Ahad, 12 Julai 2009

Pejuang Kecil

Salam....

Buat pertama kalinya saya menulis dilaman blog ini.Inshallah, permulaan ini akan berterusan.
Hidup ini merupakan perjuangan. Perjuangan 'hamba' mecari kebebasan. kebebasan merupakan satu pencarian yang panjang..(meminjam kata-kata AlFarabi). kita mahu bebas dari apa? Dari Tuhan lainnya kecuali Allah. kita patuh, tunduk hanya kepadanya. biar apa yang mendatang, itulah kebebasan kita, lalu terbentuklah "jiwa merdeka". Ingatlah! Sesaiapa yang beriman pasti akan di uji oleh Tuhannya, pasti!

Sengaja saya menyorot penyataan diatas supaya kita sentiasa bersedia dan redha sebagai pejuang politik kecil-kecilan. Politik kepartian hanyalah ideologi, bukan agama. kalau kita yakin kita punya jiwa merdeka mengapa kita harus gentar dengan kilat sabung menyambung dan guruh berdentum di awan gelap pekat! Siapa mereka ingin menghambakan jiwa dan jasad kita? Kita punya pilihan, kita punya hak, kita punya hidup, dan pastinya kita punya Tuhan. Sesuai dengan sistem perlembagaan malaysia yang kita sayangi ini, pasti segala gerak kerja politik kita bertuntaskan undang-undang negara. Walaupun penguatkusaanya selalunya matlamat menghalalkan cara. Bila di pihak pembangkang ianya dilaranrg tetapi di pihak yang lainnya ia di bolehkan. Adakah ini yang dinamakan keadilan? kita tetap akan mempertahankan hak, walaupun hanya berbisik, kita pejuang kecil. Biar kecil tetapi jiwa merdeka.

Halangan dan kepayahan pasti dihidangkan di jalan perjuangan ini. Ranjau penuh liku pasti menggetirkan jiwa insan. Pasti! Cemuhan, herdikan, malahan ada yang sampai ugutan berkemungkinan. Ingatlah pejuang kecil, kita genggam erat tangan bersama, kita wajib bertahan dan mengatasinya, kerana apa yang dihidangkan kita merupakan ujian keimanan, malahan apalah yang nak di bandingkan dengan kepayahaan Bilal bin Rabah contohnya.

Ramai diluar sana sama ada yang menyerang atau yang dipertengahan mengungkitkan tentang kestabilan melayu dan Islamnya pejuang PKR ini. Ini jawapan saya dan mungkin jawapan kita.
"Saya melayu, beragamaIslam. Saya juga menghormati kaum lain dan agama mereka. Pernah datang seorang sahabat bertanya kepada Saidina Ali, "siapa orang Islam bagi kamu dan siapa orang bukan Islam bagi kamu?" Jwapnya" Orang Islam merupakan saudara seagama ku dan orang bukan Islam bagiku merupakan saudara sesama manusia" Meminjam kata-kata DSAI, "tangisan anak Dayak di Serawak, harus kita dengar sebagai tangisan anak kita. Kelaparan dan kepayahan anak India di Ijok, juga anak kita. kegelisahan anak Cina yang pintar dan dinafikan hak ke Universiti, juga anak kita. Dan tentunya kegusaran dan keluh kesah orang Melayu dari Johor ,Perlis hingga ke Sabah, pastinya merupakan denyut nadi kita".
Kepada rakan-rakan pejuang kecil, teruskanlah Islah. Biar kecil tapi punya jiwa merdeka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan