Semanjak tahun 2004 polisi penyerataan wanita sebanyak 30 peratus dalam badan pembuat keputusan di Malaysia telah diuar-uarkan kepada umum. Janji ini diputarkan kembali menjelang Rancangan Malaysia ke Sembilan (RMK9) bagi tempoh 2006 hingga 2010 seperti yang diumumkan Perdana Menteri ketika itu Abdullah Badawi. Namun malangnya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dilihat seolah-olah masih terkapai-kapai dan hilang tumpuan untuk bertindak secara efektif bagi menggerakkan misi tersebut.
Bagi Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin hal ini jelas menunjukkan kegagalan Barisan Nasional (BN) memartabatkan golongan wanita di Malaysia. Beliau yang juga Ketua Wanita PKR dalam satu kenyataan media menyeru agar kerajaan memberi lebih banyak peranan kepada wanita dalam hirarki pentadbiran negara.
"Melihat dari sudut hirarki pentadbiran negara, tahap kepercayaan yang diberikan kepada golongan wanita melalui jawatan Menteri dan Timbalan Menteri adalah amat menyedihkan. Kerajaan BN telah gagal memberi pengiktirafan setimpal dan menghargai pernan mereka kerana hanya 2 orang Menteri yang dilantik dari kalangan wanita daripada 27 orang Menteri Kebinet.
Ini hanyalah sekitar 7.4 peratus sahaja berbanding sasaran 30 peratus. Manakala bagi jawatan Timbalan Menteri, hanya 7 orang yang dilantik daripada jumlah 40 orang Timbalan Menteri. Jawatan yang diberikan pula tidak penting iaitu Kementerian Pembangunan wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Pelancongan.
"Apakah tiada wanita yang layak untuk memimpin kementerian yang lebih signifikan peranannya seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ataupun Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri? soal Zuraida. Beliau membandingkan dengan pengiktirafan peranan wanita yang dilakukan oleh pentadbiran negeri selangor. Daripada 11 orang ahli exco 4 adalah wanita. "Dalam konteks pemerintahan Pakatan Rakyat, Negeri Selangor telah menunjukkan tauladan serta kepercayaan kepada kebolehan wanita. Empat daripada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri adalah wanita dan ini merupakan bukti kepada kesungguhan politik (political will) dan bukan hanya cakap kosong sahaja. " ujarnya.
Zuraida mencabar BN agar mengotakan janji untuk memartabatkan wanita di dalam pembentukan kabinet negara dan di peringkat pentadbiran awam. "Wanita PKR menggesa dan sangat berharap agar Senator Datuk Shahrizat Jalil menunaikan janjinya kepada wanita di seluruh Malaysia dengan memastikan sekurang-kurangnya 8 orang Menteri Kabinet dan 12 Timbalan Menteri adalah dari golongan wanita.
"Seturusnya dituruti ke peringkat pegawai-pegawai kerajaan dan kakitangan pentadbiran lainnya. Sekiranya BN kekurangan calon yang bersih dari rasuah dan salah guna kuasa, berkaliber serta professional maka beliau wajarlah menunjukkan kematangan politik dengan melibatkan sejumlah 11 orang wakil rakyat wanita dari gagasan Pakatan Rakyat di Parlimen untuk berkerjasama dalam hal ini," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan