kerana mempunyai pendirian yang berani untuk memperjuangkan autonomi di institusi pengajian tinggi.

“UPSI tidak mempunyai hak untuk menghalang Adam daripada menjalankan hak-hak sivil beliau sebagai warganegara,” “Tindakan Adam merupakan bantahan yang sah dan demokratik terhadap kegagalan Najib bagi memastikan pelajar mendapat kebebasan akademik dengan memansuhkan AUKU,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Justeru, kami menyeru kepada UPSI dengan serta-merta menggugurkan semua tindakan disiplin yang dikenakan terhadap Adam serta menuntut Najib melakukan pembaharuan besar agar mahasiswa dapat mepertahankan kebebasan akademik di dalam negara,” katanya.

Adam menerima surat panggilan ke jawatan kuasa disiplin dari UPSI hari ini, gara-gara menurunkan bendera Najib di Ibu Pejabat Umno pada 17 Disember lalu. Beliau dipanggil untuk hadir ke pendengaran jawatankuasa universiti tersebut 19 Januari depan.

Isnin, 19 Disember 2011

RUHANI BEKAS KETUA PUTERI JAWAB TOMOHAN.

SETIU – Ruhani Hassan, bekas Ketua Puteri Umno Kampung Banggol Donas yang telah mengisytharkan keluar Umno dan menyertai PAS pada 9 Disember lalu, menjawab segala tohmahan yang dlemparkan keatas beliau.

Beliau dengan tegas menolak segala tuduhan dan menyatakan isu besar beliau serta 80 orang yang lain menyerta PAS adalah kerana rumah mereka bakal drobohkan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Rumah kami bakal diroboh, melibatkan 22 buah rumah kediaman di kampong Banggol Donas, hanya untuk pembinaan susur (keluar) lebuhraya dari Jeram ke Teluk Pasu, inilah isu yang kami cetuskan,”jelasnya ketika berucap dalam satu majlis penerangan di Kampung Maras, Batu Rakt dekat sini, Jumaat 16 Disember.

Menceritakan perjuangan beliau, Ruhani bekata beliau telah dilantik sebagai ketua puteri dan ahli jawatankuasa Umno Bangol Donas dari tahun 2000 hingga 2008. Katanya, pada awal tahun 2008, beliau pernah membawa isu rumah penduduk yang bakal diroboh untuk dibncangkan dalam mesyuarat cawangan, namun ditolak tanpa sebarang alasan.

Beliau memberontak meninggalkan mesyuarat lalu tawar hati dengan Umno kerana menurutnya pimpinan dan kerajaan Umno adalah ‘tuli’, tidak mahu mendengar masalah yang dialami ahli-ahlinya. “saya memberontak dan meninggalkan majls tersebut. Inilah titik tolak puncanya saya tidak berpuas hati dengan Umno (yang) tidak mahu mendengar masalah yang dialami ahli-ahlinya,“ inilah dasar kerajaan (Umno yang) pekak, kerajaan tuli sebenarnya!,”katanya.

Menurutnya, belau dan rakan-rakan yang bersepakat untuk membantah projek tersebut telah mengalami pelbagai dugaan dan cabaran. Katanya, kerajaan Umno bukan sahaja menggunakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung sebagai alat untuk mengugut, bahkan memperalatkan para pegawai dan pasukan keselamatan.

“kami bersepakat membantah pengambilan tanah yang tidak mengikut peraturan, bermacam-macam dugaan dan cabaan yangkami hadapi tanpa sebarang notis yang dikeluarkan,

“(namun) kontraktor terus membuat kerja dan menggunakan agen-agen seperti JKKK, pegawai pejabat tanah, tok penghulu, bahkan polis juga mereka bawa ke kampung kami, untuk memujuk, mengugut dan memperdaya orang kampung,”jelas Ruhani.

Beliau meluahkan perasaannya yang telah jemu, meluat, loya dan macam-macam lagilah rasa benci kepada Umno dan Barisan Nasional. Justeru, Ruhani dengan tegas menyatakan pendrian beliau dan rakan-rakannya, akan terus mempertahankan tanah mereka, walau apa jua halangan yang mendatang.

Beliau menyeru kepada seluruh rakyat supaya menolak Umno dan Barisan Nasional, memenangkan PAS serta Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang “apa pun halangan, kami tetap teruskan bantahan ini. Jemu, muat , loya dan macam-macam lagilah rasa benci kepada Umno semakin meluat-meluat, rasuah yang dibendung, salah guna kuasa, pembaziran duit rakyat,

“saya berikrar dalam diri saya akan menolak Umno dan marilah kita bersama-sama berganding bahu menentang kezaliman umno. Umno tidak lagi memenuhi (hati) rakyat Terengganu.

“Jangan mudah terpedaya dengan janji-janj yang dilafazkan (oleh Umno) kerana ini semua adalah gimik kepada (untuk) Umno untuk mencari kemenangan kepada PRU yang ke-13,”tegasnya.

Sabtu, 3 Disember 2011

17 Bukti Umno derhaka kat Raja Melayu


kemesraan DYMM Sultan Kedah bersama MB Kedah.
''KEDAH SEJAHTERA''



1. Pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar dibuang daripada Istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana kritik Sultan atas isu harta.

2. Tahun 1974, Tan Sri Ghazali Jawi (bapa Datuk Seri Tajol Rosli) yang tidak mahu meletak jawatan Menteri Besar Perak, walaupun perjanjian asal dia hanya hendak pegang dua tahun sahaja. Apabila sampai masanya dia tidak mahu lepas jawatan. Sultan Idris murka dan bernazar tidak mahu cukur jambang, selagi Ghazali Jawi tidak mahu letak jawatan. Bukankah ini derhaka namanya? Tiba-tiba Datuk Seri Tajol Rosli kata Umno tidak pernah derhaka tidak pernah ucap macam Nizar.(UM 12/2/09). Tindakan bapanya kepada Sultan Perak apa pula maknanya.

3. Begitu juga pada tahun 1979 kes Datuk Rahim Bakar bekas Menteri Besar Pahang yang berselisih dengan Sultan Pahang. Media pro Umno mengkritik sultan secara terbuka.

4. 1983 Umno hendak meminda supaya kuasa Yang di-Pertuan Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan maka Umno membelasah Raja-Raja Melayu kerana menolak cadangan tersebut.

5.P ada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.

6. Dalam Persidangan Agung Umno juga, perwakilan Umno meminta harta raja disiasat. Berita ini dilaporkan oleh Utusan Malaysia muka surat depan. Apakah ini bukan derhaka?

7. Satu demonstrasi dan hantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan. Kenapa FRU tidak tembak gas? Apakah ini bukan derhaka namanya?

8. Pada 18 Januari 1993, Pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja dibawa ke mahkamah. Apabila Raja-Raja Melayu minta tangguh pindaan ini, maka media mengkritik secara terbuka salah laku raja. (BH 19/1/1993)

9. Beberapa siri rapat umum haram Umno di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjuk sokongan pada Tun Mahathir dan mengecam Raja-Raja Melayu.

10. Sebab itu Ku Li dengan sinis menyatakan "Mana satukah yang lebih merbahaya Pindaaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat pada Sultan Perak pada 6/2/09. Ku Li tidak bersetuju dengan tindakan Karpal saman Sultan Perak, tetapi beliau menyatakan Karpal membuat suatu perkara yang dibenarkan oleh perlembagaan yang pemimpin Umno yang beri laluan pada tahun 1993. (Star On Line 17/2/09). Tiba-tiba sekarang Umno pula menjerit marah kepada Karpal. Sepatutnya orang Umno kena buat demo depan pejabat Umno. Saya yakin hak yang pergi demo itu memang zero IQ, yang tidak sedar bahawa pemimpin merekalah yang menjatuhkan martabat raja sehingga boleh dibawa ke mahkamah.

11. Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim Petra untuk mengganti Sutan Ismail Petra pada 29 April 1993 di Ketereh Kelantan oleh Datuk Annuar Musa. Ini lagi memalukan, apakah ini bukan derhaka atau kurang ajar namanya? Budaya mana pemimpin umno ambil?

12. Kenyataan biadab Shahidan Kasim, bekas MB Perlis mengatakan "Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta dia ada bukti" (BH 11 Jun 1993.)

13. Datuk Mohd Taib kata Nizar derhaka. Dia lupakah yang dia bawa lari Ku Yah (puteri Sultan Selangor kahwin lari sampai Sultan murka). Apakah ini bukan derhaka?












14. 23 daripada 24 Adun BN Terengganu ugut boikot angkat sumpah Datuk Ahmad Said selepas pilihan raya umum 2008. Mereka buat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana dan mahu Idris Jusoh juga jadi MB Terengganu. Manakala penyokong Umno pula mengatakan sultan binatang. Kenapa polis tidak tangkap mereka yang demo dan hina sultan? Apakah pihak polis buta sampai tidak tahu siapa yang pegang kain rentang yang menghina sultan sebagai binatang? Kenapa polis boleh tangkap mereka yang demo di depan Istana Kuala Kangsar pada 6 Feb 2009.

15. Datuk Seri Shahidan Kassim boikot perlantikan Dr Mohd Isa Sabu sebagai MB Perlis. Bukankah ini derhaka namanya?

16. Tan Sri Rahim Tamby Chik sewaktu menjadi Ketua Menteri Melaka meminta supaya amalan panggilan ‘patik’ yang digunakan sewaktu berkomunikasi dengan sultan dihentikan, memadai dengan hanya menyatakan ‘saya tuanku’. BH 3/2/1993. Ini ungkapan yang biadab dan derhaka kepada Raja Melayu.













17. Datuk Zahid Hamidi ketika menjadi ketua pemuda Umno mencabar supaya Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra turun takhta kerana beliau bukan waris yang sah (BH 11/2/1993). Ini sikap biadab yang ditunjukkan oleh Zahid Hamidi terhadap sultan yang cuba campur tangan soal pelantikan Raja-Raja Melayu.Banyak kenyataan yang berupa penghinaan kepada Raja-Raja Melayu ketika pemimpin Umno bergaduh dengan Raja-Raja Melayu. Dr Mahathir mengatakan Raja tidak henti meminta daripada kerajaan BH 30/1/1993.

Berita Harian pada 23/1/1993 mengaibkan mendedahkan pesta arak di majllis sultan dan membawa perempuan cantik kadang-kadang lapan orang.

Sekarang jelas siapa derhaka dan tidak hormat Raja. Siapakah penderhaka sebenarnya di negara ini?

dari : umno is dead