Jumaat, 19 Disember 2008

RASMINYA PERMULAAN PENCERAHAN













Tanggal 28 Disember 2008, bermulanya sejarah dicipta oleh anak muda Parit Sulong secara resminya melaungkan semboyan perjuangan ke arah harapan baru Malaysia. Bersaksikan stadium Melawati barisan anak muda ini berikrar untuk berada di barisan hadapan perjuangan. Guruh sabung menyambung, kilat berpancaran namun sekelumit gentar sekalipun diharamkan berdetik walau sesaat di jiwa barisan anak muda ini. Ibarat sebait rangkap lagu rasmi Parti Keadilan " membujur lalu melintang patah" demikianlah juga keazaman dan tekad api perjuangan mereka. Asas matlamat dan hala tuju mereka jelas berprinsipkan ayat suci Al Quran, "ISLAH" kearah kebaikan. Ramuan serasi tentunya idea pencerahan yang tidak pernah padam dari catatan sejarah peradaban dunia.
Ayuh! Sekelian anak muda, bersama mereka menjayakan agenda perubahan yang sudah dirobekkan mereka jalan kearah kejayaan dan kemenangan. Tidak minggu ini minggu depan, tidak bulan ini bulan depan, tidak tahun ini tahun depan, lawan tetap lawan! Lawan sampai menang!

1 ulasan:

  1. Sekalung Tahniah kepada AMK Parit Sulong. Harap AMK Pt Sulong lebih mengutamakan isu2 setempat dan jangan banyak sangat "copy n paste" dari blog lain. Moderator kena bergerak aktif di sekitar Pt Sulong. Apa pun Tahniah..

    S/U AMK Johor

    BalasPadam