Selasa, 24 Februari 2009

KETUA AMK PUSAT BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP SPRM


Saya, Shamsul Iskandar Mohd Akin (No. K/P : 741229-04-5273) beralamat di JA 5347, Kg Kesang Jaya, 77000 Jasin, Melaka membuat laporan ini berikutan dengan kenyataan media yang di buat oleh Ketua Pesuruhjaya (KP) Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia (SPRM), Dato' Sri Ahmad Said Bin Hamdan pada 20 Februari 2009 berkenaan hasil siasatan tuduhan kesalahan rasuah salah guna kuasa oleh YAB MB Selangor mengenai sumbangan 46 ekor lembu dan kos selenggaraan kereta Lexus kegunaan rasmi YAB MB Selangor yang mana sedutan mengenai kenyataannya telah dilaporkan secara meluas oleh media massa negara baru-baru ini.

Saya berpandangan bahawa kenyataan KP SPRM tersebut bahawa terdapat bukti kukuh dan kuat untuk pihak SPRM mendakwa YAB MB Selangor di mahkamah merupakan satu kenyataan yang berniat jahat dan mempunyai niat sebaliknya untuk memburuk-burukkan reputasi YAB MB Selangor kepada rakyat Malaysia khususnya rakyat di Negeri Selangor sendiri.

Saya juga percaya bahawa maklumat atau hasil siasatan pihak SPRM terhadap tuduhan salah guna kuasa YAB MB Selangor tersebut merupakan pendedahan satu maklumat atau laporan SULIT kerana ianya merupakan dokumen satu KERTAS SIASATAN (KS) yang tidak sepatutnya didedahkan secara umum sehinggalah YAB MB Selangor dipertuduhkan secara rasmi di mahkamah oleh pihak Jabatan Peguam Negara Malaysia sekiranya Peguam Negara memutuskan terdapat kes terhadap YAB MB Selangor.Sehubungan itu, tindakan KP SPRM tersebut adalah jelas menyalahi tatacara urusan dokumen sulit yang sepatutnya tidak boleh didedahkan sebagaimana yang telah dilakukan oleh KP SPRM pada 20hb Februari 2009. Dan saya juga percaya kenyataan yang dibuat oleh KP SPRM tersebut mempunyai niat jahat bagi menjatuhkan reputasi YAB MB Selangor dan cuba melakarkan seolah-olah YAB MB Selangor merupakan seseorang yang telah melakukan rasuah.

Selain itu kenyataan KP SPRM tersebut juga bertujuan untuk mempengaruhi pihak Jabatan Peguam Negara dan pihak mahkamah untuk mendakwa dan menghukum YAB MB Selangor sebagai seseorang yang telah melakukan rasuah dan kenyataan tersebut seolah-olah telah memberikan arahan kepada pihak Jabatan Peguam Negara dan pihak mahkamah untuk menghukum YAB MB di atas tuduhan kesalan rasuah yang telah disiasat oleh pihak SPRM.Saya menggesa pihak polis untuk menyiasat tujuan sebenar KP SPRM yang telah membuat kenyataan yang tidak bertanggungjawab tersebut kerana kenyataannya boleh menimbulkan kekeliruan dan ketidakstabilan politik di Malaysia dan khususnya Negeri Selangor.
Sekian laporan saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan