KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini memohon Mahkamah Tinggi supaya memerintahkan pihak pendakwa raya untuk membekalkan kepadanya semua dokumen berkaitan kes liwatnya secepat mungkin. Anwar dalam notis usul yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah mahu pendakwa raya membekalkan dokumen tersebut sebelum perbicaraan kes liwatnya yang akan bermula dari 1 Julai hingga 24 Julai depan. Antara dokumen yang diminta Anwar ialah pita rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang asal yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara dari tarikh 25 Jun hingga 27 Jun 2008, sampel DNA, kenyataan saksi termasuk pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, kenyataan polis dan beberapa dokumen lain. Anwar, yang turut menyertakan afidavit sokongannya, memfailkan permohonan itu melalui Tetuan S N Nair and Partners,Khamis, 11 Jun 2009
ANWAR MINTA DOKUMEN DARI PENDAKWARAYA
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini memohon Mahkamah Tinggi supaya memerintahkan pihak pendakwa raya untuk membekalkan kepadanya semua dokumen berkaitan kes liwatnya secepat mungkin. Anwar dalam notis usul yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah mahu pendakwa raya membekalkan dokumen tersebut sebelum perbicaraan kes liwatnya yang akan bermula dari 1 Julai hingga 24 Julai depan. Antara dokumen yang diminta Anwar ialah pita rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang asal yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara dari tarikh 25 Jun hingga 27 Jun 2008, sampel DNA, kenyataan saksi termasuk pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, kenyataan polis dan beberapa dokumen lain. Anwar, yang turut menyertakan afidavit sokongannya, memfailkan permohonan itu melalui Tetuan S N Nair and Partners,
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan