Sabtu, 14 Februari 2009

UMNO SEMAKIN BACUL


Kotor, jijik, busuk dan memualkan. Itulah yang selayaknya digelarkan terhadap permainan politik UMNO/BN pada masa kini. Bersempena dengan peralihan kuasa UMNO yang akan datang, Najib Al-Musibat(Pembawa musibah kepada UMNO/BN dalam setiap pilihanraya kecil/umum) dengan rakus bak orang gila meroyan menganggu pentadbiran kerajaan negeri-negeri Pakatan Rakyat dengan pelbagai cara terkutuk. Tanpa mengikut perlembagaan, negeri Perak telah UMNO rampas. Dimanakah yang dikatakan keluhuran perlembagaan?!. Kami redha dengan kehendak sultan namun ada kekesalan apabila rayuan Dato' Seri Nizar untuk mengadakan pilihanraya tidak dipertimbangkan oleh baginda. Seperti biasa beruk-beruk UMNO mula melaungkan kedaulatan sultan, namun pada hakikatnya sebenarnya merekalah yang selalu menderhaka kepada sultan. Siapakah yang pernah menggelarkan sultan dengan gelaran "Natang"(Binatang) dan berdemonstrasi membantah sultan?(Maklumat lanjut ada di dalam Suara Keadilan bilangan 169). Tidakkah itu dikatakan menderhaka terhadap sultan?. Di mana logiknya dengan kedudukan sama banyak 28 PR dan 28 BN adun di setiap pihak dan 3 bebas, UMNO/BN mengatakan mereka memperolehi majoriti? Bagaimanakah 3 orang adun bebas itu dikatakan berpihak kepada UMNO/BN?. Apakah yang dimaksudkan dengan BEBAS?. Memang benar 3 adun bebas tersebut boleh berpihak kepada UMNO/BN dalam menyokong usul yang dikemukakan UMNO/BN dalam persidangan dun negeri Perak tetapi 3 orang adun bebas ini tidak boleh menjadi majoriti kepada UMNO/BN melalui kerusi yang mereka wakili kerana mereka bebas . Sudahlah begitu, Pelawaan Pakatan Rakyat untuk "bertarung" secara adil melalui pilihanraya diperlekehkan UMNO/BN, terbukti UMNO/BN ini bacul dan penakut!

Tidak setakat itu sahaja, negeri Selangor pula sekarang menjadi mangsa UMNO/BN. Setelah isu babi dan lembu tidak memberikan impak negatif kepada Pakatan Rakyat di Selangor, Khir Toyol dengan muka tak tau malunya menjaja isu gambar bogel (kononnya) seorang exco negeri Selangor dan Khir Toyol telah mengarahkan exco tersebut meletakkan jawatan beliau dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor hanya kerana gambar itu. Adakah logik jikalau gambar tidur kita dalam keadaan tertentu diambil oleh pihak yang memang tak bertanggungjawab dan disiarkan dalam internet, kita pula dipersalahkan dan kita pula yang dituduh mempunyai skandal moral seperti yang dikatakan oleh TV3(Pengampu terkuat dan terbusuk UMNO/BN). Adakah orang-orang UMNO/BN tidur dengan berpakaian lengkap?(siap pakai baju kot agaknya. Jikalau begitu jangan lupa pakai kain kapan sekali). Mungkin selepas ini kita harus menggajikan Jaga untuk menjaga kita semasa tidur. Nampaknya Khir Toyol sudah lupa bahawa rakyat Selangor masih lagi ingat akan peristiwa Kampung Berembang dan juga skandal isterinya melarikan duit BALKIS. Itu tidak termasuk pelbagai penyelewengan UMNO/BN yang dikepalainya terhadap duit dan harta negeri Selangor sebelum ini.

Masihkah kita semua di negeri Johor ini tidak nampak akan kebaculan UMNO/BN, masihkah kita mahu menyokong orang-orang yang melakukan penipuan dan taktik kotor dalam memerintah negara Malaysia kita ini ?. UMNO/BN mengatakan merekalah yang membela Melayu tapi sebaliknya merekalah yang membuatkan Melayu berpecah. Mereka juga mengakui sebuah parti politik yang tidak mengamalkan perkauman tetapi merekalah yang telah melaga-lagakan kaum di Malaysia ini untuk memenangi pilihanraya. Buka mata, buka minda, perhatikan permainan politik UMNO/BN dan kita boleh nampak betapa kotor serta jijiknya cara mereka menguruskan pentadbiran negara kita. Kerajaan Malaysia bukanlah milik UMNO/BN tapi milik rakyat Malaysia dan kita semua berhak untuk menyokong mana-mana parti politik tanpa risau ditangkap ISA, dipulaukan ketua kampung, dipinggirkan dari menerima bantuan kerajaan, diganggu gugat kehidupan kita anak beranak sehinggakan gambar ketika tidur pun boleh dijadikan isu. Apa ini semua?!. "Baling batu sembunyi tangan", itulah gaya orang-orang UMNO/BN berpolitik. Jangan fikir rakyat kini boleh diperbodohkan dan dimomokkan dengan cerita karut ala-ala Mahathir. Mesti ingat, Kami Angkatan Muda KeADILan akan terus berjuang mempertahankan hak rakyat yang selama ini dinafikan dan kami tidak akan gentar dengan taktik kotor UMNO/BN. Membujur lalu melintang patah, Selagi nyawa dikandung badan pantang AMK tunduk mengalah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan