Sabtu, 13 Oktober 2012

JAMUAN HI - TEA BERSAMA DSAI DAN YB NURUL IZZAH.






Angkatan Muda Keadilan dan PKR Cabang Parit Sulong akan mengadakan satu jamuan hi - tea dan ceramah bersama Datok Sri Anwar Ibrahim dan YB Nurul Izzah yang akan diadakan pada 20-10-12 jam 4-00 petang bertempat di SRI MERLIMAU BATU 4, KOLAM AIR, JALAN PARIT SULONG - YONG PENG, PARIT SULONG BATU PAHAT JOHOR. Kepada yang berminat untuk menghadirkan diri ke jamuan tersebut sila berhubung dengan ketua penerangan cabang parit sulong saudara haidir ditalian 010-4111775 untuk membeli tiket yang berharga RM 5-00 seorang.

Selasa, 26 Jun 2012

FOKUS MENUMBANGKAN UMNO/BARISAN NASIONAL.

Keputusan peribadi saya untuk menarik diri dari jawatan di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor telah diperbesarkan oleh media Umno bahawa kononnya ia petanda wujud keretakan di dalam pentadbiran Kerajaan Selangor yang ditunjangi KEADILAN.

Saya telah menjelaskan seawal minggu lepas bahawa ia keputusan peribadi yang telah lama saya rancang demi menumpukan perhatian sepenuhnya kepada usaha KEADILAN dan Pakatan Rakyat menumbangkan Umno/Barisan Nasional.

Saya mula-mula menyatakan hasrat untuk menarik diri dari pentadbiran Kerajaan Selangor dalam bulan Oktober 2011 semasa KEADILAN mula menumpukan perhatian serius membongkarkan penyelewengan NFC. Memandangkan tarikh pilihanraya umum belum jelas ketika itu, saya diminta menangguhkan hasrat itu.

Kini, pembubaran Dewan Rakyat perlulah dibuat dalam tempoh kurang dari satu tahun. Dengan kepastian ini, saya yakin masa dan tenaga saya lebih baik ditumpukan kepada usaha merancang kempen KEADILAN dan menyusun strategi menghadapi pilihanraya. Apatah lagi apabila pentadbiran Kerajaan Selangor di bawah kepimpinan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim adalah utuh dan telah mempamerkan pencapaian cemerlang setakat ini.

Oleh yang demikian, saya sekali lagi menegaskan bahawa perletakan jawatan ini adalah satu tindakan biasa yang juga dilandaskan pada asas moral kerana seorang ahli politik tidak wajar dibayar gaji dari wang rakyat apabila tumpuannya cenderong kepada aktiviti politik partinya.

Malang sekali, konsep kebertanggungjawaban sebegini tidak wujud di dalam Umno/Barisan Nasional.

Saban hari, Umno/Barisan Nasional menggunakan jawatan dan kemudahan kerajaan yang ditanggung oleh rakyat untuk membayar pimpinan dan aktivis mereka; sedangkan keseluruhan masa digunakan untuk berkempen politik bagi parti mereka.

Contoh penyelewengan wang rakyat sebegini ialah kehadiran lantikan politik di jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan sedangkan mereka bertugas untuk Umno/Barisan Nasional.
Malah, sebuah jabatan khas iaitu JASA ditubuhkan semata-mata untuk membayar gaji pimpinan dan aktivis Umno/Barisan Nasional yang kemudiannya digunakan sepenuhnya untuk berkempen politik.

Sudah menjadi budaya Umno/Barisan Nasional bahawa seorang pemimpin berebutkan jawatan politik untuk mendapat tempat di dalam kerajaan dan menikmati habuan lumayan sedang mereka tiada sumbangan kepada kerajaan.

Oleh sebab itulah, Umno/Barisan Nasional cepat-cepat memutar belitkan tindakan saya menarik diri dari Kerajaan Selangor kerana mereka berfikiran budaya politik di dalam KEADILAN sama seperti yang diamalkan mereka.

KEADILAN adalah sebuah parti reformasi. Budaya politik kami berbeza dan saya cukup tidak selesa menerima gaji dari tabung rakyat apabila tumpuan saya lebih kepada kerja politik. Selain mahu menumpukan sepenuhnya kepada usaha menumbangkan Umno/Barisan Nasional, saya juga mahu terus kekal dengan perjuangan reformasi yang memisahkan kerja politik dari dana rakyat.

Rakyat akan dapat menghakimi sendiri putar belit Umno/Barisan Nasional ini apabila saya makin lantang membongkarkan rasuah dan penyelewengan mereka.

Hari ini bermula siri pendedahan besar berhubung Projek LRT Ampang yang melibatkan Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri.

Esok saya akan mula duduk berbincang dengan Cik Faekah Hussin untuk meneliti semula fail-fail penyelewengan yang berlaku di Selangor semasa pentadbiran Umno dahulu, sebagai menyahut seruan pimpinan Umno agar saya membongkarkan penyelewengan yang berlaku di Selangor.

Oleh kerana penyelewengan yang berlaku hanyalah semasa Umno memerintah, maka senanglah saya menumpukan sepenuh perhatian menyiasat penyelewengan ini seperti yang diminta mereka.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
25 JUN 2012

Selasa, 22 Mei 2012

BIAR PATAH HUJAH, JANGAN PATAH HATI.


Akal membezakan antara manusia dan haiwan, berfungsi untuk berfikir dan menilai sesuatu secara logik. Hati pula tempat letaknya perasaan dan penilaian menggunakan emosi hati nurani. Pun begitu, jika akal tidak digunakan secara optimum dan berkesan, kita boleh saja dipermainkan oleh perasaan, jatuh ke dalam kancah emosi tidak terkawal. Sering kita berdepan hujah-hujah intelektual untuk menjustifikasikan sesuatu yang batil seperti fahaman-fahaman palsu. Ini berlaku pada zaman feudal, Nazi, komunis, Aparteid dan nasionalisme jingoistik apabila hujah-hujah logikal dihasilkan bertujuan mengagung, mempertahan mahupun mempromosikan fahaman-fahaman palsu ini. Ramai juga termakan dan telah membuka pintu hati menerima hujah-hujah fahaman palsu ini sebagai akidah mereka. Lihat sahaja di Bukit Jalil minggu lepas, liputan merah amarah dengan pemimpin berhujah lesu menghasut emosi sehingga kebolehan mengira pun tak masuk akal di mana 40,000 dikatakan 100,000 pula. Justeru, sudah tiba masanya untuk kita menilai empat hujah pokok politik yang mencorak masa depan bangsa dengan akal cerdas dan hati terbuka. Elok benar kita gunakan akal untuk patahkan hujah palsu agar kita tidak ‘patah hati’ nanti selepas PRU13. Pertama, hujah hak Melayu terancam jika BN kalah pilihan raya bukan sahaja tidak masuk akal tapi dijadikan bahan api membakar emosi. Mana logiknya apabila kedudukan istimewa Melayu sudah terpahat di dalam Perlembagaan Persekutuan yang hanya boleh diubah dengan undi dua pertiga Parlimen dan restu Majlis Raja-Raja. Mana masuk akal apabila jumlah pengundi Melayu melebihi 60 peratus dan masih kekal sebagai majoriti di bumi sendiri. Penjawat awam pula hampir 80 peratus juga berbangsa Melayu. Bermaksud hak Melayu terpelihara tidak kira pihak mana membentuk kerajaan. Kedua, hujah negara akan bankrap jika pembangkang memerintah juga tidak masuk akal dan menutup hati daripada hakikat bahawa majoriti rakyat masih miskin manakala majoriti menteri Kabinet, keluarga dan kroni adalah jutawan belaka. Ketika ini iklim ekonomi dengan hutang negara 53 peratus KDNK apabila ditambah dengan hutang isi rumah 70 peratus KDNK menjadikan jumlah RM1.1 trilion - ketirisan ekonomi yang dianggarkan juga melebihi RM1 trilion dan keperluan pelaburan RM1.4 trilion untuk menjayakan program-program ETP kerajaan - memperlihatkan kita sudah melangkau ‘krisis ekonomi bertrilion’ - di mana kos sara hidup meningkat tetapi tangga gaji hanya meningkat 2.6 peratus secara purata setahun dengan jurang kemiskinan tertinggi di Asia Tenggara pada 0.46 mengikut indeks GINI - membuktikan BN dan bukan Pakatan Rakyat yang akan membankrapkan negara. Ketiga, hujah hanya BN membawa pembangunan dengan membina sekolah, perumahan kos rendah, jalan raya dan memberikan perkhidmatan pendidikan, perubatan dan sebagainya memang langsung tidak masuk akal. Bukankah British membina prasarana dan memberikan perkhidmatan asas hasil daripada sumber asli negara ini sendiri? Dan bukankah BN juga menggunakan sumber cukai dan pendapatan hasil bumi dan keringat rakyat juga? Ini yang dikatakan lembu punya susu, sapi dapat nama. Keempat, hujah bahawa pilihan raya kita adalah bebas dan adil atau ‘bersih’ lagi tidak masuk akal. Perkara paling utama menentukan negara terus maju dan makmur adalah jaminan pilihan raya bebas dan adil. Hanya dengan ini kita dapat memilih kerajaan yang ‘sah’ untuk mewakili suara, kuasa dan kepentingan rakyat. Adakah pilihan raya kita bebas dan adil jika: daftar pemilih masih pincang; warga asing diberikan kewarganegaraan untuk mengundi; undi pos digandakan kategori dan bilangannya; beratus orang pengundi tinggal di satu alamat sahaja; tv, radio dan surat khabar hanya untuk sebelah pihak sahaja; waktu berkempen terlalu pendek; kerusi-kerusi Parlimen ditetapkan melalui persempadanan tidak adil di mana hanya 20 peratus pengundi menentukan majoriti mudah 112 kerusi; dan jentera kerajaan digunakan habis-habisan? Akhir kata, demi masa depan anak-anak kita jangan pula kita menjadi buta hati dan buta perut serta terus hilang akal daripada mematahkan hujah-hujah palsu dan membersihkan apa yang sudah kotor.

Y.B. Nurul Izzah Anwar.

Isnin, 21 Mei 2012

PENTAS ANAK MUDA


Kami AMK Cabang Parit Sulong sekali lagi menjemput Kakak-kakak, abang-abang, tuan-tuan, puan-puan dan adik-adik untuk hadir ke Pentas Anak Muda "FAKTA VS AUTA" yang akan diadakan pada 29-5-12 jam 9-00 malam bertempat di Kampung Peserai Lama Mukim 3, 83000 Batu Pahat Johor. Penceramah yang kami jemput adalah terdiri daripada YB Nurul Izzah Anwar ( Ahli Parlimen Lembah Pantas dan Puan Normala Sudirman ( Dewan Muslimat Pas Negeri Johor ).

Jumaat, 11 Mei 2012

AMANAT DATOK ' SERI ANWAR IBRAHIM SEBELUM PRU 13


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera! Saya mohon agar rakyat Malaysia bertenang dan dapat meluangkan 10 minit dari masa berharga anda untuk membaca luahan hati saya agar rakyat faham mengapa saya bersungguh-sungguh dan beria sangat ingin merebut Putrajaya. Jika saya katakan ia bukanlah perjuangan peribadi bagi membela ketidakadilan yang telah berlaku ke atas saya, pastilah ramai yang tidak akan percaya dengannya. Oleh itu, saya mengambil keputusan menulis beberapa fakta agar ia dapat meyakinkan rakyat bahwa saya ikhlas dan jujur memperjuangkan nasib kita semua. Saya pernah dituduh liwat beberapa tahun lalu dan mahkamah mendapati saya tidak bersalah atau lebih tepat saya tidak melakukan perbuatan terkutuk itu sebagaimana yang didakwa oleh musuh-musuh politik saya. Tidak cukup dengan itu, saya kemudiannya diheret semula ke mahkamah dengan tuduhan lain pula. Kali ini mereka mendakwa saya telah melakukan kesalahan ‘menyalahgunakan kuasa’. Saya akui saya tersilap mempercayai anggota polis yang sering mengiringi saya ketika itu. Saya telah meminta beliau menyiasat siapakah penulis buku ’50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi PM’. Hanya itulah kesalahan yang mereka takrifkan sebagai ‘menyalahgunakan kuasa’ yang akhirnya menyebabkan saya terpaksa meringkuk selama 6 tahun dalam penjara. Bolehkah anda bayangkan perasaan saya dan keluarga ketika itu? Sebaik keluar dari penjara, setelah 6 tahun menghabiskan sisa-sisa hidup dengan pelbagai amalan keagamaan di dalam sana, saya amat bersyukur akhirnya Tun Mahathir mengaku dalam satu sidang video bahwa beliau memang sengaja mengada-adakan kesalahan saya bagi memastikan kerjaya politik saya berkubur dalam penjara Sg.Buloh. Ramai rakyat yang telah tahu dan pernah menonton video pengakuan Tun Mahathir ini. Anda juga boleh melihat pengakuan Tun Mahathir di link youtube ini: http://www.youtube.com/watch?v=aPKrsCqznS0 Apabila satu persatu tembelang BN terbongkar, mereka mulai berasa kurang selesa serta risau dan mereka mula mengatur sebuah lagi fitnah bagi ‘menyibukkan’ saya dengan sesuatu yang tidak pernah saya lakukan. Tiba-tiba seorang pemuda mengaku diliwat oleh saya sehari selepas beliau bertemu Dato Seri Mohd Najib di pejabatnya. Saya yang berada 6 tahun dalam penjara seolah tidak pernah belajar bahwa ‘kebebasan’ itu adalah nikmat yang harus saya syukuri. Saya sekali lagi terpaksa berhadapan dengan kemelut yang amat memalukan saya dan keluarga. Saya ingin bertanya, selama 6 tahun dalam penjara, berapa ramaikah banduan yang telah saya liwat? Mengapa perlu tunggu keluar penjara untuk melakukan perbuatan terkutuk itu? Saya sebenarnya tiada ruang untuk menjelaskan kebenaran ini. Saya dinafikan keadilan. Saya juga turut dinafikan hak bersuara di semua akhbar, stesen TV dan Radio milik BN. Saya tiada tempat yang dapat menjelaskannya secara meluas kepada rakyat jelata. Dimanakah dapat saya kemukakan bukti bahwa saya sungguh tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk itu? Mereka suruh saya buktikan di mahkamah, sedang merekalah yang sebenarnya menguasai mahkamah. Ya benar! Mahkamah kita masih belum bebas. Ia masih terus dikuasai sepenuhnya oleh ‘orang’ yang berkuasa. Saya menolak untuk bersumpah kerana bukan saya yang sepatutnya bersumpah, tetapi orang yang mendakwa diliwatlah yang sepatutnya bersumpah laknat. Dia telah pun bersumpah dan biarlah Tuhan sahaja yang melaksanakan laknat-Nya ke atas mereka yang bersumpah bohong. Itu bukan lagi dalam kekuasaan saya. LA HAWLA WALA QUWATAILLAH BILLAH. Jangan lupa, beberapa individu yang terbabit memfitnah saya dahulu ada yang telah mati dengan tragis dan ada pula yang masih hidup tetapi mengalami sakit yang aneh. Dan berhubung DNA pula, saya enggan diambil sekali lagi sample DNA kerana mereka telah punyai DNA saya dalam pertuduhan kes liwat yang pertama dahulu. Saya bimbang seandainya mereka mempunyai muslihat jahat terhadap sample DNA terbaru itu nanti. Saya harus lebih berhati-hati. Andaikata benarlah saya ini ‘kaki liwat’ sebagaimana fitnah mereka, bukankah molek jika ianya saya lakukan di luar Negara. Saya mengajar di sebuah Universiti di Amerika Syarikat, it’s a free country, jika benarlah saya ini kebulur sangat meliwat seseorang, saya boleh melakukannya dengan sesiapa sahaja yang saya ingini di sana. Mengapa harus saya lakukan perbuatan jahat itu di Negara sendiri, di Negara yang mana saya berpolitik, berkeluarga dan mempunyai ribuan kenalan dan sahabat handai. Ia tidak masuk akal dan tidak munasabah. Ia satu fitnah jahat yang amat berat buat saya dan keluarga. Justeru itu saya berazam untuk menyelamatkan Malaysia dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tidak berperikemanusian itu. Saya rela mati kerana rakyat Malaysia. Hanya dengan menguasai Putrajaya sahajalah segala tipu muslihat mereka dapat kita bongkar kepada umum. Masa itu, anda nilailah sendiri dan saya akan memaafkan anda yang turut menuduh dan memfitnah saya ketika ini kerana saya mengandaikan bahwa anda ‘jahil’ atau ‘tidak tahu’ ketika itu. Saya akan biarkan anda semua berkesempatan bertaubat kepada Allah atas dosa dari kesalahan memfitnah saya, yang disifatkan Allah dan Rasul-Nya sebagai lebih buruk daripada membunuh satu jiwa mukmin. Berhubung pemilikan harta, setakat ini belum ada bukti bahwa saya memiliki harta atau wang yang luar biasa banyaknya samada dalam mahupun di luar negara. 9 tahun lamanya sebagai Menteri Kewangan Malaysia serta Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ramai dari kalangan pemimpin BN yang berpendapat adalah amat bodoh saya tidak menggunakan kesempatan untuk 'membaham' khazanah negara ketika itu. Memang benar ketika itu saya boleh sahaja melakukannya jika mahu, ia adalah dalam bidang kuasa saya sebagai Menteri Kewangan Malaysia, namun hukum Allah dan syariat Islamlah yang telah membendung saya dari melakukan perbuatan khianat seperti itu kepada rakyat Malaysia. Kami, pemimpin Pakatan Rakyat berjuang dengan menggunakan hasil pendapatan masing-masing dan dari kemelut 'kekurangan dana' ini, akhirnya membawa kepada keluarnya beberapa pemimpin yang 'kononnya' ingin berjuang bersama tetapi rupanya mempunyai hasrat 'berbeza'. Pemimpin Pakatan Rakyat yang bercita-cita jahat untuk meratah khazanah kekayaan negara awal-awal lagi telah 'disingkir' oleh Allah Swt melalui ujian-ujian-Nya. Antara mereka adalah Ezam Nor dan Zulkifli Nordin, sekadar menyebut beberapa nama dari mereka. Syukur Alhamdulillah! Baiklah, setakat itu sahaja yang dapat saya perjelaskan tentang apa yang telah berlaku kepada saya selama ini. Saya ingin bertanya, apakah anda sebagai rakyat Malaysia sanggup membiarkan orang yang paling bermotif membunuh, menjadi PM? Jika anda sangsi dengan dakwaan saya bahwa mereka, pemimpin-pemimpin BN terpaksa bersekongkol dengan perancang utama satu plot pembunuhan hanya kerana ‘survival’ politik mereka, cuba anda perhatikan fakta-fakta dan bukti-bukti di bawah ini:- PEMBUNUHAN ALTANTUYA - WAJARKAH RAKYAT MENUTUP KES INI? Firman Allah surah An Nisaa' (105): Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang (orang-orang yang tidak bersalah), kerana membela orang-orang yang khianat (lagi berdusta), Fakta Individu-individu yang terbabit secara langsung @ tidak dalam kes Pembunuhan Altantuya: Altantuya Sharibuu @ Aminah bt. Abdullah adalah penterjemah Bahasa Perancis bagi urusan pembelian kapal selam oleh Kementerian Pertahanan Malaysia melalui 'Perimekar' milik Penganalisis Strategi Ketenteraan Malaysia yang juga merupakan teman baik Dato Seri Mohd Najib. Dato Seri Mohd Najib - Menteri Pertahanan Malaysia / Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Abdul Razak Baginda - Penganalisis Pertahanan kepada Kementerian Pertahanan Malaysia / pemilik 'Perimekar'. Ketua Inspektor Hazilah Hadri - (UTK) yang berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib. Koperal Sirul Azhar Umar - (UTK) juga berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib. Aziz Buyong - Kolonel Tentera / Pakar bom C4. Abdullah Ahmad Badawi - Perdana Menteri Malaysia / Menerima Kertas Siasatan dari Penyiasat Polis Tentera Malaysia (MP). Khairy Jamaludin - Menantu Perdana Menteri Malaysia / Menyimpan Kertas Siasatan berkenaan bagi tujuan survival politiknya setelah ketiadaan Pak Lah nanti. Rosmah Mansor - Isteri Dato Seri Mohd Najib / Berada di tempat mayat diletupkan dengan C4. Norhayati - Isteri Kolonel Aziz Buyong / Pembantu Khas Rosmah yang turut berada di tempat kejadian letupan bom C4. Fakta-Fakta lain dalam kes Pembunuhan Kejam Altantuya: Bom C4 milik Angkatan Tentera Malaysia. Dua anggota UTK - Suspek utama pembunuhan adalah body guard di pejabat Dato Seri Mohd Najib. Rekod Imigresen kemasukan Altantuya dan sepupunya ke Malaysia di'lenyap'kan oleh seseorang dari Jabatan Imigresen Malaysia dengan arahan orang-orang tertentu bagi menutup konspirasi ini. Zahid Hamidi ketika mengambilalih tugas Menteri Pertahanan Malaysia akhirnya terpaksa membuat kenyataan 'konon'nya Angkatan Tentera Malaysia tidak memiliki Bom jenis C4 dan itu adalah amat bercanggah dengan kenyataan sepanjang kes perbicaraan Pembunuhan Altantuya di mahkamah. Atas arahan siapakah beliau 'berbohong' dan untuk survival siapa? Keterangan-keterangan ringkas dan jelas: Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari Unit Tindakan Khas, yang juga merupakan ‘body guard’ Dato Seri Mohd Najib tidak pernah mengenali Altantuya sebelum kejadian 'bunuh' itu dan tidak langsung mempunyai 'motif' untuk membunuh model berkenaan tetapi mereka berdua mungkin telah diarah oleh sesorang 'yang berkuasa' untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan dalam konspirasi pembunuhan ini. Mereka berdua akhirnya didapati bersalah oleh mahkamah kerana membunuh dengan niat dan dijatuhi hukuman mati oleh hakim mahkamah. Mereka ini jelas telah 'dikambing hitamkan' oleh pihak tertentu dalam usaha menutupi pekung 'pengarah sebenar konspirasi' pembunuhan Altantuya. Abdul Razak Baginda memang mempunyai motif untuk membunuh Altantuya kerana beliau dilaporkan 'kononnya' adalah pasangan kekasih kepada model ini dan kedatangan Altantuya dengan sepupunya Burmaa Oyunchimeg adalah 'kononnya' untuk mengambil komisyen berjumlah US500 ribu yang dijanjikan kepadanya seandainya pembelian kapal selam itu terlaksana. Adalah difahamkan bahwa Syarikat milik Abdul Razak Baginda 'Perimekar' menerima komisyen jualan sebanyak RM4.7 billion dari kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pertahanan Malaysia, hasil dari kejayaan dalam urusan pembelian 3 buah kapal selam dari Perancis untuk kegunaan Tentera Laut Malaysia. Anehnya Abdul Razak Baginda kemudiannya didapati tidak bersalah dan dia dibebaskan sepenuhnya dari pertuduhan membunuh kerana dilihat tiada mempunyai kuasa untuk 'mengarah' suspek utama kes, yakni Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari UTK untuk melakukan pembunuhan mangsa (Altantuya). Jadi siapakah yang mempunyai kuasa ketika itu? Jika diamati serta diperhalusi, 'orang yang tak berapa nak cerdik' pun boleh menilai fakta ini dengan baik. Cuba lihat rantaian fakta ini bagi mengaitkan siapa jua yang bermain di minda anda sebagai 'suspek sebenar' yang bertindak sebagai 'pengarah operasi' permbersihan nama baik seorang PEMBESAR dalam kes pembunuhan ini. Siapakah PALING BERMOTIF untuk membunuh Altantuya selain Abdul Razak Baginda? Dan fakta yang paling penting untuk kita perhalusi adalah siapakah yang berkuasa atau mempunyai kuasa untuk mengarah dua orang UTK (Pengawal peribadi Dato Seri Mohd Najib - Hazilah dan Sirul) serta Pakar Bom C4 tentera (Kolonel Aziz Buyong)? Siapakah pula yang berkemungkinan mempunyai pengaruh dalam 'melenyapkan' rekod kemasukan Altantuya ke Malaysia? Sudah tentulah ia melibatkan sesuatu yang AMAT BESAR sehingga perlu dihapuskan wanita 'berbahaya' ini. Siapakah pengarah sebenar dalam konspirasi pembunuhan ini? Apakah motif sebenar nya? Apa jua jawapan yang bermain di'minda fikiran' anda, simpan dahulu untuk telahan fakta berikutnya. Dato Seri Mohd Najib kemudiannya bersumpah bahwa beliau tidak pernah mengenali dan tiada kaitan samada secara langsung atau tidak dengan Altantuya. Sedangkan umum akhirnya mengetahui bahwa Altantuya rupanya adalah 'Perterjemah Bahasa Perancis' yang diguna pakai ketika berlangsungnya urusan pembelian kapal selam berkenaan. Ini menyebabkan Dato Seri Mohd Najib 'terpaksa' juga mengenalinya walaupun dia ingin sangat agar rakyat tahu 'konon'nya dia tidak pernah mengenali Altantuya. Fakta ini bukan omong kosong. Ia turut dinyatakan di mahkamah dalam sebutan kes yang berlangsung di Paris, Perancis berhubung penipuan yang berlaku dalam skandal penjualan dan pembelian kapal selam itu. Menambah buruk persepsi itu adalah apabila sepupu Altantuya, Burmaa Oyunchimeg mengemukakan bukti bergambar di mahkamah ketika diminta memberi keterangan. Bukti itu adalah gambar Abdul Razak Baginda, Dato Seri Najib dan Altantuya sedang menjamu selera di sebuah restoran eksklusif. Ya lah! Takan hanya kerana keluar makan bersama sahaja terus hendak dikaitkan beliau sebagai pembunuh, itu tidak adil dan zalim namanya. Cuma yang jelas di sini adalah Dato Seri Mohd Najib telah bersumpah 'bohong'. Dia sebenarnya memang mengenali Altantuya. Kenapa ia seakan hendak di’sembunyi’kan dari rakyat Malaysia? Pasti ada sebab BESAR disebalik semua itu. Baiklah, sekarang amati pula dari sudut berbeza, Abdul Razak Baginda hanya perlu melunaskan US500 ribu atau hanya kira-kira RM1.6 Juta sahaja berupa komisyen kepada Altantuya. Dan jika mengambil kira jumlah komisyen yang dimilikinya iaitu RM4.7 billion (Ringgit Malaysia Empat Ribu Tujuh Ratus Juta), jumlah RM1.5 juta itu amatlah kecil dan boleh dilunaskannya pada bila-bila masa sahaja. Sekali lagi, Abdul Razak Baginda dilihat tiada sebab atau motif kukuh untuk membunuh 'kekasih gelap'nya itu (Altantuya), dan lebih meyakinkan adalah beliau juga dilaporkan tidak berupaya atau tidak mempunyai kuasa bagi mengarah suspek-suspek yang terdiri dari Ketua Inspektor Hazilah, Koperal Sirul dan Kolonel Aziz untuk melaksanakan tugas-tugas 'pembersihan' itu. C4 adalah bom milik Angkatan Tentera Malaysia, dan harus diingat Dato Seri Mohd Najib Razak adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Malaysia yang berkuasa penuh terhadap apa jua aktiviti Angkatan Tentera Malaysia. Dari semua fakta ringkas di atas, anda pasti sudah boleh mengagak serta mengetahui siapakah KETUA sebenar dalam 'KONSPIRASI PEMBUNUHAN KEJAM' ini. Demi survival politik dan survival parti, 'orang yang zalim' ini terpaksa dilindungi oleh orang-orang besar parti yang lainnya. Apakah anda mengandaikan semua barisan kepimpinan BN itu 'bodoh', 'buta' dan tidak mengetahui tentang hal sebenar ini? Tidak, mereka semua bukanlah orang-orang yang bodoh, malah mereka bijak berpolitik dan tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku. Jika begitu, jika benar mereka semua tahu, mengapa pula mereka beria-ia menyembunyikan fakta sebenar dan sekaligus mempertahankan 'orang yang zalim' ini? Nyatanya, semua ketumbukan kepimpinan BN sebenarnya amat sedar dan tahu akan kebenaran ini, namun mereka jauh menyedari serta tahu bahwa menyelamatkan 'orang zalim ini' adalah sama seperti menyelamatkan kedudukan mereka sendiri. Mereka sedar seandainya jatuh 'orang yang zalim' ini, maka hancur berkecailah keseluruhan empayar yang telah mereka bina selama ini. Justeru itu, mereka tiada pilihan lain kecuali berusaha mempertahankan juga 'orang yang zalim' ini sekalipun terpaksa 'membohongi' rakyat jelata. Tidak mungkin mereka mahu melihat Pakatan Rakyat menguasai PUTRAJAYA hanya kerana kesilapan yang dilakukan oleh 'orang yang zalim' ini. Mereka 'terpaksa' jua mengangkat 'orang yang zalim' ini sebagai pemimpin mereka, walaupun hati mereka jelas menolaknya. Sayang sekali mereka semua terlupa pada Tuhan. Mereka terlupa bahwa Tuhan Maha Mengetahui apa sahaja yang mereka nyatakan atau sembunyikan dalam hati mereka. Mereka lupa bahwa mereka kelak akan tetap didatangi oleh Malaikat Maut. Mereka berusaha dan cuba untuk melupakan semua kemelut itu demi kehidupan dunia yang fana ini. Ada di antara mereka yang telah menerima 'hukum' Allah yakni mati, namun yang masih hidup terus leka dan lalai dengan segala macam imbuhan duniawi yang diterima mereka dari 'orang yang zalim' itu. Kehidupan dunia ini adalah segalanya bagi mereka-mereka ini. Mereka tahu ada akhirat menanti tetapi mereka berasa 'yakin' kononnya mereka berada di pihak yang benar dan akan 'terselamat' dari api neraka. Mereka bersangka baik terhadap harapan palsu yang dijanjikan syaitan buat mereka dan penyokong-penyokong mereka. Sedang mereka dan penyokong mereka bersekongkol dengan 'orang yang zalim' itu, Allah juga mempunyai rancangan-Nya. Dan sudah tentulah perancangan Allah jauh lebih baik dari ciptaan-Nya. Apa boleh buat saudara, kita terpaksa menunggu sehingga ke hari pembalasan, yakni akhirat, bagi melunaskan semua yang kita persangkakan. Takan kita semua mahu turut serta bersama mereka dalam menyokong 'orang yang zalim' itu. Mereka sendiri pun sebenarnya 'terpaksa' menyokongnya demi survival politik sempit mereka. Ayuh rakyat Malaysia, berfikir dan bertindaklah dalam Pilihanraya Umum nanti. Mari kita tegakkan kebenaran dan keadilan buat semua. Kita tunjukkan bahwa rakyatlah yang paling berkuasa, dan bukan mereka para pemimpin yang jahat itu. Important link to the case: http://en.wikipedia.org/wiki/Murder_of_Shaariibuugiin_Altantuyaa Harus diberi perhatian serius bahwa Allah dan Rasul-Nya telah acap kali mengingatkan dan memberi amaran kepada kita agar berwaspada terhadap suatu zaman di mana pemimpin yang dusta itulah yang akan 'dipercayai' dan diberi kuasa. Ia sedang berlaku sekarang dan kita 'yang diberi hidayah Allah' mudah membezakan antara penyokong yang melakukan kebaikan (amal makruf) dengan mereka yang melakukan kebathilan (Mungkar) Firman Allah surah Al Maa-idah (51): Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani (yakni orang yang suka berdusta) sebagai pemimpin-pemimpin (mu), sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Hadis Rasulullah Saw pula menegaskan bahwa: Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung/menyokong) tindakan mereka yang berbuat aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga)”.- Hadis Riwayat Tirmizi, Nasae’i dan Hakim. Sudah jelas bahwa Allah dan Rasul-Nya melaknati orang-orang yang berdusta dan berbuat aniaya. Malah penyokong-penyokong yang mendukung aspirasi pemimpin-pemimpin jahat itu juga nantinya akan turut sama terpelosok di kancah neraka jahannam. Pasti akan ada kelompok ini yang bertanya: "Bagaimana pula dengan ustaz-ustaz dan ulama UMNO?. Apakah mereka ini turut bernasib malang dan terpaksa menghuni neraka jahannam?". Jawapan saya 'itu semua, keputusan ke mana mereka akan dikembalikan kelak, kita serah bulat-bulat kepada Allah Azzawajalla sahaja'. Bukan kita yang berhak menentukan ke mana kembalinya mereka nanti. Namun, di sebalik penyerahan tawakal kepada Allah, kita harus faham bahwa Rasulullah Saw diutus bagi menyempurnakan akhlak kita semua. Dalam sirah nabi banyak sekali dipaparkan kisah-kisah bagaimana Rasulullah Saw bukan sahaja bijak dalam ilmu agama, malah Baginda amat arif menilai akhlak orang-orang di sekelilingnya. Baginda mengajar semua khalifah dan umat ketika itu bagaimana dapat mereka mengenali samada orang itu berakhlak terpuji atau sebaliknya. Ini bermakna, mereka para ustaz dan ulama bukan sahaja perlu menilai pemimpin dari sudut agamanya sahaja, akhlak pemimpin itu turut menjadi faktor utama dalam penilaian mereka sebelum seseorang pemimpin itu wajar disokong. Seharusnya itulah yang menjadi panduan ustaz-ustaz dan Ulama UMNO di dalam menentukan sokongan mereka. Menyokong membabi buta akan menyebabkan mereka terdedah untuk menerima nasib yang sama dengan kelompok ini kelak. Rasulullah Saw telah bersabda dalam banyak hadis yang saya rangkumkan peringatannya, antara lainnya untuk mengenali akhlak seseorang yang baik itu ada beberapa ciri utama:- 1. Pertama lihat suaminya samada dia bersolat fardhu di masjid atau tidak? 2. Kemudian lihat isterinya, apakah dia menutup aurat atau tidak? 3. Kemudian lihat pula anak-anak gadisnya, apakah mereka menutup aurat atau tidak? 4. Lihat bagaimana mereka sekeluarga berbelanja, apakah mereka boros atau tidak? Walaupun banyak lagi ciri-ciri lain, solat fardhu umpamanya, boleh dilakonkan watak itu dikhalayak ramai oleh seorang munafik kerana kekerapan bersama dilihat menjadi faktor ia mudah dilakonkan. Jadi, memadai melihat 4 ciri di atas yang ditekankan Rasulullah saw, yang saya rasa amat sukar untuk dilakonkan kerana ia memerlukan seseorang itu istiqamah dalam perilakunya itu. Itulah yang harus dinilai terlebih dahulu agar kita dapat menetapkan kaedah menilai individu pemimpin berkenaan seterusnya. Akhirkata, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia, marilah kita 'share' amanat ini di kalangan fb'ians' dan teman kita semua di luar sana, samada dengan mencetak dan mengedarkan amanat ini kepada keluarga serta semua sahabat handai atau mencetak dan mengedarkan ia di kampung-kampung, di mana maklumat ter'sekat' oleh pembangunan yang sengaja di'tahan' ke sana oleh pemimpin-pemimpin tertentu. Jika bukan saya serta pemimpin-pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat yang bangkit memperjuangkan nasib kita semua, andalah yang terpaksa bangkit dan berjuang bersama demi kesejahteraan generasi anak-anak kita yang akan datang. Ayuh! Marilah kita semua 'Gegakkan Gempita' kerana semboyan telahpun berbunyi. Setiap dari kita rakyat Malaysia berkewajipan mencanang semboyan ini kepada sekurang-kurangnya ahli keluarga terdekat. Andaikata anda berkuasa melakukan lebih dari itu, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga. Berilah peluang kepada Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya pada PRU ke 13 nanti. Saya akan pastikan semua mereka yang boros membelanjakan wang rakyat termasuk Rosmah Mansor yang sanggup membeli sebutir cincin berlian berharga RM24juta di kala rakyatnya ada yang masih hidup dalam kemiskinan dan ahli keluarga kepada Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil yang tergamak membelanja sampai RM250 juta wang dana Tabung Makanan kita dalam skandal NFC di bawa ke muka pengadilan. Janganlah 'terpedaya' atau 'diperbodohkan' lagi hanya kerana 'sogokan' wang RM100, RM500 dan beberapa ratus lagi menjelang pilihanraya yang akan di'saji'kan oleh pemimpin-pemimpin BN. Lihat angka yang mereka 'baham'. angka yang diberikan kepada anda amatlah kecil berbanding jumlah yang mereka ambil tanpa restu anda semua. Nasihat saya, anda ambillah wang itu kerana wang itu memang milik rakyat dan bukan milik mereka, kemudian undilah Pakatan Rakyat dalam PRU-13 nanti. Pakatan Rakyat akan pastikan mereka-mereka yang bertanggungjawab atas setiap kesalahan mereka itu menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang telah mereka lakukan kepada negara dan rakyat Malaysia. Bangkitlah wahai rakyat Malaysia!!! Oleh: Anwar Ibrahim

Rabu, 18 April 2012



Parit Sulong, Johor - Pada 14hb. April, 2012 telah menjadi tanda sejarah bagi PKR Cabang Parit Sulong apabila Datuk Sri Dr Wan Azizah Binti Wan Ismail selaku Presiden Parti Keadilan Rakyat telah meresmikan pejabat PKR Cabang Parit Sulong. Parit Keadilan Rakyat telah mula bertapak di parit sulong pada seawal tahun 1999 yang mana ketika itu parti ini dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional. Dengan peresamian ini pejabat PKR Cabang Parit Sulong akan dijadikan bilik gerakan utama untuk PRU 13.



Selepas peresamian pejabat PKR Cabang Parit Sulong Datuk Sri Wan Azizh Wan Ismail telah ke tapak ceramah. Kira-kira 2,000 orang yang hadir pada malam itu untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh beliau.

Sabtu, 14 April 2012

CERAMAH UMUM ANJURAN PAKATAN RAKYAT PARIT SULONG



Kami diangkatan muda keadilan cabang parit sulong, menjemput kepada semua terutamanya bagi penduduk dikawasan parit sulong untuk hadir ke caramah umum " WANITA TOLAK UMNO PRU 13 " yang akan diadakan pada hari ini 14-4-12 jam 9-00 malam bertempat di No. 27A Kampung Separap jalan simpang lima parit sulong.

Jumaat, 6 April 2012

MENJAWAP FITNAH TERHADAP AZMIN














Timbalan Presiden PKR Azmin Ali Azmin tidak perlu jawab fitnah yang dilemparkan daripada mana-mana pihak kerana ia skrip ulangan yang telah pun dipatahkan melalui laporan Badan Pencegahan Rasuah (BPR), laporan perubatan dan juga keputusan mahkamah.

Isu fitnah tentang saham RM8.5 juta itu muncul sejak tahun 1995 dan Azmin telah disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu atas tuduhan memiliki aset yang tidak setara dengan pendapatannya. Azmin bagaimanapun terbukti tidak bersalah kerana tiada tindakan susulan daripada siasatan itu.

Penahanan Azmin pada 16 September 1998 untuk siasatan kes Datuk Seri Anwar yang dituduh menghalang siasatan dan melindungi Setiausaha Sulitnya (Azmin) daripada kesalahan pada 1995 juga telah membuktikan bahawa polis gagal menemui sebarang bukti kukuh.

Tuduhan terhadap Datuk Seri Anwar itu juga telah digugurkan". Perkara ini turut diulas oleh Datuk Shafee Yahaya dalam biografinya “The Shafee Yahaya Story: Estate Boy to ACA Chief” di mukasurat 306 yang menjelaskan bahawa Azmin tidak bersalah.

Fitnah inilah yang diulang oleh Pengerusi Yayasan Pembangunan India Malaysia, S.A Vickneswaran,” kata kenyataan Pegawai Khas Azmin, Hilman Idham.
Mengenai tuduhan persoalan anak kandungnya, Azmin berserta isteri Shamsidar Taharin dan anaknya telah membuat ujian DNA dua kali, yang pertama di Institute of Science and Forensic Medicine, Singapura pada 2 Julai 1998 dan kemudiannya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 28 Julai 1998.

Kedua-dua ujian ini dibuat oleh Azmin demi membersihkan fitnah jahat terhadap isteri dan anak beliau biarpun dinasihatkan supaya tidak berbuat demikian oleh Raja Aziz Addruce, peguambela Anwar.

Ujian DNA

Kedua-dua laporan ujian DNA tersebut telah mengesahkan bahawa Azmin dan Shamsidar adalah ‘biological parent’ kepada Farah Afifah ".

Laporan daripada hospital di Singapura itu menyebut; “The results from all three genetic loci show that the donor of blood specimen marked ‘X’ (putative father) is the biological father of the donor of the blood specimen marked ‘Y’ (child).

Laporan DNA yang dibuat di Hospital Kuala Lumpur atas arahan Tan Sri Musa Hassan (Ketika itu Penolong Pesuruhjaya Polis Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman) juga menunjukkan keputusan yang sama,” katanya.

Walau bagaimanapun menurut Hilman keputusan bertulis bagi ujian yang dibuat oleh Dr Zahari Noor dan Dr Dahlia tidak diserahkan kepada Azmin sehingga hari ini.














Namun, keputusan itu dipastikan melalui satu kenyataan akhbar yang dibuat oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Rahim Noor yang mengesahkan penemuan DNA itu membuktikan Azmin adalah bapa kepada anak tersebut.

Katanya, melalui jalan undang-undang juga, Azmin telah membawa kes ini ke Mahkamah Seksyen Ampang dan pada Jun 2005, Datuk Khalid Jafri didapati bersalah di bawah Seksyen 8A(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana memfitnah Azmin dan keluarganya dalam buku ’50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM’.

Hakim dalam hujahnya telah menjatuhkan hukuman penjara satu tahun kepada Khalid atas kesalahan yang sangat serius kerana melibatkan banyak pihak dan kesengsaraan akibat kesan psikologi yang terpaksa ditanggung sepanjang hayat oleh anak kecil Azmin.

Maka Ummi Hafilda (Ali) , Datuk Dr Hasan Ali atau sesiapapun tidak boleh dipercayai kerana ia adalah skrip fitnah ulangan dan telah dipatahkan melalui laporan perubatan dan juga keputusan Mahkamah. Azmin tidak harus terperangkap dengan permainan politik ini,” kata Hilman Idham.

Selasa, 20 Mac 2012



KUALA LUMPUR 19 MAC: Bekas Menteri Penerangan dan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini meletakkan jawatan selaku ahli Umno.

Dalam satu kenyataan media, Abdul Kadir memaklumkan, beliau hari ini menghantar surat kepada Setiausaha Agung Umno Malaysia, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkenaan perkara ini.

“Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong UMNO Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli UMNO Malaysia mulai hari ini,” kata Abdul Kadir.

Minggu lalu, Abdul Kadir meletakkan jawatan sebagai Bendahari Umno bahagian Kulim – Bandar Baharu, iaitu jawatan terakhir yang dipegangnya dalam Umno.

Semasa berada di dalam Umno, yang dianggotainya sejak 1956, beliau pernah menjadi Exco Pemuda selama sepuluh tahun dan Ahli Majlis Tertinggi selama dua puluh empat tahun, di samping jawatan lain seperti Ketua Pemuda Umno Kedah.

Beliau dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan pada 1999 dan Menteri Penerangan pada 2004. Beliau adalah Ahli Parlimen Kulim – Bandar baharu selama lima penggal, sebelum mengundur diri pada Pilihanraya Umum ke-12.

Kini, beliau adalah Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).

Selasa, 13 Mac 2012

BEZA DATIN SRI WAN AZIZAH, SHAHRIZAT BAGAI LANGIT DENGAN BUMI


KUALA LUMPUR, 13 Mac: Perbezaan antara Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mana keluarganya bertanggungjawab menyalahgunakan sebanyak RM250 juta adalah bagaikan langit dan bumi.

Demikian dinyatakan Naib Presiden PKR, N Surendran yang merujuk kenyataan Timbalan Menteri Ahmad Maslan bahawa Wan Azizah sepatutnya meletak jawatan sebagai Presiden Keadilan kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan pada 1999.

Baginya, kenyataan Ahmad itu mendedahkan hipokrasi Umno.


Jelasnya, umum mengetahui Anwar dipenjarakan berikutan rekayasa Umno yang melibatkan Perdana Menteri ketika itu Dr Mahathir, Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan sistem kehakiman yang sudah rosak.

Tambahnya, tuduhan dan hukuman terhadap Anwar mengejutkan rakyat Malaysia dan mengundang kritikan antarabangsa.

“Namun Ahmad Maslan terus membohongi dirinya sekiranya beliau menyatakan bahawa Anwar dibicarakan secara adil.

“Mengapa perlu Wan Azizah meletak jawatan apabila beliau dan keluarganya menjadi mangsa kezaliman dan politik kotor Umno?” soalnya dalam satu kenyataan.

Sebaliknya, kata beliau Wan Azizah mempunyai tanggungjawab sebagai seorang pemimpin politik untuk terus kekal di jawatannya dan terus memperjuangkan reformasi, keadilan dan kebebasan.

Menurutnya, selama 13 tahun Wan Azizah telah berjaya memimpin perjuangan dengan berani dan bermaruah, menghadapi cabaran besar.

“Perbezaan antara Wan Azizah dengan Shahrizat yang mana keluarganya bertanggungjawab menyalahgunakan sebanyak RM250 juta adalah bagaikan langit dan bumi,” katanya.

Beliau berkata, hanya selepas berhadapan dengan kritikan Pakatan Rakyat dan rakyat, Shahrizat mengumumkan melepaskan jawatan menterinya pada bulan hadapan.

Ini, jelas Surendran bukannya tindakan sukarela.

Menruutnya, Ahmad Maslan, Muhyiddin dan pimpinan Umno lain tidak boleh membohongi rakyat dengan menyatakan bahawa Shahrizat telah 'mengorbankan' dirinya.

Malah, katanya pimpinan Umno dan BN tidak mempunyai budaya mengambil tanggungjawab terhadap penyelewengan mereka dengan melepaskan jawatan mereka.

“Dilindungi oleh polis, media dan sistem kehakiman yang dikuasai mereka, pimpinan BN tidak pernah melihat perlunya untuk patuh pada prinsip kebertanggungjawaban dan tatakelola yang baik,” ujarnya lagi.

Baginya, kenyataan Ahmad Maslan ialah contoh terbaik kecurangan Umno tersebut.

Isnin, 12 Mac 2012

SUAMI SHAHRIZAT DIDAKWA PECAH AMANAH

(Shahrizat tiba di mahkamah sesyen Kuala Lumpur untuk memberikan sokongan moral kepada suaminya selepas mengumumkan perletakan jawatan semalam)

KUALA LUMPUR, 12 Mac: Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation (NFCorp) Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail didakwa di mahkamah sesyen hari ini atas dakwaan pecah amanah dan melanggar Akta Syarikat.

Ia melibatkan wang bernilai RM49 juta namun beliau tidak mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Dakwaan dibacakan ke atas Mohamed Salleh dengan isterinya, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang membuat pengumuman akan meletakkan jawatan kabinetnya semalam, duduk di tempat pemerhati awam dalam mahkamah itu.

Turut serta dalam mahkamah adalah anaknya, Izmir yang turut menjadi pengarah dalam NFCorp tetapi dua lagi anaknya, Izran dan Izzana tidak kelihatan.

Pagi tadi tersebar berita pengarah NFCorp akan didakwa di mahkamah sesyen hari ini.

Semalam Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan akan meletakkan jawatan apabila tamat tempoh perlantikan beliau sebagai senator 8 April nanti.

Namun, ramai yang tidak bersetuju beliau meletakkan jawatan kerana beliau sebenarnya tamat tempoh perkhidmatan pada tarikh tersebut.

Ekoran berita itu, hari ini media menyiarkan pula berita pemimpin kanan NFC akan didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini.

Datuk Dr Mohamaed Salleh Ismail adalah Pengerusi Eksekutif NFCorp yang mendapat pinjaman mudah kerajaan bernilai RM250 juta.

Ketika membentang laporannya hujung tahun lalu, Ketua Audit Negara menyatakan, ada masalah yang sedang menyelubungi projek ini.

Ekoran itu, pelbagai pendedahan dibuat termasuk pembelian kondo mewah di Bangsar dan Singapura, kereta mewah serta perlancongan mewah yang melibat wang NFC.

Ia bertentangan sama sekali dengan tujuan pinjaman mudah ini diberikan iaitu projek memajukan penternakan negara melalui pusat fidlot nasional.

Jumaat, 9 Mac 2012

MURNIKAN BUDAYA HORMAT WANITA - YB ZURAIDA

KUALA LUMPUR 8 Mac: Wanita adalah tonggak keluhuran institusi keluarga dan masyarakat, seterusnya menjadi nadi kepada kekuatan negara dan bangsa, kata Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata, bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia yang jatuh pada hari ini, Wanita KEADILAN meraikan seluruh kaum Wanita di Malaysia dengan mengangkat tema “Memurnikan Budaya Hormat Wanita”.

“Budaya hormat wanita ini haruslah diterapkan dalam kehidupan seharian setiap insan dan usaha kita membentuk masyarakat yang sejahtera dan lestari,”

“Budaya ini harus dipupuk agar anak – anak menghormati ibu, agar para suami menghormati para isteri, agar adik – adik menghormati kakak , justeru semaraklah budaya kaum Adam menghormati kaum Hawa,” ujarnya sambil mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wanita kepada seluruh wanita di Malaysia.

Menurut Zuraida, Wanita Keadilan amat prihatin dalam memastikan wanita di Malaysia dapat menjalani kehidupan yang berkualiti, sejahtera dan lestari.

“Menyedari hal itu, program Wanita Keadilan Jelajah Kampung (WAJAH) yang telah dilancarkan sejak tahun lalu adalah usaha ke arah pemberdayaan wanita di luar bandar dan merupakan usaha ke arah meningkatkan kualiti kehidupan kaum wanita di desa.

Katanya, program ini adalah selaras dengan tema Hari Wanita Sedunia oleh Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu (PBB) pada kali ini iaitu “Empower Rural Women – End Hunger and Poverty”.

“Kepada seluruh wanita di Malaysia, ingin saya tegaskan kembali bahawa Pakatan Rakyat serius dalam usaha memastikan peningkatan kualiti kehidupan wanita sekeluarga agar membentuk masyarakat yang sejahtera dan lestari,” ujarnya.

Khamis, 8 Mac 2012




KUALA LUMPUR, 7 Mac: PAS Johor mensasarkan sekurang-kurangnya 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) untuk dimenangi pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Mazlan Aliman (gambar) berkata, sasaran itu ditetapkan berdasarkan perubahan positif rakyat negeri itu yang kini menyambut baik Pakatan Rakyat khususnya PAS yang disifatkan 'tidak pernah berlaku sebelum ini'.


Menurutnya, melihat mood positif rakyat, beliau bukan sahaja yakin PAS boleh menang di kerusi sasaran itu, malah Pakatan Rakyat secara keseluruhan juga tidak mustahil akan menerajui negeri itu.

"Kita (PAS) kini sedang fokus kepada 17 Dun sasar.

"Mungkin orang kata saya bermimpi, atau angan-angan, tapi dengan sambutan kepada kita pada waktu ini, saya yakin kejutan akan berlaku, Johor mungkin jatuh kepada Pakatan Rakyat," katanya kepada Harakahdaily.

Pada PRU ke-12 lalu, PAS bertanding 39 daripada keseluruhan 56 kerusi, manakala PKR dan DAP masing-masing 9 dan 12 kerusi.

Dari jumlah ditandingi itu itu PAS hanya menang di dua kerusi iaitu di Dun Maharani dan Sungai Abong.

Menurut Mazlan lagi, perbezaan ketara sokongan rakyat Johor terhadap Pakatan rakyat berbanding 2008 boleh dilihat dengan sambutan terhadap program-program mereka di negeri itu sejak kebelakangan ini.
Sambutan luar biasa itu katanya, telah menyebabkan ada pihak 'tak senang duduk' sehingga mengupah kumpulan tertentu mengganggu dan membuat kecoh khususnya di ceramah-ceramah anjuran mereka.

Manifesto 15 perkara dasar

Menurut Mazlan lagi, PAS Johor juga telah selesai berbincang berhubung manifesto pilihan raya peringkat negeri yang akan ditawarkan.

Tanpa menjelaskan secara terperinci, beliau berkata ianya menggariskan 15 perkara dasar antara lain tawaran penyelesaian masalah tanah dan tawaran pengurusan pentadbiran lebih baik.

"Kita telah siap seminar manifesto, dan sedang timbang dengan PKR dan DAP.

"Kita yakin menifesto ini akan menjadi kekuatan utama kita untuk ambil Johor," katanya lagi.

Muhyiddin mula gusar

Mengulas kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya Johor masih 'tiang seri' BN pada PRU-13 akan datang, Mazlan berkata, ia sebenarnya menggambarkan kebimbangan timbalan perdana menteri itu.

"Kenyataan Muhyiddin tu menggambarkan kebimbangan beliau.

"Saya nak bagi tahu (kepada Muhyiddin), 'tiang seri' itu sudah dimakan anai-anai. Bila-bila pun boleh patah," katanya yang juga AJK PAS Pusat

Menurut Mazlan lagi, beliau mendapat maklumat Umno sememangnya gusar dengan kedudukan mereka di Johor sekarang ini.

Katanya, tidak pernah selama ini, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman turun berkampung di setiap kawasan parlimen seperti yang terpaksa dilakukan sekarang ini.

Malah katanya, selepas lawatan Muhyiddin semalam, Najib pula dijangka turun ke Johor dalam masa terdekat.

"Orang Johor ni dia pandai, dia senyap-senyap sahaja, dia tak tunjuk sokong kita," jelasnya.

Khamis, 23 Februari 2012

PIMPINAN NAJIB CUBA ALIH ISU NFC











KUALA LUMPUR 23 Feb: Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Razak cuba mengalihkan isu National Feedlot Corporation (NFC), dengan membuat serangan berterusan terhadap Pakatan Rakyat, khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata, sebaik sahaja Anwar dibebaskan oleh mahkamah atas pertuduhan fitnah II pada 9 Januari lalu, pemimpin Umno-BN meneruskan serangan terhadap ketua pembangkang itu.

“Terbaru, Anwar dikaitkan pula dengan isu Israel yang antara tujuannya mengalihkan isu rakyat dari bercakap mengenai skandal penyelewengan NFC melibatkan Umno termasuk Najib sendiri,” katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Bagaimanapun kata Ahli Parlimen Machang itu, beliau percaya semua tohmahan yang dilemparkan Umno-BN akan gagal mempengaruhi sokongan rakyat.

“Skandal NFC ini penting dan cukup dekat di hati rakyat kerana projek RM250 juta dianugerah kepada keluarga menteri Umno.

“Berbanding rakyat, mereka hanya diberi RM500 iaitu apa yang dinamakan Najib sebagai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M),” ujar beliau.

Saifuddin dalam pada itu kesal dengan dengan dolak-dalik kerajaan berhubung skandal NFC, meskipun KEADILAN sudahpun melaporkannya kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Justeru, beliau menyeru rakyat agar terus mendengar penerangan dari Pakatan Rakyat dari semasa ke semasa dan menilai serangan Umno dengan fakta yang dikemukakan.
“Hakikatnya, fakta kita bukan sahaja kukuh, namun sangat mustahil untuk disiar di media kerajaan. Kerana apa?

“Mereka (Umno-BN) takut jika rakyat tahu penyelewengan mereka, peluang untuk Umno ditumbangkan pada PRU sangat cerah,” tegasnya.

Sebelum ini, KEADILAN mendedahkan dana RM250 juta untuk penternakan Lembu itu disalah guna keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Ia termasuk membeli lima kondominium di Singapura dan Bangsar, dua lot tanah di Putrajaya, kereta mewah dan pelbagai transaksi meragukan.

Difahamkan akan ada lagi pendedahan berhubung salah guna dana itu dari semasa ke semasa oleh KEADILAN.

Sabtu, 18 Februari 2012

KENYATAAN PENUH ANWAR ISU ISRAEL- PALESTIN




KUALA LUMPUR 16 Feb: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenyataan beliau yang disiarkan Asian Wall Street journal secara jelas menyatakan sokongan terhadap perjuangan dan aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keadilan dan keamanan, serta maruahnya dihormati.

Dalam satu kenyataan hari ini, Anwar menegaskan pendirian itu selari dengan pandangan pimpinan dunia Islam seperti kerajaan Arab Saudi yang diungkapkan menteri luarnya, Putera Saud al Faisal dan pemimpin Jordan, Raja Abdullah.

Makanya, katanya, persoalan tuntutan jaminan keselamatan Israel yang bersyaratkan kepada keadilan dan keamanan diberikan kepada rakyat Palestin bukanlah perkara baru.

Menurutnya, beliau juga menghargai pandangan dari Pas, seluruh gerakan dakwah dan pertubuhan Islam yang berterusan membela nasib rakyat Palestin.

Anwar berkata, beliau juga memahami pendirian Pas mengenai isu itu namun menegaskan KEADILAN turut berkongsi hasrat yang sama untuk melihat tertegaknya sebuah negara Palestin yang merdeka, bebas dan makmur.

Berikut kenyataan penuh Anwar:

Telah dihebahkan kenyataan saya dalam Asian Wall Street Journal, “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel).

Sedangkan kenyataan penuh selepas itu, “a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.” (pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin) tidak pula disiarkan sepenuhnya.

Media, pimpinan Umno dan Datuk Seri Najib Razak berterusan menabur fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Kenyataan saya kepada ASWJ secara jelas meletakkan aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keadilan, keamanan dan maruahnya dihormati sebagai syarat kepada tuntutan Israel agar keselamatannya dijamin.

Pendirian saya ternyata diterima pimpinan dunia Islam seumpama kerajaan Arab Saudi seperti yang diungkapkan menteri luarnya, Putera Saud al Faisal bahawa:

“This [2002 Arab Peace Initiatve] is the way toward security.. Israel can’t keep the land and want security at the same time. It has to withdraw and give the Palestinians their rights. If Israel does that, the Arab states will put an end to the state of war. That will give Israel its security”.

Baru-baru ini Raja Abdullah dari Jordan juga mengulangi pendirian yang sama:

“The Palestinian right to statehood and their cry for justice and a homeland free of occupation remain the Arab people’s foremost cause. In Jordan, the “final-status” issues-including borders, refugees, security and Jerusalem-are at the heart of our priorities. This means making real the promise of a viable, independent, sovereign Palestinian state, as part of a two-state agreement that resolves all final-status issues and guarantees security for Israel.”

Makanya, persoalan tuntutan jaminan keselamatan Israel yang bersyaratkan kepada keadilan dan keamanan diberikan kepada rakyat Palestin bukanlah perkara baru.

Sedangkan saya tuntas mendokong aspirasi rakyat Palestin sekian lama, bermula dari memimpin demonstrasi membantah keganasan Israel yang mendapat dokongan Amerika pada tahun 1973 di hadapan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur dan mewakili Malaysia pada tahun 1983 ke Persidangan PLO di Algiers setelah menerima undangan dari Yasser Arafat.

Pendirian saya tuntas menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keamanan, keadilan dan kehidupan yang bermaruah bertepatan dengan semangat yang disuarakan oleh Ismail Haniyeh, perdana menteri palestin:

“If Israel withdraws to the ’67 borders, then we will establish a peace in stages.. Number one, we will establish a situation of stability and calm which will bring safety for our people – what (Hamas founder) Sheikh (Ahmed) Yassin called a long-term hudna (truce). If Israel declares that it will give the Palestinian people a state and give them back all their rights, then we are ready to recognise them”.

Saya hargai pandangan dan semangat sahabat-sahabat dari PAS, Majlis Syura PAS dan seluruh gerakan dakwah dan pertubuhan Islam yang berterusan membela nasib rakyat Palestin.

Ketetapan PAS yang menentang keras pencerobohan dan kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin turut dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia. Saya memahami perbezaan pendirian PAS dengan KEADILAN. PAS berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan mereka tidak berhasrat untuk mengadakan sebarang rundingan serta kerjasama dengan Israel.

Walaupun begitu KEADILAN berkongsi hasrat dengan PAS untuk melihat tertegaknya sebuah negara Palestin yang merdeka, bebas dan makmur, yang juga merupakan hasrat seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan.

Ini berbeza dengan adu domba Umno yang bermuka-muka dan mengambil kesempatan di atas sentimen kuat pro-Palestin di negara ini bagi matlamat politik sempit mereka. Tatkala media Umno menyerang saya sebagai ejen Israel, menteri luar dari Umno secara terbuka mengesahkan kewujudan Israel berdasarkan penyelesaian dua negara (two-state solution) di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Manakala saya dituding mengkhianati aspirasi rakyat Palestin, menteri pertahanan dari Umno jugalah yang duduk berbincang dengan menteri pertahanan Israel pada tahun 2009, walaupun perkara ini cuba dipadamkan. Namun rakyat tidak lupa bahawa pentadbiran Perdana Menteri bergegas melantik APCO yang turut diterajui Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua perlindungan dan keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat mejar jeneral.

Malah, mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus menerus memfitnah saya pernah bertemu perdana menteri israel dan menteri luarnya, Shimon Peres di Paris pada tahun 1994. Pada masa yang sama sesuatu yang tidak dapat dinafikan pimpinan Umno bahawa Malaysia merupakan rakan dagang Israel ke015 terbesar. Jumlah dagangan antara Malaysia dan Israel mencecah 667.6 juta Euro.

Sikap bermuka Umno dalam isu Palestin bukanlah perkara baru, sebab itu saya jelas menyeru sahabat-sahabat dan rakyat Malaysia supaya menumpukan tenaga membantu meringankan penderitaan saudara-saudara di Palestin.

Derita ini ditanggung setiap hari tatkala rakyat Palestin menyabung nyawa menyelamatkan diri dari serangan dan pendudukan tentera Israel. Ini kenyataan kehidupan seharian seorang rakyat Palestin yang harus kita insafi.

Saban hari, keperluan asas seperti air minuman, makanan, ubat-ubatan, simen untuk pembinaan dan pelbagai keperluan lain tidak dibenarkan masuk ke Gaza akibat sekatan Israel. Sengsaranya rakyat Palestin bila mana 80 peratus dari mereka memerlukan bantuan makanan, 90 peratus hidup dalam kemiskinan, lebih separuh daripada isirumah hanya makan sekali sehari dan lebih 60 peratus kanak-kanak menghidap anemia dan kekurangan zat makanan.

Sebab itu saya yakin bahawa aspirasi rakyat Palestin yang mengambil kira kepayahan seharian mereka seperti yang disuarakan oleh pimpinan-pimpinan mereka wajib dijunjung dan dihargai. Semangat setiakawan rakyat Malaysia yang selari dengan aspirasi itu bukanlah satu pengkhianatan kepada perjuangan mereka, sebaliknya menjadi dokongan utama kepada usaha mewujudkan keamanan dan memberikan keadilan kepada rakyat Palestin.

Oleh kerana itu wajar buat kita memahami, menghargai dan menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang disuarakan melalui dua pertubuhan utama tersebut. Sepertimana pertemuan saya baru-baru ini di Doha dengan Khalid Mashaal, sebelum termeterainya persetujuan bersama tersebut, saya ulangi dokongan saya buat perjuangan rakyat Palestin, Hamas dan Fatah. Manakala pengiktirafan negara Israel tertakluk selagi mana Israel menghormati kedaulatan wilayah dan keselamatan rakyat Palestin.

Justeru adalah mustahak untuk kita sedari suara rakyat Palestin mutakhir ini adalah melalui Hamas dan Fatah sebagaimana yang tertera dalam persetujuan bersama Hamas dan Fatah di Doha hari ini. Persetujuan tersebut antaranya mengungkapkan dokongan terhadap aspirasi rakyat Palestin, pengunduran tentera Israel dari tanah Arab, menghentikan keganasan dan memperakui kewujudan Palestin. Seandainya ini dihormati maka kewujudan Israel akan diiktiraf.

Inilah juga semangat yang terkandung dalam kenyataan saya, “a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.”
(Pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin).


Selasa, 7 Februari 2012

AIR SELANGOR : KHIR TOYO KHIANATI AMANAH














Sungguh memeranjatkan apabila seorang pemimpin yang diberi tanggungjawab menjaga kepentingan rakyat tiba-tiba menuding jari ke arah orang lain bagi melepaskan dirinya.

PETALING JAYA: Kenyataan mantan Menteri Besar, Dr Khir Koyo bahawa beliau tidak terlibat dalam penyerahan konsesi air kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) membuktikan beliau sebenarnya tidak layak dan gagal selaku Menteri Besar Selangor.

“Sesungguhnya (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad yang memilih Khir turut bertanggungjawab di atas kegagalan ini,” kata Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Faekah Husin dalam satu kenyataan media.

Faekah berkata, sungguh memeranjatkan apabila seorang pemimpin yang diberi tanggungjawab menjaga kepentingan rakyat tiba-tiba menuding jari ke arah orang lain bagi melepaskan dirinya yang kini dianggap sebagai kera sumbang oleh partinya sendiri.

“Kenyataan dan penafian Khir seolah-olah mahu membalas dendam kepada Umno yang tidak mahu melindungi kesalahan beliau hingga tertuduh di mahkamah, sedangkan Umno sentiasa melindungi pemimpin mereka yang melakukan kesalahan pecah amanah dan rasuah.

“Khir kecewa perkara yang sama tidak dilakukan ke atasnya sebagaimana keistimewaan yang diperolehi (Menteri Pembangunan Wanita Kebajikan dan Masyarakat dan juga Ketua Wanita Umno) Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam skandal lembu NFC,” jelas beliau.

Katanya, sebagai bekas pemimpin nombor satu di negeri Selangor, Khir sepatutnya mengambil tanggungjawab penuh atas kegagalan Syabas menguruskan perkhidmatan pembekalan air dengan baik seperti yang dipersetujui dalam perjanjian bersama.

“Khir terlupa perjanjian yang ditandatangani pada 2004 adalah perjanjian tiga pihak dan Kerajaan Negeri turut terlibat dalam perjanjian tersebut bersama Kerajaan Pusat dan Puncak Niaga selaku syarikat induk kepada Syabas.

“Khir tidak boleh menafikan hakikat bahawa Puncak Niaga mempunyai kaitan rapat dengan Umno kerana (Pengerusi Syabas) Tan Sri Rozali Ismail merupakan Bendahari Umno Selangor ketika itu,” terang beliau.

Faekah menerangkan bahawa Syabas gagal mematuhi terma-terma perjanjian khususnya dalam meningkatkan mutu perkhidmatan bekalan air bersih kepada pengguna di Lembah Klang termasuk gagal mengurangkan peratusan air tidak berhasil (NRW) tetapi kerajaan negeri ketika itu di bawah pimpinan Khir gagal bertindak sewajarnya.

“Adakah Khir mahu mengatakan bahawa beliau tidakpun membaca isi kandungan perjanjian tersebut? Adakah Khir mahu mengakui bahawa beliau tidak ada pengetahuan bahawa di dalam perjanjian tersebut bahawa Syabas boleh menaikkan tarif air sehingga 71% pada tahun 2020?

Syabas syarikat kroni Umno

“Selaku MB tidakkah Khir tahu bahawa selama ini Syabas menggunakan aset air rakyat Selangor bernilai RM12 bilion secara percuma?,” soal beliau.

Di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN), masalah-masalah perkhidmatan air yang gagal ditangani Syabas amat jarang sekali diberi tumpuan biarpun rungutan serta aduan pengguna diterima setiap hari tetapi tidak endahkan hanya kerana Syabas adalah syarikat kroni Umno.
Ujar beliau, “hal ini membuktikan kegagalan penswastaan. Meskipun penswastaan asalnya untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat dengan sedikit tanggungan kepada kerajaan negeri namun apabila penswastaan dikhianati dengan memberi kontrak kepada kroni dan syarikat yang tiada kepakaran maka inilah akibatnya. Rakyat terpaksa menanggung beban yang tinggi.”

Katanya, Khir tidak perlu berlagak naïf kerana di bawah pentadbirannya, memberi kontrak kepada syarikat-syarikat kroni telah menjadi budaya dan kemestian; matlamatnya satu – untuk mengkayakan kaum kerabat dan sahabat handai bagi kesinambungan parti kononnya.

“Khir tidak boleh menafikan, ketika zaman kegemilangannya sebagai Menteri Besar beliau telah memberikan kontrak-kontrak kepada syarikat yang berkait rapat dengan dirinya antaranya syarikat Lebar Daun Sdn Bhd (Lebar Daun).

“Lebar Daun ialah sebuah syarikat pembangunan hartanah yang kaya raya hasil pemberian kontrak secara terus, perjanjian usahasama dengan syarikat kerajaan negeri yang berat sebelah serta penganugerahan tanah berlokasi strategik.”

Hutang Unisel ratusan juta

Menurutnya, kontrak pembinaan asrama Universiti Selangor (Unisel) di Bestari Jaya adalah contoh nyata hinggakan Unisel berhutang ratusan juta yang terpaksa ditanggung kerajaan hari ini.

“Lebih malang lagi, sehingga hari ini asrama tersebut masih mempunyai kecacatan akibat dari mutu binaan yang jelek dan tidak mengikut spesifikasi selamat,” jelas beliau.
Katanya lagi, di bawah pentadbiran Khir yang merupakan Menteri Besar hasil produk Tun Dr Mahathir, banyak projek perumahan kos rendah terbengkalai kerana syarikat yang mendapat kontrak ini gagal menyiapkan projek dan telah menghilangkan diri.

“Atas nama pembangunan banyak tanah peneroka diserahkan kepada syarikat yang kebanyakannya adalah milik kroni Umno-BN sedangkan hakikatnya tiada pengalaman dalam projek pembinaan.

“Akibatnya tanah-tanah tersebut tergadai kepada bank. Bukan sahaja peneroka kehilangan tanah, malah pembeli juga terpaksa menanggung hutang dan ramai di antara mereka telah diisytiharkan muflis,” terangnya.

Namun begitu katanya, beberapa projek sekadar contoh termasuklah projek Alam Perdana di Kuala Selangor, projek Bukit Botak di Selayang, Kampung Berembang di Ampang dan projek perumahan di PJS1 yang kesemuanya berjaya diselesaikan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

“Khir telah mengangkat tangan kononnya serik menjadi MB Selangor dan tidak mahu bertanding di dalam PRU yang akan datang. “Namun rakyat Selangor khususnya dan Malaysia amnya masih menunggu apakah kesudahan kes Khir Toyo menggunakan dana Kerajaan Negeri untuk bercuti bersama keluarga termasuk orang gaji ke Disneyland yang masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mungkin menjadi amalan di dalam UMNO, tindakan hanya dikenakan ke atas seteru politik dan tindakan Khir menganggkat tangan adalah sebagai tanda tidak akan melawan lagi. “Namun bagi pembayar cukai dan seluruh rakyat Selangor, Khir harus bertanggungjawab ke atas dosanya yang mengkhianati amanah yang diberikan,” ujar Faekah.

FMT pada 5 Februari lalu, melaporkan kenyataan Khir yang menafikan bahawa beliau menyerahkan pengurusan air Selangor kepada Syabas tetapi sebaliknya beliau menyerahkannya kepada kerajaan pusat. “Kerajaan Pusat yang memberikan kontrak 30 tahun kepada Puncak Niaga Sdn Bhd yang kemudiannya melantik Syabas untuk menguruskannya. Saya tidak terbabit kerana Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang memberikan kepada Puncak Niaga,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Glenmarie.

Ahad, 5 Februari 2012

NFC:SHARIZAT SOAL WIBAWA PENGKRITIK " KITA SERUPA "

Post Pic

BERUAS 4 FEB - Ketua Wanita Umno Datuk Seri Sharizat Jalil mengajak rakyat menilai latar belakang mereka yang mendesak beliau meletak jawatan dalam parti dan kerajaan demi “membuat keputusan betul” mengenainya bersabit isu Pusat Fedlot Kebangsaan (NFC).

Dalam komen yang dilihat sebagai tujukan kepada bekas mentornya Tan Sri Rafidah Aziz, Sharizat berkata : "Anda perlu melihat kepada latar belakang politik mereka yang mendesak saya letak jawatan.”

"Kalau anda buat kajian sedikit pun tentang mereka yang mendesak saya itu, anda akan tahu untuk membuat keputusan yang benar terhadap saya," tegas beliau.
Dua hari lalu, Rafidah mendesak Sharizat meletak jawatan dan tidak mengheret Perdana Menteri Najib Razak untuk membuat keputusan bersabit jawatanny sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Desakan itu dikecam oleh kalangan pemimpin Wanita Umno yang mengingatkan Rafidah bahawa beliau sendiri terpalit dengan skandal pmberian Permit Import (AP) pada tahun 2005, namun pergerakan itu tetap menyokongnya.

Bercakap kepada pemberita di Bruas, Sharizat yan baru pulang dari mengerjakan umrah berkata sokongan Wanita Umno terhadapnya semakin kukuh dalam menghadapi pilihanraya umum, meskipun ada pihak yang cuba menangguk di air keruh menggunakan isu NFC.

"Saya mengetuai lebih daripa 1.3 juta wanita UMNO dan saya yakin mereka akan terus memberi sokongan kepada saya," katanya.

"Dalam tempoh 3 bulan ini, cubalah anda lihat ke masa sahaja program yang saya pergi ke seluruh negara, sekarang lebih ramai yang memberi sokongan kepada saya,” tambah beliau.
"Jadi jangan cuba merendahkan keyakinan wanita di peringkat akar umbi terhadap kepimpinan wanita BN yang ada hari ini," tegas beliau.

Sharizat berkata wanita Umno dan Barisan Nasional harus menjadi barisan pertama dalam menghadapi PRU ke 13. "Wanita mesti bertenaga, komited dan fokus pada pemantapan jelajah jentera pilihanraya," katanya.

Semalam, Sharizat menegaskan beliau “tidak akan lari” daripada isu NFC namun tidak akan tunduk kepada desakan untuk meletak jawatan sebagai Menteri dan Ketua Wanita Umno. Projek NFC yang dimiliki suami Sharizat di belit kontrovesi setelah Ketua Audit Negara menegur syarikat itu kerana tidak menepati sasaran bersabit kontrak ternakan lembu daging.
Pembangkang mendakwa syarikat itu yang dikuasai oleh suami Sharizat menggunakan pinjaman kerajaan RM250 juta untuk membeli tanah, kondominium dan kereta mewah dan bukan untuk tujuan dana itu disediakan.

Khamis, 2 Februari 2012

BUBAR PARTI KITA



SHAH ALAM, 2 Febuari : Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim menjadi pemimpin pertama parti itu membantah secara terbuka hasrat Datuk Zaid Ibrahim membubarkan parti itu, kurang setahun selepas ditubuhkan.

Dalam blognya hari ini, Zaid berkata langkah itu perlu untuk meleraikan sebarang keraguan bahawa parti itu tidak menyokong Pakatan Rakyat susulan kritikan pemimpin-pemimpin KITA di Pulau Pinang dan Kedah terhadap gagasan pembangkang itu.

Zamil, berkata tindakan Zaid selaku presiden KITA adalah tidak rasional dan tidak bertanggungjawab.

"Kita bukan sebuah perniagaan yang boleh di buka dan ditutup begitu sahaja," kata Zamil yang menjadi penyokong awal Zaid namun kemudian mengkritik bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat itu.

"Seorang presiden seharusnya memanggil mesyuarat tergempar untuk berunding dengan kami dan bukannya membuat kenyataan kepada media mengenai langkah drastik seperti ini," tambah beliau.

Zamil berkata Zaid tidak berpegang kepada janji untuk menjadikan KITA bebas daripada pengaruh mana-mana parti politik lain.

Beliau berkata bekas Ahli Parlimen Kota Bahru itu sepatutnya meletak jawatan sebagai Persiden KITA dan bukannya membubarkan parti itu.

Zaid berkata, beliau sedar sekarang bahawa penubuhan KITA adalah satu kesilapan.

"Saya berhasrat untuk memberi idea-idea alternatif dalam politik dan membawa kepelbagaian bakat yang lebih luas kepada kepimpinan pembangkang. Ini belum pernah berlaku sebelum ini.

"Saya telah membuat banyak kesilapan dalam hidup saya tetapi saya tidak tawar hati. Saya tetap yakin bahawa perubahan akan datang untuk kebaikan negara ini dan saya akan terus menjalankan tanggungjawab saya di dalam mencapai tujuan itu," katanya lagi.

Rabu, 25 Januari 2012



Di kesempatan ini saya mengambil sedikit ruang untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina - Gong Xi Fa Cai kepada seluruh bangsa Tiong Hua di Malaysia. Juga kepada rakyat Malaysia yang sama-sama menghormati sambutan tahun baru ini.

Mengikut kalendar kepercayaan kaum Cina, tahun ini adalah tahun Naga. Tahun yang akan dipenuhi dengan semangat kekuatan, kesihatan serta membawa nasib yang baik.

Kita rasa beruntung dengan keharmonian di antara kaum yang telah dipupuk sekian lama. Inilah semangat perpaduan dan hormat menghormati yang perlu kita semua pertahankan.

Walaupun ada pihak yang terus menyebarkan fitnah dan mengadu domba di antara kaum, namun PKR tetap yakin bahawa rakyat kini sudah matang dan bersedia untuk tinggal secara harmoni tanpa membezakan kepercayaan dan budaya itu satu penghalang kepada keadilan serta hak.

Isu-isu penyelewengan dan salah guna kuasa sudah tidak dapat disembunyikan lagi.

Pendedahan terus dibongkar agar rakyat dapat memahami bagaimana pentadbiran negara yang diuruskan itu menyebabkan merudumnya ekonomi negara. Malah rakyat dikaburi dengan berita yang kononnya negara berada di landasan yang selamat.

Hakikatnya, lihatlah sahaja harga barang-barang keperluan yang tidak terkawal. Kebebasan rakyat juga disekat. Pandangan rakyat tidak diambil peduli. Generasi kini terus ditekan demi mempertahankan golongan elit yang tamakkan kuasa.

Oleh itu, adalah menjadi kewajipan kita semua sebagai rakyat yang cintakan kedamaian dan keadilan untuk terus konsisten dalam agenda membersihkan Malaysia dari gejala-gejala yang mencemarkan negara.

PKR menyeru kepada semua golongan, tidak kira di kampung atau pun kota, anak muda dan juga mahasiswa, profesional dan kakitangan awam, inilah masanya untuk kita sepakat membina kebangkitan bangsa berteraskan maruah, keadilan, penghormatan dan persaudaraan.

Datin Wan Azizah Wan Ismail.

Rabu, 18 Januari 2012

PROGRAM BERAMAH MESRA BERSAMA MASYARAKAT TIONGHUA DIKAWASAN DUN SEMERAH






Parit Sulong 15 hb Januari 2012, AMK Cabang Parit Sulong telah mengadakan satu program sempena tahun baru cina dengan mengagihkan buah limau di kawasan DUN SEMERAH. Sebanyak 80 pek yang mengandungi buah limau,sampul ang pau dan risalah telah berjaya di agihkan kepada masyarakat tionghua di sekitar pekan Semerah dan Bagan.Risalah tersebut mengandungi isu-isu berkaitan skandal NFC dan keborosan Kerajaan UMNO BARISAN NASIONAL.

Pada program tersebut juga AMK telah memperkenalkan bakal calon bagi DUN SEMERAH pada PRU 13 yang akan datang iaitu Haji Kusni Bin Haji Simoh. Beliau sebelum ini pernah bertanding di dua pilihanraya umum iaitu di DUN SRI MEDAN dan DUN BUKIT NANING. Timbalan Ketua Cabang PKR Parit Sulong,Saudara Zailan Bin Abd Hamid turut mengambil bahagian dalam program yang mendapat sambutan baik dari pengundi sekitar DUN SEMERAH khususnya kaum tionghua.

Sabtu, 14 Januari 2012

RASHID, HUSAM DEDAH MISTERI DAKWAT KEKAL PRU 12




KOTA BHARU, Jan 13:
Misteri pembatalan penggunaan dakwat kekal menjelang pilihanraya umum ke 12 telah terburai semalam di Wacana Perdana 9 bertajuk, “Pilihanraya Bebas dan Adil: Realiti atau Ilusi?” yang diadakan di sini malam tadi.
(Gambar: Wacana Perdana di KTC malam tadi)

Forum yang berlangsung hampir tiga jam itu dipengerusikan oleh pensyarah UKM, Datuk Dr Mohd Agus Yusuf dengan tiga panelis – Datuk Paduka Husam Musa, Naib Presiden PAS, Tan Sri Abdul Rashid, mantan pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Datuk Seri Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Dalam hujahnya, Rashid berkata beliau dan SPR telah berusaha untuk memperkenalkan penggunaan dakwat kekal pada tahun 2007, sebelum ia dibatalkan oleh pihak-pihak tertentu menjelang PRU-12.

“Usahlah cakap pasal dakwat kekal, saya dulu pun dah nak buat kalau orang tak sekat… (tepukan gemuruh), undang-undang dah buat, tapi ada orang yang tidak bersetuju dia sekat.

“Jadi ini nak buat pula, baguslah, buat lah, memang itu patut dibuat… SPR tak tipu, kalau ada penipuan, itu orang lain tipu. Jangan salahkan SPR. Orang lain saya tak tahu. SPR ikut undang-undang 100 percent, jangan salahkan SPR. Kalau undang-undang itu bodoh macam lembu, bodoh macam lembulah,” kata Rashid dalam forum itu.

Pada masa ini, Husam mencelah, “Tan Sri, kalau parti-parti lain itu menipu, SPR duduk sana buat apa?”

Rashid pula membalas, “SPR tak ada kuasa.” Balasan Rashid itu membuatkan hadirin yang penuh sesak dalam dewan itu tidak kering gusi dengan gelak ketawa.

Menjawab Rashid, Nazri mengaku bahawa beliaulah antara orang yang mempertikaikan penggunaan dakwat kekal kerana berdasarkan perlembagaan negara, perkara yang melayakkan seseorang itu mengundi hanya dua – berumur 21 tahun dan berdaftar sebagai pengundi.

“Jadi, kalau ada seorang yang tak mahu dakwat kekal dicalit di jari dan mahu kertas undi, apa yang berlaku? Syaratnya cuma dua, berumur 21 tahun dan berdaftar. Disebabkan itu, dan waktu PRU dah dekat, SPR ambil pendekatan untuk batal penggunaan dakwat kekal,” terang Nazri mengenai sebab penggunaan dakwat kekal dibatalkan.

Mengenai persoalan mengapa dakwat kekal digunakan sekarang pula, Nazri berhujah bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan baru sahaja memberikan lampu hijau untuk penggunaan dakwat kekal dan peguam negara bersetuju untuk tukar perlembagaan untuk membolehkannya.

“Sekarang Majlis Fatwa baru umum benarkan, maksudnya dulu tak pernah umum lah, kalau tak mengapa nak umum dua kali,” sindir Nazri.

Menjawab dakwaan Nazri mengenai halangan perlembagaan, Rashid secara sinis menjawab, “Saya tak setuju bantahan Peguam Negara pada 2007. Dalam perlembagaan pun tak kata mesti tunjuk kad pengenalan (IC) sebelum mengundi. Tapi kita suruh tunjuk IC, kalau tak dia tak boleh mengundi. Itupun dipatuhi. Kalau nak mengundi kena patuhi peraturan dan cara-cara mengundi.”

Dalam kontroversi Majlis Fatwa Kebangsaan, Husam mengingatkan Nazri bahawa fatwa sudahpun dikeluarkan pada 2007, dan semua ini boleh disemak melalui web e-fatwa di Internet.

“Tan Sri Rashid baru berbisik kepada saya, SPR ada menerima surat daripada Majlis Fatwa mengenai hal itu pada tahun 2007. Macam mana seorang menteri tak tahu mengenai hal ini? Wallahuaklam,” kata Husam.

Kemudian, exco kerajaan Kelantan turut mengingatkan Rashid mengenai alasan yang diberikannya kepada rakyat ketika pembatalan dakwat kekal bahawa terdapat laporan ada pihak yang cuba mensabotaj proses pilihan raya dengan menyeludup sejumlah besar dakwat kekal ke negara ini.

“Pada 5 Mac 2008, Tan Sri keluar di kaca TV memberikan 2 sebab mengapa dakwat kekal tak jadi guna. Dia memberi sebab keselamatan kerana ada orang ditangkap membawa dakwat ini termasuk di Kelantan.

"Ketua Polis Tan Sri Musa Hasan pula mengesahkan adanya dakwaan tersebut. Dan kemudian ditanya ahli parlimen Pakatan Rakyat selepas Mac 2008, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar menyatakan tiada tangkapan tersebut dan tiada dakwaan dibuat. Bermakna, Tan Sri Rasyid telah dipaksa berbohong,” selar Husam.

Husam turut berkata keputusan menggunakan dakwat kekal kini adalah hasil perjuangan Bersih 2.0.

“Yang berikan hujah yang kata dakwat kekal boleh digunakan untuk PRU akan datang ini ialah Tan Sri Abdul Ghani Patail, yang dulunya memberikan nasihat yang sama tak boleh pakai. Peguam Negara yang sama yang dulu kata tak boleh pakai, tetapi kini boleh pakai, bermakna ada sesuatu yang lompang kepada sistem piliharaya ini.

"Yang lebih penting ialah, bila Tan Sri Ghani Patail kata boleh pakai sekarang, ini adalah hasil daripada Bersih. Kalau tak ada Bersih, tak adalah dakwat kekal kini,” tambah beliau lagi.

Sementara itu, Rashid berkata undang-undang pilihanraya tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana SPR tidak diberikan kuasa sepenuhnya.

“SPR kena share kuasa, jadi demokrasi negara tak lengkap. Orang lain berkuasa, polis berkuasa, kementerian penerangan berkuasa... bukan Umno berkuasa (gelak hadirin), tapi mereka tak bebas,” kata beliau.

Keterangan Rashid dipersetujui Husam.

“Setuju kuasa SPR tak mencukupi, jadi pemulihan PSC (Jawatankuasa Terpilih Parlimen) tidak kena pada core (tunjang) nya (memberikan kuasa sepenuhnya kepada SPR untuk laksana undang-undang pilihanraya).”