KUALA LUMPUR 15 Jan: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ‘merayu’ KS
Bawani, pelajar kontroversi Universiti Utara Malaysia (UUM) yang lantang
dengan pendirian mengenai perhimpunan Bersih dan tuntutan pendidikan
percuma supaya menghubunginya, dipercayai untuk meredakan isu.Datuk
Saifuddin Abdullah menulis di twitter semalam, nombor telefon
peribadinya dengan mesej meminta pelajar tersebut meghubunginya, selepas
seorang pengguna twitter memberitahu Bawani mempunyai akaun twitter.
Menurut beliau, mahasiswa termasuk Bawani berhak menyuarakan pandangan
tanpa ada sekatan.Isu ini tercetus apabila rakaman video forum suara
mahasiswa yang dimuat naik ke youtube sejak beberapa hari lalu,
menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia apabila salah seorang ahli panel
enggan memberi ruang kepada seorang mahasiswa, iaitu Bawani untuk
memberi pandangan.
Video selama 24 minit yang dirakam dalam forum untuk pelajar UUM bulan
lepas memaparkan ahli panel, Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin
menyekat pelajar itu dari menghabiskan soalannya berhubung pendidikan
percuma.
Ekoran kelantangan Bawani memberi pandangan, Sharifah turun dari pentas
dan berdiri di hadapan pelajar itu.Sharifah dengan nada tegas berkata
‘Listen’ sebanyak 10 kali sebelum mengambil pembesar suara dari Bawani,
kemudian Bawani berhenti bercakap.
Difahamkan bahawa Syarifah Zohrah adalah Presiden Suara Wanita 1
Malaysia (SW1M) dan Timbalan Ketua Wanita KIMMA. Semua tahu Kimma atau
singkatan kepada Kongress Indian Muslim Malaysia adalah komponen baru
dalam BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan