Jumaat, 27 Mei 2011

NAIK TARIF ELEKTRIK BUKTI KERAJAAN BELA KRONI IPP


KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak memiliki kesungguhan untuk membela nasib rakyat apabila membuat keputusan menaikkan tarif elektrik yang akan diumum Isnin ini, kata Ahli Parlimen Selayang, William Leong.

Ini kerana katanya, kerajaan lebih berminat menanggung subsidi kepada sektor korporat seperti Syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP), bernilai RM19 bilion hingga RM22 bilion setiap tahun, berbanding menjaga kebajikan rakyat.

“BN tidak prihatin kepada rakyat walaupun menggunakan slogan rakyat didahulukan. Buktinya subsidi kepada IPP tidak ditarikbalik sedangkan mereka menikmati subsidi yang tinggi.

“Tetapi rakyat terpaksa bayar harga elektrik dengan kadar yang mahal,” katanya.

Menurutnya, ketika banyak banyak negara mengeluarkan subsidi untuk menampung keperluan rakyatnya, Malaysia pula mengambil langkah mundur untuk membantu syarikat kroni besar.

“Ketika harga makanan dan barangan semakin naik, negara seperti Taiwan dan Korea memberikan subsidi yang besar kepada rakyatnya supaya tidak merasa terbeban dengan kenaikan tersebut.

“Negara kita pula, yang mengeluarkan minyak dan mampu menjana tenaga elektrik, menaikkan tarif eletrik,” katanya yang juga Bendahari Agung KEADILAN.

Katanya, keputusan itu lebih menguntungkan syarikat konsesi IPP yang besar sedangkan fungsi itu sepatutnya diambil alih TNB sendiri.

Kuasa yang dijana IPP katanya, memenuhi 60 peratus daripada keperluan tenaga negara berbanding TNB membekalkan 40 peratus.

“Kita tanya kepada syarikat IPP utama ini, YTL Corporation Berhad yang dipunyai Yeoh Teong Lay, Tanjung PLC (Ananda Krishnan), Malakoff Corporation (Syed Mokhtar Bukhari) dan Genting Sanyen – ini adalah mereka yang menikmati keuntungan yang besar.

“Apa sebabnya mereka menikmati keuntungan ini dan kemudian menjual lebih mahal kepada TNB sedangkan TNB sendiri boleh menjanakan tenaga elektrik,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya langkah yang akan diambil Pakatan sekiranya memenangi pilihan raya umum, adalah menyemak kembali perjanjian dengan syarikat berkenaan seperti terkandung dalam Buku Jingga.

“Elektrik seperti air, ia adalah keperluan dan hak asasai rakyat dan tidak boleh digunakan untuk mendapat keuntungan,” katanya.

Pakatan Rakyat sebelum ini berulangkali menegaskan bahawa kerajaan berupaya untuk mengelakkan kenaikan tarif elektrik.

Jika dibandingkan negara jiran seperti Thailand, tarif elektrik di negara itu jauh lebih rendah iaitu perbezaan antara 22 peratus hingga 48 peratus.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenaikan itu sebenarnya disebabkan perjanjian berat sebelah yang dipaksakan ke atas TNB.

Harga yang dibeli dari IPP itu jauh lebih tinggi dari harga tenaga yang dihasilkan TNB sendiri, sekaligus menyebabkan IPP mengaut keuntungan besar.


Rabu, 18 Mei 2011

MALAYSIA BERADA DALAM KEBERHUTANGAN YANG AGAK SERIUS



Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang hari ini mendedahkan bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun.
Hutang itu mencakupi 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK), kali pertama keadaan itu berlaku dalam sejarah negara, kata beliau dalam laporan tahunan terbaru yang di bentangkan di Parlimen hari ini.

Hutang RM362.39 bilion ringgit yang disebut dalam laporan audit itu juga jauh lebih tinggi daripada RM233.92 billion yang disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen Jun lalu.

Ketika itu Najib juga mendakwa hutang itu hanya mencakupi 34.3 peratus KDNK. Dalam laporannya hari ini, Ketua Audit Negara menjelaskan hutang kerajaan meningkat dengan mendadak kerana hutang dalam negara yang semakin membesar. Hutang kerajaan di dalam negara (domestic debt) pada tahun lalu adalah RM348.60 bilion atau 96.2 peratus keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan Dari sini, dapat dilihat Perdana Menteri kita tidak bersifat jujur dalam menutur apa yang sebenarnya berlaku. Rakyat berhak tahu dalam perkara ini. Hutang sebenar Malaysia iaitu RM 362.39 bilion itu adalah mencakupi lebih dari 50% KDNK, iaitu pada 53.7 peratus. Bermakna Malaysia telah berada dalam keberhutangan yang agak serius buat pertama kali dalam sejarahnya sendiri.

Soalnya di sini, mengapa perlu berdolak-dalih untuk mengatakan perkara yang benar? Kalau hutang negara RM 362.39, cakap betul-betul. Tak perlulah nak menipu dalam ucapan Bajet 2011 tempohari dengan mengatakan hutang Malaysia berjumlah RM 233.92 Bilion.

Sangat besar perbezaan nilai di situ iaitu lebih RM 130 bilion! Bukan RM 130. Seperti artikel yang di paparkan pada tempohari berkenaan hutang negara yang perlu dilunaskan dalam tempoh tiga tahun, dengan kenyataan dan angka terbaru yang diberikan oleh Ketua Audit Negara ini, sah Malaysia telah berhutang melebihi KDNK yang sepatutnya berada pada paras maksimum 40%.

Dengan jumlah hutang sebenar yang banyak ini, ditambah pula dengan pelbagai lagi Projek Mega yang bakal dibina seperti Menara Warisan dan yang lain-lainnya, di mana sebenarnya terletak slogan ” Rakyat Di Dahulukan, Pencapaian Di Utamakan”?

Sudah pasti dengan jumlah hutang yang besar ini, kerajaan juga terpaksa memikirkan cara untuk mengaut kembali wang-wang yang telah dibazirkan. Dan di antara langkah-langkah yang pasti, adalah menaikkan cukai, dimana kerajaan dapat memungut hasil secara langsung dan tidak langsung.

Akhirnya, ianya kembali membebankan rakyat. Mungkin golongan rakyat yang mewah, tidak merasakan apa-apa, namun kita perlu ingat bahawa, golongan rakyat di Malaysia ini juga dah jadi macam Piramid. Di mana, golongan pertengahan dan golongan miskin yang menjadi mangsa di atas kecuaian dan pembaziran kerajaan.

Isnin, 9 Mei 2011

JOHOR BAKAL MUFLIS 2012



Mengejutkan! Sebagai salah sebuah negeri yang dianggap maju di Malaysia dengan jumlah pelaburan berbilion setahun, kenyataan di atas mungkin disangka keterlaluan. Tetapi inilah realiti yang harus diterima oleh rakyat johor.

Bagaimana Johor boleh muflis? Antara penyebabnya ialah hutang Johor Corporation (JCorp) yang berjumlah RM 4.032 billion. Apa kaitan JCorp dengan kerajaan Negeri Johor? JCorp merupakan salah sebuah GLC dalam kerajaan negeri.

Bagaimana hutang JCorp boleh menyebabkan Johor muflis? Pada 2002, JCorp telah menerbitkan Bon (surat hutang) berjumlah RM4.032 billion dengan Kerajaan Negeri Johor sebagai penjaminnya. Tempoh matang bon-bon tersebut adalah pada 2007, 2009 dan 2012. Dalam sidang DUN Johor 8 September 2009, JCorp telah menebus bayar sebanyak RM393.76 juta (bon yang matang 2007) dan RM694.98 juta (bon yang matang 2009). Jumlah baki bon yang perlu ditebus pada 31 Julai 2012 adalah RM3.58billion!

Bolehkah JCorp membayar hutangnya menjelang 2012? Keuntungan sebelum cukai JCorp adalah lebih kurang RM600 juta setahun. Diulang "sebelum cukai". Ini bermakna menjelang 2012 , dijangkakan JCorp hanya akan mampu menyediakan RM1.5 billion bagi menebus bayar bon.

Apa implikasi kepada kerajaan negeri? Sebagai penjamin, kerajaan negeri harus menanggung beban hutang JCorp yang tidak mampu dibayar sebanyak RM2 billion. Kegagalan untuk berbuat demikian, kerajaan negeri boleh diheret ke mahkamah dan diisytiharkan MUFLIS!

Bolehkah kerajaan negeri menampung hutang JCorp sebanyak RM2 billion? Dengan keadaan belanjawan defisit (perbelanjaan melebihi pendapatan) yang dialami oleh kerajaan negeri dan nisbah kecairan tunai yang kecil sekitar RM201.53 juta (tunai RM36.37 juta & pelaburan RM165.16 juta), untuk menampung kos pentadbiran sahaja kerajaan negeri dijangkakan mampu bertahan selama 3 bulan.

Apakah cara atau jalan yang digunakan oleh kerajaan BN Johor bagi menyelamatkan keadaan? Menjual aset-aset ataupun hartanah strategik milik rakyat Johor. Antara hartanah yang dipercayai telah dijual ialah:

1. Menara Pejabat Plaza Kotaraya dijual kepada Iskandar Investment Berhad (IIB)

2. Tapak CIQ Stulang juga dijual kepada IIB

Malah jika anda sering melalui jalan Kota Tinggi - Bandar Tenggara, anda mungkin perasan papan tanda Johor Tenggara Oil Palm (JTOP) telah digantikan dengan papan tanda Tradewind. Apakah ini juga bermakna JTOP juga telah dijual?

Selepas ini apa pula yang akan dijual? Aset atau hartanah milik kerajaan negeri dan JCorp adalah sebenarnya milik khazanah dan pusaka rakyat Johor dan bukannya milik UMNO/BN!

Sabtu, 5 Mac 2011

TAK TAKUT AZAB NERAKA? TANYA AZWAN KEPADA UMMI HAFILDA

KUALA LUMPUR: Ummi Hafilda Ali diingatkan supaya berhenti memfitnah orang lain sebaliknya berusaha membersihkan dosa yang dilakukan terutama terhadap keluarga sendiri. Peringatan tersebut dibuat oleh adiknya sendiri, Azwan Ali.

Sejak akhir-akhir ini Ummi yang merupakan salah seorang watak utama dalam konspirasi pertama tahun 1998 muncul dan menjaja cerita kononnya beliau tahu keburukan abangnya Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden KEADILAN.

Beliau juga sering mencaci peribadi Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sikap Ummi semakin menjadi-jadi apabila ada pilihan raya kecil. Terbaru, ketika berucap di pentas BN dalam pilihan raya Merlimau, beliau memberi amaran kepada pengundi-pengundi kononnya Anwar merupakan seorang individu yang sangat merbahaya kepada agama dan juga negara.

Dalam SMSya kepada KeadilanDaily.com, Azwan mengingatkan kakaknya bahawa seksaan dari Allah menanti kepada mereka yang melakukan fitnah. “Tak takut azab neraka ker?” kata Azwan.

Sehubungan itu, Azwan yang juga personaliti TV terkenal menasihati Ummi supaya membersihkan diri sendiri sebelum bercakap mengenai orang lain.

“Bersihkan dosa pada adik beradik sebelum nak menyalak berpolitik sambil busukkan darah daging (sendiri). (Ia juga termasuk) dosa kepada saya,” tambah Azwan.

Pada September 1998, ayahnya Haji Ali Omar (Allahyarham) melalui sebuah surat wasiat memutuskan pertalian zuriat dengan Ummi kerana sikapnya yang suka melakukan fitnah.

Sabtu, 26 Februari 2011

DUN MERLIMAU : UMNO BERDEPAN TENTANGAN WANITA YANG TAK PUAS HATI



Menjelang hari penamaan calon PRK Merlimau hari ini , Umno mengalami tsunami politik apabila Wanita Umno Jasin menutup bilik gerakan mereka di Taman Merlimau Jaya.

Tindakan ini diambil kerana kecewa wakil Wanita Umno tidak dipilih menjadi calon untuk PRK Merlimau.

Sebaliknya Umno memilih Roslan Ahmad sebagai calon BN yang kurang dikenali dan popular di kalangan pengundi di situ.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Wanita Umno Jasin, Zaleha Bujang (gambar) yang mengatakan bahawa beliau merasa tersinggung kerana pemilihan Roslan Ahmad menunjukkan pucuk pimpinan Umno mengenepikan sumbangan dan peranan wanita.

Menurut beliau lagi ini menunjukkan bahawa suara Wanita Umno tidak didengari oleh pimpinan Umno berbanding dengan Pakatan Rakyat seperti di PRK Tenang yang mengangkat martabat wanita dengan memilih bekas guru Normala Surdiman sebagai calon.

Beliau juga tidak dapat menyembunyikan kekecewaan apabila kesungguhan Wanita Umno Jasin melancarkan "Gelombang Merah Wanita' yang menyasarkan 5000 petugas Wanita di Merlimau tidak dipedulikan oleh pimpinan Umno.

Menurut beliau lagi sepanjang 15 PRK pasca pilihanraya ke 12 tidak ada seorang pun wakil di kalangan Wanita Umno dan BN dipilih menjadi calon berbanding dengan Pakatan Rakyat.

Kepada pengundi Merlimau, inilah watak sebenar Umno yang bercakaran dan berebut sesama sendiri untuk menjadi calon yang lebih kepada kepentingan peribadi dan mempunyai agenda tertentu.


Inikah tradisi membela rakyat yang mereka slogankan selama ini?

Adakah ini yang dinamakan rakyat didahulukan?

Berbeza dengan PAS yang mewakili Pakatan Rakyat sama ada sayap Pemuda dan Muslimat dan komponen Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR dan DAP yang sentiasa meletakkan agenda membela nasib rakyat dan keadilan serta membawa perubahan politik dan ekonomi sebagai teras perjuangan.

Pendedahan Ketua Wanita Umno Jasin ini sekali gus mendedahkan tembelang sebenar Umno/BN yang kononnya sentiasa berganding bahu dan berpegang teguh kepada pucuk pimpinan.

Walau bagaimanapun kepada semua petugas PAS dan Pakatan Rakyat tidak mudah leka dan terbuai-buai dengan pergolakan yang berlaku dalam Umno di Merlimau sebaliknya terus meningkatkan momentum dan gerak kerja untuk menwan hati pengundi serta membawa mesej yang lebih besar bukan sahaja untuk PRK Merlimau tetapi dalam gagasan yang lebih besar dalam Pilihanraya Umum ke 13

Rabu, 23 Februari 2011

SELANGOR JADI TUAN RUMAH SAMBUT ULANGTAHUN KE 3 PAKATAN RAKYAT





SHAH ALAM: Kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah akan menyambut ulangtahun ketiga pentadbirannya sejak memenangi Pilihan Raya Pada 8 Mac 2008.

Justeru itu, Selangor dipilih sebagai tuan rumah bagi mengadakan acara sambutan bagi memperingati detik bersejarah itu.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, bagi tahun ketiga ini selain mentadbir dengan lebih bertanggungjawab dan telus, kerajaan negeri akan memfokuskan dasar-dasar dan program yang telah dirangka.

“Atas sebab ini, majlis dan program sambutan akan diadakan dengan sederhana dan bersifat informasi agar rakyat peka dan tahu tentang dasar-dasar dan program kebajikan yang memberi manfaat kepada semua rakyat Selangor,” ujar Khalid dalam satu kenyataan media.

Program itu katanya akan dimulakan dengan Majlis Sambutan tiga Tahun pentadbiran negeri Selangor di Stadium Melawati, Shah Alam bermula pada 5 hingga 6 Mac ini.

Pelbagai acara disediakan seperti pameran agensi kerajaan dan swasta, program remaja termasuk futsal, ceramah perdana oleh tokoh-tokoh terkenal termasuk barisan pemimpin Negeri, solat Maghrib Berjamaah dan pelancaran Buku Jingga yang mengandungi Dasar Bersama dan komitmen Pakatan Rakyat.

Pada 26 Mac pula, Kerajaan Selangor akan melancarkan rangka kerja “Selangor Untuk Rakyat” membabitkan pameran Pihak Berkuasa Tempatan dan anak syarikat, pelancaran buku “Liku-Liku Reformasi” serta program seni seperti membaca sajak dan puisi.

“Kita juga akan menganjurkan Siri Jelajah seluruh Selangor yang melibatkan Menteri Besar, barisan Exco dan pegawai kanan kerajaan turun padang ke pejabat daerah untuk mendekati permasalahan rakyat,” katanya.

Rabu, 16 Februari 2011

TOLAK UMNO/BN PADA PRU 13



Seperti biasa kita lihat Umno akan mengheret apa sahaja termasuk satu "istana" untuk memiliki apa sahaja yang mereka mahu.Dalam isu ini gelombang gerombolan merah menggunakkan taktik apa yang di panggil sebagai "3R".Sasaran utama formula 3R ini adalah untuk menyingkirkan Pakatan Rakyat dari terus menerajui pemerintahan dan berusaha untuk mengumpil PAS keluar dari Pakatan Rakyat.


APAKAH ITU 3R?

3R ialah formula taktik kotor yang diusahakan setelah taktik memujuk para pemimpin PAS serta usaha "merasuah" beberapa pemimpin PAS dengan jawatan menteri dalam kabinet menemui kegagalan.setelah kegagalan menawan selangor yang di dakwa mampu di tawan selepas kejatuhan kerajaan pakatan perak maka gerombolan menggunakan taktik "R" yang pertama iaitu "RACISM".

1.RACISM ( PERKAUMAN )
Taktik "perkauman" di gunakan untuk menimbulkan kekacauan di negeri selangor dengan bermulanya perarakan kepala lembu dihadapan bangunan SUK negeri selangor dengan mendakwa bahawa pembinaan kuil yang berusia 150 tahun yang di pindahkan dari seksyen 19 ke sekyen 23 Shah Alam.

Dengan Taktik itu diharap supaya orang india terutamanya penganut hindujadi marah dan timbulkan perarakan besar - besaran dan seterusnya bergaduh dengan orang melayu.Ini akan memberi peluang kepada geng umno untuk memohon pada sultan untuk mengisytiharkan Darurat dan seterusnya menubuhkan Majlis Gerakan Negeri(Mageran)

Malangnya taktik R yang pertama tak berjaya ini kerana pemimpin - pemimpin Pakatan dengan pantas berjaya mematahkan usaha untuk menimbulkan sentiman perkauman ini dengan menenangkan masyarakat india terutamanya penganut hindu.Dan kerana ini umno terpaksa beralih kepada Taktik "R" yang ke-2.

2.RELIGIOUS ( AGAMA )

Taktik "R" yang kedua berharap agar ini akan menimbulkan sentimen yang lebih hebat yang ini dilihat akan menyentuh rasa sensitif khususnya orang melayu tapi sama seperti taktik "R" yang pertama tadi yang mana dalam perarakan kepala lembu kedua - dua taktik tadi berjaya di gembleng secara serentak.

Dalam perakan kepala lembu umno bukan sahaja mensasarkan modus operandi kepada sentimen perkauman malah ia juga disasarkan kepada sentimen agama yang mana dalam perarakan tersebut agama hindu dan islam di jadikan sebagai "punch bag" dalam usaha cuba menimbul kekacauan dalam negeri selangor.

Dalam memainkan sentimen agama bukan sahaja agama hindu dan islam juga yang menjadi peluru gerombolan malah umnon juga menjadikan agama kristian juga sebagai mangsa dalam modus operandinya yang mana pada satu ketika isu kalimah allah di jadikan sebagai salah satu taktik pertempuran yang hebat.

Kita sendiri lihat bagaimana sebuah gereja di petaling jaya di bakar dengan menggunakan "molotov *****tail" yang di lontar ke dalam gereja tersebut dengan tujuan bahawa kali ini penganut kristian akan membalas dendam terhadap penganut islam dan kedua - dua penganut dari kedua - dua agama akan bertempur kerana pada masa yang sama umno juga melemparkan kepala babi ke dalam sebuah masjid.

Tetapi segala -gala cubaan untuk membakar sentimen ini gagal apabila Mursyidul Am Tuan Guru Nik Aziz berjaya menggunakan keistimewaan yang ada pada dirinya untuk memadamkan api yang telah di bakar oleh syaitan -syaitan umno dan dengan itu serangan sentimen agama berjaya di patahkan.

Namun umno tak berhenti lagi untuk bermain dengan sentimen agama tapi melalui satu saluran lagi lain pula matlamat dan Modus operandinya yang mana kali ini bukan untuk mengacau- - bilaukan negeri pakatan tetapi mahu megumpil PAS keluar dari pakatan.Salah satu dari nya apabila umno cuba mewujudkan pertikaian yang mana PAS sebuah wadah islam kini di lihat bersengkongkol dengan DAP yang kafir.

Tapi kali ini umno cuba gunakan taktik berunding dengan pemimpin -pemimpin PAS dan termasuk lah cuba menggerakan semula idea bodoh kerajaan perpaduan tapi ia nampaknya tak berjaya dan kemudian umno pula berpindah dengan mewujukan dewan ulama Umno dengan tujuan untuk menyaingi PAS.

4o ekor penyamun di katakan telah menyertai umno.Mereka - mereka ini seperti dakwa umno akan membuatkan PAS takkan tidur nyenyak kerana 40 ekor penyamun ini akan menggunakan gua batunya yang penuh dengan segala harta rompakan untuk membedil kapal frigate dewan ulama PAS.

Tetapi sesuatu kegemparan berlaku,Benar dan tepat sekali apa yang di dakwa gerombolan.40 ekor penyamun tadi berjaya buatkan PAS tidak tidur malam apabila satu parti PAS di laporkan bukan sahaja tidak nyenyak malah enggan tidur malam kerana ketawa berdekah - dekah apabila menyaksikan lawak bangang 40 ekor penyamun ini dengan geng umnonya
Maka dengan itu tak "R" yang kedua telah gagal sama sekali kerana ini bukan sahaja kerana gagal mengacau - bilaukan negeri pakatan tak kerana pemimpin - pemimpin PAS sehingga kini dan sehingga artikel ini di tulis masih lagi tidak boleh tidur nyenyak di waktu malam kerana lawak bangang 40 penyamun ini masih tak berhenti.

3.RAJA ( RAJA2 MELAYU )

Setelah kedua - dua taktik "R" tadi gagal maka taktik "R" yang terakhir mengundang kejayaan pada umno.Umnopunya kelebihan mengusai Istana dan orang melayu punya ketaatan pada raja.Oleh itu peluang ini di manfaatkan oleh umno untuk memperalatkan raja alam mencapai impian mereka.

Tak kira untuk merampas negeri - negeri dibawah pakatan mahupun mengumpil PAS keluar dari Pakatan Rakyat.Kita masih ingat apabila kepala mat khusrin di gunakan dalam cubaan untuk melaga - lagakan menteri besar selangor dengan sultan selangor.Khusrin di lantik sebagai SUK kerajaan negeri selangor.

Tetapi ia di lihat tidak begitu berjaya kerana Pakatan masih lagi memerintah dan punya sokongan khususnya dari orang melayu tetapi umnosekali lagi menggunakan Raja dalam usaha dalam mengumpil PAS keluar dari Pakatan dan ianya di lihat membuah kan hasil.Dalam satu pertemuan di istana hinggap sultan terengganu di Kuala Lumpur melibatkan Yang di Pertuan Agong,Perdana Menteri danTimbalan Perdana Menteri .

Pertemuan tersebut turut di hadiri oleh Pemimpin - pemimpin PAS yang pro - Kerajaan Perpaduan dan Mursyidul Am PAS yang takkan bersengkongkol dengan umno.Dalam pertemuan tersebut beberapa soalan di ajukan pada Tuan Guru Nik Aziz termasuk lah Isu kalimah Allah dan Perpaduan dengan umno.

Agong mahu PAS dan umno bersatu demi perpaduan dan kesejahteraan Islam tetapi Tuan Guru buat apa nak bersatu dengan umno sedangkan umno lah yang selama ini banyak membunuh Ulama,jadi apa perlu nak berpadu dengan umno.Tuan guru meninggal kan Istana Hinggap Terengganu di Kuala Lumpur ketika geng - geng PAS pro perpaduan masih berada di dalam Istana.

Jadi plan umno seterusnya yang pasti akan mengembirakan umno dan geng - geng perpaduan dalam PAS ialah dengan meminta Agong supaya "bertitah" agar PAS dan umno bersatu demi kesejahteraan Islam.Ini sudah cukup buat PAS untuk melambaikan tangan serta mengucapkan selamat tinggal kepada rakan - rakan dalam Pakatan Rakyat.

Raja juga di jadikan modus operandi yang terakhir oleh umno dalam menyempurnakan semua plan - plan jahat yang tak jadi.Bukan sahaja mahu mengumpil PAS keluar dari Pakatan Rakyat malah sekalipun untuk menghalang Pakatan dari menubuhkan kerajaan meskipun telah memperoleh kerusi majoriti dalam Dewan Rakyat.

Sebab itu semua pemimpin pakatan di ingatkan supaya jangan syok sendiri biarpun memperoleh 175 kerusi parlimen dalam dewan rakyat tapi jangan harap mat monggol akan membiarkan Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.

Ini kerana sekiranya perkara tersebut terjadi mat Monggol sudah pastinya berlari memanjat tangga istana dan meminta supaya Agong bertitah untuk mengantung Parlimen dan seterusnya menubuhkan Majlis Gerakan Negara(Mageran) yang sudah pastinya akan di pengerusikan oleh mat monggol sendiri.

Ini bukan kisah dongeng Zaman moden kerana ini adalah Fakta Sejarah.Kita masih lagi ingat pada ketika rakyat membuat keputusan untuk menghumbankan umno pada tahun 1969 dahulu.Mencanak - canak umno pergi jumpa Agong untuk gantung parlimen seterusnya menubuhkan kerajaan Mageran maka tak mustahil umno akan buat benda yang sama.

Sabtu, 12 Februari 2011

MUBARAK UNDUR TENTERA AMBIL ALIH MESIR



Presiden Mesir Hosni Mubarak akhirnya meletakkan jawatan dan meminta pihak tentera mentadbir negara itu bermula hari jumaad ini, umum naib presiden Omar Suleiman. Kenyataan ringkas di stesen televisyen nasional itu dibuat sehari selepas Mubarak berkata beliau tidak akan melepaskan jawatannya. Hosni Mubarak memerintah mesir selama 29 tahun akhirnya akur kepada kehendak rakyat yang mahukan beliau berundur.


Khamis, 10 Februari 2011

PEMBENTUKAN EXCO AMK NEGERI JOHOR



Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor ( AMK ) telah bermesyuarat dan bersetuju memilih dan melantik beberapa pemimpin AMK Cabang untuk memegang jawatan di peringkat Exco AMK Negeri Johor bagi sesi 2011-2013 pada 6hb. Fabruary, 2011 yang lepas.

Ketua AMK Negeri yang baru saudara Nazri berkata, kepimpinan Exco AMK Johor kali ini terdiri daripada kepimpinan baru dan lama yang akan diharapkan dapat menggerakkan jentera AMK Johor dengan lebih berkesan.

Didalam mesyuarat tersebut juga telah mendapat persetujuan daripada semua kepimpinan yang baru supaya AMK Johor bersedia memperjuangkan hak-hak rakyat tidak kira semasa atau sebelum PRK atau PRU. AMK Johor juga telah mengambil langkah awal bagi memantapkan lagi organisasi AMK diperingkat Cabang dan Negeri iaitu memperkemaskan struktur organisasi AMK Cabang dengan menyediakan bimbingan bagi memperkemaskan organisasi AMK disetiap cabang, ini kerana organisasi yang lengkap akan menjadi lebih mantap dan menjamin pergerakan AMK yang lebih aktif dan teratur.

ORGANISASI AMK NEGERI JOHOR SESI 2011-2013.

KETUA AMK NEGERI JOHOR : MOHAMAD NAZRI ISMAIL - AMK GELANG PATAH

TIMBALAN KETUA : MUHAMAD EZADDIN - AMK BATU PAHAT

SETIAUSAHA : ABDUL SAAT SALLEH - AMK SRI GADING

SETIAUSAHA PENGELOLA : MUHAMAD FAHMY - AMK PARIT SULONG

NAIB KETUA AMK 1 : MURAD - AMK PASIR GUDANG
NAIB KETUA AMK 2 : RAYMOND - AMK SEKIJANG
NAIB KETUA AMK 3 : MAGENDRAN - AMK TEBRAU

BENDAHARI AMK : HAMIM - AMK KULAI

KETUA PENERANGAN AMK :FAIZUL - AMK SIMPANG RENGGAM