Isnin, 19 Disember 2011

RUHANI BEKAS KETUA PUTERI JAWAB TOMOHAN.

SETIU – Ruhani Hassan, bekas Ketua Puteri Umno Kampung Banggol Donas yang telah mengisytharkan keluar Umno dan menyertai PAS pada 9 Disember lalu, menjawab segala tohmahan yang dlemparkan keatas beliau.

Beliau dengan tegas menolak segala tuduhan dan menyatakan isu besar beliau serta 80 orang yang lain menyerta PAS adalah kerana rumah mereka bakal drobohkan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Rumah kami bakal diroboh, melibatkan 22 buah rumah kediaman di kampong Banggol Donas, hanya untuk pembinaan susur (keluar) lebuhraya dari Jeram ke Teluk Pasu, inilah isu yang kami cetuskan,”jelasnya ketika berucap dalam satu majlis penerangan di Kampung Maras, Batu Rakt dekat sini, Jumaat 16 Disember.

Menceritakan perjuangan beliau, Ruhani bekata beliau telah dilantik sebagai ketua puteri dan ahli jawatankuasa Umno Bangol Donas dari tahun 2000 hingga 2008. Katanya, pada awal tahun 2008, beliau pernah membawa isu rumah penduduk yang bakal diroboh untuk dibncangkan dalam mesyuarat cawangan, namun ditolak tanpa sebarang alasan.

Beliau memberontak meninggalkan mesyuarat lalu tawar hati dengan Umno kerana menurutnya pimpinan dan kerajaan Umno adalah ‘tuli’, tidak mahu mendengar masalah yang dialami ahli-ahlinya. “saya memberontak dan meninggalkan majls tersebut. Inilah titik tolak puncanya saya tidak berpuas hati dengan Umno (yang) tidak mahu mendengar masalah yang dialami ahli-ahlinya,“ inilah dasar kerajaan (Umno yang) pekak, kerajaan tuli sebenarnya!,”katanya.

Menurutnya, belau dan rakan-rakan yang bersepakat untuk membantah projek tersebut telah mengalami pelbagai dugaan dan cabaran. Katanya, kerajaan Umno bukan sahaja menggunakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung sebagai alat untuk mengugut, bahkan memperalatkan para pegawai dan pasukan keselamatan.

“kami bersepakat membantah pengambilan tanah yang tidak mengikut peraturan, bermacam-macam dugaan dan cabaan yangkami hadapi tanpa sebarang notis yang dikeluarkan,

“(namun) kontraktor terus membuat kerja dan menggunakan agen-agen seperti JKKK, pegawai pejabat tanah, tok penghulu, bahkan polis juga mereka bawa ke kampung kami, untuk memujuk, mengugut dan memperdaya orang kampung,”jelas Ruhani.

Beliau meluahkan perasaannya yang telah jemu, meluat, loya dan macam-macam lagilah rasa benci kepada Umno dan Barisan Nasional. Justeru, Ruhani dengan tegas menyatakan pendrian beliau dan rakan-rakannya, akan terus mempertahankan tanah mereka, walau apa jua halangan yang mendatang.

Beliau menyeru kepada seluruh rakyat supaya menolak Umno dan Barisan Nasional, memenangkan PAS serta Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang “apa pun halangan, kami tetap teruskan bantahan ini. Jemu, muat , loya dan macam-macam lagilah rasa benci kepada Umno semakin meluat-meluat, rasuah yang dibendung, salah guna kuasa, pembaziran duit rakyat,

“saya berikrar dalam diri saya akan menolak Umno dan marilah kita bersama-sama berganding bahu menentang kezaliman umno. Umno tidak lagi memenuhi (hati) rakyat Terengganu.

“Jangan mudah terpedaya dengan janji-janj yang dilafazkan (oleh Umno) kerana ini semua adalah gimik kepada (untuk) Umno untuk mencari kemenangan kepada PRU yang ke-13,”tegasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan