Khamis, 12 November 2009

TERNANTI NANTI APA LAGI PENJELASAN SPRM



Nah, semalam Sdr Sivarasa Rasiah mengemukakan seorang lagi saksi utama kes VK Lingam. Bekas setiausaha Lingam itu, Jayanthi Naidu mengaku mengatur percutian mantan Ketua Hakim Negara ke New Zealand bersama bekas majikannya. Pendedahan ini jelas menconteng arang reputasi serta integriti institusi Dewan Rakyat apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengemukakan kenyataan yang bercanggah, kononnya sukar mengesan saksi utama. Ternanti nanti apa pula penjelasan SPRM. Pastinya, rakyat muak dengan segala pembohongan ini.

Ilmu kurang besarlah lagak
Tiada lawan besarlah mulut
Bersua kita putihlah tapak
Semangat lembik gementarlah lutut

Sudahlah semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberi jawapan yang tidak bertanggungjawab sehingga bolehlah dianggap menghina institusi mahkamah syariah. Datuk Jamil Khir menjelaskan kes saya di mahkamah syariah ditangguhkan demi menunggu keputusan mahkamah sivil. Mengapa menteri yang sepatutnya menjaga urusan agama seumpama tidak yakin dengan keadilan Islam. Malahan ini memberi gambaran menteri mencampuri dan menunjuki urusan mahkamah.Manakala fitnah terus dilemparkan kononnya enggan mengangkat sumpah, saya menyambutnya dengan menfailkan tuntutan qazaf sesuai dengan lunas dan prinsip syariah. Mengapa bertangguh lagi? Pendapat ulama muktabar; Syeikh Yusuf al Qaradawi, Syeikh Taha Jabir, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, mantan mufti Dato’ Hashim Yahaya dan Ustaz Haron Din jelas menasihati agar diadili di mahkamah syariah sesuai dengan tuntutan al Quran dan Sunnah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan