Rabu, 26 Oktober 2011

LAPORAN AUDIT MALAYSIA YANG TV3 LUPA NAK SAMPAIKAN


Laporan Audit Malaysia Yang TV3 Lupa Nak Sampaikan apabila hanya rupanya di dalam Malaysia ini hanya 3 buah negeri sahaja yang diaudit iaitu Kelantan, P.Pinang, dan Selangor di burukan oleh tv 3, sedangkan perkara yang lagi penting dari itu mereka tidak sampaikan kepada rakyat Malaysia.

1- Kerajaan didesak perjelas projek lembu RM250j Kerajaan diminta menjelaskan kegagalan projek RM250 juta Pusat Feedlot Kebangsaaan yang dikaitkan dengan seorang menteri Umno yang dikatakan gagal walaupun menelan belanja besar.

2- RM770,000 untuk bekalkan elektrik kepada satu rumah Tenaga Nasional Berhad (TNB) membelanjakan RM770,000 untuk membekalkan tenaga elektrik kepada sebuah rumah di bawah Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), dedah Laporan Ketua Audit Negara.

3- Audit: Projek komputer sekolah di Sabah gagal Projek makmal komputer sekolah harian di Sabah yang bernilai RM160.74 juta yang bertujuan membina bangunan, membekalkan dan pemasangan perabot dan peralatan ICT didapati telah gagal mencapai objektifnya, dedah Laporan Ketua Audit Negara 2010.

4- Kem tentera RM214 juta tak lengkap tapi mulai rosak Projek pembinaan Kem Muara Tuang, Sarawak yang selesai pada Februari tahun lalu, masih belum lengkap dan beberapa kecacatan serta kepincangan mula terserlah, kata Laporan Ketua Audit Negara 2010.

5- Audit: Lebuhraya Senai-Desaru gagal ujian jalan Laporan Ketua Audit Negara 2010, berhubung pengauditan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mendapati beberapa kontraktor telah membina lebuhraya Senai-Desaru di beberapa bahagian dengan turapan Dense Bituminous Macadam (DBM) yang kurang daripada ketebalan minimum 95 mm.

6- Harga binokular 'zoom' 29 kali lebih tinggi Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan RM56,350 bagi sepasang ‘binokular marin’ atau teropong visi malam, 29 kali lebih tinggi daripada harga pasaran bernilai RM1,940, dedah Laporan Ketua Audit 2010.

7- Keuntungan syarikat dikuasai kerajaan susut Empat puluh peratus daripada syarikat-syarikat yang dikawal oleh Kementerian Kewangan – atau 19 daripada 47 syarikat-syarikat seumpama ini mengalami kerugian pada tahun 2009, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010.

8- Menteri dicabar jelas RM110 juta untuk petani PKR Selangor mencabar Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar memberi penjelasan berhubung ketirisan peruntukan RM110 juta untuk diberikan petani, seperti dinyatakan dalam Laporan Audit Negara.

9- Mara ditegur beli peralatan pada harga tinggi Di sebalik membelanjakan peruntukan RM54 juta untuk menyediakan kursus latihan bagi golongan miskin tegar, Majlis Amanah Rakyat (MARA) membelanjakan wang untuk mendapatkan peralatan tertentu – seratus peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran.

10-MSN 'perkudakan' peruntukan RM5.66 juta Lapan belas daripada 23 kuda baka khas yang dibeli oleh Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menyertai pertandingan ekuestrian dan sukan lasak terpaksa diagihkan kepada pelbagai jabatan kerajaan kerana kuda-kuda yang dibeli pada 2008 itu gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa atau Federation Equestre Internationale.

Ternyata dan telah terbukti Bulitin Utama TV3 Memanglah Aset Dan Tunggangan Kerajaan BN, Ia Tidak Sesuai Lagi Di Boikot, Sepatutnya Peperanagan Psychology Patut Dilancarkan, Diatas Sikap Berat Sebelah dan Tidak Bertangungjawap Mereka.

KITA SEMUA MEMANG PATUT BOIKOT BULITIN UTAMA TV3.

Selasa, 25 Oktober 2011

BARANG AUDIT 1 MALAYSIA

Really Barangan Audit 1 Malaysia yang dibelanjakan kerajaan Malaysia amat menunjukan tanformasi Gagasan Satu Malaysia begitu produktif. Perbelanjaan yang amat menjimatkan dan memberi keutamaan kepada Rakyat Satu Malaysia.

Berikut adalah beberapa barang yang di maksudkan.

sumber dari keadilandaily

Jika kita perhatikan harga dari graf di atas, sepatutnya barangan yang digunakan mestilah lebih baik dan benda benda yang dibeli boleh memudahkan pekerja dari sektor awam menjalankan pekerjaan mereka dengan lebih produktif dan baik.

Akan tetapi, kerajaan Malaysia mungkin tidak bijak dalam merunding harga, sehinggakan mereka diperBODOHkan dengan baik oleh syarikat syarikat yang mengeluarkan barangan tersebut.

Antara barang barang yang mereka beli dalam harga pasaran:

Harga 1 Malaysia RM 11,845.00

Harga Sebenar Paling Mahal RM 3,428.00

Jimat RM 8,417.00

(Spek asal tak diberi, jadi saya search Spek yang tercanggih dan bersesuaian dalam pasaran)

Harga 1 Malaysia RM 16,100.00

Harga Sebenar Paling Mahal RM 2182.00

Jimat RM 13, 918.00

( Spek asal tak diberi, jadi saya search Spek yang tercanggih dan bersesuaian dalam pasaran)

Harga 1 Malaysia RM 47,725.00

Harga Sebenar Paling Mahal RM 8,225.00

Jimat RM 39,470.00

( Spek asal tak diberi, jadi saya search binoculars yang canggih dan bersesuaian dalam pasaran)

Harga 1 Malaysia RM 56, 350.00

Harga Sebenar Paling Mahal RM 8,140.00

Jimat RM 48,210.00

( Spek asal tak diberi, jadi saya search Spek yang tercanggih dan bersesuaian dalam pasaran)

Harga 1 Malaysia RM 4323.00

Harga Sebenar Paling Mahal RM1561.00

Jimat RM 2763.00

Terima Kasih kepada KERAJAAN BN/UMNO kerana berjimat semasa membeli....

Ahad, 16 Oktober 2011

HUDUD : MALAYSIA PATUT CONTOHI BRUNEI


KUALA LUMPUR, 14 Okt: Muslimat PAS menyokong penuh titah Sultan Brunei agar pemerintah negara itu melihat keperluan untuk melaksanakan undang-undang syariah dengan segera,serentak dengan undang-undang sivil di negara itu.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof sambil mengucapkan tahniah kepada Sultan Brunei berkata, negara-negara Islam yang lain khususnya Malaysia seharusnya mencontohi Sultan Brunei yang prihatin terhadap tuntutan Islam.

"Saya bagi pihak Dewan Muslimat mengucapkan syabas di atas kesungguhan dan ketegasan Sultan Brunei dan ia seharusnya dicontohi oleh Raja-Raja yang lain," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Kelmarin, Sultan Brunei yang bertitah di mesyuarat Majlis Agama Islam di negaranya berkata, perlaksanaan undang-undang Islam tidak harus lagi ditangguh lebih lama kerana kelengkapan untuk melaksanakannya sudah ada.

Akta Jenayah Islam jika difahami dengan betul ujarnya, adalah yang terbaik kerana ia datang dan dicipta oleh Allah Yang Maha Kuasa dan tidak manusia.
Siti Zailah turut berkata, sekiranya sesebuah negara Islam itu berjaya melaksanakan undang-undang Islam dalam negaranya, ia dengan sedirinya akan memartabatkan golongan istana kerana Sultan merupakan ketua agama Islam.

"Sekiranya terlaksananya undang-undang syariah ini ,ia sebenarnya akan memartabatkan lagi kedaulatan Raja-Raja yang menerima mandat yang besar ini," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang.

Undang-undang syariah pelihara wanita

Sementara itu, menurut Siti Zailah juga, umat Islam khusunya golongan wanita tidak seharusnya ragu-ragu dengan pelaksanaan undang-undang Islam kerana ianya adil kepada semua.

Katanya, melihat kepada kejadian jenayah yang kebanyakannya melibatkan wanita, dan seolah-olah tidak terbendung lagi, amat sesuai jika undang-undang Islam dilaksanakan ketika ini.

"Undang-undang Islam ini adil dan memelihara maruah wanita itu sendiri.

"Selama ini kita melihat ekspolitasi terhadap maruah wanita, dan purata dalam sehari 10 wanita dirogol dan kes-kes yang melibatkan rompakan, ragut, simbah asid, kebanyakan mangsanya ialah wanita.

"Dengan adanya undang-undang Islam akan menimbulkan rasa gerun orang untuk melakukan kejahatan," katanya sambil berkata skop Mahkamah Syariah di negara ini sangat kecil iaitu merangkumi hal-hal kekeluargaan dan rumah tangga sahaja.

Di samping itu katanya, orang bukan Islam akan turut berasa selamat dengan keadilan undang-undang syariah ini.

"Secara kasar, golongan bukan Islam banyak memiliki harta kekayaan jadi dengan adanya undnag-undang syariah yang dapat membendung kejadian curi dan rompak, mereka rasa selamat dalam menjaga harta benda,

Ahad, 25 September 2011

HUDUD : MENGAPA PAKATAN RAKYAT PERLU MELATAH ?

Kadang-kadang apabila difikirkan, memang letih melayan karenah ahli-ahli politik Malaysia, tidak kira dari mana parti sekali pun. Telatah mereka seolah-olah tidak menggambarkan cita-cita rakyat, sebaliknya sibuk dengan agenda peribadi masing-masing.

Isu terbaru tentang hudud, atau lebih tepat lagi, isu yang dikitar semula dari semasa ke semasa, lebih mencerminkan permainan politik daripada penegasan mengenai akidah atau agama.

Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad yang sentiasa dahagakan publisiti mencabar PAS supaya melaksanakan hudud di Kelantan, kepimpinan parti itu menempelak bekas Perdana Menteri yang telah menghantar suta pada 1994 mengugut mahu mengambil tindakan undang-undang jika Kelantan bertegas mahu melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (II) berkaitan hukum hudud.

Apabila Pengerusi DAP Karpal Singah menolak pelaksanaan hudud kerana bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dilaporkan berkata beliau rela jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat kalau tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu melaksanakan hukum hudud.

Maka ghairahlah pecacai UMNO, termasuk media kawalan mereka serta blogger upahan, memulakan serangan terhadap Pakatan Rakyat terhadap apa yang digambarkan sebagai keretakan dalam Pakatan.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menyokong hasrat PAS Kelantan walau pun menambah bahawa undang-undang hudud itu perlu melindungi hak bukan Islam, di samping menegaskan perkara itu tidak pernah dibincangkan oleh pucuk pimpinan Pakatan Rakyat.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menyatakan UMNO tidak pernah menolak hudud, cuma keadaan sekarang tidak sesuai untuk dilaksanakan hukun jenayah cara Islam itu.

Baru sahaja para penyokong dan blogger upahan UMNO memulakan serangan terhadap Pakatan, tiba-tiba MCA pula mengugut untuk keluar dari Barisan Nasional jika UMNO mahu melaksanakan hukum hudud.

“Pendirian kami sangat jelas. UMNO mahu melaksanakan hudud, MCA bukan pihak dalam hal itu. Kami akan keluar,” katanya kepada pemberita hari ini.

Pendirian PAS dan MCA

Pendirian PAS dan MCA ini telah menyulitkan usaha pecacai UMNO untuk memburukkan Pakatan Rakyat.

Pertama, bagi mereka yang selama ini mencanangkan bahawa PAS adalah kuda tunggangan DAP yang berprinsip demokrasi sekular, pendirian Nik Aziz telah membuktikan PAS tidak tunduk kepada mana-mana tekanan luar.

DAP juga tidak tunduk kepada tekanan untuk mengubah pendirian demokrasi sekular serta demokrasi sosial yang menjadi prinsip perjuangannya. Ini selaras dengan amalan Pakatan di mana setiap parti komponen adalah rakan kongsi setara atau equal partnership tanpa sebarang dominasi, seperti yang diamalkan dalam BN di mana UMNO menjadi dalang utama.

Kedua, pendirian MCA yang mungkin dikongsi oleh parti-parti komponen pelbagai kaum dalam BN akan menyebabkan segala tohmahan terhadap PAS, DAP dan PKR akan terpalit semula kepada muka mereka yang membuat tuduhan.

Dan semua ini berlaku tidak sampai seminggu selepas Datuk Seri Najib Razak dengan bangganya mengumumkan bahawa Malaysia akan dijadikannya negara demokrasi terbaik di dunia.

Kembali kepada Dasar Bersama Pakatan

Bagi Pakatan Rakyat, apa yang dikatakan masalah itu boleh diselesaikan melalui dialog dan rundingan, selaras dengan budaya politik baru yang mahu Pakatan perkenalkan tanpa sebarang paksaan yang biasa diamalkan oleh kerajaan UMNO-BN.

Rujukan yang ada untuk Pakatan ialah Perlembagaan Persekutuan yang mana ia telah dijadikan asas kepada Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

Tiga perkara pertama yang menjadi pedoman Dasar Bersama adalah komitmen untuk:

* Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.

* Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja berperlembagaan.

* Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum, serta meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris demi memperbaiki daya saing Malaysia di peringkat global.

Inilah intipati Pakatan untuk mencapai cita-citanya, sebagaimana yang dicerminkan melalui slogan “Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia”.

Seperti mana yang pernah dikatakan oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali awal tahun ini, hudud bukan agenda dalam Dasar Bersama Pakatan.

“Hudud tak termasuk dalam agenda Pakatan Rakyat, kalau PAS mempunyai kuasa mutlak… dapat dua pertiga majoriti dalam Parlimen, perkara pertama yang akan dilakukan PAS bukan hudud,” katanya.

Sebagaimana DAP tidak memaksa Pakatan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk menerima ideologi demokrasi sosial atau menjadikan negara sekular sepenuhnya, tidak perlu bagi mana-mana pihak untuk memaksa penerimaan perjuangan masing-masing.

Kerjasama melalui tolak ansur dan sikap saling faham-memahami telah memperkukuhkan Pakatan sejak Mac 2008. Mengapa mahu dipecahkan perpaduan yang telah dimeterai itu?

Melatah kerana helah Mahathir?

Jika semata-mata kerana usikan Dr Mahathir pun sudah tidak terkawal perasaan, mungkin semua pihak berlu kembali bermuhasabah diri untuk menenangkan keadaan.

Lagi pun ia cuma perencanaan mainan politik Dr Mahathir yang memang diakui hebat dalam percaturan batu api. Bukan sahaja pembangkang diserangnya, pemimpin UMNO dan BN yang dibencinya turut menjadi mangsa.

Bagi Dr Mahathir, mungkin ia hanya satu cara untuk memberitahu Najib bahawa dialah (Mahathir) yang paling hebat dan mampu memecahbelahkan perpaduan Pakatan bagi menjamin kemenangan besar Perdana Menteri dalam pilihan raya umum akan datang.

Ini bermakna isu hudud sekarang ini dijadikan oleh Dr Mahathir sebagai bahan politiknya untuk memaksa Najib supaya akur dengan kehendaknya.

Agenda politik Mahathir dan Najib tidak ada kena-mengena dengan perjuangan murni Pakatan yang perlu ditumpukan demi kebaikan rakyat semata-mata.

Pakatan mahu membebaskan rakyat semua kaum dan agama dari UMNO-BN yang dibelenggu rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan, serta membawa era baru dalam usaha menambah pendapatan, mengurangkan beban kewangan dan peluang-peluang ekonomi, pendidikan dan pekerjaan yang lebih baik.

Dalam hal ini, mengapa Pakatan Rakyat perlu melatah? – Roketkini.com

Isnin, 19 September 2011

ZALIM PADA SAYA, SAYA MAAFKAN TAPI JANGAN RAMPAS HAK RAKYAT



Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak gentar dengan tayangan susulan video fitnah terhadapnya sebaliknya mahu menumpu usaha membela nasib rakyat.Tayangan terbaru pada video fitnah yang cuba untuk mengaibkan Ketua Pembangkan itu sedikit pun tidak memberikan kesan kepadanya.

Video terbaru itu yang disebar blogger pro-Umno tanpa sebarang tindakan tegas daripada polis, memaparkan Anwar keluar masuk lif bersama Datuk Shazryl Eskay. Saya tak susah hati, saya lawan orang jahat. Yang bawa kes ini adalah ustaz baru Umno, Syeikh Abdul Rahim Thamby Chik,” sindirnya merujuk kepada bekas Ketua Menteri Melaka itu.

Eskay dan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik adalah sebahagian trio Datuk T yang memfintah Anwar ‘.

Beliau berkata demikian pada ceramah Pakatan Rakyat anjuran Unit Penerangan Kerajaaan Pulau Pinang di Stadium Bandaraya 17 September lalu. Kata Anwar, beliau sudah biasa dizalimi tetapi tidak mahu hak rakyat terus dicabuli kerajaan Umno BN, sesuka hati.

“Kalau zalim pada saya, saya maafkan tetapi jangan rampas hak rakyat,” kata Anwar.

Dalam isu lain, beliau menempelak Najib yang kononnya mahu menghapuskan keperluan memperbaharui permit penerbitan setiap tahun sedangkan akhbar rasmi KEADILAN sehingga kini tidak diberi permit. Jika Najib benar-benar percaya kepada kebebasan bersuara, katanya, Perdana Menteri itu tidak menghalang permit akhbar yang mengkritiknya.

“Kata media bebas tetapi Suara Keadilan tak diberi lesen penerbitan. Najib juga bayar CNBC untuk memuji-muji Najib,” katanya merujuk usaha Perdana Menteri itu melobi mendapat slot televisyen antarabangsa.

Ahad, 18 September 2011

MENGHADAPI PILIHANRAYA UMUM KE 13



Kami di Angkatan Muda Keadilan Cabang Parit Sulong dengan ini memohon kepada sesiapa saja lelaki atau wanita yang berada di kawasan N.17 Dun Semerah untuk mendaftarkan diri sebagai sukarelawan untuk membantu kami dalam gerakkerja menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 yang bakal tiba. Pendaftaran boleh dibuat melalui SMS kan nama penuh dan Nombor talifon ke talian 012-7983646 atau email kan ke amkparitsulong@yahoo.com

Jumaat, 16 September 2011

NAJIB "TUNDUK " TUNTUTAN BUKU JINGGA



Biarpun pengumuman perdana menteri malam ini dialu-alukan, namun hakikatnya ia adalah menciplak janji Pakatan Rakyat seperti dimuatkan dalam Buku Jingga, kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Malah katanya, tawaran perubahan Pakatan Rakyat lebih luas berbanding beberapa perubahan yang telah diumum Datuk Seri Najib malam ini.

“Perjuangan kita menentang akta zalim ini sudah lama dahulu, cuma Umno BN ni lambat faham.

“Apa yang saya boleh kata, akhirnya BN tunduk dengan tuntutan kita dalam Buku Jingga,” katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Beliau mengulas perutusan khas Hari Malaysia perdana menteri malam ini yang mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Selain memansuhkan ISA, katanya, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, beliau yakin pengumuman Najib itu dibuat dalam keadaan BN sangat terdesak untuk menarik sokongan rakyat berdepan Pilihan Raya Umum ke-13.

Apatah lagi ujarnya, ucapan Najib tersebut tidak memberi fokus kepada kemerdekaan negara, malah lebih kepada janji perubahan politik mendepani pilihan raya.

“Realitinya Najib dalam keadaan terdesak untuk meraih undi dalam PRU-13 sehingga beliau berani merombak apa yang sebelum ini dipertahankan sungguh-sungguh,” kata Tuan Ibrahim lagi.

Jika benar Najib Ikhlas melakukan perubahan politik katanya lagi, perdana menteri itu perlu juga memastikan sistem pilihan raya negara ini diperbaiki termasuk lapan perkara yang terkandung dalam tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Sementara itu, beliau juga turut membidas sikap Najib dan Umno BN yang sehingga kini masih berdiam diri dalam menyatakan pendirian berhubung kenyataan Majlis Prefesor Negara (MPN) bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah, namun hanya dinaungi British.

“Rakyat masih menunggi pendirian rasmi kerajaan berhubung perkara itu,” katanya.

Ahad, 11 September 2011

CUKAI PERKHIDMATAN 6% PM PERLU BERTANGGUNGJAWAP

najib tun razak may 2011


















ULASAN Kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang menyalahkan syarikat telekomunikasi atas kenaikan harga akibat cukai perkhidmatan 6 peratus tidaklah mengejutkan. Kebelakangan ini, tindakan beliau yang suka menuding jari kepada orang lain apabila keputusannya sendiri tidak disukai rakyat sudah menjadi tabiat.

Adalah tidak patut apabila seorang perdana menteri menyatakan beliau tidak tahu menahu mengenai kenaikan kos prabayar yang ditanggung rakyat, sedangkan beliau sendiri dengan gahnya mengumumkan kenaikan cukai perkhidmatan dalam pembentangan belanjawan 2011 di Dewan Rakyat tahun lepas.

Rakyat harus sedar bahawa cukai perkhidmatan 6 peratus ke atas perkhidmatan telekomunikasi termasuk kad prabayar adalah cukai kerajaan. Cukai ini adalah milik kerajaan sepenuhnya dan tidak ada satu sen pun yang masuk poket mana-mana pihak lain, yang hanya bertanggungjawab mengutip cukai ini bagi pihak kerajaan. Setiap tahun, dianggarkan kerajaan mengutip sehingga RM750 juta daripada pembelian kad prabayar oleh rakyat Malaysia.

Walaupun saya berpendapat keputusan syarikat telekomunikasi untuk menaikkan kos kad prabayar untuk menampung kenaikan cukai perkhidmatan adalah tidak berpatutan kerana keuntungan mereka yang begitu tinggi, kita juga perlu adil dengan memahami bagaimana kos bagi segmen prabayar meningkat apabila cukai perkhidmatan dinaikkan.

Namun, tabiat perdana menteri yang suka menuding jari dan tidak mahu mengambil tanggungjawab perlu ditegur dengan keras oleh ahli-ahli politik dan pimpinan golongan niagawan. Kerajaan tidak boleh berdolak dalih dalam melaksanakan dasar percukaiannya. Jika ia telah meluluskan undang-undang yang menetapkan semua perkhidmatan dikenakan cukai 6 peratus
sebagai satu bentuk cukai penggunaan, ia tidak boleh secara diam-diam berharap cukai itu ditanggung oleh syarikat, kerana cukai perkhidmatan adalah satu bentuk cukai yang ditanggung oleh rakyat bagi tujuan mengawal penggunaan.

Tabiat sebegini akan menghuru-harakan keadaan. Ia akan menyebabkan pentadbiran percukaian dan ekonomi negara kucar-kacir kerana kaedah percukaian yang berbeza sudah hilang maknanya; apabila perdana menteri sendiri yang keliru di antara tujuan dan fungsi di antara cukai langsung (ke atas keuntungan dan pendapatan) berbanding cukai tidak langsung (ke atas penggunaan melalui cukai perkhidmatan dan barangan). Maka tidak hairanlah perdana menteri sehingga sekarang tidak berjaya mengembalikan keyakinan pasaran kepada dasar dan kepimpinannya.

azlan











Tabiat Datuk Seri Najib Razak juga berbahaya kerana ia memberi gambaran syarikat berlainan akan mendapat layanan berbeza walaupun undang-undangnya sama. Jika beliau mahu syarikat telekomunikasi menanggung cukai perkhidmatan 6 peratus, beliau juga perlu berlaku adil kepada semua. Makanya, beliau wajar memberi arahan agar semua syarikat lain dari pelbagai industri, termasuklah industri penyiaran (Astro) hinggalah kepada industri makanan (KFC dan restoran mamak) juga perlu menanggung cukai perkhidmatan itu.

Alang-alang beliau mahu menjadi jaguh rakyat, lebih baik beliau menghapuskan saja cukai perkhidmatan kerana beliau tidak ada hak untuk memberi arahan syarikat mana perlu menanggung cukai perkhidmatan. Tindakan itu akan menyebabkan sudah tidak ada beza di antara cukai perkhidmatan dan cukai pendapatan.

Hakikatnya, rakyat harus sedar bahawa tindakan Datuk Seri Najib Razak menaikkan cukai perkhidmatan kepada 6 peratus berkuatkuasa 1 Januari 2011 memainkan peranan dalam kenaikan kos; termasuk kos prabayar.

Jika beliau mahu menjadi seorang perdana menteri yang bertanggungjawab, beliau sepatutnya mengumumkan pengecualian daripada cukai perkhidmatan semua perkhidmatan harian yang ditanggung sebahagian besar rakyat; termasuklah perkhidmatan siaran TV berbayar (Astro), telekomunikasi dan restoran.

Itu lebih bertanggungjawab daripada terus menuding jari kepada orang lain apabila keputusannya dibangkang rakyat.

Rabu, 15 Jun 2011



Pakatan: Kebimbangan Johor bakal tumbang 'berasas' - Abdul Rahim Sabri
Jun 14, 11

Pakatan Rakyat menyifatkan kebimbangan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman terhadap kemampuan gabungan itu merampas Johor "ada asasnya" sekiranya pakatan itu menguasai 50 peratus pengundi luar bandar.

abdul ghani othman and bangsa malaysia multicultural malaysiaGabungan itu sedang berusaha untuk mencapai sasaran tersebut dengan melaksanakan pelbagai aktiviti, program turun padang dalam usaha menguasai negeri itu daripada BN.

Pakatan memenangi enam kerusi negeri di Johor - dua kerusi dimenangi oleh calon PAS (Sungai Abong dan Maharani) dan empat lagi oleh calon DAP (Bentayan, Mengkibol, Skudai dan Senai).

Pengerusi Pakatan Rakyat Johor, Dr Boo Cheng Hau berkata beberapa kayu ukur pertambahan sokongan masyarakat luar bandar dapat dilihat daripada kehadiran mereka pada ceramah Pakatan yang bertambah sehingga 30 peratus.

debate on islamic state boo cheng hau in clinic"Ceramah adalah cara paling efektif untuk menyalurkan maklumat kepada masyarakat luar bandar. Ada peningkatan hadirin dalam ceramah kita... Dalam satu minggu ada dua atau tiga ceramah Pakatan.

"Selepas pilihan raya Sarawak, peningkatan 30 peratus (hadirin) dalam ceramah kita. Ada juga ramai penyokong Umno yang hadir... Tidak kira ceramah kita di seluruh Johor, sama ada kecil-kecilan atau besar-besaran," katanya.

Dr Boo yang juga pengerusi DAP Johor mengulas kenyataan Abdul Ghani yang mengarahkan semua jentera BN di 26 bahagian di negeri itu bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Abdul Ghani juga dilaporkan berkata sekira Pakatan menguasai 50 peratus pengundi luar bandar, 80 peratus pengundi bandar dan 60 peratus pengundi India, maka gabungan itu berupaya merampas Johor daripada BN.

NONEKetika dihubungi Malaysiakini semalam, Dr Boo berkata untuk tujuan berkenaan, Pakatan juga menubuhkan pusat aduan masyarakat terutama di kawasan luar bandar bagi menyelesaikan masalah rakyat.

Menurutnya, DAP turut menubuhkan 15 pusat aduan masyarakat di luar bandar antaranya masing-masing dua di Skudai dan Muar serta beberapa lagi di Tangkak, Labis, Segamat, dan Johor Bharu.

"Mereka (BN) memang terasa tekanannya. Dua tiga tahun ini, kita mengadakan pelbagai aktiviti dan menubuhkan pusat aduan rakyat," kata beliau yang juga ADUN Skudai.

boo cheng hau flood muar 271206Dr Boo berpandangan wujudnya kecenderungan pengundi luar bandar untuk menyokong Pakatan berdasar sokongan mereka dalam pilihan raya kecil Tenang, walaupun calon PAS Normala Sudirman tewas akibat kesulitan seperti banjir dan masalah pengangkutan.

Sementara itu, ADUN PAS Maharani Dr Muhammad Taslim bersetuju dengan pandangan Dr Boo bahawa BN "sedang kepanasan dengan sambutan rakyat Johor terhadap Pakatan".

"Agak tepat apa yang dibimbangi (Abdul Ghani)... Sokongan pengundi bandar dan luar bandar tidak berubah sejak (pilihan raya) 2008, bahkan bertambah.

NONE"Kita juga bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13. (Menarik sokongan) di luar bandar, kita mengambil masa (sedikit).

"Kita ada kumpulan sasaran, kita beri bantuan tak ikut parti politik. Mereka nampak keikhlasan kita, kita cuba sedaya-upaya kita sekadar yang mampu (membantu rakyat)," katanya.

Menurutnya lagi, khidmat wakil rakyat pembangkang kepada masyarakat tidak bermusim, sebaliknya berterusan dan bertambah walaupun dalam skala yang kecil.

Bagi tujuan tersebut, Dr Muhammad yang juga ahli jawatankuasa PAS Johor menubuhkan pusat aduan masyarakat di luar bandar, antaranya di Sungai Balang dalam parlimen Muar dan beberapa lagi di Johor Bahru.

johor baharu may day workers rally 010507 rallyDr Muhammad yang juga naib yang dipertua PAS Muar berkata beliau juga mendapat "maklum balas yang cukup baik" daripada pengundi di luar bandar, khususnya kaum Cina, terhadap aktiviti yang dilaksanakannya.

Difahamkan PAS juga menubuhkan pusat aduan dan khidmat masyarakat di kawasan luar bandar dan pinggir bandar antaranya di sebuah kampung Melayu di Gelang Patah, Taman Permas di Pasir Gudang dan kampung tradisi di Tampoi, Pulai.

Malaysiakini