Selasa, 4 Mei 2010

PENGKHIANAT MENGAKU BAIK

"Najib menyindir Pakatan Rakyat semasa berucap di Sibu, Sarawak. Dia membayangkan seolah-olah Pakatan Rakyat tidak pandai berpolitik kerana menggunakan taktik jahat. Katanya lagi, BN akan tunaikan janji untuk memacu kemajuan kawasan dan negara.

Sesiapa juga yang mendengar kenyataan itu akan rasa terpesona. Namun, semua rakyat sudah tahu BN bermain kotor bukan sahaja di Hulu Selangor malahan juga di tempat-tempat lain sebelum ini.

BN tidak akan berjaya untuk berlindung di sebalik sehelai lalang tentang hal ini. Mereka menyogok wang kepada pengundi setiap kali pilihan raya diadakan, tidak kira PRK ataupun PRU. Aktiviti merasuah dan membeli undi ini dipandang sebelah mata sahaja oleh SPRM. Jumlah wang yang beredar itu banyak jumlahnya, puluhan dan ratusan juta ringgit.

BN tidak pernah menunjukkan sikap gentleman apabila menang atau kalah dalam sesuatu pilihan raya. Semasa kalah di Bukit Gantang, mereka mengutuk kaum Cina sebagai tidak tahu berterima kasih walaupun diberi bantuan berjuta-juta ringgit hanya sanya kerana memangkah Pakatan Rakyat. Semasa menang di Hulu Selangor, mereka terus mengutuk kaum Cina yang memberi undi kepada Pakatan Rakyat.

BN bukan pejuang demokrasi. Mereka mahu rakyat mengundi BN sahaja dalam pilihan raya. Jika begitu kehendaknya, Malaysia perlu menggunakan sistem satu parti. Habis cerita.

Kutukan terhadap orang Cina akan berterusan selagi BN gagal menawan hati kaum Cina. Kutukan terhadap kaum India kini dihentikan kerana dikatakan kaum ini telah kembali kepada BN. Sebelum ini, kaum India juga menerima kutukan yang serupa dengan kaum Cina. Namun demikian, masih terdapat ramai kaum India yang menyokong Pakatan Rakyat. BN masih gagal menguasai kaum India sepenuhnya.

Sikap UMNO-BN memang aneh. Pemimpin mereka tidak menerima perbuatan seumpama itu sebagai rasis. Alasan yang diberikan ialah mereka tidak pernah melakukan pembersihan etnik seperti yang pernah berlaku di Eropah. Yang mereka lakukan ialah mempamerkan rasa sayangkan bangsa, membanggakan bangsa, dan membela bangsa.

Mereka lupa bahawa bahawa merekalah yang mengkhianati bangsa mereka sendiri selama lebih daripada 50 tahun. Beranikah pemimpin UMNO mengeluarkan kenyataan bahawa setelah Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional, dan Dasar Wawasan Negara dilancarkan, orang Melayu sudah setanding dengan orang Cina? Jika tidak berani usahkan cakap berdegar-degar di khalayak ramai kerana orang akan mengecap anda dengan kutukan "Kokok berderai-derai, ekor bergelumang taik"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan