Memaparkan catatan dengan label AMK PARIT SULONG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AMK PARIT SULONG. Papar semua catatan

Selasa, 15 Januari 2013

DSAI TABIK BAWANI

 
KUALA LUMPUR 15 Jan: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tabik di atas keberanian KS Bawani, mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) yang menuntut hak golongan itu untuk mendapatkan pendidikan percuma dari pemerintah.

Katanya, mahasiswa bukan kelompok yang boleh dibodohkan sesuka hati oleh mana-mana pihak. “Mahasiswa bukan alat untuk diguna dan diperbodohkan! ‘Salute’ dengan keberanian menjelaskan fakta! Viva mahasiswa Malaysia!,” kata Anwar dalam facebooknya.

Isu ini mendapat perhatian ramai selepas satu klip video berdurasi 24 minit yang dirakam dalam sebuah forum suara mahasiswa anjuran UUM memaparkan panelis, Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menegur dan enggan memberi ruang kepada Bawani memberi pandangan.

Difahamkan, Syarifah Zohrah juga adalah Timbalan Ketua Wanita Kimma, atau singkatan kepada Kongress Indian Muslim Malaysia, komponen baru dalam BN.

Bawani memberikan pandangan mengenai Bersih dan penerajunya, Datuk S Ambiga dan Datuk A Samad Said.

Beliau turut menegaskan kepada penganjur forum bahawa negara mampu menawarkan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti.

Pelajar jurusan undang-undang itu mempersoal mengapa Malaysia tidak boleh berbuat demikian, diikuti dengan tepukan penonton, rata-ratanya mahasiswa. 
Ketika Bawani sedang bercakap, Sharifah turun dari pentas dan berdiri di depannya. Bawani tidak mempedulikan tindakan Sharifah itu dan meneruskan hujahnya.

Sharifah kemudian berkata ‘listen’ kira-kira 10 kali sebelum berkeras merampas mikrofon. Tindakan itu mendapat kecaman pelbagai pihak dan masyarakat.

Dalam isu ini, Pakatan Rakyat menegaskan, pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seterusnya melaksanakan sistem pendidikan percuma adalah antara 10 agenda utama dalam mereformasikan hala tuju pendidikan negara. 

MENTERI UMNO RAYU PADA BAWANI

 

KUALA LUMPUR 15 Jan: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ‘merayu’ KS Bawani, pelajar kontroversi Universiti Utara Malaysia (UUM) yang lantang dengan pendirian mengenai perhimpunan Bersih dan tuntutan pendidikan percuma supaya menghubunginya, dipercayai untuk meredakan isu.Datuk Saifuddin Abdullah menulis di twitter semalam, nombor telefon peribadinya dengan mesej meminta pelajar tersebut meghubunginya, selepas seorang pengguna twitter memberitahu Bawani mempunyai akaun twitter.
Menurut beliau, mahasiswa termasuk Bawani berhak menyuarakan pandangan tanpa ada sekatan.Isu ini tercetus apabila rakaman video forum suara mahasiswa yang dimuat naik ke youtube sejak beberapa hari lalu, menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia apabila salah seorang ahli panel enggan memberi ruang kepada seorang mahasiswa, iaitu Bawani untuk memberi pandangan.
Video selama 24 minit yang dirakam dalam forum untuk pelajar UUM bulan lepas memaparkan ahli panel, Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menyekat pelajar itu dari menghabiskan soalannya berhubung pendidikan percuma.
Ekoran kelantangan Bawani memberi pandangan, Sharifah turun dari pentas dan berdiri di hadapan pelajar itu.Sharifah dengan nada tegas berkata ‘Listen’ sebanyak 10 kali sebelum mengambil pembesar suara dari Bawani, kemudian Bawani berhenti bercakap.
Difahamkan bahawa Syarifah Zohrah adalah Presiden Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M) dan Timbalan Ketua Wanita KIMMA. Semua tahu Kimma atau singkatan kepada Kongress Indian Muslim Malaysia adalah komponen baru dalam BN.

Sabtu, 13 Oktober 2012

JAMUAN HI - TEA BERSAMA DSAI DAN YB NURUL IZZAH.






Angkatan Muda Keadilan dan PKR Cabang Parit Sulong akan mengadakan satu jamuan hi - tea dan ceramah bersama Datok Sri Anwar Ibrahim dan YB Nurul Izzah yang akan diadakan pada 20-10-12 jam 4-00 petang bertempat di SRI MERLIMAU BATU 4, KOLAM AIR, JALAN PARIT SULONG - YONG PENG, PARIT SULONG BATU PAHAT JOHOR. Kepada yang berminat untuk menghadirkan diri ke jamuan tersebut sila berhubung dengan ketua penerangan cabang parit sulong saudara haidir ditalian 010-4111775 untuk membeli tiket yang berharga RM 5-00 seorang.

Sabtu, 15 Ogos 2009


Ahli Umno khianati Umno Johor

Ahli Umno, termasuk pemimpin kanan parti bertindak "mengkhianati" Umno Johor dengan memulau perhimpunan di Batu Pahat petang semalam untuk mengutuk Ketua Umum Keadilan Anwar Ibrahim yang dituduh sebagai pengkhianat Melayu.

Program anjuran UMNO itu diwar-warkan akan menghimpun 10,000 orang tetapi hanya dihadiri oleh kira-kira 400 orang, antaranya pelajar dan warga tua yang mungkin terpedaya dengan janji kosong dan dakyah khianat pihak penganjur.

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melontarkan tuduhan pengkhianat terhadap Anwar Ibrahim sebelum ini sepatutnya dijadualkan hadir pada perhimpunan itu di Dataran Penggaram. Namun pemimpin Umno Johor itu sendiri dikatakan menarik diri apabila diberitahu mengenai sambutan dingin terhadap perhimpunan itu.

Ramai daripada mereka yang hadir bertindak menyisihkan diri daripada perhimpunan berkenaan apabila beberapa pemimpin UMNO mula memberi ucapan berbau perkauman dalam keghairahan menuduh Anwar sebagai pengkhianat bangsa.

Antara yang berucap ialah Ketua Umno Bahagian Pulai, Datuk Adam Hamid; Ketua Umno Bahagian Batu Pahat, Dr Puad Zarkashi dan Ketua UMNO Bahagian Seri Gading, Datuk Mohamed Aziz.

Hadirin juga kelihatan terkilan dengan ungkapan-ungkapan kesat dan biadap terhadap Anwar pada pemidang-pemidang Umno yang direntangkan.

Ramai yang meninggalkan perhimpunan itu dan meluangkan masa bersiar-siar dan beriadah di dataran berkenaan tanpa menghiraukan ucapan pemimpin Umno Johor.

Jumaat adalah cuti BEKERJA di Johor dan perhimpunan itu diadakan hari ini dengan harapan dapat menarik penyertaan lebih ramai ahli UMNO khususnya dari sayap kanan parti itu iaitu Pemuda dan Wanita.

Namun sambutan hambar adalah tamparan hebat buat pihak penganjur dan TPM mereka iaitu Muhyiddin Yassin. Ini menunjukkan sekali lagi UMNO bukan saja kalah dikesemua Pilihanraya kecil semenanjung sebelum ini, malah perhimpunan anjuran mereka juga gagal memenangi hati ahli sendiri.

Ia juga bukti terbaru bahawa politik fitnah dan serangan peribadi yang dibawa oleh Muhyiddin ditolak oleh akar umbi parti dan yang paling memalukan bahawa hanya warga tua dan golongan pelajar yang agak tegar tetap teguh berdiri mendengar ucapan kosong pemimpin mereka itu.

Namun persoalannya, dimanakah pihak berkuasa seperti Polis dan FRU dalam menangani perhimpunan haram jadah anjuran UMNO disini. Umum telah mengetahui bahawa Integriti pihak Polis dan FRU yang dilebelkan sebagai "Double Standard" dalam menjalankan tugas secara adil dan telus terus-terusan tercemar kerana patuh kepada arahan dan undang-undang rimba yang diterajui oleh Tarzan 1Malaysia Najibul Tuya...

Khamis, 13 Ogos 2009

PERTANDINGAN TIGA PENJURU DI PERMATANG PASIR.


PULAU PINANG - Pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru di antara Barisan Nasional, PAS dan seorang calon Bebas. Seorang pakar motivasi, Kamarul Ramizu Idris (foto), telah menyuarakan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari penamaan calon pada 17 Ogos dan pengundian pada 25 Ogos. Kamarul Ramizu, 42, berkata beliau bersedia untuk membeli borang pencalonan dari Pejabat Pilihan Raya negeri, Jumaat ini. "Saya sedia untuk bertanding di Permatang Pasir kerana saya telah memperuntukkan kira-kira RM100,000 bagi kempen pilihan raya kecil itu. "Saya juga akan berkempen di kawasan Permatang Pasir supaya pengundi faham misi dan visi saya," katanya. Sebelum ini, Kamarul Ramizu telah bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak dan Penanti. Bagaimanapun, katanya, beliau akan bertanding di Permatang Pasir sebagai calon underdog yang bertujuan untuk mendedahkan dirinya dengan orang ramai. "Walaupun saya akan cuba sebaik mungkin, tapi saya tidak pernah jangka untuk memenanginya dan hanya menjadikannya sebagai satu pendedahan kepada diri saya bagi mempersiap diri menjelang pilihan raya umum akan datang," katanya.

Khamis, 19 Mac 2009

LEMBAGA DISPLIN UMNO TERSALAH ATAU TERSILAP PANDANG AGAKNYA BILA AGEN PERASUAH DIGANTUNG TIGA TAHUN TAPI PERASUAH DILEPASKAN



KUALA LUMPUR - Ramai pemerhati politik yang terkejut dan tertanya-tanya apakah motif sebenar calon Timbalan Presiden UMNO iaitu Ali Rustam (foto) dihukum hilang kelayakan untuk bertanding, sedangkan beliau didapati bersalah kerana terbabit dengan politik wang?. Maka itu, ramai yang berpendapat, sepatutnya Ali Rustam diberi hukuman yang lebih berat dan bukan setakat dilarang bertanding semata-mata. Ini kerana segala rasuah itu berlaku kerana "usaha" beliau untuk memancing undi supaya dicalonkan oleh bahagian-bahagian tahun lalu. Sedangkan agen-agen beliau hanyalah menjadi "broker" untuk melaksanakan urusan terbabit. Tetapi anehnya, Ali Rustam masih dipertahankan supaya kekal sebagai Ketua Menteri Melaka dan tidak dikenakan tindakan displin yang lebih "afdal" sebenarnya. Manakala itu dalam masa yang sama sungguh aneh apabila Pengerusi Lembaga Displin UMNO, Tengku Ahmad Rithauddeen berkata keahlian Ali Rustam bagaimanapun tidak digantung dan beliau masih menjadi anggota perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO, yang dijadual berlangsung dari 24 hingga 28 Mac ini. Kenyataan beliau bahawa keputusan itu dibuat oleh Lembaga Disiplin UMNO yang mendapati Mohd Ali, yang juga Naib Presiden UMNO, bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO kerana kesalahan rasuah dan politik wang yang dilakukan oleh ejennya.Masalahnya disini, mengapakah pula Lembaga itu bagaimanapun mendapati Setiausaha Politik beliau Saadun Basirun, bersalah melakukan rasuah atau sogokan politik. Kerana kesalahan itu, Saadun yang juga ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Bukit Katil turut dikenakan tindakan. Sementara itu Naib Ketua Puteri UMNO bahagian Bukit Katil Zalina Ismail dan Rosli Hassan Ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Bukit Katil telah digantung keahlian selama tiga tahun atau satu penggal pemilihan berkuatkuasa 12 Mac lepas kerana dipercayai menjadi agen Ali Rustam. Keputusan yang dibuat ini adalah jelas tidak adil sebenarnya. Ini kerana "agen" beliau menyogok perwakilan UMNO bahagian dengan wang yang diberikan oleh Ali Rustam. Maka itu, sepatutnya Ali Rustam perlu diberi hukuman yang lebih berat daripada agen terbabit. Jika tiada wang untuk rasuah maka bagaimana agen terbabit mahu melaksanakan tugasnya. Rasuah melibatkan semua pihak dan bukannya hanya "ikan bilis" yang didakwa sebaliknya "ikan paus" dilepaskan malah boleh pula kekal sebagai Ketua Menteri Melaka. Sepatutnya, demi maruah orang Melaka Ali Rustam perlua meletakkan jawatannya dan bukan terus mahu berkuasa. Sudah terbukti beliau bersalah dan dihukum oleh Lembaga Displin UMNO makanya beliau harus berundur dan melepaskan semua jawatan tingginya dalam UMNO termasuk Ketua Menteri Melaka. Jika tidak ini menunjukkan bahawa Lembaga Displin UMNO tidak telus dalam melaksanakan tanggungjawabnya untuk membenteras rasuah politik wang dalam parti itu.

TERBONGKAR AKHIRNYA ANAK MENTERI UMNO NAZRI AZIZ SENDIRI YANG SEMAKIN HANYUT SERTA TIDAK SEDARKAN DIRI



KUALA LUMPUR - Sungguh memalukan, berita paling menggemparkan telah terbongkar kini. Nampaknya pemimpin UMNO yang kononnya berjuang untuk mempertahankan Islam dan orang Melayu di negara ini "cakap tak serupa bikin". Sebelum ini kita digemparkan dengan foto-foto anak Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak yang begitu "sosial" tanpa melambangkan seorang Islam langsung. Banyak gambar yang dipaparkan di internet memaparkan anak kepada bakal Perdana Menteri itu berpelukan dengan gadis-gadis "mat salleh" dalam keadaan seksi dan mengiurkan di luar negara. Berita itu telah tersebar luas sebelum ini. Namun, kini satu lagi pembongkaran telah dibuat dan lebih "menyedihkan" kali ini. Ia melibatkan paparan tentang kelibat anak kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang kononnya menjaga hal ehwal undang-undang dalam keadaan yang cukup membimbangkan. Apakah ini yang rakyat mahu saksikan sebenarnya?




Memalukan, apakah ini budaya Islam Hadhari yang ingin dibawa?Aksi ghairah anak seorang menteri UMNO di negara Islam HadhariTernyata, anak kepada Nazri Aziz ini langsung tidak melambangkan imej seorang pengamal Islam Hadhari sebenarnya. Paparan yang dibuat jelas sekali melambangkan betapa rosaknya akidah anak menteri terbabit. Sedangkan dalam masa yang sama ayahandanya begitu lantang bersuara di parlimen untuk mempertikaikan berbagai isu yang berkaitan dengan Pakatan Rakyat. Maka itu dibawah ini kami paparkan beberapa paparan ngeri untuk dinilai sendiri oleh para pembaca budiman. Apakah layak mereka ini digelar pemimpin Islam Hadhari jika anak-anak sendiri gagal dibentuk dengan acuan Islam itu sendiri. Jelas sekali anak-anak mereka telah "rosak akhlak" dan terdedah benar dengan "sistem sekular" yang jelas bertentangan dengan adat-adat ketimuran dan konsep Islam Hadhari yang sering mereka laung-laungkan selama ini.

Khamis, 12 Mac 2009

TAMPARAN HEBAT BUAT SI NAJIB RAZAK



HULU LANGAT - Ramai yang terkejut dan terperanjat dengan kehadiran dua tokoh utama negara dari parti kerajaan dan pembangkang di majlis sambutan Maulid Rasul dan Sambutan Tamat Latihan Kerohanian 40 tahun Syeikh Mahmud Al-Majzub, dekat sini semalam. Masing-masing teruja dengan apa yang dilihat ini sebenarnya. Apakah ini merupakan satu petanda baik untuk iklim politik negara agaknya. Semua ini pastinya menimbulkan seribu persoalan yang sukar untuk dijawab. Pertemuan bersejarah yang tidak dirancang itu merupakan satu "hikmah" ke arah mewujudkan kestabilan politik negara selepas ini. Namun, semuanya hanyalah terletak ditangan kedua-dua pemimpin terbabit iaitu Pak Lah Badawi dan juga Anwar Ibrahim. Kedua-duanya berasal dari negeri yang sama iaitu Pulau Pinang. Kedua-dua mereka dikatakan hadir kerana menjadi tetamu kehormat mudir madrasah berkenaan. Kehadiran Anwar semalam sebenarnya memang sudah dinanti-nantikan oleh hampir seribu tetamu jemputan termasuk ulama dari Asia Tenggara. Namun, hadirin sebenarnya terpegun dengan kehadiran secara tiba-tiba Perdana Menteri dalam majlis itu.Menurut sumber, Pak Lah sepatutnya hadir pada hari ini untuk merasmikan persidangan dan pertemuan para ulamak. Namun, kehadiran Perdana Menteri pada hari semalam dikatakan menjadi tanda tanya para hadirin. Tambahan pula tetamu istimewa semalam ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya. Pak Lah dikatakan tiba lebih awal dari Anwar iaitu pada kira-kira jam 12.18 tengahari semalam, manakala Anwar dan isteri Wan Azizah tiba kira-kira 20 minit kemudian. Kedua-dua mereka kemudia dibawa naik ke rumah Syeikh Mahmud untuk makan tengahari bersama-sama. Mereka berada di rumah berkenaan selama lebih satu jam setengah, kemudian keluar untuk mendirikan solat Zohor bersama sekitar jam 1.40 petang. Adalah dipercayai, semasa bersama Syeikh Mahmud "Pertemuan Enam Mata" berlangsung antara Anwar, Pak Lah dan Syeikh Mahmud sendiri. Satu perundingan juga dikatakan telah berlaku dan Syeikh Mahmud telah menjadi "Orang Tengah" atau "Perantara". Difahamkan juga, semasa mendirikan solat Zohor juga kedua-dua mereka berada di saf barisan hadapan dimana Pak Lah berada di kanan dan Anwar di kiri Syeikh Mahmud.


Makan bersama, sempena pertemuan bersejarah Anwar dan Pak Lah Selepas solat Zohor, Abdullah diminta memberi ucapan ringkas begitu juga Anwar bagaimana pun Anwar tidak berucap. Dalam ucapannya Abdullah menjelaskan sesutau yang baik itu kalau didoakan ia akan menjadi kenyataan. Selepas selesai solat Zohor dan ucapan ringkas kelihatan Abdullah dan Anwar bersalaman dan masing-masing melemparkan senyum. Pertemuan dan gelagat kedua pemimpin itu benar-benar mengejutkan para hadirin dan jemaah. Masing-masing tertanya-tanya dengan peristiwa berkenana kerana ianya dikatakan bukan dirancang oleh sesiapa tetapi mempamerkan keadaan yang sungguh menyenangkan orang ramai. Mereka kemudian Pak Lah dilihat beredar meninggalkan majlis kira-kira jam 2.15 petang dan diikuti oleh Anwar sekitar jam 2.50 petang itu.

Sabtu, 28 Februari 2009

GADUH DI PARLIMEN.



Gara-gara perkataan "Pemuda UMNO celaka" yang terungkap dari mulut Pengerusi DAP Karpal Singh, maka akhirnya membawa kepada tercetusnya pergaduhan di parlimen semalam. Sesuatu yang amat memalukan rakyat Malaysia sebenarnya. Parlimen ada satu tempat mulia yang sepatutnya tidak disalah gunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk bertindak seperti "gangster". Namun ini terjadi apabila 13 ahli dari Pemuda Umno dari Bahagian Petaling Jaya Utara dan Gombak mengepung Karpal yang baru tiba di pintu masuk utama ke bangunan Parlimen. Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara, Latt Sharizan Abdul dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Gombak, Megat Zulkarnain Amiruddin mengepung ahli Parlimen Bukit Gelugor itu sambil meminta Karpal mengakui ada menyebut perkataan "Pemuda UMNO celaka" dan meminta maaf kepada mereka. Akibat keenganan Karpal mengulangi perkataan itu, maka ia telah menyebabkan kumpulan terbabit naik berang dan akhirnya menyerang beliau. Anehnya, pihak pengawal keselamatan di bangunan terbabit terdiam seketika tatkala menyaksikan adengan berkenaan. Apakah mereka telah diupah untuk mendiamkan diri?.Apa yang berlaku ini telah mencemarkan parlimen Malaysia sebenarnya. Pertikaman lidah dan pergaduhan sesama ahli parlimen dalam dewan adalah lumrah dan perkara biasa sebenarnya. Namun mengundang "orang luar" untuk masuk dan menyerang mana-mana ahli parlimen adalah sesuatu perkara yang amat luar biasa. Bagaimana mereka semua boleh masuk jika tidak diundang atas kapasiti ahli-ahli parlimen UMNO?. Maka itu, apa yang berlaku semua ini sebenarnya adalah didalangi oleh Pemuda UMNO sendiri dan ia tidak harus dinafikan lagi. Sebelum ini memang kita selalu disajikan dengan lagak "samseng" Pemuda UMNO tatkala menjelangnya pilihanraya. Namun, itu berlaku di tempat terbuka yang semestinya sudah tiada kawalan keselamatan yang ketat. Namun, tindakan puak-puak pemuda UMNO masuk ke parlimen untuk mencetuskan pergaduhan dan membelas Karpal Singh adalah satu "penghinaan" terhadap institusi itu.

Kerajaan Malaysia dan Pemuda UMNO harus bertanggungjawab dan memohon maaf secara terbuka kepada Karpal Singh atas insiden berkenaan. Tambahan pula Karpal juga telah memohon maaf ketika di parlimen mengenai kenyataannya yang kontroversi itu. Maka, mengapakan ia harus diperbesar-besarkan oleh pihak-pihak berkenaan sebenarnya. Sementara itu Menurut Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, beliau kesal dan mengecam keras tindakan yang dilakukan oleh Pemuda Umno itu. “Kami mengutuk keras tindakan biadap dan ganas seperti ini dan jika ia dibenarkan akan membahayakan keselamatan ahli Parlimen. “Kita mahu tindakan segera dan jaminan daripada pihak polis dan kerajaan supaya kemuliaan dewan dan kebebasan ahli-ahli Parlimen terjamin,” katanya dalam satu laporan media selepas kejadian.

Rabu, 25 Februari 2009

PROFESIONAL APAKAH YANG INGIN DI BAWA OLEH SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA, JIKA MASIH DOUBLE STANDARD DALAM TUGAS MEREKA



KUALA LUMPUR - Apakah makna "profesional" sebenarnya yang mahu diagung-agungkan sangat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)?. Apakah profesional dalam "menipu rakyat" atau profesional "membuat siasatan rasuah" atau mungkin juga profesional "membuat penyiasatan terpilih" yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini?. Sementara itu Perdana Menteri Malaysia yang bakal "diturunkan takhta" iaitu Pak Lah Badawi menegaskan, bahawa suruhanjaya itu perlu melaksanakan tanggungjawabnya dengan adil, profesional, tanpa rasa takut dan tidak memihak kepada sesiapa pun. Soalnya apakah SPRM boleh melakukan sedemikian rupa. Sedangkan mereka yang dipilih menganggotai Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah adalah dipilih oleh kerajaan sendiri. Dalam ucapan rasminya di Majlis Pelancaran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di ibu negara semalam Pak Lah berkata ‘‘Pegawai dan anggota SPRM perlu mematuhi undang-undang semasa bertugas kerana tindakan sebaliknya akan memusnahkan usaha untuk melakukan transformasi dalam badan ini melalui peruntukan undang-undang,’’.Masalahnya sekarang ialah Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan dilihat gagal melaksanakan "tanggungjawab profesional" yang telah diamanahkan kepadanya itu. Mutakhir ini, rakyat melihat banyak penyiasatan dan pendakwaan terpilih yang jelas sekali "double standard" berlaku didepan mata mereka. Misalnya, SPRM gagal menyiasat segala laporan rasuah yang telah banyak dilaporkan sebelum ini, tambahan pula apabila ia melibatkan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Tetapi mereka begitu "profesional" untuk menyiasat kes yang dilaporkan oleh puak-puak UMNO terhadap pemimpin pembangkang di negara ini. Bukan sahaja siasatan yang dilakukan itu "profesional" malah SPRM juga begitu "profesonal, cepat dan pantas" untuk membuat pendakwaan. Lihat sahaja dalam kes Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Biarpun baru seminggu laporan dibuat oleh NGO yang pernah dipimpin oleh "Petualang Rakyat" Ezam Md Noor iaitu GERAK. Namun sepantas kilat pegawai SPRM menubat penyiasatan dan ingin mendakwa MB Selangor itu. Malah Ketua Pesuruhjayanya sendiri pun awal-awal lagi sudah mewar-warkan kononnya Tan Sri Khalid bersalah dan terlibat dengan kes berkenaan. Walhal ia masih belum dapat dibuktikan serta perbicaraan masih belum dijalankan. Bukankah ini bukti jelas bahawa SPRM sebenarnya memang "profesional" membuat kerja mereka untuk "mengampu kerajaan" UMNO dan Barisan Nasional.

Pendakwaan terpilih, Speaker Perak dan MB Selangor di dakwaTetapi Dua bekas Exco Perak cuba untuk dilepaskan Begitu juga dalam kes yang melibatkan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V.Sivakumar. berhubung hal penggantungan hadir Sidang Dewan terhadap MB dan Exco Perak yang baru. Biarpun kes itu baru sahaja dilaporkan namun SPRM "bagaikan halilintar" membuat penyiasatan kes berkenaan. Apakah ini namanya "profesional" yang dimaksudkan oleh Pak Lah itu agaknya. Namun sebaliknya isu rasuah yang melibatkan pemimpin UMNO terus di"kapan"kan begitu sahaja tanpa ada sebarang siasatan mahupun pendakwaan. Menurut mereka laporan berkenaann berunusur fitnah dan tiada bukti kukuh untuk membuat siasatan. Inilah alasan mudah yang sungguh "memualkan" dalam hal "profesional SPRM" itu sebenarnya. Itu belum termasuk lagi isu rasuah "politik wang" dalam UMNO yang terus didiamkan begitu sahaja setelah dikecohkan seketika. Mungkin agaknya SPRM takut dengan ancaman kerajaan BN dan pemimpin UMNO sendiri yang tidak mahu mereka "menjaga tepi kain UMNO" dalam hal siasatan rasuah ini. Lantaran itulah ada pemimpin UMNO yang mendakwa dipukul, diteranjang serta dizalimi oleh pegawai SPRM semasa dalam siasatan di Kuantan baru-baru ini. Kenapa isu itu terus menyepi? Bahkan tiada lagi laporan mahupun berita mengenai "politik wang UMNO" yang disiarkan oleh media arus perdana hingga ke hari ini. SPRM meneruskan budaya Badan Pencegah Rasuah (BPR) terdahulu yang hanya menyiasat serta membuat pendakwaan terpilih. Ikan bilis didakwa tetapi ikan paus dilepaskan! Ahli UMNO disiasat dan didakwa, sebaliknya pemberi rasuah iaitu pemimpin UMNO yang akan menjadi calon untuk bertanding merebut jawatan tertinggi parti itu Mac ini dilepaskan begitu sahaja seperti Khir Toyo, Mat Taib, Khairy, Mukhriz dan ramai lagi sebenarnya.

Profesional SPRM, rasuah pemimpin pembangkang cuba dibongkarkantetapi rasuah pemimpin UMNO pula cuba ditutup rapat-rapatDalam kes dua bekas Exco ADUN PKR Perak, Jamaluddin Md Razi dan Osman Jailu pun begitu. Kes rasuahnya kini ditangguhkan oleh mahkamah dan SPRM dilihat seolah-olah cuba mencari jalan untuk melepaskan mereka dari segala pertuduhan selepas melihat kedua-dua "mangkuk hayun" itu keluar dari Parti Keadilan Rakyat, menjadi "calon bebas" dan seterusnya menyokong Barisan Nasional di Perak hingga pakatan itu berjaya "merampas kuasa" di negeri itu baru-baru ini. laporan rasuah serta penyelewengan kuasa terhadap Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak yang kini mengambilalih Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak telah dibiarkan begitu sahaja. SPRM seolah-olah "dibutakan mata dan hati" untuk tidak melihat kes "lompat parti" mereka itu adalah berkaitan dan rasuah dan sogokan wang jutaan ringgit. Justeru itulah kita tidak hairan terdapat laporan sebelum ini yang mengatakan kelibat pegawai SPRM juga dilihat muncul di rumah Najib Razak bersama kedua-dua ADUN Perak terbabit sebelum mereka bertindak melompat parti dulu. Semua ini menggambarkan kepada kita bahawa betapa rosak dan "tidak profesionalnya" Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia itu dimata rakyat sebenarnya.

Selasa, 24 Februari 2009

KETUA AMK PUSAT BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP SPRM


Saya, Shamsul Iskandar Mohd Akin (No. K/P : 741229-04-5273) beralamat di JA 5347, Kg Kesang Jaya, 77000 Jasin, Melaka membuat laporan ini berikutan dengan kenyataan media yang di buat oleh Ketua Pesuruhjaya (KP) Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia (SPRM), Dato' Sri Ahmad Said Bin Hamdan pada 20 Februari 2009 berkenaan hasil siasatan tuduhan kesalahan rasuah salah guna kuasa oleh YAB MB Selangor mengenai sumbangan 46 ekor lembu dan kos selenggaraan kereta Lexus kegunaan rasmi YAB MB Selangor yang mana sedutan mengenai kenyataannya telah dilaporkan secara meluas oleh media massa negara baru-baru ini.

Saya berpandangan bahawa kenyataan KP SPRM tersebut bahawa terdapat bukti kukuh dan kuat untuk pihak SPRM mendakwa YAB MB Selangor di mahkamah merupakan satu kenyataan yang berniat jahat dan mempunyai niat sebaliknya untuk memburuk-burukkan reputasi YAB MB Selangor kepada rakyat Malaysia khususnya rakyat di Negeri Selangor sendiri.

Saya juga percaya bahawa maklumat atau hasil siasatan pihak SPRM terhadap tuduhan salah guna kuasa YAB MB Selangor tersebut merupakan pendedahan satu maklumat atau laporan SULIT kerana ianya merupakan dokumen satu KERTAS SIASATAN (KS) yang tidak sepatutnya didedahkan secara umum sehinggalah YAB MB Selangor dipertuduhkan secara rasmi di mahkamah oleh pihak Jabatan Peguam Negara Malaysia sekiranya Peguam Negara memutuskan terdapat kes terhadap YAB MB Selangor.Sehubungan itu, tindakan KP SPRM tersebut adalah jelas menyalahi tatacara urusan dokumen sulit yang sepatutnya tidak boleh didedahkan sebagaimana yang telah dilakukan oleh KP SPRM pada 20hb Februari 2009. Dan saya juga percaya kenyataan yang dibuat oleh KP SPRM tersebut mempunyai niat jahat bagi menjatuhkan reputasi YAB MB Selangor dan cuba melakarkan seolah-olah YAB MB Selangor merupakan seseorang yang telah melakukan rasuah.

Selain itu kenyataan KP SPRM tersebut juga bertujuan untuk mempengaruhi pihak Jabatan Peguam Negara dan pihak mahkamah untuk mendakwa dan menghukum YAB MB Selangor sebagai seseorang yang telah melakukan rasuah dan kenyataan tersebut seolah-olah telah memberikan arahan kepada pihak Jabatan Peguam Negara dan pihak mahkamah untuk menghukum YAB MB di atas tuduhan kesalan rasuah yang telah disiasat oleh pihak SPRM.Saya menggesa pihak polis untuk menyiasat tujuan sebenar KP SPRM yang telah membuat kenyataan yang tidak bertanggungjawab tersebut kerana kenyataannya boleh menimbulkan kekeliruan dan ketidakstabilan politik di Malaysia dan khususnya Negeri Selangor.
Sekian laporan saya.

Khamis, 22 Januari 2009

KETUA PEMBANGKANG SELANGOR DESAK TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM LETAK JAWATAN.


Kerajaan pembangkang Selangor mendesak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengosongkan sementara jawatan Menteri Besar sehingga siasatan dakwaan salah guna wang kerajaan negeri berjumlah RM110,400 selesai. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sudah menggeledah Pejabat Menteri Besar dua hari lalu dan sehingga siasatan selesai, Abdul Khalid mesti melepaskan semua jawatan yang dipegangnya. Dipetik dari Berita TV3.

Datuk seri Dr Mohamad Khir Toyo seolah-olah seperti telah terlupa atau buat-buat lupa bahawa semasa beliau menjadi Menteri Besar Selangor bermacam-macam KONTROVERSI termasuk tuduhan rasuah yang lebih hebat namun tidak pulak dia kosongkan jawatan Menteri Besar? Agaknya kau dilindungi oleh satu kuasa sebab tu kau berani untuk terus duduk kerusi MB Selangor sampai kau diturunkan oleh rakyat. Jadi kepada Datuk seri Mohamad Khir Toyo tolonglah cerminkan diri kau dulu sebelum nak kata tentang orang lain.