Assalamualaikum dan
Salam Sejahtera! Saya mohon agar rakyat Malaysia bertenang dan dapat
meluangkan 10 minit dari masa berharga anda untuk membaca luahan hati
saya agar rakyat faham mengapa saya bersungguh-sungguh dan beria sangat
ingin merebut Putrajaya. Jika saya
katakan ia bukanlah perjuangan peribadi bagi membela ketidakadilan yang
telah berlaku ke atas saya, pastilah ramai yang tidak akan percaya
dengannya. Oleh itu, saya mengambil keputusan menulis beberapa fakta
agar ia dapat meyakinkan rakyat bahwa saya ikhlas dan jujur
memperjuangkan nasib kita semua. Saya pernah dituduh liwat beberapa
tahun lalu dan mahkamah mendapati saya tidak bersalah atau lebih tepat
saya tidak melakukan perbuatan terkutuk itu sebagaimana yang didakwa
oleh musuh-musuh politik saya. Tidak cukup dengan itu, saya kemudiannya
diheret semula ke mahkamah dengan tuduhan lain pula. Kali ini mereka
mendakwa saya telah melakukan kesalahan ‘menyalahgunakan kuasa’. Saya
akui saya tersilap mempercayai anggota polis yang sering mengiringi saya
ketika itu. Saya telah meminta beliau menyiasat siapakah penulis buku
’50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi PM’. Hanya itulah kesalahan
yang mereka takrifkan sebagai ‘menyalahgunakan kuasa’ yang akhirnya
menyebabkan saya terpaksa meringkuk selama 6 tahun dalam penjara.
Bolehkah anda bayangkan perasaan saya dan keluarga ketika itu? Sebaik
keluar dari penjara, setelah 6 tahun menghabiskan sisa-sisa hidup dengan
pelbagai amalan keagamaan di dalam sana, saya amat bersyukur akhirnya
Tun Mahathir mengaku dalam satu sidang video bahwa beliau memang sengaja
mengada-adakan kesalahan saya bagi memastikan kerjaya politik saya
berkubur dalam penjara Sg.Buloh. Ramai rakyat yang telah tahu dan pernah
menonton video pengakuan Tun Mahathir ini. Anda juga boleh melihat
pengakuan Tun Mahathir di link youtube ini: http://www.youtube.com/ watch?v=aPKrsCqznS0
Apabila satu persatu tembelang BN terbongkar, mereka mulai berasa
kurang selesa serta risau dan mereka mula mengatur sebuah lagi fitnah
bagi ‘menyibukkan’ saya dengan sesuatu yang tidak pernah saya lakukan.
Tiba-tiba seorang pemuda mengaku diliwat oleh saya sehari selepas beliau
bertemu Dato Seri Mohd Najib di pejabatnya. Saya yang berada 6 tahun
dalam penjara seolah tidak pernah belajar bahwa ‘kebebasan’ itu adalah
nikmat yang harus saya syukuri. Saya sekali lagi terpaksa berhadapan
dengan kemelut yang amat memalukan saya dan keluarga. Saya ingin
bertanya, selama 6 tahun dalam penjara, berapa ramaikah banduan yang
telah saya liwat? Mengapa perlu tunggu keluar penjara untuk melakukan
perbuatan terkutuk itu? Saya sebenarnya tiada ruang untuk menjelaskan
kebenaran ini. Saya dinafikan keadilan. Saya juga turut dinafikan hak
bersuara di semua akhbar, stesen TV dan Radio milik BN. Saya tiada
tempat yang dapat menjelaskannya secara meluas kepada rakyat jelata.
Dimanakah dapat saya kemukakan bukti bahwa saya sungguh tidak pernah
melakukan perbuatan terkutuk itu? Mereka suruh saya buktikan di
mahkamah, sedang merekalah yang sebenarnya menguasai mahkamah. Ya benar!
Mahkamah kita masih belum bebas. Ia masih terus dikuasai sepenuhnya
oleh ‘orang’ yang berkuasa. Saya menolak untuk bersumpah kerana bukan
saya yang sepatutnya bersumpah, tetapi orang yang mendakwa diliwatlah
yang sepatutnya bersumpah laknat. Dia telah pun bersumpah dan biarlah
Tuhan sahaja yang melaksanakan laknat-Nya ke atas mereka yang bersumpah
bohong. Itu bukan lagi dalam kekuasaan saya. LA HAWLA WALA QUWATAILLAH
BILLAH. Jangan lupa, beberapa individu yang terbabit memfitnah saya
dahulu ada yang telah mati dengan tragis dan ada pula yang masih hidup
tetapi mengalami sakit yang aneh. Dan berhubung DNA pula, saya enggan
diambil sekali lagi sample DNA kerana mereka telah punyai DNA saya dalam
pertuduhan kes liwat yang pertama dahulu. Saya bimbang seandainya
mereka mempunyai muslihat jahat terhadap sample DNA terbaru itu nanti.
Saya harus lebih berhati-hati. Andaikata benarlah saya ini ‘kaki liwat’
sebagaimana fitnah mereka, bukankah molek jika ianya saya lakukan di
luar Negara. Saya mengajar di sebuah Universiti di Amerika Syarikat,
it’s a free country, jika benarlah saya ini kebulur sangat meliwat
seseorang, saya boleh melakukannya dengan sesiapa sahaja yang saya
ingini di sana. Mengapa harus saya lakukan perbuatan jahat itu di Negara
sendiri, di Negara yang mana saya berpolitik, berkeluarga dan mempunyai
ribuan kenalan dan sahabat handai. Ia tidak masuk akal dan tidak
munasabah. Ia satu fitnah jahat yang amat berat buat saya dan keluarga.
Justeru itu saya berazam untuk menyelamatkan Malaysia dari kejahatan
orang-orang yang jahat dan tidak berperikemanusian itu. Saya rela mati
kerana rakyat Malaysia. Hanya dengan menguasai Putrajaya sahajalah
segala tipu muslihat mereka dapat kita bongkar kepada umum. Masa itu,
anda nilailah sendiri dan saya akan memaafkan anda yang turut menuduh
dan memfitnah saya ketika ini kerana saya mengandaikan bahwa anda
‘jahil’ atau ‘tidak tahu’ ketika itu. Saya akan biarkan anda semua
berkesempatan bertaubat kepada Allah atas dosa dari kesalahan memfitnah
saya, yang disifatkan Allah dan Rasul-Nya sebagai lebih buruk daripada
membunuh satu jiwa mukmin. Berhubung pemilikan harta, setakat ini belum
ada bukti bahwa saya memiliki harta atau wang yang luar biasa banyaknya
samada dalam mahupun di luar negara. 9 tahun lamanya sebagai Menteri
Kewangan Malaysia serta Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ramai dari
kalangan pemimpin BN yang berpendapat adalah amat bodoh saya tidak
menggunakan kesempatan untuk 'membaham' khazanah negara ketika itu.
Memang benar ketika itu saya boleh sahaja melakukannya jika mahu, ia
adalah dalam bidang kuasa saya sebagai Menteri Kewangan Malaysia, namun
hukum Allah dan syariat Islamlah yang telah membendung saya dari
melakukan perbuatan khianat seperti itu kepada rakyat Malaysia. Kami,
pemimpin Pakatan Rakyat berjuang dengan menggunakan hasil pendapatan
masing-masing dan dari kemelut 'kekurangan dana' ini, akhirnya membawa
kepada keluarnya beberapa pemimpin yang 'kononnya' ingin berjuang
bersama tetapi rupanya mempunyai hasrat 'berbeza'. Pemimpin Pakatan
Rakyat yang bercita-cita jahat untuk meratah khazanah kekayaan negara
awal-awal lagi telah 'disingkir' oleh Allah Swt melalui ujian-ujian-Nya.
Antara mereka adalah Ezam Nor dan Zulkifli Nordin, sekadar menyebut
beberapa nama dari mereka. Syukur Alhamdulillah! Baiklah, setakat itu
sahaja yang dapat saya perjelaskan tentang apa yang telah berlaku kepada
saya selama ini. Saya ingin bertanya, apakah anda sebagai rakyat
Malaysia sanggup membiarkan orang yang paling bermotif membunuh, menjadi
PM? Jika anda sangsi dengan dakwaan saya bahwa mereka,
pemimpin-pemimpin BN terpaksa bersekongkol dengan perancang utama satu
plot pembunuhan hanya kerana ‘survival’ politik mereka, cuba anda
perhatikan fakta-fakta dan bukti-bukti di bawah ini:- PEMBUNUHAN
ALTANTUYA - WAJARKAH RAKYAT MENUTUP KES INI? Firman Allah surah An
Nisaa' (105): Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan
membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang
telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang
(orang-orang yang tidak bersalah), kerana membela orang-orang yang
khianat (lagi berdusta), Fakta Individu-individu yang terbabit secara
langsung @ tidak dalam kes Pembunuhan Altantuya: Altantuya Sharibuu @
Aminah bt. Abdullah adalah penterjemah Bahasa Perancis bagi urusan
pembelian kapal selam oleh Kementerian Pertahanan Malaysia melalui
'Perimekar' milik Penganalisis Strategi Ketenteraan Malaysia yang juga
merupakan teman baik Dato Seri Mohd Najib. Dato Seri Mohd Najib -
Menteri Pertahanan Malaysia / Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Abdul
Razak Baginda - Penganalisis Pertahanan kepada Kementerian Pertahanan
Malaysia / pemilik 'Perimekar'. Ketua Inspektor Hazilah Hadri - (UTK)
yang berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.
Koperal Sirul Azhar Umar - (UTK) juga berkhidmat sebagai 'body guard' di
pejabat Dato Seri Mohd Najib. Aziz Buyong - Kolonel Tentera / Pakar bom
C4. Abdullah Ahmad Badawi - Perdana Menteri Malaysia / Menerima Kertas
Siasatan dari Penyiasat Polis Tentera Malaysia (MP). Khairy Jamaludin -
Menantu Perdana Menteri Malaysia / Menyimpan Kertas Siasatan berkenaan
bagi tujuan survival politiknya setelah ketiadaan Pak Lah nanti. Rosmah
Mansor - Isteri Dato Seri Mohd Najib / Berada di tempat mayat diletupkan
dengan C4. Norhayati - Isteri Kolonel Aziz Buyong / Pembantu Khas
Rosmah yang turut berada di tempat kejadian letupan bom C4. Fakta-Fakta
lain dalam kes Pembunuhan Kejam Altantuya: Bom C4 milik Angkatan Tentera
Malaysia. Dua anggota UTK - Suspek utama pembunuhan adalah body guard
di pejabat Dato Seri Mohd Najib. Rekod Imigresen kemasukan Altantuya dan
sepupunya ke Malaysia di'lenyap'kan oleh seseorang dari Jabatan
Imigresen Malaysia dengan arahan orang-orang tertentu bagi menutup
konspirasi ini. Zahid Hamidi ketika mengambilalih tugas Menteri
Pertahanan Malaysia akhirnya terpaksa membuat kenyataan 'konon'nya
Angkatan Tentera Malaysia tidak memiliki Bom jenis C4 dan itu adalah
amat bercanggah dengan kenyataan sepanjang kes perbicaraan Pembunuhan
Altantuya di mahkamah. Atas arahan siapakah beliau 'berbohong' dan untuk
survival siapa? Keterangan-keterangan ringkas dan jelas: Ketua
Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari Unit Tindakan Khas, yang
juga merupakan ‘body guard’ Dato Seri Mohd Najib tidak pernah mengenali
Altantuya sebelum kejadian 'bunuh' itu dan tidak langsung mempunyai
'motif' untuk membunuh model berkenaan tetapi mereka berdua mungkin
telah diarah oleh sesorang 'yang berkuasa' untuk melaksanakan
kerja-kerja pembersihan dalam konspirasi pembunuhan ini. Mereka berdua
akhirnya didapati bersalah oleh mahkamah kerana membunuh dengan niat dan
dijatuhi hukuman mati oleh hakim mahkamah. Mereka ini jelas telah
'dikambing hitamkan' oleh pihak tertentu dalam usaha menutupi pekung
'pengarah sebenar konspirasi' pembunuhan Altantuya. Abdul Razak Baginda
memang mempunyai motif untuk membunuh Altantuya kerana beliau
dilaporkan 'kononnya' adalah pasangan kekasih kepada model ini dan
kedatangan Altantuya dengan sepupunya Burmaa Oyunchimeg adalah
'kononnya' untuk mengambil komisyen berjumlah US500 ribu yang dijanjikan
kepadanya seandainya pembelian kapal selam itu terlaksana. Adalah
difahamkan bahwa Syarikat milik Abdul Razak Baginda 'Perimekar' menerima
komisyen jualan sebanyak RM4.7 billion dari kerajaan Malaysia melalui
Kementerian Pertahanan Malaysia, hasil dari kejayaan dalam urusan
pembelian 3 buah kapal selam dari Perancis untuk kegunaan Tentera Laut
Malaysia. Anehnya Abdul Razak Baginda kemudiannya didapati tidak
bersalah dan dia dibebaskan sepenuhnya dari pertuduhan membunuh kerana
dilihat tiada mempunyai kuasa untuk 'mengarah' suspek utama kes, yakni
Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari UTK untuk melakukan
pembunuhan mangsa (Altantuya). Jadi siapakah yang mempunyai kuasa
ketika itu? Jika diamati serta diperhalusi, 'orang yang tak berapa nak
cerdik' pun boleh menilai fakta ini dengan baik. Cuba lihat rantaian
fakta ini bagi mengaitkan siapa jua yang bermain di minda anda sebagai
'suspek sebenar' yang bertindak sebagai 'pengarah operasi' permbersihan
nama baik seorang PEMBESAR dalam kes pembunuhan ini. Siapakah PALING
BERMOTIF untuk membunuh Altantuya selain Abdul Razak Baginda? Dan fakta
yang paling penting untuk kita perhalusi adalah siapakah yang berkuasa
atau mempunyai kuasa untuk mengarah dua orang UTK (Pengawal peribadi
Dato Seri Mohd Najib - Hazilah dan Sirul) serta Pakar Bom C4 tentera
(Kolonel Aziz Buyong)? Siapakah pula yang berkemungkinan mempunyai
pengaruh dalam 'melenyapkan' rekod kemasukan Altantuya ke Malaysia?
Sudah tentulah ia melibatkan sesuatu yang AMAT BESAR sehingga perlu
dihapuskan wanita 'berbahaya' ini. Siapakah pengarah sebenar dalam
konspirasi pembunuhan ini? Apakah motif sebenar nya? Apa jua jawapan
yang bermain di'minda fikiran' anda, simpan dahulu untuk telahan fakta
berikutnya. Dato Seri Mohd Najib kemudiannya bersumpah bahwa beliau
tidak pernah mengenali dan tiada kaitan samada secara langsung atau
tidak dengan Altantuya. Sedangkan umum akhirnya mengetahui bahwa
Altantuya rupanya adalah 'Perterjemah Bahasa Perancis' yang diguna pakai
ketika berlangsungnya urusan pembelian kapal selam berkenaan. Ini
menyebabkan Dato Seri Mohd Najib 'terpaksa' juga mengenalinya walaupun
dia ingin sangat agar rakyat tahu 'konon'nya dia tidak pernah mengenali
Altantuya. Fakta ini bukan omong kosong. Ia turut dinyatakan di mahkamah
dalam sebutan kes yang berlangsung di Paris, Perancis berhubung
penipuan yang berlaku dalam skandal penjualan dan pembelian kapal selam
itu. Menambah buruk persepsi itu adalah apabila sepupu Altantuya,
Burmaa Oyunchimeg mengemukakan bukti bergambar di mahkamah ketika
diminta memberi keterangan. Bukti itu adalah gambar Abdul Razak Baginda,
Dato Seri Najib dan Altantuya sedang menjamu selera di sebuah restoran
eksklusif. Ya lah! Takan hanya kerana keluar makan bersama sahaja terus
hendak dikaitkan beliau sebagai pembunuh, itu tidak adil dan zalim
namanya. Cuma yang jelas di sini adalah Dato Seri Mohd Najib telah
bersumpah 'bohong'. Dia sebenarnya memang mengenali Altantuya. Kenapa ia
seakan hendak di’sembunyi’kan dari rakyat Malaysia? Pasti ada sebab
BESAR disebalik semua itu. Baiklah, sekarang amati pula dari sudut
berbeza, Abdul Razak Baginda hanya perlu melunaskan US500 ribu atau
hanya kira-kira RM1.6 Juta sahaja berupa komisyen kepada Altantuya. Dan
jika mengambil kira jumlah komisyen yang dimilikinya iaitu RM4.7 billion
(Ringgit Malaysia Empat Ribu Tujuh Ratus Juta), jumlah RM1.5 juta itu
amatlah kecil dan boleh dilunaskannya pada bila-bila masa sahaja. Sekali
lagi, Abdul Razak Baginda dilihat tiada sebab atau motif kukuh untuk
membunuh 'kekasih gelap'nya itu (Altantuya), dan lebih meyakinkan adalah
beliau juga dilaporkan tidak berupaya atau tidak mempunyai kuasa bagi
mengarah suspek-suspek yang terdiri dari Ketua Inspektor Hazilah,
Koperal Sirul dan Kolonel Aziz untuk melaksanakan tugas-tugas
'pembersihan' itu. C4 adalah bom milik Angkatan Tentera Malaysia, dan
harus diingat Dato Seri Mohd Najib Razak adalah Timbalan Perdana Menteri
merangkap Menteri Pertahanan Malaysia yang berkuasa penuh terhadap apa
jua aktiviti Angkatan Tentera Malaysia. Dari semua fakta ringkas di
atas, anda pasti sudah boleh mengagak serta mengetahui siapakah KETUA
sebenar dalam 'KONSPIRASI PEMBUNUHAN KEJAM' ini. Demi survival politik
dan survival parti, 'orang yang zalim' ini terpaksa dilindungi oleh
orang-orang besar parti yang lainnya. Apakah anda mengandaikan semua
barisan kepimpinan BN itu 'bodoh', 'buta' dan tidak mengetahui tentang
hal sebenar ini? Tidak, mereka semua bukanlah orang-orang yang bodoh,
malah mereka bijak berpolitik dan tahu apa sebenarnya yang sedang
berlaku. Jika begitu, jika benar mereka semua tahu, mengapa pula mereka
beria-ia menyembunyikan fakta sebenar dan sekaligus mempertahankan
'orang yang zalim' ini? Nyatanya, semua ketumbukan kepimpinan BN
sebenarnya amat sedar dan tahu akan kebenaran ini, namun mereka jauh
menyedari serta tahu bahwa menyelamatkan 'orang zalim ini' adalah sama
seperti menyelamatkan kedudukan mereka sendiri. Mereka sedar seandainya
jatuh 'orang yang zalim' ini, maka hancur berkecailah keseluruhan
empayar yang telah mereka bina selama ini. Justeru itu, mereka tiada
pilihan lain kecuali berusaha mempertahankan juga 'orang yang zalim' ini
sekalipun terpaksa 'membohongi' rakyat jelata. Tidak mungkin mereka
mahu melihat Pakatan Rakyat menguasai PUTRAJAYA hanya kerana kesilapan
yang dilakukan oleh 'orang yang zalim' ini. Mereka 'terpaksa' jua
mengangkat 'orang yang zalim' ini sebagai pemimpin mereka, walaupun hati
mereka jelas menolaknya. Sayang sekali mereka semua terlupa pada Tuhan.
Mereka terlupa bahwa Tuhan Maha Mengetahui apa sahaja yang mereka
nyatakan atau sembunyikan dalam hati mereka. Mereka lupa bahwa mereka
kelak akan tetap didatangi oleh Malaikat Maut. Mereka berusaha dan cuba
untuk melupakan semua kemelut itu demi kehidupan dunia yang fana ini.
Ada di antara mereka yang telah menerima 'hukum' Allah yakni mati, namun
yang masih hidup terus leka dan lalai dengan segala macam imbuhan
duniawi yang diterima mereka dari 'orang yang zalim' itu. Kehidupan
dunia ini adalah segalanya bagi mereka-mereka ini. Mereka tahu ada
akhirat menanti tetapi mereka berasa 'yakin' kononnya mereka berada di
pihak yang benar dan akan 'terselamat' dari api neraka. Mereka bersangka
baik terhadap harapan palsu yang dijanjikan syaitan buat mereka dan
penyokong-penyokong mereka. Sedang mereka dan penyokong mereka
bersekongkol dengan 'orang yang zalim' itu, Allah juga mempunyai
rancangan-Nya. Dan sudah tentulah perancangan Allah jauh lebih baik dari
ciptaan-Nya. Apa boleh buat saudara, kita terpaksa menunggu sehingga
ke hari pembalasan, yakni akhirat, bagi melunaskan semua yang kita
persangkakan. Takan kita semua mahu turut serta bersama mereka dalam
menyokong 'orang yang zalim' itu. Mereka sendiri pun sebenarnya
'terpaksa' menyokongnya demi survival politik sempit mereka. Ayuh rakyat
Malaysia, berfikir dan bertindaklah dalam Pilihanraya Umum nanti. Mari
kita tegakkan kebenaran dan keadilan buat semua. Kita tunjukkan bahwa
rakyatlah yang paling berkuasa, dan bukan mereka para pemimpin yang
jahat itu. Important link to the case: http://en.wikipedia.org/wiki/ Murder_of_Shaariibuugiin_Altant uyaa
Harus diberi perhatian serius bahwa Allah dan Rasul-Nya telah acap
kali mengingatkan dan memberi amaran kepada kita agar berwaspada
terhadap suatu zaman di mana pemimpin yang dusta itulah yang akan
'dipercayai' dan diberi kuasa. Ia sedang berlaku sekarang dan kita 'yang
diberi hidayah Allah' mudah membezakan antara penyokong yang melakukan
kebaikan (amal makruf) dengan mereka yang melakukan kebathilan (Mungkar)
Firman Allah surah Al Maa-idah (51): Hai orang-orang yang beriman,
janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani (yakni orang
yang suka berdusta) sebagai pemimpin-pemimpin (mu), sebahagian mereka
adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu
mengambil mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk
golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada
orang-orang yang zalim. Hadis Rasulullah Saw pula menegaskan bahwa:
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan
datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang
berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan
kedustaan mereka dan membantu (mendukung/menyokong) tindakan mereka yang
berbuat aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku
daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada
di syurga)”.- Hadis Riwayat Tirmizi, Nasae’i dan Hakim. Sudah jelas
bahwa Allah dan Rasul-Nya melaknati orang-orang yang berdusta dan
berbuat aniaya. Malah penyokong-penyokong yang mendukung aspirasi
pemimpin-pemimpin jahat itu juga nantinya akan turut sama terpelosok di
kancah neraka jahannam. Pasti akan ada kelompok ini yang bertanya:
"Bagaimana pula dengan ustaz-ustaz dan ulama UMNO?. Apakah mereka ini
turut bernasib malang dan terpaksa menghuni neraka jahannam?". Jawapan
saya 'itu semua, keputusan ke mana mereka akan dikembalikan kelak, kita
serah bulat-bulat kepada Allah Azzawajalla sahaja'. Bukan kita yang
berhak menentukan ke mana kembalinya mereka nanti. Namun, di sebalik
penyerahan tawakal kepada Allah, kita harus faham bahwa Rasulullah Saw
diutus bagi menyempurnakan akhlak kita semua. Dalam sirah nabi banyak
sekali dipaparkan kisah-kisah bagaimana Rasulullah Saw bukan sahaja
bijak dalam ilmu agama, malah Baginda amat arif menilai akhlak
orang-orang di sekelilingnya. Baginda mengajar semua khalifah dan umat
ketika itu bagaimana dapat mereka mengenali samada orang itu berakhlak
terpuji atau sebaliknya. Ini bermakna, mereka para ustaz dan ulama bukan
sahaja perlu menilai pemimpin dari sudut agamanya sahaja, akhlak
pemimpin itu turut menjadi faktor utama dalam penilaian mereka sebelum
seseorang pemimpin itu wajar disokong. Seharusnya itulah yang menjadi
panduan ustaz-ustaz dan Ulama UMNO di dalam menentukan sokongan mereka.
Menyokong membabi buta akan menyebabkan mereka terdedah untuk menerima
nasib yang sama dengan kelompok ini kelak. Rasulullah Saw telah bersabda
dalam banyak hadis yang saya rangkumkan peringatannya, antara lainnya
untuk mengenali akhlak seseorang yang baik itu ada beberapa ciri utama:-
1. Pertama lihat suaminya samada dia bersolat fardhu di masjid atau
tidak? 2. Kemudian lihat isterinya, apakah dia menutup aurat atau tidak?
3. Kemudian lihat pula anak-anak gadisnya, apakah mereka menutup aurat
atau tidak? 4. Lihat bagaimana mereka sekeluarga berbelanja, apakah
mereka boros atau tidak? Walaupun banyak lagi ciri-ciri lain, solat
fardhu umpamanya, boleh dilakonkan watak itu dikhalayak ramai oleh
seorang munafik kerana kekerapan bersama dilihat menjadi faktor ia mudah
dilakonkan. Jadi, memadai melihat 4 ciri di atas yang ditekankan
Rasulullah saw, yang saya rasa amat sukar untuk dilakonkan kerana ia
memerlukan seseorang itu istiqamah dalam perilakunya itu. Itulah yang
harus dinilai terlebih dahulu agar kita dapat menetapkan kaedah menilai
individu pemimpin berkenaan seterusnya. Akhirkata, saya menyeru kepada
semua rakyat Malaysia, marilah kita 'share' amanat ini di kalangan
fb'ians' dan teman kita semua di luar sana, samada dengan mencetak dan
mengedarkan amanat ini kepada keluarga serta semua sahabat handai atau
mencetak dan mengedarkan ia di kampung-kampung, di mana maklumat
ter'sekat' oleh pembangunan yang sengaja di'tahan' ke sana oleh
pemimpin-pemimpin tertentu. Jika bukan saya serta pemimpin-pemimpin
lain dalam Pakatan Rakyat yang bangkit memperjuangkan nasib kita semua,
andalah yang terpaksa bangkit dan berjuang bersama demi kesejahteraan
generasi anak-anak kita yang akan datang. Ayuh! Marilah kita semua
'Gegakkan Gempita' kerana semboyan telahpun berbunyi. Setiap dari kita
rakyat Malaysia berkewajipan mencanang semboyan ini kepada
sekurang-kurangnya ahli keluarga terdekat. Andaikata anda berkuasa
melakukan lebih dari itu, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih
yang tidak terhingga. Berilah peluang kepada Pakatan Rakyat menguasai
Putrajaya pada PRU ke 13 nanti. Saya akan pastikan semua mereka yang
boros membelanjakan wang rakyat termasuk Rosmah Mansor yang sanggup
membeli sebutir cincin berlian berharga RM24juta di kala rakyatnya ada
yang masih hidup dalam kemiskinan dan ahli keluarga kepada Ketua Wanita
UMNO Shahrizat Jalil yang tergamak membelanja sampai RM250 juta wang
dana Tabung Makanan kita dalam skandal NFC di bawa ke muka pengadilan.
Janganlah 'terpedaya' atau 'diperbodohkan' lagi hanya kerana 'sogokan'
wang RM100, RM500 dan beberapa ratus lagi menjelang pilihanraya yang
akan di'saji'kan oleh pemimpin-pemimpin BN. Lihat angka yang mereka
'baham'. angka yang diberikan kepada anda amatlah kecil berbanding
jumlah yang mereka ambil tanpa restu anda semua. Nasihat saya, anda
ambillah wang itu kerana wang itu memang milik rakyat dan bukan milik
mereka, kemudian undilah Pakatan Rakyat dalam PRU-13 nanti. Pakatan
Rakyat akan pastikan mereka-mereka yang bertanggungjawab atas setiap
kesalahan mereka itu menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan
yang telah mereka lakukan kepada negara dan rakyat Malaysia. Bangkitlah
wahai rakyat Malaysia!!! Oleh: Anwar Ibrahim
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan