Rabu, 9 September 2009

MENJANA KEBANGKITAN RAKYAT JOHOR.



PARIT SULONG, JOHOR – Pada 6hb. September yang lalu, Parti KEADILAN Rakyat Cabang Parit Sulong melalui Angkatan Mudanya telah menjayakan satu lagi pidato umum yang bertemakan MENJANA KEBANGKITAN RAKYAT JOHOR. Program tersebut telah diadakan di tapak PASTI pekan Parit Sulong, Johor. Para pemidato yang dijemput adalah Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum Keadilan dan Dato’ Seri Dr Chua Jui Meng, ahli Majlis Pimpinan Pusat Keadilan. Turut serta saudara Hasmi Hashim selaku Ketua Cabang Parti KEADILAN Rakyat Parit Sulong. Walaupun majlis bermula jam 10-00 malam tetapi di kawasan tempat ceramah telah penuh sesak dengan orang ramai seawal jam 9 malam. Dapat dilihat keterujaan para hadirin untuk mendengar ucapan daripada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Dato’ Seri Dr ChuaJui Meng.



Dato’Chua Jui Meng tiba di tempat ceramah lebih kurang jam 10-00 malam dan beliau telah disambut oleh AMK Parit Sulong. Dato’ Seri Dr Chua Jui Meng memulakan pidatonya dengan menyatakan beliau berbangga menjadi anak jati negeri Johor apabila beliau melihat kehadiran orang ramai pada malam itu yang sungguh luar biasa. Beliau berkata ini membuktikan bahawa sokongan rakyat Johor terhadap PAKATAN RAKYAT semakin menggalakkan. Dalam pidato itu beliau juga menerangkan bahawa wujud jurang pendapatan yang amat ketara dikalangan orang Melayu di mana golongan ‘atasan’ yang kaya akan bertambah kaya manakala rakyat terutamanya yang berbangsa Melayu semakin hari hidup mereka semakin tidak cukup makan. Ini kerana berlakunya penyelewengan dikalangan ahli-ahli UMNO terhadap peruntukkan yang sepatutnya diberikan kepada orang Melayu yang miskin. Menurut beliau lagi, rasuah dan kronisma yang semakin menular dan tidak dibendung dalam Kerjaan Barisan Nasional termasuk dalam parti lama beliau iaitu MCA membuatkan beliau membulatkan tekad menyertai Parti KEADILAN Rakyat dan berjanji akan terus memberi komitmen yang tinggi dalam memastikan PAKATAN RAKYAT akan dapat menggantikan BN daripada terus menguasai kerajaanMalaysia.



Dalam pidato yang seterusnya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim membidas akan kenyataan yang telah dibuat oleh Timbalan Presiden UMNO yang mengatakan beliau adalah pengkhianat bangsa Melayu. Seperti yang diterangkan pada orang ramai sekiranya beliau ingin mengkhianati orang Melayu beliau hanya perlu ‘duduk diam’ ketika Dr Mahathir keluar negara pada tahun 1998 dan membiarkan wang negara diseleweng oleh menteri-menteri kabinet BN. Akan tetapi beliau sanggup mempertaruhkan hidup beliau semata-mata untuk mempertahankan hak rakyat daripada disalahguna dan dengan itu beliau telah mengharungi segala macam penderitaan atas kebenaran yang beliau perjuangkan. Kini menurut Dato’Seri Anwar, apabila PAKATAN RAKYAT semakin mendapat sokongan orang Melayu beliau pula dikatakan pengkhianat bangsa sendiri. Namun dengan laungan hidup Anwar dan laungan keramat reformasi oleh orang ramai membuktikan bahawa segala dakyah yang di suarakan oleh kroni UMNO melalui media-media durjana mereka ditolak sepenuhnya oleh para hadirin. Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga mengajak rakyat di negeri Johor turut serta dalam kebangkitan rakyat Malaysia menolak pentadbiran BN yang hanya mementingkan kekayaan YB-YB dan kroni-kroni mereka sahaja lalu mengabaikan segala kepayahan rakyat dalam menempuh zaman ‘Edan’ yang telah diterajui juak-juak BN. Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga menyatakan betapa beliau berbangga dengan sokongan rakyat Johor terhadap PAKATAN RAKYAT dan kehadiran orang ramai pada malam itu melebihi berkali-kali ganda pada perhimpunan raksaksa yang UMNO Bahagian Batu Pahat anjurkan. Ini jelas sekali menurut Dato’ Seri Anwar membuktikan kekuasaan UMNO di negeri Johor sudah semakin pudar dan semakin ditolak rakyat. Pada pengakhir kata, Dato’ Seri Anwar berharap agar negeri Johor akan dapat ditawan pada pilihanraya umum ke-13 yang akan datang.Program telah berakhir pada pukul 12 malam dan sebelum pemidato-pemidato berangkat pulang, mereka dijamu dengan sedikit jamuan ringan oleh petugas-petugas. Kesempatan yang ada dimanfaatkan oleh AMK Cabang Parit Sulong untuk mengambil gambar kenang-kenangan bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Buah tangan untuk dibawa pulang Dato’ Seri Anwar telah disampaikan oleh Ketua Penerangan AMK Cabang Parit Sulong sebagai wakil Cabang.



KETUA PENERANGAN AMK SAUDARA FUAD BIN MOHI MEMBERI BUAH TANGAN



JAWATAN KUASA CABANG DAN AMK PARIT SULONG BERGAMBAR BERSAMA DSAI DAN CHUA JUI MENG



BARISAN DIF-DIF KEHORMAT YANG HADIR



HADIRIN PADA MALAM TERSEBUT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan