Memaparkan catatan dengan label robbinlabu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label robbinlabu. Papar semua catatan

Selasa, 7 Disember 2010

SALAM MAAL HIJRAH DARI AMK PARIT SULONG



Hari ini umat islam di seluruh dunia akan menyambut Maal Hijrah. Hari yang mulia ini telah disambut oleh rakyat di Malaysia sejak bertahun lamanya akan tetapi adakah kita benar-benar faham akan maksud Maal Hijrah?. Hijrah bermula dari peristiwa perpindahan umat Islam dari Mekah ke Madinah dipimpin oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Peristiwa ini terjadi apabila tindakan Rasulullah untuk menyebarkan ajaran agama Islam mendapat tentangan daripada kaum Arab Quraisy lalu Baginda dan pengikut-pengikutnya berhijrah ke Madinah(Yathrib) dalam usaha untuk menyebarkan agama Islam. Di Madinah, penghijrahan Baginda mendapat sambutan yang menggalakkan oleh kaum Ansar dan di situlah berkembangnya agama Islam.

Namun di Parit Sulong kebanyakan masyarakat Islam seolah-olah takut untuk melakukan “penghijrahan”. Penghijrahan yang dimaksudkan ialah penghijrahan politik. Mereka takut untuk berhijrah dari UMNO yang selama ini menidakkan masyarakat di Parit Sulong berkata benar dalam menuntut hak seadilnya. Mereka lebih rela untuk duduk diam membisu dan terus membiarkan ketidakadilan berlaku di depan mata mereka. Masyarakat di Parit Sulong beranggapan sekiranya mereka terlibat dalam menyokong pembangkang, mereka akan disisihkan dan hak mereka akan diabaikan.

Kami, Angkatan Muda KeADILan Bahagian Parit Sulong akan berusaha untuk meneruskan membawa janji-janji Dato’ Seri Anwar Ibrahim bahawa hak-hak semua masyarakat di Parit Sulong ditunaikan dengan seadilnya dan akan membawa perubahan yang lebih baik untuk masyarakat di Parit Sulong. Selaras dengan motto Parti KeADILan Rakyat, keadilan untuk semua. Dengan ini kami Angkatan Muda KeADILan Bahagian Parit Sulong berharap agar masyarakat di Parit Sulong supaya dapat membuka minda untuk menentukan hala tuju yang membawa kebaikan, membuka mata agar dapat membezakan pekara-pekara yang benar atau salah dan membuka hati dalam menilai jatidiri seseorang pemimpin untuk memimpin mereka ke arah yang lebih baik sesuai dengan maksud hijrah.

Selamat menyambut Maal Hijrah daripada Angkatan Muda KeADILan Bahagian Parit Sulong kepada semua masyarakat Islam di kawasan Parlimen Parit Sulong.

Ahad, 30 Ogos 2009

MELAYU YANG ME'LAYU'KAN MELAYU.


Betulkah akan dakwaan UMNO bahawa Dato' Seri Anwar Ibarhim pengkhianat melayu?. Adakah sebarang bukti yang menyokong dakwaan tersebut?. Sebenarnya UMNOlah yang telah me'layu'kan bangsa Melayu. Tengoklah sendiri, selama bertahun-tahun di bawah pemerintahan mereka bangsa Melayu semakin layu dan kian malap. Bila ada kesedaran dikalangan orang Melayu untuk bangkit mempertahankan hak-hak mereka melalui parti-parti yang boleh memperjuangkan nasib mereka, mereka dikatakan mengkhianati bangsa sendiri.

Hakikat yang sebenarnya itu adalah salah satu cara rakyat terutamanya orang-orang Melayu menolak kepimpinan UMNO yang selama ini wujud hanya ketika musim pilihanraya sahaja. Selama 52 tahun genap pada tahun ini sambutan kemerdekaan, sebegitulah juga genap 52 tahun UMNO menjadi parti dominan dalam Barisan Nasional memerintah Malaysia. Seperti yang kita semua sedia maklum, semua wakil dalam UMNO adalah orang Melayu yang sama serupa dengan bangsa Melayu yang lain. Akan tetapi mengapakah bangsa Melayu tidak juga maju dan bangsa Melayu menjadi peneraju dalam kemiskinan?

Ini semua bolehlah kita ajukan pertanyaan kepada wakil UMNO yang ada di tempat masing-masing. Apakah yang telah mereka (UMNO) laksanakan untuk kebaikan bangsa Melayu?. Merekalah (UMNO) yang telah mengkucar-kacirkan bangsa Melayu. Untuk mendapatkan subsidi baja janganlah membantah mereka (UMNO) dan untuk mendapatkan pinjaman TEKUN mesti mendaftar sebagai ahli UMNO dahulu sedangkan duit untuk menyediakan segala-gala peruntukan itu datang dari kerajaan Malaysia. Dari manakah datangnya duit kerajaan Malaysia kalau bukan dari rakyat Malaysia sendiri dan itu semua adalah hak kita tidak kira kita menjadi ahli parti politik apa pun.

Adakah untuk meminta jambatan sebagai keperluan rakyat juga mesti memastikan kemenangan UMNO/BN dahulu barulah projek akan dilaksanakan? dan adakah jambatan tersebut selamat dilalui tanpa was-was yang ianya tidak akan runtuh?. Berubahlah bangsaku Melayu daripada diperbodohkan oleh orang-orang UMNO yang hanya mempergunakan kita semua untuk mengkayakan mereka dan kroni-kroni mereka sahaja. Tengoklah saja orang-orang UMNO yang ada, semuanya kaya-raya.

Oleh itu, kita mesti tolak segala-gala dakyah UMNO yang kononnya membela Melayu. Berdirilah dan bangkit bangsaku untuk setanding dengan bangsa-bangsa yang lain dan janganlah kita lupa akan ajaran agama kita untuk tidak tindas-menindas antara bangsa yang lain. Berubahlah dan beralihlah daripada UMNO/BN kepada Pakatan Rakyat untuk masa depan yang lebih baik. "UBAH SEBELUM PARAH, UBAH DEMI MARUAH"

Sabtu, 11 Julai 2009

PERJUANGAN YANG TERHORMAT


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat-sahabat pejuang keADILan, PAS mahupun DAP. Saya berharap para pejuang semua dalam keadaan semangat perjuangan yang tinggi. Saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada para pejuang agar kental dalam menghadapi serangan emosi yang tidak terbatas daripada UMNO/BN di saat jangka hayat mereka yang semakin singkat. Sila ambil perhatian para pejuang semua, di dalam keadaan yang tersepit ini UMNO/BN akan menggunakan segala macam cara untuk melemahkan semangat kita yang berjuang di jalan kebenaran dan lebih-lebih lagi kita menentang mereka di negeri UMNO dilahirkan.

Saya sendiri telah menghadapi pelbagai cemuhan, ugutan dan kritikan oleh juak-juak UMNO yang mana dahulunya adalah kawan-kawan saya sendiri. Namun apabila saya menjemput mereka untuk berdepan secara terhormat ( berdebat berdasarkan fakta tanpa ada unsur-unsur pergaduhan), mereka menolak. Pada mereka dengan cara mencemuh akan memudarkan semangat saya untuk berjuang dalam keADILan namun semakin mereka mencemuh semakin kuat semangat saya untuk menentang mereka. Semangat saya untuk menyedarkan generasi muda pada hari ini daripada terus-terusan diseleweng oleh golongan UMNO semakin menebal. Di mana sahaja saya ada peluang untuk mendapatkan ahli-ahli baru saya akan usahakan dan Alhamdulillah sudah ramai rakan-rakan saya dapat saya sedarkan dari dendangan UMNO selama ini.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada bekas-bekas sahabat di kalangan UMNO kerana tanpa cercaan dan cemuhan mereka mungkin saya tidak akan berusaha bersungguh-sungguh seperti hari ini dan saya yakin bukan saya seorang saja yang mengharungi keadaan seperti ini. Semakin UMNO tidak menghormati hak-hak kebebasan saya sebagai rakyat Malaysia semakin membuatkan saya sedar akan hak saya dan dengannya saya juga menjelaskan kepada rakan-rakan saya yang lain. Setiap hari akan ada saja rakan yang ingin mendaftar sebagai ahli baru keADILan dan meninggalkan UMNO untuk mereput bersama-sama ahli-ahli mereka yang dah separuh abad. Percayalah para pejuang semua, UMNO tidak lagi mendapat sokongan padu dari anak muda sekarang. Kita semua telah berjaya menyedarkan mereka.

Buat bekas sahabat-sahabat saya yang UMNOnya karat terlebih lagi yang berada di Johor Bahru, terima kasih saya ucapkan sekali lagi dan saya masih lagi mengharapkan cemuhan anda semua di masa akan datang supaya semakin mantap saya menjadi seorang ahli Parti keADILan Rakyat yang bergiat cergas dalam menjayakan Gagasan Rakyat untuk menumbangkan rejim UMNO/BN daripada terus berkubu di Parit Sulong, Johor mahupun Malaysia. Ingat kata pepatah melayu "TAK LEKANG DEK PANAS, TAK LAPUK DEK HUJAN".

Jumaat, 8 Mei 2009

ADA BERANI KE DATUK??



Hai, apa nak jadi dengan negeri Perak yang satu ni?. Makin hari makin kelakar perkembangan politik kat Perak. Kawan taklah bermaksud nak menyibuk pasal negeri orang lain dan lupakan gelanggang tempat sendiri tapi kawan juga rakyat Malaysia dan Perak sebahagian daripada negara kita yang tercinta ni maka harus juga kita mengambil tahu. Kalau ikut berita arus perdana memang nampak orang-orang Pakatan Rakyat yang biadap(bak kata Zambry Mamak) tapi dari apa yang kita semua lihat terang-terang menunjukkan kebaculan BN. Apa yang susah sangat sampai nak bergaduh dalam dewan rebutkan negeri Perak. Kalau betul-betul anak jantan masing-masing lawanlah cara bermaruah. Apa lagi, pilihanraya negerilah. Biar rakyat yang tentukan siapa yang akan memerintah Perak, baru puas hati. Bukan setakat rakyat Perak je setuju, satu Malaysia pun setuju sampaikan Majlis Peguam(Bar Council) pun cadangkan macam tu.

Ingat dulu masa zaman bebudak sekolah, bila tiba masa bergaduh mesti ajak lawan satu sama satu( one by one), mana ada panggil geng reramai nak belasah sorang je. Labu dan Labi pun nak rebutkan Manisah kena lawan boxing pasal nak tentukan siapa dapat Manisah. Mana-mana negara dalam dunia ni pun kalau dah berlaku perebutan kuasa mesti diadakan pilihanraya sebab itulah caranya orang bermaruah berpolitik. Biar rakyat yang tentukan, ada berani? (nampak sangat tak berani).

Kalau macam nilah cara BN berpolitik memang alamat tak lamalah memerintah. Zambry kena ingat rakyat sekarang bukan 'dok bawah tempurung lagi'. Orang sekarang ni dah 'melihat dari mata burung'. Apa lagi nak ditipunya. 2-3 tahun lagi mesti ada pilihanraya, ingat orang nak pilih awak, jangan harap!. Setakat merampas kuasa macam gerila bolehla, semua dok sebelah dia. Ini yang dikatakan penakut. 'Orang lain tangan kosong, dia pakai parang. Orang pakai pistol, dia pakai meriam'. Ini macam ke ada maruah? Anak-anak jantan yang terbaca ni renung-renungkanlah. Nanti bila tiba pilihanraya jangan sampai salah pilih pulak ye.

Sabtu, 21 Februari 2009

PERJUANGAN AMK

Ya Allah,
Berikan takwa kepada jiwa-jiwa kami dan sucikanlah ia,
Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya,
Engkaulah pencipta & pelindungnya,

Ya Allah,
Baikkanlah hubungan antara kami,
Rukunkan antara hati kami,
Tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus dan selamatkan kami dari kegelapan hati,
Jadikanlah kami jemaah orang muda yang menghormati orang tua dan jemaah orang tua yang menyayangi orang muda,
Janganlah Engkau tanamkan di hati kami kesombongan & kekasaran terhadap sesama hamba yang beriman,
Bersihkanlah hati kami dari benih-benih pepecahan, pengkhianatan & hasad dengki,

Ya Allah,
Tuhan yang memudahkan segala yang sukar,
Yang menemani semua yang bersendiri,
Yang mengamankan segala yang resah,
Yang menguatkan segala yang lemah,
Mudah bagimu memudahkan segala yang susah,
Tuhan yang tiada memerlukan penjelasan & penafsiran,
Hajat kami kepadaMu amatlah banyak & sesungguhnya Engkau maha tahu serta melihatnya,

Ya Allah,
Kami takut kepadaMu,
Selamatkanlah kami dari semua yang ingkar kepadaMu,
Peliharakanlah kami dengan perlindunganMu yang tidak tertembus,
Kasihi kami dengan kudrat kuasaMu atas kami,
Janganlah binasakan kami kerana sesungguhnya Engkaulah harapan kami dari musuh-musuh kami & semua yang ingin mencelakai kami,
Tidak akan sampai kepada kami, langsung atau dengan pengantara,
Tiada kemampuan pada mereka untuk menyampaikan bencana kepada kami tanpa keizinanMu,

"Allah sebaik-baik pemelihara & Ia paling kasih dari segala kasih"

Ya Allah,
Kami hambaMu, anak-anak hambaMu, ubun-ubun kami dalam genggamanMu,
Berlaku pasti atas kami hukumMu, Adil pasti atas kami keputusanMu,

Ya Allah,
Kami memohon kepadaMu dengan semua nama yang jadi milikMu yang dengan nama itu Engkau namai diriMu dan Engkau turunkan dalam kitabMu,
Maka Engkau ajarkan kepada seorang hambaMu dan Engkau simpan dalam rahsia maha tahuMu akan segala ghaib,
Kami memohon kepadaMu agar Kau jadikan Al-Quran yang agung sebagai musim bunga hati kami, cahaya hati kami, pelipur sedih dan duka kami, pencerah jiwa dan nurani kami,

Ya Allah,
Tuhan yang menyelamatkan Muhammad Salallahualaihiwasalam dari kafir Quraisy, Yahudi pendusta, munafik, khianat, pasukan sekutu ahzab angkara murka,
Ya Allah,
Yang mendengar rintihan hamba lemah teraniaya,
Yang menyambut pendosa apabila kembali dengan taubatnya,
Yang mengijabah hamba dalam bahaya & melenyapkan duka,

Ya Allah,
Begitu pekat gelap keangkuhan, kerakusan & dosa,
Begitu dahsyat badai kezaliman & kebencian menenggelamkan dunia,
Pengap kehidupan ini oleh kesombongan si durhaka yang membuatMu murka,
Sementara kami lemah & hina ini tidak berdaya,

Ya Allah,
Janganlah Kau cegahkan kami dari kebaikkan yang ada padaMu kerana kejahilan yang ada pada kami,

Ya Allah,
Jadikan kami kebanggaan hamba & rasulMu di padang Mashyar nanti,
Saat para rakyat kecewa dengan pemimpin penipu yang memimpin dengan kejahilan & hawa nafsu,
Saat pemimpin 'cuci tangan' dan lari dari tanggungjawab,
Berikan kepada kami pemimpin berhati lembut bagai Muhammad Salallahualaihiwasalam yang menangis dalam sujud malamnya terkenangkan 'Ummati',
Pemimpin bagai para khalifah yang rela mengorbankan semua kekayaan demi perjuangan,
Yang rela berlapar agar rakyatnya sejahtera,
Yang takut bahaya maksiat daripada lenyapnya pangkat & kekayaan,

Ya Allah,
Dengan kasih sayangMu Engkau kirimkanlah kepada kami keimanan,
Berikan kami kesempatan & kekuatan, keikhlasan & kesabaran,
Agar dapat menyambung risalah suci mulia ini kepada generasi berikut kami,
Janganlah jadikan kami pengkhianat yang memutuskan rantaian kesinambungan perjuangan kami,
Dengan sikap malas & enggan berjuang kerana takut rugi dunia & dibenci bangsa.

Jumaat, 26 Disember 2008

TOLONGLAH FAHAMKAN PEKARA INI!



Baru-baru ini saya telah berjumpa dengan seorang kawan dan beliau adalah seorang pengundi atas pagar yang mana motto mereka adalah "aku malas nak fikir pasal politik ni". Saya difahamkan tanggapan golongan ini terhadap Parti KeADILan Rakyat amatlah mengecewakan. Mereka telah dimomokkan oleh sesetengah pihak dimana apabila Pakatan Rakyat memerintah Malaysia, orang Melayu akan terpinggir. Adakah ini benar?

Kebanyakan orang Melayu tidak mengambil kisah mengenai perkembangan politik tanahair kecuali mereka yang terbuka mindanya dan golongan tidak mengambil kisah ini cukup malas untuk memikirkan masalah-masalah yang melanda kaum mereka sendiri. Asalkan mereka dapat hidup dah la, itulah perkataan yang acap kali saya dengar dari mulut mereka apabila diajak bercerita tentang politik dan sekarang ini mereka mengaku risau tentang perkembangan politik di Malaysia. Apa yang mereka risaukan?

Saya bukanlah seorang yang mengamalkan perkauman dan saya juga amat mengambil berat tentang orang-orang Melayu. Akan tetapi kita tidak boleh menafikan kewujudan lain-lain kaum di negara kita. Saya bersama-sama rakan seperjuangan dalam Parti KeADILan Rakyat seboleh-boleh cuba untuk membetulkan tanggapan yang salah dan berunsur perkauman terhadap Pakatan Rakyat terutama Parti KeADILan Rakyat. Parti KeADILan Rakyat berjuang berasaskan matlamat untuk memperjuangkan keadilan dalam semua segi untuk semua golongan rakyat tanpa melanggar perlembagaan Malaysia yang telah dipersetujui oleh semua kaum sejak merdeka.

Pakatan Rakyat sedaya upaya membawa suara rakyat ke dalam parlimen yang selama ini diabaikan. Namun setelah berlakunya tsunami politik timbul pula persoalan orang Melayu terpinggir. Apakah selama ini orang melayu tidak terpinggir? Hakikat sebenarnya bukanlah orang melayu yang terpinggir sebenarnya UMNO/BNlah yang dipinggirkan rakyat yang inginkan perubahan dan lihatlah di lima negeri yang diperintah oleh parti-parti dari Pakatan Rakyat dimana rakyat lebih terbela. Seandainya media massa tidak dikongkong, sudah pasti rakyat seMalaysia dapat membezakan kebenaran dan kepalsuan.

Hak-hak rakyat telah dikembalikan dengan seadilnya di kelima-lima negeri ini dan jeritan suara mereka telah dibawa ke parlimen oleh Pakatan Rakyat. Kita di negeri-negeri yang masih lagi diperintah oleh Barisan Nasional cubalah membuka minda dan mengkaji mengenai keadaan kita sekarang. Adakah kita mendapat hak-hak kita kembali seperti rakyat di lima negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat? Jangan hanya oleh kerana orang tua kita menyokong Barisan Nasional, kita juga mesti berbuat begitu tanpa memikirkan realiti kehidupan kita sekarang.

Inilah kesilapan yang selalu orang Melayu lakukan. Oleh itu marilah kita bersama-sama membuat perubahan dalam menentukan arah tuju Malaysia yang tercinta ini. Laksanakan hak kita dengan bijak dan bukan kerana telah dibayar RM10 ataupun RM50. Kajilah dengan sedalam-dalamnya dalam memilih pemimpin yang akan memperjuangkan nasib kita. Gunakanlah otak kita semaksimumnya dalam hal ini dan anda semua akan dapati kebenarannya.

Diakhir kata janganlah kita menjadi katak dalam tempurung kerana tindakan kita itu bukan hanya merugikan kita malah negara kita yang tercinta ini.

Isnin, 22 Disember 2008

KUASA HIJRAH KUASA UNTUK BERUBAH.


Seminggu lagi umat islam di seluruh dunia akan menyambut Maal Hijrah. Hari yang mulia ini telah disambut oleh rakyat di Malaysia sejak bertahun lamanya akan tetapi adakah kita benar-benar faham akan maksud Maal Hijrah?. Hijrah bermula dari peristiwa perpindahan umat Islam dari Mekah ke Madinah dipimpin oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Peristiwa ini terjadi apabila tindakan Rasulullah untuk menyebarkan ajaran agama Islam mendapat tentangan daripada kaum Arab Quraisy lalu Baginda dan pengikut-pengikutnya berhijrah ke Madinah(Yathrib) dalam usaha untuk menyebarkan agama Islam. Di Madinah, penghijrahan Baginda mendapat sambutan yang menggalakkan oleh kaum Ansar dan di situlah berkembangnya agama Islam.

Namun di Parit Sulong kebanyakan masyarakat Islam seolah-olah takut untuk melakukan “penghijrahan”. Penghijrahan yang dimaksudkan ialah penghijrahan politik. Mereka takut untuk berhijrah dari UMNO yang selama ini menidakkan masyarakat di Parit Sulong berkata benar dalam menuntut hak seadilnya. Mereka lebih rela untuk duduk diam membisu dan terus membiarkan ketidakadilan berlaku di depan mata mereka. Masyarakat di Parit Sulong beranggapan sekiranya mereka terlibat dalam menyokong pembangkang, mereka akan disisihkan dan hak mereka akan diabaikan.

Kami, Angkatan Muda KeADILan Bahagian Parit Sulong akan berusaha untuk meneruskan membawa janji-janji Dato’ Seri Anwar Ibrahim bahawa hak-hak semua masyarakat di Parit Sulong ditunaikan dengan seadilnya dan akan membawa perubahan yang lebih baik untuk masyarakat di Parit Sulong. Selaras dengan motto Parti KeADILan Rakyat, keadilan untuk semua. Dengan ini kami Angkatan Muda KeADILan Bahagian Parit Sulong berharap agar masyarakat di Parit Sulong supaya dapat membuka minda untuk menentukan hala tuju yang membawa kebaikan, membuka mata agar dapat membezakan pekara-pekara yang benar atau salah dan membuka hati dalam menilai jatidiri seseorang pemimpin untuk memimpin mereka ke arah yang lebih baik sesuai dengan maksud hijrah.

Selamat menyambut Maal Hijrah daripada Angkatan Muda KeADILan Bahagian Parit Sulong kepada semua masyarakat Islam di kawasan Parlimen Parit Sulong.